Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Wednesday 13 September 2017

SPECIAL EDITION 7 PART 1 & 2

( PART 1)



“JALAN pelan-pelan. Tak lari ke mana Giant tu, Puan Maira.” sindir Farhan bila mana lihat aku berjalan laju. Risau betul tengok. Dah la bawak perut besar. Gaya macam tak hamil je.

“Abang tu jalan lambat sangat!” rungutku tak puas hati.

“Abang jalan lambat sebab awak tu pregnant. Baby dah cukup sifat. Kalau jadi apa-apa ke… terberanak kat sini ke… kan payah.” Haish! Tengah-tengah alam orang ramai nilah nak cari gaduhnya sayang.

“Belum due lagilah.” Bidasku laju.

“Haa menjawab! Ada je jawapan dia.” balas Farhan mencerun mata kepadaku.

Muncung panjang aku dibuatnya. Mencik! Takkan pernah menang dengan abang tau! Sampai hati. Cubalah bagi Mai menang sekali sekala! Hishhh! Pantas aku ambik troli kosong. Protes!

Tiba-tiba ada tangan cepat mencelah, di antara kedua tanganku di atas pemegang troli. Aku menoleh ke kanan.

“Biar abang tolak. Sayang pergilah cari barang.” Ujar Farhan bernada memujuk apabila melihat air wajah isteri berubah mencuka. Kalah cuka! Dah sedia faham perangai Humairah sejak mengandung ini. Layankan aje lah Han…

Aku kecikkan mata merenung dirinya. Apa? Ingat Mai tak kuat ke nak tolak troli Giant ni? gerutu hatiku. Farhan balas dengan kening terangkat. Any objections, my dear?

“Semua dia nak! Semua dia amek! Eeee mencik tau! Haa amek la! Nak menang amek! Amek semua! Eeee!” bentakku jadinya. Haa biarlah dia. Tolaklah troli tu. Malas nak layan. Aku terus masuk Giant meninggalkan Farhan di belakang. Mogok dengan abang. Mai nak beli pastu makan coklat bebanyak. Padan muka abang kena bayar! Hmph!

Yang dibelakang pula rasa nak tergelak. Humairah… Humairah… tak berubah lagi rupanya. Memberontak dengan perut memboyot tu. Marah pun tampak comel je. Tak sedar ke awak tu mengandung sayang. Alahai sayang… abang nak marah pun tak jadi.

Bila di dalam, lain pula jadinya. Semua yang ingat dia akan pujuk Mai adalah salah sama sekali! Dia steady je tolak troli plus muka setenang air di lautan. Cewahh! Humairah yang tunggu dia sambil senyum-senyum manja. Motif? Because of ternampak barangan baby yang cute-mute. Amaran bahaya di hadapan! Terus Farhan tarik bawa lari jauh-jauh. Aku pantas mencubit perutnya. Mengerang Farhan kesakitan.

Mencari dari satu barang ke barangan lain. Aku akur dengan cara Farhan yang meminta beli barang basahan dahulu meskipun tadi masa lalu aku ternampak teddy bear besar warna purle mempunyai love di dada. Uwaa! Nak tu! Tetapi suami aii membesarkan biji mata. Hmph! Semua tak boleh!

Tiba di department barangan mentah pula. Farhan sedari tadi perhati je apa yang Humairah lakukan. Tanpa menunggu masa yang lama untuk pilih sayur. Teringat pula masa bertunang dulu. Humairah tak kenal sayur bayam! Nak tergelak Farhan tengok muka tikus Mai menunduk malu. Mujur lepas kahwin terror. Entah dari mana dia belajar. Cekap juga pilih ayam, ikan, udang dan sotong.

Pada mulanya Farhan menegah kenapa beli banyak sangat. Dan jawapan Humairah buat dia ternganga.
“Abang selalu cakap Mai dah sarat. Perut dah besar. Nanti Mai nak masak, lauk habis pastu abang bising. Tak cakap awal-awal la apa la. Pastu abang cakap ‘Kenapa tak beli?’ Bila beli banyak abang bising jugak. Sekarang siapa yang suka makan banyak? Mai makan sikit je tau.” Balasku sedikit bengang.

Terdiam juga Farhan. Sedas kena muka!

Tiba di department jajan dan manisan. Aku bergerak pantas ke tempat coklat. Dari minggu lepas dok fikirkan coklat sampai termasuk dalam mimpi. Ini semua penangan tonton iklan tv. Iklan Apollo tv2 tu pun dah buat aku tergiur tau! Dan ini juga salah satu dendam yang harus kubalas terhadap Farhan. Aceceh ayat tak menahan! Atas sebab aku protes awal-awal tadi maka inilah ganjaran yang wajib aku dapat. Coklat~

“Abang… Mai nak ni boleh?” tanyaku pada Farhan yang setia mengikut. Lengannya kupeluk sambil mengerdipkan mata berulang kali. Comelkan isteri abang? Ngee…

“Those sweet things is not suitable for a preggy mummy.”

“Alaaa bukan Mai yang nak makan sangat. Baby yang nak. Please…” Aku tarik simpatinya dengan memegang perut beralaskan baju. Cayang baby titeww…

Farhan senyum senget. “Kesian baby dianiaya mummy sendiri.”

Pantas aku tepuk bahunya. Nak kata aku jahat la ni. Cis! Tak kira. Kata-kata akan aku kota. Ceh! Macam nak berperang pulak. “Nak jugak!” Aku terus mencari coklat tanpa mempedulikan Farhan. Ada banyak perisa pulak. Mana sedap ek? Buah-buahan pun okey jugak. Tapi hazel pun sedap. Aaaaaaaa mana satu nak amek ni???

. Farhan tayang muka bosan tunggu Humairah. Macam nak pilih jodoh je. Hailah sayang…! Nafas dihela. Farhan memerhati sekeliling kut-kut boleh hilangkan kebosanan, terjumpa cun-cun ke. Hehehehe! Tak! Tak! Setia pada yang satu. Tiba-tiba matanya tertancap sesuatu. Senyuman pantas tersungging. Farhan tak tunggu lama terus mengambil coklat Vanhouten di rak yang kebetulan berada di sebelahnya. Isterinya didekati. “Dah, abang dah pilih. Jom cari barang lain. Jimat sikit masa.” Kata Farhan padaku yang masih keliru nak pilih coklat mana. Halaah halah kesiannya dia. Sampai senget tudung semata nak cari coklat.

Aku pantas memandang coklat yang dimaksudkan Farhan dalam troli. “Tapi Mai nak Cadbury.” Muncungku gaya budak kecik minta gula-gula kapas.

“Sama je rasa.” Balas Farhan tenang.

“Sedap ke?” soalku masih ragu-ragu. Cadbury aku letak di tempatnya semula. Berat pula rasa nak melepaskan. Melepaskanmuuuu ~

“Bukan Mai pernah rasa ke? Of course you know.” Kata-kata Farhan mengundang persoalan di minda. Aku pernah makan ke coklat tu? Bilaaaaaa?

“Mai rasa tak.” Jawabku dengan gelengan kepala untuk meyakinkan sang suami sambil menyerahkan muka untuk Farhan belai. Haha! Bukan! Bukan! Membiarkan Farhan betulkan tudung yang aku pakai je. Dah senget-benget masa pilih coklat tadi. Teruklah kau, Mai. Cubalah nampak cantik anggun depan suami sendiri. Ni macam joyah. Asalehe tau tak!

“Ya Mai pernah rasa. Tak ingat?” Soal Farhan lagi sambil memandang tepat anak mataku.

Aku terkelu. Pandangan tu…something.


*****


“ABANG pergi ofis kejap nak ambik scroll holder.” Hanya itu yang aku dengar masa lipat kainan kering di bilik. Seakan tergesa-gesa. Aku hanya angguk, malas nak tanya lebih lanjut nanti dikatakan lebih-lebih pula. Isteri mithali kan. Hehe. Sewaktu menyusun pakaian yang telah dilipat dalam almari, telefon berdering nyaring.

“Ya ada apa adik tersayang?” soalku selepas berbalas salam.

“Kak Mai sihat?” Aku juling mata ke atas. Dua hari lepas baru telefon tanya khabar kut. Ada udang di sebalik mee goreng, dik!

“Just say it. Nak minta tolong apa?” direct tanpa kona-kona aku bagi membuatkan Yana tersengih bak kerang busuk di hujung talian sana. Aiseymen… kakak aku la ni cerdik. Banyak minum susu kurma ke ni buatkan sel-sel otak berhubung? Selalu loading je. Haha!

“Kak Mai ingat tak yang Yana ada bawak buku rujukan banking kat rumah akak bulan lepas?”

“Akak macam terperasan buku tu.” Tak silap hari tu Farhan ada tanya buku siapa dekat rak buku. Dan aku hanya perasan sekilas perkataan banking di muka hadapan buku tersebut semasa Farhan membeleknya. Jangan tak tahu buku Farhan terlampau banyak mengalahkan 5 buah biji novel aku. Tapi semuanya boring! Aku? Nak baca buku berkaitan perniagaan dan undang-undang? Memang tak la! Baru tengok mukadimah pengarang dah menguap.

“Haa mesti buku Yana tu! Akak, boleh tak nanti akak atau Abang Amirul bawa buku tu ke rumah mama? Nanti weekend Yana ambik. Nak skip class tak boleh sekarang. Semua killer subject.” rayu Yana.

“Nak urgent ke?” Pintu almari aku tutup. Ayoo lenguhnya tangan. Baju abang lagi banyak dari baju Mai. Apa maciam yinniii…??

“Haah. Kalau boleh as soon as possible. Kalau Kak Mai guna pos laju pun takpe. Buku tu memang kena guna this week.” Keluh kesah Yana di Merlimau sana. Aduhai, nampaknya kena pinjam buku member lagilah ni.

“InsyaAllah. Kalau Abang Amirul balik akak cakap dengan dia. Dah jangan stress.” Pesanku sebelum menamatkan talian. Macam-macam pesanan penaja aku bagi. Yelah, aku dulu kan best student. Ahaks! Okey… nak riak sikit je. Tak banyak pun. Tapi bila diingatkan kembali… alala kesian pula dengan adik aku sorang tu. Kakakmu ini sudah merasa apa yang Yana rasa…

Disebabkan rasa sayang tinggi menggunung bagaikan pokok kelapa yang tinggi dibelakang rumah opah, langkah diatur menuju bilik bacaan. Emm lama tak lepak sini. Bilik yang meninggalkan kenangan di mana Farhan tangkap gambar aku tidur dengan air liur meleleh atas meja kerjanya! Kurengg! Dah la tunggu dia buat kerja tu lama. Lukis la! Semak buku la! Tengok sketch drawing la apa la! Bosan tau. So, dari kebosanan better tidur kan? Betul tak geng? Gimme pai!

“Mana buku tu?” Naik juling biji mata tengok setiap buku dari rak ke rak. Hidung dari tadi gatal minta digaru. Abang, rak abang ni banyak kuman tau tak?! Mujur jumpa jugak. Memang sah buku adik aku sebab ada nama Nur Diyana Shahirah Emran Syakir (NDSES).

Tetapi…

Ada sesuatu yang lagi menarik perhatian aku. Sesuatu yang agak tersorok. Di hujung rak terdapat satu kotak kecik berwarna hitam. “Kotak apa ni?” tertanya-tanya aku sendiri. Kenapa sebelum ni aku tak pernah nampak kotak ni ek? Rasa ingin tahu menggebu di dada. Tangan nak capai tapi akal menahan.

Jangan ceroboh barangan suami – akal

Farhan simpan something – hati

Oleh kerana aku ini memang degil (semua sedia maklum), makanya kotak itu kini dalam dakapan lalu aku duduk di kerusi yang tersedia. Buku banking Yana aku letak tepi manakala fokusku kini terhadap kotak kecik empat segi itu. Selama masuk bilik ini tak pernah perasan pulak ada kotak ni. Aku belek-belek kotak itu depan belakang dan dahi serta merta berkerut apabila terbaca sepotong nama di hujung kotak tersebut.

T.H.

Keningku bercantum. Macam pernah tengok huruf ni. Tapi dekat mana ek?? Puas aku cuba mengingatinya tapi tak dapat! Haish banyak makan semut ke hape Mai?! Dengan rasa curiga, pantas aku membuka kotak tersebut.

Kad manila yang kosong. Erk!

Apa benda ni?? Siapa punya ni?? Farhan ke? Dia nak buat apa dengan kad manila? Aku mencari jikalau terjumpa apa-apa tulisan pada kad manila tersebut tetapi hampa. Hidung juga minta digaru lagi memutuskan harapan aku untuk terus mencari klu. Bimbang juga Farhan pulang kejap lagi. Penutup kotak aku gapai ingin menutup kembali sebelum ternampak sesuatu pada penutup tersebut yang membuatkan aku tergamam habis. Sesak nafas!

Oh my Allah!

“Ni… Niii… Ni gambar aku!” Ternganga sampai gagap aku dibuatnya. Gambar aku menyarung baju sukan khas. Tak silap masa ni sukan tahunan sekolah. Gambar diambil semasa aku tengah tengok acara. Gambar yang ditangkap dari arah belakang!

Jari kubawa ke bawah gambar yang mempunyai sebaris ayat, cukup menyentap jantung yang dah nak gugur !

Always looking at you,
MAN

MAN??? Jap! Jap! MAN ni…. dia… dia… Aku pejam mata untuk mengingat semula. MAN! MAN! MAN! Allah…. Pantas aku celik mata! MAN ini someone yang pernah bagi……….coklat? Yes! Coklat Vanhouten! Oh my…! Baru aku teringat seseorang pernah letak coklat Vanhouten bawah meja aku dekat sekolah. That’s it! Sure memang coklat Vanhouten yang aku gigit dekat dorm masa layan komik!

“Farhan tu…. MAN?” Aku tertanya-tanya sendirian. Mustahil dia! Tengok dari gaya headprefect dulu takde rupa mat coklat pun. Nak senyum kat aku pun apatah lagi. Menjeling aje tahu dia!

“Bukan Mai pernah rasa ke? Of course you know.” Kata-kata Farhan mengundang persoalan di minda.

Farhan tahu aku pernah rasa. Means memang dialah MAN! But why MAN? Siapa pulak T.H.? Apa makna semua ini? Gambar ini pulak… mengikut pengamatan hanya aku, Aisyah dan D saja yang duduk di bahagian atas sebab nak elak terkena panas matahari. Secara logik juga, hanya ada seorang saja yang lalu bahagian atas ini. Farhan! Dia seorang je ada kunci Astaka Stadium!

“Cari apa tu?”

“Hah!” Terlepas penutup kotak itu dari tangan disebabkan teguran satu suara. Gulp! Figura Farhan bersandar di muka pintu bilik bacaan.

“B-bila abang balik?” soalku terkejut.

“Baru je. Abang cari Mai kat dapur takde. Abang naik atas. Cari apa?” Farhan mengulang soalan. Wajahnya juga serius bikin hatiku berdebar.

“Errrr…. Errrrr… Mai…” Tak tahu nak goreng apa! Panahan Farhan seakan panahan membunuh apabila dia lihat kotak miliknya sudah diceroboh orang lain. Raut wajah Farhan tegang.

“Mai tahu tak makna privasi?” tekan Farhan sambil mendekat. Aku menekur kepala ke lantai seraya mengangguk.

“Mai minta maaf.” Ujarku sambil menahan air mata yang bergenang. Tiba-tiba perasaan takut menyelubungi diri. Sebelum ni mana aku pernah usik barang Farhan. Air mata serasa nak jatuh ke pipi.

“Kalau tahu kenapa buat?” Farhan kian menekan. Dia kini berdiri di hadapanku. Terpisah oleh kerana perut aku yang besar.

“Mai… Mai… Mai nak cari buku Yana. Tadi Yana telefon tanya pasal buku banking dia. Lepas tu…”

“Lepas tu usik barang abang?” Farhan memintas laju memotong percakapanku membuatkan aku tunduk semula. Perlahan-lahan airmata mengalir menuruni pipi ke dagu.

Farhan hela nafas panjang. Hati nak marah tapi dia memang belas dengan air mata Humairah. Dari dulu dia tak betah bila gadis yang dia sayang menangis. Sedikit sebanyak rasa kecewa melingkari hati Farhan. Tubuh Humairah ditarik ke dadanya sebelum tangan kiri menyeka sisa air mata yang mengalir di wajah isterinya.

“Sorry…” ujarku bersama suara tersedu-sedan.

“Dah jangan nangis. Abang tak marah pun. Tapi jangan buat lagi.”

“Mai ternampak kotak tu masa tarik buku Yana.” “Abang…” panggilku sambil mencari anak matanya.
Farhan tenung. Minta aku meneruskan percakapan.

“Kenapa abang tak pernah cakap yang abang sebenarnya MAN?”

Soalan itu berjaya kutebak membuatkan Farhan menelan liur. Dia berdeham seketika untuk memulakan penerangan.

“Penting ke MAN untuk Mai?” Pertanyaan itu menyentak hati. Penting ke eh? Ehh penting la sebab aku tak nak serabutkan lagi otak aku fikir benda yang pending.

“Penting kalau berkaitan Mai.” balasku lagi. Farhan teragak-agak untuk beritahu tapi selepas dia tengok muka bini dia yang ala-ala Puss in Boots ini, tahap lebur terus sifar.

“Nak tahu satu rahsia?”

Pantas aku angguk laju. Bersedia!

“Actually bukan abang yang bagi coklat pada Mai dulu.”

What?!

Dah tu siapa pulakkkkkk???
“Coklat Vanhouten tu memang abang yang beli sebab teringin nak makan. Abang beli 2. Ashraff dan Aizat sakat abang cakap nak hadiahkan pada Mai satu. Abang tak terfikir pun pasal Mai.” Cemberut wajah aku bila dia cakap gitu. Sampai hati abang!

“Abang tak tahu apa yang berlaku. Masa tu kan abang jenis straight sikit.” Memang! Berlagak! Sombong! Suka tindas orang lemah (lagi-lagi time catur) ! “Masa balik dorm abang cari coklat tapi tak jumpa. Abang ingat Izuan yang makan so abang buat tak kesah je la. Tapi lepas dengar gosip Mai dapat coklat from someone…” Farhan menunduk merenung aku membuatkan aku peluk dia semula. Ahaks! Renungan dia tu cukup menyengat. Aummm!

“Tercabar jugak la abang.” Oh really? Bunga-bunga dah hati kita tau. “Siapa la yang berani bagi coklat kat tunang abang ni. Izuan pun tak tahu pasal ni. Dia ingat abang yang bagi. Buat apa la abang nak bagi sorok-sorok. Bukan Tengku Amirul Farhan la namanya.” Eleh. Bangga pulak. Menyampah!

“Daripada bagi Mai, baik abang makan coklat tu. Dah la mahal.” Uwaaa! Sadisnya ayat! Aku pukul 
dadanya berulang kali kerana geram. Farhan tergelak kecil lalu menangkap pergelangan tanganku. Aku menjelingnya tajam setajam pisau Kiwi yang aku beli hari tu kat Giant.

“At last, lepas dua hari kejadian tu baru Ashraff dengan Aizat datang jumpa abang minta maaf pasal hal coklat tu and pasal dia guna nama samaran MAN. MAN is stand for lelaki. Takde akronim untuk nama pun.”

“Maknanya diorang la yang plan?”

“Ya.” Farhan senyum kacak sambil menyelitkan rambut aku yang berjuntaian ke belakang telinga. “Nak marah pun tak guna jugak. Lagipun dah minta maaf kan. Cuma yang abang dengar orang tu punyalah tak nak coklat Vanhouten tu.” Aku sengih menampakkan gigi bila Farhan memerli.

“Tahu tak tu coklat kegemaran abang?” Tak tahu! Haha. Okey tu dulu la. Sekarang tahu. Senang bila nak 
sambut birthday aku bagi hadiah coklat Vanhouten je. Tak payah tiup lilin ada kek bagai. Jimat kos.

“Gambar?” tanyaku pendek.

“Oh! Gambar ni?” Farhan tunjuk gambar aku yang dia lekatkan di belakang penutup kotak. “Tak tahu la jin mana rasuk abang hari sukan tu suruh abang tangkap gambar perempuan sakit perut.” Dia tergelak bila aku ketap gigi. Ada kena makan jugak ni kang!

“Seriously abang tak tahu kenapa abang buat benda ni. Mungkin sebab abang mula sukakan Mai kot.” Farhan kenyit mata. Haiyoo… lepas ni memang aku kena check jantung aku sekali la masa checkup baby. Rasanya injap jantung aku tersumbat dengan ayat manisss sang suami.

“Suka je?” dugaku.

“Nak kata cinta tu belum lagi sebab tengah sekolah kan. Time abang dekat Australia baru abang perasan bukan suka tapi cinta.” Its reveal time babe! Teringat Jonathan tegur pasal awek bertudung biru yang jadi wallpaper handphone.

“Mai pulak suka abang time bila?” soal Farhan membuatkan kerongkong aku gatal.

“Aaaaaa… Mai terjumpa perkataan T.H. dekat kotak. T.H. ni pun abang jugak ke?” Bingkas aku mengubah halatuju soalan. Membiarkan soalan Farhan. Malulah cerita tentang perasaan! Dia cakap tadi pun muka aku dah tebal tau!

“Eleh tukar cerita.” Farhan dapat taktik ‘bijak’ aku. Bangga sekejap! Ahaks.

“Cepat laaa. Apa kaitan abang dengan T.H.?” Persoalan demi persoalan aku lontarkan padanya. Sebab pada pengamatanku ia bagaikan berkait. Dilema betul hidup dengan bekas ketua pengawas ini. Huhu.

“Betul nak tau? Tak menyesal?” Farhan senyum sinis.

Aku menggeleng laju. Takkan sama sekali. Hiyaaah!

“T.H. tu stand for…… The Headprefect.” Oh I see… “Tapi disalahgunakan oleh Eriq.” Pulakkkk! Eriq? Kaitan apa pulak dia dengan yinni ceritaaa?

“Eriq curi nickname yang abang selalu gunapakai untuk badan pengawas. Tak tahu macam mana dia dapat sebab ada kes pasal komputer sekolah diceroboh guna nickname abang. Eriq try nak padamkan rekod kesalahan disiplin dalam data komputer sekolah. Actually, nama Farhan untuk anggota pengawas banyak. Tak silap ada 8 orang. Amirul pun ramai. So kami buat singkatan nama. Abang dapat tahu Mai ada terima satu surat dari T.H.”

“Haah. Mai dapat surat tu masa tengah rehat kat kantin.” Tiba-tiba aku terimbau kembali saat adik tingkatan 3 jika tak silap aku, yang hantar surat tu. Dan memang ada nama T.H. Agak teruk jugak kena sakat dengan bebudak aspura aspuri.

“Surat tu tulis apa?” Farhan ingin tahu.

Errrr….. alamak! Habislah aku nanti. Kepala yang gatal kugaru. Macam mana nak cakap erk?! “Err… emm… macam ni… orang tu… errr maksud Mai Eriq… aaaaa…diaaaa…. diaaaa….” Apa aku nak goreng?! Apa aku nak balas ni??? Karang aku cakap merajuk pulak abang sayang nanti. Manalah tahu tetiba dia lari sambil nangis ke rumah mama papa. Haru.

Farhan menunggu sambil meletupkan jari-jari dia. Waduhh! Waduhh! Bisa nggak jika aku buat-buat pitam? Sakit perut ke? Sakit jantung? Sakit gigi?

“Emm… surat tu dah lama. Mai tak ingat laaa.” Aku buat muka comel lalu memaut lengannya. Minta simpati. Huhu! Tolong jangan tanya pasal benda yang memalukan itu. Nak sebut pun rasa geli tau tak?!

“Serius tak ingat?” Aku angguk laju. Tipu sunat takpe kan. Demi kebahagiaan keluarga, agama, bangsa dan tanah air yang tercinta! Ahaks. Lol. Mai, tolonglah serius sikit. Asyik nak memain je kau eh! Babap kang.

“Ke nak abang ingatkan?” Terbuntang biji mata aku. Farhan dah senyum senget. Mengejek. Terus bulu roma meremang. Gulp.

Jangan kata dia tahu isi surat tu!

“M-maksud abang?” Aku pura-pura tak mengerti.

“Eriq dah explain semua pada abang la. Dari A sampai Z abang tahu. Kad manila tu dia punya tapi abang rampas.” Keningnya dijungkit berulangkali. Ini ex-headprefect la. Rahsia semua ada dalam genggaman dia. Tengku Hadzriq dah ceritakan semuanya sewaktu dia dibawa berubat oleh Cikgu Asmawi akibat penangan sihir Ammylea.

Yakkkkss! Dah tahu lepas tu tanya lagi. Lempang nak? Grrr… sabar Mai sabar. Kau pregnant tu. “Eeeee! Malas nak cakap dengan abang lagi. Tak nak kawan!” Bingkas aku berjalan keluar dari bilik bacaan itu namun patah balik semula. Buku banking milik Yana aku ambil sebelum beri jelingan maha tajam-setajam-tajamnya-tetajamnya pada dia. Farhan sekadar berpeluk tubuh memerhatikan gerak geri aku. Rasa nak buang bulu kening dia tu. Dari tadi dok terangkat.







“Sudikah awak jadi kekasih hati saya?” Terdengar Farhan ketawa terbahak-bahak menyebabkan mukaku berbahang kemerahan. Ayat yang Eriq tulis dulu tapi guna nickname Farhan. Ya Allah maluuu! Makin laju langkah meninggalkan kawasan hangat bahang hangit itu. Uwaaa! Mamaaaaa!! Abang kenakan Mai, mama!! Tak nak duduk siniii! Nak balikkk…! Mencikkk!



***


(PART 2)



BEBERAPA hari selepas kejadian ‘kebongkaran rahsia 001’ , kehidupan kami seperti biasa. Takde istilah gaduh-perang-baling periuk semua tu. Setakat merajuk manja-manja je. Cuma yang tak tahannya Farhan kalau jumpa asyik senyum. Menyakat tak sudah-sudah! Eeee geram je tengok abang tau! Rasa nak gigit-gigit.

Ipad milik Farhan aku ambil. Bantal kubetulkan agar selesa untuk bersandar. Biasalah bila kandungan dah masuk 6 bulan nikan. Serba-serbi tak kena. Asyik nak terkucil je disebabkan kedudukan baby menekan pundi kencing.

Facebook aku buka. Takde apa yang menarik. Yang keluar dekat newsfeed banyak tentang resipi dan masakan tradisional. Ada juga yang di post oleh kengkawan. Status bikin aku tarik nafas panjang.

Gelapnya waktu malam *_*

Aku urut dahi. Dah malam memang la gelap. Apa benda la kau ni Putera! Jari kanan scroll ke bawah.

Kalau ada sumur di ladang boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada badak yang datang lebih baik aku lari nanti lemas

Ini satu lagi! Peribahasa mana dia ambik ni? Budak Hakim nikan. Aduhai… kau dengan Putera ni patut jadi kembar la.

Tiba-tiba terdetik di hati hendak mencari profil seseorang. Seseorang yang dah lama tak muncul dalam hidup kami. Namanya aku taip sebelum paparan dikeluarkan. Pantas aku klik pada salah satu profil yang aku kenali. Aku mengintai post yang terkini tentangnya. Tetapi hampa. Kecuali satu!

Nazatul Shyafiqa was tagged in a photo.

Aku perhati gambar tersebut. Kenapa dia pakai baju macam pesakit dekat hospital? Sakit ke? Aku terus mencari profil orang yang tag Naza disebabkan Naza tak menunjukkan sebarang klu di mana dia berada. Terbeliak biji mata aku bila tengok gambar hospital yang diambil. Hospital bahagia?? Nazatul…. gila?


****


MAKAN malam telah selesai. Aku intai Farhan di ruang tamu. Leka dengan perlawanan bola sepak Inggeris. Aku nak tanya dia tentang Nazatul tapi takut ganggu mood dia nak tengok game bola. Ada pulak kang dia debik muka aku nanti. Hesh! Suka fikir kelaut la kau ni, Mai.

Ah redah je la!

Bismillahirrahmanirrahim… “Abang tengok apa?” soalku agak-agak dungu.

“Bola.” Okay fine, abang! Grr…

“Err… abang. Mai nak tanya sikit boleh?” dia angguk.

Aku kumpul tenaga. Tarik nafas… lepassssss. “Abang tahu tak Naza kat mana sekarang?”

Pertanyaanku membuatkan fokus Farhan terganggu. Keningnya bertaut. Namun dia buat selamba. 

“Kenapa pasal dia?”

“Takde. Tanya je. Sebab Mai dah lama tak dengar berita pasal dia.” ujarku.

“Tak payah dengar pun, Mai. Takde faedah.” Dingin dia berbicara.

“Kan dia pernah jadi kawan abang. Mesti abang tahu dia kat mana sekarang kan?” Ujiku lagi.

“Dia dekat hospital gila.” Nah! Kan aku dah bilang. Dia mesti tahu punya! Macam mana? Tak payah 
tanya. Dia banyak kaki.

“Kenapa boleh masuk hospital gila? Dia cuba nak apa-apa kan orang ke?” soalku laju. Mamarazi betul!

“Abang malas nak cakap pasal dia, Mai. Case closed okay?” Tampak Farhan agak meradang bila aku kacau dia atau aku usik tentang Nazatul.

“Jom kita pergi jenguk dia, bang.” Kata-kataku mengundang reaksi pelik Farhan. Dia menoleh, merenungku tidak berkelip. Seakan nak cakap, apa dah jadi dengan isteri abang?

“Nak buat apa? Family dia ada, Mai. Buatnya dia mengamuk time nampak bini abang ni, tak memasal Mai kena. Dah lupa dia pernah buat apa pada kita dulu?” bantah Farhan sekeras-kerasnya. Entah kenapa aku rasa hati Farhan keras kali ini. Aku hela nafas.

Aku memuncung mulut cuba memancing perhatian dia tapi Farhan tetap bo layan! “Mungkin dia dah 
berubah.” Aku cuba membuatkan dia fikir positif.

“Berubah apa kalau dah hantar dekat hospital gila? Dah la abang malas nak cakap hal ni, sayang. Cerita dah tamat. Abang cakap no means no.” Mata Farhan terpancar riak tak suka bila aku petik nama Nazatul.

“Mai teringin nak ziarah dia, bang.”

“Abang pesan apa? Case closed kan? Jangan cerita pasal dia lagi. Faham tak?!” Radang Farhan lalu 
melangkah pergi menuju ke bilik. Kedengaran pintu dihempas kuat!


***


FARHAN dah keluar pergi kerja. Aku juga bersiap-siap untuk keluar. Farhan ingin menghantar namun aku menegah. Lagipun arah kami berbeza. Selanjutnya aku tak mahu dia tahu ke mana aku hendak pergi. Aku cakap nak pergi rumah mama. Lipstick nude aku ratakan di bibir supaya tak pucat sangat.

Tujuan kali ini memang untuk menziarahi Nazatul. Aku nak lihat perkembangan terkini mengenainya. Kerana aku dapat rasakan yang dia terlalu tertekan hinggakan dimasukkan dalam wad mental. Hospital itu aku tuju. Mujur dekat dengan tempat tinggal. Selama ini Nazatul berdekatan kami tapi aku tak tahu menahu langsung.

Setelah sampai, aku bertanyakan di kaunter dan sebagainya sehinggalah tiba di hadapan pintu bilik berombor 7. Tadi sebelum nak masuk, jururawat ada mengatakan bahawa berhati-hati dan jika pesakit hendak melakukan apa-apa, segera keluar. Dengan kekuatan yang ada, tombol pintu itu kupulas perlahan. Terlihat sekujur tubuh berbaring mengiring membelakangi pintu. Langkah ku ayun bersama hembusan kekuatan. Gementar juga rasa tika ini.

“Assalamualaikum.” Kelihatan tubuh itu bergerak sedikit. Aku mendekatkan sedikit diri ke depan meja kardiak. “Naza.” Panggilku lagi.

Kali ini dia memberi respon yang baik. Nazatul bangun lalu berpaling memandang. Aku ukir senyum padanya. Dia juga sepertinya hendak tersenyum.

“Ingat saya lagi? Saya Humairah.” Aku cuba untuk menyentuh bahunya namun dia pantas mengelak 
sebelum berdiri tepi katil. Wajahnya bertukar bengis!

“Kau buat apa dekat sini?! Hah? Nak bunuh aku?!” Tengking Nazatul.

“Tak… saya datang melawat awak. Saya takde niat apa-apa, Naza.” Aku cuba memujuknya namun Nazatul tampak semakin berang.

“Penipu! Kau rampas Amirul! Lepas tu kau datang sini nak bunuh aku kan! Kau nak Mirul sorang je kan!”

Ya Allah… “Naza istighfar.” Nazatul dah makin menggila. Dari wajahnya kulihat dia semakin tertekan. 
Aku bergerak ke belakang sedikit demi sedikit. Rasa takut menyelubungi diri. Benar kata Farhan bahawa Nazatul akan mengamuk jika nampak muka aku. Dan kini aku akuinya.

Nazatul mula melemparkan segala barang yang ada di atas meja. Hampir saja bakul berisi buah itu kena kepala jika aku tak mengelak. Buah epal yang bertaburan di atas lantai diambil Nazatul sebelum dibaling ke arahku bertubi-tubi. Aku sedaya mungkin mengelakkan dari terkena perut.

“Aku nak Amirul! Amirul hak aku!!”

Terhinjut badan aku mendengar jerkahan suaranya. Jantungku bagai nak gugur. Wajah Nazatul persis orang tak siuman.

“Naza… jangan macam ni. Awak kan…”

Kata-kataku pantas dipotong Nazatu. “Aku apa? Aku gila? Kau tu gila! Kau ambik Amirul aku! Kau dah 
kahwin dengan Amirul, habis aku ni apa? Siapa nak kahwin dengan aku?! Abang aku mati sebab kau! Walid aku bercerai pun sebab kau! Kau tu setan! Kau rampas Amirul aku! Aku bunuh kau!!” tengkingan Nazatul lebih kuat seraya meluru ke arahku yang kaku tak bergerak. Sepertinya saraf di badan sudah mati tidak berfungsi. Apa yang aku tahu, aku bakal diapa-apakan olehnya.

Satu tarikan kuat kurasai sebelum tubuh melayang ke dakapan seseorang.

Suasana bertukar cemas dan riuh. Aku tak sedar bila masa pintu terbuka akibat amukan Nazatul sebentar tadi. Aku cepat-cepat celik mata untuk lihat apa yang berlaku.

“Tak nak!! Keluar! Keluar! Semua perampas!! Semua jahat! Aku tak gila! Perempuan tu gila! Amirul… tolong Naza. Dia ambik Mirul. Dia jahat!!!!!” dengusan demi dengusan dilemparkan oleh Nazatul.

Dua jururawat bersama seorang doktor cuba menenangkan Nazatul dengan restrain Nazatul sebelum suntikan penenang diberikan kepadanya. Namun begitu dia masih agresif ingin menerkam aku di hujung sudut sambil menjerit minta dilepaskan ikatan tali pada kaki dan tangannya. Lama kelamaan kulihat tubuhnya lemah sebelum dia tidur.

Doktor mengarahkan jururawat melakukan pemerhatian dengan lebih kerap. Kemudian doktor menghampiri aku dan Farhan. Farhan! Ya! Aku baru tersedar manusia yang memelukku tadi ialah Farhan, suami aku sendiri! Bagaimana dia tahu aku ke sini?? Soalan itu muncul di benak fikiran.

“Saya sarankan puan dan tuan tidak datang ke sini buat sementara waktu. Pesakit masih rasa terancam. Dia masih lagi dipengaruhi faktor delusion dan ilusi yang agak teruk. Masalah Relapse Schizophrenia agak berbahaya puan. Lagi pula puan sedang hamil. Buat waktu sekarang, kami cuba menghindarkan dari faktor yang boleh merangsang penyakit yang dialami. Keadaan tekanan bertambah kuat apabila abangnya meninggal dunia akibat dadah dan bapanya yang dikatakan telah bercerai. Saya juga tak mahu puan menambahkan tekanan yang ada. Untuk keselamatan puan dan kebaikan pesakit, saya harap puan faham.

“Kami faham, doktor.” Farhan menjawab bagi pihakku. Kami keluar dari bilik yang didiami Nazatul menuju ke tempat parking kereta. Farhan meminta kunci kereta Myvi lalu disimpan dalam kocek seluar slack. Pintu Honda Civic dibuka untukku. Wajah Farhan kian tegang. Aku akur lalu membolosinya.

“Abang dah pesan kenapa tak nak dengar?! Degil sangat ni kenapa?” Farhan mula menghambur kemarahan. “Suka buat keputusan melulu! Abang halang Mai jumpa dia ada sebab, Mai! Tengok macam tadi! Kalau abang tak masuk dalam, Mai dah kena macam-macam dengan Nazatul tau tak!”

Aku menunduk. Benar salah aku. Tiada siapa paksa aku datang ke hospital ini.

“Fikir bahaya, Mai. Sedar tak Mai mengandung anak abang sekarang? Abang tak nak Mai dengan baby masuk hospital tau tak! Tolonglah fikir!” Patutlah tidur malamnya terganggu. Rupanya ini yang berlaku. Nasib dia follow Mai dari kawasan perumahan lagi. Degil tak dengar kata. Bohong dia satu hal. Pe’el apalah yang dibawa kalini. Nak tercabut jantung bila mengingatkan amukan Nazatul tadi. Mujur dia sampai awal. Dia tak nak hilang manusia yang dia sayang. Dia belum bersedia peristiwa itu terjadi!

“Mai minta maaf.” Gugur jua air mata yang aku pertahankan sedari senyap tadi.

Farhan hanya diam. Tidak dia membalas. Fokus pada pemanduan. Aku cuba menyentuh tangannya tapi dia mengelak. Marah.

“Siapa nak lindung Mai kalau abang dah tak ada nanti? Abang tak minta banyak. Abang nak Mai fikir. Abang buat semua ni ada sebab. Terpulanglah. Ikut suka hati Mai lah lepas ni nak buat apa.” Ayat pasrah. Farhan kecil hati. Dia dah tak peduli dah pasal aku lagi lepas ni. Matanya tepat memandang jalanraya. Langsung tak toleh padaku.

Air mata kian lebat turun. Kenapa kau bodoh sangat Mai? Farhan pertahankan kau! Farhan lindung kau dari bahaya! Farhan jaga kau bagai menatang minyak yang penuh! Apa yang kau balas? Kau hancurkan hati dia! Kau robek jantung dia! Kau musnahkan apa yang dia dah korbankan untuk kau! Puas ke hati kau sekarang bila tengok Farhan macam ni?? Puas??! Akal mengutuk sekeras-kerasnya.

Apabila tiba di halaman rumah, Farhan menyuruh aku masuk dalam rumah. Aku ajak dia masuk sekali tapi dia geleng kepala. Masih tak bercakap. Dia memang sangat-sangat-sangat berkecil hati.

Farhan pantas undurkan kereta bila aku dah keluar dari keretanya. Kebiasaan dia akan tunggu aku masuk dalam rumah dulu baru pergi. Tetapi kalini dia bergerak terus tanpa menunggu.

Mataku berkaca lagi. Apa yang aku nak buat untuk tebus silap? Perlahan-lahan aku masuk dalam rumah.


***

BENGKAK habis mata. Hidung dah tersumbat. Dari petang hingga malam aku tunggu tapi batang hidung tak muncul-muncul. Dah nak pukul 10 malam! Farhan tak balik rumah. Aku call dia tak angkat. Aku whatsapp dia tak balas. Bluetick je. Ya Allah risaunya. Mana abang…

Tit tit!

Bunyi notification masuk. Aku pantas membuka pesanan whatsapp.

+ Abg tak balik. Ada dgn Fareez. Pintu kunci. Tingkap tutup pastu kunci

Berderai lagi air mata aku. Bibir kuketap untuk menahan hiba tetapi aku tak mampu bertahan lagi. Kepala tiba-tiba menyengat. Sehari suntuk menangis meratap kesalahan sendiri. Kini Farhan merajuk. Dia dah tak hirau dah pasal aku lagi. Dia dah tak kisah dengan apa yang terjadi. Inilah pergaduhan terbesar antara aku dan Farhan sepanjang perkahwinan kami. Aku tak sedar apa yang berlaku. Macam mana aku baring. Yang aku tahu kepala aku sakit sangat. Mata pun kabur dek air mata bergenang. Entah bila aku tidur pun tak tahu.

Kaki serasa sejuk seperti terkena aircond membuatkan aku mencari selimut yang menutupi badan. Kepala masih sakit. Nak celik mata tapi tak terdaya. Sejuk? Selimut? Bila masa aku pasang aircond? Tadi aku on suis kipas je. Tadi bukan ke aku baring mengiring peluk bantal? Nak tak nak mata terpaksa kucelikkan jua. Meraba badan sendiri. Sape letak selimut? Aku pandang aircond yang terbuka. Serius aku buka aircond??

Bunyi suara berbisik membuatkan bulu roma meremang. Makhluk Allah yang satu itu kah? Abang, Mai takut! Di saat Farhan takde, macam-macam aku alami. Sejenak aku terbayang perkataan yang terbit dari bibir Farhan tadi.

“Siapa nak lindung Mai kalau abang dah tak ada nanti? Abang tak minta banyak. Abang nak Mai fikir. Abang buat semua ni ada sebab. Terpulanglah. Ikut suka hati Mai lah lepas ni nak buat apa.”

Abang, Mai nak abang! Air mata yang tadinya kering kini basah semula. Aku mengiring ke kiri. Tangan menarik bantal menutup telinga. Bibir kumat-kamit baca surah lazim. Tiba-tiba terasa bantal yang aku tutup telinga itu ditarik perlahan. Aku ketap bibir tahan tangisan. Debaran di dada makin kuat. Mama! Tolong Mai!

“Lemas tutup muka, Mai.” kata-kata itu menyebabkan tangisanku berhenti.

Pantas aku menoleh. Farhan? “Abang,” Figura Farhan sedang duduk di atas katil.

“Yalah. Takkan hantu pulak.” Jawapan sarkastik. Cukup aku kenal itu memang Farhan, suami aku!

“B-bila abang balik?” soalku perlahan. Air mata yang melimpah tadi ku seka.

“Dah lama. Masa tak sedar pun.” Pendek-pendek jawapan Farhan kali ini.

“Abang, Mai minta maaf. Mai janji Mai tak buat lagi.” Tangan Farhan aku tarik lalu kukucup semahu mungkin. Tak nak dapat title isteri berdosa, isteri derhaka dan sama waktu dengannya. Aku nak syurga bersama Farhan.

“Dah tidur. Penat kan. Abang pun nak tidur.” Ujar Farhan seraya menutup lampu dan baring.

“Abang marah Mai lagi?” tanyaku lagi.

“Nak abang marah ke?” Dia soal aku balik. Aku cepat menggeleng kepala. Tapi aku agak terseksa dengan layanan Farhan seperti sekarang. Bersahaja. Menyakitkan.

“Abang marah pun Mai tetap buat juga. Buat penat diri je nak marah.”

Bingkas aku memandangnya. Walaupun gelap, aku nampak mata dia yang sedang merenungku. “Mai tak buat lagi. Mai janji.” Tekadku bersungguh.

“Janji?”

“Janji!”

“Abang tak nak Mai sebut pasal Aki, pasal Nazatul, pasal benda-benda yang tak berfaedah lagi. Boleh?” Aku angguk laju.

“Dah tidur. Esok abang ada meeting.”

“Abang…” Pap! Farhan celik mata. “Abang kata tak balik. Dengan Fareez. Abang pergi mana tadi?” teragak-agak aku bertanya.

“Pergi mamak. Makan roti canai dengan Fareez. Mana boleh tak balik rumah. Mai kan pregnant. Kalau jadi apa-apa kan susah.” Tenang Farhan membalas.

“Tapi pagi tadi masa abang cakap dalam kereta yang abang… abang…”

“Abang gertak je. Nak tengok isteri abang ni sayang ke tak dengan nyawa sendiri. Tapi tengok gaya memang tak boleh kena tinggal. Ada ke fikir hantu time abang baca doa lepas solat. Lepas tu tekup muka ngan bantal. Lemas tau tak.” Bebel Farhan lagi.

Aku memusing muka menghala dada Farhan. Konon nak tutup muka. Malu! Malu!

Farhan pegang tangan aku yang berada di atas dadanya. “Jangan ulang lagi, sayang.” Ubun-ubunku dikucup lama. Hangat.







‘Mai janji Mai tak ulang lagi.

No comments:

Post a Comment