Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Thursday 24 September 2015

Soulmate Forever Special Edition 3

After Married 3 : Pekerja baru, Ekin dan Perubahan Hormon Humairah? 


FAREEZ terkocoh-kocoh berlari ke arah lif apabila terpandang jam tangan. 8.30 pagi! Matilah! Angah confirm mengamuk. Adoi…! Berulang kali butang lif ditekan. Rasa nak terajang pun iya. Lambat bebenor nak buka pintunya. Sambil itu tali leher dikemaskan. Kolar baju dibetul sedikit. Hailah masa! Masalah…

Ting! Akhirnya… Fareez berjaya juga masuk dalam lif. Hampir-hampir sahaja pintu lif dikatup rapat, kedengaran suara orang menjerit bersama kaki yang menahan lif, minta di buka.

Terkejut Fareez! Hantukah?

“Maaf, encik. Maaf.” Seorang perempuan berkurung biru masuk ke dalam lif bersama-sama dengan kata maaf.

Fareez tak berkata apa-apa kecuali peranan mata. Ya! Fareez perhatikan gadis itu atas dan bawah berulang kali sebelum anak matanya tertancap pada kaki wanita tersebut dan juga ‘barangan’ pada tangan kiri wanita itu.

 Tahan pintu lif guna kaki tanpa kasut?!? Tak sempat sarung kasut?! Gila power! Terlongo Fareez dibuatnya sebelum terhinjut-hinjut badan menahan gelak. Muka dikalih arah lain. Serius lawak.

Gadis itu menunduk membetulkan baju kurungnya dan menyarung kasut tumit dua inci di tangan. Tudung di muka dah kelebet akibat berlari semata-mata nak kejarkan lif. Habis hangit badan bau peluh. Pulak itu, ada lelaki dalam lif senyum-senyum pandang dirinya. Buat malu aje! Hiiii…

Ehem! Fareez berdeham untuk memulakan bicara. “Tingkat berapa?” tanya Fareez buat muka selamba. Kesian pula tengok perempuan ni. Mesti dia segan lepas aku gelakkan dia tadi. Huhu. Apalah kau ni Reez. Gentlemen la sikit.

“Err… 7, encik.” Jawab gadis itu malu-malu.

“Lambat datang kerja hari ni?” Fareez mengorek rahsia. Tampak pipi gadis itu memerah. Haaa tepat sekali jangkaan aku! Kesian… sampai tak nyempat nak pakai kasut dua inci dia tu. Berkaki ayam kejar lif. Haha! Senak perut Fareez nak tahan ketawa dari dihambur demi menjaga air muka gadis itu.

Wanita itu tidak membalas malah semakin menunduk.

Ting!

Setiba sampai di tingkat 7, gadis itu pantas berlalu keluar meninggalkan jejaka tersebut. Hatinya mendengus geram apabila pusing ke belakang, terpandang lelaki yang bersama dengannya tadi masih mentertawakan dirinya. Ekin menjeling tajam. Haish, buat malu aku aje! Dah la hari ini first day kerja! Ya Allah, segannyaaaa! Serasa nak buka bunga-bunga silat aje tadi. Tak tertanggung wei! Nasib baik lelaki tu tingkat lain. Jikalau tak, gamatlah aras kerjanya nanti. Hmm, balasan Ekin. Tulah, duk layan movie Korea lagi. La ni padan muka hang! Bangkit lewat. Mujur sempat mandi.

Dengan berpeluh yang terasa di setiap inci badan, Ekin berjalan menuju ke kaunter pertanyaan untuk bertanyakan arah tempat kerja baharunya.


****

“CIK Asyeekin sila tunggu sebentar sebab Encik Kamal ada pertemuan dengan penolong pengurus syarikat. Cik Asyeekin akan dipertemukan dengan Encik Kamal terlebih dahulu sebelum dikendalikan di bawah pengurusan Puan Dalilah untuk kemasukan kerja hari pertama di Bahagian Kewangan.” Kata perempuan cantik manis bertag nama Ain.

Ekin angguk kepala. Ouh, sempat tak kalau dia ke toilet? Huhu. Kerling jam di tangan, masih awal lagi ni. “Err…lambat lagi kan Encik Kamal nak turun sini? Err boleh tak kalau saya nak ke tandas kejap?” tanya Ekin malu-malu.

“Boleh. Cik jalan terus lepas tu belok kanan. Itu tandas wanita. Tapi cepat sikit ya.”

Ekin lantas mengucapkan ribuan terima kasih sebelum berlari-lari anak pergi ke tempat yang ditunjuk Ain. Bedak compact dikeluarkan ditepek pada seluruh wajahnya agar hilang peluh-peluh yang merenik. Dengar kata Ain tadi, Encik Kamal tu tegas orangnya. Payah nak senyum. Sekali tengok muka buruk aku bagai baru lepas marathon 5km non-stop ni memang hancur harapan. First day masuk kerja, first day dalam sejarah kena buang kerja sebab pekerja selekeh! Huuuu tamau! Penat nak menghantar resume ke syarikat ni. Ini kira syukur Alhamdulillah Kak Tini yang perkenalkan. Kalau tak, melangut la aku takde kerja! Nama je duduk KL tapi tak kerja buat hapa! Desis Ekin di hati.

Setelah beberapa minit diambil untuk bersiap-siap, dia terus keluar dan tunggu di ruangan menunggu. Jarum jam menunjukkan 9 pagi. Ekin masih menanti ketibaan Encik Kamal. Dipandang sisi kanan, Ain sedang menyiapkan kerja. Bunyi keyboard komputer, kertas dan fail bersilang ganti. Betul-betul pekerja berdedikasi. Kagum Ekin. Beg tangannya dipeluk sambil jemari mengetuk beg melagukan Price Tag.

Terdengar suara orang berborak dan makin lama makin hampir membuatkan jantung Ekin berdebar kencang. Terkumat kamit bibir baca selawat dan hembus perlahan. Harap sangat dirinya diterima bekerja disini. Amin!

“Selamat pagi Tuan Amirul, Encik Kamal,” sapa Ain seraya berdiri. Begitu juga Ekin. Tunduk hormat pada lelaki berdua itu walaupun sebenarnya Ekin tak kenal mana satu Encik Kamal. Buat syarat aje, Ekin. Maniskan mukamu yang macam tapai itu. Heks.

“Selamat pagi.” Balas keduanya serentak. Salah seorang dari mereka bergerak masuk ke dalam sebuah bilik membuatkan Ain beranggapan yang di dalam bilik itulah Tuan Amirul. Sebab muka dia nampak garang sangat. Dah tu ada nama Tuan lagi. Mesti berpangkat besar. Yang lagi seorang ni muda dan kacak. Relax je. Pekerja tingkat ini kot. Tengok baik aje orangnya. Mungkin inilah Encik Kamal. Tapi… Ain kata tadi Encik Kamal tegas orangnya. Ahh sudah! Mana satu ni?! Khayal Ekin tengok muka dia sampai tak sedar apa yang dibualkan mereka berdua.

“Ain, nanti adik saya akan datang untuk mesyuarat tengahari ini ganti saya. Tapi untuk pukul 3 petang, saya ada. Apa-apa nanti saya inform awak.” kata lelaki berkemeja biru laut itu.

Ain angguk lalu mencatitkan sesuatu di dalam buku penting. “Emm Tuan, ingin saya perkenalkan. Kita ada pekerja baru untuk Bahagian Kewangan. Ini Nur Asyeekin Mustafa. Dia baru masuk kerja hari ini.” kata Ain lalu mengenalkan Ekin pada lelaki tersebut.

Lelaki tersebut pusing lalu memandang Ekin yang jelas tersentak. Tulah, tenung anak orang lama-lama. Malu ibu setaman Ekin! Haish.

“Selamat datang Cik Asyeekin.” Kata pemuda tersebut.

Ekin teragak-agak mengangguk dan senyum semanis mungkin. Macam kartun perangai kau Ekin! Kutuk hati.

“Asyeekin, ini Tuan Amirul Farhan. Dia pengurus syarikat ini. Anak kepada pemilik syarikat ini. Ada rezeki awak jumpa Tuan Amirul hari ini.” Ucap Ain lagi.

Tergamam Ekin saat Ain memperkenalkan lelaki di hadapannya itu. Ouh! Silap sekali tanggapannya! Rupa-rupanya di hadapan dia sekarang adalah anak kepada tuan syarikat. Dialah Tuan Amirul! Bukan yang di dalam tadi. MasyaAllah! Mata Ekin menjeling sebaris nama yang terpasang kemas di muka pintu. Kamal bin Abdul Aziz.

“Kalau takde apa-apa saya naik dulu, Ain. Cik Asyeekin, selamat bekerja di syarikat kami.” Tuan Amirul senyum yang mampu menggetarkan seluruh jiwa Ekin.

Ekin hampir tewas. Mata hanya memandang langkah pemuda itu pergi sebelum dikejutkan dengan suara Ain di sebelah. Pantas Ekin berdeham dan betulkan baju kurungnya. Cover!

“Okey Asyeekin boleh masuk. Encik Kamal sudah sedia untuk jumpa dengan awak.” kata Ain sejurus memberitahu Encik Kamal melalui interkom.

Ekin angguk kepala. Huh! InshaAllah semuanya akan okey Ekin. Husnuzon! Tarik nafas, hembus. Pintu diketuk tiga kali.

“Masuk…” suara garau Encik Kamal memanggil. Gulp!


***



WAKTU rehat menjelang. Alhamdulillah Ekin sudah diperkenalkan pada semua staf. Sedikit lega di hati Ekin apabila dia diterima dan layanan yang diberi sangat baik. Sangkanya dia akan dibuli pada hari pertama seperti tempat yang pernah dia kerja sebelum ini. Namun sangkaan meleset. Staf siapkan ajarkan lagi padanya. Bersyukur sangat Ekin dibuatnya.

Meja kosong di kafe dicari. Ain, Emma, Kak Dalilah dan Ekin duduk setempat sambil berbual. Oleh kerana agak ramai orang sedang ambil makanan membuatkan mereka duduk dahulu di meja memberi laluan pada mereka. Tak hilang makanan bak kata Kak Dalilah. Kak Dalilah memang sporting habis!

“Kak, nak tau satu cerita tak?” Emma bikin suspen semua orang.

“Hmm apa dia?” balas Kak Dalilah.

“Tadi Emma turun sekali dengan anak big bos kita. Satu lif lagi,” tekan Emma lagi.

Ekin seperti tertarik dengan perkataan anak big bos. Tuan Amirul kah? Bagai ada magnet menarik dirinya untuk mendengar setiap inci perbualan staf bertiga ini. Terbayang wajah kacak Tuan Amirul waktu ketemu pagi tadi. Ahhhh! Melting.

“Alah, akak setiap hari jumpa dia naik, satu lif takde pun bising-bising.” Cebik Kak Dalilah. Emma memuncung. Tak sporting langsung lah akak ni. Pantas dia menepuk tangan Kak Dalilah. Cer la bagi semangat sikit.

“Akak tak tau perasaan orang. Teruja gila kot! Bukan selalu dapat jumpa macam akak.” Juih lagi bibir Emma.

Kak Dalilah senyum senang. Dia siap jungkit kening lagi. Saja tambah api kemarahan Emma. Bukan tak tau Emma minat dengan Tuan Amirul tu.

“Emma dengar sini baik-baik apa yang akak nak cakap walaupun dah lebih 100 kali akak duk ulang benda yang sama. Tuan Amirul tu dah kahwin okey,”

Tersentak Ekin mendengar perbualan mereka. Dah berkahwin? Oh la la. Dah berpunya rupanya. Mesti cantik isteri Tuan Amirul kan. Tetiba sedih pula. Cinta pertama direject. Aiseymen Ekin, belum apa-apa dah kena tolak. Dia lamar kau pun tak Ekin oii! Celik mata sikit. Perangai kau pun 2 x 5 aje dengan si Emma tuh.

“Dah-dah la tu Emma. Jangan menaruh harapan lagi. Kesian Puan Humairah tau kalau dapat tau ada orang suka dekat suami dia. Cuba bayangkan kalau Emma dah kahwin lepas tu ada orang suka dekat suami Emma. Emma marah tak?” Giliran Ain pula menasihati Emma yang gila bayang dengan Tuan Tengku Amirul Farhan.

Lama Emma diam sebelum angguk kepala perlahan. “Tentulah marah.” Gumamnya lagi.

Ain senyum nipis.

“Haaa, so lupakanlah Tuan Amirul tu. Anggap dia majikan kita. Dia yang bayar gaji kita tau. Bila-bila masa aje dia boleh buang kita kalau dia nak. Ingat tu.” Pesan Ain lagi tak ubah bagai kakak. Emma muka monyok.

Ekin diam aje mendengar butir perbualan. Dia masih baru jadi dia tak tahu nak menyampuk celah mana. Dah tu semuanya berkisar pasal Tuan Amirul. Perutnya sudah berbunyi lapar. Nak cakap karang takut dia yang termalu sendiri. Gelojoh bebenau nak makan. Cerita mengenai Tuan Amirul mengenyangkankah???

“Ahaa! Walaupun Tuan Amirul dah berkahwin, tapi adik dia belum kahwin lagi,” Emma senyum gatal.

Serentak Ain dan Kak Dalilah menepuk dahi. Allahurabbi!

Ekin terpinga-pinga biarpun dia terasa nak gelak tengok gelagat kedua-dua wanita di hadapannya itu. Adik Tuan Amirul kerja sekali ke dalam bangunan ini? Yang mana ek? Aku pernah jumpa ke?

“Hai Ekin. Senyap je.” sampuk Kak Dalilah. Semua mata tenung Ekin. Ekin kalut sendiri. Dia sengih sungging. Hah! Berangan lagi Ekin.

“Eh… takdelah. Saya okey je.” Ekin garu kepala. Nak cakap ke tak? “Err kak. Bila nak makan? Saya lapar.” Perlahan perkataan lapar itu disebut. Gasaklah Ekin. Dah kau memang lapar! Takkan nak malu-malu gajah pulak. Nanti gastrik susah sendiri. Merangkak nak cari ubat.

Semua menepuk dahi. “Alamak! Sorry Ekin. Sorry. Jom ambik makanan. Kesian Ekin tunggu lama.” Pohon Kak Dalilah.

Ekin sengih. Yes! Makan time! Tak sia-sia menanya. Hiks. Nanti-nantilah sambung pasal Tuan Amirul dan adiknya.







BURRRRPP!! Fareez pegang perut. Gila kenyang hingga tersandar ke kerusi. Farhan yang baru selesai lap mulut guna tisu hanya mampu menggeleng. Teruk bebenor perangai aih.

“Sedap sampai menjilat jari la Kak Mai masak. Pergh! Marvellous! Reez bagi 10 bintang.” Puji Fareez melambung.

Aku tersengih sambil mengutip pinggan kotor. Alhamdulillah rezeki untuk hari ini. “Biasa je pun kak masak.” Dalam pada itu mata mengerling orang sebelah sini. Diam aje. Cemburu la tu. Tengok, adik abang puji masakan Mai. Abang hado??

“Apa pulak biasa. Memang betul sedap la, Kak Mai. Kalah Chef Wan! Serius Reez tak tipu. Kan angah kan?” Bersungguh Fareez memuji langsung meminta pendapat abang keduanya itu.

Aku senyum aje. Kau pun satu, dik. Nak puji tak hagak-hagak. Berapi la abang ngah kau jap lagi. Akak juga yang kena pujuk. Heh!

“Sedap ke? Angah rasa biasa je. Kurang garam. Tawar.” Selamba badak berkata tak toleh kiri kanan depan belakang. Air oren diteguk. Tampak halkum bergerak-gerak.

Ayat sentap + mendidih! Ada yang periuk ketam masak cili api tu terbang atas kepala satgi. Siap abang nanti. Mai rebus abang dalam periuk tu karang! Aku menjelingnya tajam saat mata Farhan mengerlingku.

Fareez kerut dahi. “Eh tadi Reez rasa cukup semua. Apa yang kurang. Angah ni makan ke melantak?”

Aku rasa sedap aje semuanya tadi. Ke aku yang melahap actually? Entahlah labu. Yang penting perut terisi. Tak payah bazir duit. Harga makanan sekarang mahal mak aih. Better makan di rumah. Eleh, Reez. Kau tu saja nak ngelat dari hadiri mesyuarat. Lepas kena brainwash kaw-kaw oleh angah, minta muka simpati nak makan kat rumah sekali. Hoh!

Farhan jungkit bahu. Dia toleh kiri. Tampak Humairah pandangnya bagai nak telan. Dalam hati nak tergelak sakan. Saja nyakat. Sehari kalau tak cuit Humairah, tak buat isterinya melenting angin satu taman, memang tak sah pada lelaki bernama Farhan. Bukan tak sedap. Apa-apa masakan dari air tangan isteri memang sedap walaupun masakan bening sahaja. Saja nak tengok muka tu merah menahan marah. Comel!

Watch out you!’ Aku bagi amaran dengan isyarat mata sebelum berlalu ke dapur untuk cuci pinggan mangkuk kotor. Sampai hati abang kata masakan Mai tak sedap. Sebak. Adik abang pandai amek hati Mai. Abang kutuk lagi ada la. Grrr! Pili air kubuka agak kasar. Biar tercabut! Biarr!

“Reez nak pergi tandas. Sakit perut,” Sepatas kilat Fareez berlari bila perutnya memulas. Ah sudah! Ni mesti pasal nasi lemak pagi tadi ni. Adeh. Pedas sangat. Menyesal pulak beli. Lain kali tak mau beli lagi! Sempat Fareez kutuk diri sendiri.

Menggeleng lagi kepala Farhan. Dah tahu alah makan pedas, masih juga nak baham. Emm lantak kau dik. Asal kau bahagia. Farhan ke dapur membawa mug kotor. Dia ada misi penting! Misi memujuk isteri yang tampak terluka dengan kata-katanya tadi. Tengok tubuh sang isteri yang sedang mencuci pinggan, segera dia mendekat.

Aku anjak ke kiri sikit apabila terasa bahang di belakang. Dah tahu siapa, malas bertanya. Diam lagi baik. Karang habis segala hikayat aku bentang. Tangan ligat menyabun piring. Buat-buat tak nampak aje ‘manusia’ kat sebelah. Misi balas dendam. Mogok ngan abang. Hmph!

Sambil-sambil Farhan basuh cawan, anak matanya mengerling Humairah. Sembab. Baru lepas berendam air mata gamaknya. Rasa bersalah menular kini. Sanggup kau lukakan hati Mai, Farhan? Isk isk isk. Kalau tau dek Mama Nani, memang kena brainwash 7 hari 6 malam gamaknya! Berani lukakan hati menantu kesayangan mama! Eheh.

“Banyak lagi ke nak cuci?” Soalan Farhan membuatkan aku mendongak melihatnya.

Zappp! Betul sangkaan Farhan. Sisa air mata terpancar di tepi tubir mata menambahkan kekesalan di sukma Farhan.

Aku geleng kepala. “Tak. Ni je tinggal. Pergilah depan teman Fareez. Karang lambat pergi kerja.” Balasku bersahaja. Bagai tiada apa-apa terjadi.

Farhan hela nafas. Dia kesat tangan yang basah pada kain sebelum berdiri di belakang isteri. Tanpa kata aluan, dia memeluk Humairah dari belakang membuatkan tubuh sang isteri terkedu. Nasib pinggan tak meluncur dari tangan. Tangan sasa yang melingkar kemas dipinggangku direnung bersama perasaan kelam.

“Abang minta maaf. Tadi abang gurau saja.” jelas Farhan perkara sebenar.

Aku diam kaku.

“Masakan sayang semua sedap,” sambungnya lagi. Aku mencebik.

“Tak payah nak lobi Mai. Cakap je terus terang. Apa yang Mai masak semua tak sedap kan sebenarnya? Tak payah jaga hati Mai la, abang.” Sebakku bertandang.

Farhan pantas menggeleng. Teruk benar luka Mai dibuat olehnya sampaikan dia berkata begitu. “Demi Allah air tangan isteri abang ni semua sedap. Kalau tak sedap, takkan la abang bertambah nasi.” Terdiam lagi aku.

“Dah tu kenapa abang cakap macam tu tadi?” geramku.

Farhan meletakkan dagu di bahu kanan aku. Hangat hembusan nafasnya di pipi. “Abang cemburu dengan Fareez.”

Naaaaaaaaaah! Seperti yang dibilang. Aku sembunyi senyum. Rasa gelihati pula. “Adik abang tu takde apa-apa niat pun. Abang ni cemburu sangat,” telahku lalu menyambung cucian.

Farhan membisu sejenak. Dia akui perangainya makin menjadi-jadi selepas berkahwin. Makin kuat jealous! Tak seperti dulu yang cool semedang. Dia sendiri tak tahu mengapa kenapa dan bagaimana perkara tu boleh terjadi. Hati pedih jika lihat Humairah bercakap dengan seseorang yang tidak dia kenali especially lelaki. Termasuklah Fareez, adik sendiri. Rasa macam nak tumbuk-tumbuk, lenyek-lenyek jadi lempeng!

“Abang tak nak pergi kerja lagi ke?”

Pertanyaan Humairah menerbangkan segala khayalannya. Nampak isterinya sudah siap membasuh.

“Boleh tak kalau abang tak pergi?” balas Farhan nada mengusik.

Aku senyum nipis. Orang tanya dia, dia tanya orang balik… “Terpulang. Tapi kalau nak bagi makan dekat Mai, Mai nak makanan dari rezeki yang halal.” Mendalam kata-kataku itu. Harapnya dia memahami.

Farhan merenggangkan jarak tapi masih lagi memeluk pinggang aku. Dia membalikkan tubuhku lalu merenung anak mataku. Lama. Aku pula yang tersipu-sipu malu. Hailah Mai. Dah bertahun kahwin pun!

Eh, hormon pemalu aku ada lagi tau! Tak pernah pupus! Balas hati.

“Tapi, kalau abang buat kerja dari rumah kira abang bekerja juga kan? Lagilah halal. Dialu-alukan,” giat Farhan lagi.

Aku menjuling mata ke atas. Tahu sangat apa yang dimaksudkan Farhan. Gatal sungguh la laki I ni.

Baru Farhan hendak mendekat bibir merah semulajadi ini, laungan suara Fareez membuatkan kami kalut melepaskan diri. Takut dilihat adik ipar perkara yang tak sepatutnya.

“Angah jom!” laung Fareez di ruang tamu.

Aku sengih nakal sebelum usap pipi Farhan lalu berjalan keluar dari dapur. Hiks. Nasib abang la…

Farhan pula rasa nak hantuk kepala dekat peti ais. How come you rosak my plan, Fareez?!?! Kan dah melepas ‘moment terindah’ tadi. Haish! Angah sesah kau dalam pejabat nanti karang! Bengang Farhan.



****




JAM 6 petang. Farhan melangkah keluar dari pekarangan lobi menuju ke kereta. Tadi Izuan berjanji bahawa dia mahu berjumpa di sebuah tempat yang telah ditetapkan untuk bincang sesuatu yang penting. Lagipun sudah lama dia tak berjumpa dengan sepupunya itu. Adalah lebih kurang sebulan. Pada waktu yang sama, dia ternampak kelibat seseorang sedang duduk di atas batu sungai yang menjadi perhiasan di bahagian tempat letak kereta. Langkah Farhan bertukar ke arah di mana ‘orang itu’ berada. Menyimpang dari tempat letak keretanya.

“Ekin,” tegurnya.

Ekin yang asyik duk pandang jam kalut berdiri. Dia tunduk hormat pada Tuan Amirul. Beg yang hampir jatuh disauk ke bahu.

“Awak buat apa dekat sini?”

“Err… saya tengah tunggu kawan. Dia nak datang ambil. Tapi tak sampai-sampai lagi.” Luah Ekin sambil garu kepala. Sungguh tak senonoh la kau Ekin oik! Depan bos ni kan.

“Dari pukul 5 tadi tunggu kat sini?” Ekin angguk perlahan. “Rumah dekat mana?”

“Err…” tergagap Ekin nak jawab. Alahai… bertembung pulak dengan bos syarikat.  Dah lah aku sensorang. “…sa…saya tinggal dekat..” kata-katanya terhenti apabila bunyi telefon bimbit kedengaran. Segera beg tangan diseluk. Tak dihiraukan Tuan Amirul dihadapan mata yang memerhati geraklakunya.

“Ekin, maaf. Kak Tini tak dapat nak ambik. Sini hujan lebat!” pohon Kak Tini menyesal. Ekin segera pandang langit dengan mata mengecil. Mendung cuacanya.

“Emm takpelah, kak. Ekin balik naik teksi aje la.” Balas Ekin lembut walhal dihati serasa mahu meraung sekuatnya. Manalah aku nak cari teksi?!?!

“Maaf Ekin. Akak tak sengaja.” Merayu Kak Tini memohon sejuta kemaafan.

Ekin hanya mampu senyum hambar. “Tak apalah, kak.” Telefon dimatikan sesudah berucap salam. Ekin mengeluh sebelum genggam telefon dan memandang ke hadapan.

Erk! Tuan Amirul merenung dia. Lama. Ah sudah! Macam mana aku boleh lupa dia ada dekat sini sekali?!??

“Kawan awak tak dapat nak ambil?” teka Farhan menyambung perbualan.

Ekin tak tahu nak kata apa. “Err… tak… err.. ya.. eh bukan-bukan!”

Farhan hela nafas. Dia kerling jam di tangan. Kemudian pandang langit. “Marilah saya hantar awak balik. Lagipun pukul berapa sekarang. Teksi pun kurang dekat kawasan sini. Lagipun…” Farhan tunjuk isyarat ke atas. “… nak hujan.” Dia bukan kejam nak biarkan pekerja balik lewat sedangkan waktu mulai menginjak senja apatah lagi yang dihadapannya perempuan. Farhan yakin 100% pekerja baharu itu belum tahu selok belok Bandar ini. Apa salah berbuat baik. Mana tahu nanti Tuhan akan balas perbuatan baik kita dengan ganjaran istimewa.

“Tapi saya tinggal jauh, tuan.” Dalih Ekin.

“Duduk Perlis ke?” sindir Farhan seraya senyum mengusik. Ekin kelu lidah. Dia senyum?

“Naik kenderaan kan. Bukan jalan kaki. Jom.” Farhan tekan punat kecil pada kunci kereta Honda Civic yang berdekatan dengan tempat di mana Ekin bertinggung tadi. Beg kerja diletak pada seat belakang.

Tercengang Ekin tak berganjak. Malah kaku bagai aisberg! Lorh! Agaknya ini kereta Tuan Amirul. Ekin ingat BMW sebelah sana tu. Low profile sekali ketuanya. Patutlah disukai semua orang. Tapi… senyumannya tadi… kenapa ada rasa denyut di nadi? Panggilan Tuan Amirul melenyapkan segalanya. Nak tak nak, perlahan-lahan Ekin menapak menuju ke kereta milik bos yang sedang menanti di tempat memandu. Mata melilau pandang sekeliling. Aduh! Janganlah sesiapa nampak! Doa Ekin di hati. Tangan menarik pintu hadapan bersama selawat berpanjangan.

Honda Civic meredah ke lebuhraya bersama kenderaan lain. Peak hour. Kenderaan yang tadinya laju menyusur kini beransur-ansur lambat. Suasana bisu membuatkan Ekin bosan. Hanya radio jadi peneman. Tuan Amirul yang leka memandu membuatkan Ekin berani curi-curi intai. Ya Allah, betapa untungnya isteri tuan memiliki tuan. Tuan tak membangga diri seperti orang lain. Tengok dari gaya Tuan Amirul, dia ciri-ciri lelaki idaman gadis Malaya. Dia akui hati bergetar hebat apabila duduk berdua-duaan di dalam kereta bersama lelaki yang menjadi bualan hangat di syarikat. Rezekinya mungkin, telah Ekin. Dari sisi, Tuan Amirul kelihatan sangat kacak. Sungguh! Iman Ekin hampir jatuh ke bawah.

Intaian Ekin tergendala apabila smartphone Tuan Amirul menyala di dashboard menampakkan gambar isterinya. Sayang calling

Farhan tekan handsfree sebelum menjawab panggilan isteri tersayang. “Abang dekat highway. Sayang buat apa tu?”

Itu sahaja butiran yang dapat Ekin dengar. Selebihnya Ekin hanyut mengenang hal nan satu. Dia terpaku akan kecomelan dan kecantikan isteri Tuan Amirul! Dalam gambar pun cantik apatah lagi tuan empunya badan di depan mata. Melihatkan Tuan Amirul ketawa dan tersenyum dalam telefon begitu melalaikan Ekin hinggakan dia tertarik untuk mencuri-curi intai lagi. Ah, Ekin dah angau!

Bunyi mesej masuk membuatkan Ekin kalut mencari di dalam handbag. Kotak mesej dibuka dan dibaca.

+Kak Tini kt Wali House. Tersangkut hujan. Kin nak kirim pape x?

Wali House? Aduh! Maknanya tiada sesiapa lah dirumah nanti. Macam mana Ekin nak masuk rumah? Ekin kebingungan. Kerutan dahi bertambah. Tua jugak aku sebelum usia gamaknya!

“Rumah awak dekat Seri Harmoni kan?” pertanyaan Farhan memeranjatkan Ekin. Mujur telefon tak dibaling merata.

Ekin tersentak sendirian. Eh? Bila masa dia tamat telefon? “Err.. ya, tuan.” Balas Ekin malu. Dia berkira-kira sendiri. Hendak diluah, tak berani. Tapi agak menakutkan jugalah kalau tinggal sendirian di luar rumah. Sudahlah kawasan perumahan sunyi. Karang ada perkara tak diingini berlaku, kes naya pulak! Acaner ni?!

“Err, Tuan?” Ekin berdeham cuba menghilangkan kegugupan. “Err boleh tak Tuan hantar saya ke Wali House? Restoran Wali House.” Ujar Ekin setelah mendapat kekuatan.

Farhan kerut dahi. “Kenapa? Rumah awak kan dekat Seri Harmoni,”

“Betul, Tuan. Tapi kawan saya tiada di rumah. Dia ada dekat Wali House. Tersangkut kat situ sebab hujan lebat sangat. Err kalau tak keberatan. Tuan hantar saya ke sana. Lepas tu saya balik dengan kawan saya.” bersungguh Ekin mengucap.

“Okey.” Itu sahaja yang dibalas majikannya membuatkan Ekin termangu seketika sebelum angguk kepala. Okay… means okay la kut. Ya Allah, selamatkan lah perjalanan kami. Harapnya Kak Tini tak pulang lagi dari Wali House! Aku tak mahu susahkan ketua lagi Ya Allah. Amin.



****



LILITAN shawl di kepala diperbetulkan saat kereta yang dipandu sahabat hampir tiba di kawasan yang dituju. Tak sabar nak jumpa Izuan! Hihi. Kalau Farhan tahu, habislah. Merajuk panjang suami cheq sebab tak beritahu dia dulu. Yalah, sepupu tersayang kan! Tapi disebabkan ada rahsia yang tersembunyi membuatkan aku terpaksa. Maafkan Mai, abang. Huhu!

Sewaktu Wana hendak parkir, mataku seakan terperasan sebuah Honda Civic yang seakan-akan milik suamiku, Farhan. Aku pandang belakang semula ingin membuat kepastian namun tak sempat disebabkan Wana sudah mendapat parking agak jauh dari kelibat kereta tadi. Hmm mungkin perasaan je kut. Tu tanda dah rindu tahap gaban dekat suami lah tu. Hehehe!

“Jom! Mesti Izuan tunggu kita lama, kan.” Ajak Wana lalu lock kereta.

“Kau yang bawa macam kura-kura.” Perliku sambil memegang handbag. Wana cekak pinggang.

“Ouh salah aku pulak! Kau tu yang tak siap-siap lilit shawl. Aku juga kena?” mencerlang mata Wana.

Aku terkekeh ketawa. Kaki meniti tangga. Bau makanan dari restoren ini tersangatlah sedap. Lapar perut weh. Tadi makan sikit aje. Tak kenyang. Tangki perut aku kan besar. Haha! Kami mencari tempat duduk agak jauh dari orang ramai. Hakak memerlukan privacy ye!

“Cuba kau tanya Izuan kat mana. Cakap yang kita dah sampai.” Ujarku seusai melabuh punggung di kerusi.

“Amboi, ingat aku assistant peribadi kau?” juih Wana.

Aku sengih comel. “Bukan ke? Alaaa… kawan pun berkira la kau ni. Kedek!” sindirku selamba.

Wana jelir lidah. Haish… dah tua pun buat perangai macam budak sekolah! Buat malu je adik-adik nengoknya.

“Izuan kata dia dah sampai tapi dia pergi toilet jap. Aku pun nak pi toilet ni. Kau duduk sini. Nak order dulu pun takpe.” Kata Wana sejurus melihat smartphone. Dia bangkit tiba-tiba seraya memasukkan telefon bimbit ke dalam beg tangan aku membuatkan aku terlongo memandang.

Amboih! Ingat beg aku harta wakaf?”

Wana juling mata ke atas. “Tak payah kedekut! Aku nak pergi toilet ni tau! Kang terbesei(basah) kat sini kau jugak yang malu,” bebelnya pulak.

“Jangan silap masuk toilet.” Pesanku seraya ketawa lagi. Wana tu bukan boleh kira sangat. Aci pakat redah aje.

Aku pandang sekeliling. Lupa pulak nak tanya Wana apa nama restoren ini. Unik. Semua bertemakan kampung. Dengan buluhnya, kerusi rotannya, macam reban ayam pun ada. Pelepah kelapa pun ada! Maka makanannya juga dari masakan kampung kut, telahku di hati. Struktur ruangan juga tidak sempit dan padat seperti sesetengah restoren. Lapang dan hati aku pun tenang bila memijakkan kaki ke sini. Tiba-tiba rindu menggebu untuk pulang ke kampung. Opah… miss you.

Seorang remaja perempuan menghampiri meja yang kudiami sebelum menghulurkan menu.

“Wali House rupanya.” Anggukku. Nama pun wali… klasik sangat. Seperti yang aku jangka, makanannya berasakan kampung. Ada ala carte dan set. Mata terpandang sebaris ayat…. nasi beriyani. Alamak aih! Terliur la pulak. Tapi kalau aku makan dekat sini kenyang-kenyang, kesian pula Farhan. Makan sorang-sorang dekat rumah.

“Nak order apa, kak?” tanya si remaja itu dengan senyum mesra.

“Milo ais aje la, dik. Makan tak nak.”

“Kawan kakak?” soal remaja itu. Mungkin dia perasan Wana bersama aku tadi kut.

“Emm kakak tu dia order nanti,” Kataku lagi. Remaja itu berlalu pergi meninggalkan aku keseorangan. Telefon bimbit kubuka lalu melihat Whatsapp. Kebanyakan mesej masuk dari grup sekolah. Sape lagi kalau bukan aspura dan aspuri. Mulut bising mengalahkan murai, tangan laju menaip mengalahkan pro. Hakim dan Putera tak boleh dipisahkan dengan pantun! Merepek meraban je diorang dalam grup. Penuh notify dan kadang kala hang telefon.

Aku buka Whatsapp yang tertulis Abg Syg. Last seen today at 5.45pm. Sekarang dah jam 6.15petang. Mana dia ni? Apesal tak call? Selalu call je. Ada apa-apa berlaku ke? Hati keluh kesah. Telefon kubelek lagi buat kali yang keberapa entah. Namun sekejap-sekejap dada rasa tak tenang. Hati rasa tak sedap. Sepertinya bakal berlaku sesuatu yang tak kuduga. Subhanallah… astaghfirullahalazim, suami kau tak apa-apa Mai. Inshaallah. Rasa gelisahku berkurangan setelah Wana muncul keluar dari toilet dan mendekati meja.

“Izuan mana?” tanya Wana.

“Patutnya aku yang tanya kau.” bidasku semula.

Wana kerut dahi. “Tak datang lagi? Aik. Lama betul dalam jamban. Aku siap buang air besar lagi.”

Aku geleng kepala seraya jungkit bahu. No comment

Kami menyepi seketika sebelum Wana mencuit jemariku yang sedang bertungkus lumus main Candy Crush. Minuman aku pun tak sampai-sampai lagi. Susah sangat ke membuat air milo tu, encik pembuat air?!

“Apa kau ni?” Marahku. Ganggu ketenteraman orang aje tau!

“Kalau aku tanya, kau marah tak?” Pertanyaan Wana buatkan aku ketawa kecil. Mata dilarikan pada Candy Crush semula.

“Selama ni kau tak tanya pun. Direct je cakap.” Perliku sedas. Wana mencebik bibir. Tak kutuk orang tak sah!

“Kau rasa…. lelaki yang sudah berkahwin…. akan setia ke?”

Soalan maut terpacul keluar dari mulut sahabat baik ini membuatkan aku terkedu sebelum kelopak mata terkebil-kebil untuk beberapa ketika. Buffering….

“Kenapa tanya soalan tu?” jawabku musykil. Tetiba aje minah ni. Something wrong? Berdebar pula jantung kita.

Wana teragak-agak hendak berkata sebelum memberanikan diri menyuruh aku pandang ke belakang di mana dia hendak menunjukkan sesuatu yang langsung tak kuduga.

“Tolonglah cakap mata aku rabun sekarang,” ujar Wana. Dia takut hendak menghadapi kenyataan.

Aku tidak membalas kata-katanya setelah melihat apa yang terhidang di hadapan mata. Jantung bagai terhenti denyutnya. Tekak bagaikan payau dan pahit rasanya. Darah serasa berhenti mengalir ke segenap tubuh. “Abang…” suara kecilku akhirnya berbunyi.

Melihatkan Farhan sedang makan bersama seorang perempuan yang mungkin seusia denganku begitu merobek hati perempuan bergelar isteri. Melihatkan senyuman terpamer di wajah suami tercinta itu sangat mengecewakanku. Tapi mengapa air mata tidak mengalir?! Serasa hati dicarik-carik dengan penipuan yang diolah suami tersayang, yang didamba kasih siang dan malam. Namun, mengapa aku tidak menangis?

“Mai…” Wana memegang lenganku. Cuba menyelami hati dan jiwa. Anehnya Mai hanya diam. Terlukakah hatinya? Pada hematnya, dia berasa sangat menyesal sekarang sebab memberitahu akan hal itu kepada Mai. Sungguh regret!

“Boleh tak kita balik? Cakap dengan Izuan cancel jumpa hari ni. Aku penat la.” pintaku bernada sayu.

“Nak aku tumbuk Han? Aku okey je!” Wana hendak bangkit namun pantas lengannya kusambut laju. Kepala menggeleng lemah.

“Mai…” keluh Wana lagi bila aku menarik tangannya agar duduk. “Suami kau dengan perempuan…” kata-kata Wana mati bila aku menyampuk.

“Kita balik la. Aku sakit kepala,” bohongku.

Wana hela nafas sebelum bersetuju. Laju dia mengambil beg tanganku seraya memimpin aku keluar dari restoren itu menggunakan laluan lain agar aku tak bertembung dengan Farhan. Bimbang hati semakin parah.

Patutlah hati tak sedap. Rupa-rupanya…. nasi sudah menjadi bubur. Kenapa abang buat Mai macam ni? lirih hati sayu. Kereta yang Mai perasan tadi memang benar kereta abang. Instinct seorang wanita bergelar isteri…




SEMINGGU sudah pun berlalu, Farhan rasakan Humairah bukanlah dirinya yang dahulu. Jikalau dulu mulutnya sering sahaja bercakap dan membebel tak kira waktu. Kini hanya diam dan menjawab jika perlu. Jikalau dulu, senyuman manis yang menyerikan wajah isterinya menampan hati Farhan, kini senyuman itu bagaikan dibuat-buat. Jika dulu Humairah suka dirinya dipeluk waktu tidur, kini sang isteri meletakkan bantal panjang di tengah-tengah katil seakan memberitahu itu adalah sempadan antara mereka. Jika dulu ada peluang untuknya mengucup dahi dan pipi Humairah, kini isterinya sering mengelak.

Farhan tak mengerti. Kenapa dengan Humairah? Habis sudah dia memujuk melalui percakapan dan perbuatan namun Humairah tidak memberi sebarang respon. Isterinya hanya menjawab, “…tak ada apa-apa…” membuatkan Farhan jadi keliru sendiri.

Proposal atas meja tak lalu hendak dibelek. Hati mengingatkan isteri. Kenapa dengan Mai sekarang? Itu persoalan yang bermain di fikiran. Dia yang salah atau Mai yang berubah. Tiada orang lain melainkan mereka berdua sahaja. Pasti salah seorang darinya.

Tit.. tit..

Bunyi Whatsapp masuk. Segera Farhan buka. Ternyata Humairah yang menghantar. Baru teringat tuan empunya badan sebentar tadi. Senyumannya menghiasi bibir.

+ Mai minta izin pegi rumah mama Mai                                         

Berkerut seribu dahi Farhan sambil bersandar di kerusi. Laju tangan menaip keypad telefon. Mai rindu mama agaknya.

-Syg pergi dgn sape? Tggu abg balik baru pegi ea syg

+ Mai dah pegi. Dah smpi rumah mama. Yana amek td

Jawapan itu membuatkan jiwa Farhan terbakar. Hilang senyuman di bibirnya. Siapa izinkan si dia pergi tanpa keizinan suami? Pantas nombor Humairah didail. Sekali… tidak diangkat. Dua kali… juga masih tak berangkat. Farhan mula mundar-mandir dalam ofisnya. Jiwa kacau. Serius dia terkilan dengan keputusan terburu-buru Humairah. Tak pernah terjadi perkara sebegini sebelum ini. Humairah melampau!

“Angkat Mai. Jangan buat abang marah.” Farhan ketap bibir tahan sabar. Berkali-kali dia menelefon tapi tak diangkat. Menguji iman betulllah!

Kali ke keempat menelefon…. baru kedengaran suara Humairah. Itu pun lambat hendak mengangkat.

“Sayang kat mana tu?” soal Farhan serius.

“Rumah mama.” Jawab Mai perlahan.

“Siapa izinkan Mai pergi? Kenapa tak tanya abang dulu?!” berapi Farhan jadinya. Sesiapa duduk sebelah harus rentung akibat tempias.

Humairah diam membatu diri membuatkan Farhan semakin asak menanya.

“Dah tak ingat Mai ada abang sebagai suami? Kenapa membelakangkan abang?”

“Mai…” kata-kataku termati apabila dipotong Farhan.

“Apesal Mai macam ni? Kalau ye pun merajuk, marah abang, bawa berbincang antara kita dekat rumah. Bukan balik rumah mama! Mengadu pada mama!” sembur Farhan lagi.

Humairah masih diam. Tekun mendengar butir bicara suami. Ditelan segala kemarahan dan jerkahan Farhan dalam hati.

“Abang tak kira. Mai balik rumah kita atau abang pergi rumah mama!” Ugutan Farhan membuatkan Humairah memejam mata menahan kepedihan. Terasa tubir matanya panas menandakan ada air hangat disitu.

“Okey, Mai balik.” Payau suara serak basah itu membuatkan Farhan jadi serba salah. Baru tersedar dia sudah meninggikan suara pada isteri tersayang yang sebelum ini tak pernah dimarahi, dicuit mahupun ditengking. Apa dah jadi dengan kau, Han?! Talian dimatikan Humairah menambahkan lagi rasa bersalah dalam lubuk hatinya. Mai, maafkan abang. Abang tak sengaja! Farhan usap muka perlahan. Hati gila menyesal tika ini.







SUASANA di rumah sepi. Makan malam pun terasa payau di tekak. Nak tegak kepala pun susah. Serasa macam ada orang tekan kepala supaya terus menunduk. Farhan pandang sahaja gelagat isterinya yang tunduk-tunduk di meja makan. Tiada usik tawa seperti selalu. Sungguh Farhan tak suka suasana macam ni. Bikin stress! Macam rumah orang berkabung aje.

“Ehem…” Farhan berdeham.

Aku kerling sikit sebelum tunduk hadap pinggan. Ayam goreng hanya dikutil namun tidak dimakan. Selera langsung tiada tetapi aku tetap cuba adakan selera itu! Nak jaga hati suami. Tetapi encik suami itu tak jaga hati kita pun. Sedih!

“Abang ingat nak keluar malam ni.”

‘Jumpa perempuan itu,’ Lirih Mai lagi.

“Jom keluar.” Ajak Farhan lembut.

Ek eh! Nak date ajak bini. Tak pernah dibuat orang okey! Ini yang buat Mai rasa nak lempar periuk belanga kat dapur nu haa. Nak buat Mai jeles, menangis meraung kat situ ke? Geram pulak hati. Bengkek!

“Nak pergi mana? Malas la.” Jawabku lambat-lambat. Takde mood nak keluar dengan abang tau tak! Grr…

“Jom la. Kita pergi jalan-jalan. Tepi laut ke. Tepi sungai ke. Tepi kolah ke.” Usik Farhan.

Aku mencebik. Baik pergi masjid dari pergi tepi kolah!

“Mai pening la. Malas la nak keluar. Abang nak keluar, keluar sorang lah. Ajaklah sesiapa.” Ajak perempuan tu sekali pun tak apa! Bengangku di hati.

“Pening?” Farhan tenung aku semacam. Habis raut wajahku ditilik. Setiap inci diratah sang mata hazelnya. “Dah makan ubat?”

“Hmm,” bohongku. Sesudah makan, aku kemas meja macam biasa. Waktu itu telefon rumah berbunyi. Farhan tak tahu ke mana menghilang. Aku lap tangan sebelum jawab telefon.

“Saffiya ni,” jawabku sopan. Mak lang rupanya!

“Farhan ada kat rumah tak ni? Mak lang ingat nak datang rumah malam ini. Dhia ni haa… baru sampai dari Paris, teringin nak jumpa Farhan. Rindu bebeno kat sepupu dia ni sampai tak nyempat nak singgah rumah.” ujar Mak lang ketawa yang dibuat-buat. Bersungguh dia menyebut nama anaknya, Dhia.

Gulp! Serasa tulang ayam tadi tersekat dicelah kerongkong. Jika petang kelmarin suaminya bersama perempuan yang tak dikenali… kini Dhia (sepupu) Farhan hendak datang berjumpa. Mai rasa nak jerit biar setaman dengar! Mengapa semua ini harus terjadi disaat dia ingin menempuh kegembiraan dan kebahagiaan? Merintih pedih hati tika ini.

“Hello! Dengar tak?!” suara lantang mak lang bergema di telinga membuatkan aku tersentak hebat.

“Err kejap ya, mak lang. Fiya panggilkan abang.” Gagang telefon kupandang kelam sebelum mencari susuk tubuh suami.

Pada masa yang sama muncul Farhan dari luar rumah bersama beg laptop ditangan. Dia pandang aku bersama kening terangkat apabila aku mendekatinya.

“Kenapa ni?” soalnya.

“Mak lang abang telefon,” ujarku pendek. Farhan tak balas sebaliknya menerpa kearah telefon lalu bercakap dengan mak lang. Mesra semacam. Cakap dengan mak lang ke Dhia? Hati membengkeng lagi. Aku tak menunggu lama untuk melihat kemesraan itu. Langkah longlai dituju ke bilik. Kenapa hidup aku yang indah berubah sejak akhir-akhir ini? Adakah ini seberat ini ujian yang harus kuterima? Mai, sepatutnya kau kena masak dengan semua ini. Farhan itu ada segala pakej. Setiap perempuan memandangnya tak kira usia. Walaupun kau dah kahwin dengan dia, belum tentu dia akan stick to one. Kuota 3 kosong tau. Bila-bila masa aje kau boleh dapat madu. Mata dipejam menahan rasa sedih. Mama… Mai tak kuat. Sehingga sekarang Farhan masih merahsiakan hubungan dia dengan perempuan itu dari Mai. Hati isteri mana tak sedih. Lepas tu boleh nak baik-baik dengan Mai. Pura-pura!

“Sedar, Mai. Kau boleh. Kau kuat!” aku cuba tiupkan semangat dalam jiwa. Kalau belum kahwin, bolehlah aku belasah dia. Ini dah jadi suami. Berdosa pulak buat cenggitu.  Tak cium bau syurga nanti.

Bersama bakul berisi kainan yang kuambil petang tadi diampaian, langkah dihala ke muka pintu. Hajat hati ingin melipat kainan itu di ruang tamu bawah. Tengok tv, hilangkan sedih. Namun belum sempat aku capai tombol pintu, pintu telah ditolak dari luar.

Erk!

Dua-dua jasad bertemu. Farhan pandang aku. Aku tenung dia. Sama-sama statik. Mata hazelnya merenungku sedalam yang boleh. Bagaikan sebulan tak ketemu isteri. Aku kalih arah lain. Tak sanggup diri ditenung sebegitu. Malu pun iya jugak sebenarnya.

“Err, Mai nak lipat kain ni.” Ujarku gugup. Huh… apesal tetiba tak bernafas pulak ni??? Hailah Humairah.

“Kenapa tak lipat dalam bilik je macam selalu?” soal Farhan pelik.

Aku hela nafas. Apa nak jawab eh? Banyak pulak soalan dia. Tak nampak ke aku tengah kecewa ni? Grr…! “Tak boleh ke kalau nak lipat kat luar?” bidasku perlahan. Aku cuba untuk tak bertegang urat dengannya. Nak tengok sejauh mana dia kenal gerak laku aku yang berubah sekarang.

Farhan bersandar senget di pintu dengan bahu kirinya. Menghalang isterinya keluar dari kamar beradu mereka. “Boleh. Abang takde pula cakap tak, kan. Tapi kenapa hari ini? Itu soalan abang.” Jelas Farhan.

Sebab Mai malas nak tengok muka abang! Kang kena tumbuk, Mai tak bertanggungjawab. Desisku. “Saja tukar angin.” Balasku meleweh. Malas nak layan, aku keluar. Baru melepasinya, lengan kananku ditarik membuatkan langkah terhenti lagi. Aku berdecit geram. Haih… ada yang kena tomoi betul-betul karang!

“Tak payah lipat kain. Pergi siap. Kita nak pergi rumah mama abang.” Kata Farhan sangat dekat di wajahku membuatkan bahang kehangatannya terasa. Aku angkat kepala tengok dia dengan kening berkerut.

“Buat apa malam-malam pergi rumah mama?”

“Mak lang nak datang.” Sebut sahaja nama mak lang baru aku teringat panggilan telefon tadi. Haah la. Mak lang! Alahai… masalah betul!

“Bukan ke mak lang nak datang sini… rumah ki… rumah abang.” Tuturku lagi. Farhan menggeleng kepala.

“Dia orang nak datang rumah mama. Mama call kejap tadi suruh kita pergi sana.” Farhan berjeda. Langkah makin dirapat ke tubuh hingga aku tak mampu bergerak ke mana-mana. Diperangkap! Renungannya menggoda dan mempesona. “Lagi satu… ini bukan rumah abang. Rumah KITA. Its ours! Lekas siap, sayang.” Ubun-ubunku dikucup lama sebelum melangkah pergi ke toilet. Meninggalkan aku terkebil-kebil dengan perbuatannya. It ours

*********

SEDARI di sini, aku rasa bahang semacam. Macam gunung berapi tu dekat aje! Mata dari tadi sakit. Bagaikan ada percikan bara api! Tak lepas aku memandang Dhia yang sedang berbual dengan Mama Nani. Terlentok sana terliuk sini. Ada tulang ke tidak perempuan ni? Baju tak usah dikata. Kalau boleh, tuala budak-budak pun hendak dipakai. Pendek sesangat! Berbulu mata weh!

“Kakak!” Aina yang entah dari mana muncul terus duduk disebelah aku lantas memeluk erat lenganku. Kepalanya aku usap kasih. Dari kecik hingga besar, perangai manjanya tak pernah luput. Kini sudah tingkatan 1 Aina. Cepat benar masa berlalu. 7 tahun membawa seribu satu kisah. Masam dan pahit…

Baby, come here darling. Sit with aunt,” Panggil Dhia bajet terror omputih. Balik dari Paris katakan. Aina mencebik.

“Tak nak!”

“Aina, kenapa cakap macam tu? Mama tak ajar tau jerit-jerit begitu.” Tegur Mama Nani. Air muka Dhia berubah selepas mendengar balasan Aina. Aku sembunyi senyum dalam hati. Takkan nak gelak kuat-kuat. Ya dak?

Aina menjuih lagi. “Aina nak duduk ngan kakak. Bukan ngan dia. Sibuk je!” sindir Aina lagi.

Kali ini Dhia masam. Kalah cuka getah! Mama Nani hanya mampu menggeleng kepala. Itulah anak perempuannya. Kalau dah suka pada seseorang, ke mana pergi pun melekat sokmo. Dia pun tak mampu berbuat apa-apa.

Mak lang duk perhati aje gerak geriku sedari tadi. Macam pesalah besar! Aku minum air pun dia tengok. Apesal? Tak pernah tengok orang minum air ke, mak lang? Nak aje tanya cenggitu. Tapi nanti dikatakan tak hormat orang tua-tua pulak.

“Aina dulu tak macam ni kan, Nani?” pertanyaan itu menggamit perhatian Mama Nani. Segera dia memandang ipar duainya.

“Maksud lang?”

“Takdelah. Sejak Farhan kahwin ni, Aina macam berubah sikit. Dulu dia tu pendiam aje lang tengok. Sekarang mulut bukan main berapi. Entah sape entah yang mengajarnya jadi cenggitu.” Kata mak lang lebih memerli kepada seseorang iaitu aku! Sempat dia menjeling aku apabila kami bertentang dua mata. Hek eleh! Nak kata aku pembawa yang tak sihat kepada Aina ke?

Mama Nani ketawa kecil. “Tak lah, lang. Aina memang macam ni. Dia rapat dengan kakak Maira dia tu. Dengan orang lain dia tak mahu. Tak tahu la kenapa. Sayang sangat agaknya. Yalah, Aina tu mana ada kakak. Atas-atas dia semua abang.” Jelas Mama Nani.

Mak lang senyum senget. “Lang bukan apa. Lebih baik kita cari seseorang yang kita kenal daripada cari orang luar yang boleh bawa keburukan pada keluarga. Padahnya kita yang rasa. Orang tu lepas tangan.” Sindir mak lang lagi. Mama Nani membalas dengan jawapan positif sehinggakan mak lang tak mampu berkata apapun lagi. Mendengus marah ada lah.

Aku buat-buat tak dengar aje apa yang mereka perkatakan. Mak lang sepertinya tak puas hati dengan aku. Apa salah aku entah. Dhia pulak tak habis-habis menjeling atas bawah. Juling kang padan muka! Tahulah korang tak sukakan aku. Tapi… ada aku kesah?! Aina kupeluk dan kugeletek dia sampai terkekeh ketawa minta dilepaskan. Dhia tenung bagai nak telan. Cemburu barangkali.

Pada waktu itu, Farhan memasuki ruang tamu. Dia melemparkan senyuman pada semua. Dhia excited apabila Farhan lihat dirinya lalu menguntum senyum. Serius gedik! Nak muntah pulak aku tengok! Menambahkan lagi api cemburu yang mekar dalam jiwa tatkala Farhan berbual bersama Dhia. Ambil tempat duduk sebelah Dhia pulak tu! Abang, sebelah Mai ada kosong tau tak?!?!

Pergh! Isteri ada depan mata, dia boleh cari orang lain untuk berborak?! Pedih hati weh! Pedih!

Aku perasan Farhan mengerlingku namun aku buat tak nampak. Sebak bertandang. Dah la ada hubungan dengan perempuan lain belakang Mai. Kini abang dera perasaan Mai. Kaw kaw abang kenakan!

“Abang Farhan dah kahwin 4 tahun kan?” tanya Dhia menggoda. Siap menyilang kaki menunjukkan pehanya yang gebu.

Farhan mengangguk setuju. “Yup.”

“Kenapa tak ada anak lagi? Atau… isteri abang tu mandul?” ejek Dhia pedas menyentap tangkai hatiku.

Terkaku aku mendengar butir bicaranya. Darah berderau. Hati bagai dicucuk-cucuk. Apatah lagi Farhan tidak mampu membalas malahan dia memandang aku. Anak! Ya… siapa tak mahukan anak. Tapi dah tersurat aku masih belum mendapatkannya. Hati bertambah sedih mendengar jawapan sang suami yang disayangi.

“Belum ada rezeki lagi, Dhia. Nak buat macam mana.” Tenang jawapan Farhan.

“Dhia rasa abang okey aje. Sihat walafiat. Tapi isteri abang tu… hmm entahlah. Baik abang pergi check. Mana tau mandul,” Dhia menekan lagi perkataan itu sambil mengerling aku dengan senyuman sinisnya.

Perubahan di wajahku ketara sekali perubahannya apabila Farhan tersenyum. Apakah maksud disebalik senyuman itu?! Hati yang berkeping-keping telahpun berkecai. Mengenang nasib diri yang belum dikurniakan zuriat. Melihat ejekan Dhia yang bergema di telinga menambahkan keperitan hati. Melihatkan mak lang yang tidak menyukai aku dan bersikap paranoid terhadap aku membuatkan keyakinanku runtuh malam itu. Serius aku tak boleh bertahan lagi. Tubir mata hangat.

Aku pantas bangkit melangkah ke dapur. Farhan dan Dhia memerhatiku namun tidak pula Farhan menghalang. Suka barangkali. Dhia tersenyum puas! Abang Han its mine…!

Apabila tiba di tandas, pintu kukunci ingin bersendirian. Menghamburkan segala kesedihan. Air mata berjuraian di pipi tanpa aku mengesatnya. ‘Mandul…!’ Perkataan itu bergema dan berulang-ulang ke pelusuk telinga hingga menyebabkan aku terpaksa menekup kedua-dua belah telinga. Aku tak sempurna macam orang lain! Aku tak ada anak! Aku belum mampu berikan Farhan zuriat! Tangisan berlagu sepi. Ya Allah…. Apa salah aku? Mungkinkah ditakdirkan aku tak boleh mengandungkan anak untuk Farhan? 4 tahun, Mai! Mandul! Mandul! Mandul! Bergema lagi suara Dhia. Ejekan yang tragis.

Aku terduduk lemah di pintu. Mama, Mai tak kuat lagi. Mai nak mama…

Mata yang diselaputi cecair semakin bertambah dan bertambah hinggakan aku tidak sedar semuanya telah menjadi kelam.

***


“PAPA, pak lang, Reez nak masuk dalam dulu ea. Nak pergi toilet sekejap.” Pinta Fareez.

Papa Umar dan pak lang mengangguk membenarkan. Fareez masuk ke dalam rumah. Matanya terus menangkap angah dan Dhia sedang berborak sambil ketawa membuatkan hatinya disapa sesuatu. Mana Kak Mai? Tak mungkin dia akan biarkan angah sorang-sorang. Mama pula sibuk berbual dengan mak lang. Aina sudah terkulai di sofa akibat tak dapat menahan rasa kantuk.

‘Mungkin kat bilik kut,’ bisik hati Fareez.

Farhan memandang adiknya yang baru melepasi mereka. Sempat Fareez memberi isyarat mata namun tak dapat Farhan tangkap maksudnya. Dhia disebelah bertanyakan lagi soalan membuatkan fokusnya terganggu seketika. Fareez geleng kepala. Ini kalau Kak Mai nampak, harus perang dunia ke-tiga!

Fareez berkira-kira hendak ke tingkat atas namun disebabkan tak tertahan untuk buang air kecil membuatkan dia bergegas ke dapur. Tombol pintu tandas cuba dipulas namun tak berjaya. Fareez kerut dahi. “Kak Mai ke kat dalam?” Tiada sahutan.

Fareez ketuk pintu lagi. Barangkali Kak Mai buang air besar kut. Dia pun menunggu di kabinet dapur. Tiga minit menunggu, masih tiada balasan. Fareez sudah tak tertahan. Takkan la pintu tandas rosak kut. Tak pernah-pernah jadi begini. Fareez cuba lagi untuk menolak namun tak berjaya. Hatinya tiba-tiba tak sedap. Fareez ketuk lagi pintu untuk ke berapa kali dengan kuat. Jawapannya memang hampa membuatkan Fareez terpaksa bertindak diluar kawalan.

Pintu itu dirempuh dengan bahu kirinya sekuat hati sampai terbuka luas. Sengal-sengal bahu tak usah dikata. Jelas mulutnya terlopong melihat sekujur tubuh berbaju kurung terbaring lesu tak sedarkan diri.

“Angah!! Mama!! Kak Mai pengsannnnnn!!!”








TERASA elusan lembut di jemari membuatkan mataku tercelik sedikit demi sedikit. Pencahayaan yang terang membuatkan mataku silau seketika. Terdengar suara seseorang menyebut… “Kak Mai sedar” . Namun tak pula kutahu siapa gerangan. Kepala ada cebisan rasa sakit.

Tepukan perlahan dibahu membuatkan aku sedar kembali. Kelihatan figura mama sedang tersenyum di sisi.

“Ma?” tanyaku. Mama mengangguk. “Ini mama, sayang.”

“Mama buat apa kat sini?” soalku pelik.

Mama tergelak kecil. Bukan mama sahaja. Abah, Mama Nani, Papa Umar dan semua adik beradik serta iparku menyatakan respon yang sama. Baru aku perasan di mana aku berada. Katil hospital!

“Kenapa kakak ada kat sini?” soalku blur.

Mama melabuhkan punggung disebelahku lantas bahuku dipaut erat. “Mai ingat tak apa yang berlaku?” soal mama sambil mengelus kepalaku perlahan.

Aku termangu-mangu. Apa yang berlaku ek? “Semalam kakak dekat rumah mama abang. Lepas tu kakak pergi toilet. Lepas tu…” kata-kataku terhenti apabila Mama Nani menyambungnya.

“Mai pengsan, sayang. Nasib baik Fareez sempat rempuh pintu tandas. Kalau tak kami semua tak tahu apa yang berlaku dalam toilet itu.” ujar Mama Nani di kiriku.

Aku ternganga. Pengsan? Aku yang dah besar, makan banyak, tidur kuat ini boleh pengsan? Ini lawak okey!

“Mai tak ingat la, ma.” Jawabku perlahan. Terasa sengal-sengal di kepala. Mama Nani mengurut kepalaku perlahan.

“Mai pengsan lepastu kepala Mai terhantuk sikit dekat jubin. Tapi doktor dah sahkan tak ada apa-apa yang serius, sayang. Syukurlah semua selamat.”

“Doktor cakap apa lagi? Bila Mai boleh balik?” tanyaku tak sabar nak balik.

Semua tersenyum semacam. Erk?

“Kenapa senyum?” hairan aku.

“Mai tak ada rasa apa-apa ke?” tanya mama. Aku geleng. Rasa apa? Rasa sayang hey!

“Mai ingat tak Mai last datang period bila?” soal mertuaku pula. Aku mencongak sendiri. Dah dua bulan tak uzur. Kenapa erk? Fikiran aku masih lagi loading. “Stress kot. Mai pun penah tak datang period sebulan.” Balasku membuatkan semua tertawa. Mertuaku tergelak kecil melihat gelagatku.

“Beritahulah dekat Maiiiii….” Rengekku bagai anak kecil. Yana dan achik mengekek gelak. Tak padan dengan usia! Jap lagi bergosip la mereka.

“Isk budak ni. Dah jadi mak orang pun perangai tak berubah.” Geleng kepala mama.

Aku tenung mama tak berkelip. “Apa mama cakap tadi?” Kurang jelas pulak telinga aku lately.

“Mai dah jadi mak orang pun. Dalam perut ni dah ada satu nyawa.” Tekan mama lagi sambil mengusap perutku yang masih kempis.

Aku terlopong luas. “Nyawa? Maksudnya… Mai mengandung?” tanyaku. Mama angguk. Aku pusing hadap mertuaku. “Betul ke, ma?” Mama Nani juga mengangguk lalu tersenyum manis.

Aku ternganga. “Serius?!?!” Aku rasa macam nak menjerit. Betul ke apa yang berlaku sekarang? Aku pregnant??? Maknanya aku tak mandullah? Yesssssss! Dhia, sangkaan kau salah sama sekali! Bluekkkkk! Haha.

“Haih. Tak lama lagi kita jadi datuk la.” Gurau abah. Papa Umar memeluk erat tubuhnya. Syukur padamu ya Allah. Mama Nani dan mama gembira tak terkata. Lebih-lebih lagi mama. Bakal dapat cucu sulung katakan.

Aku senyum bagaikan tak percaya. Dalam perut… ada nyawa. Baby… aku cari anak mata Farhan. Terserlah pancaran kegembiraan di wajahnya. Farhan angguk lalu senyum semanis gula, memberitahu bahawa berita itu adalah benar. Sungguh dia bersyukur setelah doktor mengesahkan isterinya hamil empat minggu. Berita ini pasti akan disampaikan kepada aspura dan aspuri. Terima kasih Allah!

                                                                                                                                  ****

SEJURUS menghantar kepulangan ahli keluarga mereka, Farhan masuk semula dalam wad yang menempatkan isterinya. Kelihatan Humairah berbaring mengiring bertentangan dengannya.

“Mai,” panggil Farhan.

Aku diam tak menyahut. Farhan melabuhkan punggung di atas katil. Bahuku disentuh.

“Nak tidur ke? Penat ea?”

“Kenapa tak ikut balik je? Tak payah jaga Mai kat sini.” Ujarku sedikit menjauh.

Farhan kerut dahi. “Ini kenapa sebenarnya? Apesal pula abang kena ikut family kita balik? Abang nak jaga Mai kat sini.” Balasnya.

“Tak payah la. Mai boleh survive sendiri.”

“Mai marah abang?” Aku membisu.

“Betulkan Mai marah abang? Kalau tak, Mai takkan buat perangai macam ni. Pandang abang, Mai.” pinta Farhan.

“Tak nak!”

“Pandang abang, sayang.” Entah mengapa aku jadi cair bila mendengar dia menyebut sayang. Mudah lentur sesangat! Biasa hati ni yep!

Farhan sentuh jemariku sebelum dipaut pada tangannya. Cuba ambik hati isteri yang berjauh hati ini. “Cuba Mai cakap kat abang apa salah abang. Jangan marah diam-diam macam ni.” pujuk dia lembut.

Serta merta air mata mengalir di pipi. Tangisan yang senyap kini bertukar kuat. Segera dia memaut tubuhku dalam dakapan.

“Abang jahat! Abang tipu Mai!” luahku bersama sendu.

“Abang tipu apa?”

“Abang… abang ada affair… dengan perempuan lain. Abang… tipu Mai!”

Farhan  meregangkan pelukan. Matanya merenung aku tak berkelip. “Bila masa pulak abang ada perempuan lain? Sape bawa cerita ni?” bingung dia.

Aku mencebik sambil kesat air mata. “Tak payah nak dalih lagi abang. Semuanya dah nyata. Abang ada perempuan lain belakang Mai.” kataku geram. Tak nak mengaku. Inilah lelaki! Talam empat lima enam muka!

“Tak. Abang tak faham. Perempuan mana?” desak Farhan. Bila masa pulak dia ada simpan wanita lain?! Drama apa yang terjadi sekarang?

“Perempuan yang abang jumpa dekat Wali House tu siapa? Bukan awek baru?” sindirku sedas.

Farhan terdiam sejenak. Cuba menghadam apa yang dikatakan isterinya. Wali House? Ekinkah? Senyuman Farhan makin melebar setelah mengetahui apa yang telah terjadi kini.

“Oooooooh. Ekin.” Kemudian dia ketawa terbahak-bahak membuatkan aku sebal. Pantas dadanya kutumbuk. Geram!

“Cemburu la ni,” sakat Farhan.

“Takde maknanya!” juihku.

“Tapi macam mana sayang tahu abang jumpa Ekin?” duga Farhan. Pasang spy ke hape?

Erk! Lidah kugigit. Nafas ditarik sebelum menceritakan segalanya. Bergegar wad dengan ketawa Farhan. Bergoyang katil aku dibuatnya! Isk geramnyaaaaaaa!

“Malas layan abang. Benci tau!” rajukku.

“Alololo… okey abang tak gelak dah. Tulah, lain kali tak nak tanya abang dulu. Lepas tu pergi senyap-senyap tak bagitau abang. Kan dah fikir bukan-bukan.” Perli Farhan.

Aku sengih menayangkan gigi putih. “Alaa janganlah marah. Mana Mai tau Ekin tu sape. Lagipun abang kan hot.”

"Patutlah buat perangai sejak dua menjak ni ea. Asal tidur aje nak marah-marah." Aku tutup muka. Malu weh malu!

“Mai tahu kan takde sape boleh ganti Mai dalam hati abang. Datanglah beribu wanita sekalipun, Mai juga yang abang cari. Ibu pada anak abang.” Farhan cuit hidungku. Aku elak sambil ketawa.

“Puitis sangat. Berbulu telinga Mai dengar tau.” Sindir aku lagi. Kali ini aku menjerit apabila Farhan hendak menggigit telinga aku pula. Ingat telinga Mai makanan ke apa?!


Baby, tengok ayah awak ni! Aku senyum bahagia. Sayang abang… love you until jannah. Dah tak nak fikir pasal Ekin, pasal Dhia atau sesiapa sahaja. Yang penting ada aku, Farhan dan anak kami yang bakal menjelma. Yeay!





p/s : assalamualaikum everyone. maaf lama menyepi. miss busy sesangat sangat sangat. macam sesungut jadinya. haha. ini ade entry baharu. kalau sudi bacalah. kalau tak sudi, sila tinggalkan blog ini dgn kadar segera. miahaha! okok enjoy yer korg :)

8 comments:

  1. best :D ade mase sambunglah lagi ye. nak tau kisah terbaru mengenai geng-geng aspura aspuri gak..hihihi

    ReplyDelete
  2. Wah...mncul juga akhirnya...bila nk smbung lg miss

    ReplyDelete
  3. miss bila nk sambung..rindu mai dan farhan..

    ReplyDelete
  4. Ahhh terubat rindu dkt mai n farhan ni...
    Miss cpt2 lah sambung. ..

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Sambunglahh !! Nama Diaa Macam Sayaa Humairah .. Hheheh Sambunglahhh .. Plisss Rinduuu Kat Dorggg ....

    ReplyDelete