****
- De’Casa Hotel -
Hotel yang mempunyai seni bina classic , ciri elegan berkonsepkan
English style menjadi tumpuan malam
ini. Cahaya bergemerlapan dari hotel ini dapat dilihat melalui jalanraya.
Dengar khabar, Ashraff memilih lokasi ini memandangkan dia berkawan baik dengan
pengurus hotel. Businessman katakan. Special price huh. Dalamannya mesti da
bomb!
Farhan park kereta ditempat yang ditetapkan. Bersebelahan kereta Farhan
adalah kereta milik Aizat yang menumpangkan Hakim, Putera dan Syafiq. Khairul
membawa kekasih hatinya, Iman menaiki Perodua Alza bersama Wana dan D. Kami
sepakat nak datang bersama sebab tak tahu jalan. Haha! Masing-masing tumpang di
rumah kami semalaman sebelum bergerak ke lokasi reunion.
“Ramai dah datang la. Segan pula
rasa.” ujarku sambil mata meneliti sekeliling. Parking full! Mesti kereta kengkawan sekolah ni.
“Haah weh. Aku pun segan nak jumpa
diorang. Perangai kita dulu dah la macam hape.” Mengekek aku dan Iman ketawa.
“Sudah-sudah la, D. Dari rumah Mai
sampai sekarang tak habis-habis betulkan brooch.” Hakim tepuk dahi. Perempuan
memang gini ke? Butang tu dah terletak elok atas bahu, diusiknya lagi. Pantang
betul jumpa cermin. Tingkap kereta pun bolehhh!
“Sadap you!” Hakim buat jelir lidah
membuatkan D bengang. Usik sikit touching
lebih. Aspuri always like this! Cepat-cepat
Putera dan Aizat redakan keadaan.
Mata Syafiq pula tak lari dari
memandang seraut wajah nan satu. Berbaju kurung biru dan bershawl labuh.
Kebiasaan yang dia nampak sama seperti semasa di asrama dahulu. Cuma malam ini
ada perubahan sedikit. Wajahnya bersolek. Mekap yang tidak tebal but it so beautiful. Anggun! Siapa make over dia eh? Atau… ini kelebihan
Wana yang Syafiq sendiri tidak tahu?
“Oit!” Perut Syafiq disiku Putera.
Hakim menyengih sambil jungkit-jungkit kening. Syafiq alihkan pandangan. Terkantoi
tenung anak dara orang! Aisey…
“Jangan tunggu lama-lama. Nanti kena
kebas orang. Menganga kau masa tu.” Usik Putera. Syafiq buat muka toya.
Buat-buat tak dengar.
“Betul tu! Wana ni ramai peminat tau
dekat tempat kerja.” D pula menyampuk.
Gulp! Syafiq telan liur. Serius ah?
Wana yang rasa namanya disebut menoleh.
“Korang sebut nama aku ke?” Dia macam terperasan ada orang sebut nama. Ke
halusinasi aku je?
Serentak mereka menggeleng. “Bukan
aku! Syafiq ni haa. Dari tadi sebut nama kau. Dia cakap kau cantik malam ni!
Dia suka tengok kau makeup camni.
Nampak lembut, anggun je haa.” Putera menaikkan thumbs up. Keningnya dijungkit beberapa kali pada Syafiq yang nyata
ternganga. D dah ketawa mengekek. Hakim pura-pura batuk padahal nak gelak besar.
“Eh! Bila masa aku cakap!” Eee anak Uncle
Dani nikan. Mulut minta diterajang!
“Iya. Tadi kau cakap. Aku dengar.” Putera
menyengih lalu menjauh dan bersembunyi di belakang Aizat.
Kali ini semua mata menala ke arah
mereka termasuklah aku yang tak tahu hujung pangkal cerita. Aku pandang Farhan
minta penjelasan tetapi Farhan angkat bahu. Haish!
Syafiq ketap gigi. Budak nikan! Memang
nak makan penumbuk gamaknya!
Wana juling mata ke atas. “Merepek je
korang ni. Dahlah malas layan!” Dia angkat kaki menuju ke pintu lif sebelum
diikuti D dan Iman yang sedaya upaya tahan gelak dari terhambur. Kelakar tengok
muka cuak Syafiq.
“Kau ni! Aku sikit punya baik plan nak satukan korang. Adoilah!” Putera
tepuk dahi. Apa lah nasib dapat kawan loading
macam Apek.
“Kau tahu je la mamat ni loading dia macam mana. Topup data
internet pun tak guna sebab memang ‘LEM’ sejak azali. Orang lain dah 30% dia still 5%.” Perli Hakim sedas.
Syafiq tak tunggu lama. Berasap-asap
dah hidung dan telinga dia akibat kutukan ‘si bertuah’. Cepat saja kepala Hakim
dikepit celah ketiak sebelum melakukan aksi ala-ala wrestling. Menjerit-jerit Hakim minta dilepaskan.
Farhan, Aizat, Khairul, Putera dan aku
geleng kepala melihat aksi lagak mereka. Dah 24 tahun pun masih lagi buat
perangai macam budak sekolah.
“Habis doh rambut aku! Isyh kau ni!” Tubuh Syafiq ditolak kasar. Pantas
jemari mempacakkan semula rambut. Nanti tak cantik depan pujaan hati. Ahaks!
“Takut Anisa tak pandang lettew.” Khairul bersiul nakal. Semua
menyengih.
“Diam!”
“Hahahahaha!!!” Terbahak-bahak bebudak
aspura gelak.
****
Ballroom
yang luas. Dari kejauhan aku terlihat pentas yang diukir cantik dengan
tertulisnya ‘Reunion Sekolah Menengah Tengku Aris Adiwira Batch ‘2009 – Our Moment’ . Terdapat belon berwarna hitam dan gold. Warna yang
sesuai dengan tema Our Moment. Kenangan
lalu… masa yang begitu emas. Pada sudut kanan, tersedia photo booth yang dibuat ala-ala old
school 2009’ di mana terdapat ;
sebuah meja kayu, kerusi kayu, buku nota dan pensel, pembaris panjang kuning, kaca
mata old school. Betul-betul
mengingatkan sejarah di sekolah lagi-lagi pembaris kuning itu! Teringat pula
aku pernah kena dengan Cikgu Tania dan Cikgu Namisah menggunakan pembaris itu
sebab bising dalam kelas. Huhu!
Pada sudut kiri tirai terdapat gambar yang
ditampal membentuk simbol love. Nostalgic! Aku tak tahu siapa punya
kerja tapi ia cukup cantik, kreatif. Satu gambar aku sentuh. Gambar rakan
Renjer Puteri semasa perbarisan kawad hari sukan tahunan sekolah. Aku tak masuk
disebabkan senggugut teruk. Dan sememangnya malas nak masuk apa-apa aktiviti.
Huhu! Iols Renjer Puteri tau…
Training
sukan, sukan tahunan, pertandingan chess MUM (Minggu Uji Minda), Majlis Restu
Ilmu Tingkatan 5, hafazan di bulan Ramadhan dan banyak gambar yang bertaburan
di atas tirai. Flashback demi flashback terlayar. Patutlah bertemakan
Our Moment. Bagaimana aku melangkah masuk ke SMTAA, berjumpa dengan mereka, menjalin
persahabatan, dari situ juga aku mengenali Farhan sekaligus bertemu empat mata
dengan sahabat sepermainan. Allah, indahnya…!
Riuh ballroom dengan suara kawan-kawan. Ada yang dah lama sangat tak
jumpa. Rata-rata teruja apabila mengetahui aku sedang hamil. Jelas lagi nyata
perut aku besar! Ada yang sampai tak
kenal kawan pun. Ada yang hari-hari jumpa pun buat-buat macam dah lama tak bersua.
Itu Iman dan D! Asalehe betul.
Pada masa yang sama, aku terperasan
kelibat susuk tubuh yang sangat aku kenali. Even
dia berhijab sekalipun, aku tetap kenal! Tengku Ammylea Ruhaila! Amboi bukan main
suka borak dengan laki orang. Tak pandang keliling! Inilah yang aku paling
takutkan apabila reunion. Membuak-buak amarah. Dengan langkah yang agak laju,
aku menghampiri mereka berdua.
Selamatkan laki kau dari terkena
dakwat sotong, Mai! – akal -
“Ehem!” Sengaja aku berdeham kuat
membuatkan keduanya tertoleh. Farhan menggamit aku untuk berdiri di sisinya.
“Hai Humairah,” Ammy menyapa mesra sambil
menghulur tangan. Aku teragak-agak untuk menyambut apabila Farhan menyuruh
dengan mata hazelnya. Sejurus lepas tu, terus lengan Farhan aku paut. Kemas.
Rapat. Angin nak lalu pun tak boleh apatah lagi gajah!
“Sorry,
I berbual je dengan Han. No more feeling.
Just borak pasal kerja.” Jelas Ammy
pabila melihat wajahku kian ketat.
“Kerja?” tekanku seraya mendongak ke
arah Farhan meminta penjelasan. Menghantar isyarat mata ‘since when abang ada kerja dengan dia’???? Oh, dah lama contact la ni??? Ini yang nak marah ni.
Ada aku panggil orang pasang bom dewan ni kang!
Farhan dapat meneka dari mata helang
isterinya itu. Namun dia buat-buat tak tahu dan terus-terusan mengukir senyum. Control macho, Han. Biasalah perempuan.
Tunggu la kat rumah. Tahu nak buat apa. Ahaks!
Melihatkan bakal ada pertelingkahan, pantas
Ammy menyampuk. “Actually, kami
berhubung hanya disebabkan tuntutan kerja. I nak buka butik baru. I perlukan
pandangan Farhan because he’s the best
chosen. Han tahu pasal seni bina. I tak pernah terniat pun nak runtuhkan
rumahtangga you all. I dah insaf,
Mai. I tak buat kerja macam tu lagi. Lagipun…”
“…lagipun kami akan berkahwin..” Seorang
pemuda mencelah lalu berdiri di sisi Ammy.
“Hah?!” Mulut ternganga luas.
Terbuntang biji mata aku tika mendengarnya. Serius??? Kahwin??? Ammy? Tengku
Hadzriq?
Spontan Eriq mengangkat dua jari
menunjukkan simbol peace. Sengihnya
tak dilupakan.
“Alaaa you ni suka pecahkan rahsia!”
Cemberut muka Ammy. Dia kalau boleh nak diamkan dahulu hal perkahwinan mereka.
Tunggu kad dan barang hantaran siap, baru canang. Ini tidak! Eriq dijeling
tajam.
“Benda baik kot. Takkan I tak boleh
nak cakap.” Dia punyalah excited nak
beritahu orang yang dia sudah dimiliki dan bakal menamatkan zaman bujang. Ammy
ditenung tak puas hati. Ini ada yang kena sumbat makan nasi beriani kang!
Ah sudah! Berperang mulut pulak dua
ekoq makhluk depan aku ni lahai.
“Bila majlisnya?” soalku agak teruja
lantas mencantas perbalahan mereka. Wow! Tak sangka budak yang mencetuskan
kontroversi di sekolah dahulu bakal bersanding bersama-sama. Cayalah!
“Errrr…” Ammy garu kepala. “Kami…”
belum apa-apa dah kena potong oleh Eriq. Mendengus lagi Ammy. Geram!
“…kami target awal tahun depan. Time
raya cina. Sebab Han bagitahu Mai dah nak dekat due. Tak syok la kalau Mai tak datang nanti.” Eriq memberikan
senyuman seikhlas hati. Ammy turut mengangguk kepala tanda bersetuju.
Oh
god!
Terharu gila weh! Semua pakat tunggu aku habis berpantang. Kenapa? Tak
meriahkan kalau aku takde? Kan kan? Haha! Bajet tau kau ni Mai.
Ammy selangkah ke hadapan. Tangannya
diramas cuba untuk mententeramkan hati yang keluh kesah. Gugup! Kekuatan cuba dikumpulkan seboleh mungkin.
“Err… Mai.” serunya perlahan. “Sorry pasal apa yang I dah buat dekat
you dulu. I mengaku I bodoh. I ikutkan nafsu. I pentingkan diri. Pengaruh
kawan. I betul-betul menyesal. I minta maaf, …” Ammy menunduk tika aku merenung
tepat anak matanya. Gemuruh dadanya. Gementar tubuh badannya.
“Aku tak tau apa salah aku pada kau,
Ammy, sampai kau buat aku macam tu.” aku menahan getar di dada. Pahit bila
dikenang. Susah untuk dilupakan.
Ammy mengesat tubir matanya yang sudah
digenangi air. Dia harus hadapi sebarang kemungkinan. Dia rela terima apa-apa
pukulan atau sepakan dari Humairah asalkan hati wanita itu puas. Tak terkira
betapa banyak dia melakukan dosa pada Humairah. Juga Farhan. Tetapi manusia
berdua ini tidak pernah sekalipun mencuit tubuhnya.
Aku menghampiri membuatkan Ammy
berdebar kencang. Peluh merenik. Apabila terlihat akan tangan Humairah yang
sudah diangkat, spontan Ammy tutup mata rapat-rapat. Debaran kian menghimpit.
Setengah minit…
Seminit…
Tak semena-mena tubuhnya dirangkul.
Terbuka luas mata Ammy. Humairah peluk dia?
Farhan senyum saja. Lega rasa hati.
Risau jugak kut bini dia mengamuk. Tambahan sedang hamil. Emosi yang bercampur
baur. Eriq mengurut dada. Phew~ Takde adegan tarik-tarik rambut!
“Dah lah. Aku dah tak marah pun.”
Ujarku lalu menepuk bahunya. Ammy senyum sedikit demi sedikit sebelum tertawa
kecil.
“Maknanya dah maafkan la ni?” Aku jatuhkan
kepala. Terjerit Ammy tanda gembira lalu tubuhku dipeluk sekali lagi! Kali ini
lebih lama. Aku membalasnya dengan senang hati.
Cukuplah. Bermusuh tidak akan
menenangkan hati. Lagipun baby
dengar. Kalau boleh, biarlah baby
dengar benda yang baik-baik.
******
AKU menuju ke bahagian buffet. Alamak!
Nasi beriani laa. Nyum nyum! Baru nak
cedok nasi, satu tangan turut memegang sudip tersebut. Aku dongak kepala.
“Satu senduk je.” ujar Farhan bernada amaran.
Aku memuncung. “Alaaa sekali sekala
boleh la. Mai teringin nak makan. Nanti Mai dah bersalin, tak boleh dah makan
camni.” Aku buat ayat sendu. Nanti kena makan yang dimasak bening dan berkuah
cair aje. Boring!
Farhan garu kening. Ketegaq! Bini sape
la ni…
“Yeay!” Aku ambik 2 senduk nasi. Haaa
nak kata aku gemuk la tukan? Hey, ada dua nyawa tau nak dijaga.
Wana datang dari arah belakang sambil
meninjau makanan yang terhidang. Berkerut dahi dia bila mana tengok kawan baik
punya pinggan. Mak datuk! Dahsyat preggy
mommy ni.
“Uit, makcik. Kau ambik nasi banyak
ni, tak panas ke?” Soal Wana.
“Apa yang panas?” Blur.
“Nasi beriani nikan banyak guna
rempah. Gulai daging. Dalca. Semua tu rempah la. Tak panas ke badan tu nanti.
Kau tu dahlah mengandung, ngek.” Wana tepuk dahi selepas tengok aku termenung
sambil pandang pinggan. Sah menyesal! Ahaks!
Perlahan-lahan aku toleh ke arah
Farhan. Kelihatan si dia tersenyum sinis. Seperti nak beritahu ‘Kan abang dah
larang. Menyesal lettew’ . Laju aku
berdiri di sebelahnya. Tayang mata kucing. Aku tau Farhan lemah bab ni.
“Dia buat lagi…” Keluh Farhan.
“Abang sayang…” Farhan kerling. “Kita share dua orang eh.” Pintaku manja.
“Eh! Abang dah ambik pinggan sendiri
eh. Tadi abang dah cakap tak nak dengar. Sekali sekala la. Dua kali dua kala
la. Makan la nasi tu. Nak sangat kan? Main langgar je apa nak makan.” Pergh.
Pedas memijar. Sentap hati diknon!
“Alaaa makanlah dengan Mai. Plishhh…plishhh abang…” aku tarik hujung lengan kemeja hitamnya. Mulut
sengaja di ‘itik’kan. Senyumanku terserlah pabila Farhan letak pinggannya
semula. Bila terperasan airmukaku yang jelas gembira, tak pasal-pasal dahi
menerima jentikan. Bukan sekali tapi tiga kali. Ini boleh mendatangkan marah!
“Aaa! Sakitlah…” bentakku sambil
mengusap dahi. Kita dah lawa-lawa gini main jentik-jentik pulak! Grrrr!!
“Degil!” Aku kerdipkan mata. Isteri
abang juga… hihi.
“Abang, jap. Mai nak amek buah. Abang
duduklah dulu.” Pantas aku menjauhinya. Muka Farhan bertukar kelat. Muka tak
rela sungguh. Nasib la dapat bini kuat makan.
Dari jauh aku nampak gelanggang gusti
bakal membuka tirai. Tak sah tau kalau budak berdua ni berjumpa. Haih Wana…
Fiq… kang aku panggil kadi nikahkan je dekat ballroom ni. Saksi ramai dah.
“Pin! Pin! Mak buyung yang vogue nak lalu.”
Serentak mereka menoleh ke belakang.
Aku sengih comel. “Amenda ni empang-empang jalan kat tempat dessert?”
“Ni haa! Aku pergi tempat air, dia
ada! Aku pergi tempat dessert pun dia
ada! Penyibuk!” Kata Wana sambil juih bibir mengunjuk di mana Syafiq berdiri.
“Eh! Kau ingat ballroom ni kau punya tanah ke?” Syafiq membidas. Suka hati aku la
nak pi mana pun. Kecoh la minah Melaka ni!
“Kalau ya pun kenapa? Nak share saham? Tolonglah! Aku tak terima
‘Apek’ jual sayur!” lantang Wana membalas.
Kami hanya memandang tanpa berucap
sedikit pun. Asalehe la dua orang ni! Elok lagakan kepala dedua ni. Biar sakit,
biar benjol! Depan rezeki pun nak memekak. Adehhh…
“Kau jangan nak mula eh, Wana! Nak aku
panggil Liya ke?” Syafiq dah start
sinsing lengan kemeja.
Wana jegil mata. “Ewah! Ewah! Berani
kau nak panggil aku Liya?! Hah? Nak masuk hospital ke?!”
“Allahuakbar Allahuakbar!
Asyhaduallailahaillallah… wa asyhaduannamuhammadarrasulullah…”
Semua berpaling apabila Hakim iqamat.
Spontan kami tertawa kecil. Haa… diam terus si dua ekor ni! Sampai ternganga
Syafiq.
“Alhamdulillah. Syaitan tadi dah
lenyap. Bolehlah kita ambik makanan secara aman.” Tergelak lagi semua yang ada
di situ. Meleleh air mata aku. Senget betul diorang ni!
“Asal jumpa gaduh. Eh kahwin terus la.
Kompem first day kahwin, dedua
berubah.” Selar Putera.
“Apani cerita bukan-bukan depan yang
bujang? Dah la! Tukar topik!” Marah Iman. Geng-geng lelaki dah senyum-senyum
nakal. Ada aku baling buah tembikai ni pecah dekat kepala deme. Gerutu Iman di
hati.
Aku geleng kepala. Malas layan kepala
mentol mereka. Tak tunggu lama, pantas aku ambil beberapa kuih, puding dan kek.
Kesian Farhan tunggu lama di meja makan. Sedang berjalan menuju ke meja, mata
terpandang seseorang di meja hujung. Dia senyum sambil melambaikan tangan
padaku.
Riak wajahku berubah. Aku teragak-agak senyum
dikit padanya. langkah makin dilajukan pada sang suami yang setia menanti.
“Okey tak ni? Peluh lagi…muka merah.
Sakit ke?” soal Farhan risau. Aku geleng menidakkan. Entah kenapa meremang bulu
roma pabila ternampak Luqman Harez sebentar tadi. Lama kot tak jumpa dia. Tetiba
aku teringat bagaimana kes aku dan dia dahulu. Ah! Lupakan.
Sudu dan garfu diangkat. “Jom makan!”
Tang makan, happy kemain! Farhan rasa nak tergelak tengok eskpresi Humairah. Feeling makan tu macam tak jumpa makanan
setahun!
“Korang perasan tak, ada yang tak ada?
Aisyah mana? Tak nampak pun. Tak datang ke?” soalan Anisa membuatkan aku tak
jadi suap nasi ke mulut.
“Haah weh. Aku pun tak nampak dia.”
Celah Hakim.
“Izuan pun sama.” Kami serentak
memandang Aizat. Like seriously??
Tiba-tiba aku teringat apa yang Aisyah
katakan minggu lepas. Adakah dia…datang…sama Izuan?
“Jap aku call.” Khairul keluarkan Iphone. Selepas menjumpai nama Izuan,
terus telefon dibawa ke telinga. Sambil-sambil itu dia enak makan tembikai
menggunakan tangan Syafiq. Haha! Mana tak angin si apek. Dia cucuk untuk makan
sendiri tapi kena suap orang lain pulak! Muka Syafiq tak redha sungguh.
“Bro
kat mana? Majlis dah nak mula.” Saja Khairul cakap gitu. Kelihatan dia
terangguk-angguk sebelum putuskan talian. “Dia dah sampai. Kejap lagi naik la
tu.”
“Aisyah datang sekali dengan Izuan ke
cemana?” Pandanganku terus dituju pada Hakim. Kenapa aku rasa yakin eh yang
diorang datang bersama?
“Tak tanya pula aku. Mustahil la
diorang nak saing sekali.” Khairul menyanggah. Yang lain terangguk-angguk
kepala ibarat burung belatuk.
Sedang borak-borak sambil berselang
makan, bahuku ditepuk seseorang. Cikgu Namisah! “Cikguuuuu!!!” Aku bangun
seraya mendakapnya. Rindunya dengan wanita ini! Yang lain turut sama berdiri.
Cikgu Samad berpelukan dengan geng-geng aspura. Siap berselfie lagi!
“Tahniah. Dah tahu anak apa?” Katanya
merujuk pada perutku yang besar. Aku geleng. Sebenarnya dah lama tahu. Tapi aku
dan Farhan buat keputusan untuk diamkan saja. Surprise! Hehe.
“Takpela. Tak kisah jantina apa pun.
Yang penting sihat.” Ujar Cikgu Samad pula.
Aku dan Farhan senyum. Dan semestinya
comel macam mummy dia. Oyeay!
“Haii… bilalah agaknya cikgu boleh
ajar cucu murid pulak ya?” usik Cikgu Namisah.
Cucu murid? Istilah baru ke? Aku
termangu sendirian. Blur.
“InsyaAllah, cikgu. Tak lama lagi.”
Balas Farhan tenang. Aura kebapaan terserlah. Aum!
“Cikgu tak nampak Izuan pun. Dia tak
datang ke? Ada hal?” tanya guru perempuan itu lagi. Sering kali Izuan tak
lekang bersama Farhan. Ke mana pergi mesti berdua. Dia ingat setiap wajah anak
muridnya. Tambahan lagi penghuni aspuri dan aspura.
“Kejap lagi sampai, cikgu. Tadi dia
kata sangkut dekat Melaka.”
Aku kerut dahi. Melaka? Apa dia buat
dekat Melaka? Rumah dia kan dekat Johor Bharu. Tapi tadi Khairul kata dia dah
sampai. Benakku diterpa persoalan. Raut wajah Farhan yang cool itu kupandang. Dia pasti tahu sesuatu.
Kedengaran riuh dan sorakan daripada
kawan-kawan lain membuatkan kami bingkas berpaling. Mata tertunak pada manusia
yang berjalan di karpet merah itu. Rahangku jatuh.
Izuan dan Aisyah datang bersama?!? Tekanan
aku benarlah ya? Ramai kawan perempuan pakat serbu pasangan itu. Sepertinya
mereka sedang mengorek rahsia dan mengusik terutama D dan Iman. Laju budak
berdua tu serbu! Tersipu-sipu Aisyah dibuatnya. Wana yang tengah teguk air
memandangku. Kami sama tersengih! Only us
know!
“Abang tahu kan sepupu abang tu ada
hati dekat Aisyah?” bisikku.
Farhan toleh sambil senyum senget. “He’s my cousin, dear. Mestilah abang
tahu.”
Bingo! Kan aku dah kata! Dia tahu!
“Abang tahu la Izuan nak hantar rombongan meminang Aisyah?” dugaku lagi.
Farhan angguk kepala. “Macam yang
abang cakap. Dia sepupu abang.”
Aku pula yang tergamam. Haah la! Dah
tentunya Izuan sahabat karib Farhan merangkap sepupu. Apa-apa masalah diorang
berdua je tahu. Aiseh! Apesal la aku tak teringat langsung nak tanya Farhan
tempoh hari selepas kedatangan Aisyah dan Wana ek? Lembab tau kau ni Mai. Orang
suruh makan kurma, kau makan cookies.
****
TAK sudah dari tadi Aisyah diusik.
Izuan pun habis memerah muka segan tapi dia buat biasa je. Semedang tenang.
Satu sisi menarik pada pemuda ini.
“Cakap je la, Wan. Tak yah
sorok-sorok.” Gesa Putera sambil buat muka seposen. Gali jangan tak gali!
“Aku dah cakap tadi kan kitorang
terserempak dekat parking. Naik la
sekali alang-alang dah sampai.” Izuan menjawab. Dia berbalas pandang sama
Farhan yang diam mendengar.
Cemberut wajah Putera. Minta disepak
dan diterajang! Haha. “Merajuk ah gini!” Sedas kepalanya ditolak tangan Hakim.
Hantar isyarat jangan mengada sangat. Dah berperang pulak dua ekor tu!
Hampir-hampir je gelas jatuh akibat pergelutan mereka. Tsk tsk!
“Betul ni, Syah? Kau drive kereta sendiri?” Tak habis lagi
disoal siasat oleh bebudak aspuri. Kalah Inspektor Sahab! Aisyah tampak terkelu
namun sebaik terpandang wajah Izuan yang juga sedang menanti jawapan darinya,
dia laju mengangguk.
“Farhan mesti tahu!” Ah sudah! Semua
mata menala ke arah suamiku. Aku juga pandang Farhan. Ya, Mai pun nak tahu!
Haha.
“Aku tak campur.” Senang betul ucapan
Farhan bikin stress jiwa raga. Heh!
Aku kecikkan mata sambil merenungnya. Farhan jungkit kening double jerk.
“Baik kau cakap, Syah. Kau ada simpan
rahsia yang kami tak tahu ke? Kau bercinta dengan Izuan ke? Hmm?” Iman masih
mengasak. Lagak wartawan.
“Dah la Iman. Pening aku.” Wana pegang
kepala. Aiyoyo…! Bila nak habis daaaa…. Iman gutis lengan Wana. Sibuk je!
“Mana ada bercinta.” Jawab Aisyah
malu-malu. Jemari diramas menghilangkan debaran yang bertalu-talu.
“Alolololo…. comel.” Semua pakat
mengusik. Makin tertunduk gadis ayu itu. Aku genggam tangan Aisyah. Kesian dia
kena sakat. Teruk bebenor la kawan aku
ni.
“Adoi! Baru nak merasa nasi minyak.
Alang lambat lagi, Nisa, jom kita kahwin dulu.” Ajak Hakim tanpa segan silu.
Anisa sudah terbeliak biji mata.
“Gila ea?!” marah Anisa. Tuala tangan
dibaling tepat mengena muka Hakim. Berderai tawa semua orang. Malu Anisa
dibuatnya!
Tepukan di mikrofon membuatkan semua
mata memandang ke hadapan. Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Ashraff
selaku emcee. Bermula bacaan doa, disusuli sedikit kata-kata dari beberapa
orang guru yang pernah mengajar. Slot seterusnya ialah paparan gambar. Tergelak
kami semua tengok gambar yang dimasukkan. Muka budak-budak sangat! Sememehnya
lagi. Ada gambar Khairul tersembam dekat tanah. Gambar Hakim dan Putera buat
peace semasa sukan tahunan. Gambar bebudak ni kena kutip sampah dekat stadium.
Gambar Helena sedang berkerut sambil garu hidung. Gambar semasa Majlis Restu
Ilmu, Gambar Ammy sedang menjerit + mulut menganga besar dengan pakaian pink
dari atas ke bawah sampai spek pun pink!
“Hahahaha!” Mengekek aku dan yang lain
gelak sampai meleleh air liur. Weh, ni nak bagi orang senak perut.
Ammy tutup muka. Ya Allah, akukah itu?
Dia beri isyarat pada Ashraff untuk delete
gambar tu tapi Ashraff jelir lidah. No
way! Haha! Eriq ketawa terbahak-bahak sampai tepuk meja. Ammy bengang je
tengok.
Dan apabila foto Farhan dan Izuan yang
segak berpakaian uniform kadet polis terpapar…semua sebut ‘wow’. Abang hot! Aku kerling Farhan. Farhan kenyit
mata. Auch!
Banyak lagilah gambar yang
ditunjukkan. Sampai tak larat nak gelak. Sakit rahang dibuatnya. Entah sape
punya kamera entah. Aduh nostalgia sungguh bila dikenang semula.
Sekarang tiba slot nyanyian. Berebut
Hakim dan Putera nak menyanyi atas pentas membuahkan tawa orang ramai. Kami
menggeleng kepala saja. Apa nak jadi la diorang tu… tsk tsk! Hampir aku
tersedak air oren tatkala mendengar Hakim mendendangkan lagu Perawan atau
Janda.
“Abang
pilih yang mana…
Perawan
atau janda…
Perawan
memang menarik…
Janda
lebih menggoda…”
Allah! Anak siapalah atas pentas tu.
Duk gelek-gelek lagi. Haiyooo! Anisa tepuk dahi. Pakwe akukah? Serasa nak
demam!
“Korang nak tak dengar bekas ketua
pengawas menyanyi?” soal Ashraff.
“Nakkkkkkkk!!!” bergema ballroom.
“Farhan! Farhan! Farhan!” Ah sudah! Siap ada pasukan sorak tak lain tak bukan
geng aspura.
Farhan jeling aku sebelum berdiri.
Semua bersorak keriangan. Aku kena cari cotton
bud untuk tutup telinga nampak gayanya!
“Lagu apa, bro?” tanya Ashraff sebaik
Farhan tiba di sebelahnya. Tangan kanan ready
pegang tetikus untuk pemilihan lagu.
“Tak nak music. Aku buat akustik.” Gitar di sebelah Ashraff ditarik. Semua
bersorak lagi apabila dia mula duduk atas kerusi. Mikrofon dan stand diselaraskan agar selesa.
“Nak kena perkenalkan diri ke?” Farhan
sekadar senyum apabila soalannya dijawab suara-suara kumbang.
“Bang, dah berpunya ke?”
“Bang, umur berapa bang?”
“Number
phone please!”
“Abang, nak signnnnnnnnnnnnnnnnn!”
Diorang ni laaaaa………ada aku
terbalikkan meja japgi kang! Ngengada lah! Rasa nak sepak-sepak aje bebudak
aspura ni!
“Saya tujukan lagu ni untuk
seseorang.” Wuuuuuuuuuuu….! Semua pakat mengusik. “Seseorang yang saya sayang
insyaAllah dunia akhirat. Saya tahu semua tahu siapa saya maksudkan.” Serentak
semua tepuk tangan sambil memandang aku.
Menderu darah naik ke wajah. Mohon
oksigen secepat mungkin! Aisyah tersenyum-senyum. Wana cuit lengan. D senyum
nakal. Iman carikkan tisu sebelum digulung kecil lalu dibaling ke arahku. Apa
dia ingat ni renjis-renjis dipilis???
Petikan gitar mula kedengaran. Lampu
sengaja dimalapkan Ashraff dan hanya dinyalakan dimana tempat Farhan duduk
sahaja.
“Seindah…
Tiada
lagi yang kuingatkan
Sayang
kau hilang
Menanti…
biar sampai akhir hayat
Ku
di dunia ini
Kau
tahu betapa kusayang padamu
Hanya
bidadari sebagai ganti
Hanya
takdir menentukan ia
Ooh
belaian jiwa
Ooh
angin…
Sampaikan
laguku padanya
Yang
sedih pilu
Terimalah
lagu kujadi teman hidupmu
Untuk
selamanya…
Kau
tahu betapa kusayang padamu
Hanya
bidadari sebagai ganti
Hanya
takdir menentukan ia
Ooh
belaian jiwa…”
Semua berdiri dan bertepuk tangan.
Farhan senyum aje. Dia sempat ber high-five
dengan Ashraff sebelum turun pentas. Aku tenung dirinya yang baru saja duduk.
“Hanya takdir yang tentukan.” Tekan
Farhan seraya menggenggam jemariku di riba.
Aku ukir senyuman paling manis buatnya.
Sooooo sweeeet������x pernah mengecewakan��������
ReplyDeleteAwww❤❤❤❤
ReplyDeleteThe best �� tak sabar nak tunggu cerita geng aspura and aspuri yang lain...
best kot cite ni. tak sabar nak tahu smbungan pasal wana ngan syafiq n raimi. geng diorang pun sama. friendship diorang sweet sangat. aq bgi full star lah kat cite ni. angau aq dibuatnya. masuk pula dgn lagu Ismail Izzani-Demi Kita.
ReplyDeleteBest story la....since kpvst...love it
ReplyDeleteBest bla nk smbung cerita ne...
ReplyDeleteBest bla nk smbung cerita ne...
ReplyDeleteAkak bila nak sambung cite ni. Best kak. Tak pernah mengecewakan
ReplyDeleteBestnya cite nie.. akak bila nak sambung cite nie..best gila
ReplyDeletesambung laaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeletesis please approve Facebook "( setahun I tunggu untuk sambungan
ReplyDeleteSis please smbung lggg. Dah x tahan menangung rindu dgn cerita ni. Bila mai n farhan nk jadi bapa. Bila eju dgn sya nk kawin
ReplyDeleteAhhhh bestnya, tgh tunggu sambungan, author cepat cepat lah update tau
ReplyDeleteblog nii dah tak active ke??takde sambungan unn
ReplyDeleteSis bila nak smbg?kalau boleh secepat mungkin boleh dak :) kami selalu Supp dia dri belakang Hehe
ReplyDeletexdk sambungan ka;(
ReplyDeleteSis sambung lh lagi best tau cerita ni����
ReplyDeleteSambung lhhhhh;(
ReplyDeletePls sambung sis :( ni novel fav sya nih
ReplyDeleteUntuk sesiapa nak baca sambungan dia ada kat Wattpad ya ;)
ReplyDeleteApe tajuknya ??
Deleteaduh manisss nye farhan ni sjk jd somi org
ReplyDelete