Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Tuesday 30 December 2014

SPECIAL EDITION (SE1)

Before married


(1; KELAS GABUNGAN 5 AR-RAUDHAH DAN 5 AL-BUKHARI)



KERTAS Matematik Tambahan II kupandang bersama perasaan berbalam. Kalau boleh jadi halimunan, dah lama aku buat. Sungguh seksa! Memang aku minat AM (Additional Math) tetapi bila terpampang soalan, hilang segala yang diajari dalam otak. Aku ni bukannya genius. Nilah padah makan otak udang banyak sangat. Alah, Mai. Kau tu selalu tidur sebab tu sel-sel otak lambat berhubung. Uwekkk!

“Saya beri masa selama 30 minit untuk awak semua siapkan soalan yang saya bagi. Affandi!”

“Saya, cikgu!” Affandi berdiri.

“Saya nak keluar sebentar. Ada hal di pejabat. Pastikan kelas senyap dan saya tak mahu awak semua bising. Bincang boleh tetapi volume tahap 1 dan mesti gabung! Saya tak mahu ada yang duduk kelompok kelas sendiri-sendiri. Faham?”

“Faham, cikgu.” Seisi kelas menjawab.

Aku balas sahaja di hati. Aduh… inilah yang paling malas sekali. G-A-B-U-N-G. Satu patah perkataan yang cukup perit didengar. Pernah bayangkan tak jika kita ini berada di antara pelajar pertengahan cerdik dan tiba-tiba disuruh masuk kelas top (pandai) untuk belajar bersama, apa yang kita rasa? Segan? Of course! Mereka sebenarnya okey tapi…. entahlah. Mentaliti dan perasaan menguasai diri jadi sukar bagiku untuk menyesuaikan diri. Tetapi yang pasti Humairah tak sombong yaaa!

“Jom belajar!” ajak Iman seraya merapatkan kerusi ke sebelah aku. Wana dan Ashita, rakan baharu di 5 Al-Bukhari merapatkan kerusi ke meja kami. Semua mula fokus pada kertas soalan. Baru nak menjawab soalan function, suara Aizat kedengaran di ruangan kelas.

Attention, class! Aku nak say something. Apa kata kalau kita gabung kelas macam yang cikgu cakap tadi? Tak mau la pisah-pisah macam ni, right? Kita kan geng!” Semangat Aizat sangat aku gemari. Dia ini kira orang tengah meredakan keadaan. Cara dia mesra dengan rakan-rakan memang unik la! Tabik spring kat kau, Zat! Merapatkan ukhwah.

“Haah boleh je.” sahut Ashraff.

“Kami okey,” Ashita, merangkap kawan baru belajar pun setuju. Dia pandang kami sambil senyum mesra. Aku membalasnya juga mesra. Orang berbudi kita berbahasa.

Tampak ramai setuju. Namun dikalangan mereka juga terdapat yang membantah. “Alaaaa…” suara sumbang turut kedengaran. Serentak kami memandang gerangan yang sebut begitu.

“Why? Ada masalah ke?” soal Aizat hairan.

“Kita kan top student. Top class. Mana boleh campur dengar diorang, second class. Diorang perakaunan. Kita sains. Matematik dan Biologi tak boleh bercampur, Zat.”

Amboih! Berlagak bebenau! Kan… terkeluar loghat Melaka Wana. Aku yang pada mulanya feeling happy terus mood tak baik. Tiada lagi bunga-bunga nak belajar.

“Ek eleh! Apesal kerek sangat kau ni? Kita semua sama je la. Budak tingkatan 5. Duduk sekolah yang sama. Belajar sama. Cikgu sama. Takde apa yang beza. Jangan berlagak sangat!” cemuh Ashraff meninggi. Pantang betul dia kalau ada orang mendiskriminasikan rakan-rakan lain. Bila lihat wajah rakan-rakan aspura dan aspuri rapatnya berubah, hatinya dicuit rasa bersalah. Malu ada kawan sekelas macamtu!

Bebudak yang sinis kata itu tadi terdiam terus. Mungkin tak sangka Ashraff, antara jejaka idaman gadis Malaya boleh berkata demikian.

Tiba-tiba keadaan makin sunyi apabila Farhan berdiri dan melangkah ke arah Aizat di hadapan papan putih. Matanya memerhati sekeliling sebelum tertunak padaku yang sedang memandangnya. Pandangan kecewa. Aku tahu Gunung Ledang bakal meletus. Huhu.

“Aku rasa semua ada hati dan perasaan. Betul?” senyap.

“Aku rasa semuanya ada sifat baik hati.” Pun sama.

“Kawan-kawan aku semuanya baik. Tapi aku tak sangka pula kawan-kawan yang aku anggap ‘kawan’ selama ni rupa-rupanya ada sifat sebaliknya.” Sinis bicaranya menggamit perhatian ramai pihak.

Aku yang jelas melihat dirinya terkesima!

“Apa yang kau pandang pada harta. Kita semua ni miskin la. Miskin serba serbi dari ALLAH yang Maha Kaya. Nak kata diri tu bijak? Kita semua tak sebijak dan secerdik ALLAH yang mencipta alam semesta. Tak payah kot nak merendahkan diri orang lain. Sebelum cakap fikir dulu. Lidah manusia lebih tajam dari bilahan pedang. Setiap kata-kata boleh mengguriskan hati orang lain termasuk mereka yang tak bersalah. Turut jadi mangsa. Kau nak tahu tak… budak-budak yang kau kata tak top, second class … diorang tu kawan aku tau! Kawan baik aku! Kawan susah senang aku!”

Pilu dan sebak bertandang di hati. Khairul, Putera, Hakim dan Syafiq menekur muka. Aku tahu diorang terasa. Air mata serasa nak meleleh. Iman dah sedu-sedan kat sebelah. Wana kuintai. Diam aje. Aisyah lebih tenang seperti biasa. D kesat pipi. Menangis. Kami memang jiwang! Ahaks.

“Tak ada istilah kawan asing kat muka bumi ni. Kalau rasa nak asing… nak jauh dari kawan-kawan… sila keluar dari kelas ni. Aku pun tak nak ada ‘virus’ dalam kelas.” gertakan keras dari Farhan teramatlah menakutkan. Muka dia memang dah serius memanjang. Gaya kuasa halau pelajar macam kat tangan dia aje.

“Err… maa… maaf Farhan.” pelajar yang mencetuskan kontroversi tadi memohon maaf. Dia kemudian memandang sekeliling. “Korang… aku minta maaf. Aku terkhilaf tadi. Betul kata Zat dan Farhan. Kita semua geng.”

Terubat hati dengan kata-kata ikhlas dari pelajar tersebut. Izuan menepuk bahu Hakim dan Khairul berulangkali. Barulah senyuman ceria terbit di wajah masing-masing. Barulah berhigh-five. Riuh kelas. Akhirnyaaa….!


Ashita memeluk bahu Wana sambil kuntum senyum mesra. Hati tiba-tiba rasa lapang. Ini yang aku nak! Happy ending! Muehehe. Mata tetiba gatal nak intai teruna Mama Nani. Pada saat aku ingin mengintip dia, kebetulan dia memandang. Aku senyum ikhlas. Thanks, Farhan. Kau memang tooorbaek! Farhan pandang tajam sebelum kalih pandang. Cisss! Berlagak ea! Mengada! Takpe-takpe. Merajuk dua hari! Tak nak balas mesej kau!! Hmph!








(2; MOTOR vs CINTA)

BADAN rasa nak meletop sekarang juga! Aku tak kira dia anak tengku ke anak hantu ke yang penting dendam harus dibalas! Wah, Mai. Ganas bunyi weh. Lantak! Dah la pakat paksa orang. Eee ada aku tembak dengan senapang gajah satgi.

“Ambik ni,” Helmet dihulur.

Aku tak ambik malah bisa tercengang luas mulut. What?!?

“Cepatlah! Lenguh tangan aku ni,” rungut Farhan. Adehhh… sengaja kasi didih darah la minah ni.

“Kau gila ke apa?”

Erk! Tengok tu. Dia cakap aku gila? Wah! Panas hati, Han. Mencerun tajam mata merenung gadis itu. “Mai… jangan sampai aku buat benda yang kau tak suka nanti. Baik kau naik sebelum aku naik hantu kat sini.” Ugut Farhan tertahan nafas. Sudahlah panas! Berbahang lagi. Tak reti bersyukur ke aku sanggup redah terik matahari semata-mata nak bawa Mai ke ofis papa. Dah lah kereta dekat workshop! Bebel Farhan.

Aku ketap gigi. Eee! Ada yang kena hempuk dengan helmet jap lagi kang!

“Cuba kau bagi sebab apasal aku kena naik motor dengan kau?!” teriakku bengang.

Farhan pejam mata. Rasa nak hantuk kepala ke dinding! Ya ALLAH! Ya Karim! Titipkanlah kesabaran aku pada wanita yang aku sayangi ini. “Kereta aku rosak, Mai. Tadi accident. Aku pinjam motor budak hantar surat dekat ofis semata-mata nak amek kau kat sini. Cuba jangan banyak cakap and tanya then duduk atas motor diam-diam.” Lelah Farhan menutur. Kalau tak faham bahasa tak tau nak kata apa. Mungkin Mai fasih dan lancar bahasa Itali agaknya! Tak pernah dia jumpa wanita banyak soal seperti Mai. Nasib aku dapat tunang camni. Alahai!

Terkedu seketika mendengarnya. Dia… kemalangan? Bila? Di mana? Teruk ke? Aduh! Menebal rasa bersalah di jiwa tatkala mengingati layanan padanya. Kejam sungguh kau, Mai! Kan ayat puitis dah keluar!

“Err… accident? Errr… kat… kat mana?” tergagap bertanya pulak.

“Dekat dengan jalan menghala ofis papa. Dah, cepat. Tekak aku dahaga ni.” putus Farhan. Siku yang berdenyut cuba tak dipedulikan.

Bersama gementar menggila, tangan mencapai helmet yang disua Farhan sedari tadi. Erk! Mai naik motor? Okay itu boleh diterima lagi sebab Wana pernah bonceng aku tetapi Farhan! Lelaki pulak tu! Aduh. Gawat ni. Kang terpeluk dikata cabul pulak. Apa pulak kata mama dan abah? Yana dan achik? Ah! Adik aku tu sah-sahlah paparazzi.

“Dah?” soalnya bila aku dah ready naik atas motor. Teragak-agak jemari nak letak posisi. Pegang bahu? No! Pegang pinggang? Lagilah tak boleh! Sekarang bukan waktu yang sesuai untuk dating ea, Humairah. Behave tangan tu! Babap kang.

Dari cermin sisi Farhan melihat tunangnya bagai tak tentu arah. Kejap garu pipi, kejap mengeluh, kejap ketuk helmet. Entah apalah dia buat. Macam-macam gaya! “Kalau takut jatuh, pegang baju aku. Nak peluk pun boleh,” sempat Farhan mengusik nakal.

Aku menjuih bibir. Ceh! Sempat menggatal ea! “Jalan!” tegasku. Malas nak menunggu lama. Sebenarnya gugup juga naik berdua dengan dia. Tak pernah kot! Ini first time. Takut ada mata-mata memerhati. Bukan boleh Mak Joyah Mak Senah Mak Bedah ni kalau ternampak aku dan Farhan ‘dating’ atas motor. Harus dicanang setaman!

Farhan ketawa nakal. Handle motor dipulas dan dia tenang menunggang. Hati tetiba feeling bahagia sesangat. Hilang segala kesakitan yang melanda tubuh. Berangan, ya Farhan! Ahaks.







(3;GAMBANG WATERPARK)


AKU bagaikan manusia hilang arah apabila melihat papan tanda Maran-Jerantut-Mentakab. Hati melonjak-lonjak gembira kerana tak lama lagi kami akan bermandi-manda di Bukit Gambang Water Park! Wehoooo! Namun terselit rasa duka di hati mengingatkan mama dan abah yang tidak dapat bersama aku memandangkan achik mengidap penyakit ‘chicken pox’. Ibu mana yang tak sanggup meninggalkan anak terlantar sakit sendirian. Pada mulanya aku memang tak nak pergi. Ini pun disebabkan perancangan dan ajakan Mama Nani dan Papa Umar yang meminta kami satu keluarga bercuti bersama mereka sementara masih ada cuti persekolahan. Atas desakan mama dan keizinan abah membuatkan aku mengambil keputusan untuk terpaksa meneruskan hajat mereka. Katanya nanti aku dan Yana bakal terkena jangkitan ‘chicken pox’! Pada aku tak ada hal. Biarlah nak kena pun! Penyakit tu tetap akan berlaku pada diri seseorang tak kira bila masanya, bukan? Seumur hidup sekali. Namun mama tetap menegah. Mama mahu aku menghabiskan cuti dalam bulan Ogos ini dengan melakukan aktiviti riadah sekaligus mewakilkan diri mama, achik dan abah sebagai galang ganti. Cucikan minda dengan aktiviti sihat! Apa nak kata… walau dalam hati masih stress! Bercuti dengan ‘diaorang’ pulak tu! Tak ada orang lain ke?!

Tembok besar yang dibina dengan corak tersendiri bertulisan Selamat Datang ke Bukit Gambang Resort City adalah satu simbolik yang sangat unik. Dah macam nak masuk istana pulak! Aku tak sudah-sudah menangkap gambar. Mujur tak ada flash. Bunyinya aku tukar kepada mod silent. Mahu malu setahun kalau mamat tu nampak aku macam orang gila bergambar dekat seat belakang!

Tak berkelip mata merenung 'rumah' yang bakal kami diami. Bangunannya tinggi-tinggi dan diwarnakan cantik. Papa Umar memberhentikan kereta di bahagian parking berdepan dengan binaan tembok besar yang tertulis Arabian Bay Resort. Sementara menunggu Papa Umar ke kaunter dalam hotel itu, aku membetulkan tudung lalu memandang Yana.

"Jom bergambar kat situ nak?" ajakku.

Yana menggeleng laju. Hesh kakak aku ni! Gila ke?

Aku berdecit. "Ala, jomlah. Bukan buat benda tak elok pun. Ambik gambar je." aku mendesak lagi tapi masih mengawal suara.

Yana tetap tak nak. Aku tarik nafas panjang. Eee! Bosan betullah! Tak sporting punya adik. Dahlah aku dengan dia aje ikut. Kalau ada achik tu kira okey la juga. Bolehlah mulut aku 'exercise' sikit dengan dia. Tak tahu? Ala... cari gaduh la! Apalagi... aku memeluk tubuh. Frust! Yana buat tak tahu je. Lagi bertambah frust aku!

Papa Umar memasuki kereta semula. Aku mendengar saja perbualan mereka. Berkisar tentang bilik yang bakal kami duduki. Mintak-mintaklah ada bilik untuk aku. Tak mahu tidur dekat ruang tamu! Haha. Demand pula kau eh Mai.

Sesudah mendapat parking yang berdekatan dengan tangga, kami keluar dari kereta. Farhan dan Fareez membantu mengeluarkan segala barang. Hmm... tak lokek kudrat nampaknya. Mama Nani dan Aina membawa beg yang ringan-ringan seperti plastik makanan, minuman dan satu bagasi besar bersama pemegang.

"Mari Maira, Yana. Tak apa. Beg nanti boleh ambik lagi. Bawa mana yang cukup ditangan dulu." kata Mama Nani.

Aku mampu tersengih. Tak sampai hati pulak nak tinggalkan dia orang bawa beg kepunyaan kami sedangkan beg dia orang pun ada. Aku mengisyaratkan Yana agar membawa bantal dan beg sandang berisi laptop kepunyaan aku dibawa ke atas dulu. Biarlah aku membantu mereka.

"Boleh Mai tolong bawa?" aku bertanya pada Papa Umar. Papa Umar berpaling lalu tersenyum.

"Tak apa, Mai. Biar hero-hero kita ni yang bawakan. Tak patah riuk pun tulang-belulang mereka ni haa." kedengaran lelaki itu seperti menyindir anak-anaknya.

Fareez mengeluh. "Pa, bukan setakat patah tulang aje. Reez dah rasa nak pengsan terus pun ada ni haa." Kata Fareez sambil cuba menarik keluar beg coklat miliknya.

"Papa dah pesan sebelum pergi, kan? Bawa mana yang perlu aje. Tak payah bawa komik, majalah-majalah dengan laptop kamu tu. Dah ada internet dekat telefon, kenapa tak digunakan? Dulu merengek kuat nakkan benda alah tu! Buat penat aje papa bayar bulan-bulan. Burn macam tu aje!" bebel Papa Umar tak puas hati.

Fareez memuncung ke depan. Dah serupa Donald Duck aje aku tengok! Dengan penuh perasaan merajuk, dia berjaya mengeluarkan beg besarnya itu. Tak silap aku bercuti cuma 3 hari 2 malam saja. Bukan sebulan. Tapi kenapa dia bawa beg sebesar-besar alam???

"Tengoklah adik angah tu. Pening kepala papa." Farhan senyum. Dia tahulah nak buat apa dengan Fareez nanti. Dah faham sangat tahap merajuknya. Kalau tak kasi RM30 main game, berenang lama-lama dalam kolam. Tahulah dia nak brainwash Fareez macam mana nanti.

"Dah, jom naik." Bonet Estima ditutup. Papa Umar berjalan menaiki tangga dengan menjinjit dua beg kiri dan kanan. Aku mahu mencapai beg pakaian dilantai tapi cepat saja beg itu disauk sepasang tangan. Aku terkedu.

"Kau bawa beg aku ni. Aku bawa beg kau." suruh Farhan. Beg sangkut dibahunya kuambil dengan tangan menggigil. Tulah, tadi nak sangat tolong. Sekarang kau yang longgar lutut. Macam Parkinson!

Beg hitam bertulis Adidas aku sarung ke bahuku pula. Rasa hati tak usah bicara. Macam nak gugur jantung dibuatnya! Sangat ringan. Entah apa yang diisi mamat ni pun aku tak pasti. Pintu lif dibuka. Papa Umar menekan punat bernombor 3. Aku memeluk tubuh lalu menekur pandangan ke lantai apabila terperasan mata pemuda itu merenungku sambil menjinjit barangan aku.

Ting!

Pintu lif dibuka. Kami bertiga menyusuri pintu demi pintu sehingga jumpa nombor 2312. Loceng ditekan. Tak sampai lima saat pintu dikuak dari dalam. Terjengul muka Aina dengan kek cheese comot dimulut. "Kakak!" lantang suara Aina menjerit. Aku senyum.

"Maira tidur dengan Yana dalam bilik tu ya?" Mama Nani bersuara lembut. Kami berdua angguk saja. Yes! Aku dapat tidur dalam bilik. Indahnya dunia... ini bermakna dua beradik tu tidur dekat ruang tamulah ya? Ahaks!

"Han dengan Reez tidur dekat ruang sini aje okey tak? Nak tidur dengan mama dan papa pun boleh." Mama Nani merenung wajah anak lelakinya itu.

"Han tak kisah, ma. Janji boleh tidur. Dekat kerusi pun boleh. Asal bersih, angah okay je." mata melirik Fareez yang jelas kecewa kerana tidak diberikan bilik. Perut adiknya disiku perlahan. Isyarat mata dihantar. ‘Terima seadanya!’. Fareez menjuih bibir. Hmph! Merajuk tak makan cheese cake!

“Aina tidur mana mama?” polos soalan Aina menggamit perhatian semua orang.

“Aina sama papa dan mama, okay? Biar kakak Yana dan kakak Maira tidur bilik lagi satu. Tak mahu kacau kakak tau?” pesan Mama Nani melurut lembut rambut anak perempuannya. Aina angguk. Aye aye mommy!

“Dah, pergi letak beg tu. Rehat sekejap. Petang karang kita pusing-pusing, mandi kolam sekali.” Arah Papa Umar.

“Yeahhhhh!” Jerit riang Aina.

Aku pula terkedu. Serasa senduk tersekat di kerongkong. Mandi kolam??? Alamak… @_@’







“KAK, siaplah. Papa Umar ajak kita mandi kolam dekat bawah.” Kata Yana sejurus aku keluar dari bilik air. Waktu itu tiada sesiapa pun di ruang tamu. Agaknya Farhan dan Fareez sedang bersiap-siap di dalam bilik keluarga mereka. Aku pandang Yana. Minta belas kasihan!

“Beranikan diri,” nada memujuk Yana sudah jemu kudengar.

“Kau tak faham, Yana.” Keluhku lemah.

“Kak Mai yang tak faham sebenarnya. Apa kata cuba dulu. Rasulullah pun menyuruh kita belajar berenang, memanah dan menunggang kuda. Akak belajarlah yang asas dulu. Jangan terus kuak lentang.” Usik Yana pabila melihat aku menjeling tajam kearahnya.

“Jangan kata kuak lentang. Kupu-kupu, rama-rama, kuak ikan pari pun akak buat nanti kalau akak dah pandai!” bidasku. Hish. Sindir kita pulak!

Yana ketawa kecil. Ikan pari? Haha! Tak pernah dengar kak oi.

Aku mendengus geram. Eee! Malas nak layan. “Akak tak nak pergi!” Aku terus melangkah ke bilik. Pada masa yang sama, pintu bilik menempatkan Mama Nani dan Papa Umar beradu terbuka. Bilik kami cuma berdepan! Kaku kaki saat itu. Terkejut for sure! Hesh! Waktu gini jugak ler dia yang keluar. Rasa nak marah semua orang!

“Kenapa tak siap?” soal Farhan selepas menutup pintu kamar.

“Err… aku… aaa… aku…” tiba-tiba berubah gagap pulak. Haish memalukan betul Humairah! Tadi kemain berani.

Yana yang melihat kelakuan kakaknya serasa nak gelak terbahak-bahak. Tulah, angin lagi. Ahaa! Inilah waktu sesuai nak kenakan Kak Mai. wait haa! “Abang Mirul,” teguran Yana begitu melegakan hati yang gundah gulana. Nak terbalik jantung dibuatnya bila berhadapan sama manusia yang serius dan sangat kerek. Yakah Farhan serius? Kerek? Entahlah labu! Tetapi apa yang pasti panggilan Yana membuatkan Farhan lupa nak ‘melaser’ aku.

Farhan toleh pada Yana yang duduk di kerusi rotan depan tv. “Ada apa, Yana?” lembut Farhan membalas.

Amboih! Dengan adik aku kemain lembut mengalahkan sotong. Sotong kurita pun kalah tau! Lembut gigi dari lidah! Tapi bila ngomong sama aku macam nak cari gaduhhhhhh aje. Ini yang buat makin bertambah cemburu ni. Ada hidung penyek kena tumbuk lesung batu nanti.

“Yana tak reti berenang. Abang Mirul pandai berenang tak?” Pantas aku mencerlung mata pada Yana. Erk! Tak pandai swimming?! Jangan nak membongak dekat sini ya wahai adikku Diyana Syahirah! Selama ni dekat laut tu siapa yang duk kuak lentang, kuak kupu-kupu, kuak dada segala tu?! Arghhhh! Lakonan apa yang kau buat ni, Yana?!?

“Bolehlah.” Jawapan sangat ‘kerek’ dari lelaki ‘kerek’.

“Ouh bestnya! Bolehlah ajar Yana berenang. Kan?” Sengaja ditekan perkataan ‘kan’ itu. Biar kakaknya terasa. Tampak airmuka ada aura jealous. Ahaks!

“InsyaAllah boleh.” Balas Farhan senyum. Langsung tak tengok wajah tunang berubah 720 darjah! Kalau dibandingkan cuka dan muka aku, memang cuka kalah habis-habisan tanpa berlawan! Penalti pun takde! Bayangkan betapa buruk dan jeruk masam air muka aku.

“Wahhhh!” Yana dah tak peduli rupa Kak Mai malah bisa gembira kerana Abang Amirul kesayangan dia tu sudi nak mengajar cara-cara berenang deminya. Haha. Saja menguji tahap cemburu Kak Mai. Emm… sekejap lagi gunung berapi bakal meletus.

Ya Allah! Gediknya adik aku! Rasa nak cincang lumat badan dia hidup-hidup. Arghhhh! Sakitnya hati. Bagai ditoreh pisau Rambo. Menyesal aku ikut! Dan menyesal aku percayakan Yana! Rupa-rupanya tak boleh diharap! Dia nak caras tunang kakak dia. Depan-depan kakak sendiri pulak tu! Menggeletis tanpa perasaan malu. Urgh! Pantas pintu bilik kututup kasar seraya menguncinya. Lantak penghuni lain dengar ke tak bunyi kuat pintu aku ni. Hati lebih penting. Badan melurut jatuh ke lantai dengan luncuran lemah. Kepala sakit menggigit. Mama… Mai nak balik. Mai tak nak duduk sini…

Ada air mata berlinang.

****






“WAHHHH! BESARNYA KOLAM, ABANG!”

Jeritan Aina kedengaran sungguh teruja bila nampak banyak kolam. Dan kolam yang kami sedang tuju itu adalah kolam orang dewasa+kanak-kanak. Kolam umumlah! Senang cerita. Tak dalam dan tak terlalu cetek. Budak baya 7-8 tahun boleh berenang di sini tetapi masih dalam pengawasan keluarga. Aku ambil tempat di tepi kolam. Duduk dengan kaki terjuntai dalam air. Tak berani nak terjun. Tengok Fareez yang tinggi sikit daripada aku pun hampir ke paras dada, apatah lagi aku. Entah-entah paras hidung! Urgh! Mesti susah nak bernafas. Lebih baik ambil jalan mudah, duduk diam-diam kat tepi. Atau lebih tepat… merajuk!

“Kakak!” tegur Yana lalu disebelah aku. aku buat tak tahu.

“Tak nak mandi ke? Hmm?” Aku tetap tak toleh malah langsung tak membalas pertanyaan dia. Tadi nak sangat ‘belajar berenang’ sama ‘Abang Amirul kesayangan’ kau, tukan? Pergilah! Buat apa duduk sebelah aku! gerutu hati.

“Kak Mai…” rengek Yana bila mana aku tidak memberi respon. Dia cuba menyentuh lengan aku namun aku pantas melarikan. 

Yana gigit bibir. Terasa bersalah pulak buat Kak Mai kesayangan begini. Tak bestlah kalau Kak Mai diam. Pada siapa lagi dia nak berborak selain Mama Nani dan Aina. Ahli keluarga dia cuma Kak Humairah saja. Terasa menyesal di atas bicaranya di bilik sebentar tadi. Dia dah lukakan hati Kak Mai.

“Kakak!” Pandangan ditala ke hadapan melihat Aina bersungguh berenang menggunakan pelampung Barbie yang dibeli Papa Umar. Serta merta senyuman terukir diwajah.

“Wah! Aina dah pandai berenang la…” pujiku sambil tepuk tangan. Budak-budak kan suka dipuji. Macam Kak Mai ni haa. Haha! Tak sedar diri tua bangka ada hati minta dipuji. Ouh, Mai terlalu poyo.

Aina bersungguh nak ke tempat aku. Serupa katak berenang je gamaknya. Kakiku cepat dipaut sebaik menghampiri. Aku menyelitkan rambut yang terjuntai ke belakang telinganya. “Jomlah mandi kakak.” Ajak Aina sambil berkelip-kelip mata. Nak mengayat la tu! Muehehe.

 “Akak tak reti berenang la, dik.” Aku geleng senyum.

“Alaaa tapeee(tak apa). Akak une(guna) pampung(pelampung) nak? Ni… pampung(pelampung) Aina kan ada.” Riuh berceloteh. Siap offer pelampung lagi. Sudah lah pelat!

Its okay. Aina gunalah. Tadi kakak dah mandi.” Balasku membuatkan Aina muram.! Merajuklah tu aku tak sambut ‘huluran berenang’ dia.

Tiba-tiba, Fareez menghala ke sini. Diam-diam dia menghampiri adiknya, Aina, sebelum disergah kuat dan menarik-narik pelampung yang dipakai Aina sekarang.

“Abanggggg!!!” Apalagi… teriak la budak kenit tu panggil abang kesayangan. Siapa lagi jikalau tidak Farhan yang nun menyelam ke sebelah sana. Menyendiri kut. Aik.. takkan merajuk pulak? Sepatutnya aku yang merajuk dengan dia. Hmm… apa-apa aje la.

“Hahaha!!” bergegar sekejap kolam dengan ketawa terbahak-bahak oleh Fareez hinggakan ada mata-mata memerhati. Uiks, aku pula yang malu.

“Fareez… dah la tu.” Haish. Suka nooo nyakat. Tengok! Kan dah melalak budak kenit ini dibuatnya. Aina melalak memaut kaki aku. Nak menyorok gamaknya dari abang chik dia.

“Aiyoo! Kak Mai buat! Haa haa tak tau.” Ada yang aku bagi kentut bau telur jap lagi kang!

“Bila masa pula? Kau yang buat dia menangis. Pujuk sekarang!” arahku tegas.

Fareez menjelir lidah. Tak nakkk! Haha! Lagi kurang asam bila dia lari ke tengah kolam. Aku genggam penumbuk. Memang aku ‘satay’kan kau kejap lagi, Reez! Yana disebelah terhenjut-henjut ketawa namun dia cepat pura-pura batuk bila aku jeling sekilas.

“Kakak, abang buat Aina…” rengek Aina bersama tangisan ‘sedih’ dia tu. Yang dia ni pun… alahai! Cengeng bebenor kenapa. Memanglah abang chik kau tu usik selalu. Dah satu hal pula nak memujuk. Macam gaya mak-mak pujuk anak sendiri. Heh!

“Kenapa ni?” satu suara macho menyapa membuatkan kami semua mendongak. Jatuh rahang. Aik, sejak bila pulak dia ada kat belakang? Tadi bukan ke dia berenang jauh ke sana? Bila masa naik? Hairan betul. Rambut dan badan masih basah menampilkan diri sangat awesome! Mujur tak nampak six pack. Kalau tak boleh pengsan kut aku kat sini.

“Abanggg… Abang Reez kacau adik.” Aina mengadu pada Farhan yang baru duduk di sisi kanan aku. Suka-suka hati aje. Dekat pulak tu. Debik kang!

“Abang Fareez gurau je tu.” lembut suara Farhan memujuk sang adik. Aina terus diam dan mula mengocak air menggunakan kaki ‘katak’ dia tuh. Senang sangat cara Farhan.

“Tak mandi?” soal Farhan sejurus melihat aku tenung jauh sambil kaki mengocak air.

“Tak.”

“Kenapa?”

“Malas.”

“Dah mandi dekat atas?” Tak jemu bertanya. Banyak patah kata pulak dia hari ini.

“Yup!” balasku tanpa memandang. Lebih senang memandang hadapan lihat orang ramai membawa keluarga dan sahabat handai bermandi-manda. Alangkah seronoknya jika ada mama dan abah bersama. Haih… bagaimanalah keadaan kau achik? Mesti bosan, kan? Seorang diri kat rumah. Kalau Kak Mai ada mesti kau tak bosan. Menjerit selalu! Haha.

Farhan tak bertanya lagi bila aku tunjuk muka bosan dan balas pun acuh tak acuh. Orang tak suka tak usah dipaksa. Dia tahu apa yang berlaku pada Humairah tetapi dia buat tak tahu aje. Malas nak masuk campur. Dia mula masuk ke dalam air kolam. Pada saat itu mata tertunak pada Yana. “Yana kata nak belajar berenang, kan?”

Zupp! Ada benda ditusuk ke dada. Pedih. Lagi memedihkan apabila Yana turut bersetuju dan mula meninggalkan aku dan Aina di tepi. Tampak mesra sekali mereka berdua. Farhan dan Yana… nampak serasi berganding. Yana cantik dan lembut. Farhan kacak dan lembut jua pabila bersama adik-adik. Cukup pakej. Entah mengapa aku rasa Yana lebih layak dapat lelaki seperti Farhan. Mesti bahagia hidup, kan… tanpa sedar air mata menurun ke pipi. Sepantas kilat aku sapu sebelum dilihat sesiapa terutama Aina. Karang dia nampak memang mati nak menjawab!

“Aina… kita pergi main dekat situ nak tak? Tempat kawan-kawan Aina. Situ ada sotong.” Kataku mengubah topik. Malas mahu melayan perasaan. Aina pun nampak boring je duk main di tempat yang sama. Nak harapkan Fareez, entah mana menghilang. Farhan? Tak usah disoal!

“Nak! Nak!”

Kami pergi ke tempat mainan budak-budak. Lagi happening. Lagi best. Tak adalah sakit hati tetapi gelak banyak. Bila air dalam baldi besar penuh, ia akan terbalik dan kemudian air turun macam air terjun. Bedebushhh! Semua suka! Aina sanggup tunggu sampai air diisi penuh dalam baldi besar termasuk kanak-kanak lain. Bila baldi mula senget menandakan air hampir penuh… dan…. sekali lagi! Bushhhh! Terlompat-lompat keriangan Aina dibuatnya. Kuyup habis. Aku senyum dan melambainya. Aina membalas dan mula naik gelongsor kanak-kanak. Mula bermain.

“Sorang sajakah wahai kakak ipar?”

Nyeeet! Nyilu telinga. Aku pantas dongak. Fareez rupanya.

“Tak nampak ke ada 2-3 orang di sini?” perliku. Fareez sengih. Dia melabuh punggung disebelah.

“Kenapa tak main dekat sana? Best ke main tempat budak? Cetek kot.”

“Kalau tak suka, apasal datang sini Encik Fareez? Lupa ke awak ada sorang adik perempuan? Tengku Aina Mashitah namanya.” Terang aku menyindir. Kalau amnesia lagi tak tahulah nak kata apa. Banyak makan semut kot.

“Ouh, saya lupa. Maafkan saya.” Fareez senyum apabila aku ketawa geli hati.

“Tolonglah. Rasa lain macam je Reez sebut saya. Bajet budak baik la tu.” ejekku bernada mengusik.

Fareez cekak pinggang. “Hello! Saya memang baik okey.” Tak puas hati. Berani dia kata aku bajet? Aku memang sedia baik tau.

“Yalah tu.” Fareez memercikkan air tepat ke muka aku membuatkan aku terjerit kecil.

“Eee! Apani?!” bengangku. Simbah orang pula!

Fareez tidak menjawab malahan masih meneruskan aktivitinya menyimbah aku dengan air menggunakan telapak tangan. Amboi. Seronok bebenor nampak. Kurang asam! Tunggu kau eh! Aku menyerang Fareez tika dia leka. Bushhh! Tercengang Fareez. Haha! Amek kau! Aku balas kaw-kaw punya! Dah serupa kanak-kanak ribena. Mesti mak bapak pelik tengok kitorang main di bahagian kanak-kanak. Mesti diorang kata aku dan Fareez terencat. Haha! Fareez pun tak tunggu lama untuk membalas serangan bertubi-tubi aku. Dari duduk hingga berdiri duk simbah-simbah antara satu sama lain.

“Ehemmm!”

Dehaman seseorang mematikan aksi riang kami berdua. Aku angkat kepala dan berpusing belakang. Gulp! Si dia dan Yana. Merenung kami dengan pandangan tajam. Fareez sengih menampakkan gigi putihnya.

“Angah! Jomlah.” Pelawa Fareez selamba.

What?! Ajak diorang?! Nak ajak Yana berenang dekat sini pulak ke? Hati membengkak cemburu. Aku sepak air seperti membayangi aku tendang Farhan sampai ke bulan. Geram!

“Korang bersuka ria berdua, Aina mana?” Tegang aje nada suara. 

Haahlah. Aina! 

Baru aku teringat akan perihal budak kenit itu. Aku bangun lalu mencari dia disegenap sotong besar. Tiada! Aina tiada! Mampus. Apa aku nak jawab? Mana pergi Aina??? 


Dalam debaran menggila itu, terasa pahaku dipaut sepasang tanagn kecil molek. Aku tunduk bawah. Aina sedang senyum manis. Dan lebih menyeronokkan apabila dia menyebut, “kakak!”

“Ainaaaa!” Aku memeluknya gembira. Terima kasih ya Allah! Kakak ingat kakak dah kehilangan Aina.

“Kakak!” Aina turut membalas pelukanku. Dalam tak sedar, tong baldi besar di atas semakin penuh. Semakin senget… dan…. akhirnya! 

Gedebushhh! 

Basah kuyup kami berdua. Berdiri tempat strategik air turun pulak tu! Haha. Habis kelepet tudung. Aku menurunkan Aina lalu membetulkan baju yang melekat ke tubuh. Mujur besar baju ni. Kembang-kembang seluar trek berjalan menghala kearah di mana Fareez, Farhan dan Yana berdiri. Tampak airmuka Farhan tegang menunggu masa untuk melepaskan lava-lavanya. Tak habis-habis dengan wajah serius dia. Eh, aku dah jumpa adik kau tau! Berterima kasihlah kalau ya pun.

“Abang, tadikan… Aina came(sama) kakak main air kat situ. Best tau! Air besar.” Aku tergelak kecil apabila dia kata air besar. Bukan air besar tapi tong besar la Aina. Aduii…

“Dah jom balik,” arahnya. Tangan Aina digamit. Aku dan Fareez berpandangan. Erk? Awal lagi kot. Baru pukul 6 petang. Yang dia meradang tak tentu pasal apasal.

“Ngah, relax la. Baru pukul 6.” Tegah Fareez. 

Langkah Farhan terhenti. Begitu juga Aina dan Yana. Farhan pusing tubuh merenung Fareez yang selamba.

“Kau nak berendam lama-lama, pergi. Angah tak halang. Nak bersuka ria berdua, angah tak kesah. Tapi angah tak yakin kau boleh jaga Aina macam angah jaga adik. Kau kalau leka dengan sesuatu, dunia lain kau tak nampak lagi dah.” 

Kata-kata berbaur sinis cukup menyakitkan telinga aku yang mendengar. Belum lagi Fareez. Tampak terkejut dan pada masa yang sama telinga memerah.

“Jadi better aku bawa Aina balik. Dia selamat dengan aku.” Sejurus berkata demikian, Farhan melangkah pergi bersama dua bidadari meninggalkan kami berdua yang jelas terpinga-pinga.

Aku lihat Fareez. Dia diam tak berkutik. Tetap tegak berdiri sambil mata menala ke depan melihat abang dan adik perempuannya menjauh. 

“Reez,” teragak-agak aku menegur. Takut jua melihat airmukanya berubah ketara. Karang tak memasal pecah muka cantik aku. Huhu.

“Kak Mai balik dululah kalau penat. Reez nak mandi lagi,” ujar Fareez cuba berlagak bersahaja. Aku tahu hati dia terasa dengan kata-kata abangnya tadi. Tak patut Farhan marah Fareez. Yang salah aku. Aku yang bawa Aina ke situ.

Langkah longlai Fareez kupandang. Tak! Aku tak boleh tinggalkan dia seorang diri di sini. Entah apa dia bakal lakukan nanti. Orang kalau dalam keadaan emosi, bermacam benda boleh terjadi. Lebih baik cegah! Aku kejar Fareez. Nyata Fareez terkejut melihat aku berdiri di sebelahnya.

“Akak tunggu kau menyelam. Cepat!” Fareez yang terpinga-pinga akhirnya senyum sedikit demi sedikit. Lama-lama melebar.

“Kak Mai takut orang buat perkara bodoh ke?” 

Aku telan liur. Alamak! Pandai pulak meneka. “Manade. Akak pun tak puas main air lagi. Cepatlah. Lepas ni boleh balik bilik.” Ujarku seraya membetulkan tudung.

“Okey,” Dan dia terus terjun dalam air. Mungkin itu caranya untuk menghilangkan rasa pedih dan perit di hati. Kesian kau Fareez… aku lagi kesian. Sampai hati Farhan. Uwaaa!


****





 SELEPAS menggantung tuala, aku pandang cermin bilik. Tudung bawal merah kubetulkan sedikit. Bila puas hati, barulah aku keluar dari bilik. Tampak Fareez dan Aina di meja makan. Langkah kuhala ke sana. “Hai,” sapaku mesra.

Fareez dan Aina menoleh. “Hai.” Serentak mereka membalas. “Kakak nak roti? Ada taya(kaya), ada una(tuna).” Terhambur tawa aku dan Fareez membuatkan Aina yang terpinga-pinga juga gelak sama walaupun dia tak tahu.

“Kaya… bukan taya. Itu tayar kereta la, Na.” jawab Fareez masih dalam sisa tawa. 

Aina mencemik. Tengok tu. Pandai dah sekarang mencemik. Aku mencapai roti dan tuna. Bila lapar, sebantal roti aku boleh habiskan dalam masa 30 minit. Perut gergasi namanya. Penat weh main air tadi biarpun aku tak berenang. Lepas makan sedap tidur! Hummm nyaman.

“Malam karang ada show apa entah dekat pentas bawah tu. Nak pergi tengok tak?” Aku pandang Fareez.

“Boleh ke? Show apa?”

“Entah. Dia kata ada persembahan blablabla lepas tu ada tayang cerita. Tu je yang Reez dengar masa nak naik tadi.” Aku angguk. Ouh yang tadi tu ke? Aku ingat apalah yang orang tu bebelkan. Sebab tu malas nak amek port.

Sedang enak makan sambil berbual kosong, pintu bilik Mama Nani terkuak. Susuk tubuh seseorang yang sangat dikenali. Aina pun apalagi. Menjemput abangnya lah untuk sertai dia makan. Farhan mendekati Aina. Waktu itu meja makan sunyi sepi. Tiada lagi suara gelak tawa Fareez. Aku pun ikut senyap. Tunduk makan roti. Enak sangattttt!

“Aina makan apa?” soal Farhan memecah suasana bisu.

“Aina makan ni!” Aina tayang roti kaya yang sudah separuh di gigit. Berselera sangat.

“Siapa buat?” Farhan tak percaya Aina bikin sendiri. Tengok meja bersih saja dari sebarang calit. Kalau budak kecik makan tentu comot meja. Ya dak?

Aina sengih melebar seraya menuding jari pada Fareez. Tersentak Fareez seketika. Farhan toleh Fareez. Diam. Dia faham adiknya mungkin terasa hati atas kata-katanya tadi. Dia sendiri tak sedar dia menutur ayat sebegitu apabila melihat tunangnya bersama adik sendiri. Mudah betul bibir meluncur kata pedas tanpa memikir perasaan orang lain. Haish. Semuanya kerana ego.

“Kak Mai, Reez masuk bilik dulu eh? Nanti nak pergi Reez panggil.” Kata Fareez kepadaku.

Aku angguk mengiakan. Tanpa sebarang sapaan untuk abang kedua, Fareez berlalu ke bilik. Itulah cara dia mengelak dari ditanya dan disoal siasat angah. Dia tak nak keadaan jadi keruh. Mood dia pun bukan baik sangat. Dengan Kak Mai aje dia okey. Sebab Kak Mai memahami. Yana pun sama. Sudah jarang Fareez bercakap sama gadis ayu itu. Baginya lebih senang bersendiri. Cewah! Berpuitis pulak. Laptop dibuka melayari internet.

Aku menghabiskan roti dan tak memandang Farhan yang ambil tempat di hadapanku. Buang karan cakap kat dia! Jikalau dulu mengata orang lain mulut takde insurans, sekarang mulut dia lagilah takde insurans. Sesuka hati melaser orang huh! 

Waktu itu juga Yana muncul dengan senyum manis semasa roti aku tinggal sisa. Aku melakukan sama seperti Fareez. Melarikan diri ke bilik. Mesej Wana lagi best! Yana terpinga-pinga sendirian. Kak Mai… detik hatinya.




***


YANA pandang pelik bila mana kakak sulungnya mengenakan tudung dan sweater. Setahu dia, Kak mai jika nak ke ruang tamu, just sarung t-shirt lengan panjang. Buang tebiat pakai sweater segala? Kakak oi, kepala terhantuk mangkuk jambankah?

“Kak Mai,”

Tanganku terhenti dari zip baju sejuk. “Hmm.”

“Nak ke mana?” soal Yana manja padahal dia teringin benar tahu.

“Buat apa nak tahu.” jawabku acuh tak acuh. Kedengaran Yana berdecit seraya menggaru kepala.

“Alaaa bagitau je la.” 

Eleh, cakap je terus terang nak ikut. Choi adik aku ni! Takpe-takpe. Aku nak balas balik macam apa yang dia dah buat dekat aku petang tadi. Biar terasa. OyeayGanbatte!

Secret.” Tekanku lagi. Brooch kusemat pada bawah dagu.

“Yana tanya je. Yang akak nak rahsia sangat kenapa?” bentak Yana tidak puas hati. Siap pukul bantal lagi.

Amboi! Dia nak memarah apahal? Berani dia nak marah aku, kakaknya yang sulung? Nak kena sumpah jadi batu? “Suka hati akak la nak rahsia ke nak secret ke… kau tu teruskanlah lakonan sebagai budak tak reti berenang. Esok boleh belajar lagi. Belajar kuak Puteri Gunung Ledang pula lepas ni. Lepas tu Gunung Everest!” sindirku pedas.

Yana terdiam sejenak. “Akak cemburu ea?” usiknya lagi.

Aku buat muka kelam. Cemburu? Yezza! Memang aku cemburu tetapi masih dikawal rapi. Tiada tahap sembelihan lagi tau. Kalau tak dah lama aku toreh kulit dia macam dalam cerita omputih. Hmph!

“Tak kisah la apa-apa pun. Okay bye!” 

Yana baru nak tahan tapi kakaknya sudah keluar bilik. Akak…. Yana nak ikutlah! Yana bosan tau tak. Kenapa akak layan Yana macam ni? Apa salah Yana? Fareez pun takde ajak. Huhu… rasa nak menangis! Arghhhh! StressPlagiat cara Kak Mai. Bantal kepunyaan Humairah ditekup ke muka sendiri. Padan muka kau, Yana. Tulah. Berani nak cemburukan si kakak. Sudahnya, dia tak pedulikan kau pun.

Keluar saja dari kamar, kelihatan semua penghuni room ini duduk di ruang tamu kecuali Papa Umar. Ke mana lelaki itu pergi ya? Hmm dalam bilik kot. Biarlah. Fareez awal-awal lagi dah siap. Dengan topi sekali. Handsome giteww. Auww! Terabur iman sekejap.

“Mama, kakak ngan Abang Reez nak pergi mana?” soal Aina kepada Mama Nani bila tengok Kakak Maira dan Abang Fareez lengkap berpakaian gaya nak pergi jalan. Tapi mengapa pula angah tak keluar? Duduk relax depan tv. Muka setenang Tasik Putrajaya.

“Kakak dan Abang Fareez nak turun bawah tengok pertunjukan.”

Petujukan tu apa, mama?” Semua tergelak mendengar. Mama Nani tak larat nak kata apa dah. Kadang kala anaknya terlebih bijak menanya. Penat juga mulut tua dia nak mengajar. Perlu kesabaran tinggi.

“Takkan Fareez dan Maira aje yang pergi? Han tak ikut ke?” pertanyaan Mama Nani bikin kami frozen seketika. Lidah kelu tidak tahu nak cakap apa. Aku memberi isyarat mata kepada Fareez. Fareez kenyit mata. Hishhh! Ada aku lempang guna selipar jepun kat luar tu karang!

Farhan pandang Fareez dan aku bersilih ganti sebelum mata menala televisyen kembali. “Malas, mama. Penat selam tak hilang lagi.” Dalihnya. Sebenarnya nak beritahu yang dia tak diundang sama sekali! Huhu. Sampai hati kau, Reez. Sanggup kau nak rampas kekasih abang kau sendiri? Argh! Menusuk kalbu tengok keakraban mereka. Frust! Dah lama tak rasa perasaan begini. Kalau dulu selalu. Ya! Waktu sekolah. Bukan ke Humairah didekati Eriq, Izuan dan Harez. Kini adik kandung pula nak potong line. Ini tak boleh dibiarkan!

“Ala nanti hilang la tu. Pergi siap ikut Fareez. Dia kan muda lagi. Malam-malam cenggini bahaya, Han.” Sudahlah ada anak dara. Kan tak manis orang pandang. Tambah hati tua lagi.

“Muda setahun aje, ma.” Monyok muka Fareez. Aku senyum mengejek. Nampak sangat dia tak dipercayai 100% oleh ibu sendiri. Hakhakhak.

Mama Nani tergelak kecil. Pipi Fareez dicubit manja.

“Merajuk pulak anak mama. Farhan pergi siap. Maira ajak Yana sekali. Kesian dia tiada kawan.” Arah Mama Nani. Aku akur lalu memanggil Yana, mengajaknya sekali. Mujur juga dia cuma tukar aje. Kalau tukar baju+makeup sekali harus berjam-jam! Yana pun apalagi. Happy la dapat keluar! Sayangggggg Kak Mai katanya. Baru nak sayang-sayang bagai. Bila depan Farhan, menggedik tak ingat dunia jugak adik aku ni. Haish! Sabo aje la.

“Mama, Aina pun nak ikut jugak!” Aina angkat tangan tinggi. Sudahlah katik.

Mama Nani mengusap ubun satu-satu anak perempuannya. “Aina nak ikut ke?” Aina angguk laju. Kalau kakak ada, mestilah Aina pun ada! 

Mama Nani pandang Fareez. Fareez melirik aku yang sedang berjalan ke tempat mereka berkumpul selepas mengajak Yana. Aku tengok Fareez seraya angkat kening. Apa pandang-pandang?

“Susahlah, ma. Adik kecik. Malam, tak nampak. Dah la kontot.” Ejek Fareez. 

Aina tersebik-sebik sebelum meraung sekuat hati. Mama Nani pukul manja bahu Fareez yang gelak bagai orang gila.

“Reezzzzz…” meleret panggilan Mama Nani seakan memberi isyarat. 

Fareez berhenti ketawa akan tetapi kepala digaru gatal. Apa aku nak jawab ya?

“Tapi ma…” belum sempat nak habiskan ayat, Farhan pula keluar dari kamar. Ahaa! Idea.

Fareez pandang mama. “…Reez bukan abang yang baik untuk jaga adik. Mama faham kan Reez macam mana. Kalau Reez dah tengok sesuatu yang Reez minat, Reez tak pandang keliling dah.” Ayat angah diciplak semula. Ayat sentap kot! 

Tergamam Farhan! Kaku tak bergerak langsung serupa patung. Halkum bergerak sedikit. Mata terus tertancap wajah sang adik yang tenang. Ayat makan dalam der. Siapa makan cuka, dia terasa masam okay!

Mama Nani mengeluh lagi. Aduhai, ada benar juga kata Fareez. Namun selama ini elok aje dia tengok Fareez layan Aina biarpun Fareez sibuk dengan minatnya. Jadi, apa yang susah? Mengapalah liat benar Fareez sekarang? Inilah dia. Bila angin malas datang, semua tak nak. Ada saja alasan.

“Takpelah, ma. Angah ada. Boleh jaga adik. Adik kan sayang angah lebih dari abang achik.” Saran Fareez lembut. 

Aku pandang tempat lain. Hati terasa lain. Sebak. Ya, sebak.  Tak lain tak bukan kerana kes petang tadi. Keypointnya… Fareez sayang Aina. Tetapi lepas apa yang Farhan ucap padanya di kolam petang tadi, hati dia mungkin terluka. Siapa tahu ya dak? Selalu tengok Aina terus disakat Fareez. Itu salah satu cara Fareez menonjol rasa sayang. Tapi orang lain anggap tak seperti tuan punya badan anggap. Tabahlah, dik. Bisik hati kecilku.

“Betul! Betul! Betul!” Aina menjawab lagak Upin Ipin.

Fareez senyum pahit. Kenyataan merobek hati. Sadis der. Air mukanya dapat aku teka. Dia benar-benar terasa. Mata pun tampak bercahaya. Fareez menangiskah? Tak pernah nampak muka dia sebegini. Never sepanjang perkenalan kami. Sebab Fareez yang aku kenali mudah mesra dan bergurau sama orang lain. Kepala gila-gila.

“Jomlah.” Putus Fareez. Aku mengucup tangan Mama Nani diikuti Yana. Mama Nani membalas dan melambai pemergian kami sehingga pintu tertutup rapat.






LANGKAH demi langkah kujejaki hingga sampai ke destinasi. Fareez banyak bercakap dengan aku. Dia tunjuk bulanlah, bintanglah, batu pun nak tunjuk! Heh. Mereng apa budak ni. Farhan dan Yana lebih banyak diam di belakang. Aku dan Fareez di hadapan. Langsung tak bertegur malah berborak. Aina dalam dukungan Farhan juga senyap. Khusyuk tengok panorama malam kut. Atau sudah tidur? Wallahualam.

“Malam cantik, kan Kak Mai?” tanya Fareez bila kami duduk di kerusi. Beberapa pengunjung lain turut menyertai aktiviti mala mini. Antaranya bermain basikal yang disewa, beli belon, beli makanan ringan, tangkap gambar dan sebagainya sementara menunggu cerita ditayangkan.

“Yup!” Itu aku akui. Malam memang cantik. Malam meredakan suasana panas dari pagi sampai petang oleh pancaran matahari.

“Tapi Reez lebih suka jadi awan.” Aku terkebil-kebil. Erk? Awan? “Apa best jadi awan?” tanyaku blur.

Fareez tak melihat aku malah terus menerus pandang dada langit. “Manusia pandang langit, dia akan cakap eh matahari! Dia tak pernah cakap eh awan!”

“Dah kenapa memalam ni jadi sasterawan? Mengigau eh?” gurauku selamba. 

Fareez ketawa halus. Dia menggeleng sebelum menghela nafas panjang.

“Awan sentiasa di atas manusia ke mana manusia pergi. Tetapi bila hujan, manusia salahkan awan. Kenapa awan tu gelap? Tu mesti tanda-tanda nak hujan. Semua fikir negatif padahal itu kuasa Tuhan nak menyuburkan sesuatu tempat contohnya sawah padi yang kekurangan bekalan air. ALLAH turunkan sesuatu pasti ada sebabnya.” Fareez… dia dah berubah. Umur setanding pemikiran. Matang.

Aku tekun mendengar. Bagai tertarik untuk mengetahui kesudahan. Seakan dapat meneka ke mana arah cerita ini.

“Bila awan dah tak mendung atau gelap lagi… semua suka. Tapi takde seorang pun berterima kasih pada awan.” 

Aku pejam mata tahan perasaan. Fareez ingin menjadi orang yang tak dilihat sesiapa. Atau erti kata lain kasih sayang Fareez takde siapa nampak kecuali dia seorang. Orang nampak dia nakal tapi orang tak nampak apa yang cuba disampaikan. Love. That’s it.Noktah.

“Kalau Reez takde dekat muka bumi ni lagi… siapa nak mendoakan Reez, Kak Mai?” Tiba-tiba dia tanya soalan gila. Err… bukanlah gila tetapi lebih kepada mengarut di malam buta begini.

“Reez… akak rasa Reez dah melalut panjang. Can you drop this subject? Kalau tak, akak balik!” ugutku keras. Dada berdebar kencang. Gila ke hapa tanya soalan merepek macam tu? Macam nak… err… Subhanallah! Astaghfirullahalazim! Kubuang jauh perkara yang cuba menujah kotak fikiran. Berbagai andaian negatif mula menyengat.

Fareez senyum hambar. Serta merta kedua-dua belah tangan diangkat. Surrender. “Okay okay sorry.” Aku duduk semula di sisinya. Rasa gementar tetiba. Senyap terus antara kami. Fareez buat hal sendiri, aku diam tengok orang lain.

Sedang memerhati sekeliling, mata tertunak Aina berlari sambil menjerit nama aku dan Fareez. Kelihatan figura Farhan dan Yana sedang berjalan ke sini bersama aiskrim di tangan. Aku pasti itu untuk aku dan Fareez. Takkanlah Farhan dan Yana mencekik aiskrim tu sorang dua. Kalau pelahap tu tak tahulah nak kata apa.

“Aina ada aiskem!” gembira dia tunjuk aiskrim cornetto pada kami.

“Untuk Kak Mai dan abang achik tak belikan ke?” saja aku menduga.

Aina tepuk dahi. Konon lupalah tu. “Alah! Aina lupaaaa…” meleret suaranya. 

Menyesal la? Chait! Haha. Alah bukan nak sangat pun. Saja kacau budak kecik ini. Sekaligus hilangkan rasa tak enak yang menjengah dihati. Kata-kata Fareez sebentar tadi umpama mimpi ngeri. Asyik terbayang je soalan dia tadi. Grrrr! Seram.

“Nah,” Yana yang baru tiba di sisi menyua sebatang aiskrim cornetto perisa vanila kepada aku. Aku sambut bersama muka pelik. Kau belanja?

Yana menjawab ikut bahasa muka. Tak. Senyum.

Habis tu siapa belanja?

Yana menjawab… tunang Kak Mai la. Hihi.

Farhan belanja? Okay memang menarik. Suuuuuuka sangat! Hihi. Mata mengerling si dia. Farhan duduk di sebelah Fareez yakni tempat dimana aku duduk tadi. Sebatang aiskrim disua pada adiknya. Fareez ambil sesudah berterima kasih. Semua diam. Aku rasa nilah peluang terbaik untuk jejaka terhangat di pasaran itu melepaskan segala perasaan. Aku amat pasti akan ada jalan penyelesaian bak kata pepatah; air yang dicincang takkan putus. Tangan Yana dan Aina kutarik. Isyarat mata kuhantar pada Farhan yang memandang. Entah dia faham ke tak lantaklah. Tanpa buang masa, jejak kaki melangkah pergi meninggalkan mereka berdua.


***



Janggal. Kekok. Semestinya dirasai Fareez. Belum pernah dia merasai perasaan ini tika berhadapan angah. Selalu jika ketemu pasti ada usikan nakal. Kini semua tidak seindah itu lagi.

“Reez,” Farhan memula bicara. Terhenti pergerakan tangan Fareez dari membuka bungkusan aiskrim tersebut. Mata memaku angah yang diam sejenak.

“Kenapa kita macam ni?” lembut pertanyaan Farhan. Seperti bercakap sendirian.

Hembusan udara menampar lembut pipi mereka. Suara angin mendayu-dayu ke corong telinga. Dingin. Fareez tak terjawab. Pegangan pada aiskrim semakin lemah hingga dia meletak kembali aiskrim di sisi kerusi.

“Angah yang minta jadi macam ni.” tenang juga Fareez membalas.

Farhan hela nafas.

“Angah minta maaf. Angah sedar salah angah. Angah kalau boleh tak nak percutian kita ni tak seronok. Tambah-tambah lagi ada orang luar dalam keluarga kita.”

Its not orang luar. She’s your fiancéRemember?” Fareez geram. Kalau tak mengingatkan itu seorang abang, sudah lama sedas penumbuk hinggap di mata kiri!

Farhan keluh lemah. Seakan ada batu besar menghempap dada membuatkan dia sukar bernafas secara normal. “Entahlah, Reez.”

Fareez gelak sinis. Jengkel sekali bunyi. “Entah? You just said entah, angah. What’s wrong with you? Sebab Yana ke angah berubah? Dah beralih arah pulak?”

Tersentak Farhan jadinya. Ek eh! Asal kait Yana dalam ini cerita? Buang tebiat ke budak ni?

“Apa kena mengena Yana pula ni?” Bingung Farhan. Kepala tak gatal digaru perlahan.

Fareez dengus kasar. “Stop it, angah. Tak payah berlakon baik lagi. Angah tahu tak angah dah lukakan hati Kak Mai? And you know what? Nak tahu kenapa Kak Mai selalu duduk dengan Reez? Sebab dia sunyi. Adik dia angah amek. Kakak dia angah biar.”

Stop! Enough!” tempik Farhan seraya berdiri. Mata mencerlung tajam anak mata Fareez. Apasal tiba-tiba masuk cerita Mai pulak ni? Ya Allah! Titipkanlah aku kesabaran. Tenang, Han. Adik kau meracau tu. Anggap je kepala dia terhentak pili air waktu membuang hajat.

“Apa yang kau fikir tak seperti yang terjadi.” Jeda. “Dengar penjelasan angah dulu before judging, okay?”

Fareez angkat tangan. Okay, let hear it! “Go on.”

“Yana minta angah ajar dia berenang. Okay, angah pun ajarlah. Tengah angah fokus pada Yana, angah tengok Mai dan Aina hilang dari mata angah. Puas angah cari merata kolam tu tapi tak jumpa. Masa tu angah cemas sangat tau tak. Waktu tu juga tergerak hati angah nak cari korang dekat tempat budak-budak sebab angah fikir Aina. Bila angah jumpa korang, angah lega tapi tak lama bila tengok Aina takde. Waktu tu fikiran angah kosong. Tak tahu nak buat apa. Tak tahu nak cakap apa dengan mama kalau Aina hilang. Sebab tu angah marah bila tengok korang gembira tak fikir tentang adik.” Farhan bagai hendak menyalahkan Fareez.

“Eh, ngah! Walaupun kitorang bergelak ketawa, main simbah-simbah air sama Kak Mai tapi mata Reez nampak pergerakan adik tau! Angah tak boleh nak marah orang sesuka hati!” bentak Fareez kasar. Sentap hati dia, sentap lagi hati Kak Mai.

I’m sorry. Itu memang salah angah. Okay macam nilah. Kita 0-0. Lupa semua benda ni. Kita datang sini nak happy-happy kan?” Farhan cuba berbaik. Tangan dihulur.

Fareez diam. Mula-mula memang niat nak biar je sampai tangan angah lenguh tapi tak sampai hati pula. Walaupun luaran batu konkrit, dalaman coklat cair tau! Siap taburan hazelnut lagi. Ahaks!

“Hmph!” Fareez sambut juga tangan Farhan. Sekali tarik, Fareez sudah berada dalam dakapan abangnya. Terpinga-pinga sekejap dia. Tak ready apa-apa pun lagi. Huh, kuat juga tangan abang aku tarik muatan berat 55 kg!


But Humairah still mineDon’t you dare take her away from me!” keras ugutan Farhan bikin Fareez gelak besar. Bahu angah ditepuk. Never, ngah. Kak ngah is yoursEver and forever. Tiada makna adik nak caras. Choi!







p/s: Assalamualaikum.. here entry terakhir untuk 'before married'. Selepas ini entry 'after married' pula ya. Hehe. Pssst... entry kali ini farhan jeles kaw2 punya! Dlm KPVST mmg xde. Ni special sikit. Heehuu :) Hope enjoy. Maaf kalau tak best :(

6 comments:

  1. Yeah . Terubat rindu ngn farhan n mai . Hahah. Best2. Ya ya . Miss up cpt2 taw . Ngeee

    ReplyDelete
  2. Kak writer nk lagi..rindu kat mai n farhan..
    Thanks a lot kak..

    ReplyDelete
  3. Ahhhh....akhirnya rindu terubat juga
    Terima kasih kak miss
    Tolong sambung lg...please
    Rindu Farhan n Maira

    ReplyDelete
  4. cis reti jeles rupenye

    ReplyDelete