Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Friday 25 September 2015

Prince Charming + Budak Nakal + Suami ? Bab 10

PULANG dari sekolah, Puan Kiara lihat anaknya lemah tak bermaya. Nak jalan pun macam seksa sangat. Puan Kiara tak sempat pula nak bertanya kerana Danish terlebih dahulu masuk ke kamar beradu tanpa sebarang kata.

“Kenapalah dengan Nish tu? Biasa kalau balik mesti tanya mama masak apa. Kalau tak memeranjatkan dia kat dapur memang tak sah. Tak sihat ke anak mama?” tertanya-tanya Puan Kiara sendiri. Risau juga hati tuanya. Selalu Danish tak begitu melainkan dia sakit.

Mata memandang lauk yang terhidang di atas meja. Ketam masak lemak! Makanan favourite Danish. Kebiasaan, Danish akan menjerit memanggil mama jikalau dia terbau makanan kegemarannya. Sebatu bau dah! Hidung bionic agaknya! Jam dapur dikerling. Baru pukul 1.30 petang. Tuan Othman pula ada mesyuarat sehingga jam 3 petang. Puan Kiara mengeluh lagi. Siapa nak makan?

***

Iman menanggalkan telekung usai solat zuhur. Badan terus direbah pada katil sendiri. Kesakitan yang mencucuk di kepala membuatkan Iman sukar hendak bergerak ke mana-mana hatta hendak turun ke dapur. Dia mengurut dahi perlahan-lahan dengan beranggapan urutan itu mampu mengusir rasa pening dan sakit kepala yang kian berdenyut.

Dalam keadaan tenang dan mendamaikan tanpa bunyi cicak, tiba-tiba pintu bilik diketuk.

“Masuklah. Pintu tak kunci.” Jawab Iman lemah.

Pintu ditolak dari luar. Kelihatan figura Puan Salwa di balik pintu. “Iman, tak nak makan ke?”

“Kakak pening la, ibu.” Rengek Iman.

Puan Salwa terus masuk sebaik anak sulungnya mengadu sakit. Dia berlabuh di sisi Iman sebelum belakang tangannya merasa di leher dan dahi Iman. “Kakak demam ke, sayang?” soal si ibu.

Iman geleng kepala.

“Kakak terjatuh dekat sekolah?” Pun sama menggeleng.

“Habis tu kenapa boleh tiba-tiba pening? Ni sebab tak nak makan la ni. Jom turun makan sekarang.” gesa Puan Salwa. Dia tak rela membiarkan anak-anaknya sakit. Hatinya berasa sangat bimbang. Iman tak pernah sebegini. Sejak insiden hari itu, Iman sering kesakitan. Anaknya lemah saja sebaik pulang sekolah. Hati ibu mana tak takut.

Iman tak nak. Dia memaut lengan Puan Salwa. “Tak nak, ibu. Iman pening sebab belajar Matematik tadi. Mabuk tengok nombor.” Akui Iman.

Jujur, dia rasa nak muntah bila belajar Mathematik tadi. Berselirat kepala otak dengan nombor la, function la, mean mode median la… apa-apa aje la! Nasib dia tak pitam dalam kelas tadi. Nampak Puan Zuraidah itu serupa pecahan dan log. Ayayayaiii…!

Puan Salwa tepuk dahi sebelum menghela nafas. Allahurabbi anakku! Ibu ingat apalah tadi. Dia tiba-tiba rasa nak tergelak. Iman mabuk dengan nombor? Sejak bilalah hai…

“Bukan ke anak ibu ni terror bab-bab nombor ni sampai pilih kelas perakaunan?” perli Puan Salwa.

Iman memuncung. Saja je tau ibu ni!

“Dah… sekarang turun pergi makan, tuan puteri. Nanti perut masuk angin kalau dibiar macam ni aje. Mari ibu papah.” Puan Salwa rela hati menghulur bantuan.

Iman sengih. Segera dia mendepangkan tangan. Minta diangkat dan dipeluk! Yeyeah! Bila lagi nak manja-manja dengan ibu kan kan kan? Kalau Nadia nampak ni harus berbulu mata dia. Haha!

Puan Salwa menepuk dahi lagi. Alahai anak aku…! Iman serupa budak 2 tahun. Manja dan mengada!

***

Suffiyan mematikan enjin motorsikal lalu membuka helmet. Beberapa anak gadis di sekitar kawasan situ terjenguk-jenguk kepala bagaikan zirafah. Namun Suffiyan buat tak endah sahaja. Kejadian yang biasa dilihat.

“Assalamualaikum,” sapanya dari luar. Plastik berisi buah betik kegemaran Danish turut dibawa bersama.

“Waalaikumusalam. Masuklah Pyan.” Suffiyan mencium tangan ibu saudaranya sebelum ambil tempat di sofa.

“Uncle mana, aunty?” tanya Suffiyan. Sunyi aje rumah.

“Alah… macam la Pyan tak tahu uncle kesayangan Pyan tu ke mana waktu-waktu sekarang ni.” Suffiyan sengih lalu garu kepala. Ya tak ya eh. Lupa pula Tuan Othman ada meeting petang ini di sekolah.

“Nish tidur ke, aunty?”  Mata anak muda itu terangkat merenung tangga.

Puan Kiara angguk. “Haah. Tu yang aunty suruh Pyan datang ni. Nish ada kena apa-apa ke dekat sekolah? Lembik aje aunty tengok dia balik rumah tadi. Nak jalan pun tak bersemangat.” Luah dia.

Suffiyan letak plastik di atas meja sebelum membetulkan duduk. “Pyan pun tak tau la, aunty. Masa Pyan jumpa dia dekat kelas, dia tidur lepas tu macam meracau sikit. Pegang dahi dia tadi. Tak panas pun. Agaknya dia letih kut.” Kata Suffiyan lagi.

“Letih apanya. Semalaman dia duk main PS! Dari dapur dengan dia duk tembak zombie!” ngomel Puan Kiara.

Suffiyan tergelak mendengarnya. Zombie?? Apalah kau ni, Nish. “Dia tak study ke?” Saja Suffiyan bertanya walhal dia dah tahu jawapan.

Puan Kiara menjuih bibir. “Macam la kamu tak tahu sepupu kamu tu orangnya bagaimana, Pyan. Pening kepala aunty dibuatnya.” Memikirkan anak bujang yang masih bersekolah ni amat-amat-amatlah memerlukan kesabaran tinggi. Tambahan lagi perangai nakalnya itu selalu menguji iman dan sabar.

Suffiyan gelak lagi. Haruslah dia tahu sebab Danish sebaya dirinya dan membesar bersamanya. Walaupun Danish nakal tapi ada waktu tertentu dia serius dan matang. Mungkin dia bosan sebab kakak dan abang tiada di rumah juga di sisinya untuk meluah perasaan dan pendapat. Hanya tinggal dia keseorangan. Itu pun mujur Puan Kiara tidak bekerja dan menjadi suri sepenuh masa. Kalau Puan Kiara juga bekerja alamat memang Danish jadi hantu meroyan dalam rumah! Yang jadi mangsa… tentulah Suffiyan!

Sedang rancak berborak, terlihat tubuh Danish turun dengan gaya yang sama. Macam puasa setahun! Dia pantas duduk di sebelah Suffiyan sebelum bersandar lemah.

“Korang berdua duduk borak dululah ya. Aunty nak naik atas sekejap. Uncle kejap lagi nak balik.”

Sejurus kelibat ibu saudaranya pergi, Suffiyan pantas melintang tangan di belakang kepala Danish. Badan disengetkan lalu memandang sahabat karib sehati tak sejiwa campur sepupu. Haa amekaw! Panjang berjela…!

“Tak payah la tenung aku macam tu,” baru kedengaran suara macho Danish yang masih pejam mata.

“Apesal jadi macam ni?” soal Suffiyan.

“Tadi okey je. Lepas kau buat sentuhan seksual dekat aku tadi tu yang makin parah.” Bebel Danish geram. Apa taknya, boleh pula Suffiyan duk dekat-dekat bibir kepunyaannya dengan pipi aku dalam kelas waktu rehat tadi! Ingat gay ke nak bercium sangat?! Hello… aku masih tegak dan straight tanpa kona-kona okey!

Suffiyan ketawa terbahak-bahak. Puan Kiara menjengah sedikit kepala dari arah dapur sebelum senyum. Tahu dah! Danish kalau jumpa gu dia, terus sihat. Alhamdulillah tak ada apa-apa yang serius. Tangan menyambung kembali mengacau air.

“Aku panggil tak nyahut. Padah la kena camtu,” ejek Suffiyan lagi.

Danish merengus. Ada juga aku bagi makan sup kaki kejap lagi! “Mesti mama yang suruh datang kan.”

“Hanya kita bertiga sahaja yang tahu, Nish.” Suffiyan senyum. “Kenapa tiba-tiba lemah sangat ni? Aku tak tau pulak kau ada penyakit baru. Lepas main game lama-lama terus penat. Setahu aku mata kau ni mata bionic boleh berjaga sampai tengahari esok,” sindir Suffiyan lagi.

Danish dongak kepala dan mengurut sikit dahi. “Aku risau la,”

“Risau apa?”

“Tonjang.” Perkataan itu membuatkan badan Suffiyan tegak.

“Maksud kau?” Suffiyan kurang mengerti.

“Semalam dia bagi mesej kat aku kata nak jumpa. Tapi dia pesan jangan bawa geng. Kau tak rasa curios ke?” Danish pandang Suffiyan.

Jangan bawa geng? Kenapa? Nak ajak bertumbuk one by one ke nak ajak berbincang? Suffiyan congak sendiri. “Kau kan kenal dia. Takkan tak tahu dia macam mana selama ni.”

“Selama aku kenal dia, dia tak pernah say that word. Geng keutamaan kami.  Lepas tu dia ugut aku,”

Mencerlung mata Suffiyan. “Ugut apa?” Uiks… kes naya ni! Sampai berugut bagai.

Danish hela nafas. “Kalau aku tak jumpa dia, Iman Syuhada akan jadi mangsa.” Berat hati hendak menutur. Itu yang menyebabkan dia terlampau sakit kepala. Kalau perkara berkaitan dirinya dan Tonjang, dia tiada masalah. Tapi ini melibatkan perempuan. Classmate pulak tu! Sebelah-mate lagi!

Ternganga Suffiyan. “Weh! Ini serius tau! Kau jumpa dia ke? Aku rasa baik kau report polis. Hal ini tak boleh dibiarkan camtu je, Nish. Nyawa orang tu.” marah Suffiyan. Kalau dialah, dah lama dihumban Tonjang tak guna tu ke dalam lokap. Biar kering dalam tu!

“Kalau aku report polis, kau tahukan akibatnya apa. Tonjang tu pandai putar belit! Karang dengan aku sekali masuk jail!” bengang Danish dibuatnya. Habis la segala perbuatannya dibongkar satu per satu. Tak ke malu Tuan Othman nanti? Nish, baru rasa malu ke? Selama ini buat perangai tak pernah ingat papa mama? Gulp! Danish telan sendiri.

Tersandar sepupu itu dibuatnya. Makin rumit masalah! “Tulah Nish. Kalau kau tak buat jahat, takdenya perkara macam yang kau fikir berlaku.” Kesal Suffiyan. Inilah yang orang habaq, sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna. Nasi dah jadi bubur.

Danish tenung tv yang kosong tanpa cahaya. If I can turn back, Pyan. If I…. Dia pejam mata. Mengenang penyesalan yang telah pun terjadi. Hidupnya kini agak huru hara berbanding dahulu. Sebelum kedatang Iman Syuhada… Ya! Sebelum kehadiran sebelah-mate dia! Kini, gadis itu pula menjadi mangsa pergaduhan mereka. Tonjang nakkan Iman!

“Aku rasa… hanya ada satu jalan penyelesaian. Tapi mungkin kedengaran gila la pada kau.” Tutur Suffiyan setelah lama membisu.

What?”

“Kau… Iman… married.” Satu satu disebut agar Danish tak terperanjat. Padahal hati gerun jugak!

“Kau gilaaaa?!?! Nak mati?!” jerkah Danish.

Puan Kiara di dapur terkejut lantas bangun menjengah. “Nish! Pyan! Kenapa tu?” risau dia.

Danish dan Suffiyan sama memandang sebelum sengih. “Tak.. takde pape, ma.” Bohongnya. Lupa pulak ada orang lain selain mereka. Haraplah mama tak dengar. Huhuhu!

Puan Kiara menggeleng kepala. Apa sajalah bebudak berdua tu.

“Kau nak mampus ke, Pyan?!” bisik Danish geram. Terketap-ketap bibir tahan marah.

“Itu cuma cadangan. Kan aku cakap mungkin gila sikit. Kalau tak suka, tak payah la ikut!” Sentap pulak dia. Orang bagi idea bukan nak berterima kasih ke hape. Urgh! Sabo je la!

“Aku tak nak mama papa atau orang lain tahu hal ni.” ujar Danish serius.

“Geng kau?” Terangkat kening Suffiyan.

If suasana bertukar, aku terpaksa beritahu. Cuma waktu sekarang, kita berdua kena perhati Iman. Takut Tonjang buat selalu luar jangkaan.” Jika mamat tu datang sekolah, memang aku terajang dia cukup-cukup! Secara automatik, keselamatan Nur Iman Syuhada di bawah tanggungjawab mereka berdua!

Suffiyan angguk. Agree!


****


LANGKAH dihayun menuju pagar sekolah. Encik Muhammad dah selamat pergi ke tempat kerja. Iman berjalan bersama pelajar lain memasuki kawasan sekolah. Tidak pula dia perasan ada dua pasang mata memerhati langkah kakinya. Nun di hujung sana, Tonjang memberi isyarat kepada Danish yang sedang melepak atas motor di garaj motor yang disediakan lalu tersenyum sinis.

Danish mengecilkan mata. Berani kau nak buat kecoh, Tonjang. Kau lupa, sini bukan kawasan kau! desis hati Danish. Dia memetik jari mengisyaratkan rakan-rakannya yang turut bersama di motor untuk masuk ke dalam. Tak layan langsung Tonjang yang memerhati di hujung jalan sana. Panjang langkah dia untuk menyaingi langkah Iman yang sedang berborak bersama rakan perempuannya. Beg milik Iman ditarik perlahan membuatkan Iman tersentak.

“Apa ni tarik-tarik beg orang? Tak ada beg sendiri ke?” marah Iman. Danish mencebik. Hek eleh! Dah lah pendek.

“Bawa beg aku!” ujar Danish seraya menyerahkan beg selimpangnya pada Iman. Dengan baik hati dia menyarungkan beg itu pada bahu kanan Iman yang tercengang luas.

“Saya bukan orang gaji awak tau tak!”  Eee sesuka hati dia je nak suruh aku angkut barang kepunyaan dia. Ingat aku apa? Dah lah gay! Eee geli!

“Oh ya? Malangnya termaktub dalam lembaga, kau akan tetap jadi orang gaji aku.” ejek Danish selamba.

Terketap-ketap bibir Iman menahan geram di hati. Ada juga dia sepak budak sebelah ni sampai langit ke tujuh! Bila masa entah termaktub dalam lembaga. Lembaga buatan sendiri! Sebelah dia nilah ‘lembaga’ berhantu!

“Saya benci awak!” tutur Iman deras.


“Aku suka kau.” Danish mengenyit mata seraya mendahului langkah Iman yang nyata terpegun. Ayat Danish merentap tangkai hati perempuannya. Suka? Iman, jangan layan! Dia tu minat lelaki tau tak! Iman malas ambik pusing. Langkah diteruskan hingga ke kelas.




p/s : assalamualaikum. maaf ye lama perap enovel ni. ni ade sambungan. hope enjoy :)

No comments:

Post a Comment