Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Sunday 27 September 2015

Prince Charming + Budak Nakal + Suami ? Bab 11

IMAN menahan rasa apabila segala kerja milik Danish dia yang lakukan. Kerja mamat sebelah ni asyik menguap, tidur, makan chewing gum lepas tu sesuka hati nak tepek kat memana yang dia kehendaki. Hampir saja Iman menjerit tatkala Danish mahu menempek chewing gum pada buku latihannya. Bengang bertambah-tambah apabila air botol kepunyaannya sengaja dirampas Danish dan diminum separuh. Urgh!

“Saya bawak bekal air untuk diri saya tau tak! Bukan untuk awak minum!” berang Iman jadinya.

“Eleh! Dengan aku pun kedekut.” Air botol diteguk lagi. Sedap pulak air masak minah ni. Air free katakan. Hehe!

Iman genggam penumbuk. Mahu saja ditumbuk-tumbuk lelaki tak sedar diri ini. “Saya bukan kedekut laaa!” Tanpa kata bahu Danish ditumbuk berkali-kali. Dah tak kisah orang sekeliling beranggapan apa. Yang penting dia mahu melampiaskan segala kemarahan pada mamat mereng disebelahnya. Pencuri air!

Terkejut Danish! Pantas dia mengelak serangan gadis itu namun bahunya tetap menjadi sasaran. Marah bebenau Iman padanya. Hek eleh! Minum air aje kot. Bukan curi. Depan tuan empunya badan lagi. Kecah tau Iman ni.

“Hmph! Benci awak! Amek la air saya tu! Amek! Habiskan!” geram Iman lantas bangkit meninggalkan  Danish. Langkah dihala ke tandas. Malas nak layan perangai gila Danish. Pintu tandas ditendang agak kuat. Biar roboh! Mamat gila tu punya angkara, pintu tandas jadi mangsa. Beberapa pelajar perempuan yang ada di dalam tandas hanya memandang dengan mulut terlopong. Minah meroyan! Datang period ke hape?!

Dalam kelas lain pula jadinya. Danish tersenyum kemenangan seraya bersandar ke kerusinya. Iman dah pandai merajuk dengan dia sekarang. Dah reti tarik muka. Dah bijak berkata-kata. Jika dahulu, bagai ada butir emas dalam mulutnya. Kini, macam bertih jagung! Dua perkara sahaja yang menarik perhatiannya apabila berhadapan sama Iman. Mata memukau Iman. Bibir merah Iman. Mata mempesonakan… bibir ranum. Serasa nak gigit aje! Entah berapa kali jantungnya berdegup kencang tatkala merenung gadis itu, dia tak ketahui. Ego harus dijaga untuk lelaki bernama Muhammad Rayyan Danish!

‘Kau comel la, Iman.’ Danish senyum lagi.

---------------------

“TOLONGLAH jangan ganggu hidup saya,” rayu Iman setulus hati. Dia bagai manusia hilang akal apabila ke mana sahaja dia pergi pasti bertembung dengan budak lelaki ‘entah apa-apa’ itu . Kalau tak mengacau tak mengapalah. Tapi dia menyibuk hal yang Iman sedang lakukan! Mana tak orang marah + bengang dengan dia. Siapa lagi kalau bukan Danish!

“Pasu bunga tu alih ke kiri sikit,” arah Danish yang duduk di bangku sekolah.

Iman mendengus geram. Pasu bunga kertas itu dialih seperti yang diarahkan Danish namun baru saja dia meletakkan pasu ke tanah, terdengar suara budak lelaki itu berkata-kata.

“Eh! Macam tak cantik pula letak kiri sikit. Kanan la.”

Mendidih jiwa raga Iman Syuhada. Tangan dikepal erat. Nafas dah rupa seladang kelaparan. Iman sedaya upaya tahan kemarahan dari dilihat Danish. Air mana boleh kalah dengan api kan? Sabar Iman. Sabar… cool… tarik nafas then hembussssss….

“Weh, kau pekak ke apa? Aku kata pasu bunga tu letak kanan semula!” jerit Danish. Berangan apa?

“Hey, saya bukan orang gaji awak tau tak? Berapa kali nak ulang benda sama?! Saya datang sini secara sukarela bukan nak dengar ayat perintah awak!” hambur Iman tak tertahan.

Danish tergelak besar menambah api yang semakin marak di dada gadis itu. Baling pasu satgi kat dia baru tau erti penyesalan. Desis Iman.

“Bukan ke?” ejek Danish lagi. Tangan disilang ke dada. Badan disengetkan ke tiang sambil mata memerhati kelakuan Iman yang serupa kambing gurun kelaparan.

“Apa masalah awak sebenarnya, Danish? Saya buat apa kat awak sampai awak layan saya macam ni? Saya datang sini untuk belajar tau. Ibu ayah saya hantar saya, biaya pelajaran saya untuk saya jadi manusia berguna. Bukan untuk jadi orang suruhan awak! Takkan disebabkan saya terlanggar awak masa first day saya datang sini, awak nak mengamuk melarat panjangkan pergaduhan? Saya letih tau tak?!” Tanpa disuruh, air mata mengalir perlahan ke pipi mulus itu membuatkan Danish tersentak hebat.

“Saya nak belajar! Bukan jadi kuli!” Sedu Iman bertambah membuatkan Danish kalut.

‘Alahai, menangis pulak! Aduh! Gawat niii…’ keluh Danish.

“Weh, tak payah la nangis! Kau dah besar kan? Malu la orang tengok!” Danish menggaru kepala apabila tangisan Iman semakin kuat. Melihatkan Iman mencangkung di tanah sambil bersedih membuatkan Danish ambil keputusan untuk lari. Karang tak pasal-pasal ada orang tuduh dia buat gangguan seksual pada gadis itu. Tak ke naya? Langkah awal, pecut!

Iman angkat muka setelah menyedari mamat mereng itu sudah tiada di kawasan ‘kebun kesayangan’ nya. Dia pantas senyum kemenangan. Hooorey! Berjaya jugak akhirnya! Haha. Padan muka awak. Tahu takut ek! Iman ketawa kecil. Kelakar sungguh raut wajah Danish apabila dia menangis beria. Saya dah ada strategi baru! Yeay.

****

DANISH senyap apabila Iman masuk ke dalam kelas. Nak jeling pun tak berani katekooo! Sepanjang sesi pembelajaran, mereka sepi. Masing-masing menumpukan perhatian pada Puan Zuraidah yang mengajar di hadapan. Danish mencatit sesuatu yang penting sebelum mengerling Iman di sisi. Gadis itu tunduk aje dari tadi. Danish merapatkan sedikit supaya dapat melihat apa yang ditulis Iman. Oh, buat kira-kira rupanya!

“Danish, awak buat apa tu?”

Teguran Puan Zuraidah memeranjatkan Danish. Bukan takat Danish, malah seisi kelas memandangnya membuatkan dia kalut sendiri. Iman mengangkat muka dan kalih sisi. Wajah Danish gelisah semacam.

“Awak buat apa tu… terjengah-jengah kepala tengok apa Iman Syuhada buat kat sebelah. Dah berkenan ke?” usikan Puan Zuraidah menggamatkan suasana. Wajah Danish bertukar hangat. Namun dia cuba untuk selambakan. Haish, malu la saya cikgu! Jatuh saham saya as Rayyan Danish… pelajar paling nakal dalam sekolah.

Iman ternganga. Erk? Apekah??? Berkenan? Kat siapa? Dia? Haish, jangan berangan Iman. Ingat dia minat sejenis. Takde makna nak pandang kau. Teleng pun idok ler!

Puan Zuraidah kembali mengajar. Danish raup muka. Apa dah jadi dengan aku ni? Kenapa aku buat perangai gila? Tak pernah-pernah aku buat begini terutama pada perempuan. Mengapa setelah kedatangan Iman semuanya menjadi kelam kabut? Apa rahsia yang ada pada gadis comel itu hingga menyebabkan dia berubah laku? Aku dah terkena mandrem ke? Danish menggeleng kepala. Mustahil!

“Awak,” panggilan berbisik dari arah sebelah membuatkan Danish panggung kepala. Iman mengunjukkan buku latihan padanya. Terangkat kening Danish. Tinggi serupa Ziana Zain!

“Soalan nombor tiga ni macam mana? Saya dah cuba buat tapi tak dapat jawapan.” Ujar Iman sedikit kecewa.

Danish pandang sekeliling. Bila masa Puan Zuraidah berhenti mengajar? Ah sudah! Aku berangan nampaknya! Adoiiii! Rakan-rakan sekelas mula menyiapkan kerja yang diberi guru matematik itu. Danish tengok Iman balik.

“Kenapa pandang saya macamtu?” Takut-takut Iman dibuatnya. Renungan Danish memukau okeh! Gugat jiwa Iman.

“Salah ke aku pandang orang yang aku suka?” pertanyaan selamba Danish berjaya menggetarkan jiwa seorang gadis yang belum pernah merasai apa itu suka dan cinta. Buku latihan Iman ditarik sebelum memulakan pengiraan. Danish tak sedar dirinya diperhati Iman tak berkelip. Khusyuk menyiapkan kerja Iman. Kini terbalik pulak. Selalu dia buli Iman. Hari ini Iman buli dia dan dia… redha!

‘Salah ke aku pandang orang yang aku suka?’ bergema ayat itu ditelinga Iman. Apa maksud awak sebenarnya wahai Muhammad Rayyan Danish? Jangan permainkan hati dan perasaan saya begini. Syasya, aku dilamun cinta!


*****

ROKOK terakhir dikeluarkan lalu disepit pada bibir. Lighter dinyalakan lalu membuahkan asap berkepul-kepul. Bagai meluahkan segala kekesalan! Tonjang menunggu dari awal pagi hingga ke tengahari untuk memulakan strateginya namun plan tak berjaya apabila Danish dan bekas sahabatnya yang lain seakan menjadi ‘bodyguard’ gadis yang diimpikan saban waktu. Kelihatan Danish juga gembira semasa berbual bersama Iman Syuhada membuatkan dirinya dipenuhi rasa cemburu yang kuat. Perasaan ingin menakluki Iman semakin membuak di dada. Dia tak boleh kalah dengan Danish!

“Kau akan jadi milik aku jugak, Iman.” Tonjang senyum sinis.


****


KEDENGARAN bunyi enjin motorsikal kepunyaan anaknya membuatkan Puan Kiara bergegas ke halaman rumah. Hati tuanya tertanya-tanya sendiri selepas melihat Danish senyum saja sepanjang berjalan masuk ke dalam rumah. Tersampuk hantu ke?

“Awal Nish balik hari ini?” soal Puan Kiara.

“Nish nak solat kat rumah. Lagipun Nish niat nak solat sekali dengan mama. Boleh kan?” Danish senyum menampakkan kekacakan dirinya.

Puan Kiara terpaku! Allahurabbi… anak aku. Terima kasih ya Allah! Air mata kegembiraan berlinang di tubir mata. Danish dah berubah sedikit demi sedikit. Alhamdulillah. Mata menala langkah anaknya menaiki anak tangga. Pantas dia menelefon suami di pejabat.

“Betul ke, bang?” Puan Kiara tak percaya. Serius?!

“Abang pun terkejut sebenarnya. Tadi masa Nish beritahu abang ajak solat sama kat rumah pun abang terkedu, Ara. Alhamdulillah anak kita dah berubah sikit-sikit.” Tuan Othman terharu. Berkat kesabaran meladeni perangai anak lelaki yang bongsu yang paling nakal akhirnya membuahkan hasil. Tak berhenti dia mengucapkan Alhamdulillah di bibir tuanya.

Puan Kiara mematikan telefon selepas berbual beberapa ketika. Fikirannya masih tertanya-tanya akan perubahan Danish. Apa yang dah berlaku sebenarnya?



p/s : here new entry. hope enjoy it :)

11 comments:

  1. Dah lama tunggu nie ada juga...

    ReplyDelete
  2. Lagi..Miss saya pinjam nama kepunyaan miss yang dalam kpvst tu ehh..Sedap pulak namanya..
    Ni blog saya>www.bffsofea.blogspot.com.

    Kalau ada masa jenguk-jenguklah blog saya ya miss..

    Apa-apa,blog miss memang terbaik..

    I ♥♥♥ It Very Much..

    ReplyDelete
  3. Best miss...I luv it!
    Nk bab 12..

    ReplyDelete
  4. Miss...Buat lah bab 12...syok ni kalau sambung..PLz...;( Boleh lah miss...Tak boleh tidur,asyik fikir bab 12...Nak study pun fikiran ayik terganggu...Apa jadi next Miss? Hope miss boleh publish as soon as possible...Lama dah cek menunggu..Tak keluar-keluar..

    ReplyDelete
  5. Akak writer nak lagi please???!!!������

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Smbung lagi Pliss. Buat sampai habis mcm kisah frhan dan mai tu. Plisssss .

    ReplyDelete
  8. Miss bila nak sambung..saya tertunggu tunggu ni

    ReplyDelete