Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Monday 6 March 2017

SPECIAL EDITION 5

SE 5


DUDUK dalam bilik berhawa dingin memang terbaik. Tak berpanas, tak berpeluh. Tapi hati yang ‘berpeluh’. Sehingga kini, suami tidak kelihatan. Dah pukul 11.30! Hari semakin larut malam. Nak kata meeting, mengikut kefahaman aku, Farhan dah lama tak ke pejabat.

Telefon bimbit diatas meja kukerling. Nak telefon atau tak? Tetapi takut mengganggu dirinya pula. Entah-entah dia jumpa kengkawan. Nak hilangkan stress kut. Buat apa nak ganggu, kan. Dah lah aku banyak susahkan hidupnya selama beberapa bulan ini.

Hati dirundung sebak. Mengenangkan semua ini buat aku give up sangat-sangat. Aku dah terlalu banyak membebankan semua orang. Membuatkan hati mama abah, jiwa mama papa gundah gulana akan peristiwa yang menimpa diri. Jahatnya aku! Air mata yang menitis kukesat laju.

‘Orang yang sabar akan memperoleh kejayaan. Orang yang mengeluh akan memperoleh kesukaran.’
Kata-kata Cikgu Namisah terngiang kembali di telinga.

Sudahnya, aku buat keputusan untuk menyepi diri. Perut kuusap penuh kasih. Baby penguat mummy. Aku tersenyum sendiri mengenang bayi yang bakal kulahirkan ini. Tak wajah Farhan, iras wajah aku. Hihi. Tak sabarnyaaa!

Pranggggg!

Bunyi benda pecah membuatkan usapan pada perut terhenti. Badan menegak. Bunyi apa tu? Benak diterpa persoalan. Mama buat apa di dapur malam-malam begini? Mencari airkah? Atau… ada pencuri masuk rumah? Gulp! Dada tiba-tiba menjadi kencang. MasyaAllah! Apa kau melalut ni, Mai!

Perlahan-lahan kaki memijak permaidani. Niat hati ingin pergi ke tingkat bawah melihat apakah bunyi yang kudengar itu tadi sekaligus ingin meneguk segelas dua air. Baru sahaja dekati pintu, bekalan elektrik terputus tiba-tiba membuatkan aku menjerit terkejut.

“Aduuu… takde karen pulak.” gerutuku sambil menggaru kepala.

Langkah kaki berpatah balik ke arah meja solek mencari lampu suluh yang diletak Farhan. Kerana aku pernah nampak dia letak di situ sebelum ini.

“Time-time cenggini la nak blackout. Abang pulak tak balik-balik lagi.” Tanpa sedar aku menggumam.

Tangan masih mengagau mencari lampu suluh. “Hesh! Mana la pulak perginya ni! Dah la gelap! Panas! Cari pasal pulak dengan aku,” sungutku lagi.

Tak cecah tiga puluh saat, lampu itu berjaya dijumpai. Langkah kaki kembali ke tombol pintu sebelum dikejutkan dengan bunyi telefon bimbit. Sekali lagi aku terkejut dan kelajuan jantung tak usah dikata. Kerja kuat jantung aku memalam cenggini!

“Hello abang,”

“Mai, dengar baik-baik apa yang abang cakapkan ini. Jangan keluar bilik! Kunci pintu bilik! Jangan buka pintu kalau ada orang ketuk! Pegang apa-apa benda kat tangan! Abang dalam perjalanan!”

Aku juling mata ke atas. “Abang, waktu-waktu blackout ni jangan la nak berdrama atau buat kejutan. Its not funny! Mai tak suka tau tak!” bengangku. Orang dah la tengah berperang dengan ketakutan + kepanasan, dia boleh nak memain!

“Abang cakap benda be…” tak habis ayat Farhan aku dengar apabila terdengar tombol pintu bilikku dipulas perlahan. Telefon cepat kumatikan.

“Mesti abang,” gerutuku. Siap la dia kalau buat surprise apakebenda. Ketuk dengan lampu suluh! Geram tak usah dikata.

Sebaik pintu dibuka, seperti yang dijangka suamiku didepan muka pintu. Cuma gelap aje. Tak nampak wajah! Tapi bahangnya kurasai. Aku mengeluh lega. Eeee…. nasib baik tangan ni tak ikut cakap mulut tuan dia nak ketuk. Tak sampai. Uhuk uhuk! Sayang suami katekoooo…

“Lambatnya balik. Dah tu nak berdrama siap telefon bagai. Mai tak suka tahu tak?! Dah tu cakap benda pelik-pelik!” hamburku tanpa ditunggu. Langsung tak sedar aku petah berkata dari kebiasaan. Yelah, biasa mulut membisu aje kan. Malam ini terbanyak cakap pulak! Hiks.

Farhan hanya diam. Tegak berdiri tanpa sebarang balasan membuatkan aku kecut perut. ‘Kenapa abang tenung Mai macam tu?’ Nak saja aku tanya dia begitu tapi aku buat derk aje. Umpama tiada apa-apa berlaku.

“Daripada abang terpacak dekat depan pintu macam tiang letrik, baik tengok suis elektrik rumah kita. Mai tak selesa gelap macam ini. Mama dan abah dekat bilik tu entah macam mana keadaan dia orang. Senyap aje. Mai tak larat nak berjalan.” ujarku separuh kepenatan. Dada kuusap menghilangkan debar tadi. Penatnya!

“Humairah.”

Kaki yang sedang berjalan menuju ke katil terhenti serta merta. Darah berderau!

“Maira.”

Mata terbuntang besar. Dada yang tadinya tenang kini berdebar kembali. Seluruh tubuh menggigil. Air liur serasa kesat di corong tekak.

“Nur Saffiya Humairah. Do you remember me?” Perlahan kaki dihala ke arah wanita yang seperti patung cendana tidak berkalih walau sesaat.

“Do you remember?”

“About me?”

Semakin mendekat dan dekat hingga terasa helaan nafas di kanan telingaku ini. “Don’t you remember about… us?” Nada berbisik itu bikin aku lemah.

Dia…… !

“Aki…” Suaraku bergetar apabila menyebut nama itu. Nama yang menjadi misteri saban waktu. Nama yang mengucar-kacirkan hidupku selama ini. Manusia itu kini berada di dalam kamar aku! Dan dia bukanlah Farhan seperti yang aku jangkakan!

Aki senyum dalam kegelapan. Akhirnya… Humairah dihadapannya! Inilah saat yang ditunggu-tunggu. Tiada siapa yang akan mengganggu mereka. Mama dan abah Humairah sudah ‘didiamkan’ di bilik bawah sana. Aki sengih melebar.

“Yes, dear. Its me. Baihakki. Or lebih jelas… Ammar Baihakki.” Jelas Aki lagi membuatkan aku terpanar.

“Aaa… apa kau buat dekat sini, Aki?” Aku cuba mengeluarkan suara yang tersekat. Sungguh! Nafasku terasa sesak. Bulu romaku merinding. Allahu… Allahu… selamatkan aku ya Allah…

“Aku buat apa?” Aki senyum senget. “Jumpa kau la. Buah hati pengarang jantung aku.” Tekan Aki lagi.

“Baik kau balik sebelum suami aku nampak kau, Aki.” getar suaraku menahan ketakutan.

“Kenapa? Takut suami kau marah?”

Terburai tawa Aki. Sungguh hatinya digeletek dengan kata-kata pujaan hatinya itu.

“Apa yang Farhan boleh buat hah? Lelaki lembik! Tengok macam aku. Sehingga sekarang polis tak dapat-dapat tangkap aku. sebab apa? Sebab aku bijak! Aku tak bodoh macam laki kau tu!”

“Suami aku tak bodoh!” jeritku sekuat hati. Berang kerana Farhan dihina begitu. Pedihnya telinga mendengar kata-kata nista yang dilontarkan oleh pemuda itu. Hati seperti disiat-siat.

Aki senyum sinis. My Humairah come back! “Kalau dia tak bodoh, dia dah ada dekat sini, Mai. Di sisi kau. Now, dia tak ada. Tak ke bodoh namanya tinggalkan bini secantik kau dekat rumah. Dan dia? Seronok dengan betina lain. Kau nak tengok tak Mai… lelaki yang kau sanjung siang malam dekat rumah ni selalu keluar dengan perempuan lain. Aku ada gambar dia dengan…….”

“Sudah! Cukup! Aku tak nak dengar apa-apa lagi!”

“Kenapa, sayang? Kecewa ke?” Aki merapati diriku yang sedang menutup telinga.

“Kau tolak cinta aku demi lelaki yang tak setia dengan kau. Kau buang kasih sayang aku semata-mata lelaki berharta macam dia. Happy ke sekarang? Hah Humairah! Happy?!” tempik Aki.

“Baliklah, Aki!”

“Aku takkan balik. Kalau dulu aku tak mampu dapatkan kau, sekarang… aku takkan lepaskan peluang tu!” Aki pantas merangkul pinggangku sebelum bibirnya ingin menyinggah ke seluruh wajahku namun aku menepis. Apalah daya seorang perempuan sementelah aku yang sedang hamil ini sangat-sangat terbatas perbuatan. Aku menolak tubuhnya sekuat hati. Akan tetapi entah di mana silapnya, kakiku tergelincir di permaidani semasa bergelut melepaskan diri darinya. Tubuhku tertolak ke katil.

“Argh!”

Perut terasa amat senak! Sakitnya menjalar ke seluruh badan. Air mata merembes keluar tanpa menunggu lama. Tuhan saja Maja Mengetahui.

“Kau ingat dengan menangis boleh buat aku berhenti?” Aki jeda seraya senyum sinis. Tersangat jahat mukanya tika itu! “Aku takkan berhenti dapatkan apa yang aku nak!!”

Aki menerkam terus dan menghempap tubuhku yang berbadan dua itu menambahkan lagi rasa kesakitan. Aku berusaha menolaknya sambil menjerit sekuat hati meminta tolong. Amat berharap tika ini Farhan, mama dan abah datang. Akan tetapi makin lama, kudratku makin lemah. Aki sudah tersenyum keriangan. Dia tahu Humairah sudah lemah. Makin dicumbui wanita itu sesuka hatinya sebelum terasa tubuhnya ditarik dan dicengkam baju dari arah belakang.

“Binatang kau!”

Suara Farhan! Aku kenal suara itu. Namun aku tiada daya hendak bangun dan membuka mata. Sakitnya menusuk ke tulang. Terasa ada cairan yang keluar dari bawah. Allahu… selamatkan bayi ini ya Allah…

“Mai hak aku!”

Dush! Satu tumbukan hinggap ke muka Aki membuatkan tubuhnya melayang ke belakang terlanggar almari. Titisan darah mula kenampakan.

“Apa kau cakap? Mai hak kau? Mai isteri aku!

“Kau rampas Mai dari aku!” jerkah Aki.

Tumbukan padu menghinggap perut Aki pula. Aki tertunduk senak! Dia cuba melawan semula akan tetapi Farhan lebih tangkas.

“Bini aku yang sarat mengandung kau nak rogol?! Kau memang kejam!” Penumbuk hinggap lagi di pipi. Kali ini bukan sedikit malah tersembur keluar darah-darah dari mulutnya.

“Ini…” Farhan genggam penumbuk sampai timbul segala urat. “…ini bahagian aku sebab kau kacau tunang aku dulu!” Bertubi-tubi Aki ditumbuk oleh Farhan hingga tiada daya untuk bangun melawan.

Sekumpulan anggota polis masuk menenangkan Farhan yang menggila. Aki digari dan dibawa ke balai polis untuk soal siasat. Farhan segera mendapatkan aku.

“Mai okey tak? Ada sakit dekat mana-mana?” Tanya Farhan cemas apabila cuba untuk mendudukkan aku.

“Pe…perut…” aduku dengan nafas yang tersekat.

Farhan tersentak!

“Kita pergi hospital!”

*******


Humairah sudah dibawa ke hospital dan masih dalam perawatan doktor dan jururawat yang bertugas. Sementara itu di ruang menunggu pula, Farhan sedang di soal siasat oleh seorang anggota polis berpangkat inspektor ditemani seorang lagi pegawai berpangkat detektif. Segalanya diceritakan dari awal tanpa tertinggal point penting. Izuan dan Rizulfikri juga ada bersama dan merupakan orang terkuat untuk membantu siasatan.
"Baiklah, terima kasih atas kerjasama Tuan Amirul. Esok saya akan datang lagi." Ujar Inspektor Taufiq.
Farhan angguk. Seusai berjabat tangan, mereka berpisah haluan. Farhan masih menunggu di hadapan pintu yang menempatkan katil isterinya. Gelisah di hati tak usah di kata. Cukup wajahnya sangat runsing dan stress.
"Rehat dulu, Han. Pengsan kau nanti." Tegur Izuan. Farhan menggeleng kepala.
"Relax, Han. Doktor tengah check Mai tu. Inshaallah tak ada apa-apa. Duduk dulu, bhai." Rizulfikri menyuruh Farhan duduk di bangku yang disediakan.
"Macam mana kalau jadi apa-apa pada anak aku? Macam mana dengan Mai? " Soal Farhan separuh berbisik.
Izuan menepuk bahunya agar bertenang. "Aku yakin Mai tak apa-apa. Inshaallah. Doakan yang baik-baik. " Ujar Izuan tenang.

---------

Doktor mengesahkan Humairah selamat. Kandungannya juga selamat. Tak tergirang rasa hati suami. Melihatkan Humairah yang sedang dilayani mama-mama membuatkan Farhan senyum dalam diam.
"Husna kan tak berapa sihat lagi. Duduklah. Nanti sakit." Tegah Mama Nani. Mama Husna senyum lembut.
"Tak apalah, Nani. Na okey aje ni. Sihat semula lepas tengok anak-anak selamat bahagia." Meskipun masih ada rasa terkejut di jiwa dengan apa yang terjadi semalam, Mama Husna cuba untuk melupakan. Begitu juga abah. Apa yang penting Baihakki sudah ditangkap. Syukur alhamdulillah!
"Mujur Farhan cepat sampai. Kalau lambat seminit tak tahu apa yang jadi. " mama Nani sebak.
"Ketentuan, Nani. Mungkin ini bahagian kami." Balas mama Husna. Mama Nani angguk kepala. Benar. Semuanya suratan takdir. Yang dia mahukan sekarang ialah keadaan seperti sediakala.
Sejurus semua keluar dari bilik selepas tamat waktu melawat, Farhan mendekati Humairah yang sedang bersandar di atas katil.
"Sayang pening ke?" Tanya Farhan apabila melihat isterinya memicit dahi.
Aku senyum padanya. "Takde lah. Pening sikit je. Loya. Biasa lah mengandung. "Jawabku lembut.
Farhan ambil tempat disisiku. Melabuhkan tangan kiri di pinggangku. Aku menyelesakan diri dalam pelukannya. Pernah terfikir aku mungkin takkan dapat merasai semua Ini lagi. Tapi sebenarnya tidak. 
Aku masih berpeluang. Terima kasih Allah for the great moments.
"Fikirkan apa?" Tanya Farhan bila aku senyap. Aku dongakkan kepala lalu menguntum senyum buatnya.
"Tak ada apa. Saja diam. Dok ingat yang member kita akan serbu bila-bila masa je nanti." Aku sengih.
Farhan tergelak kecil. Ya! Semua rakan telah mengetahui apa yang berlaku. Berbakul sumpah seranah kutukan apalagi kemarahan ditujukan pada Farhan kerana tak beritahu lebih awal tentang perkara begitu. Siapa tak sayang kawan beb!
Habis hang telefon bimbitnya kerana bertubi-tubi mesej masuk dari aplikasi whatsapp. Semua bertanya tentang Humairah. Ucapan tahniah di tuju buat Izuan dan Rizulfikri atas bantuan yang dihulur kan. 

Sebenarnya, Rizulfikri tu seorang penyiasat. Ya! Dia salah seorang anggota polis. Farhan telah meminta Rizulfikri untuk menyiasat mengenai Baihakki atas kecurigaan yang sering terjadi pada Humairah baru-baru ini. Izuan yang mengetahui hal ini terus memberikan respon mengejut dengan menyerahkan dirinya untuk menolong. Terus saja membeli tiket kapal terbang dari Switzerland ke Malaysia. Tanpa diketahui sesiapa kecuali Farhan Farhan dan Rizulfikri. Dia tak mahu lihat rumah tangga sepupunya hancur dek orang ketiga.
"Mai tak sangka Aki sanggup buat macam tu," kata-kata itu menyedarkan Farhan dari lamunan.

Farhan tenung wajah mendung itu.
"Kalaulah Mai mati...."
"Apa sebut macam ni. Abang tak suka dengar, sayang. Please. Kita patut bersyukur Allah panjang kan umur kita. Tak payah fikir pasal Aki lagi. Biarlah polis yang uruskan. Ni..." Farhan raba perut Mai yang nampak sedikit buncit itu. "...Ini yang patut Mai risaukan, sayang. Lepas ni jangan skip makan. Makan makanan berkhasiat. Abang tak nak isteri abang sakit lagi. Abang sakit tak apa. Jangan Mai yang terlantar dekat katil hospital ni. Luluh hati abang tau tak? " Farhan mengeluh lemah.
Aku sandarkan kepala kepala ke dadanya semula. Maafkan Mai abang. Mai janji Mai akan jaga pemakanan. Mai akan jadi hati abang. Abang syurga Mai.....
"Love you, abang."
Farhan tersentak!
"Cakap sekali lagi sayang," telinga Farhan tak salah dengar kan?
Aku gigit bibir. Alemak! Nak kena ulang balik ke?
"Mai nak tidur la. Mengantuk." Ucapku. Ayat paling baik dan sopan. Haha!
Farhan buat muka tak puas hati. Ada je nak mengelak. "Okey sayang tidurlah. Abang Abang nak jumpa nurse dekat luar kejap."
Tak jadi nak tidur! "Abang nak buat apa jumpa misi?" Laju aku menyoal. Cemburu beb!
Farhan sengih senget. "Jealous ke?" Usiknya. Nak jumpa doktor incharge actually.... Saja uji feeling isteri! Hihi.
Aku menjeling tajam. Farhan ketawa besar. "Abang nak jumpa doktor la. Nak tanya bila isteri abang ni boleh balik rumah. Kalau boleh nak settlekan bil semua. Tak ada la Terkocoh-kocoh sana sini. Sayang tak nak balik ke?" Selamba Farhan tanya.
"Mestilah nak!" Ewah. Tak kuasa nak duduk sini lama-lama. Buatnya Farhan main mata dengan nurse dekat sini, naya!
"Abang tak curang la. Mai seorang je dalam hati abang. Dunia akhirat isteri abang." Bibirnya bersentuhan dengan dahiku. Rasa sejuk menyerap di hati.

____***____


BERITA ini sampai jua ke pendengaran semua orang. Tak cukup dengan telefon, mereka menyerbu ke mahligai cinta suami isteri tersebut. Habis Humairah dan Farhan disoal siasat semua orang sampaikan semput nak putus nafas bercerita. Geng-geng aspura dan aspuri turun padang yang tak menahan tu! Disoal macam tahanan polis. Haha. Awal-awal lagi Farhan dah kena tarik oleh bebudak aspura manakala aku diajak masuk bilik oleh rakan aspuri selepas seminggu keluar dari hospital.

“Sekarang apa plan kau?” tanya D sambil kunyah kerepek pisang.

“Aku tak tahu, D. Kepala aku ting tong sekarang. Benda ni berlaku mengejut. Aku tak boleh nak fikir apa dah sekarang.” Keluhku.

Aisyah memeluk bahuku. “Berat ujian kau kan, sahabat. Mujurlah semuanya selamat.” Aisyah menenangkan aku. Aku ukir senyum dikit padanya.

“Bahagian aku, Syah. Aku tak boleh nak kata apa. Kuasa Tuhan. Yang penting keluarga aku selamat. Aki pun dah tak kacau lagi.”

“Aku rasa better kau pergi travel, weh. Tenangkan fikiran, tenangkan hati. I know this ‘things’ make you susah sangat nak let go. But at least, you tried.” Ujar Iman senada. Kerepek pisang di tangan D digapai.

“Aku setuju dengan Iman.” Wana angguk kepala. “Lagipun tak perlu kenang benda-benda yang boleh rosakkan mood. Kau pun tengah pregnant sekarang. Sangat tak elok untuk baby, sis. Impak dia kuat tau.” Wana usap lengan kiriku.

Aku toleh lalu senyum padanya.

“Erm, kau boleh je pergi Maldives. Cari nature! Tak pun Melbourne. Haa gi lawat Australia. Kan tu negara favourite kau.” Qiela mengusulkan cadangan.

Dan semuanya turut campur tangan dan bertelagah sesama sendiri tempat yang harus aku pergi. Sedikit sebanyak aku rasa tenang. Mengapa tenang? Kerana sahabat-sahabatku sentiasa disisi apabila aku memerlukan. Tanpa mereka aku mungkin down sesangat.

Thanks to your aunts, baby…

___***___


“KIRANYA Izuan dan Rizul jadi penyiasat la ni? Wow!” Putera menyandar di beranda.

“Apa ingat muka aku ni tak sesuai ke jadi penyiasat?” Izuan buat-buat marah.

Semua tergelak. “Takdelah. Bukan macam tu. Tapi… memang tak sesuai pun! Hahahaa!” Putera melarikan diri apabila Izuan hendak bangun ke arahnya.

“So… apa plan kau sekarang, Han? Aku tengok serabut gila kau sekarang. Dah tak cool semedang macam headprefect dulu.” Aizat menanya. Sebijik sama seperti aspuri menyoal Humairah.

Farhan hela nafas. “Entah. Aku pun tak tahu nak buat apa. Tapi aku ingat nak masuk office. Lama sangat dah aku tinggalkan pejabat. Kerja menimbun atas meja.”

“Pada aku kan, better kau pergi bercuti la, bro. Tenangkan hati dan fikiran tu. Aku sure sangat la bila kau masuk office, lagi kau terkenang semua benda. Lagi payah nak buang. Dan aku tahu sangat la dengan perangai workaholic kau tu.” sempat Hakim menyindir.

“Betul! Betul! Betul!” sampuk Khairul dan Syafiq.

Farhan sekadar senyum. Sahabat lebih memahami.

“Nak pakej hotel? Family room? Single room? Private room with pool? Aku bagi diskaun meh.” Ashraff mula menawarkan hotel milik keluarganya sebagai penginapan.

“Ahh! Jangan Han! Jangan!”

“Tolong jangan weh! Nanti dia skodeng kau. Naya je!”

“Takde privacy, bro. Hari-hari dia akan cari jalan jumpa kau.”

“Weh, ingat aku ni kaki skodeng keranjang ke hape?” Geram Ashraff dibuatnya.

Meledak tawa para jejaka terhangat itu. Ashraff memuncung dan memeluk tubuh. Merajuk la konon!

“Aloloooo…. merajuk la Abang Ashraff kita ni. Meh adik bagi kiss sikit meh.” Syafiq menguis janggut sejemput Ashraff yang ditrim kemas.

“Eee…! Geli aku! Sumpah malaikat 44!” Werkkkk! Tak hingin aku pada lelaki. Masih straight tau!



Farhan ketawa. Dah lama rasanya tak meluangkan masa begini. Indahnya kehidupan. Serasa seperti semasa di asrama, di dorm, di kawasan sekolah… Allahu… aku rindukan suasana persekolahan.

Farhan senyum melihat telatah mereka. Aku sayang korang, sahabat!

No comments:

Post a Comment