Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Friday 27 March 2015

SPECIAL EDITION ( SE 2 )

After married 1 : Pengalaman Hidup Berumah Tangga 



SETAHUN berlalu...


LETIH mengiring, badan pusing menelentang. Mata tak boleh lelap. Comforter yang membaluti tubuh kuurai sedikit. Badan bersandar ke kepala katil. Peluh membasahi satu badan membuatkan aku lemas. Gila ah! Aircond ini berfungsi ke tak? Peluh kat muka ini kalau tadah mahu sebaldi penuh kot. Dalam pada itu tiba-tiba teringat akan orang sebelah, kepala menoleh kanan. Pulasnya tidur! Tak bergerak langsung. Muka relax suci murni takde peluh pun. Apasal aku aje yang berpeluh bagai nak rak ni???

“Abang,” panggilku perlahan.

Farhan tak menyahut. Dengkuran halus jelas kedengaran pada cuping telinga yang baru aku korek semalam.

“Abang…” gerakku lagi sambil cuba menyentuh lengannya. Farhan diam tak berkutik. Haih… tidur mati suami aku ni. Letak bom jangka sebelah pun tak berbangun gamaknya.

“Abanggg…” kali ini dadanya menjadi sasaran.

Respon yang diberi sangat baik bila mana tubuh suami mula bergerak-gerak sedikit dan berpaling menghadap aku. Pada mulanya senyuman terukir di wajah namun ia hanya sekejap selepas tengok si dia sambung tidur balik. Astaghfirullah!

“Abang!” Akibat tak tertanggung rasa geram, aku menepuk tilam beradu kami hingga mengejutkannya.

Farhan tersedar. Pantas dia mendongak lihat aku yang masam wajah. “Sayang?” Serak-serak suara macho itu menyapa gegendang telinga.

Aku tak menjawab sebaliknya berpeluk tubuh. Geram! Kita tengah peluh begini, dia boleh relax sambung tidur! Takkan sikit pun tak terasa panas? Badan jenis apa la suami aku ni. Desis hati.

“Kenapa tak tidur lagi ni?” Kelat-kelat mata melirik jam loceng. Baru pukul 3.45 pagi. Dia baru aje tidur sejam yang lepas selepas selesai solat sepertiga malam. Rasa kantuk masih bersisa. Mai sedarkan dia pulak. Adehhh…

“Abang tak rasa panas ke?” soalku sambil mengipas muka guna tangan.

Farhan yang baru katup mulut dari menganga luas pandang aku tak berkelip. “Panas? Takde.” Panas? Dia berselubung kesejukan macam kat kutub utara, sang isteri kata panas? Apekah???

Aku berdecit geram. “Orang panas tau tak?! Kenapa abang tutup aircond?!”

Kang ada jiran-jiran terjaga pulak kang satgi. Ah gasaklah! Yang penting memang aku tengah baran sekarang. Cari pasal memang silap timing la!

Farhan kerut dahi. Tutup penghawa dingin? “Eh bila masa pula abang tutup? Kan hidup aircond tu. Ni haa… tengok! Nombor 19. Sejuk ni, yang. Manade panasnya.” Keluh Farhan. Kepala yang tak gatal digaru.

Aku rasa nak menangis. Meraung kalau boleh! “Tapi orang panas!!!!” Comforter aku tolak sampai bergumpal hujung katil. Serius nak tidur sama mama! Tak nak tidur dengan abang! Entah bahang aje hati tengok suami tenang semedang. Gaya takde apa-apa berlaku. Heee panas hati wei!

Farhan lihat aje gelagat aku bersama hati yang tertanya-tanya. Kenapa isterinya jadi begini? Sudah dua malam terjadi peristiwa sebegini. Namun malam ini lebih teruk. Harus ada yang lebam biji mata sebelah esok kalau tak memujuk cara betul.

“Sayang…” pujuk Farhan lembut namun tidak aku endahkan. Aku mulai bergerak menuruni katil.

“Humairah, nak pergi mana ni?”

Aku yang baru nak jejak kaki ke lantai terbantut. “Ambik air! Haus.” Garang nada suara aku.

Farhan pantas bangun. “Biar abang ambik. Sayang duduk sini.” Arah Farhan.

“Eeeee biarlah orang ambik sendiri!” bentakku dalam masa yang sama tak sedar aku meninggikan suara dan berlaku kasar pada suami.

Farhan terdiam. Mata memaku tajam anak mataku walaupun keadaan bilik agak suram dan hanya diterangi lampu tidur sahaja. Rasa berdebar ketara tatkala direnung sebegitu. Pantas aku kalih pandang. Cuak pulak dia renung begitu!

“Abang. Ambik. Air. Sayang. Duduk. Sini. Faham?”

Lantas dia keluar laju dari bilik menuju dapur. Aku terhenyak ke katil peraduan. Kepala tersandar lemah. Kenapalah aku jadi macam ni? Mai, suami tu! Memalam cenggini la nak bergaduh bagai. Istighfar, Mai. Dosa yang kau dapat kalau Farhan tak redha. Terasa tubir mata digenangi air. Entah kenapa sedih sangat aku rasa tika ini. Mama, Mai nak mama! Mai tak nak sebilik dengan abang lagi.  Rimas! Lemas! Hati merintih.

Tak sampai lima minit, terjengul wajah sang suami bersama segelas air dan sebotol mineral. Gaya macam tak nak bagi isteri dia turun bawah aje gamaknya. Farhan letak mineral water di tepi meja katil. Dia ambil tempat di sisi aku sebelum menyerahkan segelas air. Aku teragak-agak hendak mengambil namun Farhan tetap menyuakannya tanpa suara. Air kucicip sesudah membaca basmalah. Farhan perhati lenggok gayaku bagaikan polis menyiasat penjenayah. Seram!

Habis minum, aku serah gelas padanya. Juga tak bercakap! Farhan ambil lalu letak di tepi katil. Dia kemudian pandang aku. Lama. Aku menunduk tenung jemari yang bertaut.

“Kenapa, Mai?” soalan pertama yang terluah dari bibirnya membuatkan hatiku sebak sekali. Akan tetapi suara langsung tak terkeluar.

“Dah dua malam Mai macam ni. Mai tak puas hati dengan abang ke? Cuba cakap dengan abang. Jangan memberontak macam ni.” Makin bertambah deraian airmata daripada menitis kepada menangis. Sungguh tak tipu!

Farhan tarik aku lalu membawa ke dakapan. Kepalaku diusap dan tangisanku cuba dihentikan. Humairah sekarang serupa Aina semasa kecil. Sejibik sejibun! Minta dimanjai dan belai siang malam tak kira tempat.

Aku mengambil kesempatan menyembam muka pada dada suami. Biar habis basah baju dia, aku tak peduli. Yang penting aku rasa tenang. Tidak seperti tadi. Apa-apa pe’el entah Si Mai ni. Tadi nak mengamuk, sekarang nak manja-manja pulak. Haish! Agaknya kalau Farhan tak kawal, ada pula masuk berita esok pagi pasal rumahtangga dilanda ribut taufan Katrina.

Feeling better?” soalnya setelah lama berdiam diri.

“Hmm.” Gumamku perlahan.

“Kita tidur ea? Esok abang kerja.” Kata Farhan memujuk lagi. Aku angguk lagi namun enggan melepaskan pelukan. Selesa pulak tidur dalam keadaan macam ni. Akan tetapi pelukan terpaksa dan berjaya dirungkai Farhan. Aku buat muka kelat. Alah, baru nak manja. Dia menyuruh aku baring dalam keadaan mengiring hadapnya. Aku turuti sahaja. Pada saat Farhan baru aje baring, aku terus dakap dia! Terkejut Farhan dibuatnya. Aku menyelesakan kepala dilengannya sebelum pejam mata. Ahhhh indahnya dunia disamping suami terchenta! Ewah!

Farhan hanya memandang tak berkedip. Dia pulak tak dapat tidur walhal tadi mengantuk sangat! Tangan Humairah yang melintang di atas dadanya ditsentuh. Mata menengadah siling. Ada sesuatu yang menambah keraguan dalam diri sekarang. Kenapa dengan Humairah lately? Dalam seminggu ini kadang manja, kadang menggoda, kadang garang, kadang kuat menangis. Apekah?? Scaryyyyy.


****

FAIL berlonggok di atas meja menunggu giliran untuk disemak dan dinilai. Walaupun baru setahun bekerja di syarikat milik keluarga, dia masih bertatih. Jikalau malu bertanya, alamat lingkuplah syarikat papa! Bak kata pepatah tu… malu bertanya sesat jalan. Dengan berbekal ilmu yang dipelajari di Australia selama 7 tahun, dia cuba mengadaptasikan ke fail-fail syarikat. Bukan mudah menangani namun dengan bantuan Along Firhad dan papa, dia berusaha untuk maju ke hadapan. Termasuk sokongan isteri terchenta! Muehehe.

Sedang meneliti dokumen yang baru diserahkan pagi tadi, butang interkom berbunyi. “Yes, Kak Piah. Anything?” tanya Farhan pro. Mata tajam meneliti laporan. Telinga tajam mendengar suara.

“Encik Farhan, adik encik datang nak berjumpa encik. Encik sibukkah sekarang?” penuh kesopanan Kak Piah, setiausaha, menanya.

Berkerut dahi Farhan. Adik? Fareez? Aina? “Sape, Kak Piah?”

“Encik Fareez.” Jawab Kak Piah lembut.

Namun Farhan sempat terdengar suara menyampuk Fareez yang mengatakan bahawa bukan Fareez tapi Amar. Suka-suka hati dia aje nak tukar nama! Ingat aku tak cam suara kau? Dah la kacau waktu orang busy. Farhan kerling jam tangan sekilas. Hmm… patutlah! Waktu ‘afdal’ nak mengganggu.

“Suruh dia masuk, kak.”

“Baik, encik.” Talian interkom mati.

Tak sampai tiga saat, bunyi ketukan pintu. “Masuk!” arah Farhan. Terjengul wajah Fareez sambil sengih melebar di balik pintu. Farhan menjeling tajam.

“Dah habis training?” soal Farhan tegas. Fareez yang baru nak duduk buat muka kelat. Spoiled mood!

Half.” Balasnya pendek. Kuku jari ditilik. Takut-takut nak tengok muka abang. Padahal angah memang dah lama tahu dia culas. Wakaka.

Terangkat mata Farhan merenung tajam wajah sang adik. Fareez senyum comel sambil buat peace. Beli jiwa sang abang yang workaholic! Gila kerja sungguh abang aku ni lahai. Dari pelajar sekolah yang perfect dan jadi kegilaan ramai kini bertambah naik saham selepas bekerja. Macho dia tu… perghhh! Bikin lutut gua goyang der. Mengapalah aku tak dilahirkan kacak seperti angah? Uhuk uhuk. Reez, syukur Allah bagi kau rupa. Astaghfirullahalazim.

“Dah tu takkan semua angah handle kut?” berang juga Farhan dibuatnya. Dah kalau semua kerja terletak atas bahunya, apa yang Fareez buat? Goyang kaki? Goyang kepala dengar dangdut sentiasa?? Grrrr…!

“Alah, orang penat la angah. Cik Eton tu haa! Eee Reez rimas la. Reez tak suka!” Rengus Fareez kebosanan. Ingat datang bilik angah bolehlah release tension. Angah buat orang makin tambah tension pulak! Kalau masuk bilik tak lain tak bukan mesti menanya pasal training. Life is so boring huh!

Farhan sedaya upaya tahan ketawa dari meletus. Kang gelak besar ada yang tarik muka. Sekarang dia faham apa yang Fareez keluhkan. “Cik Zaiton tu baik, Reez. Kira okey dia free-free nak ajar kau. Takde lah kau menganga bila dah start kerja betul-betul.” Kata Farhan terselit nada usikan.

Fareez mencebik. Pen atas meja abang keduanya diambil lalu dibuat main. Dipusing-pusing celah jari. “Orang lagi rela kalau angah atau along even papa ajar better than her.” Eee… meremang bulu roma dengar nama Cik Eton apatah lagi orangnya di hadapan mata. Meliuk lentok. Rasa nak bawa rotan dari rumah aje! Babap sama dia!

Why?” Ingin sekali Farhan mengetahui. Demand betul adik sorang ni. Ini baru training kot. Aigoo…! Banyak songeh.

Fareez berdecit. “Entahlah. Reez tak boleh la, angah.” Don’t push me. Alangkah rugi dia tak sambung belajar seperti yang along dan angah sarankan dahulu. Tulah, nak sangat kerja. Konon nak cari duit. La ni padan muka hang. Menyesal tak sudah. Huhu! Jumpa pulak Cik Zaiton a.k.a Eton Pinki tu. Adesss…! Mendung hidup sekejap.

Farhan senyum nipis. Badan disandar pada kerusi empuk. “Angah tahu apa kau fikir.” Fareez dongak muka pandang Farhan. Kening dijungkit.

“Mesti dalam hati kau menyesal gila kan.” Sakat Farhan lagi.

Fareez buat muka selamba padahal hati menggelegak. Baru bisik sendirian tadi. Nak kena angah ni tau! “Orang tau la orang dah mensia-siakan peluang. Tak payah la ungkit,” gumam Fareez perlahan. Geram rasa!

Farhan kuntum senyum senget. Ada budak merajuk nampak! “Now, looking in front of you. Don’t turn back. Macam apa kata hati kau suruh buat dua tahun lepas kan.  Hati kau suruh kau kerja. Just go on. Kenapa nak menyesal sekarang? Reez, kau patut bangga tau. Lelaki berusia muda ada kerja tetap. Sedangkan ramai penganggur kat luar sana yang nak cari kerja bukan main susah. Ini pun kita kira untung sebab papa ada syarikat. Setidak-tidaknya bila kita dah habis belajar for a few years, kita dah ada tempat dalam syarikat. Cuba bayangkan kita jadi macam diorang di luar sana. Datang dari family susah, nak cari kerja payah.”

Fareez menekur muka. Diam mendengar. Dalam tak sedar hatinya tersentap jua.

So apa yang angah harapkan sekarang kau teruskan training sampai habis then you’ll be a part of this company. Bantu angah tadbir selok belok syarikat. Papa dah tak mampu untuk masa-masa akan datang, Reez. That’s why papa perlukan kita. Siapa lagi yang papa boleh harapkan kalau tidak anak sendiri.”

“Tapi minat Reez lebih pada gambar, ngah.” Celah Fareez tak mahu mengalah. Tetap mahu memperjuangkan kekasih nan satu itu. Cewahh!

Yes angah tahu kamera dan kau tak boleh berenggang.” sindir Farhan sedas.

Fareez menjuih bibir. Eleh, cakap aje ler angah jeles dengan girlfriend orang. Uwekkk!

“Kau boleh teruskan dalam bidang photographer tu. Takde siapa halang, dik. But at least kau cuba, kau tahu apa yang berlaku dalam syarikat, kau tahu nak tengok laporan, letak diri dalam mesyuarat, pandai nilai dan semak dokumen. Angah pun still belajar untuk mana-mana yang angah tak sure. Benda boleh dipupuk Reez. Macam Kak Mai kau jugak.”

Tiba-tiba teringat akan peristiwa dimana Humairah dipaksa belajar catur semasa zaman sekolah menengah. Bila difikir balik, actually dia tiada point waktu itu. Entah mengapa hati tertarik untuk membawa Humairah ke bidang catur biarpun isterinya itu sudah berulang kali bilang bahwa dia tak reti langsung. Kerana cinta mungkin. Akhirnya, pandai juga main selepas ‘dibelasah’ teruk olehnya. Huhu. Takdela teruk mana. Takat sindir perli aje. Serupa aje dengan kes Fareez ni.

“Kak Mai?? Kenapa? Kak Mai buat apa?”

Ewah! Laju aje Fareez menyoal sampai terbuntang biji mata. Hidung kembang kuncup!

Fareez jeling pedas. “Takde apa-apa! Dah pergi buat kerja sana. Angah nak habiskan kerja ni.” Pantang betul sebut nama Mai. Menggelegak juga la hati. Cemburu beb! Haish sabar la Farhan ooi. Adik tu… niat mengusik aje.

Fareez mencebik. Alah jeles laa tu! Tengok muka angah pun berubah ketara. “Ngahhhhh………” meleret panggilan Fareez membuatkan Farhan merengus kasar. Hilang concentrate.

What….“Apalagi?” Bengang!

Fareez buat muka seposen. “Jom la lunch. Gila. Lapar. Nihhh.”  Dah satu per satu terpaksa disebut. Tidakkah abangku tahu makna tersirat disebalik kedatangan adikmu ni? Hadoilah.

Adesss…! Farhan tepuk dahi.

*********

LAJU ANAK tangga aku susuri tatkala mendengar enjin kereta Myvi memasuki perkarangan halaman rumah. Baju t-shirt Hard Rock Café kubetul sedikit. Rambut tocang kuda kurapikan. Nak sambut suami kan? Haruslah kemas. Baru suami sayang. Ecewahhh! Mai dah pandai sekarang. Bab rumahtangga ini expert dah. Muehehe!

“Assalamualaikum,” sapa Farhan di muka pintu.

“Waalaikumusalam. Lambat balik hari ni?” Ini bukan soalan cliché macam sesetengah drama. Ini betul-betul punya soalan sebab selalunya Farhan balik awal. Jam 6 atau 7 petang dah terpacak depan pintu rumah. Tapi hari ini lewat. Jam 9 malam baru balik okey!

“Hantar Fareez tadi.” Farhan mendekat lalu mengucup dahiku seperti kebiasaan. Hilang penat lelah pabila melihat air wajah isteri. Satu terapi yang cukup berkesan.

Dahiku berkerut namun beg kerja yang tersangkut di bahu Farhan kutarik perlahan. “Kereta dia rosak ke, bang?”

Farhan jeling aku semacam. Putus mood terus nak manja-manja! Uiks! “Memang pagi tadi dia tumpang abang pun.” Dingin suami membalas.

Aku buat tak tahu dan terus ukir senyum. Asal sebut nama adik abang je mesti nak cemburu. Hati orang dah bagi 200% kat abang la. Adesss…! Tahu sangat perangai Farhan sekarang. Kalau aku sebut nama lelaki lain selain dirinya, abah dan papa, pasti wajah dia berubah ketara. Cemburu tandanya sayang, ya? Haha!

“Abang nak air tak?” soalku lagi selepas Farhan duduk di sofa. Beli hati suami. Karang takde ‘bantal peluk’ nak tidur! Hiks.

Nope. Thanks. Abang dah minum tadi.” Jawab Farhan lemah. Matanya dikatup rapat. Letih.

“Mai nak panaskan lauk. Abang rehat dulu ea.” Pintaku namun tiada sahutan. Emm… dah berlayar ke alam mimpi la tu!

Briefcase kusimpan di bilik sebelum ke dapur menghangatkan lauk pauk yang aku masak tengahari tadi. Dah la tengahari tak balik makan. Malam ni tak tahu la nak jamah ke tidak. Buat penat berperang atas kuali je. Tahu-tahu makanan akan terbuang begitu sahaja esok pagi. Cemikku. Sentap!

“Astaghfirullahalazim Mai. Tak baik tau cakap camtu. Farhan banyak kerja tu. Cubalah jadi isteri memahami sikit,” bisikku pada diri sendiri.

Sesudah menyelesaikan segala urusan di dapur, aku kembali semula ke ruang tamu. Langkah terhenti setibanya di belakang sofa yang diduduki yang suami. Farhan dah tidur! Dengan kemeja tak berbuka, nasib tali leher dah longgar. Muka memang jelas kelihatan penat. Kasihannya dia…

“Abang… abang,” Aku menggerakkan bahunya. Farhan celik mata lalu merenung aku. Pandangan sayu. Minta simpati.

“Tidur dekat atas la. Jangan tidur sini.” Nanti Mai tak larat dukung abang macam abang selalu dukung Mai, sambungku di hati. Hihihi…!

Farhan mengeliat badan bagai melepaskan segala kekusutan. Dia tengok dapur dan pandang aku bersilih ganti. Aku jongket kening. Dah kenapa? Nampak sesuatu yang aneh ke?

“Tapi abang belum makan lagi apa yang Mai masak,”

Alamak aih…! Cair hati kita. Huhu.

“Kalau abang dah mengantuk sangat, abang takkan rasa ‘kesedapan’ Mai masak. So baik tak payah makan.” Kataku seraya bangkit dari sofa.

Baru dua langkah berjalan melepasinya, terasa pergelangan tanganku diregut perlahan. Aku pandang dia.

“Sayang marah abang ke?” soal Farhan lembut.

Erk? Bila masa pula aku marahkan dia? “Bila pulak Mai marah ni?” bingungku seketika. Dia mamai atau aku yang mamai sebenarnya ni?!

Farhan berdiri lalu mengadap aku. Jarak kami hanya beberapa inci hinggakan terasa setiap hembusan nafasnya. Daguku didongakkan menggunakan jemarinya. Aku terkaku. Tiada daya untuk menghalang.

“Abang minta maaf kalau buat sayang terasa. Hari ni abang memang banyak kerja.” Luahnya perkara sebenar. Serius. Dia begitu lelah kepenatan. Cuma satu antidote yang paling berkesan. Tika dia bersama isteri!

Aku mengeluh. “Mai faham abang penat. Letih kerja banyak. Sebab tu Mai suruh abang naik atas. Tidur kat bilik kita. Manade Mai marah.” Pipinya kusentuh tanda kasih sayang.

Farhan senyum. Thanks sayang. Dia mendekatkan bibir ingin mengucup pipi gebu aku namun pantas aku tekap 10 jari atas mukanya. Gelap dunia seketika!

“Ops! Abang busuk! Baik pergi mandi. Bakteria banyak,” sindirku selamba dan lantas berlalu pergi meninggalkan suami yang terpinga-pinga. Ada tawa terbit dari bibir comel ini serentak dengan irama tangga yang aku pijak.

Farhan tenung diri sendiri. Ketiaknya dicium. ‘Harum’ sangat. Pure! Patutlah Mai kata dia busuk. Hailah Farhan! Melepas lagi kau kali ni. Isk isk isk!

******







After Married 2 : Siapakah ‘dia’?



“ABANGGGGG,” panggilku bersama nada menggoda.

Farhan yang sedang membetulkan tali leher mengerlingku dari pantulan cermin. Aummm!

“Ya. Nak apa Puan Humairah?” Balas Farhan mengusik. Tampak isterinya terlentok-lentok sambil memintal hujung t-shirt.

“Emmm… Mai… Mai… nak… nak…”

“Nak apa, my dear?” Farhan pusing tubuh lalu merenungku lembut.

Alamak, cair lagi hati kita! Huhu.

“Mai nak abang hari ni.” Sejurus selepas itu terus aku dakap dirinya. Kuat. Erat. Tamau lepas!

Tersentak Farhan!

“Bukan hari-hari ke Mai dapat abang?” usik Farhan. Haih… lambat juga aku pergi kerja ni.

Aku yang menyembam muka di dadanya hanya tersenyum. Sebenarnya ada benda yang aku nak minta tapi lain kali lah. Seronok pulak peluk suami hari ni. Mai, selalu tak seronok ke? Tiap-tiap malam kau jadikan dia bantal busuk kau. Okey, itu rahsia peribadi! Shhh!

Farhan membalas pelukan sang isteri selepas mengenakan butang pada pergelangan tangan. Adui… memang betul dia akan lambat pergi kerja! “Sayang,”

“Hmm.” Sahut Mai perlahan.

“Abang nak kerja.” Tekan Farhan.

“Pergilah.” Namun aku tetap tak melepaskan dakapan.

Farhan lagi erat peluk aku hinggakan aku pulak hampir tak bernafas. Lemas kot! “Abanggggg….!” Saja pekena orang.

Farhan gelak besar.

“Habis tu nak sangat kena peluk kan? Ni abang peluk betul-betullah ni.” Makin dia sakat aku.

Aku menjuih bibir. Pantas jari telunjuk Farhan mengetuk hidung kepunyaanku.

“Sakitlah.” Gumamku manja. Padahal takdelah sakit mana. Actually, memang tak sakit langsung! Suka hati I la nak bermesra dengan suami I.

Farhan lorek senyum nakal. Idea gila menjelma. “Nak tahu tak? Mengikut fakta, isteri yang suka mencebik, menjuih bibir pada suami ini sebenarnya dah tak sayangkan suami dan membenarkan suami kahwin lagi satu.”

Dengan segera aku jeling tajam anak matanya. Pelukan aku longgarkan secepat mungkin akan tetapi Farhan tak meleraikan. Tangannya masih memaut pinggangku.

“Emm.. betul jugak eh apa yang fakta tu cakap. Kahwin lain…sounds good…” giatnya lagi.

Kahwin lain? Pergh! Berdesing telinga! Pantang dengar suami cakap pasal poligami tau! Ada yang terbang periuk belanga di dapur jap lagi kang. “Mai nak pergi rumah mama.” Dingin suara aku menyatakan hal nan sebenar.

Farhan mengukir senyum nipis. Agak dah. Isterinya manja-manja sebab ada hajat yang dipinta. Tetapi mood mengacau masih membuak di dada.

“Yeke? Bukan Mai nak cari hantaran untuk abang ke?”

Berdesing lagi telinga. Rasa nak meletup dada nihhh. Pantas aku merungkai pelukan dengan kuat dan berganjak menjauhinya. “Haah! Nak cari barang kahwin abang. Tapi lepas Mai kerat abang macam Mai kerat ayam 18!” Berani la dia nak kahwin lain. Aku kasi tae-kwan-do satgi.

Farhan masih tersenyum walaupun dia dah nampak aku berapi berasap semacam gaya. Malas layan abang! 

Aku berjalan keluar dari bilik namun lenganku disentuh membuatkan langkah terhenti. Aku masih statik mengadap pintu bilik. Buat hilang mood pandang muka ‘orang-yang-berniat-nak-kahwin-lagi-tu’!

“Okey okey I’m sorry, sayang. Abang gurau je tadi. Sayang nak apa sebenarnya ni? Nak pergi rumah mama? Mama mana?” Farhan laju tukar topik.

Takut juga dia kalau Humairah buat perangai. Karang ada yang kena tidur kat ruang tamu malam nanti. Baik ambil langkah bejaga-jaga. Tengok angin kus-kus Mai, amat mengerikan.

“Mama abang nombor tiga!” bidasku geram.

Farhan kerut dahi. Nombor tiga? “Mana pula datang mama nombor tiga ni?”

“Mama abang dengan bini baru abang tu la!”

“Sayang…” Farhan usap lengan aku. Memujuk la tu. Ingat cair? Hmph! Abang dah hancurkan sekeping hati Mai. Ewahhh ayat! “Abang gurau aje tadi. Mana boleh takde Mai dalam hidup abang. Mai kan bantal busuk abang,” pipiku diusap penuh kasih.

Bantal busuk je?!? Kira okey la tu Mai. Tak payah demand sangat aih.

Pantas aku pusing badan. Muka tahap selamba badak walhal nak aje bagi seribu kemanisan senyuman pada dia. Farhan renung penuh mengharap. Tanpa kata aku terus ukir senyum.

“Dah la. Nanti abang lambat pergi kerja.” Bajunya yang berkedeut aku perbetul sedikit. Farhan mendekat dan terus mendekat membuatkan tanganku yang berada di dadanya kaku. Debaran kencang kian terasa saat bibirnya mencecah di dahi. Syahdu…

“Abang sayang sangat pada Mai. Ingat tu, sayang.” Pesan Farhan meresap hingga sanubari.


**********


DUDUK di rumah sendiri sangatlah heaven. Bukan nak kata duduk rumah mertua tak best tapi better our own right? Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula rumah sendiri. Tanah tumpahnya lahir diriku ini. Ewah! Boleh lepak sesuka hati takde siapa nak marah. Bukan pemalas ya! Babap kang sape kata cenggitu! Mama sendiri yang tak bagi aku menyibuk di dapur sebab mama teringin nak masak makanan kegemaran anak sulung tersayang ini. Hee… lama tak merasa jadi budak-budak, mama masakkan + suapkan. Okey bab suap itu memang mengada tahap kuasa 12!

Drama tv1 kutonton penuh khusyuk. Selepas jadi surirumah sepenuh masa ini, memang ini saja la kerja aku. Sesudah masak untuk suami, ambik kain kat ampaian, buka tv then lipat kain sambil tonton drama tak pun movie baru yang dibeli Farhan sementara tunggu kepulangan suami terchenta. Dia pun sukakan kisah thriller juga. Ingat hati batu tak tengok movie. Ahaha! Mai, suami tu. Main kutuk-kutuk pulak kau ea.

Tengah sedap tengok Rosyam Nor a.k.a pujaan hati berlakon naik motor besar, kedengaran suara mama memanggil nama. “Ya, mama!” sahutku. Muruku sempat kusumbat dalam mulut sambil berlari menuju dapur. Semput jugak nak mengunyah. Hadoiii...!

“Mai sibuk tak?” tanya mama yang sedang goreng sayur kangkung.

“Tak.” Gelengku. Aroma masakan mama menyengat hidung. Lapar...!

“Minta tolong boleh? Ambilkan achik dekat sekolah. Mama takut tak sempat je. Nak masak lagi… Boleh ya, sayang?” pinta mama seoara merayu. Tangan lincah berperang atas dapur gas.

No hal, ma. Small matter je. Cuma pengerasnya lebih ‘sikit’ ea.” Giatku buat muka nakal.

Mama membuntang biji mata. Haha! Memain je, ma. Don’t take serious

Aku bingkas menggapai tudung yang tersangkut di sofa, handphone atas meja dan lantas mengambil kunci kereta Myvi Farhan. Nasib baik tadi Farhan pergi dengan Fareez sejurus sampai perkarangan rumah mama abah. Dia bagi je kunci kereta. Katanya nak pergi mana-mana pergilah. Wah! Petanda baik ini. Macam tahu-tahu saja. Hehe.

Pagar aku luaskan bukaannya dan terus menghidup enjin kereta. Sesudah panas enjin, baru perjalanan dimulakan. Bismillah…


****


The Show by Lenka menari-nari di bibir saat kereta berhenti apabila isyarat lampu merah menyala. Boring tak tahu nak buat apa sementara menunggu pertukaran lampu isyarat. Kalau waktu bersama Farhan, bila kereta berhenti aje mesti aku nak tengok cermin. Haha! Jarang-jarang insiden berlaku kecuali dengan orang tertentu sahaja. Farhan pun dah masak. Malas nak pertikai. Asal isteri ada dekat sebelah dah cukup. Hehe.

Kenangan mengusik jiwa itu terganggu apabila kereta sebelah mengaum. Tiba-tiba! Takde ribut takde taufan alih-alih tekan minyak macam nak ajak berlumba. Agak-agak la sikit. Kau guna BMW, aku guna Myvi. Akai takdak ka? Haish ni mesti lelaki. Tak nampak wajah kerana tingkap tinted.

“Mental,” kutukku. 


Namun kesabaran diuji tatkala lampu bertukar hijau, dia seakan cuba mengasak aku dari tepi. Gaya nak langgar kereta kesayangan Farhan. Makin bengang aku jadinya apabila dia cuba nak sondol dari belakang. Dekaaaaaaaat sangat bumper dia dengan bontot Myvi. Aku makin lajukan kereta. Minyak sehabis daya aku tekan. Phew! Abang, Mai terpaksa lajukan! Maafkan Mai. Kalaulah Farhan kat sebelah, harus dia jentik telinga aku.

Pabila Myvi menyusur masuk ke perkarangan parkir kereta sekolah menengah achik, aku pandang cermin sisi. Kereta tadi tiada! Aku pandang belakang lagi. Alhamdulillah tiada!

Tangan tiba-tiba sahaja menggeletar seram sejuk. Aku cuba tenteramkan hati dan katakan bahawa bukan ‘dia’. Walaupun berulangkali aku nasihatkan dan semat dalam kotak fikiran bukan dia, tetap juga terlintas wajah dan namanya! Berkali-kali mulut terkumat-kamit baca ayat suci untuk mengurang debaran yang melanda. Sedikit sebanyak ia mencengkam dan menusuk. Pantas aku istighfar dan gosok dada perlahan.

‘Ya Allah, peliharalah aku dan keluargaku.’ Pinta hati.

‘Abang... Mai takut.’ Lirihku perlahan.

Telefon pantas kucapai. Baru nak dial number yang sentiasa tersemat di kepala, telefon kuletak semula. Tak apa-apa, inshaAllah. Bisikku. Mungkin pemandu tadi tengok wanita yang memandu jadi dia cuba nak kacau. Bukan dia! Bukan dia! Aku cuba mengingatkan bahawa itu bukan ‘lelaki gila’ itu!

Masa terus berjalan menunggu sang adik keluar dari kelas bersama dentingan loceng.


*****




SEHARIAN di rumah aku banyak diam dari berkata-kata. Namun ada juga patah kata bila ditanya mama dan abah. Achik bukan main suka lagi bila tahu aku balik rumah. Rapat aje dengan kakak sulung kesayangan semua orang ni. Haish susah jadi orang famous ni. Heh!

Farhan terperasan perangai isterinya sejak dari makan malam tadi. Dia bukan tak nampak Humairah lebih suka membisu dan tunduk mengadap makanan. Tak seperti selalu. Riuh macam burung murai. Semasa dia sedang lepak sama abah depan televisyen melihat berita dunia pada pukul 11 malam, Humairah datang mendekat dan ambil tempat disebelahnya.

“Tak mengantuk lagi, Mai?” soal abah pada anak perempuannya.

Aku menidakkan sambil senyum. “Tadi petang dah tidur, abah.”

“Hmm. Kalau macam tu abah naik dululah. Tak jadilah plan kita nak tengok bola, Mirul. Mata abah macam tak nak buka aje ni.” keluh abah separa mengusik.

Farhan gelak halus. “Tak apa, bah. Pergilah berehat. Kesian abah penat.”

“Kamu tu pun jangan tidur lewat sangat. Esok kerja pagi.” Nasihat abah dan sebagai menantu sulung, Farhan hanya mengangguk.

Selepas abah berlalu pergi, suasana menjadi sepi. Hanya bilahan kipas dan televisyen yang terbuka. Farhan kerling Humairah di sisi. Mata bundar isterinya straight tenung tv tapi Farhan yakin isterinya bukan khusyuk tengok tv. Ada benda lain yang membelenggu.

“Ehem,” Farhan berdeham cuba cipta suasana. “Kenapa diam je ni?” Farhan memulakan perbualan.

Aku pandangnya disebelah lalu kuntum senyum. Tiada seri. “Takde benda nak cakap. Mai diam la,” kataku perlahan.

Tangan Farhan mula menjalar ke bahu milikku sebelum menarik kearahnya. Aku menyelesakan diri biarpun perasaan gundah gulana. Cuba ditenteramkan hati yang resah. Pantas tangan memaut pinggangnya. Mata pandang kaca tv. Siaran bola sudah bermula. Tapi sebenarnya bukan aku tengok tv pun!

“Ada apa-apa berlaku ke tadi, sayang?”

Asakan pertama Farhan membuatkan lidah aku kelu. Perlahan-lahan aku geleng kepala.

“Mai yang abang kenal takkan diam macam ni melainkan ada sesuatu dah berlaku,” pedas kata-katanya bikin jiwa makin gelisah. Farhan bijak meneka!

“Tadi…” jeda. Air liur kutelan kesat. Payah pula nak cakap. “…masa Mai nak ambik achik dekat sekolah, ada kereta BMW, dia macam nak ajak Mai berlumba. Lepas tu dia bawa kereta macam nak sondol Myvi abang. Mai cuba nak elak. Lepas tu…”

Kata-kataku termati bila Farhan leraikan pelukan. Pantas dia pandang aku. Tajam!

“Lepas tu?!” laju menyoal.

Terkebil-kebil mata memandangnya yang tampak kalut. “Mai pecut laju. Sampai je sekolah achik, Mai tengok kereta tu dah takde.” Luahku.

Farhan menghembus nafas lega. Dia ingatkan Mai accident tadi! Serius terketaq-ketaq lutut dengar sang isteri nak menghabiskan cerita.

“Dah tu kenapa diam aje satu hari ni? Mama abah semua pandang abang masa makan tadi. Macam nak kata kita gaduh berdua pulak.” ulas Farhan lagi sambil mata menala ke depan.

Aku membisu lagi. Mata tiba-tiba berkaca. Farhan yang terperasan hal itu mengerut dahi. “Sayang…” Pulak! Cakap macam tu pun nak nangis ke? Alahai… hati tisu isteri hamba sekarang.

“Sayang… sorry sorry. Abang tak maksud nak marahkan sayang.” Tubuhku didakap erat olehnya. Dan aku pun apalagi. Habis basahkan baju dia. Lama kami berkeadaan begitu sebelum aku angkat kepala dari dadanya lalu merenungnya.

“Mai takut.” Farhan pandangku. Tanda tanya timbul di benak.

“Takut kenapa, sayang?” lembut dia bertanya.

“Aki…”

Bagai guruh berdentum di dada langit saat Humairah menyebut sebaris nama yang paling payah untuk dilupakan seumur hidup! Kaku keras badan Farhan seketika. Tampak halkum bergerak-gerak. “Mai yakin orang yang bawa BMW tu Aki?” serius airmuka Farhan.

Perlahan-lahan aku geleng kepala. Serius aku tak tahu tapi firasat hati kuat mengatakan itu Ammar Baihakki, lelaki yang cuba nak rogol aku! Sehingga sekarang Aki masih terlepas dan menjadi buruan polis. Kes Aki sehingga sekarang masih menjadi tanda tanya. Ke mana menghilang dia, ke mana perginya dia. Semua orang tak tahu. 7 tahun dah berlalu! Apa yang dia ingat, dua tahun lepas semasa dia pulang ke Malaysia kerana mengikut Farhan belajar di Australia, dia terserempak dengan kawan baik Aki di KLIA iaitu Reza. Reza mengatakan dia juga sudah lama tak berhubung dengan Aki selepas insiden itu terjadi. Sebelum nak exam untuk semester terakhir, pihak UiTM telah membuat keputusan membuang Aki dari universiti berkenaan kerana Aki sudah lebih tiga bulan tak hadirkan diri ke kuliah. Hangat juga la suasana UiTM pada waktu itu. Surat amaran bertukar surat ‘merah’ menandakan dia bukan lagi pelajar UiTM. Reza sedih dengan apa yang terjadi pada sahabat baiknya dan dia tidak menyalahkan aku. Semua itu kerana kehendak nafsu.

Peristiwa itu hilang dari fikiran tatkala terdengar Farhan mengeluh.

“Kenapa tadi tak telefon abang?”

“Mai… Mai… takut ganggu abang.” Tundukku. Farhan pegang jemariku diriba.

“Lepas ni nak pergi mana-mana dengan abang atau berteman. Jangan pergi sorang-sorang macam tadi. Faham?” pesan Farhan. Aku angguk faham. Sekurang-kurangnya lega sikit perasaan ini apabila semuanya sudah diluahkan pada suami. Bagai beban yang dikendong berkurangan.


Patutlah isterinya senyap sedari tadi. Rupa-rupanya ada kaitan dengan kisah silam. Sekarang yang menjadi tanda tanya, siapakah pemilik BMW seperti yang didakwa isterinya itu? Farhan pegang pelipis. Harus disiasat! Dia tak mahu melihat Humairah trauma seperti dulu.




p/s : Assalamualaikum. Ini miss ada edit entry dan masukkan entry baharu iaitu 'Siapakah Dia'. Hope enjoy. Ada entry yg dalam facebook miss masukkan dan ada yg miss ubah sikit-sikit. Miss akan masukkan 2 entry untuk satu SE (Special Edition) sehingga habis. Semuanya akan habis di sini. Miss pasti semua nak tau apa pengakhiran kisah ni kan. Aki dah 7 tahun hilang jejak. Kenapa perangai Mai berubah? Mai pregnant ke? Miss pun xdpt jawapannya. Hahah! InshaAllah ada masa miss up entry lain pula ya. Maaf tunggu lama. Harap sukakannya :)

7 comments:

  1. Best...
    Rindu nye ngan mai n farhan..
    Miss fb ape nm...?

    ReplyDelete
  2. Ahhh rindunya mai g farhan...
    Miss buat lg , cpt sikit ye x sabar ni

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Sofi dah add dah fb miss..nnti miss app tau :) -Hipsta Stahp (acc fb sofi)-

    ReplyDelete
  5. Rindu mai gn farhan...
    Miss cpt smbg nk tau gk ape yg jd nnt

    ReplyDelete
  6. Miss ape name fb ?nak add jugak=)

    ReplyDelete