Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Tuesday 9 February 2016

SPECIAL EDITION 4

 : RAHSIA… :


BUTIK AMMELIS agak lengang berbanding kelmarin. Melihatkan waktu masih pagi sekitar jam 10 membuatkan dia terfikir bahawa terlalu awal untuk customer datang. Langkah dihayun semula ke ofis sebelum punggung dihenyak ke kerusi. Laptop yang terpadam dinyalakan semula. Website jenis-jenis kad undangan perkahwinan yang dicari masih belum ketemu yang menarik idaman hati walau beribu contoh terhidang di hadapan mata. Aduhai, sakit kepala nak fikir hal nan satu ini! Boleh tak kalau nak kahwin je tak usah jemput-jemput guna kad? Leceh! Gerutu Ammy.

Tok! Tok! Tok!

Come in!”

Seorang wanita berambut panjang mampir lalu menyerahkan sepucuk sampul surat putih membuatkan dia mengangkat kepala memandang setiausahanya. Namanya tertera di atas sampul itu menimbulkan persoalan di benak.

Pardon?”

“I dapat dari staff kita. Kata dia ada seorang lelaki berkemeja beri padanya dan kemudian lesap. Staff tak sempat tanya nama.” Gadis bertag nama Lola mengunjukkan envelope itu pada ketuanya yang masih tertanya-tanya.

‘Lelaki? Pardon! Bila masa aku ada secret admirer?’ Pening kepala otak Ammy. Satu masalah lagi! Haih, bertimpa masalah yang datang.

Okay thanks. You may go now.” Lola menunduk badan sedikit lalu keluar dari ofis ketuanya.

Ammy mengurut kepala yang tiba-tiba sakit sebelum menarik envelope tersebut. Pening memikir hal perkahwinan yang tak lama lagi. Selepas itu datang pula masalah baru! Takkan la Eriq nak main-mainkan dia. Saja buat prank! Dia terpandang tulisan dihadapan surat tersebut yang menyatakan namanya sebelum jari membuka sampul surat misteri itu. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat kepingan gambar tersebut. Badan terus menegak! Mata membulat besar.

“Farhan? Humairah?”

Jemari dilarikan pada seraut gambar bekas kekasih tak jadinya bersama Humairah yang sedang tersenyum di salah sebuah kedai makan. Gambar ini seperti gambar yang diambil curi-curi. Tapi… apesal gambar ini diberikan kepadanya?! Petunjuk apakah ini??? Ammy yakin dia sudah lama tidak menghubungi jejaka terhangat yang pernah menjadi igauannya selama ini. Dia malu! Dia sedar akan kesilapan lalu yang mengajar dia sesuatu berharga. Akibat kes pembuangan sekolahnya dahulu, dia pulang ke Sydney bersama grandma. Dua tahun memperbaiki diri dan dibambu mommy daddy membuatkan dia mendapat satu kekuatan. Semangat untuk meneruskan kehidupan. Jikalau tidak kerana asuhan dan didikan grandma, pasti dia sudah bunuh diri hanya kerana cinta monyet yang tak pasti.

Khayalan termati apabila pintu biliknya diketuk lagi. Terjengul kepala Eriq a.k.a Tengku Hadzriq sambil tersenyum.

Busy ke?”

Nope. Masuk la.” Ajak Ammy. Bagus, Eriq sampai tepat pada masanya!

Eriq masuk lalu duduk di kerusi berhadapan Ammylea. “How are you today, my love?” tanya Eriq sengih.

Ammy mencebik. Love sangat! “Makin ‘fine’ lepas you pergi Paris tanpa beritahu I!” gerutu Ammy lagi. Eee rasa nak cepuk-cepuk aje mamat daring depan dia ini!

Eriq ketawa berdekah-dekah. Agak dah! Pasti hal itu yang akan diutarakan Ammy. Bukan sengaja dia hendak meninggalkan kekasihnya itu tetapi perkara itu diluar kawalannya. Tahu-tahu saja setiausaha syarikatnya telah membeli tiket penerbangan ke Paris atas urusan bisnes sebab daddy tak dapat pergi atas masalah kesihatan. Semua dah diuruskan! Apa lagi dia boleh kata. Sudahnya Ammy merajuk dua hari. Ketawanya terhenti apabila ternampak beberapa kepingan gambar terdampar di atas meja. Serta merta Eriq mengerutkan dahi.

“Kenapa ada pic diorang atas meja you?” soal Eriq hairan. Selebihnya dia terkejut jua.

Ammy mengeluh. Eriq dah salah faham. “Kalau I cerita you tentu tak percaya. And you akan fikir I dah berubah jadi Ammy yang dulu.”

“Maksud you?” Eriq kurang mengerti.

“Tadi ada orang hantar envelope ni pada staff I. Katanya lelaki. Secretary I terus serahkan pada I bila ada nama I atas surat ni. Tapi nama pengirimnya tak ada. I pening sekarang ni tau tak! Apa function picture Maira and Farhan di hantar pada I?” Ammy urut dahi yang tiba-tiba berdenyut.

Eriq mengambil gambar itu lalu dilihat. Humairah dan Farhan. Dua-dua pernah menjadi orang terpenting dalam hidupnya dahulu. Seorang yang dipuja… seorang musuhnya kini menjadi sahabat baiknya. Namun dia dah lama tak contact Farhan kerana masing-masing sibuk dengan kehidupan baharu. Kali terakhir dia jumpa pun pada hari perkahwinan mereka.

“You pasti you tak upah sesiapa, Ammy?” tanya Eriq meminta kepastian. Mata gadis itu direnung sedalamnya. Mencari bukti. Apakah Ammy….?

“Ya Allah, Eriq! I dah tak buat benda-benda jahat tu lagi. You tak percayakan I ke?!” bengang Ammy bertambah-tambah. Eriq seperti dah tak percayakan dirinya lagi. Sudahlah dia hangat perihal majlis yang akan tiba tak lama lagi. Envelope putih Maira Farhan. Now Eriq bagai hendak menuduh dia pulak! Arghhh…!

“Jumpa dia orang pun tak! Nombor pun I tak tahu! You ingat I desperate sangat ke nakkan Farhan lagi? Dah tu selama ni kasih sayang I kat you tu apa?!” hambur Ammy geram. Campak bangunan kang baru tau!

Eriq ukir senyum. Ammy menjeling tajam seraya memeluk tubuh. “Senyum pulak!” Orang geram, dia senyum. Sakit hati kita!

“I tau you sayang I.” Ammy mendengus lagi sambil juling mata ke atas. Lain orang tanya, lain dia jawab!

“Okey… okey. Now focus our topics. First, baik you tengok CCTV dulu. Siasat siapa boy yang hantar surat ni dan waktu dia sampai ke butik. Lepas tu kita bincang macam mana nak cari dia. I rasa mamat ni akan hantar lagi benda macam ni pada you. Motif I tak tau.” Idea kekasihnya membuatkan Ammy tersenyum gembira.

“Haah kan? Camera! Adui… kenapa I tak terfikir benda tu dari tadi lagi? Thanks, dear.” Ammy bangun ingin ke bilik pengawal yang menempatkan kesemua CCTV di dalam butiknya. Namun langkahnya mati apabila lengan blousenya dipaut Eriq yang enak duduk di kerusi. Tiada tanda-tanda hendak bangun.

Why, Eriq?”

“Yang you nak tergesa-gesa sangat ni kenapa?”

“Riiiiiiq…. I tak nak benda ni mengganggu hidup baru I! I nak freedom! I tak mahu bertangguh!” tegas Ammy.

“Okey I tahu but apa kata kita pergi makan dulu. Dah pukul berapa sekarang ni. Lagipun you bukan boleh makan lambat. Nanti sakit perut lagi. I juga yang susah.” Perli Eriq pulak.

Ammy menggeleng. “I tak lapar.” Dia hendak pergi namun Eriq menariknya lagi membuatkan Ammy mendengus marah.

“Tengku Hadzriq!”

“Lapar tak lapar belakang kira. I nak bawa you pergi makan jugak! Jangan sampai I dukung you biar staff and satu mall nampak!” ugut Eriq. Kali ini dia pula tunjuk tanda-tanda nak marah.

“Eriq, you tahu I particular hal-hal macam ni kan? Ini ada kaitan dengan Humairah dan Farhan. You tahu kan Maira tu macam mana? I takut lelaki yang hantar ‘benda’ ni pada I bertujuan nak porak-perandakan rumahtangga diaorang! And lelaki tu berniat jahat nak kenakan I! Kot dia pun buat benda yang sama, pergi hantar pic photoshop I ngan Farhan macam mana?! Karang Humairah datang serang I! Dunia sekarang macam-macam boleh jadi, Eriq. I tak nak perkara macam ni ganggu life I! I penat tau tak! Cukup la dulu I jadi jahat rosakkan hubungan orang. Padahnya I dah terima,” tegas Ammy lagi.

“Ye I tau tu. But you kena bertenang dulu. Benda macam ni bukan semudah ABC untuk cari jalan penyelesaian. Kena duduk berbincang, fikir idea, fikir baik buruk. Tapi keutamaan sekarang ni ialah kesihatan you, Ammy. You bila dah start ‘pegang’ sesuatu, kesihatan you tak jaga. Itu yang I tak suka,” Terang Eriq berlembut. Kekerasan berjumpa kekerasan takkan jadi apa-apa. Biarlah dia jadi air untuk menyejukkan hati gadis yang dia sayangi.

Ammy menghela nafas. Eriq sangat sensitif akan kesihatannya sekarang. Susah juga ada orang yang sayang kita ni. Isk!

“Okey kita pergi makan. Nak makan mana? KFC? Pizza? MCD? Chicken Rice Shop? Kenny Rogers? Pilih je. You bayar kan?” perlian Ammy membuatkan Eriq meletus tawa. Nampak sangat Ammy bengang padanya.

No fast food. Kita makan nasi hari ini.” Muktamad!

Ammy menganga besar. What?! Eriq senyum senget. Nasi beriani, Ammy. I know you hate it. But… who cares. Haha! Jahat betoi Eriq no!

***



FARHAN hanya menggeleng kepala melihat tubuh isteri yang membelakanginya. Rajuk Humairah belum berkesudahan. Selepas balik dari hospital tempoh hari nampak mood okey, ceria aje selepas disahkan hamil. Namun kini rajuknya kembali. Farhan duduk di birai katil lantas membuka stoking kaki.

“Sayang…” panggil Farhan tetapi tiada sahutan.

“Humairah,” panggilnya lagi. Kini butang baju dileraikan satu per satu. Dia kerling isteri yang masih diam di sebelah sana. Boring jugak hadap benda yang sama setiap hari. Tapi apa boleh buat. Humairah sedang mengalami gangguan emosi waktu hamil. Anak dia jugak dalam perut tu. Hmm layankan aje la, Han. Janji Mai tak hilang dari mata kau. Kau jugak yang panasaran!

“Tak surut lagi ke marah kat abang tu?” tanya Farhan tanpa memandang.

“Tak!” jawapan Humairah membuatkan dia senyum.

“Nak abang buat apa supaya marah tu kurang?” Farhan soal lagi sambil melabuhkan badan ke tilam empuk. Perlahan dia mengesot mendekati belakang isterinya. Ada jugak kena peluk dari belakang ni karang sayang oi! Merajuk aje tau.

“Tak payah buat apa-apa!” bidasku geram.

“Hmm… okey. Kalau gitu abang nak tidur la.” Usikan Farhan berjaya membuatkan aku bingkas paling menghadapnya yang sedang tersenyum kemenangan. Suka la tu kenakan aku! Isk! Dengan perasaan geram membuak-buak di dada, badannya kucubit. Terjerit-jerit dia cuba mengelak ketangkasan jemari Isteri Ketam.

“Sakit la. Apa ni. Suami balik minta dibelai. Ini suami balik kena cubit.” Gerutu Farhan. Alah, bukan sakit manapun. Acah-acah mak enon je. Setakat Maira yang cubit takde hal la. Orang putih kata small the pieces. Haha!

“Padan muka abang!”

“Ini yang nak angin aje kenapa?” Farhan selami hati isteri yang meradang.

“Abang tulah! Dah berapa kali janji nak makan sama tapi asyik cancel je. Dah tu bila balik bukan nak pujuk isteri merajuk. Boleh buat derk je! Eeee sakit hati Mai tau tak!” Pinggangnya pula jadi sasaran untuk digutis namun Farhan cepat menangkap pergelangan tanganku. Nasib la… siapa suruh duduk dekat kan!

“Alaaa sorry la. Bukan abang sengaja nak batalkan. Emergency kat ofis. Takkan abang nak tinggalkan macam tu je. Fareez bukan tahu sangat nak handle.” Jelas Farhan perkara sebenar.

Aku mencebik bibir. Asyik asyik emergency! “Habis tu kalau Mai yang emergency kat rumah ni macam mana pulak?! Abang tak hiraukan pun kan!” teriakku lagi. Nak menangislah macam ni! Huwaaaa mamaaaaaa!

Farhan hanya mampu tahan bingit telinga mendengar bebelan isterinya. Nak bagi setaman dengar gamaknya! Farhan tiba-tiba mendapat satu akal. Aku yang tengah syok berleter terkejut apabila tubuhku dipaut dan dibaringkan di sisi Farhan. Pantas betul! Dah tu sempat dia kucup bibir membuatkan aku terdiam sejenak sebelum memukul dadanya.

“Eeee! Tengok tu! Amek kesempatan!” marahku masih bersisa.

Farhan senyum senget. “Dah tu asyik membebel je. Cair tahi telinga abang tau tak. Nanti menjejes sape nak lap? Mai lapkan. Nak?” gertak dia.

Aku menjuling mata ke atas. Selekeh! Eee tak dapat dia bayangkan. Aiyer…!

“Anak abang sihat tak hari ni?” Perutku yang masih kempis diusap Farhan penuh kasih sayang. Hati yang hangat menjadi terus dingin. Dapat aku rasakan Farhan tak sabar hendak menimang cahayamata kami. Setiap pulang dari kerja, pasti dia akan usap perutku dan bertanyakan khabar baby. Aku yang nak ‘meletup’ pun tak jadi tau. Sejuk hati. Bertambah salju dalam hati tatkala Farhan memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran kepada baby dalam perut ini. Hinggakan aku terlena di sisinya. Lena yang tenang.

“Sihat. Mai bacakan surah macam selalu tu.” kataku sambil senyum manis. Perut kutepuk perlahan. Baby sayang, ayah awak dah balik ni! Hihi.

Farhan juga tersenyum. Pipi kananku dikucup lama. “Thanks sayang. Abang happy sangat.” Dia menunduk mengucup pipiku lagi. Pipi Farhan kutepuk perlahan. Mai pun happy abang. Happy tak terkata. Selama ni Mai cemburu lihat wanita berbadan dua. Diorang pakai baju mengandung. Perut memboyot ke depan. Beli barang baby. Mai inginkan semua tu. Mai selalu berdoa pada Allah supaya kalau Mai mengandung satu hari nanti, Mai akan jaga anak Mai sebaik mungkin. Anak Mai akan dapat sepenuh kasih sayang dari Mai dan abang. Moga-moga anak kita cemerlang dunia dan akhirat. bisikku di sanubari.

So lepas ni abang kena selalu jaga perasaan Mai. Tak boleh cakap dengan perempuan lain tanpa izin Mai. Ada faham?” ugutanku yang tiba--tiba membuatkan Farhan ketawa.

“Habis tu macam mana abang nak cakap dengan bebudak ofis abang?” balas Farhan lembut. Layankan aje la perangai ibu mengandung ni. Emosi tak stabil memang beginikah? Haha! Jahat Farhan ea.

“Suruh Fareez aje yang cakap! Abang buat kerja je!” tegahku. Ala-ala mengarut jugak idea aku ni kan! Huhu.

“Mana boleh macam tu. Nanti pekerja abang cakap abang sombong dengan diorang.” Rambut isterinya yang terjuntai atas dahi disauk ke belakang telinga.

“Mai tak kira! Abang cakap dengan diorang siap la. Mai kerat abang macam ayam.”

Farhan anggukan saja. Bukan takut bini. Malas nak cari gaduh. Karang bilik tidur jadi zoo negara payah jugak nak mengemas. Paling susah kalau kena humban luar. Payah! Payah! Sudahlah dia sekarang tidur mesti ada bantal peluk disebelah. Maira la. Siapa lagi! Haha.

“Dan Mai tak mahu abang jumpa Dhia!” Farhan jungkit kening. Bau-bau kuali hangit cemburu…

“Kalau dia datang rumah macam mana? Takkan nak halau?”

“Motif dia datang? Nak goda abang? Abang pun sukalah digoda perempuan seksi macam dia, kan?” sinis bicaraku membuatkan Farhan terdiam sejenak.

“Ini melalut apa ni.” Runsing Farhan. Ada saja tak kena di mata Humairah. Sangkanya, perang dingin mengenai Dhia sudah selesai. Rupa-rupanya ada episode baru!

“Mai tak boleh lupa apa yang dia dan mak dia cakap pada Mai tahu tak,” sayu suaraku menahan hiba.

Farhan mengusap belakangku dengan elusan lembut. Dia tahu Humairah masih terasa. Ditambah lagi emosi ibu hamil. “Dah la. Allah nak buktikan kata-kata dia sebenarnya salah. Tengok sekarang, Mai mengandung kan? Kita bersyukur apa saja nikmat yang Allah beri. Kalau Mai tak mengandung sekalipun abang tetap sayang isteri abang ni. Susah tau abang nak tackle hati dia yang macam aisberg ni…”

Aku juling mata ke atas apabila dikatakan aisberg.

“…lepas tu dia buat perangai tak semenggah dia tu… nak putus tunang la… putus cinta la… nasib tak putus jari.”

Aku mencubit perutnya. Isk abang ni! Farhan menyeringai. Lalu mengukir senyum kacak.

“…tapi Allah tetap kata jodoh dia dengan abang. InsyaAllah selagi abang masih waras, masih berakal, masih kenal mana satu kebaikan mana satu keburukan, Mai seorang je isteri abang. InsyaAllah dunia akhirat isteri abang.” Ubun-ubunku dikucup lama tanda meyakinkan aku bahawasanya aku selamanya di hati dia.

Pelukan Farhan semakin erat. Aku membalasnya. Tenang dalam dakapan suami. Terapi yang amat baik.





***BANGUN tidur saja, aku pantas lihat jam loceng. 7.30 malam! “MasyaAllah! Maghrib!” Kalut aku berlari ke bilik air untuk menyucikan diri. Nasib tak terjatuh kerana tergelincir. Perutku harus dijaga baik! Lima minit kemudian, aku keluar lalu membentang sejadah. Kain telekung pantas kuambil. Usai berdoa untuk kesejahteraan ibu bapa, keluarga, sahabat handai dan juga rumahtangga yang dibina, aku menanggalkan telekung sambil mata meliar mencari sekeliling. Dari aku bangun, solat dan kini dah habis solat… bayang suami pun tak nampak! Sudahlah terbangkit lewat. Ini gara-gara tidur tadi la ni!

“Dapur kut.” tebakku.

Langkah diatur ke ruangan dapur untuk mencari tubuh sang suami namun langsung tidak kelihatan. Mana pergi dia ni? Solat dekat masjid ke? Tak hantar mesej pun! Telefon bimbit kuletak atas meja makan sebelum bergerak ke kabinet untuk minum segelas air. Niat hati ingin memanaskan semula masakan tengahari tadi. Abang pergi kedai kejap rasanya, telah hati.

Baru dua teguk cecair jernih itu melimpahi ruang tekak, telefon ku berbunyi menandakan satu mesej diterima.

Gelas tadi aku cuci sebelum keringkan dan langkah kaki mula ke arah meja. Dahi berkerut seribu tatkala membuka folder mesej tersebut.

‘Abang?’  Darah terus menyerbu naik ke kepala. Panas membakar! Mesej yang dihantar orang tak dikenali itu membuatkan jantungku berhenti berdegup. Jemari statik tak bergerak. Nafasku bagai terhenti.

Gambar Farhan sedang tersenyum bersama seorang wanita yang aku ingat-ingat lupa wajahnya akan tetapi dapat kurasakan aku pernah jumpa dia. Siapa perempuan ini? Ada apa dia jumpa Farhan? Lokasi seperti di salah sebuah restoren. Farhan keluar rumah sebab inikah? Tanpa mengejutkan isteri! Tanpa memberitahu arah tujuannya? Tanpa memberi apa-apa nota sebelum keluar rumah? Takut aku tahu muslihat sebenarnya?

Rasa cemburu bercambah di hati. Mata tak semena-mena basah. Hati dirundung sebak. Teringat kembali kata-katanya petang tadi sebelum aku tertidur di sisinya. ‘InsyaAllah selagi abang masih waras, masih berakal, masih kenal mana satu kebaikan mana satu keburukan, Mai seorang je isteri abang. InsyaAllah dunia akhirat isteri abang.’

Selama ini aku ditipu? Setitis air mata gugur ke meja makan tanpa aku mengelapnya. Hati sakit sangat! Tangan kuletak di dada sambil terduduk atas kerusi.

‘Kenapa abang buat Mai macam ni? Kenapa seksa hati Mai lagi, abang? Tak cukup ke kasih sayang yang Mai berikan? Mai tengah mengandungkan anak abang!’ rintihku menahan kepiluan.

Telefon kucampak semula atas meja. Tak kupeduli siapa yang hantar mesej tersebut. Apa yang pasti hati terlalu sakit. Teramat sakit. Bagai dihiris-hiris belati tajam. Mama, Mai tak tahan lagi duduk sini! sebakku.

***




FARHAN memarkir kereta di garaj. Jam tangan menunjukkan pukul 8.45 malam. Nasib baik dia sempat menunaikan solat maghrib di masjid. Baru tiba di depan pintu rumah, Farhan teringat sesuatu. Fail dalam kereta!

“Esoklah ambik.” Ujarnya sendiri. Malas pula berpatah balik.

Salam diberi sebelum mengunci pintu. Farhan lihat sekeliling. Aik, takde sahutan pun. Selalunya Humairah akan menjawab walaupun dia di bilik. Memasak ke? Atau solat isyak? Farhan kerling jam di tangan. Kunci kereta disangkut bersama gugusan kunci yang lain di tepi pintu. Ayunan kaki menghala ke dapur. Kot-kot ada la jumpa ‘teddy bear’ tersayang. Namun hampa apabila hanya lampu saja dipasangkan. Farhan memanjat tangga menuju kamar beradu. Ingin mencuci seluruh badan yang berbau. Duduk pulak dekat dengan penghisap rokok. Habis baju bau rokok! Mesti Mai ada dalam bilik, fikirnya.

Namun kaki Farhan statik di hadapan pintu apabila menyedari tiada Humairah di bilik itu. Ah sudah! Mana dia pergi?! Farhan kalut cari Humairah di setiap sudut. Bilik air, bilik solat, bilik bacaan sehinggakan dalam almari pun dia cari. Mana tau kot-kot Humairah ajak dia main sembunyi-sembunyi tetapi amatlah mustahil! Memalam pulak tu! Bilik stor juga dituju namun sangkaannya benar.

“Mai, mana Mai pergi ni?” Bingung Farhan. Dia menyeluk poket seluar ingin menelefon isterinya itu namun apa yang digagau tiada.

“Allah! Handphone dalam kereta!” Farhan tepuk dahi. Berlari dia keluar rumah menuju kenderaan. Telefon yang terletak elok atas dashboard diambil. Skrin cuba ditekan namun tiada apa yang menyala. Ah sudah! Bateri habis pulak! Farhan rasa nak gila. Bini hilang, telefon takde bateri! Allahu… titipkan aku kesabaran. Dalam fikirannya hanya satu. Isteri!

Dia berkira-kira hendak menelefon polis saja waktu ini namun terbantut tatkala satu objek menarik perhatiannya.

Sebuah kereta berhenti di hadapan rumah membuatkan kepala tertoleh. Pintu pagar automatik terbuka sendiri lalu kereta Proton Saga FLX itu pun memasuki pekarangan halaman rumah menimbulkan benak di sanubari. Akan tetapi selepas melihat gerangan pemilik kenderaan itu, dia menghela nafas lega.

“Yana,” tegur Farhan. Ingatkan siapa tadi.

Yana senyum sebelum memberi salam kepada abang iparnya. Dia menjawab salam seraya melirik seorang lagi wanita yang baru keluar dari perut kereta. Humairah! Farhan menghembus nafas lega sekali lagi. Serasa beban yang dipikul sebentar tadi lenyap.

“Dari mana ni?” Sengaja Farhan bertanyakan soalan itu. Dan sengaja juga dikuatkan suaranya agar ‘orang’ di sebelah sana dengar. Bagai nak gila dia mencari sampai berpeluh satu badan. Rupa-rupanya si isteri keluar dengan adik dia! Sungguh lahai Mai buat kepala abang pusing 360 darjah tahu tak???

Yana kerut kening sebelum jungkit kening sebelah. Aik, bukan ke tadi dalam kereta Kak Mai kata dah hantar mesej pada Abang Amirul?

“Abang Amirul tak dapat mesej dari Kak Mai ke?” soal Yana keliru.

Farhan laju menjawab ‘tidak’ namun apabila dikenang kembali… memang la tak dapat. Telefon takde bateri! Kong! Aduuu

“Bateri abang kong, Yana.” Jelas Farhan perkara sebetulnya. Handphone digawang-gawang ke udara.

Aku di sebelah kereta mencebik. Kong sangat! Cakap aje la tak nak ada gangguan waktu dating! teriakku di hati. Malas nak ambik pusing apa yang diorang bualkan, langkah kaki terus ke pintu rumah. Buat sakit hati aje! Sudah berapa banyak aku ditipu entahlah. Air mata pun dah kering nak menitis. Serasa nak bakar rumah ni pun iya jugak!

Farhan pandang saja langkah isterinya sebelum merenung Yana yang tampak tidak bersalah itu.

“Kenapa dengan kakak tu?” Yana hanya angkat kedua-dua bahu. Sebenarnya dia tahu, tapi dia takkan sesekali masuk campur. Itu hal rumahtangga kakak dan abang ipar. Dia tiada hak. Nanti berkait, pening segala urat di kepalanya.

So, boleh tak Yana nak tumpang semalam dekat rumah ni? Esok Yana balik semula ke Melaka.” Kata-kata Yana menyentak lamunan Farhan.

“Errr Yana tanya apa tadi?” Farhan garu kepala. Yana menggeleng. Sah angau!

“Boleh tak Yana tumpang semalam dekat rumah ni? Esok balik Melaka semula.”

“Sehari je? Kenapa rushing sangat?”

“Lorh. Ini pun kira bersyukur dapat lari sekejap dari poli tau.”

Farhan saja membeliak mata. “Ponteng la ni?” duga dia.

Yana sengih kambing. Hehe! “Tak ponteng. Mengelat aje.” Sama aje perangai macam Kak Mai. Haha!

Farhan menggeleng sambil senyum. Yana… Yana… “Dah jom masuk.” Kemudian mereka bersama-sama masuk dalam rumah.





BILIK TIDUR yang sepi tadi ada perubahan tang soundtrack. Haha! Mana taknya. Tadi balik takde orang. Sekarang bunyi air. Farhan sandar di kepala katil sesudah solat isyak . Tangan menyelak halaman buku kepunyaan Humairah. Buku ibu hamil. Kata doktor, bukan setakat ibu sahaja yang perlu baca tapi suami juga digalakkan baca untuk sama-sama mengetahui apa yang patut dilakukan sewaktu isteri sedang mengandungkan zuriat.

Pintu bilik air dibuka. Semerbak wangian menerobos hidung Farhan. Bau kesukaannya. Mata memerhati sang isteri yang buat-buat tak nampak akan kehadirannya. Humairah siap berpijamas. Saat isterinya mahu berbaring ke katil, Farhan bersuara.

“Nak tidur dah?”

“Hmm.” Dingin balasan yang diberi membuatkan benak Farhan dihantui sesuatu. Humairah marahkan diakah?

“Sayang marah abang ke?”

“Buat apa nak marah. Takde faedah pun.” Balasku sedikit kasar.

“Habis tu kenapa jawab macam tu? Macam marahkan abang je.” Farhan tarik muncung apabila tiada sahutan daripada isterinya. Dia merapatkan tubuh ke tubuh Humairah. Rambut isterinya yang telah kering dengan pengering rambut dibelai. Mujur juga Humairah tiada alahan pada body odour Farhan seperti sesetengah suami lain ketika isteri mereka hamil. Kalau tak, hancusss hidup. Kena tidur luar!

“Mai…” leretan suara itu membuatkan aku mendengus. Time-time camni la nak menggedik!

“Abang lapar.” Kata-kata itu membuatkan aku berpusing mengadapnya.

“Lapar?” Farhan angguk kepala. Perut berbunyi dah ni. “Tadi petang bukan dah makan?” soalku tegas. Kenyang sangat tengok muka perempuan tu gamaknya! Hati sinis.

Farhan kerut dahi. “Mana ada abang makan petang tadi.”

Aku senyum sinis. Menipu lagi tu… “Kalau abang lapar, abang pergi dapur. Mai dah panaskan lauk tengahari tadi sebelum keluar.” Jawabku. Betul-betul melancarkan perang nih!

Farhan pegang bahu aku sebelum aku mengiring badan ke kiri. “Tadi pergi mana?” soal dia ingin tahu.

“Tak pergi mana-mana.” Jawabku dingin.

“Jangan tipu abang, Mai.” Mendengar suara mendatar itu membuatkan aku gigit bibir. Tahu bahawa Farhan serius.

“Kalau Mai pergi pun, abang bukan peduli kan?” Aku senyum pahit.

Mencerlung anak mata Farhan. “Apa Mai cakap ni?” suara Farhan berubah nada. Agak kehairanan di situ.

“Mai mesej abang sebelum keluar, Mai tulis Mai nak keluar dengan Yana sekejap. Tapi abang tutup phone. Salah Mai ke?” Ya! Aku tahu salah aku keluar rumah tanpa izin suami tapi aku tak sanggup bertahan. Mengenangkan Farhan keluar tanpa mengejutkan aku malah tidak meninggalkan secoret mesej. Dengan MMS bergambar yang diterima menambahkan rasa pedih. Kenapa makin teruk hubungan kita belakangan ni abang?

“Bateri abang mati. Bukan abang saja-saja nak tutup..” Terang Farhan lagi. Bukan pintanya bateri kong. Kalau dia tahu Humairah ada hantar mesej, dah tentu dia balas.

“Okey Mai malas nak gaduh. Mai penat. Nak rest,” ujarku seraya menarik comforter namun ditahan dia.

“Abang cuma nak tau Mai pergi mana. Tu aje kan? Kenapa nak moody sangat ni?” Farhan asak menyoal.

Aku mendengus marah. “Mai pergi makan with Yana! Dekat Wali House!” Akhirnya terluah juga apa yang dibekukan.

Farhan  kerut dahi. “Wali House?”

“Yalah. Kenapa? Terkejut? Sebab Mai pergi makan kat tempat abang dating sama perempuan lain? Kan?” perliku sedas.

Tegak tubuh sang suami. Mata mencerun tajam anak mataku. Aku membalasnya. Berani Mai! Jangan takut. Pertahankan kebenaran kau! bisik akal.

“Ini apa pulak masuk cerita entah apa-apa ni? Mai sedar tak Mai cakap apa?” berang Farhan jadinya.

“Disebabkan Mai sedar lah Mai cakap. Abang pergi dating dengan perempuan lain petang tadi dekat Wali House waktu Mai tidur. Kannnn?” Aku menekan perkataan ‘kan’ itu. Bagi dia rasa sakit!

Wajah Farhan bertukar memerah. Lava-lava gunung berapi bakal meletus melawan gunung bola-bola api Humairah. Erk!

“Mana Mai tahu?” Soalan itu membuatkan aku ketawa. Jengkel bunyinya.

“Kenapa? Terkejut isteri abang boleh tahu?” aku senyum sinis. “Rahsia dah terbongkar la, abang. Selama ni Mai digula-gulakan abang. Mai kena tipu hidup-hidup! Abang curang belakang Mai!” jeritku tak tertanggung rasa amarah.

“Mai, dengar dulu penjelasan abang. Abang tak curang,” pinta Farhan seraya cuba menenangkan aku yang mula menggila.

“Abang ingat Mai percaya?! Dah la abang. Kalau abang tak suka Mai lagi, abang hantar Mai balik rumah mama Mai!” teriakku sambil menahan titisan air mata yang mengalir di pipi.

“Apa Mai merepek ni?!” Meninggi suara Farhan. Menindas suara isterinya yang meraung tak tentu hala.

“Habis yang ini apa pulak?” Gambar yang aku terima selepas solat maghrib tadi kutunjuk padanya. “Ini dikatakan merepek? Hah?” Sinis bicaraku.

Farhan terdiam. Telefonku dirampas dan ditilik. Air mukanya berubah sama sekali. Mata hazelnya merenung tajam mata aku buat kesekian kalinya.

“Mana dapat picture ni? Mai intip abang?” duga Farhan. Halkumnya bergerak-gerak.

Aku membulat mata. Air mata dikesat kasar. “Eh! Takde masa Mai nak intip-intip tau! Sekarang Mai nak tahu apa hubungan abang dengan perempuan ni?!” bentakku lagi.

“Siapa hantar gambar ni?” Farhan menanya serius. Orang tanya lain dia jawab lain!

“Sape hantar tu tak penting! Yang penting sekarang ni, kenapa abang tipu Mai?!” bentakku geram. Bantal kubaling padanya. Biar keluar kekabu! Biar takde bantal tidur malam ni! Biarrrr!

Farhan mengelak lalu menangkap pergelangan tanganku membuatkan sukar untuk aku melepaskan diri.

“Bila Mai dapat gambar ni?” Asak Farhan lagi. Marah bebenar rahsia bocor.

“Petang tadi! Seronoklah abang kan dapat jumpa girlfriend abang tu! Waktu senja lagi! Tak ingat solat maghrib ke?! Dah tu nak menafikan lagi.” hamburku sepuasnya.

“Abang dengan Ekin takde apa-apa, Mai.” Farhan masih berlembut cuba untuk melembutkan hati aku barangkali.

Stop it! Mai tak nak dengar apa-apa lagi! Mai kena tipu hidup-hidup selama kita kahwin. Abang kata abang sayang Mai, cinta Mai, Mai seorang aje isteri abang dunia akhirat tapi belakang Mai ada simpan perempuan lain! Abang tahu kan Mai pregnant sekarang ni?! Nak buat Mai cemburu?! Abang tak ingat, dalam perut ni anak abang?! Abang tak sedar ke hah??” sindirku tak berhenti. Bagai butir peluru yang keluar dari corong pistol. Tembak habis-habisan tanpa belas kasihan! Waktu ini serius aku lupa aku isterinya. Aku lupa akan dosa dan pahala.

Farhan hela nafas. Inilah dia orang kata. Cakap tanpa soal selidik. Dia tahu Humairah sedang beremosi. Tapi tak sangka pula sifat cemburunya teruk sekali. Tanpa pamitan, dia terus memeluk Humairah tanpa sempat isterinya menolak. Terlopong Humairah dibuatnya.

“Apa abang ni?” geram aku dibuatnya. Ambik kesempatan aje tahu! Dadanya kupukul sambil bergelut untuk merungkai pelukan. Itulah lelaki!

“Kalau Mai duduk diam-diam, baru abang lepaskan! Selagi tak diam, abang tetap peluk. Biar la sampai esok pagi ke, sampai Yana masuk bilik ni ke. Abang peduli apa!” Keluar sudah ugutan Farhan versi ketua pengawas membuatkan aku terketap-ketap bibir.

Farhan menarik nafas panjang sebelum dihembus perlahan. Ucapan menggunakan akal, Han. Bukan nafsu semata. Pandangan dilontar pada isteri yang elok diam dalam dakapannya. Serta merta senyuman nakal hadir.

“Senyap pulak dia. Suka la tu kena peluk,” usik Farhan.

Aku menjelingnya tajam. Memain pulak!

“Okey sekarang ni abang jelaskan perkara yang sebetulnya. But with one condition.” Tajam matanya memanah mata aku. “Sayang tak boleh menyampuk apa yang abang cakap. Dengar sehingga habis! Abang tak nak lepas ni ada lagi spekulasi pelik-pelik, nak marah tak tentu hala, baling bantal la, baling cadar la. Malu kalau Yana masuk tengok.” Dalam ucapannya terselit nasihat membuatkan aku memandang arah lain. Menyampah hati kita!

“Memang betul abang jumpa Ekin petang tadi. Pukul 6.30 petang waktu sayang tengah tidur. Abang tak nak kejutkan Mai sebab abang tahu Mai penat. Tiap-tiap pagi Mai muntah lepas tu buat semua kerja rumah. Kalau ikutkan hati abang, boleh je abang angkut Mai teman abang jumpa dia. Sebab abang lagi selesa kalau isteri ada dekat sebelah.”

Aku mencemik. Tak buat pun kan?

“Ekin minta jumpa di Wali House. Masa tu bukan dia seorang tapi ada kakak dia sekali, Kak Tini. Mungkin masa gambar ini diambil Kak Tini pergi cuci tangan. Abang tak tahu siapa yang ambil gambar ni. Demi Allah! Abang takde apa-apa perasaan pun pada Ekin. Kami jumpa atas dasar majikan dan pekerja sahaja. Dia bagi abang fail bahagian kewangan yang sepatutnya Fareez tengok sebelum balik kerja tadi tapi Fareez tak sempat nak ambik. Rushing sangat nak balik. Jadi dia mesej abang untuk jumpa pasal fail. Itu aje.” Ujar Farhan bernada biasa.

“Tapi kenapa mesti waktu senja? Takde waktu lain ke?” bangkang selagi boleh.

“Dia tak balik rumah lagi, Mai. Dia terus jumpa abang lepas balik ofis sama kakak dia. Fail tu penting. Dia tahu presentation kewangan syarikat seminggu lagi. Jadi dia kena serahkan pada Fareez.” talar Farhan lagi.

 “Masalahnya sekarang ni kenapa tidak Fareez? Kenapa mesti dia call abang?” tanyaku bertubi-tubi.

“Mungkin dia selesa bercakap dengan abang. As a boss.” Tekan Farhan apabila aku tarik muka.

“Nampak tak kat situ? Sebenarnya dia nak tarik perhatian abang. Eeee!” Cemburuku meluap-luap. Istighfar Mai. Istighfar.

“Dia tarik ke dia apa-apa ke biar je la. Yang penting Mai. Mai kat hati abang. Enough! Okey sekarang abang pula nak tanya Mai.” Pertanyaannya membuatkan keningku terangkat. Aku pulak kena soal siasat!

      “Mai kenal ke siapa punya nombor yang hantar mesej ni?” Serius sungguh wajah suami.

Terkelip-kelip mata aku saat terdiam sejenak sebelum menggeleng perlahan. Serius tak tahu! Bila dikenang semula, apa motif orang itu hantar mesej bergambar begini pada aku ek? Nak bagi aku cemburu? Bingo! Haah la! Sengal betul kau, Mai. Patutnya kau selidik dulu. Ini namanya serbu tak pakai helmet!

“Tak kenal,” jawabku perlahan.

Farhan mengeluh. “Sepatutnya tanya dulu siapa pengirim. Bukan serang abang,” Penuh sinis ucapannya membuatkan aku sengih sumbing. Hiks! Maaf abang…

“Mana la Mai sempat nak tanya. Kalau abang jadi Mai, apa abang buat dulu? So, bukan salah Mai okeh!” kataku menegakkan keadilan.

Farhan hanya mampu menggeleng. Sabar aje la dengan perangai isteri aku tu. Nasib isteri… nak marah pun terbantut. Hailah sayang… tengoklah mummy awak ni baby. Asyik nak cari gaduh dengan daddy je. Gerutu Farhan.

“Serius tak tahu?” pertanyaan suamiku dibalas dengan gelengan beserta wajah sesuci murni lebaran. Wajah innocent.

“Kalau orang ni bagi mesej lagi lepas ni… bagitahu abang. Jangan nak dendiam sorang-sorang lepas tu mengamuk tak tentu pasal. Terkejut baby tau tak.” Perli dia lagi.

Aku juling mata ke atas. Farhan ingin memiat telinga aku namun aku cepat melarikan sambil tergelak. Aku peluk Farhan ketat-ketat. Sayang abang!

Farhan hanya senyum saat melihat Humairah tergelak begitu. Ceria aje. Tidak mahu si isteri tahu apa yang sedang bermain di fikirannya. Farhan dapat rasakan seseorang memerhatikan rumahtangga mereka. Membuat perancangan ingin memporak perandakan hubungan. Mungkin musuh syarikat? Ataupun… ya Allah, katakan bukan ‘dia’! Entah mengapa hati kuat menebak ‘dia’ tetapi Farhan tahu dia harus berfikir panjang sebelum berbuat keputusan. Jangan terburu-buru, Han! Satu tuduhan melibatkan semua pihak terutama isteri tercinta. Keselamatan Humairah dan anak mereka harus dijaga sebaik mungkin. Teringat bagaimana Aki mencetus kontroversi hangat dengan menghantar gambar Aki dan Humairah padanya beberapa tahun yang lalu. Adakah nombor pengirim itu sama dengan nombor kepunyaan Baihakki? Farhan harus siasat perkara ini. Bukan harus tapi wajib!




***FAREEZ termenung di anjung. Memerhati keindahan malam yang sepi. Lampu melimpah menerangi jalan perumahan. Dia bosan! Serius tak tahu apa yang patut dilakukan malam-malam begini. Kebiasaan kalau angah ada dekat rumah tak sah tak slam dunk. Angah….. Fareez senyum hambar. Kenangan… zaman remajanya sudah berakhir. Kini dia sudah memasuki fasa 20 an. Bukan sweet seventeen lagi. Jika diberi kuasa, Fareez mahu kembali ke alam kanak-kanak. Alam remaja. Tak ada tanggungjawab di bahu. Kini serasa berat sahaja bebanan yang dipikul. Nyawa orang… nyawa pekerja… di dalam genggaman tangannya.

Ada kawan-kawan lain dah bertunang, dah berkahwin malah ada yang sudah memiliki anak. Cuma Fareez saja yang belum berkeinginan. Muda lagi kot…!

“Reez,” teguran papa mengejutkan Fareez lantas dia kalih sisi. Wajah Papa Umar ukir senyum padanya dibalas.

“Eh! Bila papa masuk?”

Papa melabuhkan punggung ke kerusi meja kopi bertentangan anaknya. “Lama la juga. Sempat intai anak teruna papa termenung. Menungkan apa tu, Reez? Teringat girlfriend ke?” usikan papa membuahkan tawa Fareez.

“Mana ada la, pa. Ke situ pulak,” balas Fareez merenung pemandangan luar balkoni.

“Dah tu muka macam orang putus cinta. Monyok aje.” Papa ingin menyelami hati anak lelaki ketiganya ini.

Fareez sekadar senyum sambil geleng kepala. “Tak ada apa-apa, papa. Reez okey je. Cuma…”

“Cuma?” laju papa memintas.

“…Cuma Reez bosan. Tetiba je teringat zaman kanak-kanak dulu. Dulu ada angah. Selalu slam dunk, main PS, chess, kacau Aina dengan princess dia tu.” Fareez gelak sendiri. Gelak hiba. Dia menunduk memegang lutut. Kini semuanya berubah. Masing-masing dah bawa haluan sendiri. Rumah ni jadi sunyi lepas angah kahwin. Aina pun sedang membesar. Mata tak semena-mena bergenang. ‘Reez rindu semua tu, papa.’ Getus hati lelakinya.

Papa Umar bingkas bangun mendekati lantas memeluk bahu anaknya. Fareez memeluk erat papanya. Melampias apa yang terbuku di hati. Lantaklah orang nak kata apa pun pasal lelaki menangis. Realiti okeh!

Papa mengusap kepala Fareez. Syahdu lihat anaknya sekarang. Benarlah kata orang, wajah ceria menyimpan seribu satu rahsia sedih. Tahulah dia kini apa yang mengganggu anak bujang ini.

“Aina masih ada kan?” pujuk papa berlembut.

Fareez menggeleng. Aina tak sama macam angah… Kalau Aina lelaki, dia tak risau sangat sebab boleh dibuat kawan dan lawan. Lagipun Aina masih kecil. Baru tingkatan 1. Apa saja yang dia tau. Teringat dulu. Asyik gaduh aje kami berdua! Angah jua lah yang meleraikan.

“Papa ada… mama ada… Aina adik Fareez… along dan kaklong pun selalu jenguk kan. Tak ada apalah. Angah pun Reez selalu jumpa dekat pejabat kan. Dah tu… lain kali jangan duduk sorang-sorang dalam bilik. Nanti berimaginasi terlebih hadnya payah papa dan mama, tahu. Kalau Fareez ada apa-apa nak luah, share je kat papa. InsyaAllah papa sedia dengar.” Ujar papa tenang.

Bahu Fareez ditepuk apabila tiada tanda-tanda menangis lagi. Fareez kesat air mata sambil sengih. “Malu pulak dah besar nangis. Aina tengok ni, habislah Reez.” Katanya cuba menceriakan suasana. Matilah kalau angah ngan along tahu. Kena gelak sakan nanti!

Papa senyum. Dia faham isi hati anak terunanya ini. Kerinduan… “Tak salah menangis, Reez. Dah… sekarang ni rehat. Esok nak kerja.”

Papa beransur pergi sesudah Fareez menyalami tangan bapanya itu. Fareez memandang bulan yang terang menyalakan cahaya pada bumi sebelum menarik sliding door. Nite moon…. Sampaikan salam rinduku pada yang tersayang. Eceeewahhh!






*** KEMARAHAN AMMYLEA meluap naik tatkala menerima sekeping lagi envelop di atas meja. Tulisan yang sama… namun kali ini bercoretkan kata-kata tanpa gambar.

AKU TAHU KAU MASIH SAYANGKAN TENGKU AMIRUL FARHAN !


“Eeee! Kalau aku dapat orang yang bagi ni, azab dia nanti! Menyusahkan orang betullah!” tempik Ammy.

Beg tangan LV dicampak saja atas meja. Takde mood terus nak bekerja hari ini. Semua gara-gara si tukang pemberi surat tak bertauliah ini. Ammy sudah siasat tentang pemuda yang mengirim surat kepada stafnya namun wajah pemuda itu tak jelas di kamera. Ammy juga bertanyakan kepada staf yang menerima surat tersebut tempoh hari namun apa yang dibalas begitu menggerutukan hati wanitanya.

“Saya tak dapat lihat dengan jelas muka dia, Cik Ammylea. Sebab dia terus aje serah surat tu dan pergi. Saya panggil dia tak nyahut. Benda ni berlaku pantas.” Kata Suzi.

Prank? Mustahil.

Ammy berkira-kira ingin mencari seseorang. Seseorang yang dah lama tak dihubungi. Mungkin dia boleh membantu menyelesaikan masalah yang rumit lagi merumitkan ini! Tetapi hal ini tak boleh diketahui Eriq. Nanti membebel pak atok tu. Andai perempuan dikatakan mak nenek. Lelaki sesuai dilabel pak atok. Kalah perempuan berleter. Hoh!

Adakah perlu dia mencari Farhan semula?


***


BERLARI Farhan bagai tak cukup tanah apabila mendengar khabar isterinya dimasukkan ke hospital. Kemalangan! Jantung serasa nak tercabut keluar. Darah menyerbu muka tak usah dikata. Peluh yang menitis tak payah dikira. Satu tempayan juga tak mencukupi. Apa yang dia mahukan sekarang ialah Humairah!

Dari jauh dia dapat melihat mama dan papanya, Mama Husna dan Abah Syakir sedang berdiri di luar pintu yang mendiami isterinya. Makin dipecutkan tahap kelajuannya sampaikan nak tersungkur dia di hadapan Mama Husna jikalau tak ditahan Abah Syakir.

“Farhan! Jangan berlari! Kan dah nak terjatuh!” marah Mama Nani. Anak bertuah betul.

Farhan tak pedulikan omongan mamanya lantas menyalami setiap yang hadir di situ. Mata mengintai di pintu wad.

“Macam mana keadaan Mai? Teruk ke? Mama? Abah? Papa?” bertalu-talu soalan ditanya Farhan membuatkan papa dan abah menggeleng kepala.

“Farhan, bawa bertenang. Humairah tak apa-apa. Doktor tengah merawat dia sekarang. Sabar ya. Meh duduk sini.” Pelawa Mama Husna.

Farhan menolak. Mana mungkin hatinya tenang dan mahu berehat tatkala mendapat tahu isteri yang disayangi kemalangan dan selagi dia tak melihat sendiri keadaan Humairah, selagi itulah dia akan berdiri. Bagai tercabut segala sendi dan pembuluh darahnya tatkala diberitahu papa melalui telefon mengesahkan Humairah kemalangan. Mesyuarat dibiarkan begitu saja tanpa meninggalkan secebis nota. Nyawa Humairah lagi penting! Rambut yang terjuntai disauk ke belakang. Hati tak berhenti mendoakan kesejahteraan isteri.

Pintu tiba-tiba dikuak. Semua pantas berdiri. Seorang doktor perempuan keluar bersama seorang jururawat. Farhan pantas mendekat.

“How’s my wife, doc?”

Husband Puan Humairah ya?”

“Ya, saya.” ujar Farhan.

“Saya harap encik bertenang. Puan Humairah sekarang sedang berehat. Dia tidak mengalami apa-apa kecederaan. Kondisinya stabil tetapi masih dalam pengawasan kami.”

“Kandungan?” asak Farhan menanya.

“Kandungan isteri encik masih selamat dan terjaga. Syukur juga sebab bawa Puan Humairah lebih awal ke hospital. Sekiranya terlewat, mungkin kandungannya sudah tidak ada lagi,” Terang Doktor Ayara lagi. Mereka kemudian beransur pergi sesudah menyua kata. Farhan terus masuk ke bilik itu diikuti ahli keluarganya. Benar kata Doktor Ayara. Humairah sedang tidur. Mungkin ubat penenang diberikan sebentar tadi. Humairah perlu berehat.

“Kan mama dah kata tadi. Maira tak apa-apa.” Nada perlian oleh ibu mertuanya dilontar pada menantu.

Farhan menyengih. Tampak sungguh perangai tak senonoh dia di hadapan family sebentar tadi.

Melihatkan raut tenang itu membuatkan hati lelakinya lega. Syukur padamu TUHAN. Mata melihat akan garisan halus di dahi Humairah membuatkan jiwa diterpa persoalan.

“Macam mana Mai boleh accident?” soal Farhan pelik.

Setahunya pagi tadi elok aje Mai di rumah. Tak ada tanda-tanda hendak keluar rumah. Keluar seorang dirikah? Tanpa meminta keizinannya?

“Mai telefon mama pukul 2 petang tadi katanya teringin sangat nak makan pisang goreng. Mama kata mama akan buatkan nanti. Tapi Humairah degil. Nak juga makan. Pembawakan budak barangkali. Keinginan itu tinggi. Selagi tak dapat, jangan harap wanita mengandung ini nak duduk diam. Mama tak tahulah dia minta izin kamu atau tidak. Tahu-tahu saja abah beritahu pihak hospital telefon kata Mai dah ada di hospital. Terkejut mama dengar.” Cerita Mama Husna. Hampir saja dia rebah di dapur apabila Syakir mengatakan anak sulungnya kemalangan bersama Myvi milik menantunya. Dia juga jadi fobia dengan telefon.

Farhan mengerut dahi. Cerita… yang agak…. complicated. Ya! Macam pernah didengar sebelum ini. Cerita yang sama semasa Humairah belum bernikah dengannya dahulu. Sebelum Aki menghantar gambar dia dan Humairah di dalam sebuah kereta. Ya! Cerita yang sama tetapi situasi berbeza! Kali ini manusia itu memang mahu membunuh Humairah! Kurang ajar! Dendam Farhan sudah berapi. Hatinya cukup yakin orang itu adalah Ammar Baihakki , pemuda yang masih terlepas bebas dari buruan polis!

Bunyi deringan telefon bimbit Farhan membuatkan semua mata menala padanya. Farhan meminta diri untuk ke luar. Telefon didekatkan ke telinga selepas berada jauh dari bilik yang didiami semua orang yang dikenalinya itu. Juga menjauh dari staf dan orang awam. Satu sudut dicari. Bahu kiri disendengkan ke dinding.

“Macam mana?”

“Aku dah dapat alamat rumah dia, nombor plat kereta, nombor telefon butguess what? Dia ada banyak nombor. Melalui maklumat yang aku dapat, dia ada empat nombor telefon.”

“Nanti SMS aku nombor dia. Anything?”

“Aku baru dapat tahu dari informer aku. Dia nampak lelaki tu bertukar kereta waktu operasi. Almera and BMW. Tetapi dua-dua tu bukan kereta milik dia. BMW milik Muhammad Rahman. Almera atas nama Ammir Rizqi.”

BMW! Farhan cuba mengingat. Kereta itu yang diberitahu Humairah suatu ketika dahulu ketika isterinya mengambil Sara a.k.a achik di sekolah. Kereta yang mana ajak Myvi berlumba di jalan raya dan cuba menyondol kereta yang dipandu isterinya. Farhan genggam penumbuk seeratnya.

Tetapi….. Ammir Rizqi? Ammir? Bukankah nama itu…. seperti nama rakannya…. di Aussie…… Ayie? Ayie ada kaitan dengan Aki?! Jantung berdebar kencang. Apakah konspirasi mereka?!

“Aku nak kau siasat nama Ammir Rizqi tu. Update pada aku. Malam ni aku nak.” Arah Farhan serius. Segala-galanya harus diketahui secepat mungkin. Jika betul Ammar Baihakki… tahulah nasib tinggi ke rendah bumi yang kau pijak!

“Okay, bro.” “And… informer aku ada beritahu sekejap tadi. Lelaki tu sekarang tengah mencari sasaran baharu. Bukan takat isteri kau aje. Mungkin ahli keluarga kau pun bakal terlibat sama. Kau kena hati-hati, Han.”

Farhan telan liur. Damn it!

=======


*****

RUMAH sahaja besar tetapi sepertinya tiada penghuni. Sejak kemalangan hari itu, tiada lagi hilai tawa kedengaran. Tiada lagi gurauan manja yang tercetus. Hanya menikus dan menyembunyikan diri. Seperti kucing yang takutkan hujan. Seperti manusia yang fobia dengan bunyi petir. Begitulah Humairah. Makan tidak, minum tidak. Lagaknya orang berpuasa setahun!

Manusia yang paling susah hatinya tentulah suami sendiri. Farhan sudah tiada cara lagi untuk membantu Humairah makan melainkan paksaan. Bukan niatnya hendak menyeksa dan menyakitkan isteri tercinta namun itu sahaja caranya untuk menyuruh Humairah menelan setiap butir nasi yang ada di pinggan. Dia risaukan Humairah. Risaukan kandungan itu di mana mungkin anak mereka kekurangan zat makanan di dalam perut akibat sikap isterinya.

Farhan juga sudah tidak terurus. Jambang mula tumbuh melata. Rambut kusut. Amat berbeza dengan imejnya yang menjaga keterampilan seperti selalu. Semuanya kerana Humairah. Hatinya tersiksa melihat perubahan diri isteri. Bagaikan zombie. Mayat hidup bak kata orang Melayu.

Deringan telefon bimbit membuatkan Farhan mengeluh. Dia bergerak ke tingkap sebelum bersandar malas. Tidak mahu ganggu Humairah yang sedang tidur.

“Ada apa?” tanya Farhan malas.

Sorry angah ganggu. Reez ada benda penting nak cakap ni.” Fareez gigit bibir. Serasa bersalah mengganggu abang keduanya tetapi dia sudah hilang fungsi. Kaki patah sebelah apabila hanya dia seorang saja yang uruskan syarikat. Dia tidak pandai. Hendak bertanya papa, dia khuatir papa risau pasal syarikat yang dia terajui. Dah lah budak mentah! Karang papa pulak heart attack bila dapat tahu dia yang terajui syarikat buat masa kini. Hendak bertanyakan along, dia risau mengganggu along yang sedang merawat pesakit. Kini hanya angah yang tinggal. Namun terbit bersalah di hati kerana mengganggu abangnya itu meskipun dia tahu apa yang sedang melanda.

“Hmm apa dia.”

 “Err… ni… ni… tentang ofis. Err Reez… Reez…” Adeh! Awat tetiba gagap ni Fareez oiii!

Farhan memicit dahi. “Look, bro. Angah dah amanahkan Izuan untuk tengokkan syarikat. Apa-apa yang kau tak tahu, kau tanya Izuan. He’s the best choosen.”

Fareez kelu. Angah…. You’ve changed. Talian dimatikan Farhan membuatkan Fareez termangu memandang telefon di tangan. Angah bukan lagi angah. Bagaimana mahu mengembalikan sinar cahaya kepada keluarga mereka?

***************





PANGGILAN telefon yang baru dijawab tadi benar-benar membuatkan dia berat hati hendak meninggalkan Humairah. Hendak suruh manusia itu bertandang ke rumah, dia tak sanggup. Hatinya berbelah bahagi dan berasa curiga tatkala Ammy mahu berjumpa dengannya setelah bertahun-tahun melenyapkan diri tanpa sebarang khabar berita. Hari ini… malam ini… dia kembali. Katanya ada hal mustahak hendak berjumpa. Berkaitan hidup dan mati. Mungkin dirinya bakal dibunuh Ammy? Mungkin Ammy menjadi dalang bagi segalanya? Bukan Aki? Atau Ammy dan Aki bersubahat selama ini? Arghh! Kusut! Banyak betul rentetan dan rantaian! Berselirat segala wayar dalam otak!

Farhan merenung sayu akan isterinya yang sedang baring membelakangi dirinya. Sungguh kasih tak pernah berkurang pada Humairah. Makin lama makin menggunung. Jika dia mati hari ini, dia tidak akan menyesal kerana zuriatnya kian membesar di dalam rahim Humairah. Dia tidak akan pernah menyesal kerana dia telah mengahwini seorang perempuan yang dia cintai, sayangi setulus ikhlas. Perut Humairah diusap penuh kasih sebelum dikucup perlahan.

“Jaga mummy untuk daddy, sayang.” Baby dan mummy sentiasa di hati daddy. Sambung Farhan menahan sebak.

Bibir mengucup lembut ubun-ubun isteri sebelum menyarung jaket ke tubuh. Dia menggapai telefon sebelum berangkat keluar meninggalkan rumah. Sempat dipesan kepada ibu dan bapa mertua mereka yang menginap di rumah itu untuk menengokkan Humairah sewaktu ketiadaannya. Enjin kereta dihidupkan lantas menyusur keluar membelah jalan raya yang lengang.

Restoren Samudera destinasinya. Agak jauh dari kebiasaan restoren yang dia pernah singgah. Dari jauh sudah kelihatan susuk tubuh yang cukup dikenali itu. Dari dulu hingga kini, lekuk badan Ammy masih sama. Lihatlah cara dia menjaga keterampilan dan kelangsingan badan. Umph la kata orang! Namun ada sesuatu yang menjentik tangkai hati lelakinya. Kepala Ammy! Sehelai shawl chiffon mustard tersarung kemas di bahagian kepala menutup mahkota yang pernah dia lihat dahulu. Cantik, puji Farhan.

Farhan tidak terus mampir ke arah meja tersebut akan tetapi dia mengeluarkan telefon bimbit. Nombor wanita itu didailnya.

Ammy kelam kabut mencari telefon bimbit yang jauh terperosok ke dalam handbag bersama khazanah ‘wanitanya’ itu. Tulah orang tua-tua bilang, makin besar beg makin banyak barangan diisi hingga bawang boleh bertunas agaknya!

“Hello, assalamualaikum Farhan.” sapa Ammy.

“Waalaikumusalam. Is it you? The Mustard Woman?”

Erk! Mustard Woman dia panggil aku? Ammy meninggikan leher mencari si tuan empunya badan yang suka-suki dok gelar dia mustard. Apabila Ammy berpaling belakang, senyuman terukir di bibir.

Farhan matikan telefon bimbit lantas menghampiri meja itu. “Tengku Ammylea Ruhaila. Nice meeting you.” Ucap Farhan tenang.

Namun tidak dibalas Ammy malahan bisa ternganga luas. Gajah pun muat kot! Oh my Allah! Awat la bekas-kekasih-tak-jadi-aku jadi lagu ni? Macam orang mati bini! Serabai.

Farhan angguk lantas duduk di kerusi setentang Ammy yang masih terperanjat melihat dirinya. Kelakar pulak tengok wajah terperanjat beruk Ammy. Tapi masih comel. Lama tak bersua muka. Desis hati Farhan sendirian.

Yes I am.” Kata Farhan tanpa disuruh. Dia tahu apa yang bermain di fikiran gadis itu.

Ammy menghembus nafas lega. True! Memang benar itu Farhan. Ingatkan dia tersalah orang tadi. Tapi…. “Whats wrong with you? You bukan Farhan yang I kenal before.” Ammy mohon penjelasan.

Farhan menarik nafas sebelum dihembus semula. Ya dia tahu mengapa Ammy mempersoalkan tentang dirinya namun itu tidak penting. Yang penting sekarang isi utama perjumpaan ini diadakan.

Let’s get through the key point here. Apa yang penting sangat you nak jumpa I ni?” tanya Farhan serius.

Ammy senyum seraya menggeleng kepala. “Farhan.. Farhan. You always you. Kot ye pun order minuman dulu. Tak lari ke mana Humairah.” Sebut saja nama Humairah, Farhan terus memanah anak mata Ammy membuatkan gadis itu tersentak. Jantungnya berdetup hebat. Panahan laser bikin lututnya terketar-ketar. Renungan yang sama sewaktu di sekolah menengah dahulu.

Let get the point! Apa kau nak dari aku? Apa kau cuba lakukan pada Mai? Dari dulu sampai sekarang tak sudah-sudah nak runtuhkan hubungan kami?!” tegas Farhan.

Ammy terpanar. Kejamnya dia… tanpa usul periksa terus ditengking begitu… tak usah di kata betapa malunya dia… sudahlah di khalayak ramai… jika dulu, dia masih mampu mendongak ke langit… namun kini, dia tak berupaya. Ada wajarnya Farhan berkata begitu padanya. Dia pernah melakukan kesalahan besar pada pasangan itu. Ammy menguntum senyum pahit.

“I datang sini bukan dengan niat tak elok. Kalau you rasa I minta jumpa you pasal nak rebut you semula dari Mai, you silap. I minta nak jumpa you sebab I nak bagi you satu envelope. I very sure you akan terperanjat beruk bila tengok benda ni.” Sampul putih itu diserahkan pada Farhan yang diam tak berkutik. “Kalau you rasa I jahat, terpulang. Tapi I pun nak selesaikan masalah yang membelenggu diri I daripada I mengganggu hubungan you all.” Ujar Ammy benar-benar ikhlas.

Farhan tak membalas sebaliknya terus membuka sampul itu dan terlihat segala yang dikata Ammylea. Bagai terhenti degup jantungnya.

“I terima benda ini seminggu yang lalu. You tahu tak I rasa nak gila bila dapat benda mengarut merepek macam ni. Hidup I rasa macam kena buru someone yang sepertinya nak bunuh I.”

Farhan pantas mengangkat kepala merenung wajah Ammy. ‘Macam kena buru someone…’

“Kau ada syak sesiapa?” soal Farhan tegas.

Ammy menggeleng lemah. “Sampai sekarang I tak tahu. Maybe ada musuh dari butik lain yang nak kenakan I. Tapi I musykil, kenapa mesti ada gambar you dan Mai? Itu yang I tak faham.” Dia tersandar lemah di kerusi. Serasa beban yang ditanggung agak terhapus sedikit demi sedikit setelah meluahkan segalanya pada lelaki itu.

Farhan pula terdiam. Wayar-wayar di kepalanya berselirat. Kata kunci ada tetapi masih samar-samar. Dia kabur dalam melihat apa yang sedang terjadi kini. Ammy juga menerima nasib yang sama rupa-rupanya. Apakah ini konspirasi atau kebetulan? Apa tujuan sebenar sehingga mengaitkan Ammylea dalam hal ini???


Teringat semula kata-kata informer tempoh hari. ‘Mencari sasaran baharu. Yang ada sangkut paut dengan aku.’ Terkebil-kebil mata Farhan memandang envelope itu.





P/S : Assalamualaikum semua. Minta maaf lama menyepii. Miss nama je ada handphone, laptop, tapi tak buka pun. Haha. Pegang pun jarang. Ini alhamdulillah ada kesempatan. Maaf lambat. Maaf pada siapa yg menunggu SF. Kesian korang kan. Utk entry PCBNS nnt miss update. Da naik sem baru ni lg jarang pegang lappy. Assaimen setiap hari ada, bertambah -.-' Okey korg. Hope sukakannya! :) 

xoxo

24 comments:

  1. Oh yeay! Miss dh update bab bru! XD thanks miss cs! Semoga miss cs kuat hadapi sem baru ni :)

    ReplyDelete
  2. Wow x sbr nye nk tau ape jd...
    Hope miss dpt sambung cpt

    ReplyDelete
  3. miss.....bila nk dpat n3 lain.... rsa mcm gila angau dh ni kat mira n farhan

    ReplyDelete
  4. Sukanya...Tak sabar nk baca next entry😍

    ReplyDelete
  5. miss... update pliss😢 rindu laaa

    ReplyDelete
  6. miss... update pliss😢 rindu laaa

    ReplyDelete
  7. Miss update laaa...huhuhuuu������...nak lagi..please?!

    ReplyDelete
  8. missss nak lagiiii ciaaciaaa

    ReplyDelete
  9. miss rindu laaa... update pliss

    ReplyDelete
  10. miss rindu laaa... update pliss

    ReplyDelete
  11. miss update pliss... serius rindu gila gila gila...

    ReplyDelete
  12. miss esok puasa.. selamat berpuasa ☺

    ReplyDelete
  13. miss esok puasa.. selamat berpuasa ☺

    ReplyDelete
  14. sorry miss saya terjumpa kat sini but don't worry i always vote you on wattpad(you are misschocolatesunday right? sorry if salah orang)but KPVST memang TERBAIK + THUMBS UP you did a great job.keep on writing.

    ReplyDelete
  15. Sis4na ke ni?

    ReplyDelete
  16. aduh aki ni semak je

    ReplyDelete