Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Wednesday 8 March 2017

SPECIAL EDITION 6



3 bulan kemudian…

SURAT dari penjara yang diletakkan atas meja dipandang sepi. Farhan bersandar di kerusi empuknya sambil menghela nafas. Masih jelas di kotak fikiran akan bait-bait ayat yang dikarang Aki. Walau sudah dipenjarakan, namun kata-katanya menerbit kegusaran di jiwa lelaki Farhan. Hati suami mana tak cemburu!

Tok! Tok!

“Angah?” Terjegul kepala Fareez di celah pintu. Farhan mengizinkan dia masuk. Fareez ambil tempat di hadapan abangnya.

“Tak nak turun lunch ke? Pukul 2.30 petang kan ada meeting.” Fareez mengingatkan.

“Tak lalu nak makan,” Jari ligat memusingkan pen.

Fareez senyum meleret. Tak lalu ya… ceh! “Kenapa? Rindu Kak Mai la tu…” giatnya.

Farhan lorek senyum nipis. Gila tak rindu! Sejak Humairah mengandung ini, makin menggebu tahap rindu di dada. Makin terserlah kecomelan dia dengan pakaian mengandung. Belum tambah lagi bebelannya apabila ada benda yang tidak puas hati. Muncung tu kalau boleh macam ampaian baju. Panjang! Dah serupa muncung itik. Haih… apa yang sayang abang buat dekat rumah tu agaknya?

Fareez baru aje nak sambung usik abangnya yang tampak berangan namun niatnya mati apabila terperasan satu sampul surat bertuliskan nama kakak iparnya. Segera dia capai envelope putih itu.

“Kenapa surat Kak Mai hantar office, angah?” soal Fareez hairan. Hujungnya dah terbuka. Pasti angah dah baca isi dalamnya. Biarlah. Farhan berhak.

Kedengaran Farhan mengeluh panjang membuatkan Fareez lagi tertanya-tanya.

“Surat dari penjara.”

Erk!

Terbuntang biji mata Fareez pabila mendengar perkataan ‘penjara’. Bagaikan satu fobia. Bergerak-gerak halkum menelan air liur.

“Kenapa ada tulis nama Kak Mai?” Fareez bagai dapat menghidu sesuatu.

“Surat Aki untuk Kak Mai. Tapi alamat office.” Mendatar suara Farhan. Macam nak tak nak je jawab.

“Apalagi yang dia nak?”  Dah meringkuk dalam pagar besi pun masih lagi nak ganggu rumahtangga orang?

Nothing. Jom makan.” Farhan menyudahkan bicara. Baginya ia cukup serabut untuk diperjelas. Tambahan Fareez belum berumah tangga. Malas nak mengulas panjang lebar kerana khuatir hati lelakinya semakin parah. Kepalanya makin kusut memikir.

Fareez memandang saja langkah longlai angah. Mata melirik surat itu lagi. Entah mengapa rasa ingin tahu menggoncang dadanya. Apa yang ditulis Aki sehinggakan angah tampak risau?


----------****----------

JALANraya sesak seperti biasa. Malaysia kan? Haha! Farhan tenang memandu sambil tangan kanan bertenggek di tingkap. Fareez disebelah busy dengan Candy Crush. Hanya lagu Britney Spears berkumandang dari corong radio. Namun ketenangan itu terganggu kerana telefon bimbit Farhan berbunyi.

Volume dikecilkan. Handsfree dipasang sebelum menjawab call. “Abang tengah drive. Kenapa Mai?” Buah hati telefon maa

“Jangan lupa tau apa yang Mai pesan kat abang pagi tadi.” Ujarku manja. Hujung rambut aku pintal. Gaya pasangan bercinta nak gedik-gedik bila telefon pakwe. Hiks!

“Errr…” Farhan garu kepala. Ada pesan eh? Pesan apa ek?

“Abang,” panggilku meleret.

“Ya…” jawab Farhan. Tahu sangat nada suara Mai ni. Hanya tunggu beberapa saat untuk telinga bernanah kena bebel. Hahaha!

“Abang jangan cakap lupa ek. Mai sembelih abang buat masak kicap!” Aku mula cekak pinggang. Aduhhh! 5 kali mesej benda yang sama pun boleh lupa ke?!

Farhan gosok tengkuk. “Hehehe… tak ingat,” Serius memang lupa! Kerja menimbun atas meja. Ada urgent meeting tiba-tiba tadi. Jumpa client. Mengenai surat Aki yang dihantar pegawai penjara pagi tadi. Sungguh! Dia langsung tak teringat pasal permintaan Mai.

Aku tepuk dahi. Adeh…! Nak kena smackdown tau abang ni. Walau perut dah membesar, Mai tak pernah lupa kegemaran Mai nan satu ini iaitu wrestling.

“Mai nak donuttttt…” rengekku.

“Okay nanti abang beli. Berapa ribu nak?” usik Farhan seraya senyum nakal.

Eee! Saja je pekena kita! “Kalau mampu beli, se-bilion Mai mau.” Tergelak besar Farhan menyebabkan Fareez tertarik untuk memandang.

‘Apa saja la abang kedua aku ni. Tetiba gelak. Haih.. tahu la dah kahwin. Jangan tunjuk sangat. Kecewa hati adik sado yang masih trang-tang-tang ni!’ gumam hati Fareez.

Fareez pandang saja kelakuan abangnya yang sudah meletakkan handsfree ke dashboard semula. “Kak Mai call kenapa, ngah?” tanya dia. Sambil tu mata ligat tenung Candy Crush.

“Suruh beli Dunkin Donut.”

Fareez kerut dahi. I see. Tapi…. ada ke area sini jual Dunkin Donut? “Setahu Reez kan ngah… tak pernah nampak pun francais Dunkit Donut kat area sini sepanjang duduk sini. Kalau ada pun dalam Aeon. Tapi tu Big Apple.”

“Tu la pasal. Dari hari tu lagi Kak Mai minta Dunkin Donut. Puas dah angah cari. Big Apple je angah jumpa.” Keluh Farhan lemah. Kepala tak gatal digarunya.

“Dah tu asal tak beli? Sama je Dunkin Donut dengan Big Apple pun.” Telah Fareez lagi. Candy Crush dipandang lagi. Yeay! Dah naik level 128!

“Masalahnya Kak Mai tak nak. Dia nak Dunkin Donut juga. Angah pun tak tahu macam mana nak cari lagi.” Buntu memikir.

“Angah beli Big Apple pastu beli kotak kek yang kosong then atas kotak tu angah tulis Dunkin Donut. Haaa mesti Kak Mai tak tahu punya.” Fareez jungkit kening double jerk. Bijak tak idea acik? Hahaha!

“Cerdik sangat idea kau. Boleh masuk Books of Record.” Sindir Farhan sedas. Fareez gelak sampai meleleh air mata. Farhan menjeling sebelum fokus pada pemanduan. Layan kepala mentol Fareez ni memang tak berkesudahan.

Fareez kerling jam di tangan kiri. Dah nak pukul 7. Malam ni ada game futsal dengan kawan. “Ngah, hantar Reez dulu la. Lepas tu angah cari la Dunkin Donut apekebenda tu. Ada game la malam ni.”

Game apa?”

“Futsal.”

“Mama papa tahu tak nak keluar?”

Fareez geleng kepala. “Belum. Ingat balik karang nak bagitahu.” Balasnya pendek.

Farhan berjeda sebelum bersuara. “Batalkan.”

“Haaa?” Fareez paling muka ke sebelah.

“Batalkan.” Jelas Farhan sekali lagi.

But why?” Eeee! Apa ni…. biarlah orang nak main futsal dengan kawan-kawan. Ingat orang ni budak-budak lagi ke? Grr…! Ingat Reez Aina?

“Angah tak ulang 3 kali, Reez.” Fareez diam. Tahu sangat kalau Farhan dah kata begitu. Haish! Apekesalahnya dia nak pergi main futsal? Dosa besarkah? Bukan sengaja dia tak kasitau mama papa. Plan nak beritahu masa pulang ke rumah karang. Kecoh la angah ni! Geram Fareez dibuatnya.

“Oleh sebab kau tak pergi futsal, teman angah cari Dunkin Donut sampai jumpa.”

“Hahhhhhhh?!”  Fareez terlongo. Apekah?????

Farhan senyum kemenangan. Aku takkan biarkan kau terlepas begitu aje, Fareez. Haha! Kalau angah ada masalah, angah akan heret kau sekali. Siapa suruh pergi kerja sekali dengan angah. Padan muka!

*****************

FARHAN buat tak tahu aje bila tengok air muka isteri. Masam kalah cuka getah! Dia tahu sebabnya. Tapi dah takde pilihan lain. Tak dibawa balik, merajuk. Dibawa balik, marah. Farhan dalam dilema. Tetiba rasa nak menyanyi lagu Nurul dan Ajai. Ku tahu kau di dalam dilema ~~~

“Abang tak baca ke whatsapp Mai?” soalku sambil sepetkan mata. Eee geram tau tengok abang! Rasa nak gigit-gigit. Selamba je wajah macam takde buat salah.

“Bacaaaaaa…” jawab Farhan sambil pandang tv.

“Dah tu… kenapa beli Big Apple? Mai nak Dunkin Donut,” Aku tarik lengan Farhan. Gaya aku waktu kecik dulu nak minta aiskrim dari abah. Selagi tak dapat jangan harap nak lepas.

"Tu... bukan donut? Sama je kan. Cuma tu Big Apple. Abang dah cari satu bandar ni. Takde Dunkin Donut." Farhan memujuk tenang. Channel tv diubah sehingga akhirnya 801 menjadi pilihan. Perlawanan hoki.

“Mai nak donut tu…” Aku memuncung panjang. Mata tak semena-mena bergenang.

"Alahai...." Farhan garu kepala. Lama lagi ke nak bersalin? Lelah jugak dia macam ni selagi Humairah belum beranak. Sudahlah empat hari lepas minta beli Pavlova. Minggu lepas Secret Recipe. Minggu depan tak tahu lagi. Kencing manis juga isteri aku karang. Nak marah, nanti menangis. (-.-‘)

“Sayang, nama donut tak penting. Yang penting rasa tetap donut. Bukan rasa KFC bukan Dominos Pizza.”

Aku juling mata ke atas. Pandai berkata-kata sekarang. Nak suruh kita diam la tu. Haish nasib baik dah jadi suami. Kalau masih tunang, kena bebel aje la dengan Mai. Kotak Big Apple itu kupandang. Harapan agar ia berubah menjadi Dunkin Donut. Pling! Dalam hati tak suka, tangan menggapai donut bersalut coklat beserta taburan chocolate rice. Eh, sedap la pulak! Nyum nyum…

Keluhan lega terpancar diwajah suami. Nasib baik makan.

Dalam pada itu, Farhan perhati saja gelagat Humairah yang kini sedang makan donut perisa oreo. Dia beli 6 ketul. Sekarang dah tinggal 2 ketul. Semuanya dimakan Mai! Dahsyat betul ibu mengandung sorang ni. Tak penat ke asyik makan sayang?

“Mai,” aku yang tengah mengunyah berpaling memandangnya.

“Yup. Nape?” soalku dengan mulut separa penuh. Teruk nau perangai!

“Abang cakap sikit, Mai jangan marah tau.” Berkerut seribu dahi aku. Aih, lain macam je bunyi. Selalu dalam drama jika suami tanya begitu bermaksud dia nak minta izin kahwin lain. Eh Mai! Tu drama okay! Ni realiti. Dah la tengah mengandung. Fikir bukan-bukan pulak. Astaghfirullahalazim… Makanan cepat ditelan.

“Abang nak cakap apa,” tuturku sambil betulkan duduk. Bersedia untuk buka langkah jika Farhan cakap nak kahwin lain. Hahaha!

Farhan usap kepalaku sebelum menyelitkan rambut yang berjuraian ke belakang telinga. “Lepas ni…… kurangkan makan manis eh.”

Erk!

“Tapi kenapa?” tanyaku blur. Bibir dicebirkan. Spontan Farhan picit mulutku membuatkan aku sengih.

“Nanti boleh dapat diabetes, sayang. Mai kan tengah mengandung. Tak elok makan manis-manis. Abang tengok selama sayang mengandung ni, sayang banyak ambik benda manis. Segala bentuk makanan yang Mai makan, zatnya akan disalur kepada baby kita. Abang tak nak baby dapat makanan tak berkhasiat. Mai tahu kan risiko ibu mengandung apa kalau kencing manis?”

Aku angguk kepala perlahan.

“Bukan abang halang Mai dari ambik makanan manis. Boleh ambik. Tapi kurangkan kuantiti. Abang sayang Mai. Abang tak nak Mai sakit. Betul, ibu mengandung akan mengidam macam-macam. Abang tak nafikan perasaan tu sukar dibendung. Tapi, tolong kawal. Boleh, sayang?” pinta Farhan lembut.

Aku masih membisu. Cuba hadam semula apa yang Farhan utarakan sebentar tadi. Segala memori bagai bercantum. Haah kan. Baru perasan aku banyak makan. Itu satu. Banyak makan manis. Itu dua. Ikut emosi.  Itu tiga. Dah la tak exercise. Asal penat je duduk, tidur, bangun balik then makan. Serupa dugong kau Mai!

Kotak Big Apple aku pandang sebelum menutupnya rapat akan tetapi tangkas dihalang oleh Farhan.

“Kenapa tak habiskan?” Farhan pelik.

Eh! Eh! Abang ni. Tadi dia yang suruh kita kurangkan makan benda manis. Ini halang pula. Mana satu ni……???

“Tadi abang suruh kawal makan manis.” Tukasku hairan.

“Ya betul. Tapi jangan lah bazirkan makanan. Penat tau abang cari dengan Fareez.” Farhan buat muka kesian. Aku buat muka toya. Ingat comel la?

“Abang la habiskan. Mai dah kenyang.” Kataku seraya menepuk perut perlahan. Serius… memang kenyang! Mengah mulut nak mengunyah. Sebelum Farhan cerita tadi niat di hati memang nak berhenti makan. Ah alasan kau Mai! Haha. Padahal tak mau perisa yang ada dalam kotak tu kan.

“Sayang ambil hati ke apa yang abang cakap tadi?” Risau pula Farhan jadinya bila Mai tetiba tak nak makan. Putus selera dah ke?

Aku hadiahkan senyuman manis untuknya. “Tak la. Mai tak ambil hati pun apa yang abang cakap. Mai dah kenyang. Abang je la habiskan eh. Tak baik membazir. Tuhan marah tau.” Ujarku seraya menepuk pipi Farhan sebelum berlalu ke dapur. Cari air! Tadi makan tak ingat dunia. Dah kenyang baru mengagau dahaga. Peti ais dituju. Ada air sejuk tak????

Farhan senyum sendiri. Baguslah kalau Mai terima apa yang dia cakap. Tenang sikit hati ni. Pandangan dilontar pada kotak Big Apple. Ini yang tak bagus! Tinggal perisa strawberi dan tiramisu je. Alaaaa! Dah la dia jenis tak minat strawberi. Ini Fareez la yang pilih ni! Berilah RM1000 pun, dia tak akan makan strawberi. Mai amek yang sedap je. Yang tak sedap tinggal untuk abang. Sadis!

“Mai! Abang tak nak strawberi!”

Jeritan itu kudengar dari dapur. Hikhik! Maaf la abang. Mai pun tak suka strawberi. Sebab ia pink! Tulah, sape suruh beli yang pink. Memang tak la Mai ambik. Haha. Makan la ya, abang. Tak baik membazir. Hihihihihi……

                                                                  ******

KEESOKAN paginya, segala pakaian kotor aku campak dalam bakul kotor yang dikhaskan. Belajar dari Farhan. Masa sekolah dulu, dia ada dua bakul baju. Satu bersih, satu kotor. Farhan tak suka campurkan baju bersih dalam bakul yang juga digunakan baju kotor. Ada kuman yang tak nampak. Hmm. Kita ikutkan aje la. Tapi bagus jugak. Cara yang sistematik. Tak lah aku bersusah payah nak asingkan baju bersih bila nak kutip baju kotor untuk basuh kan. Dah la aku ni jenis malas sikit nak lipat baju. Haha! Sikit je ya.

“Eh, surat apa ni?” soalku sendiri semasa menanggalkan sarung bantal untuk digantikan sarung yang baru. Ada sepucuk surat di bawahnya. Surat Farhan ke? Haih, rajin betul nak sweet-sweet macam dalam novel My Precious Iris. Aku membetulkan duduk agar perut selesa sebelum membuka lipatan surat tersebut.

“Aaa…Aki?” teguk liur.

Buat Humairah yang dirindui hati…


Aku harap kau baik-baik di sana, di sisi suami yang kau cintai.

Aku tak dapat tahan kerinduan aku terhadap kau. Jadi aku minta pertolongan dan jasa baik pegawai penjara untuk sampaikan surat ini pada kau melalui Farhan, suamimu…

Aku dah dapat balasan atas apa yang aku buat, Mai.

Aku dah dipenjara. Mahkamah dah sabitkan kesalahan aku dan hukuman dah dijatuhkan pada aku, Mai. Suami kau ada saat hukuman dijatuhkan atas aku. Dia lihat dan dengar segalanya.

Aku berdosa, Mai. Aku dihurung rasa bersalah sebab ganggu hidup kau selama ini. Jujur dari hati aku yang hina ini, inilah kali pertama aku merasai apa itu cinta, Mai. Sejak aku jumpa kau pertama kali masa kau melangkah masuk dalam kampus UiTM. Seorang gadis yang langsung tak hiraukan sekeliling. Menunduk  jalan tidak memandang lelaki lain. Senyap membisu tidak membalas huluran perkenalan lelaki lain. Aku dah banyak jumpa perempuan, Humairah. Tapi tiada satu pun serupa kau. Semuanya mendekati aku hanya duit. Mereka tak secantik kau. Mereka takkan sama seperti kau. Sebab kau adalah Humairah. Perempuan yang mengusik hati lelaki aku. Yang selama ini aku sembunyikan dengan memberi cinta palsu kepada wanita lain. Kau amat berbeza, Humairah….

Setiap kali jumpa kau, hati aku berdegup kencang. Tak pernah aku rasa tenang sebegini tika bersama wanita lain. Ketenangan saat bersamamu. Aku jadi diri aku sendiri saat bersama kau walau sekejap. Ingat lagi masa kita bertemu di mall? Waktu aku nak ambil test pad dan kau pun tengah mencari memopad? Itu adalah perbualan terpanjang antara aku dan kau. Dan aku amat hargai waktu itu. Momen yang sangat indah dalam hidup aku dapat bercakap dengan pujaan hati aku.

Aku cuba berubah demi meraih cinta kau. Sebab aku pernah berjanji pada diri aku sekiranya aku berjumpa dengan wanita yang telah mengusik lubuk hati aku, aku akan berubah. Aku tak mahu jadi playboy. Tapi semuanya dah tak bermakna lagi, Humairah.

Tapi hati aku sakit bila kau perkenalkan Fareez sebagai kekasih. Aku tak percaya. Aku siasat siapa Fareez. Tapi waktu tu pula Farhan muncul. Aku keliru. Siapa kau sebenarnya? Apa hubungan kau dan kedua-dua lelaki tu? Kenapa bila aku mulai suka wanita pasti ada penghalang? Bila aku selidik tentang Farhan, baru aku tahu dia tunang kau. Belajar jauh dari Malaysia. Dan Fareez adalah adik Farhan. Aku cuba ikut cakap Reza untuk buang perasaan cinta yang menapak di hati. Tapi aku tak mampu, Mai. Makin aku lupakan kau, makin kuat ingatan aku terhadap kau. Kerana cinta dan sayang aku pada kau, aku buat semua ini Mai.

Aku tahu aku tak setanding suamimu, Mai. Aku tak layak pun kalau nak dibandingkan Farhan yang serba serbi hebat dan sempurna depan mata kau.

Aku hanyalah Ammar Baihakki Abdul Razak; playboy yang digembar gemburkan semua orang. Sebab tu aku bersaing untuk merebut cinta kau. Aku ikut mana kau pergi, Mai. Aku nak kau nampak kewujudan aku. Tapi kau tolak aku. Tolak cinta aku. Kau buang kasih sayang yang aku beri setulus hati. Tampak hina aku di depan mata kau, Humairah. Tapi aku tetap sayang kau walau kau buat aku begini. Kerna kau cinta pertama aku. Selamanya yang pertama untuk aku.

Sampai di sini saja rasanya karangan aku buatmu, Mai. Aku minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki atas apa yang aku dah buat pada kau. Aku minta maaf kerana hampir membuatkan kau kehilangan anak pertama kau dan Farhan. Hati aku tak tenang jika kau tak maafkan aku. Seumur hidup aku dihurung bersalah.

Kalau ada jarum yang patah
Jangan disimpan didalam peti
Kalau ada silap dan salah
Harap diampunkan dosaku ini

Kalau ada sumur diladang
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi..
Jika hayatku masih ada...

Sekali lagi aku mohon ampunkan dosa-dosa aku Humairah. Ampunkan segala kesilapan, kelakuan dan percakapan aku secara sengaja dan tidak selama kita berkenalan.

Aku manusia biasa Humairah. Ingin mencintai dan dicintai tetapi apakan daya. Jodoh aku tidak kesampaian. Dan mungkin tidak sehingga nyawaku dicabut Ilahi.

Aku harap Farhan dapat jaga kau elok-elok. Aku harap kau bahagia. Bahagia, Mai. Peritnya perasaan ini bila lihat kau disamping lelaki lain. Pedihnya mata ini pabila melihat kau tersenyum kepada lelaki lain. Apakan daya aku, Mai. Aku bukan suamimu mahupun rakan baikmu. Aku cuma Ammar Baihakki. Manusia yang kau amat benci.

Ikhlas, Ammar Baihakki Abdul Razak

Tanpa dipinta, air mata mengalir menuruni pipi. Ada rasa sayu menjentik kalbu membaca bait-bait kata yang dikarang Aki. Hati tak semena-mena diburu hiba. Kalau aku tak muncul di UiTM Segamat, mesti tak akan jadi macam ni. Semua orang akan bahagia. Semua orang akan merasai nikmat hidup.

‘Astaghfirullahalazim. Mengucap, Mai. Semua yang berlaku ketentuan Tuhan. Siapa kita nak pertikai?’ Hati memarahi diri.

‘Tapi aku kasihan pada Aki. Bukan niat aku nak buat hidup dia jadi begitu,’ Akal memainkan peranan.

‘Aki buat kerana dorongan nafsu.’ Tegas hati lagi.

Telefon bimbit tiba-tiba saja berbunyi mengejutkan aku yang sedang mengelamun. Pantas aku kesat air mata. Telefon atas meja kecil kugapai. Abg Syg calling

Hello. Assalamualaikum abang..” sapaku pura-pura mesra. Khuatir Farhan sedar perubahan suara isteri dia ini.

“Waalaikumusalam. Mai okey tak? Kenapa suara lain?”

Aiyer…! Baru kubilang tadi. Bos besar sudah perasan. Lidah di gigit. “Err… tadi kemas rumah. Habuk banyak sangat. Tu yang bersin banyak kali. Ni dah selsema.” Bohongku.

Kedengaran Farhan mengeluh dihujung sana. “Laaaa, kan abang dah cakap jangan kemas rumah sorang-sorang. Nanti penat.” Tegah Farhan nada macam nak marah tapi tak-berapa-nak-marah-sangat.

Aku senyum biarpun Farhan tak nampak. “Alaaa, biarlah. Mai buat benda yang sama je. Lagipun tak buat apa-apa boringlah, abang. Emm… abang balik makan tengahari tak?” soalku sengaja tukar topik.

“Balik tapi kita makan dekat luar nak tak? Dah lama tak lunch berdua kat luar.” Ajak Farhan.

“Abang takde urgent meeting ke?”

“Perli abang ke apa ni?” Spontan aku gelak kecil.

“Eh! Terasa ke? Tak la. Mai tanya je. Abang pernah cakap ada urgent meeting kan. Takut mengganggu je.” Baik tak aku? Hahaha! Isteri mithali tau.

“Takde meeting pun. Hari ni free.”

“Okay. Tapi Mai kena simpan sayur semula dalam peti ais. Hmm abang, Mai nak basuh baju ni. Nanti dah nak tengahari abang call Mai ek.”

“Okay sayang, love you. Babaiiii……” aku tertawa lagi mendengar Farhan sebut ‘bye’. Macam budak-budak aje.

Love you too, abang.” Balasku.

Talian dimatikan. Surat itu kupandang lagi sebelum nafas dihela. Surat dikembalikan di tempat asalnya. Nantilah kalau ada masa aku tanya Farhan bila Aki beri surat tu. Yang penting sekarang sambung buat kerja rumah! Pasni nak date dengan suami. Yehaaaaaa!

****

SEPERTI yang dijanjikan. Farhan bawa aku keluar makan. The Chicken Rice Shop menjadi pilihan. Aku pilih sini sebab terliur tengok iklan kat televisyen. Nak cakap dengan inche suami takut dia bagi ‘tazkirah’ macam kejadian ‘donut’ tempoh hari. Seraaaaaaaam mak!

“Hmmm… abangggggggg.” Kasi idgham (dengung) sikit. Nak pancing perhatian.

Farhan angkat kening.

“Emmm… tadi kan… dekat Facebook kan… Mai ada nampak satu page ni tau. Page nikan… dia ada tunjuk satu post tau.” Farhan diam mendengar. Dan seakan tahu ke mana arahnya perbualan ini. Bukan sebulan kenal perangai Humairah. Lagi lah lepas kahwin. Dari A sampai Z semua dia tahu.

Page tu post apa?” tanya Farhan ingin tahu.

Aku senyum meleret. Yes! Ada harapan! “Page tu kan… dia post pasal pakaian baby tau.”

Farhan mengangguk. Dah agak. Nak beli baju baby la ni. Tapi mukadimah tu panjang sangat sayang oi. “Tak payah la beli baju baby.” Sengaja dia menduga.

Terus aku muncung panjang. Tengok tu! Belum apa-apa dah bangkang. Eeeeeee! Kita baru je nak happy-happy. Bukan orang lain pun. Baju anak sendiri juga. Bentak Mai dalam hati.

Farhan sengih. Muka jelas tak puas hati! Haha. Alahai sayang… abang test aje. “Janganlah merajuk. Abang gurau je la. Kita pergi beli kejap lagi ea. Abang memang plan nak beli keperluan baby kita. Cuma masa tak ada.”

Mendengar saja ayat yang keluar dari mulut sang suami membuatkan hatiku girang tak terkata. Sengih sampai belakang kepala! Haha. Spontan aku tepuk tangan. Yeah! Dapat beli barang baby. Baju, seluar, sarung tangan dan kaki, topi, botol susu, pampers, katil baby, bantal, toto….

Tup!

Petikan jari membuatkan aku tersentak. Pantas aku pandang depan. Farhan hanya geleng kepala.

“Belum beli dah berangan.” Perlinya lagi.

Aku tayang gigi putih. Mestilah! Mak baby excited tau! Anak pertama lagi. Aku tahu Farhan pun excited tapi dia tak tunjuk pun perasaan dia. Mulalah nak tayang muka beku dia tu. Iceberg. Haaa…lama tak sebut perkataan tu.

Pelayan menghantar makanan yang kami pesan sebentar tadi. Aku pandang air yang sedang Farhan minum. Nampak sedap pulak sirap bandung itu.

Farhan rasa diri diperhatikan pantas angkat muka. Isterinya itu asyik pandang aje minumannya.

“Nak rasa?” Farhan mempelawa. Tanpa menunggu lama cepat dialihkan gelas sirap bandung pada Humairah yang tampak bercahaya anak mata. Bersinar-sinar! Bagai iklan Colgate.

“Nak! Nak!” Air merah jambu itu kuhirup sedikit. Aduhai, sedapnya! “Abang amek la air Mai. Mai nak air ni boleh? Sedaaaap!” Aku buat muka seposen. Pehlishhhh abang…

Farhan dah tak mampu nak kata apa-apa. Mengada gaya Aina. Layankan aje la emosi ibu mengandung ini. Ini kalau setiap tahun pregnant, mahu botak kepala Farhan melayan. Gelas bertukar tuan. Kami makan tanpa hirau sekeliling. Orang ramai mula keluar dan masuk. Lunch hour kan? Memasing perut lapar tahap gajah.

Selepas itu kami pergi ke kedai Anakku. Bagai orang tak sedar diri membeli barang. Memang kecoh la sekejap kedai itu dengan suara ‘merdu’ aku yang sibuk bertanyakan itu ini, berapa harga, takde diskaun ke, dan etc lah! Senang cerita. Farhan tak kuasa nak menyampuk. Sekali bidas, dia kena berdas-das dari aku. Hahaha! Sorry abang…

Sedang sibuk melihat isteri bagai orang gila mencari barangan bayi, satu tepukan hinggap di bahu kiri Farhan lantas mengejutkannya. Pantas dia pusing belakang.

“Hey, bro! Sihat ke? Lama tak jumpa,” ucap Farhan sambil bersalaman dengan pemuda itu. Mereka berpelukan erat.

“Aku tengok bukan main lama kau tenung. Kau pandang siapa ni…haa?” usik pemuda itu.

Farhan senyum nipis lalu memasukkan tangan dalam poket seluar hitamnya. “Aku tengok bini aku laaa. Shopping barang baby sikit.”

“Are you serious? Baby???” Terbuntang biji mata Eriq. Wajah bekas ketua pengawas itu tenang sahaja.

Yes. 5 month. InshaAllah tahun ni aku bergelar ayah.” Balas Farhan lagi.

Eriq tepuk bahu Farhan berulang kali. “Tahniah, dude!” ucap Eriq seikhlas hati. Serius dia memang tak sangka. Agak lama juga tak jumpa Farhan serta Humairah. Jika jumpa pun terserempak semasa hendak jumpa client. Tak sangka pasangan yang sudah berkahwin lebih 4 tahun itu bakal menimang cahaya mata. Dari kejauhan Eriq lihat Humairah sibuk membandingkan botol susu sambil ditemani promoter. Langsung tak perasan keberadaan dia di sini. Anak matanya turun memandang perut yang besar disebalik pakaian yang disarung ke tubuh wanita itu. Tahniah Mai! Makin cantik Mai sekarang. Pujian hanya terluah di jiwa. Cakap depan-depan kang kena sebijik dengan laki Mai. Naya cheq!

“Eh, ni kau sorang je ke?” soal Farhan apabila Eriq berpakaian kasual. Mustahil kalau jalan sorang-sorang dalam mall. Itu bukan perangai Tengku Hadzriq yang dia kenali.

Nope. Dengan kawan.”

Are you sure ‘kawan’? Or girlfriend?” usik Farhan hingga membuatkan Eriq sengih nampak gigi. Tertunduk malu gituuuuu. Geli je. Ahaks!

“Baru nak kenal hati budi.” Jawapan sopan selamat dari bekas playboy. Farhan sengih seraya jungkit kening berkali-kali.

“Siapa perempuan yang dapat tambat hati kasanova kelas pertama ni?” sakat Farhan lagi. Eriq juih bibir. Ceh! Saja pekena member…!

“Dia pergi toilet jap.”

Sejurus Eriq berkata demikian, seorang wanita berbaju kurung muncul dengan memanggil namanya membuatkan Eriq berpaling ke belakang dan sekaligus menyebabkan Farhan juga tertoleh sama. Bebola matanya jelas membesar.

“Ammy?” Farhan tercengang. Eriq? Ammy? Both of them…?

Ammy pandang Eriq dan Farhan bersilih ganti. Kemudian pandangan dihala ke Eriq. You, habislah kita….. rahsia dah pecah! Kantoi dengan Farhan pulak tu!

“Nampaknya kau kena explain dekat aku.” Farhan senyum sinis.

Eriq dan Ammy telan liur. Gulp!

****

“PENATNYA…”

Farhan geleng kepala bila dengar aku mengeluh. Dia sudah baringkan tubuh di atas tilam empuk manakala aku duduk di kerusi meja solek.

“Tulah, shopping tak ingat dunia.” Sindir dia.

Aku mencebik. “Bukan selalu kan. First time tau kita beli semua ini.” balasku tak mau mengalah.

“Ada je jawapan dia.” Aku buat simbol peace. Semasa hendak menanggalkan makeup, mataku terarah pada Farhan dari cermin meja solek. Tampak dia meraba bawah bantal.

‘Mencari surat itukah?’ bisik hati kecilku.

Farhan tak sedar dirinya diperhatikan. Selepas mengesan keberadaan surat itu, barulah dia bermain dengan telefon bimbitnya. Masih tak mahu menyatakan perkara sebenar kenapa hendak disembunyikan dari isteri tercinta.

Aku mengumpul kekuatan dan semangat. Tarik nafas… hembus. Bismillahirrahmanirrahim.

“Abang,” panggilku perlahan.

“Hmm?”

“Abang ada sorokkan sesuatu dari Mai ke?” Pertanyaan itu membuatkan Farhan kerut kening.

“Maksud Mai? Abang tak faham.” Aku pejam mata. Haish. Dia nak main tarik tali pula.

“Sebab Mai rasa abang ada sembunyikan something. Pasal diri Mai.” tekanku lagi.

Farhan geleng kepala. Tengok tu! Masih tak mengaku lagi. Sabar aje la.

“Ada tak orang beri surat pada Mai?” Hah! Ambik! Direct terus aku bagi. Tampak jelas dia tersentak. Rahangnya bergerak-gerak. Matanya merenungku tajam. Lama pandangan itu tidak kulihat. Tiba-tiba ada rasa gerun di hati.

“Mai dah baca surat tu. Kenapa abang sembunyikan dari Mai? Bila Aki bagi pada abang? Kenapa abang tak beritahu Mai?” tuturku perlahan. Aku perlukan penjelasan.

Lama Farhan diam hingga aku merasa lelah. Lelah kerana menunggu sebuah jawapan. Nampaknya harapan untuk ketahui tipis. Biarlah Farhan buka mulut sendiri jika dah sedia. Malas mahu memaksa. Toner Safi kuambil sebelum ditepek atas kapas.

“Pegawai penjara serahkan surat pada abang semalam.” Barulah kedengaran suaranya membuatkan ayunan tanganku terhenti.

“Sebenarnya bukan abang tak nak beritahu Mai. Tapi abang takut. Aki masih lagi cintakan Mai. Iaitu isteri abang sendiri. Hati suami mana tak cemburu. Hati suami mana tak sakit bila ada lelaki lain menyukai isteri sendiri.” Terkedu aku seketika. Luahan Farhan yang jarang didengar…

“Walaupun dia dah dipenjarakan, kebarangkalian untuk dia dapatkan hati Mai tetap ada. Dia ceritakan segalanya dalam surat. Sebab tu abang tak berani bagi Mai surat tu. Abang tak sanggup.” Keluh Farhan.

Aku bingkas bangun lalu menghampirinya. Lengan Farhan kuelus perlahan. Wajah Farhan tampak risau. Risau respon aku mungkin. “Mai tetap milik abang. Selamanya Mai milik abang. Hati Mai, diri Mai, cinta Mai semuanya kepunyaan abang. Mai tak pernah cintakan Aki. Mai hanya cintakan seorang lelaki bergelar suami.” Luahku sayu.

Jujur dari hati aku lihat Farhan berasa kedudukannya tergugat dek kehadiran surat ‘cinta’ Aki untuk aku. Tetapi aku tak boleh menipu diri. Memang takde perasaan C.I.N.T.A pun untuk lelaki bernama Ammar Baihakki! Hanya Tengku Amirul Farhan bertakhta di hati. Ketua pengawas yang aku sayang bagai nak mati.

Farhan kalih renung wajahku. Pipiku diusap. Mata tak lepas merenung. “Abang tak nak kehilangan Mai. Cukup la apa yang pernah jadi sebelum ni. Abang tak sanggup,”

Aku menggenggam erat jemarinya. Tautan yang takkan terlerai hingga nafas terhenti. “Abang sentiasa ada dalam hati Mai. Percayakan Mai.” balasku bersungguh.

Farhan senyum nipis. Tiada lagi keraguan. Tiada lagi kegusaran yang bersarang di atma. Kini bolehlah dia bernafas lega. Kertas bawah bantal diambil lalu direnyukkan dan dibuang dalam bakul sampah.

Aku juga tersenyum. Namun senyumanku mati apabila terasa loya ditekak. Farhan pandang pelik. “Kenapa sayang?”

Aku tak menjawab sebaliknya terus berlari ke bilik air. Membuang segala isi perut yang memualkan tekak. Pili air dibuka. Aku berkumur untuk hilangkan rasa pahit masam.

“Sayang okey tak?” Aku hanya mengangguk. Lemah. Nak jalan pun tak terdaya. Cepat aku baringkan tubuh ke tilam.

Farhan nak sentuh namun pantas aku menghalang. “Err… jangan peluk. Bau abang busuk. Nanti Mai muntah lagi.” Jawabku sambil picit dahi.


“Hahhhhhh??? Busuk???” Farhan terlongo. 

No comments:

Post a Comment