Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Thursday 2 November 2017

SPECIAL EDITION 9 PART 1



****

 De’Casa Hotel   -

Hotel yang mempunyai seni bina classic , ciri elegan berkonsepkan English style menjadi tumpuan malam ini. Cahaya bergemerlapan dari hotel ini dapat dilihat melalui jalanraya. Dengar khabar, Ashraff memilih lokasi ini memandangkan dia berkawan baik dengan pengurus hotel. Businessman katakan. Special price huh. Dalamannya mesti da bomb!

Farhan park kereta ditempat yang ditetapkan. Bersebelahan kereta Farhan adalah kereta milik Aizat yang menumpangkan Hakim, Putera dan Syafiq. Khairul membawa kekasih hatinya, Iman menaiki Perodua Alza bersama Wana dan D. Kami sepakat nak datang bersama sebab tak tahu jalan. Haha! Masing-masing tumpang di rumah kami semalaman sebelum bergerak ke lokasi reunion.

“Ramai dah datang la. Segan pula rasa.” ujarku sambil mata meneliti sekeliling. Parking full! Mesti kereta kengkawan sekolah ni.

“Haah weh. Aku pun segan nak jumpa diorang. Perangai kita dulu dah la macam hape.” Mengekek aku dan Iman ketawa.

“Sudah-sudah la, D. Dari rumah Mai sampai sekarang tak habis-habis betulkan brooch.” Hakim tepuk dahi. Perempuan memang gini ke? Butang tu dah terletak elok atas bahu, diusiknya lagi. Pantang betul jumpa cermin. Tingkap kereta pun bolehhh!

“Sadap you!” Hakim buat jelir lidah membuatkan D bengang. Usik sikit touching lebih. Aspuri always like this! Cepat-cepat Putera dan Aizat redakan keadaan.

Mata Syafiq pula tak lari dari memandang seraut wajah nan satu. Berbaju kurung biru dan bershawl labuh. Kebiasaan yang dia nampak sama seperti semasa di asrama dahulu. Cuma malam ini ada perubahan sedikit. Wajahnya bersolek. Mekap yang tidak tebal but it so beautiful. Anggun! Siapa make over dia eh? Atau… ini kelebihan Wana yang Syafiq sendiri tidak tahu?

“Oit!” Perut Syafiq disiku Putera. Hakim menyengih sambil jungkit-jungkit kening. Syafiq alihkan pandangan. Terkantoi tenung anak dara orang! Aisey…

“Jangan tunggu lama-lama. Nanti kena kebas orang. Menganga kau masa tu.” Usik Putera. Syafiq buat muka toya. Buat-buat tak dengar.

“Betul tu! Wana ni ramai peminat tau dekat tempat kerja.” D pula menyampuk.

Gulp! Syafiq telan liur. Serius ah?

Wana yang rasa namanya disebut menoleh. “Korang sebut nama aku ke?” Dia macam terperasan ada orang sebut nama. Ke halusinasi aku je?

Serentak mereka menggeleng. “Bukan aku! Syafiq ni haa. Dari tadi sebut nama kau. Dia cakap kau cantik malam ni! Dia suka tengok kau makeup camni. Nampak lembut, anggun je haa.” Putera menaikkan thumbs up. Keningnya dijungkit beberapa kali pada Syafiq yang nyata ternganga. D dah ketawa mengekek. Hakim pura-pura batuk padahal nak gelak besar.

“Eh! Bila masa aku cakap!” Eee anak Uncle Dani nikan. Mulut minta diterajang!

“Iya. Tadi kau cakap. Aku dengar.” Putera menyengih lalu menjauh dan bersembunyi di belakang Aizat.

Kali ini semua mata menala ke arah mereka termasuklah aku yang tak tahu hujung pangkal cerita. Aku pandang Farhan minta penjelasan tetapi Farhan angkat bahu. Haish!

Syafiq ketap gigi. Budak nikan! Memang nak makan penumbuk gamaknya!

Wana juling mata ke atas. “Merepek je korang ni. Dahlah malas layan!” Dia angkat kaki menuju ke pintu lif sebelum diikuti D dan Iman yang sedaya upaya tahan gelak dari terhambur. Kelakar tengok muka cuak Syafiq.

“Kau ni! Aku sikit punya baik plan nak satukan korang. Adoilah!” Putera tepuk dahi. Apa lah nasib dapat kawan loading macam Apek.

“Kau tahu je la mamat ni loading dia macam mana. Topup data internet pun tak guna sebab memang ‘LEM’ sejak azali. Orang lain dah 30% dia still 5%.” Perli Hakim sedas.

Syafiq tak tunggu lama. Berasap-asap dah hidung dan telinga dia akibat kutukan ‘si bertuah’. Cepat saja kepala Hakim dikepit celah ketiak sebelum melakukan aksi ala-ala wrestling. Menjerit-jerit Hakim minta dilepaskan.

Farhan, Aizat, Khairul, Putera dan aku geleng kepala melihat aksi lagak mereka. Dah 24 tahun pun masih lagi buat perangai macam budak sekolah.

“Habis doh rambut aku! Isyh kau ni!” Tubuh Syafiq ditolak kasar. Pantas jemari mempacakkan semula rambut. Nanti tak cantik depan pujaan hati. Ahaks!

“Takut Anisa tak pandang lettew.” Khairul bersiul nakal. Semua menyengih.

“Diam!”

“Hahahahaha!!!” Terbahak-bahak bebudak aspura gelak.


****

Ballroom yang luas. Dari kejauhan aku terlihat pentas yang diukir cantik dengan tertulisnya ‘Reunion Sekolah Menengah Tengku Aris Adiwira  Batch ‘2009 – Our Moment’ . Terdapat belon berwarna hitam dan gold. Warna yang sesuai dengan tema Our Moment. Kenangan lalu… masa yang begitu emas. Pada sudut kanan, tersedia photo booth yang dibuat ala-ala old school 2009’ di mana terdapat ; sebuah meja kayu, kerusi kayu, buku nota dan pensel, pembaris panjang kuning, kaca mata old school. Betul-betul mengingatkan sejarah di sekolah lagi-lagi pembaris kuning itu! Teringat pula aku pernah kena dengan Cikgu Tania dan Cikgu Namisah menggunakan pembaris itu sebab bising dalam kelas. Huhu!


Pada sudut kiri tirai terdapat gambar yang ditampal membentuk simbol love. Nostalgic! Aku tak tahu siapa punya kerja tapi ia cukup cantik, kreatif. Satu gambar aku sentuh. Gambar rakan Renjer Puteri semasa perbarisan kawad hari sukan tahunan sekolah. Aku tak masuk disebabkan senggugut teruk. Dan sememangnya malas nak masuk apa-apa aktiviti. Huhu! Iols Renjer Puteri tau…

Training sukan, sukan tahunan, pertandingan chess MUM (Minggu Uji Minda), Majlis Restu Ilmu Tingkatan 5, hafazan di bulan Ramadhan dan banyak gambar yang bertaburan di atas tirai. Flashback demi flashback terlayar. Patutlah bertemakan Our Moment. Bagaimana aku melangkah masuk ke SMTAA, berjumpa dengan mereka, menjalin persahabatan, dari situ juga aku mengenali Farhan sekaligus bertemu empat mata dengan sahabat sepermainan. Allah, indahnya…!

Riuh ballroom dengan suara kawan-kawan. Ada yang dah lama sangat tak jumpa. Rata-rata teruja apabila mengetahui aku sedang hamil. Jelas lagi nyata perut aku besar!  Ada yang sampai tak kenal kawan pun. Ada yang hari-hari jumpa pun buat-buat macam dah lama tak bersua. Itu Iman dan D! Asalehe betul.

Pada masa yang sama, aku terperasan kelibat susuk tubuh yang sangat aku kenali. Even dia berhijab sekalipun, aku tetap kenal! Tengku Ammylea Ruhaila! Amboi bukan main suka borak dengan laki orang. Tak pandang keliling! Inilah yang aku paling takutkan apabila reunion. Membuak-buak amarah. Dengan langkah yang agak laju, aku menghampiri mereka berdua.

Selamatkan laki kau dari terkena dakwat sotong, Mai! – akal -

“Ehem!” Sengaja aku berdeham kuat membuatkan keduanya tertoleh. Farhan menggamit aku untuk berdiri di sisinya.

“Hai Humairah,” Ammy menyapa mesra sambil menghulur tangan. Aku teragak-agak untuk menyambut apabila Farhan menyuruh dengan mata hazelnya. Sejurus lepas tu, terus lengan Farhan aku paut. Kemas. Rapat. Angin nak lalu pun tak boleh apatah lagi gajah!

Sorry, I berbual je dengan Han. No more feeling. Just borak pasal kerja.” Jelas Ammy pabila melihat wajahku kian ketat.

“Kerja?” tekanku seraya mendongak ke arah Farhan meminta penjelasan. Menghantar isyarat mata ‘since when abang ada kerja dengan dia’???? Oh, dah lama contact la ni??? Ini yang nak marah ni. Ada aku panggil orang pasang bom dewan ni kang!

Farhan dapat meneka dari mata helang isterinya itu. Namun dia buat-buat tak tahu dan terus-terusan mengukir senyum. Control macho, Han. Biasalah perempuan. Tunggu la kat rumah. Tahu nak buat apa. Ahaks!

Melihatkan bakal ada pertelingkahan, pantas Ammy menyampuk. “Actually, kami berhubung hanya disebabkan tuntutan kerja. I nak buka butik baru. I perlukan pandangan Farhan because he’s the best chosen. Han tahu pasal seni bina. I tak pernah terniat pun nak runtuhkan rumahtangga you all. I dah insaf, Mai. I tak buat kerja macam tu lagi. Lagipun…”

“…lagipun kami akan berkahwin..” Seorang pemuda mencelah lalu berdiri di sisi Ammy.

“Hah?!” Mulut ternganga luas. Terbuntang biji mata aku tika mendengarnya. Serius??? Kahwin??? Ammy? Tengku Hadzriq?

Spontan Eriq mengangkat dua jari menunjukkan simbol peace. Sengihnya tak dilupakan.

“Alaaa you ni suka pecahkan rahsia!” Cemberut muka Ammy. Dia kalau boleh nak diamkan dahulu hal perkahwinan mereka. Tunggu kad dan barang hantaran siap, baru canang. Ini tidak! Eriq dijeling tajam.

“Benda baik kot. Takkan I tak boleh nak cakap.” Dia punyalah excited nak beritahu orang yang dia sudah dimiliki dan bakal menamatkan zaman bujang. Ammy ditenung tak puas hati. Ini ada yang kena sumbat makan nasi beriani kang!

Ah sudah! Berperang mulut pulak dua ekoq makhluk depan aku ni lahai.

“Bila majlisnya?” soalku agak teruja lantas mencantas perbalahan mereka. Wow! Tak sangka budak yang mencetuskan kontroversi di sekolah dahulu bakal bersanding bersama-sama. Cayalah!

“Errrr…” Ammy garu kepala. “Kami…” belum apa-apa dah kena potong oleh Eriq. Mendengus lagi Ammy. Geram!

“…kami target awal tahun depan. Time raya cina. Sebab Han bagitahu Mai dah nak dekat due. Tak syok la kalau Mai tak datang nanti.” Eriq memberikan senyuman seikhlas hati. Ammy turut mengangguk kepala tanda bersetuju.

Oh god! Terharu gila weh! Semua pakat tunggu aku habis berpantang. Kenapa? Tak meriahkan kalau aku takde? Kan kan? Haha! Bajet tau kau ni Mai.

Ammy selangkah ke hadapan. Tangannya diramas cuba untuk mententeramkan hati yang keluh kesah. Gugup!  Kekuatan cuba dikumpulkan seboleh mungkin.

“Err… Mai.” serunya perlahan. “Sorry pasal apa yang I dah buat dekat you dulu. I mengaku I bodoh. I ikutkan nafsu. I pentingkan diri. Pengaruh kawan. I betul-betul menyesal. I minta maaf, …” Ammy menunduk tika aku merenung tepat anak matanya. Gemuruh dadanya. Gementar tubuh badannya.

“Aku tak tau apa salah aku pada kau, Ammy, sampai kau buat aku macam tu.” aku menahan getar di dada. Pahit bila dikenang. Susah untuk dilupakan.

Ammy mengesat tubir matanya yang sudah digenangi air. Dia harus hadapi sebarang kemungkinan. Dia rela terima apa-apa pukulan atau sepakan dari Humairah asalkan hati wanita itu puas. Tak terkira betapa banyak dia melakukan dosa pada Humairah. Juga Farhan. Tetapi manusia berdua ini tidak pernah sekalipun mencuit tubuhnya. 

Aku menghampiri membuatkan Ammy berdebar kencang. Peluh merenik. Apabila terlihat akan tangan Humairah yang sudah diangkat, spontan Ammy tutup mata rapat-rapat. Debaran kian menghimpit.

Setengah minit…

Seminit…

Tak semena-mena tubuhnya dirangkul. Terbuka luas mata Ammy. Humairah peluk dia?

Farhan senyum saja. Lega rasa hati. Risau jugak kut bini dia mengamuk. Tambahan sedang hamil. Emosi yang bercampur baur. Eriq mengurut dada. Phew~ Takde adegan tarik-tarik rambut!

“Dah lah. Aku dah tak marah pun.” Ujarku lalu menepuk bahunya. Ammy senyum sedikit demi sedikit sebelum tertawa kecil.

“Maknanya dah maafkan la ni?” Aku jatuhkan kepala. Terjerit Ammy tanda gembira lalu tubuhku dipeluk sekali lagi! Kali ini lebih lama. Aku membalasnya dengan senang hati.

Cukuplah. Bermusuh tidak akan menenangkan hati. Lagipun baby dengar. Kalau boleh, biarlah baby dengar benda yang baik-baik.

******


AKU menuju ke bahagian buffet. Alamak! Nasi beriani laa. Nyum nyum!  Baru nak cedok nasi, satu tangan turut memegang sudip tersebut. Aku dongak kepala.

“Satu senduk je.” ujar  Farhan bernada amaran.

Aku memuncung. “Alaaa sekali sekala boleh la. Mai teringin nak makan. Nanti Mai dah bersalin, tak boleh dah makan camni.” Aku buat ayat sendu. Nanti kena makan yang dimasak bening dan berkuah cair aje. Boring!

Farhan garu kening. Ketegaq! Bini sape la ni…

“Yeay!” Aku ambik 2 senduk nasi. Haaa nak kata aku gemuk la tukan? Hey, ada dua nyawa tau nak dijaga.

Wana datang dari arah belakang sambil meninjau makanan yang terhidang. Berkerut dahi dia bila mana tengok kawan baik punya pinggan. Mak datuk! Dahsyat preggy mommy ni.

“Uit, makcik. Kau ambik nasi banyak ni, tak panas ke?” Soal Wana.

“Apa yang panas?” Blur.

“Nasi beriani nikan banyak guna rempah. Gulai daging. Dalca. Semua tu rempah la. Tak panas ke badan tu nanti. Kau tu dahlah mengandung, ngek.” Wana tepuk dahi selepas tengok aku termenung sambil pandang pinggan. Sah menyesal! Ahaks!

Perlahan-lahan aku toleh ke arah Farhan. Kelihatan si dia tersenyum sinis. Seperti nak beritahu ‘Kan abang dah larang. Menyesal lettew’ . Laju aku berdiri di sebelahnya. Tayang mata kucing. Aku tau Farhan lemah bab ni.

“Dia buat lagi…” Keluh Farhan.

“Abang sayang…” Farhan kerling. “Kita share dua orang eh.” Pintaku manja.

“Eh! Abang dah ambik pinggan sendiri eh. Tadi abang dah cakap tak nak dengar. Sekali sekala la. Dua kali dua kala la. Makan la nasi tu. Nak sangat kan? Main langgar je apa nak makan.” Pergh. Pedas memijar. Sentap hati diknon!

“Alaaa makanlah dengan Mai. Plishhhplishhh abang…” aku tarik hujung lengan kemeja hitamnya. Mulut sengaja di ‘itik’kan. Senyumanku terserlah pabila Farhan letak pinggannya semula. Bila terperasan airmukaku yang jelas gembira, tak pasal-pasal dahi menerima jentikan. Bukan sekali tapi tiga kali. Ini boleh mendatangkan marah!

“Aaa! Sakitlah…” bentakku sambil mengusap dahi. Kita dah lawa-lawa gini main jentik-jentik pulak! Grrrr!!

“Degil!” Aku kerdipkan mata. Isteri abang juga… hihi.

“Abang, jap. Mai nak amek buah. Abang duduklah dulu.” Pantas aku menjauhinya. Muka Farhan bertukar kelat. Muka tak rela sungguh. Nasib la dapat bini kuat makan.

Dari jauh aku nampak gelanggang gusti bakal membuka tirai. Tak sah tau kalau budak berdua ni berjumpa. Haih Wana… Fiq… kang aku panggil kadi nikahkan je dekat ballroom ni. Saksi ramai dah.

“Pin! Pin! Mak buyung yang vogue nak lalu.”

Serentak mereka menoleh ke belakang. Aku sengih comel. “Amenda ni empang-empang jalan kat tempat dessert?”

“Ni haa! Aku pergi tempat air, dia ada! Aku pergi tempat dessert pun dia ada! Penyibuk!” Kata Wana sambil juih bibir mengunjuk di mana Syafiq berdiri.

“Eh! Kau ingat ballroom ni kau punya tanah ke?” Syafiq membidas. Suka hati aku la nak pi mana pun. Kecoh la minah Melaka ni!

“Kalau ya pun kenapa? Nak share saham? Tolonglah! Aku tak terima ‘Apek’ jual sayur!” lantang Wana membalas.

Kami hanya memandang tanpa berucap sedikit pun. Asalehe la dua orang ni! Elok lagakan kepala dedua ni. Biar sakit, biar benjol! Depan rezeki pun nak memekak. Adehhh…

“Kau jangan nak mula eh, Wana! Nak aku panggil Liya ke?” Syafiq dah start sinsing lengan kemeja.

Wana jegil mata. “Ewah! Ewah! Berani kau nak panggil aku Liya?! Hah? Nak masuk hospital ke?!”

“Allahuakbar Allahuakbar! Asyhaduallailahaillallah… wa asyhaduannamuhammadarrasulullah…”

Semua berpaling apabila Hakim iqamat. Spontan kami tertawa kecil. Haa… diam terus si dua ekor ni! Sampai ternganga Syafiq.

“Alhamdulillah. Syaitan tadi dah lenyap. Bolehlah kita ambik makanan secara aman.” Tergelak lagi semua yang ada di situ. Meleleh air mata aku. Senget betul diorang ni!

“Asal jumpa gaduh. Eh kahwin terus la. Kompem first day kahwin, dedua berubah.” Selar Putera.

“Apani cerita bukan-bukan depan yang bujang? Dah la! Tukar topik!” Marah Iman. Geng-geng lelaki dah senyum-senyum nakal. Ada aku baling buah tembikai ni pecah dekat kepala deme. Gerutu Iman di hati.

Aku geleng kepala. Malas layan kepala mentol mereka. Tak tunggu lama, pantas aku ambil beberapa kuih, puding dan kek. Kesian Farhan tunggu lama di meja makan. Sedang berjalan menuju ke meja, mata terpandang seseorang di meja hujung. Dia senyum sambil melambaikan tangan padaku.

 Riak wajahku berubah. Aku teragak-agak senyum dikit padanya. langkah makin dilajukan pada sang suami yang setia menanti.

“Okey tak ni? Peluh lagi…muka merah. Sakit ke?” soal Farhan risau. Aku geleng menidakkan. Entah kenapa meremang bulu roma pabila ternampak Luqman Harez sebentar tadi. Lama kot tak jumpa dia. Tetiba aku teringat bagaimana kes aku dan dia dahulu. Ah! Lupakan.

Sudu dan garfu diangkat. “Jom makan!”

Tang makan, happy kemain! Farhan rasa nak tergelak tengok eskpresi Humairah. Feeling makan tu macam tak jumpa makanan setahun!

“Korang perasan tak, ada yang tak ada? Aisyah mana? Tak nampak pun. Tak datang ke?” soalan Anisa membuatkan aku tak jadi suap nasi ke mulut.

“Haah weh. Aku pun tak nampak dia.” Celah Hakim.

“Izuan pun sama.” Kami serentak memandang Aizat. Like seriously??

Tiba-tiba aku teringat apa yang Aisyah katakan minggu lepas. Adakah dia…datang…sama Izuan?

“Jap aku call.” Khairul keluarkan Iphone. Selepas menjumpai nama Izuan, terus telefon dibawa ke telinga. Sambil-sambil itu dia enak makan tembikai menggunakan tangan Syafiq. Haha! Mana tak angin si apek. Dia cucuk untuk makan sendiri tapi kena suap orang lain pulak! Muka Syafiq tak redha sungguh.

Bro kat mana? Majlis dah nak mula.” Saja Khairul cakap gitu. Kelihatan dia terangguk-angguk sebelum putuskan talian. “Dia dah sampai. Kejap lagi naik la tu.”

“Aisyah datang sekali dengan Izuan ke cemana?” Pandanganku terus dituju pada Hakim. Kenapa aku rasa yakin eh yang diorang datang bersama?

“Tak tanya pula aku. Mustahil la diorang nak saing sekali.” Khairul menyanggah. Yang lain terangguk-angguk kepala ibarat burung belatuk.

Sedang borak-borak sambil berselang makan, bahuku ditepuk seseorang. Cikgu Namisah! “Cikguuuuu!!!” Aku bangun seraya mendakapnya. Rindunya dengan wanita ini! Yang lain turut sama berdiri. Cikgu Samad berpelukan dengan geng-geng aspura. Siap berselfie lagi!

“Tahniah. Dah tahu anak apa?” Katanya merujuk pada perutku yang besar. Aku geleng. Sebenarnya dah lama tahu. Tapi aku dan Farhan buat keputusan untuk diamkan saja. Surprise! Hehe.

“Takpela. Tak kisah jantina apa pun. Yang penting sihat.” Ujar Cikgu Samad pula.

Aku dan Farhan senyum. Dan semestinya comel macam mummy dia. Oyeay!

“Haii… bilalah agaknya cikgu boleh ajar cucu murid pulak ya?” usik Cikgu Namisah.

Cucu murid? Istilah baru ke? Aku termangu sendirian. Blur.

“InsyaAllah, cikgu. Tak lama lagi.” Balas Farhan tenang. Aura kebapaan terserlah. Aum!

“Cikgu tak nampak Izuan pun. Dia tak datang ke? Ada hal?” tanya guru perempuan itu lagi. Sering kali Izuan tak lekang bersama Farhan. Ke mana pergi mesti berdua. Dia ingat setiap wajah anak muridnya. Tambahan lagi penghuni aspuri dan aspura.

“Kejap lagi sampai, cikgu. Tadi dia kata sangkut dekat Melaka.”

Aku kerut dahi. Melaka? Apa dia buat dekat Melaka? Rumah dia kan dekat Johor Bharu. Tapi tadi Khairul kata dia dah sampai. Benakku diterpa persoalan. Raut wajah Farhan yang cool itu kupandang. Dia pasti tahu sesuatu.

Kedengaran riuh dan sorakan daripada kawan-kawan lain membuatkan kami bingkas berpaling. Mata tertunak pada manusia yang berjalan di karpet merah itu. Rahangku jatuh.

Izuan dan Aisyah datang bersama?!? Tekanan aku benarlah ya? Ramai kawan perempuan pakat serbu pasangan itu. Sepertinya mereka sedang mengorek rahsia dan mengusik terutama D dan Iman. Laju budak berdua tu serbu! Tersipu-sipu Aisyah dibuatnya. Wana yang tengah teguk air memandangku. Kami sama tersengih! Only us know!

“Abang tahu kan sepupu abang tu ada hati dekat Aisyah?” bisikku.

Farhan toleh sambil senyum senget. “He’s my cousin, dear. Mestilah abang tahu.”

Bingo! Kan aku dah kata! Dia tahu! “Abang tahu la Izuan nak hantar rombongan meminang Aisyah?” dugaku lagi.

Farhan angguk kepala. “Macam yang abang cakap. Dia sepupu abang.”

Aku pula yang tergamam. Haah la! Dah tentunya Izuan sahabat karib Farhan merangkap sepupu. Apa-apa masalah diorang berdua je tahu. Aiseh! Apesal la aku tak teringat langsung nak tanya Farhan tempoh hari selepas kedatangan Aisyah dan Wana ek? Lembab tau kau ni Mai. Orang suruh makan kurma, kau makan cookies

****

TAK sudah dari tadi Aisyah diusik. Izuan pun habis memerah muka segan tapi dia buat biasa je. Semedang tenang. Satu sisi menarik pada pemuda ini.

“Cakap je la, Wan. Tak yah sorok-sorok.” Gesa Putera sambil buat muka seposen. Gali jangan tak gali!

“Aku dah cakap tadi kan kitorang terserempak dekat parking. Naik la sekali alang-alang dah sampai.” Izuan menjawab. Dia berbalas pandang sama Farhan yang diam mendengar.

Cemberut wajah Putera. Minta disepak dan diterajang! Haha. “Merajuk ah gini!” Sedas kepalanya ditolak tangan Hakim. Hantar isyarat jangan mengada sangat. Dah berperang pulak dua ekor tu! Hampir-hampir je gelas jatuh akibat pergelutan mereka. Tsk tsk!

“Betul ni, Syah? Kau drive kereta sendiri?” Tak habis lagi disoal siasat oleh bebudak aspuri. Kalah Inspektor Sahab! Aisyah tampak terkelu namun sebaik terpandang wajah Izuan yang juga sedang menanti jawapan darinya, dia laju mengangguk.

“Farhan mesti tahu!” Ah sudah! Semua mata menala ke arah suamiku. Aku juga pandang Farhan. Ya, Mai pun nak tahu! Haha.

“Aku tak campur.” Senang betul ucapan Farhan bikin stress jiwa raga. Heh! Aku kecikkan mata sambil merenungnya. Farhan jungkit kening double jerk.

“Baik kau cakap, Syah. Kau ada simpan rahsia yang kami tak tahu ke? Kau bercinta dengan Izuan ke? Hmm?” Iman masih mengasak. Lagak wartawan.

“Dah la Iman. Pening aku.” Wana pegang kepala. Aiyoyo…! Bila nak habis daaaa…. Iman gutis lengan Wana. Sibuk je!

“Mana ada bercinta.” Jawab Aisyah malu-malu. Jemari diramas menghilangkan debaran yang bertalu-talu.

“Alolololo…. comel.” Semua pakat mengusik. Makin tertunduk gadis ayu itu. Aku genggam tangan Aisyah. Kesian dia kena sakat. Teruk bebenor la kawan aku ni.

“Adoi! Baru nak merasa nasi minyak. Alang lambat lagi, Nisa, jom kita kahwin dulu.” Ajak Hakim tanpa segan silu. Anisa sudah terbeliak biji mata.

“Gila ea?!” marah Anisa. Tuala tangan dibaling tepat mengena muka Hakim. Berderai tawa semua orang. Malu Anisa dibuatnya!

Tepukan di mikrofon membuatkan semua mata memandang ke hadapan. Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Ashraff selaku emcee. Bermula bacaan doa, disusuli sedikit kata-kata dari beberapa orang guru yang pernah mengajar. Slot seterusnya ialah paparan gambar. Tergelak kami semua tengok gambar yang dimasukkan. Muka budak-budak sangat! Sememehnya lagi. Ada gambar Khairul tersembam dekat tanah. Gambar Hakim dan Putera buat peace semasa sukan tahunan. Gambar bebudak ni kena kutip sampah dekat stadium. Gambar Helena sedang berkerut sambil garu hidung. Gambar semasa Majlis Restu Ilmu, Gambar Ammy sedang menjerit + mulut menganga besar dengan pakaian pink dari atas ke bawah sampai spek pun pink!

“Hahahaha!” Mengekek aku dan yang lain gelak sampai meleleh air liur. Weh, ni nak bagi orang senak perut.

Ammy tutup muka. Ya Allah, akukah itu? Dia beri isyarat pada Ashraff untuk delete gambar tu tapi Ashraff jelir lidah. No way! Haha! Eriq ketawa terbahak-bahak sampai tepuk meja. Ammy bengang je tengok.

Dan apabila foto Farhan dan Izuan yang segak berpakaian uniform kadet polis terpapar…semua sebut ‘wow’. Abang hot! Aku kerling Farhan. Farhan kenyit mata. Auch!

Banyak lagilah gambar yang ditunjukkan. Sampai tak larat nak gelak. Sakit rahang dibuatnya. Entah sape punya kamera entah. Aduh nostalgia sungguh bila dikenang semula.

Sekarang tiba slot nyanyian. Berebut Hakim dan Putera nak menyanyi atas pentas membuahkan tawa orang ramai. Kami menggeleng kepala saja. Apa nak jadi la diorang tu… tsk tsk! Hampir aku tersedak air oren tatkala mendengar Hakim mendendangkan lagu Perawan atau Janda.

“Abang pilih yang mana…
Perawan atau janda…
Perawan memang menarik…
Janda lebih menggoda…”

Allah! Anak siapalah atas pentas tu. Duk gelek-gelek lagi. Haiyooo! Anisa tepuk dahi. Pakwe akukah? Serasa nak demam!

“Korang nak tak dengar bekas ketua pengawas menyanyi?” soal Ashraff.

“Nakkkkkkkk!!!” bergema ballroom. “Farhan! Farhan! Farhan!” Ah sudah! Siap ada pasukan sorak tak lain tak bukan geng aspura.

Farhan jeling aku sebelum berdiri. Semua bersorak keriangan. Aku kena cari cotton bud untuk tutup telinga nampak gayanya!

“Lagu apa, bro?” tanya Ashraff sebaik Farhan tiba di sebelahnya. Tangan kanan ready pegang tetikus untuk pemilihan lagu.

“Tak nak music. Aku buat akustik.” Gitar di sebelah Ashraff ditarik. Semua bersorak lagi apabila dia mula duduk atas kerusi. Mikrofon dan stand diselaraskan agar selesa.

“Nak kena perkenalkan diri ke?” Farhan sekadar senyum apabila soalannya dijawab suara-suara kumbang.

“Bang, dah berpunya ke?”

“Bang, umur berapa bang?”

Number phone please!”

“Abang, nak signnnnnnnnnnnnnnnnn!”

Diorang ni laaaaa………ada aku terbalikkan meja japgi kang! Ngengada lah! Rasa nak sepak-sepak aje bebudak aspura ni!

“Saya tujukan lagu ni untuk seseorang.” Wuuuuuuuuuuu….! Semua pakat mengusik. “Seseorang yang saya sayang insyaAllah dunia akhirat. Saya tahu semua tahu siapa saya maksudkan.” Serentak semua tepuk tangan sambil memandang aku.

Menderu darah naik ke wajah. Mohon oksigen secepat mungkin! Aisyah tersenyum-senyum. Wana cuit lengan. D senyum nakal. Iman carikkan tisu sebelum digulung kecil lalu dibaling ke arahku. Apa dia ingat ni renjis-renjis dipilis???

Petikan gitar mula kedengaran. Lampu sengaja dimalapkan Ashraff dan hanya dinyalakan dimana tempat Farhan duduk sahaja.

“Seindah…
Tiada lagi yang kuingatkan
Sayang kau hilang
Menanti… biar sampai akhir hayat
Ku di dunia ini

Kau tahu betapa kusayang padamu
Hanya bidadari sebagai ganti
Hanya takdir menentukan ia
Ooh belaian jiwa

Ooh angin…
Sampaikan laguku padanya
Yang sedih pilu
Terimalah lagu kujadi teman hidupmu
Untuk selamanya…

Kau tahu betapa kusayang padamu
Hanya bidadari sebagai ganti
Hanya takdir menentukan ia
Ooh belaian jiwa…”

Semua berdiri dan bertepuk tangan. Farhan senyum aje. Dia sempat ber high-five dengan Ashraff sebelum turun pentas. Aku tenung dirinya yang baru saja duduk.

“Hanya takdir yang tentukan.” Tekan Farhan seraya menggenggam jemariku di riba.


Aku ukir senyuman paling manis buatnya.