: RAHSIA… :
BUTIK AMMELIS agak lengang berbanding kelmarin.
Melihatkan waktu masih pagi sekitar jam 10 membuatkan dia terfikir bahawa
terlalu awal untuk customer datang.
Langkah dihayun semula ke ofis sebelum punggung dihenyak ke kerusi. Laptop yang
terpadam dinyalakan semula. Website
jenis-jenis kad undangan perkahwinan yang dicari masih belum ketemu yang
menarik idaman hati walau beribu contoh terhidang di hadapan mata. Aduhai,
sakit kepala nak fikir hal nan satu ini! Boleh tak kalau nak kahwin je tak usah
jemput-jemput guna kad? Leceh! Gerutu Ammy.
Tok! Tok! Tok!
“Come in!”
Seorang wanita berambut panjang mampir lalu menyerahkan
sepucuk sampul surat putih membuatkan dia mengangkat kepala memandang
setiausahanya. Namanya tertera di atas sampul itu menimbulkan persoalan di
benak.
“Pardon?”
“I dapat dari staff kita. Kata dia ada seorang
lelaki berkemeja beri padanya dan kemudian lesap. Staff tak sempat tanya nama.”
Gadis bertag nama Lola mengunjukkan envelope
itu pada ketuanya yang masih tertanya-tanya.
‘Lelaki? Pardon!
Bila masa aku ada secret admirer?’
Pening kepala otak Ammy. Satu masalah lagi! Haih, bertimpa masalah yang datang.
“Okay
thanks. You may go now.” Lola menunduk badan sedikit lalu keluar dari ofis
ketuanya.
Ammy mengurut kepala yang tiba-tiba sakit
sebelum menarik envelope tersebut.
Pening memikir hal perkahwinan yang tak lama lagi. Selepas itu datang pula
masalah baru! Takkan la Eriq nak main-mainkan dia. Saja buat prank! Dia terpandang tulisan dihadapan
surat tersebut yang menyatakan namanya sebelum jari membuka sampul surat
misteri itu. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat kepingan gambar tersebut.
Badan terus menegak! Mata membulat besar.
“Farhan? Humairah?”
Jemari dilarikan pada seraut gambar bekas
kekasih tak jadinya bersama Humairah yang sedang tersenyum di salah sebuah
kedai makan. Gambar ini seperti gambar yang diambil curi-curi. Tapi… apesal
gambar ini diberikan kepadanya?! Petunjuk apakah ini??? Ammy yakin dia sudah
lama tidak menghubungi jejaka terhangat yang pernah menjadi igauannya selama
ini. Dia malu! Dia sedar akan kesilapan lalu yang mengajar dia sesuatu
berharga. Akibat kes pembuangan sekolahnya dahulu, dia pulang ke Sydney bersama
grandma. Dua tahun memperbaiki diri dan dibambu mommy daddy membuatkan dia
mendapat satu kekuatan. Semangat untuk meneruskan kehidupan. Jikalau tidak
kerana asuhan dan didikan grandma, pasti dia sudah bunuh diri hanya kerana
cinta monyet yang tak pasti.
Khayalan termati apabila pintu biliknya diketuk
lagi. Terjengul kepala Eriq a.k.a Tengku Hadzriq sambil tersenyum.
“Busy
ke?”
“Nope.
Masuk la.” Ajak Ammy. Bagus, Eriq sampai tepat pada masanya!
Eriq masuk lalu duduk di kerusi berhadapan
Ammylea. “How are you today, my love?”
tanya Eriq sengih.
Ammy mencebik. Love sangat! “Makin ‘fine’
lepas you pergi Paris tanpa beritahu I!” gerutu Ammy lagi. Eee rasa nak
cepuk-cepuk aje mamat daring depan
dia ini!
Eriq ketawa berdekah-dekah. Agak dah! Pasti hal
itu yang akan diutarakan Ammy. Bukan sengaja dia hendak meninggalkan kekasihnya
itu tetapi perkara itu diluar kawalannya. Tahu-tahu saja setiausaha syarikatnya
telah membeli tiket penerbangan ke Paris atas urusan bisnes sebab daddy tak
dapat pergi atas masalah kesihatan. Semua dah diuruskan! Apa lagi dia boleh
kata. Sudahnya Ammy merajuk dua hari. Ketawanya terhenti apabila ternampak
beberapa kepingan gambar terdampar di atas meja. Serta merta Eriq mengerutkan
dahi.
“Kenapa ada pic
diorang atas meja you?” soal Eriq hairan. Selebihnya dia terkejut jua.
Ammy mengeluh. Eriq dah salah faham. “Kalau I
cerita you tentu tak percaya. And you akan fikir I dah berubah jadi Ammy yang
dulu.”
“Maksud you?” Eriq kurang mengerti.
“Tadi ada orang hantar envelope ni pada staff I. Katanya lelaki. Secretary I terus
serahkan pada I bila ada nama I atas surat ni. Tapi nama pengirimnya tak ada. I
pening sekarang ni tau tak! Apa function
picture Maira and Farhan di
hantar pada I?” Ammy urut dahi yang tiba-tiba berdenyut.
Eriq mengambil gambar itu lalu dilihat.
Humairah dan Farhan. Dua-dua pernah menjadi orang terpenting dalam hidupnya
dahulu. Seorang yang dipuja… seorang musuhnya kini menjadi sahabat baiknya.
Namun dia dah lama tak contact Farhan
kerana masing-masing sibuk dengan kehidupan baharu. Kali terakhir dia jumpa pun
pada hari perkahwinan mereka.
“You pasti you tak upah sesiapa, Ammy?” tanya
Eriq meminta kepastian. Mata gadis itu direnung sedalamnya. Mencari bukti.
Apakah Ammy….?
“Ya Allah, Eriq! I dah tak buat benda-benda
jahat tu lagi. You tak percayakan I ke?!” bengang Ammy bertambah-tambah. Eriq
seperti dah tak percayakan dirinya lagi. Sudahlah dia hangat perihal majlis
yang akan tiba tak lama lagi. Envelope
putih Maira Farhan. Now Eriq bagai
hendak menuduh dia pulak! Arghhh…!
“Jumpa dia orang pun tak! Nombor pun I tak
tahu! You ingat I desperate sangat ke
nakkan Farhan lagi? Dah tu selama ni kasih sayang I kat you tu apa?!” hambur
Ammy geram. Campak bangunan kang baru tau!
Eriq ukir senyum. Ammy menjeling tajam seraya
memeluk tubuh. “Senyum pulak!” Orang geram, dia senyum. Sakit hati kita!
“I tau you sayang I.” Ammy mendengus lagi
sambil juling mata ke atas. Lain orang tanya, lain dia jawab!
“Okey… okey. Now focus our topics. First, baik you tengok CCTV dulu. Siasat
siapa boy yang hantar surat ni dan
waktu dia sampai ke butik. Lepas tu kita bincang macam mana nak cari dia. I
rasa mamat ni akan hantar lagi benda macam ni pada you. Motif I tak tau.” Idea
kekasihnya membuatkan Ammy tersenyum gembira.
“Haah kan? Camera!
Adui… kenapa I tak terfikir benda tu dari tadi lagi? Thanks, dear.” Ammy
bangun ingin ke bilik pengawal yang menempatkan kesemua CCTV di dalam butiknya.
Namun langkahnya mati apabila lengan blousenya
dipaut Eriq yang enak duduk di kerusi. Tiada tanda-tanda hendak bangun.
“Why,
Eriq?”
“Yang you nak tergesa-gesa sangat ni kenapa?”
“Riiiiiiq…. I tak nak benda ni mengganggu hidup
baru I! I nak freedom! I tak mahu
bertangguh!” tegas Ammy.
“Okey I tahu but apa kata kita pergi makan dulu. Dah pukul berapa sekarang ni.
Lagipun you bukan boleh makan lambat. Nanti sakit perut lagi. I juga yang
susah.” Perli Eriq pulak.
Ammy menggeleng. “I tak lapar.” Dia hendak
pergi namun Eriq menariknya lagi membuatkan Ammy mendengus marah.
“Tengku Hadzriq!”
“Lapar tak lapar belakang kira. I nak bawa you
pergi makan jugak! Jangan sampai I dukung you biar staff and satu mall
nampak!” ugut Eriq. Kali ini dia pula tunjuk tanda-tanda nak marah.
“Eriq, you tahu I particular hal-hal macam ni kan? Ini ada kaitan dengan Humairah dan
Farhan. You tahu kan Maira tu macam mana? I takut lelaki yang hantar ‘benda’ ni
pada I bertujuan nak porak-perandakan rumahtangga diaorang! And lelaki tu berniat jahat nak kenakan
I! Kot dia pun buat benda yang sama, pergi hantar pic photoshop I ngan Farhan macam mana?! Karang Humairah datang
serang I! Dunia sekarang macam-macam boleh jadi, Eriq. I tak nak perkara macam
ni ganggu life I! I penat tau tak!
Cukup la dulu I jadi jahat rosakkan hubungan orang. Padahnya I dah terima,”
tegas Ammy lagi.
“Ye I tau tu. But you kena bertenang dulu. Benda macam ni bukan semudah ABC untuk
cari jalan penyelesaian. Kena duduk berbincang, fikir idea, fikir baik buruk.
Tapi keutamaan sekarang ni ialah kesihatan you, Ammy. You bila dah start ‘pegang’ sesuatu, kesihatan you
tak jaga. Itu yang I tak suka,” Terang Eriq berlembut. Kekerasan berjumpa
kekerasan takkan jadi apa-apa. Biarlah dia jadi air untuk menyejukkan hati
gadis yang dia sayangi.
Ammy menghela nafas. Eriq sangat sensitif akan
kesihatannya sekarang. Susah juga ada orang yang sayang kita ni. Isk!
“Okey kita pergi makan. Nak makan mana? KFC?
Pizza? MCD? Chicken Rice Shop? Kenny Rogers? Pilih je. You bayar kan?” perlian
Ammy membuatkan Eriq meletus tawa. Nampak sangat Ammy bengang padanya.
“No fast
food. Kita makan nasi hari ini.” Muktamad!
Ammy menganga besar. What?! Eriq senyum senget. Nasi beriani, Ammy. I know you hate it. But… who cares. Haha!
Jahat betoi Eriq no!
***
FARHAN hanya menggeleng kepala melihat tubuh
isteri yang membelakanginya. Rajuk Humairah belum berkesudahan. Selepas balik
dari hospital tempoh hari nampak mood okey, ceria aje selepas disahkan hamil.
Namun kini rajuknya kembali. Farhan duduk di birai katil lantas membuka stoking
kaki.
“Sayang…” panggil Farhan tetapi tiada sahutan.
“Humairah,” panggilnya lagi. Kini butang baju
dileraikan satu per satu. Dia kerling isteri yang masih diam di sebelah sana.
Boring jugak hadap benda yang sama setiap hari. Tapi apa boleh buat. Humairah
sedang mengalami gangguan emosi waktu hamil. Anak dia jugak dalam perut tu. Hmm
layankan aje la, Han. Janji Mai tak hilang dari mata kau. Kau jugak yang
panasaran!
“Tak surut lagi ke marah kat abang tu?” tanya
Farhan tanpa memandang.
“Tak!” jawapan Humairah membuatkan dia senyum.
“Nak abang buat apa supaya marah tu kurang?”
Farhan soal lagi sambil melabuhkan badan ke tilam empuk. Perlahan dia mengesot
mendekati belakang isterinya. Ada jugak kena peluk dari belakang ni karang
sayang oi! Merajuk aje tau.
“Tak payah buat apa-apa!” bidasku geram.
“Hmm… okey. Kalau gitu abang nak tidur la.”
Usikan Farhan berjaya membuatkan aku bingkas paling menghadapnya yang sedang
tersenyum kemenangan. Suka la tu kenakan aku! Isk! Dengan perasaan geram
membuak-buak di dada, badannya kucubit. Terjerit-jerit dia cuba mengelak
ketangkasan jemari Isteri Ketam.
“Sakit la. Apa ni. Suami balik minta dibelai.
Ini suami balik kena cubit.” Gerutu Farhan. Alah, bukan sakit manapun.
Acah-acah mak enon je. Setakat Maira yang cubit takde hal la. Orang putih kata small the pieces. Haha!
“Padan muka abang!”
“Ini yang nak angin aje kenapa?” Farhan selami
hati isteri yang meradang.
“Abang tulah! Dah berapa kali janji nak makan
sama tapi asyik cancel je. Dah tu
bila balik bukan nak pujuk isteri merajuk. Boleh buat derk je! Eeee sakit hati
Mai tau tak!” Pinggangnya pula jadi sasaran untuk digutis namun Farhan cepat
menangkap pergelangan tanganku. Nasib la… siapa suruh duduk dekat kan!
“Alaaa sorry
la. Bukan abang sengaja nak batalkan. Emergency
kat ofis. Takkan abang nak tinggalkan macam tu je. Fareez bukan tahu sangat nak
handle.” Jelas Farhan perkara
sebenar.
Aku mencebik bibir. Asyik asyik emergency! “Habis tu kalau Mai yang emergency kat rumah ni macam mana
pulak?! Abang tak hiraukan pun kan!” teriakku lagi. Nak menangislah macam ni!
Huwaaaa mamaaaaaa!
Farhan hanya mampu tahan bingit telinga
mendengar bebelan isterinya. Nak bagi setaman dengar gamaknya! Farhan tiba-tiba
mendapat satu akal. Aku yang tengah syok berleter terkejut apabila tubuhku dipaut
dan dibaringkan di sisi Farhan. Pantas betul! Dah tu sempat dia kucup bibir
membuatkan aku terdiam sejenak sebelum memukul dadanya.
“Eeee! Tengok tu! Amek kesempatan!” marahku
masih bersisa.
Farhan senyum senget. “Dah tu asyik membebel
je. Cair tahi telinga abang tau tak. Nanti menjejes sape nak lap? Mai lapkan.
Nak?” gertak dia.
Aku menjuling mata ke atas. Selekeh! Eee tak
dapat dia bayangkan. Aiyer…!
“Anak abang sihat tak hari ni?” Perutku yang
masih kempis diusap Farhan penuh kasih sayang. Hati yang hangat menjadi terus
dingin. Dapat aku rasakan Farhan tak sabar hendak menimang cahayamata kami.
Setiap pulang dari kerja, pasti dia akan usap perutku dan bertanyakan khabar baby. Aku yang nak ‘meletup’ pun tak
jadi tau. Sejuk hati. Bertambah salju dalam hati tatkala Farhan memperdengarkan
bacaan ayat-ayat suci Al-Quran kepada baby
dalam perut ini. Hinggakan aku terlena di sisinya. Lena yang tenang.
“Sihat. Mai bacakan surah macam selalu tu.”
kataku sambil senyum manis. Perut kutepuk perlahan. Baby sayang, ayah awak dah balik ni! Hihi.
Farhan juga tersenyum. Pipi kananku dikucup
lama. “Thanks sayang. Abang happy sangat.” Dia menunduk mengucup
pipiku lagi. Pipi Farhan kutepuk perlahan. Mai pun happy abang. Happy tak
terkata. Selama ni Mai cemburu lihat wanita berbadan dua. Diorang pakai baju
mengandung. Perut memboyot ke depan. Beli barang baby. Mai inginkan semua tu. Mai selalu berdoa pada Allah supaya
kalau Mai mengandung satu hari nanti, Mai akan jaga anak Mai sebaik mungkin.
Anak Mai akan dapat sepenuh kasih sayang dari Mai dan abang. Moga-moga anak
kita cemerlang dunia dan akhirat. bisikku di sanubari.
“So
lepas ni abang kena selalu jaga perasaan Mai. Tak boleh cakap dengan perempuan
lain tanpa izin Mai. Ada faham?” ugutanku yang tiba--tiba membuatkan Farhan
ketawa.
“Habis tu macam mana abang nak cakap dengan
bebudak ofis abang?” balas Farhan lembut. Layankan aje la perangai ibu
mengandung ni. Emosi tak stabil memang beginikah? Haha! Jahat Farhan ea.
“Suruh Fareez aje yang cakap! Abang buat kerja
je!” tegahku. Ala-ala mengarut jugak idea aku ni kan! Huhu.
“Mana boleh macam tu. Nanti pekerja abang cakap
abang sombong dengan diorang.” Rambut isterinya yang terjuntai atas dahi disauk
ke belakang telinga.
“Mai tak kira! Abang cakap dengan diorang siap
la. Mai kerat abang macam ayam.”
Farhan anggukan saja. Bukan takut bini. Malas
nak cari gaduh. Karang bilik tidur jadi zoo negara payah jugak nak mengemas.
Paling susah kalau kena humban luar. Payah! Payah! Sudahlah dia sekarang tidur
mesti ada bantal peluk disebelah. Maira la. Siapa lagi! Haha.
“Dan Mai tak mahu abang jumpa Dhia!” Farhan
jungkit kening. Bau-bau kuali hangit cemburu…
“Kalau dia datang rumah macam mana? Takkan nak
halau?”
“Motif dia datang? Nak goda abang? Abang pun
sukalah digoda perempuan seksi macam dia, kan?” sinis bicaraku membuatkan
Farhan terdiam sejenak.
“Ini melalut apa ni.” Runsing Farhan. Ada saja
tak kena di mata Humairah. Sangkanya, perang dingin mengenai Dhia sudah
selesai. Rupa-rupanya ada episode baru!
“Mai tak boleh lupa apa yang dia dan mak dia
cakap pada Mai tahu tak,” sayu suaraku menahan hiba.
Farhan mengusap belakangku dengan elusan
lembut. Dia tahu Humairah masih terasa. Ditambah lagi emosi ibu hamil. “Dah la.
Allah nak buktikan kata-kata dia sebenarnya salah. Tengok sekarang, Mai
mengandung kan? Kita bersyukur apa saja nikmat yang Allah beri. Kalau Mai tak
mengandung sekalipun abang tetap sayang isteri abang ni. Susah tau abang nak tackle hati dia yang macam aisberg ni…”
Aku juling mata ke atas apabila dikatakan
aisberg.
“…lepas tu dia buat perangai tak semenggah dia
tu… nak putus tunang la… putus cinta la… nasib tak putus jari.”
Aku mencubit perutnya. Isk abang ni! Farhan
menyeringai. Lalu mengukir senyum kacak.
“…tapi Allah tetap kata jodoh dia dengan abang.
InsyaAllah selagi abang masih waras, masih berakal, masih kenal mana satu
kebaikan mana satu keburukan, Mai seorang je isteri abang. InsyaAllah dunia
akhirat isteri abang.” Ubun-ubunku dikucup lama tanda meyakinkan aku
bahawasanya aku selamanya di hati dia.
Pelukan Farhan semakin erat. Aku membalasnya.
Tenang dalam dakapan suami. Terapi yang amat baik.
***BANGUN tidur saja, aku pantas lihat jam
loceng. 7.30 malam! “MasyaAllah! Maghrib!” Kalut aku berlari ke bilik air untuk
menyucikan diri. Nasib tak terjatuh kerana tergelincir. Perutku harus dijaga
baik! Lima minit kemudian, aku keluar lalu membentang sejadah. Kain telekung
pantas kuambil. Usai berdoa untuk kesejahteraan ibu bapa, keluarga, sahabat
handai dan juga rumahtangga yang dibina, aku menanggalkan telekung sambil mata
meliar mencari sekeliling. Dari aku bangun, solat dan kini dah habis solat…
bayang suami pun tak nampak! Sudahlah terbangkit lewat. Ini gara-gara tidur
tadi la ni!
“Dapur kut.” tebakku.
Langkah diatur ke ruangan dapur untuk mencari
tubuh sang suami namun langsung tidak kelihatan. Mana pergi dia ni? Solat dekat
masjid ke? Tak hantar mesej pun! Telefon bimbit kuletak atas meja makan sebelum
bergerak ke kabinet untuk minum segelas air. Niat hati ingin memanaskan semula
masakan tengahari tadi. Abang pergi kedai kejap rasanya, telah hati.
Baru dua teguk cecair jernih itu melimpahi
ruang tekak, telefon ku berbunyi menandakan satu mesej diterima.
Gelas tadi aku cuci sebelum keringkan dan
langkah kaki mula ke arah meja. Dahi berkerut seribu tatkala membuka folder
mesej tersebut.
‘Abang?’
Darah terus menyerbu naik ke kepala. Panas membakar! Mesej yang dihantar
orang tak dikenali itu membuatkan jantungku berhenti berdegup. Jemari statik
tak bergerak. Nafasku bagai terhenti.
Gambar Farhan sedang tersenyum bersama seorang
wanita yang aku ingat-ingat lupa wajahnya akan tetapi dapat kurasakan aku
pernah jumpa dia. Siapa perempuan ini? Ada apa dia jumpa Farhan? Lokasi seperti
di salah sebuah restoren. Farhan keluar rumah sebab inikah? Tanpa mengejutkan
isteri! Tanpa memberitahu arah tujuannya? Tanpa memberi apa-apa nota sebelum
keluar rumah? Takut aku tahu muslihat sebenarnya?
Rasa cemburu bercambah di hati. Mata tak
semena-mena basah. Hati dirundung sebak. Teringat kembali kata-katanya petang
tadi sebelum aku tertidur di sisinya. ‘InsyaAllah
selagi abang masih waras, masih berakal, masih kenal mana satu kebaikan mana
satu keburukan, Mai seorang je isteri abang. InsyaAllah dunia akhirat isteri
abang.’
Selama ini aku ditipu? Setitis
air mata gugur ke meja makan tanpa aku mengelapnya. Hati sakit sangat! Tangan
kuletak di dada sambil terduduk atas kerusi.
‘Kenapa abang buat Mai macam ni? Kenapa seksa
hati Mai lagi, abang? Tak cukup ke kasih sayang yang Mai berikan? Mai tengah
mengandungkan anak abang!’ rintihku menahan kepiluan.
Telefon kucampak semula atas meja. Tak kupeduli
siapa yang hantar mesej tersebut. Apa yang pasti hati terlalu sakit. Teramat
sakit. Bagai dihiris-hiris belati tajam. Mama, Mai tak tahan lagi duduk sini!
sebakku.
***
FARHAN memarkir kereta di garaj. Jam tangan
menunjukkan pukul 8.45 malam. Nasib baik dia sempat menunaikan solat maghrib di
masjid. Baru tiba di depan pintu rumah, Farhan teringat sesuatu. Fail dalam
kereta!
“Esoklah ambik.” Ujarnya sendiri. Malas pula berpatah
balik.
Salam diberi sebelum mengunci pintu. Farhan
lihat sekeliling. Aik, takde sahutan pun. Selalunya Humairah akan menjawab
walaupun dia di bilik. Memasak ke? Atau solat isyak? Farhan kerling jam di
tangan. Kunci kereta disangkut bersama gugusan kunci yang lain di tepi pintu.
Ayunan kaki menghala ke dapur. Kot-kot ada la jumpa ‘teddy bear’ tersayang.
Namun hampa apabila hanya lampu saja dipasangkan. Farhan memanjat tangga menuju
kamar beradu. Ingin mencuci seluruh badan yang berbau. Duduk pulak dekat dengan
penghisap rokok. Habis baju bau rokok! Mesti Mai ada dalam bilik, fikirnya.
Namun kaki Farhan statik di hadapan pintu
apabila menyedari tiada Humairah di bilik itu. Ah sudah! Mana dia pergi?!
Farhan kalut cari Humairah di setiap sudut. Bilik air, bilik solat, bilik
bacaan sehinggakan dalam almari pun dia cari. Mana tau kot-kot Humairah ajak
dia main sembunyi-sembunyi tetapi amatlah mustahil! Memalam pulak tu! Bilik
stor juga dituju namun sangkaannya benar.
“Mai, mana Mai pergi ni?” Bingung Farhan. Dia
menyeluk poket seluar ingin menelefon isterinya itu namun apa yang digagau
tiada.
“Allah! Handphone
dalam kereta!” Farhan tepuk dahi. Berlari dia keluar rumah menuju kenderaan.
Telefon yang terletak elok atas dashboard diambil. Skrin cuba ditekan namun
tiada apa yang menyala. Ah sudah! Bateri habis pulak! Farhan rasa nak gila.
Bini hilang, telefon takde bateri! Allahu… titipkan aku kesabaran. Dalam
fikirannya hanya satu. Isteri!
Dia berkira-kira hendak menelefon polis saja
waktu ini namun terbantut tatkala satu objek menarik perhatiannya.
Sebuah kereta berhenti di hadapan rumah
membuatkan kepala tertoleh. Pintu pagar automatik terbuka sendiri lalu kereta
Proton Saga FLX itu pun memasuki pekarangan halaman rumah menimbulkan benak di
sanubari. Akan tetapi selepas melihat gerangan pemilik kenderaan itu, dia
menghela nafas lega.
“Yana,” tegur Farhan. Ingatkan siapa tadi.
Yana senyum sebelum memberi salam kepada abang
iparnya. Dia menjawab salam seraya melirik seorang lagi wanita yang baru keluar
dari perut kereta. Humairah! Farhan menghembus nafas lega sekali lagi. Serasa
beban yang dipikul sebentar tadi lenyap.
“Dari mana ni?” Sengaja Farhan bertanyakan
soalan itu. Dan sengaja juga dikuatkan suaranya agar ‘orang’ di sebelah sana
dengar. Bagai nak gila dia mencari sampai berpeluh satu badan. Rupa-rupanya si
isteri keluar dengan adik dia! Sungguh lahai Mai buat kepala abang pusing 360
darjah tahu tak???
Yana kerut kening sebelum jungkit kening
sebelah. Aik, bukan ke tadi dalam kereta Kak Mai kata dah hantar mesej pada
Abang Amirul?
“Abang Amirul tak dapat mesej dari Kak Mai ke?”
soal Yana keliru.
Farhan laju menjawab ‘tidak’ namun apabila dikenang
kembali… memang la tak dapat. Telefon takde bateri! Kong! Aduuu…
“Bateri abang kong, Yana.” Jelas Farhan perkara
sebetulnya. Handphone digawang-gawang
ke udara.
Aku di sebelah kereta mencebik. Kong sangat!
Cakap aje la tak nak ada gangguan waktu dating!
teriakku di hati. Malas nak ambik pusing apa yang diorang bualkan, langkah kaki
terus ke pintu rumah. Buat sakit hati aje! Sudah berapa banyak aku ditipu
entahlah. Air mata pun dah kering nak menitis. Serasa nak bakar rumah ni pun
iya jugak!
Farhan pandang saja langkah isterinya sebelum
merenung Yana yang tampak tidak bersalah itu.
“Kenapa dengan kakak tu?” Yana hanya angkat
kedua-dua bahu. Sebenarnya dia tahu, tapi dia takkan sesekali masuk campur. Itu
hal rumahtangga kakak dan abang ipar. Dia tiada hak. Nanti berkait, pening
segala urat di kepalanya.
“So,
boleh tak Yana nak tumpang semalam dekat rumah ni? Esok Yana balik semula ke
Melaka.” Kata-kata Yana menyentak lamunan Farhan.
“Errr Yana tanya apa tadi?” Farhan garu kepala.
Yana menggeleng. Sah angau!
“Boleh tak Yana tumpang semalam dekat rumah ni?
Esok balik Melaka semula.”
“Sehari je? Kenapa rushing sangat?”
“Lorh. Ini pun kira bersyukur dapat lari
sekejap dari poli tau.”
Farhan saja membeliak mata. “Ponteng la ni?”
duga dia.
Yana sengih kambing. Hehe! “Tak ponteng.
Mengelat aje.” Sama aje perangai macam Kak Mai. Haha!
Farhan menggeleng sambil senyum. Yana… Yana…
“Dah jom masuk.” Kemudian mereka bersama-sama masuk dalam rumah.
BILIK TIDUR yang sepi tadi ada perubahan tang soundtrack. Haha! Mana taknya. Tadi balik
takde orang. Sekarang bunyi air. Farhan sandar di kepala katil sesudah solat
isyak . Tangan menyelak halaman buku kepunyaan Humairah. Buku ibu hamil. Kata
doktor, bukan setakat ibu sahaja yang perlu baca tapi suami juga digalakkan
baca untuk sama-sama mengetahui apa yang patut dilakukan sewaktu isteri sedang
mengandungkan zuriat.
Pintu bilik air dibuka. Semerbak wangian
menerobos hidung Farhan. Bau kesukaannya. Mata memerhati sang isteri yang
buat-buat tak nampak akan kehadirannya. Humairah siap berpijamas. Saat isterinya mahu berbaring ke katil, Farhan bersuara.
“Nak tidur dah?”
“Hmm.” Dingin balasan yang diberi membuatkan
benak Farhan dihantui sesuatu. Humairah marahkan diakah?
“Sayang marah abang ke?”
“Buat apa nak marah. Takde faedah pun.” Balasku
sedikit kasar.
“Habis tu kenapa jawab macam tu? Macam marahkan
abang je.” Farhan tarik muncung apabila tiada sahutan daripada isterinya. Dia
merapatkan tubuh ke tubuh Humairah. Rambut isterinya yang telah kering dengan
pengering rambut dibelai. Mujur juga Humairah tiada alahan pada body odour Farhan seperti sesetengah
suami lain ketika isteri mereka hamil. Kalau tak, hancusss hidup. Kena tidur luar!
“Mai…” leretan suara itu membuatkan aku
mendengus. Time-time camni la nak menggedik!
“Abang lapar.” Kata-kata itu membuatkan aku
berpusing mengadapnya.
“Lapar?” Farhan angguk kepala. Perut berbunyi
dah ni. “Tadi petang bukan dah makan?” soalku tegas. Kenyang sangat tengok muka
perempuan tu gamaknya! Hati sinis.
Farhan kerut dahi. “Mana ada abang makan petang
tadi.”
Aku senyum sinis. Menipu lagi tu… “Kalau abang
lapar, abang pergi dapur. Mai dah panaskan lauk tengahari tadi sebelum keluar.”
Jawabku. Betul-betul melancarkan perang nih!
Farhan pegang bahu aku sebelum aku mengiring
badan ke kiri. “Tadi pergi mana?” soal dia ingin tahu.
“Tak pergi mana-mana.” Jawabku dingin.
“Jangan tipu abang, Mai.” Mendengar suara
mendatar itu membuatkan aku gigit bibir. Tahu bahawa Farhan serius.
“Kalau Mai pergi pun, abang bukan peduli kan?”
Aku senyum pahit.
Mencerlung anak mata Farhan. “Apa Mai cakap
ni?” suara Farhan berubah nada. Agak kehairanan di situ.
“Mai mesej abang sebelum keluar, Mai tulis Mai
nak keluar dengan Yana sekejap. Tapi abang tutup phone. Salah Mai ke?” Ya! Aku tahu salah aku keluar rumah tanpa
izin suami tapi aku tak sanggup bertahan. Mengenangkan Farhan keluar tanpa
mengejutkan aku malah tidak meninggalkan secoret mesej. Dengan MMS bergambar
yang diterima menambahkan rasa pedih. Kenapa makin teruk hubungan kita
belakangan ni abang?
“Bateri abang mati. Bukan abang saja-saja nak
tutup..” Terang Farhan lagi. Bukan pintanya bateri kong. Kalau dia tahu
Humairah ada hantar mesej, dah tentu dia balas.
“Okey Mai malas nak gaduh. Mai penat. Nak rest,” ujarku seraya menarik comforter namun ditahan dia.
“Abang cuma nak tau Mai pergi mana. Tu aje kan?
Kenapa nak moody sangat ni?” Farhan
asak menyoal.
Aku mendengus marah. “Mai pergi makan with Yana! Dekat Wali House!” Akhirnya
terluah juga apa yang dibekukan.
Farhan
kerut dahi. “Wali House?”
“Yalah. Kenapa? Terkejut? Sebab Mai pergi makan
kat tempat abang dating sama
perempuan lain? Kan?” perliku sedas.
Tegak tubuh sang suami. Mata mencerun tajam
anak mataku. Aku membalasnya. Berani Mai! Jangan takut. Pertahankan kebenaran
kau! bisik akal.
“Ini apa pulak masuk cerita entah apa-apa ni?
Mai sedar tak Mai cakap apa?” berang Farhan jadinya.
“Disebabkan Mai sedar lah Mai cakap. Abang
pergi dating dengan perempuan lain
petang tadi dekat Wali House waktu Mai tidur. Kannnn?” Aku menekan perkataan
‘kan’ itu. Bagi dia rasa sakit!
Wajah Farhan bertukar memerah. Lava-lava gunung
berapi bakal meletus melawan gunung bola-bola api Humairah. Erk!
“Mana Mai tahu?” Soalan itu membuatkan aku
ketawa. Jengkel bunyinya.
“Kenapa? Terkejut isteri abang boleh tahu?” aku
senyum sinis. “Rahsia dah terbongkar la, abang. Selama ni Mai digula-gulakan
abang. Mai kena tipu hidup-hidup! Abang curang belakang Mai!” jeritku tak
tertanggung rasa amarah.
“Mai, dengar dulu penjelasan abang. Abang tak
curang,” pinta Farhan seraya cuba menenangkan aku yang mula menggila.
“Abang ingat Mai percaya?! Dah la abang. Kalau
abang tak suka Mai lagi, abang hantar Mai balik rumah mama Mai!” teriakku
sambil menahan titisan air mata yang mengalir di pipi.
“Apa Mai merepek ni?!” Meninggi suara Farhan. Menindas
suara isterinya yang meraung tak tentu hala.
“Habis yang ini apa pulak?” Gambar yang aku
terima selepas solat maghrib tadi kutunjuk padanya. “Ini dikatakan merepek?
Hah?” Sinis bicaraku.
Farhan terdiam. Telefonku dirampas dan ditilik.
Air mukanya berubah sama sekali. Mata hazelnya merenung tajam mata aku buat
kesekian kalinya.
“Mana dapat picture
ni? Mai intip abang?” duga Farhan. Halkumnya bergerak-gerak.
Aku membulat mata. Air mata dikesat kasar. “Eh!
Takde masa Mai nak intip-intip tau! Sekarang Mai nak tahu apa hubungan abang
dengan perempuan ni?!” bentakku lagi.
“Siapa hantar gambar ni?” Farhan menanya
serius. Orang tanya lain dia jawab lain!
“Sape hantar tu tak penting! Yang penting
sekarang ni, kenapa abang tipu Mai?!” bentakku geram. Bantal kubaling padanya. Biar
keluar kekabu! Biar takde bantal tidur malam ni! Biarrrr!
Farhan mengelak lalu menangkap pergelangan
tanganku membuatkan sukar untuk aku melepaskan diri.
“Bila Mai dapat gambar ni?” Asak Farhan lagi. Marah
bebenar rahsia bocor.
“Petang tadi! Seronoklah abang kan dapat jumpa girlfriend abang tu! Waktu senja lagi!
Tak ingat solat maghrib ke?! Dah tu nak menafikan lagi.” hamburku sepuasnya.
“Abang dengan Ekin takde apa-apa, Mai.” Farhan
masih berlembut cuba untuk melembutkan hati aku barangkali.
“Stop it!
Mai tak nak dengar apa-apa lagi! Mai kena tipu hidup-hidup selama kita kahwin.
Abang kata abang sayang Mai, cinta Mai, Mai seorang aje isteri abang dunia
akhirat tapi belakang Mai ada simpan perempuan lain! Abang tahu kan Mai pregnant sekarang ni?! Nak buat Mai
cemburu?! Abang tak ingat, dalam perut ni anak abang?! Abang tak sedar ke hah??”
sindirku tak berhenti. Bagai butir peluru yang keluar dari corong pistol. Tembak
habis-habisan tanpa belas kasihan! Waktu ini serius aku lupa aku isterinya. Aku
lupa akan dosa dan pahala.
Farhan hela nafas. Inilah dia orang kata. Cakap
tanpa soal selidik. Dia tahu Humairah sedang beremosi. Tapi tak sangka pula
sifat cemburunya teruk sekali. Tanpa pamitan, dia terus memeluk Humairah tanpa
sempat isterinya menolak. Terlopong Humairah dibuatnya.
“Apa abang ni?” geram aku dibuatnya. Ambik
kesempatan aje tahu! Dadanya kupukul sambil bergelut untuk merungkai pelukan.
Itulah lelaki!
“Kalau Mai duduk diam-diam, baru abang
lepaskan! Selagi tak diam, abang tetap peluk. Biar la sampai esok pagi ke,
sampai Yana masuk bilik ni ke. Abang peduli apa!” Keluar sudah ugutan Farhan versi
ketua pengawas membuatkan aku terketap-ketap bibir.
Farhan menarik nafas panjang sebelum dihembus
perlahan. Ucapan menggunakan akal, Han. Bukan nafsu semata. Pandangan dilontar
pada isteri yang elok diam dalam dakapannya. Serta merta senyuman nakal hadir.
“Senyap pulak dia. Suka la tu kena peluk,” usik
Farhan.
Aku menjelingnya tajam. Memain pulak!
“Okey sekarang ni abang jelaskan perkara yang
sebetulnya. But with one condition.”
Tajam matanya memanah mata aku. “Sayang tak boleh menyampuk apa yang abang
cakap. Dengar sehingga habis! Abang tak nak lepas ni ada lagi spekulasi
pelik-pelik, nak marah tak tentu hala, baling bantal la, baling cadar la. Malu
kalau Yana masuk tengok.” Dalam ucapannya terselit nasihat membuatkan aku
memandang arah lain. Menyampah hati kita!
“Memang betul abang jumpa Ekin petang tadi.
Pukul 6.30 petang waktu sayang tengah tidur. Abang tak nak kejutkan Mai sebab
abang tahu Mai penat. Tiap-tiap pagi Mai muntah lepas tu buat semua kerja
rumah. Kalau ikutkan hati abang, boleh je abang angkut Mai teman abang jumpa
dia. Sebab abang lagi selesa kalau isteri ada dekat sebelah.”
Aku mencemik. Tak buat pun kan?
“Ekin minta jumpa di Wali House. Masa tu bukan
dia seorang tapi ada kakak dia sekali, Kak Tini. Mungkin masa gambar ini
diambil Kak Tini pergi cuci tangan. Abang tak tahu siapa yang ambil gambar ni.
Demi Allah! Abang takde apa-apa perasaan pun pada Ekin. Kami jumpa atas dasar
majikan dan pekerja sahaja. Dia bagi abang fail bahagian kewangan yang
sepatutnya Fareez tengok sebelum balik kerja tadi tapi Fareez tak sempat nak
ambik. Rushing sangat nak balik. Jadi
dia mesej abang untuk jumpa pasal fail. Itu aje.” Ujar Farhan bernada biasa.
“Tapi kenapa mesti waktu senja? Takde waktu
lain ke?” bangkang selagi boleh.
“Dia tak balik rumah lagi, Mai. Dia terus jumpa
abang lepas balik ofis sama kakak dia. Fail tu penting. Dia tahu presentation kewangan syarikat seminggu
lagi. Jadi dia kena serahkan pada Fareez.” talar Farhan lagi.
“Masalahnya sekarang ni kenapa tidak Fareez?
Kenapa mesti dia call abang?” tanyaku
bertubi-tubi.
“Mungkin dia selesa bercakap dengan abang. As a boss.” Tekan Farhan apabila aku
tarik muka.
“Nampak tak kat situ? Sebenarnya dia nak tarik
perhatian abang. Eeee!” Cemburuku meluap-luap. Istighfar Mai. Istighfar.
“Dia tarik ke dia apa-apa ke biar je la. Yang
penting Mai. Mai kat hati abang. Enough!
Okey sekarang abang pula nak tanya Mai.” Pertanyaannya membuatkan keningku
terangkat. Aku pulak kena soal siasat!
“Mai kenal ke siapa punya nombor yang
hantar mesej ni?” Serius sungguh wajah suami.
Terkelip-kelip mata aku saat terdiam sejenak
sebelum menggeleng perlahan. Serius tak tahu! Bila dikenang semula, apa motif
orang itu hantar mesej bergambar begini pada aku ek? Nak bagi aku cemburu? Bingo! Haah la! Sengal betul kau, Mai.
Patutnya kau selidik dulu. Ini namanya serbu tak pakai helmet!
“Tak kenal,” jawabku perlahan.
Farhan mengeluh. “Sepatutnya tanya dulu siapa
pengirim. Bukan serang abang,” Penuh sinis ucapannya membuatkan aku sengih
sumbing. Hiks! Maaf abang…
“Mana la Mai sempat nak tanya. Kalau abang jadi
Mai, apa abang buat dulu? So, bukan
salah Mai okeh!” kataku menegakkan keadilan.
Farhan hanya mampu menggeleng. Sabar aje la
dengan perangai isteri aku tu. Nasib isteri… nak marah pun terbantut. Hailah
sayang… tengoklah mummy awak ni baby. Asyik nak cari gaduh dengan daddy je.
Gerutu Farhan.
“Serius tak tahu?” pertanyaan suamiku dibalas
dengan gelengan beserta wajah sesuci murni lebaran. Wajah innocent.
“Kalau orang ni bagi mesej lagi lepas ni…
bagitahu abang. Jangan nak dendiam sorang-sorang lepas tu mengamuk tak
tentu pasal. Terkejut baby tau tak.” Perli
dia lagi.
Aku juling mata ke atas. Farhan ingin memiat
telinga aku namun aku cepat melarikan sambil tergelak. Aku peluk Farhan ketat-ketat. Sayang
abang!
Farhan hanya senyum saat melihat Humairah
tergelak begitu. Ceria aje. Tidak mahu si isteri tahu apa yang sedang bermain
di fikirannya. Farhan dapat rasakan seseorang memerhatikan rumahtangga mereka.
Membuat perancangan ingin memporak perandakan hubungan. Mungkin musuh syarikat?
Ataupun… ya Allah, katakan bukan ‘dia’! Entah mengapa hati kuat menebak ‘dia’
tetapi Farhan tahu dia harus berfikir panjang sebelum berbuat keputusan. Jangan
terburu-buru, Han! Satu tuduhan melibatkan semua pihak terutama isteri
tercinta. Keselamatan Humairah dan anak mereka harus dijaga sebaik mungkin. Teringat
bagaimana Aki mencetus kontroversi hangat dengan menghantar gambar Aki dan
Humairah padanya beberapa tahun yang lalu. Adakah nombor pengirim itu sama
dengan nombor kepunyaan Baihakki? Farhan harus siasat perkara ini. Bukan harus
tapi wajib!
***FAREEZ termenung di anjung. Memerhati keindahan
malam yang sepi. Lampu melimpah menerangi jalan perumahan. Dia bosan! Serius
tak tahu apa yang patut dilakukan malam-malam begini. Kebiasaan kalau angah ada
dekat rumah tak sah tak slam dunk. Angah….. Fareez senyum hambar. Kenangan…
zaman remajanya sudah berakhir. Kini dia sudah memasuki fasa 20 an. Bukan sweet seventeen lagi. Jika diberi kuasa,
Fareez mahu kembali ke alam kanak-kanak. Alam remaja. Tak ada tanggungjawab di
bahu. Kini serasa berat sahaja bebanan yang dipikul. Nyawa orang… nyawa
pekerja… di dalam genggaman tangannya.
Ada kawan-kawan lain dah bertunang, dah berkahwin
malah ada yang sudah memiliki anak. Cuma Fareez saja yang belum berkeinginan.
Muda lagi kot…!
“Reez,” teguran papa mengejutkan Fareez lantas
dia kalih sisi. Wajah Papa Umar ukir senyum padanya dibalas.
“Eh! Bila papa masuk?”
Papa melabuhkan punggung ke kerusi meja kopi bertentangan
anaknya. “Lama la juga. Sempat intai anak teruna papa termenung. Menungkan apa
tu, Reez? Teringat girlfriend ke?”
usikan papa membuahkan tawa Fareez.
“Mana ada la, pa. Ke situ pulak,” balas Fareez
merenung pemandangan luar balkoni.
“Dah tu muka macam orang putus cinta. Monyok
aje.” Papa ingin menyelami hati anak lelaki ketiganya ini.
Fareez sekadar senyum sambil geleng kepala.
“Tak ada apa-apa, papa. Reez okey je. Cuma…”
“Cuma?” laju papa memintas.
“…Cuma Reez bosan. Tetiba je teringat zaman
kanak-kanak dulu. Dulu ada angah. Selalu slam
dunk, main PS, chess, kacau Aina
dengan princess dia tu.” Fareez gelak
sendiri. Gelak hiba. Dia menunduk memegang lutut. Kini semuanya berubah.
Masing-masing dah bawa haluan sendiri. Rumah ni jadi sunyi lepas angah kahwin.
Aina pun sedang membesar. Mata tak semena-mena bergenang. ‘Reez rindu semua tu,
papa.’ Getus hati lelakinya.
Papa Umar bingkas bangun mendekati lantas
memeluk bahu anaknya. Fareez memeluk erat papanya. Melampias apa yang terbuku
di hati. Lantaklah orang nak kata apa pun pasal lelaki menangis. Realiti okeh!
Papa mengusap kepala Fareez. Syahdu lihat anaknya
sekarang. Benarlah kata orang, wajah ceria menyimpan seribu satu rahsia sedih.
Tahulah dia kini apa yang mengganggu anak bujang ini.
“Aina masih ada kan?” pujuk papa berlembut.
Fareez menggeleng. Aina tak sama macam angah…
Kalau Aina lelaki, dia tak risau sangat sebab boleh dibuat kawan dan lawan.
Lagipun Aina masih kecil. Baru tingkatan 1. Apa saja yang dia tau. Teringat
dulu. Asyik gaduh aje kami berdua! Angah jua lah yang meleraikan.
“Papa ada… mama ada… Aina adik Fareez… along
dan kaklong pun selalu jenguk kan. Tak ada apalah. Angah pun Reez selalu jumpa
dekat pejabat kan. Dah tu… lain kali jangan duduk sorang-sorang dalam bilik. Nanti
berimaginasi terlebih hadnya payah papa dan mama, tahu. Kalau Fareez ada
apa-apa nak luah, share je kat papa.
InsyaAllah papa sedia dengar.” Ujar papa tenang.
Bahu Fareez ditepuk apabila tiada tanda-tanda
menangis lagi. Fareez kesat air mata sambil sengih. “Malu pulak dah besar
nangis. Aina tengok ni, habislah Reez.” Katanya cuba menceriakan suasana.
Matilah kalau angah ngan along tahu. Kena gelak sakan nanti!
Papa senyum. Dia faham isi hati anak terunanya
ini. Kerinduan… “Tak salah menangis, Reez. Dah… sekarang ni rehat. Esok nak
kerja.”
Papa beransur pergi sesudah Fareez menyalami
tangan bapanya itu. Fareez memandang bulan yang terang menyalakan cahaya pada
bumi sebelum menarik sliding door. Nite
moon…. Sampaikan salam rinduku pada yang tersayang. Eceeewahhh!
*** KEMARAHAN AMMYLEA meluap naik tatkala
menerima sekeping lagi envelop di atas meja. Tulisan yang sama… namun kali ini
bercoretkan kata-kata tanpa gambar.
AKU TAHU KAU MASIH
SAYANGKAN TENGKU AMIRUL FARHAN !
“Eeee! Kalau aku dapat orang yang bagi ni, azab
dia nanti! Menyusahkan orang betullah!” tempik Ammy.
Beg tangan LV dicampak saja atas meja. Takde mood terus nak bekerja hari ini. Semua
gara-gara si tukang pemberi surat tak bertauliah ini. Ammy sudah siasat tentang
pemuda yang mengirim surat kepada stafnya namun wajah pemuda itu tak jelas di
kamera. Ammy juga bertanyakan kepada staf yang menerima surat tersebut tempoh
hari namun apa yang dibalas begitu menggerutukan hati wanitanya.
“Saya tak
dapat lihat dengan jelas muka dia, Cik Ammylea. Sebab dia terus aje serah surat
tu dan pergi. Saya panggil dia tak nyahut. Benda ni berlaku pantas.” Kata Suzi.
Prank?
Mustahil.
Ammy berkira-kira ingin mencari seseorang.
Seseorang yang dah lama tak dihubungi. Mungkin dia boleh membantu menyelesaikan
masalah yang rumit lagi merumitkan ini! Tetapi hal ini tak boleh diketahui
Eriq. Nanti membebel pak atok tu. Andai perempuan dikatakan mak nenek. Lelaki
sesuai dilabel pak atok. Kalah perempuan berleter. Hoh!
Adakah perlu dia mencari Farhan semula?
***
BERLARI Farhan bagai tak cukup tanah apabila
mendengar khabar isterinya dimasukkan ke hospital. Kemalangan! Jantung serasa
nak tercabut keluar. Darah menyerbu muka tak usah dikata. Peluh yang menitis
tak payah dikira. Satu tempayan juga tak mencukupi. Apa yang dia mahukan
sekarang ialah Humairah!
Dari jauh dia dapat melihat mama dan papanya,
Mama Husna dan Abah Syakir sedang berdiri di luar pintu yang mendiami
isterinya. Makin dipecutkan tahap kelajuannya sampaikan nak tersungkur dia di
hadapan Mama Husna jikalau tak ditahan Abah Syakir.
“Farhan! Jangan berlari! Kan dah nak terjatuh!”
marah Mama Nani. Anak bertuah betul.
Farhan tak pedulikan omongan mamanya lantas
menyalami setiap yang hadir di situ. Mata mengintai di pintu wad.
“Macam mana keadaan Mai? Teruk ke? Mama? Abah?
Papa?” bertalu-talu soalan ditanya Farhan membuatkan papa dan abah menggeleng
kepala.
“Farhan, bawa bertenang. Humairah tak apa-apa.
Doktor tengah merawat dia sekarang. Sabar ya. Meh duduk sini.” Pelawa Mama
Husna.
Farhan menolak. Mana mungkin hatinya tenang dan
mahu berehat tatkala mendapat tahu isteri yang disayangi kemalangan dan selagi
dia tak melihat sendiri keadaan Humairah, selagi itulah dia akan berdiri. Bagai
tercabut segala sendi dan pembuluh darahnya tatkala diberitahu papa melalui
telefon mengesahkan Humairah kemalangan. Mesyuarat dibiarkan begitu saja tanpa
meninggalkan secebis nota. Nyawa Humairah lagi penting! Rambut yang terjuntai
disauk ke belakang. Hati tak berhenti mendoakan kesejahteraan isteri.
Pintu tiba-tiba dikuak. Semua pantas berdiri. Seorang
doktor perempuan keluar bersama seorang jururawat. Farhan pantas mendekat.
“How’s my
wife, doc?”
“Husband
Puan Humairah ya?”
“Ya, saya.” ujar Farhan.
“Saya harap encik bertenang. Puan Humairah
sekarang sedang berehat. Dia tidak mengalami apa-apa kecederaan. Kondisinya
stabil tetapi masih dalam pengawasan kami.”
“Kandungan?” asak Farhan menanya.
“Kandungan isteri encik masih selamat dan
terjaga. Syukur juga sebab bawa Puan Humairah lebih awal ke hospital. Sekiranya
terlewat, mungkin kandungannya sudah tidak ada lagi,” Terang Doktor Ayara lagi.
Mereka kemudian beransur pergi sesudah menyua kata. Farhan terus masuk ke bilik
itu diikuti ahli keluarganya. Benar kata Doktor Ayara. Humairah sedang tidur.
Mungkin ubat penenang diberikan sebentar tadi. Humairah perlu berehat.
“Kan mama dah kata tadi. Maira tak apa-apa.” Nada
perlian oleh ibu mertuanya dilontar pada menantu.
Farhan menyengih. Tampak sungguh perangai tak
senonoh dia di hadapan family
sebentar tadi.
Melihatkan raut tenang itu membuatkan hati
lelakinya lega. Syukur padamu TUHAN. Mata melihat akan garisan halus di dahi
Humairah membuatkan jiwa diterpa persoalan.
“Macam mana Mai boleh accident?” soal Farhan pelik.
Setahunya pagi tadi elok aje Mai di rumah. Tak
ada tanda-tanda hendak keluar rumah. Keluar seorang dirikah? Tanpa meminta
keizinannya?
“Mai telefon mama pukul 2 petang tadi katanya
teringin sangat nak makan pisang goreng. Mama kata mama akan buatkan nanti.
Tapi Humairah degil. Nak juga makan. Pembawakan budak barangkali. Keinginan itu
tinggi. Selagi tak dapat, jangan harap wanita mengandung ini nak duduk diam. Mama
tak tahulah dia minta izin kamu atau tidak. Tahu-tahu saja abah beritahu pihak
hospital telefon kata Mai dah ada di hospital. Terkejut mama dengar.” Cerita
Mama Husna. Hampir saja dia rebah di dapur apabila Syakir mengatakan anak
sulungnya kemalangan bersama Myvi milik menantunya. Dia juga jadi fobia dengan
telefon.
Farhan mengerut dahi. Cerita… yang agak…. complicated. Ya! Macam pernah didengar
sebelum ini. Cerita yang sama semasa Humairah belum bernikah dengannya dahulu.
Sebelum Aki menghantar gambar dia dan Humairah di dalam sebuah kereta. Ya!
Cerita yang sama tetapi situasi berbeza! Kali ini manusia itu memang mahu membunuh
Humairah! Kurang ajar! Dendam Farhan sudah berapi. Hatinya cukup yakin orang
itu adalah Ammar Baihakki , pemuda yang masih terlepas bebas dari buruan polis!
Bunyi deringan telefon bimbit Farhan membuatkan
semua mata menala padanya. Farhan meminta diri untuk ke luar. Telefon
didekatkan ke telinga selepas berada jauh dari bilik yang didiami semua orang
yang dikenalinya itu. Juga menjauh dari staf dan orang awam. Satu sudut dicari.
Bahu kiri disendengkan ke dinding.
“Macam mana?”
“Aku dah dapat alamat rumah dia, nombor plat
kereta, nombor telefon but… guess what? Dia ada banyak nombor.
Melalui maklumat yang aku dapat, dia ada empat nombor telefon.”
“Nanti SMS aku nombor dia. Anything?”
“Aku baru dapat tahu dari informer aku. Dia nampak lelaki tu bertukar kereta waktu operasi.
Almera and BMW. Tetapi dua-dua tu bukan kereta milik dia. BMW milik Muhammad
Rahman. Almera atas nama Ammir Rizqi.”
BMW! Farhan cuba mengingat. Kereta itu yang
diberitahu Humairah suatu ketika dahulu ketika isterinya mengambil Sara a.k.a
achik di sekolah. Kereta yang mana ajak Myvi berlumba di jalan raya dan cuba
menyondol kereta yang dipandu isterinya. Farhan genggam penumbuk seeratnya.
Tetapi….. Ammir Rizqi? Ammir? Bukankah nama
itu…. seperti nama rakannya…. di Aussie…… Ayie? Ayie ada kaitan dengan Aki?!
Jantung berdebar kencang. Apakah konspirasi mereka?!
“Aku nak kau siasat nama Ammir Rizqi tu. Update pada aku. Malam ni aku nak.” Arah
Farhan serius. Segala-galanya harus diketahui secepat mungkin. Jika betul Ammar
Baihakki… tahulah nasib tinggi ke rendah bumi yang kau pijak!
“Okay, bro.” “And… informer aku ada beritahu sekejap tadi. Lelaki tu sekarang tengah
mencari sasaran baharu. Bukan takat isteri kau aje. Mungkin ahli keluarga kau
pun bakal terlibat sama. Kau kena hati-hati, Han.”
Farhan telan liur. Damn it!
=======
*****
RUMAH sahaja besar tetapi sepertinya tiada
penghuni. Sejak kemalangan hari itu, tiada lagi hilai tawa kedengaran. Tiada
lagi gurauan manja yang tercetus. Hanya menikus dan menyembunyikan diri. Seperti
kucing yang takutkan hujan. Seperti manusia yang fobia dengan bunyi petir.
Begitulah Humairah. Makan tidak, minum tidak. Lagaknya orang berpuasa setahun!
Manusia yang paling susah hatinya tentulah
suami sendiri. Farhan sudah tiada cara lagi untuk membantu Humairah makan
melainkan paksaan. Bukan niatnya hendak menyeksa dan menyakitkan isteri
tercinta namun itu sahaja caranya untuk menyuruh Humairah menelan setiap butir
nasi yang ada di pinggan. Dia risaukan Humairah. Risaukan kandungan itu di mana
mungkin anak mereka kekurangan zat makanan di dalam perut akibat sikap isterinya.
Farhan juga sudah tidak terurus. Jambang mula
tumbuh melata. Rambut kusut. Amat berbeza dengan imejnya yang menjaga
keterampilan seperti selalu. Semuanya kerana Humairah. Hatinya tersiksa melihat
perubahan diri isteri. Bagaikan zombie. Mayat hidup bak kata orang Melayu.
Deringan telefon bimbit membuatkan Farhan
mengeluh. Dia bergerak ke tingkap sebelum bersandar malas. Tidak mahu ganggu
Humairah yang sedang tidur.
“Ada apa?” tanya Farhan malas.
“Sorry
angah ganggu. Reez ada benda penting nak cakap ni.” Fareez gigit bibir. Serasa
bersalah mengganggu abang keduanya tetapi dia sudah hilang fungsi. Kaki patah
sebelah apabila hanya dia seorang saja yang uruskan syarikat. Dia tidak pandai.
Hendak bertanya papa, dia khuatir papa risau pasal syarikat yang dia terajui.
Dah lah budak mentah! Karang papa pulak heart
attack bila dapat tahu dia yang terajui syarikat buat masa kini. Hendak
bertanyakan along, dia risau mengganggu along yang sedang merawat pesakit. Kini
hanya angah yang tinggal. Namun terbit bersalah di hati kerana mengganggu
abangnya itu meskipun dia tahu apa yang sedang melanda.
“Hmm apa dia.”
“Err…
ni… ni… tentang ofis. Err Reez… Reez…” Adeh! Awat tetiba gagap ni Fareez oiii!
Farhan memicit dahi. “Look, bro. Angah dah amanahkan Izuan untuk tengokkan syarikat.
Apa-apa yang kau tak tahu, kau tanya Izuan. He’s
the best choosen.”
Fareez kelu. Angah…. You’ve changed. Talian dimatikan Farhan membuatkan Fareez termangu memandang
telefon di tangan. Angah bukan lagi angah. Bagaimana mahu mengembalikan sinar
cahaya kepada keluarga mereka?
***************
PANGGILAN telefon yang baru dijawab tadi
benar-benar membuatkan dia berat hati hendak meninggalkan Humairah. Hendak
suruh manusia itu bertandang ke rumah, dia tak sanggup. Hatinya berbelah bahagi
dan berasa curiga tatkala Ammy mahu berjumpa dengannya setelah bertahun-tahun
melenyapkan diri tanpa sebarang khabar berita. Hari ini… malam ini… dia
kembali. Katanya ada hal mustahak hendak berjumpa. Berkaitan hidup dan mati.
Mungkin dirinya bakal dibunuh Ammy? Mungkin Ammy menjadi dalang bagi segalanya?
Bukan Aki? Atau Ammy dan Aki bersubahat selama ini? Arghh! Kusut! Banyak betul
rentetan dan rantaian! Berselirat segala wayar dalam otak!
Farhan merenung sayu akan isterinya yang sedang
baring membelakangi dirinya. Sungguh kasih tak pernah berkurang pada Humairah.
Makin lama makin menggunung. Jika dia mati hari ini, dia tidak akan menyesal
kerana zuriatnya kian membesar di dalam rahim Humairah. Dia tidak akan pernah
menyesal kerana dia telah mengahwini seorang perempuan yang dia cintai, sayangi
setulus ikhlas. Perut Humairah diusap penuh kasih sebelum dikucup perlahan.
“Jaga mummy untuk daddy, sayang.” Baby dan
mummy sentiasa di hati daddy. Sambung Farhan menahan sebak.
Bibir mengucup lembut ubun-ubun isteri sebelum
menyarung jaket ke tubuh. Dia menggapai telefon sebelum berangkat keluar
meninggalkan rumah. Sempat dipesan kepada ibu dan bapa mertua mereka yang
menginap di rumah itu untuk menengokkan Humairah sewaktu ketiadaannya. Enjin
kereta dihidupkan lantas menyusur keluar membelah jalan raya yang lengang.
Restoren Samudera destinasinya. Agak jauh dari
kebiasaan restoren yang dia pernah singgah. Dari jauh sudah kelihatan susuk
tubuh yang cukup dikenali itu. Dari dulu hingga kini, lekuk badan Ammy masih
sama. Lihatlah cara dia menjaga keterampilan dan kelangsingan badan. Umph la kata orang! Namun ada sesuatu
yang menjentik tangkai hati lelakinya. Kepala Ammy! Sehelai shawl chiffon mustard tersarung kemas di
bahagian kepala menutup mahkota yang pernah dia lihat dahulu. Cantik, puji
Farhan.
Farhan tidak terus mampir ke arah meja tersebut
akan tetapi dia mengeluarkan telefon bimbit. Nombor wanita itu didailnya.
Ammy kelam kabut mencari telefon bimbit yang
jauh terperosok ke dalam handbag
bersama khazanah ‘wanitanya’ itu. Tulah orang tua-tua bilang, makin besar beg
makin banyak barangan diisi hingga bawang boleh bertunas agaknya!
“Hello, assalamualaikum Farhan.” sapa Ammy.
“Waalaikumusalam. Is it you? The Mustard Woman?”
Erk! Mustard
Woman dia panggil aku? Ammy meninggikan leher mencari si tuan empunya badan
yang suka-suki dok gelar dia mustard. Apabila Ammy berpaling belakang, senyuman
terukir di bibir.
Farhan matikan telefon bimbit lantas
menghampiri meja itu. “Tengku Ammylea Ruhaila. Nice meeting you.” Ucap Farhan tenang.
Namun tidak dibalas Ammy malahan bisa ternganga
luas. Gajah pun muat kot! Oh my
Allah! Awat la
bekas-kekasih-tak-jadi-aku jadi lagu
ni? Macam orang mati bini! Serabai.
Farhan angguk lantas duduk di kerusi setentang
Ammy yang masih terperanjat melihat dirinya. Kelakar pulak tengok wajah
terperanjat beruk Ammy. Tapi masih comel. Lama tak bersua muka. Desis hati
Farhan sendirian.
“Yes I am.”
Kata Farhan tanpa disuruh. Dia tahu apa yang bermain di fikiran gadis itu.
Ammy menghembus nafas lega. True! Memang benar itu Farhan. Ingatkan
dia tersalah orang tadi. Tapi…. “Whats
wrong with you? You bukan Farhan yang I kenal before.” Ammy mohon penjelasan.
Farhan menarik nafas sebelum dihembus semula.
Ya dia tahu mengapa Ammy mempersoalkan tentang dirinya namun itu tidak penting.
Yang penting sekarang isi utama perjumpaan ini diadakan.
“Let’s
get through the key point here. Apa yang penting sangat you nak jumpa I
ni?” tanya Farhan serius.
Ammy senyum seraya menggeleng kepala. “Farhan..
Farhan. You always you. Kot ye pun order minuman dulu. Tak lari ke mana
Humairah.” Sebut saja nama Humairah, Farhan terus memanah anak mata Ammy
membuatkan gadis itu tersentak. Jantungnya berdetup hebat. Panahan laser bikin
lututnya terketar-ketar. Renungan yang sama sewaktu di sekolah menengah dahulu.
“Let get
the point! Apa kau nak dari aku? Apa kau cuba lakukan pada Mai? Dari dulu
sampai sekarang tak sudah-sudah nak runtuhkan hubungan kami?!” tegas Farhan.
Ammy terpanar. Kejamnya dia… tanpa usul periksa
terus ditengking begitu… tak usah di kata betapa malunya dia… sudahlah di
khalayak ramai… jika dulu, dia masih mampu mendongak ke langit… namun kini, dia
tak berupaya. Ada wajarnya Farhan berkata begitu padanya. Dia pernah melakukan
kesalahan besar pada pasangan itu. Ammy menguntum senyum pahit.
“I datang sini bukan dengan niat tak elok.
Kalau you rasa I minta jumpa you pasal nak rebut you semula dari Mai, you
silap. I minta nak jumpa you sebab I nak bagi you satu envelope. I very sure you
akan terperanjat beruk bila tengok benda ni.” Sampul putih itu diserahkan pada
Farhan yang diam tak berkutik. “Kalau you rasa I jahat, terpulang. Tapi I pun
nak selesaikan masalah yang membelenggu diri I daripada I mengganggu hubungan you all.” Ujar Ammy benar-benar ikhlas.
Farhan tak membalas sebaliknya terus membuka
sampul itu dan terlihat segala yang dikata Ammylea. Bagai terhenti degup
jantungnya.
“I terima benda ini seminggu yang lalu. You
tahu tak I rasa nak gila bila dapat benda mengarut merepek macam ni. Hidup I
rasa macam kena buru someone yang
sepertinya nak bunuh I.”
Farhan pantas mengangkat kepala merenung wajah
Ammy. ‘Macam kena buru someone…’
“Kau ada syak sesiapa?” soal Farhan tegas.
Ammy menggeleng lemah. “Sampai sekarang I tak
tahu. Maybe ada musuh dari butik lain yang nak kenakan I. Tapi I musykil,
kenapa mesti ada gambar you dan Mai? Itu yang I tak faham.” Dia tersandar lemah
di kerusi. Serasa beban yang ditanggung agak terhapus sedikit demi sedikit
setelah meluahkan segalanya pada lelaki itu.
Farhan pula terdiam. Wayar-wayar di kepalanya
berselirat. Kata kunci ada tetapi masih samar-samar. Dia kabur dalam melihat
apa yang sedang terjadi kini. Ammy juga menerima nasib yang sama rupa-rupanya. Apakah
ini konspirasi atau kebetulan? Apa tujuan sebenar sehingga mengaitkan Ammylea
dalam hal ini???
Teringat semula kata-kata informer tempoh hari.
‘Mencari sasaran baharu. Yang ada sangkut paut dengan aku.’ Terkebil-kebil mata
Farhan memandang envelope itu.
P/S : Assalamualaikum semua. Minta maaf lama menyepii. Miss nama je ada handphone, laptop, tapi tak buka pun. Haha. Pegang pun jarang. Ini alhamdulillah ada kesempatan. Maaf lambat. Maaf pada siapa yg menunggu SF. Kesian korang kan. Utk entry PCBNS nnt miss update. Da naik sem baru ni lg jarang pegang lappy. Assaimen setiap hari ada, bertambah -.-' Okey korg. Hope sukakannya! :)
xoxo
Bestnya miss..
ReplyDeleteBest
ReplyDeleteOh yeay! Miss dh update bab bru! XD thanks miss cs! Semoga miss cs kuat hadapi sem baru ni :)
ReplyDeleteWow x sbr nye nk tau ape jd...
ReplyDeleteHope miss dpt sambung cpt
Good
ReplyDeletemiss.....bila nk dpat n3 lain.... rsa mcm gila angau dh ni kat mira n farhan
ReplyDeleteX sabar nk tunggu n3 baru..
ReplyDeleteSukanya...Tak sabar nk baca next entry😍
ReplyDeletemiss... update pliss😢 rindu laaa
ReplyDeletemiss... update pliss😢 rindu laaa
ReplyDeleteMiss update laaa...huhuhuuu������...nak lagi..please?!
ReplyDeletemissss nak lagiiii ciaaciaaa
ReplyDeleteBila nak update miss?
ReplyDeletemiss rindu laaa... update pliss
ReplyDeletemiss rindu laaa... update pliss
ReplyDeleteUpdate please TT
ReplyDeletebila nak smbung???
ReplyDeletemiss update pliss... serius rindu gila gila gila...
ReplyDeletemiss esok puasa.. selamat berpuasa ☺
ReplyDeletemiss esok puasa.. selamat berpuasa ☺
ReplyDeleteMiss bila nak sambung?
ReplyDeletesorry miss saya terjumpa kat sini but don't worry i always vote you on wattpad(you are misschocolatesunday right? sorry if salah orang)but KPVST memang TERBAIK + THUMBS UP you did a great job.keep on writing.
ReplyDeleteSis4na ke ni?
ReplyDeleteaduh aki ni semak je
ReplyDelete