Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Wednesday 13 September 2017

SPECIAL EDITION 8 PART 1 & 2

(PART 1)


“NGAH, Reez tengok kan… Tengku Ammylea tu selalu sangat datang sini. Angah pasang skandal dengan dia ke apa?” soal Fareez direct. Mata tunak merenung mata abangnya. Hati diburu perasaan ingin tahu apabila kelibat Tengku Ammylea Ruhaila menghilang dari entrance syarikat. Bukan sehari dua bertembung malah banyak kali.


“Merepeklah kau ni.” bantah Farhan. Pandai-pandai je nak tuduh.

“Dah tu selalu sangat tunjuk muka apasal? Ada beberapa staf kita dah bercerita kat luar pasal Ammylea tau? Karang kalau tersampai berita macam ni dekat Kak Mai mahu mengamuk kakak ipar Reez tu.” pesan Fareez lagi. Fareez bimbang hal itu berlaku. Bukan sehari dua dia kenal kakak iparnya. Malah Fareez bukan setahun dua mengenali Tengku Ammylea Ruhaila. Dia tahu apa yang telah berlaku pada Farhan semasa di sekolah dahulu walaupun sekolah mereka berbeza. Pasang spy? No. Berceritalah! Farhan ceritakan semuanya yang ada sangkut paut dengan kes Humairah dahulu. Itu pun didesak. Kalau tak, haram angah nak heboh-heboh. Prinsip angah : ‘Buat kerja senyap-senyap’ .

“Dia datang sebab hal kerja, Reez. Bukan hal peribadi.” Jelas Farhan perkara sebenar.

Fareez herot bibir. Boleh percaya ke? “Macam ada agenda tersembunyi je.” Sindir Fareez.

“Kenapa kau cakap macam tu?” tanya Farhan lebih serius tetapi masih tidak memandang adiknya. Mata dilarikan mengadap laptop manakala jemari laju menekan keyboard. Sesekali dia lihat kertas yang penuh kiraan atas meja.

“Takde la. Reez sekadar nak kepastian dari angah je. Reez tak percaya gosip-gosip dekat luar tu. Mana la tahu angah ada rahsiakan apa-apa dari Reez ke.” Hujung ayat itu diperlahankan sedikit namun dapat didengari Farhan.

Farhan melepaskan jari jemarinya dari menyentuh sebarang alatan. Muka satu-satunya adik lelakinya ditenung sedalam mungkin menimbulkan rasa tidak enak di hati Fareez. Apa yang dia tahu, wajah Farhan begitu apabila Fareez ada menyembunyikan sesuatu darinya. Wajah Farhan semasa dia memegang jawatan ketua pengawas sekolah! Fuhh!

“Sebelum angah jawab tentang Ammylea, angah nak Reez bagitahu angah benda yang angah tak tahu.”

Erk! “Benda apa?”

“Anything.” Jeda. “Tak kisah cerita lama atau baru.” Farhan pula cuba membongkar rahsia yang disimpan oleh Fareez. Sama ada adiknya terlupa atau sengaja disembunyikan dari pengetahuannya. Dia nak tengok sejauh mana kekuatan memori Fareez tentang hal nan satu itu.

“Apa ni? Tak faham la.” Serius Fareez bingung. Kaitan apa pulak??

“Reez cakap pasal angah dan Ammylea. Bukannya bercerita pasal Reez.” Gerutu Fareez. Kita tanya dia, dia tanya kita balik. Bagus sangat la tu!

Farhan sandar badan ke kerusi. “Let me say… ada pengakuan tak tentang kau berlakon jadi boyfriend Kak Mai masa dekat UiTM Segamat dulu?”

Rahang Fareez jatuh. Bagai nak terjojol biji mata. Ohmaigad. Mati kau hari ini, Reez!

“M-maksud angah?” Fareez cuba kawal gemuruh yang melanda. Debar jantung kian terasa. Macam nak tercabut woi!

“Angah tanya ada pengakuan tak pasal kau berlakon jadi boyfriend Kak Mai masa di UiTM? Tak jelas ke soalan angah?” perli Farhan seraya jungkit kening.

Ya ampunnnnn! Serius Fareez tak ingat perkara itu! Tahun demi tahun berlalu. Sungguh! Tak tipu. Memang dia terlupa-gila-babeng!

“Err… y… yang tu… Reez… err… Reez terlupa.” Fareez telan liur. Mampus. Hayat hidup kau tamat sampai sini je, Reez. Kah!

“Aaa.. terlupa.” Terangguk—angguk kepala Farhan. Jemari diletup-letupkan membuatkan Fareez telan liur sekali lagi. Alemakk weh… aku dah nampak bayangan muka tampan aku ini kena debik bertubi-tubi!

Like serious? Macam mana angah boleh tahu sedangkan aku tak pernah beritahu pun?! “How do you know about this?” tanya Fareez masih kawal nada suara. Peluh jantan mula merenik. Takut siot! Gaya Farhan bikin dia gementar. Bersahaja tapi makan dalam.

Farhan simpan senyum. Reez, kau tak kenal abang kau sendiri ke? “Kenapa tak bagitahu angah?” Farhan menyoal lagi dengan wajah yang cukup serius.

“Ngah, Reez bukan tak nak bagitahu. Reez memang lupa! Serius! Demi Allah Reez tak ingat benda tu! Bukan saja-saja. Lagipun lepas Reez tolong Kak Mai…”

“Kau main game?” tebak Farhan laju tanpa sempat Fareez menyambung ayatnya. Fareez terkedu seraya mengangguk perlahan-lahan. Yes! Balik dari Segamat dia terus hadap Playstation. Main sampai lebam! Betullah bak kata Farhan masa dekat Gambang dulu, Fareez kalau dah minat sesuatu yang dia suka, dia akan lupa sekeliling.

“Err angah…” seru Fareez perlahan.

“Hmm.” Fareez kumpul kekuatan apabila dengar nada suara tegas Farhan. Berpeluh dah badan.

“Angah marah Reez ke?” Allah! Risau juga aku kalau mata pen tu singgah ke mata aku. Habislah buta! Dia tengok Farhan ligat memutar pen di celahan jari. Lama juga pertanyaannya tidak dibalas. Resah Fareez duduk dalam bilik berpenghawa dingin ini. Berbahang pula di sekelilingnya. Panasss! Apakah semua ini atas dosa-dosa aku? Uhuk uhuk…

“Thank you.”

Ternganga. “Ha?”

“Thank you jagakan Kak Mai masa angah takde.” Terang Farhan lebih jelas.

Fareez mengeluh lega. Phew! Ingat nak mengamuk ke apa tadi. Jantung dia bagai nak gugur tunggu jawapan sang abang. Lu bikin saspen brader! “Its okay. Kak Mai masa tu memang perlu bantuan sesangat. Reez cuma tolong mana patut je.” Jawapan bangga dari lifesaver. Chiaa! Merasalah juga jadi boyfriend-lima-belas-minit. Huhu. Sambung Fareez di hati. Tak berani sebut depan-depan. Farhan tak tumbuk dia pun dah kira baik dah tu.

“Ingat angah nak debik kau ke?” Farhan sengih bila adiknya menjeling. Sah dah fikir yang bukan-bukan. Haha!

Mahunya tak! Aku siap terbayang muka lebam bibir pecah kot. “Cuak la jugak.” Gumamnya. Hesh abang aku ni! Ada juga kena smackdown karang.

“But, when did you find yang Reez jadi ‘kekasih sementara’ Kak Mai? Kak Mai cerita ke?” Rasa ingin tahu Fareez melonjak-lonjak. Bagai lava-lava gunung berapi! Fuhh. Lama tak guna kosa kata gini. Hiperbola melampau. Tapi serius, macam mana angah tahu hal ni bahkan benda ni dah berlaku lama? Rasanya macam mustahil pulak Kak Mai cerita. Tapi boleh jadi jugak. Ah pening!

“Baihakki.”

Pardon?

“Dalam surat dia ada tulis pasal kau dan Kak Mai. Angah keliru jugak. Berulangkali angah baca surat tu. Kenapa tetiba ada nama kau. Apa kaitan kau dengan Aki. Macam mana Aki boleh kenal kau. Angah jenguk dia kat penjara a few weeks ago then dia cerita semua dekat angah pasal kau. Actually, dah lama angah nak tanya benda tapi sebab macam-macam hal berlaku, busy kerja so angah lupa nak tanya.” Farhan buat muka meluat bila Fareez jungkit kening berkali-kali. Dagunya diusap. Ceh! Perasan! Ini mahunya kena debik betul-betul.

Fareez hulur tangan kanan membuatkan kening Farhan pula terangkat. “Salam kosong-kosong.”

Farhan mencebik. “Mana ada kosong! Kau hutang angah lagi tau. Dah berapa kali tak masuk meeting? Along pun dah bising kau tak ada sekali waktu meeting bahagian kewangan.” Along Firhad hanya ‘interframe’ bila ada meeting-meeting penting contohnya melibatkan keluar masuk wang dan pelaburan besar kerana dia juga menyandang jawatan pengarah urusan, mempunyai saham syarikat dan dalam masa yang sama masih memegang jawatan doktor di klinik sendiri. Campur tangan bila diperlukan sahaja. Selebihnya syarikat diungguli Farhan dan Fareez. Papa Umar juga sesekali menyampuk jika kesihatan baik.

Fareez hanya mampu sengih sumbing. Tangan dibawa ke tengkuk lalu digosok. “Hehe.”

“Jangan macam ni, Reez. Papa dah amanahkan kau jaga bahagian kewangan. Pegang amanah tu baik-baik.” Fareez menunduk sebelum mengangguk kepala. Ya, pesanan yang acapkali diberitahu tapi Fareez masih main-main. Katok jugak budak ni karang!

“Ngah, cerita la pasal Ammylea.” desak Fareez. Angah ni nak buat-buat lupa pulak. Aku tak puas hati kalau tak dapat jawapan. Sebenarnya nak alih topik. Huhu.

“Dia datang minta pandangan angah pasal butik baru dia lah. Tu je. Eriq pun suruh angah tengokkan 
sebab Eriq tak tahu sangat pasal pelan butik tu.”

“Yeke?” Punyalah ramai arkitek dan designer… apesal angah jugak perempuan tu cari? Musykil. Eriq tu pun ada company sendiri kut. Kenapa orang bawahan dia tak kawtim dengan Ammylea? Kenapa mesti company papa?

“Yelah! Ammylea minta Fong buat pelan untuk butik baru dia. Fong suruh angah tengok keluasan. Ammylea kawtim dengan Fong. Tapi Fong minta pendapat angah juga. Sebab tu Ammylea selalu datang sini.”

“Serius ni takde niat lain?” Masih mencungkil. Mengecil mata Farhan merenung adik lelakinya nan sorang itu. Ada aku tolak kau dari tingkap ni karang! Orang bagitahu benda betul tak percaya. Farhan tak tertanggung sabar.

“Fareez Umar, takde orang lain selain Kak Humairah kau seorang. Faham?” Tekan Farhan. Fareez susun jari mohon abangnya tidak melepaskan tekanan padanya. Nakal Fareez ni. Suka buat orang sakit kepala. Mengacau tak kira waktu.

“Ngah.”

Farhan pejam mata. Nafas ditarik panjang. Astaghfirullahalazim… “Apalagi? Angah nak buat kerja la.” Dengus Farhan.

“Lek laa… seminit je.” Banyak la dia punya seminit! Huh! “Hari tukan Reez nampak Alang Iwan dengan kawan perempuan.” Terangkat mata Farhan membuatkan Fareez sengih kemenangan dalam hati. Oyeay! Berjaya jugak aku pancing perhatianmu. Haha.

“Mana kau nampak?”

“Masa nak lunch beberapa minggu lepas. Cantik perempuan tu. Bertudung, baju kurung. Kira memang perfect habis lah! Tapi sayang Reez tak nampak depan-depan. Reez perasan dari arah belakang je. Angah agak kan siapalah orangnya? Cun macam Kak Mai tak?” Pergh! Dalam diam Alang Iwan berchinta. Phewittt! Kepak kepak kepom kepom…!

Tung!

Pen hitam terlepas ke dahi Fareez. Mengaduh kesakitan dia. “Eeeee apa ni ngah! Sakit la!” marah Fareez. Mesti merah. Uwaaaa! Dia meraba dahi. Luka ke? Darah tak?

“Kau cakap macam tu lagi angah potong gaji kau. Kereta angah tarik balik.” Ugut Farhan. Ewah! Lelebih pulak si Fareez ni.

“Alaaaa… okey Reez tak cakap lagi.” Farhan menumpukan semula kerjanya. “But…”

“Just shut up, Amirul Fareez! Pergi buat kerja sana!”

Fareez angkat tangan laju tanda surrender. Alamak! Abam besar sudah keluar tanduk. Dia melangkah kaki menuju ke pintu namun beberapa saat dia pusingkan tubuh kembali.

“Errrr….”

Farhan dah mula tenung dengan mata helang. Amaran tak baik. Pantas Fareez cabut! Alaaaa…nak usik sikit pun tak boleh. Fareez pandang nama Tengku Amirul Farhan Tengku Umar yang diukir di permukaan pintu selepas ditutup olehnya. Benci angah! Kedekut! Takmo kawan!

“Encik Fareezzzzzz…” Bulu roma Fareez meremang tetiba. Gosh! I’m dead! Perlahan-lahan tubuhnya dipusing mengadap belakang. Kelihatan wanita berbadan gempal di meja hujung sedang berdiri sambil senyum. Bibir dimuncungkan. Serupa itik! Euww…

“Bila nak mula belajar?” Cik Eton Pinki buat suara menggoda. Aiyer… tak lalu der! Silap besar la nak suruh aku ikut cakap dia. Katakan tidak pada Eton!

Mujur telefon bimbit Fareez berbunyi. Nama Yana tertera di skrin membuatkan Fareez lega. Senyuman senget pantas diukir. Ahaa! Waktu yang tepat. “Hello sayang…” Suaranya sengaja dilembutkan agar Cik Eton Pinki di hujung sana sentap. Biar sedar diri! Menggatal dengan anak teruna orang. Dalam masa yang sama memang Fareez nak cakap begitu dengan Yana selalu. Feeling weh! Yana call ni sebab dah terima dia ke? Berbunga-bunga hati. Fareez mencari tempat yang sesuai untuk ber’dating’.

“Errr assalamualaikum,”

“Waalaikumussalam. Sorry Yana. Tadi Reez nak lari dari someone.” Sengih Fareez seraya gosok tengkuk. Acah mak enon! Padahal memang niat nak panggil sayang. Ngade eh! Ngee…

“Oh sorry Yana ganggu Reez,”

“Eh manade. Reez tengah free ni.” Alah! Kau sepanjang masa free. Apa saje yang kau busy, Fareez oi?!

Yana berdeham cuba menenangkan hati yang gundah. Dia ingin khabarkan sesuatu. Perihal luahan hati Fareez terhadapnya. Sebulan lalu, Fareez ada beritahu sesuatu yang tak terjangka dek hati dan pemikiran gadis bernama Nur Diyana Syahirah. Fareez hendak menjadikannya yang teristimewa. Sungguh dia terpaku ketika itu! Fikirannya bercelaru. Segala kerja yang dia buat jadi serba tak kena. Sudahlah banyak kuiz yang bertimpa… research… tesis… group presentation dan permintaan Fareez bukan timing yang tepat. Yana berjanji akan beritahu jawapan melalui panggilan telefon sesudah dia berfikir sedalam-dalamnya. Berikan dia masa.

Dan hari tersebut adalah hari ini. Nak jumpa memang tak boleh. Sekarang semua killer subject. Jika diizinkan dia tak mahu ketemu dua mata tika ini, takut hati tak kuat.

“Yana nak cakap something…”

“Okay, go on. Reez dengar.” Tenang Fareez bersuara.

“Pasal confess tu hari.” Fareez dah mula senyum. Bayangan mereka bersama terlayar di minda. Apekah??

“Aha confess. Emm… Yana dah buat keputusan?” Sabar Reez. Bagi la si Yana tu habis bercakap. Alahai… tak nyempat!

Yana tarik nafas panjang. Allahurabbi, tenangkan jiwaku. “Yana tak boleh terima Reez.”

Terpadam senyumannya. Jantungnya serasa terhenti berdegup. Jawapan begitu menyentak tangkai hati Fareez. Bebola mata statik. Halkumnya bergerak-gerak. Lama dia berdiam. Bagai tak menjangka. Aku tak mimpi kan?

“Yana main-main ke ni?” Fareez cuba berseloroh bagi menutup kegusaran jiwa.

“Yana tak main-main dengan perasaan.” Terdiam lagi Fareez. Cuba menyangkal tetapi tak berupaya. Setelah bertahun-tahun dia menyimpan perasaan, ternyata penantian dia tidak berbaloi. Harapan berkecai.

“Fareez,” seru Yana pabila orang di sana senyap. Dia tahu dia dah lukakan hati orang. Tapi dia juga tak mampu untuk melukakan hati sendiri. Tiada istilah pengorbanan jika hati tidak suka.

“Boleh Reez tahu kenapa Reez tak diterima?” Kelatnya rasa hati bagaikan hempedu pecah. Ada orang lain mendahuluinya kah? Hatinya dicuri lelaki lain?

“Yana nak fokus study. Yana tak boleh bawa couple dan belajar sekaligus. Lagipun Yana anggap Reez macam kawan Yana.” Pergh! Friendzone. Gua kena friendzone! Sedap bhai. Fareez lorek senyum pahit.

“Tapi boleh slow-slow kan. Reez takkan push Yana. We’ll through this together.” Fareez menabur jaminan.

“Dari Yana kenal Fareez dulu hingga sekarang… Yana tak pernah anggap Fareez lebih dari kawan. Sama macam kawan-kawan lelaki Yana yang lain. Tak lebih tak kurang. Fareez sama macam Abang Amirul. Pelindung Yana, Kak Mai dan Maisarah. Walaupun umur kita sebaya, sungguh dari hati kecil Yana, Yana tak pernah buka hati untuk bercinta ngan sesiapa buat masa sekarang.”

Fareez pejam mata sebelum melihat langit kebiruan. Memang bijak ah dia cari tempat. Rooftop pilihan terbaik. Tak tahu nak ungkap apa lagi. Bergelodak hati lelakinya. Jelas lagi nyata Yana menolak hasrat hatinya. Sangka Yana akan menerima, menyukai dirinya namun semuanya tidak sama sekali. Mengingatkan layanan lembut gadis itu terhadapnya. Allah… perit weh! Itu semua hanya sandiwara. Aku sekadar kawan.

Tangan meraup rambut ke belakang. Kaki menyepak batu-batu kecil yang ada. Sakit! Dia tak mampu nak ucap bagaimana hati sakit. Tapi jiwa lelakinya seperti dicengkam membuatkan dadanya sesak hingga dia tak mampu membalas.

“Reez tak pernah anggap Yana sebagai kawan biasa.” Masih lagi memohon diri diterima gadis itu. Mengharap peluang yang tipis itu cerah semula memberi sinar harapan buatnya. Reez sayang Yana… sambungnya di hati.

Yana menghela nafas. Dia sudah cari jalan penyelesaian, dia cuba untuk menerima Fareez dalam tempoh masa yang diberikan, dia juga sudah buat istikharah, berdoa setiap malam pohon petunjuk dari Allah bahkan melakukan tahajjud. Tapi hatinya tetap berkata Fareez tak lebih dari seorang kawan baik. Perlukah dia menerima sedangkan hati masih tertutup untuk berpasangan? Dia hanya mahu belajar buat masa ini. Itu prinsip Yana! Malah mama abah juga mahu dia belajar sampai menara gading, genggam segulung ijazah. Jika boleh jangan ulangi seperti kehidupan Kak Mai dahulu. Lagipun mereka ada pertalian melalui Abang Amirul dan Kak Mai. Tak manis juga diketahui orang. Biras bercinta?

“Reez boleh bagi Yana masa. Ambiklah banyak mana pun masa Yana nak. Reez tak kisah. Reez nak Yana fikirkan semula. Please…” Pinta Fareez mendayu-dayu. Lirih suara hati Fareez menggoncang ketenangan Yana.

Yana pejam mata. Sakit kepalanya sehari suntuk fikir hal ini. Semuanya gara-gara hal perasaan ini. “Reez… Yana tak boleh. Tolonglah faham Yana.” Yana merayu. Matanya mula berkaca.

“Reez bukan lelaki pilihan Yana?” Yana jauhkan telefon agar dapat bernafas. Mata semakin bergenang. Yana tak boleh, Reez. Kenapa tak boleh nak faham Yana?! Apa lagi alasan yang boleh Yana beri? Yana memang tak boleh bersama Fareez. Yana hanya nak fokus belajar. SAHAJA! Rasa nak meletup dada saat ini.

“Yana tak nak bercinta buat masa sekarang. Please faham diri Yana.” Suara Yana yang sememangnya lembut itu bergetar menutur.

Fareez telan liur kesat. Apa boleh dia katakan lagi. Disana sudah membuat keputusan walau sujud merayu sekalipun. First time in my life kena reject perempuan! Farhan tarik nafas lalu merenung langit. Mencari kekuatan yang ada. Terima ketentuan takdir, Reez. Pegang kata-kata ‘Ada jodoh ada lah’. Jangan paksa dia. Jangan keruhkan keadaan. At least kau masih boleh berhubung dengan dia. Even sebagai kawan. Perit dengar perkataan kawan.

“Thank you for being my friends. Sorry, Reez tak dapat kawal perasaan Reez pada Yana. Reez cuba lupakan Yana tapi Reez tak mampu berhenti sayangkan Yana.”

Yana tekup mulut. Menahan esakan. Bukan pintanya mengguris hati orang lain. Sumpah demi Tuhan dia tak pernah minta semua ini terjadi. Dia tak mampu kawal perasaan orang. “Maafkan Yana. Maafkan Yana…” Air mata mengalir ke pipi. Sedikit demi sedikit sebelum mencurah lebat.

Fareez hanya diam mendengar esakan gadis itu. Buat kali pertama dia mendengar gadis itu menangis. Malangnya dia tak mampu memujuk kerana dia turut menangis di dalam hati. Andai dapat undurkan putaran dunia… ingin diubah semula peristiwa yang terlakar. Reez, takdir kita Allah pegang. Dia Maha Mengetahui akan setiap sesuatu. Redha. Itu yang terbaik kan.

‘Takdir kita hanya sebagai kawan, Nur Diyana Syahirah.’

Hakikat sebuah kebenaran memang pahit. Siapa lah kita hendak menentukan. Kita bukan Tuhan. Kita manusia biasa tak lari melakukan silap. Silap Fareez terjatuh hati pada wanita yang tidak bersedia untuk mempunyai hubungan istimewa dengannya. Hari ini dia belajar makna kekecewaan. Pedih.


****

ALONG FIRHAD agak pelik melihat Fareez duduk melutut sambil bersandar di tiang merenung kolam. Puas dia memanggil namun sahutan tak berjawab. Ada di sini rupanya!

“Hai… kolam tu dah tukar emas ke sampai tenung dalam sangat.” Perlian Along Firhad membuatkan Fareez tersedar. Pantas dia meluruskan kaki. Along Firhad mengambil tempat di sebelahnya. Merendam kaki dalam kolam jernih itu.

“Lama tak duduk macam ni kan? Kalau angah ada sekali mesti best. Boleh swimming sesama, lawan sape boleh tenggelam lama-lama.” Firhad terkenangkan memori manis bersama adik-adiknya.

“Angah tengah sibuk dengan bini dia.” tukas Fareez.

Firhad sengih senget. “Aik… bunyi macam cemburu je, Reez?” Adiknya dikerling.

Cemburu, long! Tengok angah bahagia. Pergi office tak pernah tak senyum kalau cerita tentang Kak Mai. Tak pernah tak happy. Reez pun inginkan benda tu berlaku dalam kehidupan Reez.

“Kahwin la, Reez kalau tak nak sunyi.” Gurau Firhad lagi. Dia menyiku perut adik lelakinya itu.

Fareez ketawa kecil sambil meraup rambut. Entah kenapa soalan along itu seakan hendak memerlinya walaupun dia tahu along tak bermaksud demikian. “Sape aje yang nakkan Reez, long.” Mendatar suaranya menutur.

“Kata sukakan adik Humairah?”

Zappp! Pedih! Pedih! Along ingatkan semula!

Fareez mengembungkan pipi. Kepala diteleng ke arah lain. Tak mahu dia tampak lemah di hadapan along. Dia tak mahu sebut apa-apa. Better senyap dari semakin sakit hati.

“Ni sedih-sedih, duduk sorang-sorang mesti ada sebab. Pasal adik Humairah kan?” Firhad menebak lagi. Dia tahu apa yang membelenggu Fareez. Perangai adik-adik dia cukup masak. Dia lebih kenal garam berbanding mereka yang masih menyusu. Fareez tak boleh sembunyi perasaannya sebab tadi dia ternampak Fareez delete gambar Yana dalam handphonenya.

Fareez masih tidak menjawab. Pandangan tegak ke depan. Kolam lebih menyenangkan mata berbanding soalan membunuh along. Dia tahu abang-abangnya bijak meneka. Farhan pasti perasan perubahan air mukanya semasa di pejabat tadi. Dia pura-pura tak nampak je kerlingan angah. Kini along tanya direct. Menusuk!

“Along pernah kena reject dengan perempuan?”

Firhad angguk kepala. Agak dah. Dia hanya nak Fareez sebut hal itu saja. Tak payah susah-susah tanya.

“Yana tak terima Reez? Boleh along tahu kenapa?”

Fareez jungkit bahu. Mukanya masih tidak berperasaan. “Dia nak fokus belajar. Dia kata tak boleh bawa cinta dan belajar sekaliharung.” Kenapa buat Reez macam ni Yana? Sungguh Reez tak dapat lupakan Yana. Hatinya merintih pilu.

Firhad mengusap bahu Fareez. Tampak adiknya tidak bermaya. Dahsyat sungguh effect yang diberi Yana. “Kenapa dia boleh tolak adik along yang handsome ni? Rupa ada… senyuman memikat… ada kerja… ada harta… haish!” Firhad geleng kepala cuba memancing Fareez.

Fareez tergelak mendengar. Tengkuknya digosok perlahan. “Apa along merepek ni. Memandai je.”

Firhad senyum senang. “Bunga bukan sekuntum, Reez.” Tahu. “Kalau dia dah tak suka, jangan dipaksa. Ada hikmah lain yang Allah nak beri. Mungkin ada eloknya korang berdua tak bersatu. Perancangan Allah lebih baik. Dia Maha Mengetahui seisi alam. Dah tak payah sedih-sedih.” Kepala Fareez digosok perlahan. Besar dah adik dia ini. Dulu masa tinggalkan rumah kecik aje. Masih minum susu botol. Sekarang dah matang, dah pandai bermain cinta.

“Reez pun nak cuba lupakan dia, long. Tapi susah.” Ingatan aku tak boleh nyahkan wajah manis Yana!

“Along faham. Baru-baru berlaku memang susah nak lupa. Tapi kita kena yakinkan diri kita. Tuhan beri ujian sebab Tuhan tahu kita mampu hadapi. Dah, tak payah fikirkan sangat hal ni. Jangan duduk sorang-sorang lagi. Ni salah satu sebab payah nak lupa. Jom slam dunk dengan along.”

Kata-kata Along Firhad terus menarik perhatian Fareez. Sengihannya melebar. “Jommm!”





Berlari Fareez ke bilik ingin mengambil bola. Seakan terlupa apa yang telah berlaku. Firhad melihat dari kejauhan. Adik along mampu lupakan. Along tahu. Along kenal adik beradik along. Firhad senyum lagi. Ya Allah, berikanlah jodoh yang baik untuk adikku Fareez, yang menjaga solatnya, menjaga auratnya, menjaga maruahnya, menjaga keperibadiannya. Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui.


******



(Part 2)





AKU mengatur langkah ke ruang tamu sambil membawa sebalang biskut cip coklat. Hanya orang tertentu yang datang rumah je, baru aku keluarkan balang ni. Haha! Nampak sangat kedekut tang tu kan. Biarlah! I suka biskut ini okey! My favourite! Aisyah menatang dulang air. Wana membawa balang kerepek pisang dan kacang pistachio.

“Risau la aku tengok kau ni, Mai. Orang suruh duduk, kau lagi nak buat kerja. Ingat sikit kandungan tu dah hujung-hujung.” Bebel Wana apabila aku mula ambil tempat duduk di sofa.

“Alaaa takkan aku nak biarkan tetamu buat air sendiri.” Rungutku.

“Kami risaukan awak tau, Puan Humairah. Kalau terjatuh ke apa kan susah.” Aisyah membalas. Air oren yang dibancuh Wana dituang perlahan ke dalam gelas kaca.

“Auch! Terharunya! My gorgeous friends very sweet laaa…” Aku sengih menampakkan gigi putih. Wana juling mata ke atas. Aisyah senyum saja.

“Tadi kata nak cerita. Ha ceritalah cepat!” gesaku.

“Hey mak buyung ni! Orang mengandung tak bagus dengar gosip-gosip. Nanti anak keluar telinga capang sebab banyak sangat dengar gosip liar.” Terkekeh-kekeh Wana ketawa melihat muka cemberut aku.

“Tadi call kata important. Lepas tu kutuk pulak anak aku eh. Nak kena backhand ke? Aku berdaya lagi ni.” Ugutku dengan mengacah siku padanya. Wana jelir lidah. Tak takut pun!

“Syah la patut beritahu ‘gosip’ tu. Bukan aku.” tukas Wana lagi. Dan dia sengaja menekan perkataan gosip itu. Ada kezzzutan untuk Humairah!

Bebola mataku membesar. Pandangan terus menuju Aisyah yang baru saja duduk. “Syah? Kau pun tahu bergosip? Sejak bila ni??” Omaigaddd…! Sudah berubahkah penasihatku yang seorang ini?

Aisyah merapatkan mulutku yang ternganga luas. “Nanti lalat masuk baru tau.” Ujarnya lembut. Alala… comelnya dia cakap gitu.

“Haa Syah. Tunggu apa lagi. Tak nak mulakan ke?” Kening Wana dijungkit berkali-kali. Aisyah tersipu-sipu. Aku pandang dua makhluk ini. Sepertinya mereka ada simpan rahsia. How dare you my gegels tak nak share gosip dengan I??

“Korang simpan secret yang aku tak tahu ke? Haa Wana? Syah?” Aku tenung dengan panahan tajam. Ini tak boleh jadi! Mengapa mereka tak beritahu?? Kata friendship goal la hape la! Apa yinniii??

“Aku… aku malu la.” Aisyah tertunduk malu. Wajahnya juga kemerahan.

Firasatku mengatakan ada sesuatu berlaku. Lengannya kusentuh perlahan. “Kenapa ni? Ada apa-apa yang aku boleh tolong ke?” Selama ini mereka yang jadi penasihat untukku. Kini aku ingin menyelami perasaan Aisyah pula. Gadis anggun ini seakan teragak-agak hendak khabarkan.

Aisyah angkat wajah. Pipinya serupa delima ranum. Senang kelihatan merah disebabkan kulit yang putih. Hati aku makin disapa pelik.

Why dear? Pasal kerja kau?” soalku tak puas hati.

Aisyah menggeleng kepala.

“Pasal parents kau?”

Pun sama. Tidak!

“Dah tu pasal apa?” Ish. Mustahil pasal cinta. Selalunya orang baik seperti Aisyah ini ibu bapa yang tentukan perkahwinan mereka. Bukan aku berniat serong tetapi Aisyah sendiri beritahu aku dia tak pernah bercinta. Kakaknya, Siti Ain Khadijah juga dijodohkan melalui umi dan walidnya. Mungkin dirinya juga begitu. Mungkinlah! Segelintir ibu bapa mahukan pilihan terbaik untuk anak-anak mereka. Tak yah jejauh la… contoh terdekat macam aku ni ha! Huahuahua. Okey lari topik.

“Kau nak kahwin ea?” tebakku sambil sengih. Jari telunjuk mencucuk lengannya. Gurau manja-manja gitew. Cookies kucekut dari dalam balang.

Mata Aisyah merenungku sebelum tunduk kembali. Perlahan-lahan kepalanya dianggukkan membuatkan mulut aku terlopong besar. Terlepas cookies cip coklat dari tangan!

Oh really????” tempikku terkuat.

“Aduhh! Kot ye pun tak payah la jerit. Kami tak pekak lagi la woi.” Wana memegang cuping telinga. Adehh… berdesing!  Asalehe betul.

Aku pantas menutup mulut. Ops! Tak sengaja. Pandangan ditala ke Aisyah semula. “Serius, Syah? Nak kahwin? Dengan siapa?? Lelaki mana? Anak siapa? Handsome tak??”

Wana tepuk dahi. MasyaAllah!

“Weh! Weh! Apa kau ni, Mai? Ya Allah… keluarkanlah syaitan yang telah merasuk kawan aku sorang ni!” Wana pegang kepala aku sambil mulut terkumat-kamit baca apa entah. Aisyah sudah ketawa gelihati sampai berair mata. Aku pulak rasa bengang tahap petala kelapan.

“Kau nikan Wana! Aku wrestling kang! Suka kacau daun lah!” Tangan Wana yang berada di atas kepala aku tolak ke bawah. Ceh! Habis rambut I tau! Kusut dah… nanti Farhan balik jenuh nak siapkan rambut tau. Ecewahh!

“Dah mulut kau tu tak berhenti bertanya. Anak siapa la… lelaki mana la… eh dah tentunya Aisyah cari lelaki untuk jadikan suami, bukan perempuan. Pastu tanya handsome ke tidak. Ingat sikit si Farhan tu. Kesian diaa…” Wana menepis apabila aku mahu menggutis lengannya. Mulut takde insurans betul si minah Melaka ini!

“Hey I still sayang my husband okay!” Wana buat gaya tangan di bahu mata ke atas. Geli dengar noks!

“Siapa Syah? Bila masa kau bercinta nih?” tanyaku pada Aisyah. Mata lebih tertumpu pada gadis bertudung merah jambu ini. Malas layan kepala otak Wana untuk seminit. Haha!

“Kami tak bercinta.” Mata aku terbuntang lagi. “Dia datang jumpa aku. Dia beritahu dia nak masuk meminang aku.” Ngaaa… direct terus weh. Siapalah lelaki tu? Desperate sangat ke? Anak raja kah? Rajagopal? Ha ha tak lawak la Mai!

“Lepas tu?” pintasku.

“Aku cakap dengan lelaki tu datang lah rumah jumpa umi dan walid. Tapi bila fikirkan semula, macam cepat sangat aku beri kata putus. Tu yang aku datang sini dengan Wana. Nak minta pendapat kau. Betul ke keputusan yang aku buat ni, Mai?” Kini Aisyah pula bertanya membuatkan aku terdiam seribu bahasa.

Kepala cuba merangka apa yang Aisyah sebut tadi. Dia jumpa lelaki tu… terus ajak datang rumah. Tanpa bercinta. Tanpa kenal hati budi. Tup tup kata nak kahwin! Woah! Woah! Red alert babe!

“Kau kata tak pernah bercinta. Kenapa ajak dia datang rumah? Entah-entah dia orang jahat! Kau tak kenal peribadi dia lagi macam mana. Mana tahu nak ambik kesempatan ke apa? Kenapa tak bincang dulu?” entah mengapa tetiba saja aku hambur marah padanya. Aku tak puas hati dengan cara Aisyah yang sering terbuka menerima kedatangan orang lain tanpa usul periksa.

Aisyah menekur kepala menyebabkan aku gigit lidah. Rasa bersalah melilit tangkai hati. Wana memberi isyarat supaya memujuk kembali. Bahu Aisyah kupegang. “Syah… sorry. Bukan aku sengaja nak marah kau. Aku kenal kau. Lama tau. Kau baik, Syah. Kau kawan terbaik aku. Aku kalau boleh nak kau kahwin dengan lelaki yang bertanggungjawab, boleh jaga kau, boleh sayang kau. Kami tak nak dia lukakan kau.” ucapku seraya memeluk tubuhnya. Aisyah terlalu baik. Terlalu sempurna. Aku tak nak dia dikasari oleh lelaki yang tak bertanggungjawab!

“Tapi… aku tak rasa lelaki tu jahat la, Mai.” Wana mencelah. Aku kerut kening.

“Kau pernah jumpa?” Wana mengiakan.

Erk?

“Kau pun pernah jumpa. Dan kau kenal dia.” Tekan Wana lagi. Sesambil tu sedap je dia kunyah kerepek pisang. Krup krap krup krap! “Orangnya pun memang tampan.” Amboi… sempat!

Dahiku berkerut seribu. Kata-kata Wana mencerna fikiran. “Aku kenal dia? Siapa?” Mana la aku ada kawan lain selain bebudak aspura dan aspuri dan Qiela. Kawan UiTM pun cuma Sara dan Kak Ayumi. Mana ada orang lain lagi yang rapat dengan Aisyah dan kami.

Melainkan………

Tetiba bebola mata aku membulat besar. Satu nama terlayar di fikiran. Huish! Tak mungkin dia! Tapi… tak mustahil boleh berlaku! Bingkas aku pegang kedua-dua bahu Aisyah yang sepertinya terperanjat dengan gerak laku aku. Baru dia berhajat nak capai balang cookies atas meja.

Is it him?” Aisyah kaku tak bergerak.

“Mir Izuan bin Mir Rahimi?”

Kata-kataku menjadi jawapan kepada segala persoalan apabila perlahan-lahan Aisyah mengukir senyumannya yang mempesonakan itu. Mulutku sekali lagi ternganga besar. Serta merta aku menjerit kegembiraan. Hampir terloncat sebelum disedarkan Wana bahawasanya aku pregnant. Hakhak! Happy punya pasal sampai lupa pregnant weh.

“Kenapa tak cakap awal-awal? Isk! Suka bikin suspen!” gerutuku lagi.

“Syah bimbang kalau cakap terus takut kau kena heart attack je.” Kutuk Wana lagi. Kali ini betul-betul aku gutis lengannya. Padan muka! Wana muncung bibir buat muka nak nangis. Alolo kade-kade (mengada) ! Haha.

Since when Izuan lamar kau ni, Syah?”  

Hati benar-benar ingin tahu. Wah, dalam diam Wan buat kerja ya! Takde angin takde hujan tup tup nak masuk meminang. Aiseymen…! Ni kategori bercinta selepas nikah ke hapa? Senyuman tak lekang di bibir. Kalau Izuan dan Aisyah, aku tak ragu-ragu untuk katakan ya. Mereka memang sepadan. Dari dulu lagi. Walaupun Izuan tak pernah cakap dia sukakan Aisyah, tapi dari matanya aku tahu dia memang berminat dengan Aisyah. Teringat gurauan aku pada Aisyah semasa camping dahulu dengan mengatakan Izuan mahukan fotonya. Padahal aku memain je!

“Emm… dia bagitahu minggu lepas.” Aisyah malu-malu. Oh baru lagi!

So apa pendapat kau?” Wana terus mengaju soalan sambil jemari ligat cekut kerepek pisang.

Pendapat aku ya… well… bismillahirrahmanirrahim… tarik nafas! “Aku setuju.” Wana dan Aisyah serentak memandang sebelum melihat senyuman menarik tertarik mak buyung memang da bomb!

“Aku dah cakap kan, Syah. He’s the best for you. Mai pun terima.” Wana menyampuk sambil jungkit kening berkali-kali. Aisyah tersipu-sipu lagi.

Apa maksud Wana? Wana yang memahami pandangan tajam aku segera angkat tangan. “Oppss…like this. Aisyah beritahu aku dulu. Dia tanya betul ke tak tindakan dia buat keputusan untuk terima Izuan memandangkan kita dah berkawan dengan Izuan lama, even sejak sekolah lagi. Pendapat aku if Izuan calonnya, memang aku yakin dia the best. Izuan pun bukan player. Tak pernah buat masalah. And kalau nak tahu pandangan orang yang dah berumahtangga better tanya Mai atau Farhan. Mai pun kawan sepermainan Izuan. Farhan pun rapat dengan Izuan. Tu yang kami datang sini hari ni.” jelas Wana perkara sebenar.

Terangguk-angguk kepala aku mendengar. Gitu kisahnya… maknanya Aisyah dalam dilema la ni. Dia khuatir dia tersalah pilih. Dia resah andai keputusannya tidak diterima orang ramai. Dan dia ingin mendengar pendapat orang lain tentang ‘bakal’.

“Keluarga kau tau tak Syah hal ni?” tanyaku.

“Kakak aku je yang tau. Tapi aku cakap dengan Kak Ain jangan beritahu umi walid lagi. Biar aku sendiri beritahu.” Ucap Aisyah lembut.

Lengan Aisyah dan Wana aku peluk. Untung duduk tengah! Aku bahagi kasih sayang sama rata. Haha! “Bestnya tak lama lagi kita boleh makan nasi minyak! Yeyeahhhh!” Aku lentokkan kepala ke kiri ke kanan. Gaya Aina waktu kecil dahulu. Lagak mengada dan manjanya. Alahai… rindu Aina!

“Sekali Aisyah buat majlis time kau bersalin dan tengah pantang. Habislah… kau ke mana nasi minyak ke mana.” Chait! Wana nikan suka punah harapan tinggi menggunung aku ler.

“Syah, jangan buat time aku due okey? Kalau tak, tak nak kawan.” ugutku.

Aisyah gelak saja. Aduhai… tarikh pun belum ditetapkan. Tak jumpa pun lagi kedua-dua buah keluarga. Manalah datangnya majlis. Ada ada je diorang ni…

“Akhirnyaaaa… sakit kepala aku dah kurang. Aduhhh lega weh… kenapalah kalau bab feeling-feeling ni semua tuju kat aku? Aku bukan doktor cinta tau! Kaunselor hati pun jauh sekali doh!” Wana tayang muka toya sambil jari telunjuk ditekan-tekan sedikit pada dahi.

Serentak aku dan Aisyah tekup mulut. Upss!

Haah kan. Baru perasan. Apa-apa tentang hati dan perasaan kami akan cari Wana. Macam kisah aku dulu. Wana yang kucari. Tak tahu kenapa tetapi bagi kami Wana seorang yang setia mendengar. Senang diajak berbual. Mudah untuk menyimpan rahsia dan boleh dipercayai walaupun Wana masih belum mempunyai hubungan.

Sorry, Wana. Aku tak tahu nak luahkan dekat siapa.” Pinta Aisyah. Wana pantas menyengih.

Chill la. Dalam group kita nikan… akulah pakar perunding untuk pasangan naik pelamin. Alhamdulillah atas khidmat dan nasihat aku, kawan-kawan aku bakal mendirikan rumah tangga dan ada pun yang dah bernikah. Terima kasih kepada aku.” Tergelak besar aku dan Aisyah mendengar celoteh Wana. Perasan!

“Takpe. Lepas ni kami tunggu kau pulak. Dengar khabar Fiq pun nak hantar rombongan meminang jugak kan?” sakatku sambil mencucuk pinggang gadis itu.

Wana menepis kasar.

“Manade! Memandai je bawak cerita!” bengang Wana. Haish! Apek ni nak kena sesah (belasah) dengan Bekas Biro Asrama Puteri ke? Sape sebarkan cerita tak sahih ini???

Terkekeh-kekeh aku gelak sampai senak perut. Aisyah senyum seraya geleng kepala. Haih Wana tak sah kalau tak bengang dengan Syafiq. Alahai cemanalah kalau dah kahwin nanti kan. Dapat ke Syafiq tundukkan singa betina jadian ni agaknya ek? Hahaha!

****

FARHAN ajak tengok movie. Cerita The Hunger Games : Mockingjay Part 2. Lagipun kami dah lama tak tengok movie sesama. Nak juga sweet-sweet. Bagilah chance korang ni pun! Alemak aihh…

Full ke, bang?” tanyaku sebaik Farhan mendekat.

“Taklah. Kita dua je yang tengok.” Ngaaa…. serious??? Habis tu manusia-manusia sekeliling aku ni tengok cerita Tamil ke?

Farhan tergelak apabila tengok muka terperanjat isterinya. “Okey apa duduk berdua je. Baru feel tengok wayang. Boleh kita buat wayang sekali.” Usiknya seraya kenyit mata. Pantas sedas pukulan dilepaskan pada bahunya. Eee gatal!

“Nak popcorn tak?” soal Farhan. Aku angguk. Biarkan apa dia buat. Belilah apapun abang. Manalah Mai tahu. Mai pun bukan kaki wayang bagai. Yang Mai tahu Mai duduk dekat kerusi tunggu cerita start je. Hehe!

Nombor di dinding menyala menandakan pintu untuk kami masuk sudah pun dibuka. Farhan bawa aku ke pintu 4. Penuh berhati-hati dia memimpin tanganku, bimbang aku jatuh atau ditolak manusia lain. Yelah, dengan perut cenggini pastu pergi tengok wayang pulak kan. Time orang tidur, kami merayap. Haha. Biarlah!

Farhan pilih couple seat. Popcorn diletak antara kami. Aku nak ambik iced lemon tea tetapi Farhan cepat capai dan ditukarkan kepada mineral water. Cemberut wajah aku tika itu. Farhan beri isyarat dengan gelengan kepala. No cold water, my dear.

Huwaaa! Mencikkk!

Sejam sudah berlalu. Tak berkelip mata aku pandang Katniss Everdeen yang terror main panah. Macam nak berguru dengan dia lah! Hari-hari aku boleh panah cinta aku dekat Farhan. Acewahhh!

Dan aku perasan tak berkelip jugalah mata Farhan tengok pelakon perempuan tu. Lepas tu ada la adegan-adegan yang tak sesuai ditonton. Cepat-cepat aku tutup mata Farhan dengan tapak tangan. Aku pun ikut pejam mata sekali!

“Abang jangan tengok eh!” Farhan tahan gelak. Apa saja lah pe’el bini dia ni. Protective sangat! Bila dah habis adegan tu, baru aku jauhkan tangan darinya. Kedengaran Farhan bersuara.

“Ruginya tak dapat tengok tadi.” Dan satu cubitan ibu ketam dihadiahkan kepadanya. Nasib tak menjerit Farhan dalam panggung. Isyh, merenyam!

Apabila movie dah habis, Farhan kutip bekas popcorn dan bekas minuman lalu dibuang dalam tong sampah yang disediakan. Mudahkan kerja orang lain. InsyaAllah, Allah permudahkan kerja kita. Lagipun tanggungjawab kita. Kita beli, buang la sendiri. Kan?

Pada waktu yang sama, aku rasa seperti diintai. Tak jauh dari tempat aku berdiri terdapat sekumpulan budak lelaki yang menyarung sweater. Geng-geng sweater gamaknya!

Pada mulanya aku berlagak biasa. Normal la kan anak muda tengok wayang memalam. Dan aku berpesan pada diri jangan perasan sangat walaupun aku tahu aku comel. Haha! Diorang dah mendaftar jadi kutu rayau kenalah jalankan tugas yang diberi. Ya tak? Ahaks. Sengal kau Mai!

Aku bersandar sambil menunggu Farhan keluar dari toilet. Tangan kubawa ke perut. Dari tadi lagi baby duk tendang-tendang. Senak! Nak bersilat ke sayang mummy ni? getus hatiku. Sambil-sambil tu meliar pandangan ke arah sekeliling bagi menghilang rasa bosan. Berjanggut tunggu inche suami! Namun anak mataku tertancap akan salah seorang dari budak sweater. Mata dia sedang memanah ke sini! Tempat. Aku. Berdiri. Mustahil dia pandang dinding sebab aku seorang je manusia berdekatan toilet.

Hati mulai gelisah. Aku risau kejadian lama berulang. Aku buat tak tahu dan cuba redakan debaran di dada akan tetapi mata tetap tak mahu mengikut kata tuannya. Tetap degil nak tengok!

Dia masih merenung!

Allah! Peluh mula membasahi dahi dan telapak tangan. Aku tarik nafas dan hembus perlahan. Tak putus-putus istighfar dan berharap Farhan keluar. Apa abang buat lama sangat dalam toilet?!

Tak sampai seminit, Farhan keluar. Aku mula menghembus nafas lega. Phew! Cepat aku hampiri. “Abang, jom balik. Mai penat sangat ni. Tak selesa.” ujarku separuh merayu. Hajat hati nak je tarik tangan si suami pastu lari. Tapi mustahil la kan dengan perut besar aku ni. Ada kang tersungkur.

Farhan menggenggam jemariku. “Jom.”

Excuse me?” Ada satu suara menegur. Kami pusing belakang. Gulp! Budak tadi! Debaran kembali bertandang. Apa dia nak? Cepat-cepat aku paut lengan Farhan.

“Amirul Farhan,” Kata pemuda itu sambil tersenyum lebar. Erk? Dia kenal suami aku? Wait! Senyuman dia tu macam aku pernah nampak sebelum ini… macam… someone.

Mata Farhan bersinar. Bagai iklan pencuci lantai Mr.Muscle. Senyuman pantas diukir pada wajah tampannya. Dia bersalaman dan berpelukan dengan lelaki itu membuatkan aku terkebil-kebil. Apa hubungan diorang?

“Weh, bila kau balik Yie? Ya Allah, tak roger ngan aku pun.” Farhan tumbuk bahu pemuda itu.

Pemuda itu lantas sengih. Tangan disorok dalam kocek seluar jeansnya. “Aku baru je balik. Jenguk umi ngan adik aku. Ni pun kena paksa teman adik-adik sedara tengok wayang. Aku kalau boleh malas nak keluar.” Talar dia bersama wajah cool.

“Yelah. At least whatsapp la kalau dah sampai Malaysia. Kau ni pun sama dengan Jo.” Farhan geleng kepala. Haruslah dia terkejut tengok roomate di Australia ada depan mata. Jonathan pun buat perkara yang sama. Katanya surprise. Nasib tak kena mandi teh ais Farhan beberapa minggu yang lalu.

“Lupa aku nak kenalkan. Ni wife aku, Humairah.” Pemuda itu angguk kepala tanda hormat. Aku senyum tipis padanya walhal hati masih walang.

Farhan pandang aku. “Ni kawan abang. Nama dia Ammir Rizqi. Panggil Ayie je. Dia kawan satu uni merangkap roommate abang dekat Australia.” Tergelak Ayie dengar Farhan pujinya.

“Aku tak perasan kau kat dalam tadi. Tapi bila aku tertengok isteri kau, macam pernah nampak muka dia. Tapi aku diamkan je la. Takut salah orang pulak. Bila kau keluar dari toilet baru aku tegur.” Kata Ayie perjelas perkara sebenar.

“Yelah kau pun tak datang masa aku nikah dulu. Mana nak cam sangat.” Balas Farhan.

Sorry bro. Bukan tak nak datang. Kau tahu kan aku macam mana. Nak settle hal family, laporan, turun naik mahkamah semua tu.” Mahkamah? Dia ini peguam ke? Majistret? Pendakwaraya?

Terangguk-angguk kepala Farhan. “Of course, I know. Eh, aku kena balik dulu. Bini aku pun tak selesa. Biasalah dah nak dekat due date. Esok jumpa la. Nanti aku roger kau.”

Baru Ayie tersedar isteri berdarah tengku ini sedang hamil. Sepuluh jari disusun pohon kemaafan. “Sorry, bro. Leka bual sampai lupa isteri kau pregnant. Sorry sesangat.” Allahu! Dia lupa yang Farhan bukan bujang lagi nak ajak lepak hingga ke pagi. Dah nak jadi bapa orang pun! Kasihan juga isteri Farhan yang mahu istirehat.

Farhan sengih. “Takde hal la. Esok aku roger kau. Aku cuti esok. Boleh lepak. On whatsapp. Okey balik dulu.”

“Hati-hati. Balik terus, jangan melencong pulak.” Sakat Ayie membuahkan tawa Farhan. Mereka berjabat tangan dan membawa haluan masing-masing.

“Tu kawan abang eh?” soalku sebaik saja kami berada dalam kereta.

“Yup.”

“Mai tak pernah nampak pun sebelum ni.”

“Mai tak ingat ke? Masa kita duduk dekat Australia dulu… dia ada la. Sebelum abang kahwin, abang duduk satu apartment dengan dia. Tapi lepas kahwin and kita pindah apartment baru, kami jarang jumpa. Jumpa masa kuliah je.”

Ohhh… padan la aku tak ingat. Tak selalu bertembung pun. “Dia kerja mana?” Soalku acuh tak acuh. Telefon bimbit dikeluarkan dari beg. Tengok line masih E, aku zip beg semula. Nyampah mak!

“Dia tak duduk sini, Mai. Dia stay Australia. Dapat kerja tetap dekat sana. Masa wedding kita pun dia tak ada. Urus hal penting.” Jelas Farhan lagi. Kad touch n go dilalukan pada mesin car park. Palang dinaikkan lalu Honda Civic menderum laju membelah lebuhraya.

Aku menganggukkan kepala memahami. Padan sangat aku tak kenal. Tapikan… wajah dia… obviously seiras dengan wajah seseorang apabila tersenyum. Macam pernah tengok sebelum ni. Agak lama aku fikir. Dari cara dia merenung, dari cara dia bercakap… seakan menyerupai seseorang.

Oh no! Mataku membesar. “Abang,”

“Hmm?” Farhan toleh.

Teragak-agak hendak menyebut. “Ayie tu kaitan dengan Aki ke?” Farhan terdiam sejenak. Halkumnya bergerak-gerak. Seakan berat hendak beritahu. Aku masih menanti jawapan darinya.

“Kenapa tanya?”

“Gaya diorang sama.” Tekanku lagi. Sengaja menguji sejauh mana Farhan hendak menyembunyikan dariku. Aku yakin Farhan tahu maksud aku sebentar tadi. Naluri hatiku kuat tika itu.

“Ayie tu abang Aki.” Oh God! That’s it! Memang ada kaitan! Baru teringat senyuman Aki dulu dan Ayie tadi. Sama!

So dia ada kaitan lah dengan kes Aki? Dia bersubahat?” tebakku. Farhan menggeleng tidak.

He’s a kind person, Mai. Ayie tak terlibat.”

 “What do you mean?”

“Dia takde kaitan langsung masa Aki buat hal malah dia sendiri tak tahu apa yang adik dia buat. Dia cuma beri pinjam Aki kereta yang dia selalu pakai dekat Malaysia. Selebihnya dia tak tahu kegiatan Aki. Ayie baik. He’s one of my best friend in Aussie include Jonathan. Abang kenal Ayie, Mai.” tenang Farhan berucap.

Aku terkelu. “Kenapa tak beritahu Mai apa-apa pasal kes tu?” dugaku. Aku tak tahu menahu apa yang terjadi. Yang aku ingat dua kali saja aku pergi ke mahkamah untuk perbicaraan Aki dan selanjutnya hanya mengurung diri di rumah. Agak fobia untuk ke mana-mana. Farhan yang selesaikan semuanya. Sungguh, sehingga sekarang apa jadi dengan kes Aki aku tak tahu.

“Abang tak beritahu Mai sebab keadaan Mai tak mengizinkan. Mai banyak kali masuk hospital. Emosi tak terkawal. Lagilah lepas kes Baihakki. Karang abang cerita lain pula jadi. Abang risau Mai fobia.” Farhan hela nafas. “Abang kesian dekat Ayie. Dia sayang adik dia sebab adik dia cuma Aki. Dia selalu cakap dekat abang, dia nak bawa family pergi Mekah. Dekat Aussie pun dia kerja sambilan kumpul duit untuk tampung belajar. At the end jadi macam ni. Dia sendiri pun tak sangka adik dia begitu.” Farhan masih mengawal stereng kereta.

Sorry…” Aku ketap bibir. Terlanjur buruk sangka.

“Dah tak payah fikirkan sangat. Benda dah berlaku pun. Abang ada benda lagi best nak bagitahu Mai.” Farhan buat kening double jerk.

“Benda apa?” soalku dengan nada manja.

“Bila boleh dapat isteri baru?”

Terjegil biji mata aku. Amboihh! Gurau kasar nampak. Pantas aku cubit tangan, perut dan kaki bertubi-tubi. Gasak! Padan muka kalau lebam. Menggatal lagi! Eeeeee!!!

“Sakitlah, Mai.” Fuhh! Nasib tak terlepas stereng.

“Oh! Mentang-mentang Mai dah tak cantik, perut dah besar, nak cari lain??” bengang aku dibuatnya. Paras adrenalin memuncak. Ini balik kang ada yang jadi korban!

Farhan ketawa terbahak-bahak. Baru cuit sikit dah meradang. Suka tengok muka Mai bila marah. Cute. “Abang gurau je la.” Farhan cuba sentuh namun aku tepis kasar.

Benda macam ni boleh dibuat gurau ke? Dahlah tengah pregnant. Tak tahu ke poligami isu sensitif bagi kaum Hawa? Haish! Saja nak naikkan darah tinggi orang.

“Sayang…” Ingat cair la? Chait! Tapi… ada la sikit. Hikhik!

“Okey lepas ni abang tak gurau hal tu. Janganlah merajuk. Susah abang nak pujuk.” Eeee mengada!

“Abang nak cakap pasal reunion sekolah.” Farhan beritahu hal sebenar. Niat hati nak main-main je tadi. Tak sangka pula isterinya tak suka. Han, kau tanyalah mana-mana isteri dekat dunia ni…siapa aje tak marah kalau suami cakap nak kahwin lagi? Haha!

Reunion? Bingkas aku memandangnya. Kening dijungkit tinggi. Sound interesting.

“Budak-budak ni sepakat nak buat reunion batch kita. Diorang nak buat Jumaat minggu depan. Nak pergi tak?” soal Farhan.

“Cikgu ada?” tukasku.

“InsyaAllah ada kut.” Wah! Rindu Cikgu Namisah. Sering bertegur di facebook, teringin jua nak ketemu.

“Diva Babe?” Farhan terdiam lagi. Apa yang akan dilakukan Mai kalau tahu dia dah contact semula dengan Ammy? Bukan contact sebab curang tetapi kerja sahaja.

“Entah. Ada kut. Nama pun batch kan.” Ujar Farhan tenang. Isterinya dikerling.

Aku mengembungkan pipi sebelum berdecit perlahan. Alaaaa… kalau Diva Babun... opss… Diva Babe tu ada mesti tak best! Mesti nanti dia nak gedik-gedik dengan suami aku! Aiyer… aku dapat bayangkan macam mana perangai sotong dia bila nampak suami aku nanti. Terliuk lentok macam takde tulang belakang. I-you dia lagi! Mulut itik dia tu. Carilah lelaki lain. Suka nau goda laki orang! Isyh!

“Abang suka la kalau dia ada kan.” Talarku. Mencerun tajam mata kepadanya.

Farhan senyum lalu geleng kepala. Cemburu bini tu amat dahsyat. Silap kata mengundang bahaya. Kena humban tidur luar. Huhu! Tak rela! Kena berguru dengan Along Firhad nampak gayanya. Belajar cara mengatasi isteri kuat cemburu. Haha!

“Abangggg…” Farhan berpaling bila terdengar nada suara menggoda. Aik, tadi marah ni manja pulak. Sekejapnya emosi perempuan berubah.

“Ya, Puan Humairah.”

“Kita cari roti canai? Lapar…” Aku tayang muka si kucing Puss In Boots. Modal untuk pikat hati abang pengawas. Ahaks! Betapa indahnya dunia jikalau dapat roti canai yang panas-panas itu… bau roti yang lazat… roti dicarik-carik… cicah dengan kuah kari atau dal… aduhai… kecur!



Again… Farhan garu kepala. 

No comments:

Post a Comment