Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Friday 12 December 2014

Prince Charming + Budak Nakal + Suami ? Bab 9

SAAT menjejakkan kaki ke tanah sekangkang kera di halaman rumah, nafas ditarik panjang. Mata terpejam rapat. Takut! Itu yang dirasai sekarang. Seakan hendak lari nyorok bawah dapur kalau boleh. Tetapi itu tidak akan terjadi kerana ibu awal-awal dah tempah jadi pengawal bertauliah siap senduk di tangan. Kawasan dilarang masuk katanya!

“Iman, ayah hantar Nadia dulu lepastu Iman pula. Bolehkan?” Pertanyaan Encik Muhammad menerbangkan segala khayalan.

“Bukan adik masuk kelas pukul 8 pagi ke, ayah?”

“Harini sekolah adik ada pertandingan membaca cerita. Jadi adik kena pergi awal harini. Cikgu suruh. Sebab tu ayah nak hantar adik dulu. Takpe kan ayah hantar Iman lambat sikit?” pinta sang ayah lagi bernada mengharap.

Iman mengiakan saja. Alah… apa salahnya datang lambat hari ini. Dah ada hal. Pintu pagar pun tutup pukul 7.25 pagi. Sekarang baru jam 6.50 pagi. Sempat kot. Berkata-kata Iman di hati.

Encik Muhammad hidupkan enjin kereta. Puan Salwa membekalkan kami adik beradik satu tupperware nasi goreng telur mata. Tampak menyelerakan walhal tadi balun empat keping roti bakar! Ahaks. Gemuklah aku nanti. Telah Iman lagi.

“Pergi sekolah hati-hati. Apa-apa hal terus bagitau cikgu. Jangan duduk sendiri. Ingat Allah, selawat banyak.” Puan Salwa mengucup dahi Iman lantas mendakap tubuh genit itu. Kemudian Nadia punya giliran.

Dan kereta pun membelah jalan raya selepas meninggalkan kawasan perumahan teres dua tingkat………

****

“HOORAY! IMAN dah balik!”

“Imannnnnkuuuuu! Ke mana menghilang?? Demam ea?”

“Yeay! Yeay! Iman dah balik!”

Terpekik terlolong kelas apabila Iman melangkah masuk. Terkedu sekejap! Betul ke kelas yang aku masuk ni? Ha ha. Iman tak lawak okey. Kau tak rasa terharu ke bila orang sambut kedatangan kau macam ni? Happening kot. Tu tandanya kau meninggalkan kesan di hati mereka. Ahaks! Puitis pulak pepagi cenggini.

“Dia takut kena buat kerja Danish. Sebab tu cuti dua hari.” Ada pula terdengar sindiran dari kalangan yang sangat dengki pada orang lain iaitu Suria. Sejak Iman masuk ke kelas ini, bermacam perlian dia dapat. Entah apa-apa entah budak tu. Dah la rambut karat! Kalah air paip karat rumah aku. Dengus Iman.

Tanpa membuang masa Iman terus mengambil tempat duduk. Wah! Rindu suasana kelas. Eheh. Mengada Iman! Kerusi ‘orang sebelah’ dikerling. Tersusun elok. Tak datang ke hari ini? Iman, kau rindu dia ea? Manade! Aku Cuma nak ucap thanks aje pada dia sebab tolong aku haritu. Bila terfikir semua hal itu, badan menjadi seram sejuk. Pantas dia istighfar lalu mengusap dada berulang kali.

Lupakan, Iman. Study! SPM makin hampir! Abaikan segalanya! Ingat ibu, ayah, adik!

Suasana tiba-tiba menjadi sepi. Iman yang sedang membelek jadual kehairanan. Erk? Apasal pulak la dorang senyap? Malaikat lalu ke? Apabila didongakkan kepala, darah turun lelaju macam roller coaster. He’s coming!

Dengan uniform tak tuck in, tali leher tak dipakai, name tag tak digantung, rambut serabai, serius rupa budak selekeh! Kekurangan sivik betullah mamat ni. Kutuk Iman.

Gaya berjalan ala-ala samseng membuatkan semua menekur kepala ke meja. Apalah yang nak ditakutkan sangat dengan si Danish ni. Bukan harimau nak makan. Manusia biasa. Cuma perangai nakal tu aje melampau. Ikut gene sapelah ni. Haih. Iman, banyak pulak patah kata kau hari in eh.

Bau semerbak harum menusuk celah lubang hidung tatkala Danish menarik kerusi. Jantung bagai kompang dipalu. Berdebar gila. Si penyelamat duduk disebelah! Entah mengapa lain benar rasa hati Iman. Macam ada orang dah mula curi tumpuannya. Atau lebih tepat… curi hatinya?

Iman please jangan gedik. Dia tu taiko tau tak?! Suruh kau buat kerja dia sesuka hati macam kau tu orang gaji. And last one is please jangan cepat perasan. Dia takkan pandang orang macam kau pun. Standard dia seperti Suria. Cantik, tinggi. Kau tu dah la katik! Huuu… sadis!

“Datang pulak kau harini.” Sepertinya ‘orang sebelah’ berbual dengan dia membuatkan  Iman menoleh kiri. Keningnya bertaut.

“Ma..maksud awak?”

“Takdelah. Aku tabik spring kat kau sebab mudah atasi apa yang berlaku. Selalunya kalau budak perempuan kena macam tu sebulan dua belum tentu sembuh trauma. Paling koman, tukar sekolah. Atau jalan terakhir, berhenti sekolah.” Panjang lebar ucapan Danish sambil mengikat tali leher. Sikit pun tak angkat muka. Fokus benar kat tali leher hijau tu! Tampak segak pula. Hehe.

Iman terdiam sejenak. Benar apa yang diperkatakan Danish. Pada mulanya memang niat hati nak tukar sekolah tapi memandangkan dia baru sahaja bertukar dari sekolah lama ke sekolah ini yang boleh dikatakan baru lagi, Iman tak sampai hati nak beritahu ayah. Khuatir merunsingkan dan menyusahkan ayah lagi. Jalan yang baik adalah senyap. Hati teguh mengingatkan bahawa dia kena fokus belajar dan lupakan apa yang berlaku.

So… kau dah datang sekolah means kau dah okey. Am I right?”

Pada saat itu Danish mengangkat muka, memandang aku yang kebetulan merenungnya. Mata kami bertaut lama sebelum aku tersedar. Pantas aku pusing kepala mengadap jadual di atas meja. Fuhhh! Panahan berapi. Menusuk kalbu! Satu aje nak beritahu. Mata dia memukau!

“Yyaa… dan?” teragak-agak Iman menyebut. Debaran kian memuncak. Macam Aznil Hj Nawawi nak umum calon juara Akademi Fantasia pulak.

“Dah boleh lupakan semuanya. Right?” Iman angguk. Sikit-sikit boleh la, sambung di hati.

So…” kata-kata Danish terhenti di situ menyebabkan hati Iman gelisah. Pucat lesi wajahnya. Apakah permintaan Danish kali ini? Berkaitan Tonjang ke?

“…aku nak kau sambung semula kerja kau sebagai penyiap kerja rumah aku. Start today!”

Uhuk! Uhuk! Tercekik tulang ikan!!!

*******

ANIQ dan Razif merayau di sekitar bangunan belakang stor sukan iaitu port rasmi menghisap rokok. Kalau dulu belakang makmal adalah tempat terbaik untuk mereka, kini tidak lagi. Kerana mulut budak lembik itu, mereka kehilangan tempat strategik. Serupa pelarian pun iya gak! Kejap ke sana, kejap ke mari. Heh! Tahu takut pulak bebudak ni ghupanya!

“Zif, kau rasa kan… budak tu akan balik sini tak?” teragak-agak Aniq bertanya setelah sekian lama membisu. Syok tahap tak hingat mulut menghisap tobacco.

“Budak?” Ternaik kening Razif.

“Tonjang.” Tekan Aniq. Heh! Kawan lama pun lupa ka? Ops! Bekas kawan. Tapi Aniq rasa bersalah sangat gelar Tonjang begitu. Mereka dah kenal lama. Sama-sama buat kegiatan terkutuk. Tiba-tiba sahaja Tonjang pergi meninggalkan kumpulan. Atau lebih tepat dihalau pergi oleh ketua geng, Danish!

Razif tidak menjawab sebaliknya memandang jauh ke hadapan. Semak samun yang kelihatan dilihat sepi. Rokok dicerut lagi hingga timbul tulang pipi. Aniq tidak lagi bertanya apabila melihat rakannya seakan tak mahu berbicara tentang itu. Sudahnya dia diam saja. Kotak Dunhill dibelek.

“Danish buat bersebab.”

Spontan kepala Aniq mendongak. Mulut ternganga.

“Aku sokong Danish. Dari dulu lagi sepatutnya dia keluar dari kumpulan kita.”

“Woi! Kau dah kenapa, Zif? Sampai hati kau kan? Zif! Tonjang tu sahabat kita tau! Dari kita tingkatan 1 sampai sekarang. Kau ni memang kawan berpaling tadah! Bermuka-muka!” cemuh Aniq kasar.

Razif ketawa jengkel. Aku bermuka-muka? “Kau tak kenal sape Tonjang tu lagi, Niq.”

Aniq kepal tangan. Menunggu masa nak lempar penumbuk sedas pada wajah kacak Razif. Mulut tak sayang langsung!

“Aku atau kau yang tak kenal?!”

“Dia pernah cuba nak rosakkan adik aku.” Belum sempat Aniq menyambung kata-katanya, Razif memintas perlahan.

Terlongo terus Aniq dibuatnya. Gulp! Dia tak salah dengarkah?! Tonjang… adik Zif… takk! Tak percaya!

“Kau jangan menuduh!” Aniq gagap. Razif senyum sinis. Kan dah agak. Aniq takkan percaya. Telah hatinya pedih.

“Terpulang pada apa yang kau nak cakap tapi itu hakikat. Sejak daripada kejadian tu aku selalu berhati-hati dengan dia. Sampaikan adik aku takut nak keluar rumah gara-gara dia. Bila Danish halau dia haritu, aku rasa bahagia sangat. Dendam aku kat dia macam dah dibalas percuma oleh Danish.” Razif tenang di sisi Aniq yang terdiam. Lidah seakan kelu hendak berbicara. Melihatkan wajah teman itu cukup membuatkan dia pasti apa yang diperkatakan benar. Tonjang… sampai hati kau.

“Err… aku… aku…” Niat Aniq ingin memohon maaf atas kekasaran dan tuduhan melulunya pada Razif namun Razif bijak atur langkah.

“Jom blah!” Razif terus bangun. Malas nak layan perasaan. Lagi satu Razif tak mahu dengar apa yang Aniq nak cakapkan padanya. Nanti makin sakit hati.

‘Kalau kau kat tempat aku, adik-adik kau kena macam apa yang adik aku kena, baru kau rasa tanggungjawab kau berat, Niq.’ Bisik hati kecil Razif. Sejahat mana pun dia... senakal mana pun dirinya... dia tetap ingat adik beradik kerana tanggungjawab!



*****

KERTAS kerja di hadapan mata langsung tak menarik perhatian. Resah! Itu yang dia rasa tatkala melihat jam di tangan. Argh! Aku dah lambat ni! Danish tak keruan pabila tiada sebatang rokok pun menjamah bibir menawannya. Badan tak secergas selalu. Takde tenaga. Bateri lemah warna merah berkelip-kelip minta di charge. Ninoninonino…!

Wan Jailani di sebelah melihat saja wajah tak bermaya Danish. Dalam hati berdetik, kenapa dengan mamat ni? Selalu tegak aje badan tu. Gagah perkasa. Ini lembik! Tak makan nasi ka? Nak tegur tak berani pulak. Silap langkah mukanya dijamah penumbuk sulung Danish sekali lagi. Sape nak jawab?!? Sudahnya, dia diam sahaja. Cermin mata nerd dibetul sedikit. Mata terangkat memandang beberapa ahli kumpulan berlainan jantina. Danish begitu pun masih ramai lagi tergedik-gedik suka. Entah pape entah!

Iman pula leka merangka isi hinggakan tak sedar masa terus berjalan. Rakan-rakan lain dah keluar pergi rehat kot! Dia masih tercongok di meja belajar buat kerja. Tadi, Puan Salbiah telah membahagikan kumpulan untuk kerja berpasukan. Bayangkan betapa sesak nafas bila dia segrup sama ‘majikan tak bertauliah’! Eee rasa nak cucuk mata itu. Danish pun apalagi. Makin melebar kot dia punya senyuman mengalahkan bunga matahari! Senang kerjanya kerana ‘assistant’ sentiasa di sisi. Mudah nak suruh buat apa-apa. Cis!

Tetapi Iman tak mudah melatah. Dia tak hirau perihal Danish namun dia pentingkan markah. Kata Puan Salbiah, markah untuk asesmen ini akan dicampur sekali sebagai markah tambahan kepada kertas peperiksaan dan ini akan memberi impak kepada prestasi tahunan. Pada pertengahan bulan pula, para guru bakal mengadakan hari terbuka. Ibu bapa akan dijemput hadir untuk mengambil dan melihat keputusan anak sebelum trial dan peperiksaan sebenar. Berdetak detuk jantung Iman. Sejujurnya… dia tak rela! Dia masih lemah subjek Matematik Tambahan! Apa nak buat ni??? Ohaiyooo… matilah!

Terasa lengan berbahang membuatkan konsentrasi Iman terbantut. Pantas dia mengalih wajah ke kiri. Mata spontan membulat besar. Makkkkk!

Danish merapatkan kedudukan lantas membaringkan kepala di meja iaitu di sisi Iman. Kepala tepat mengena lengan Iman bagaikan bersandar. Walaupun diliitupi pakaian namun tetap rasa tau!

“Eh apani?” terjerit Iman sedikit. Dia pantas menarik tangan menjauhi Danish.

“Hmmm…” gumam Danish. Tak suka kot ada orang ganggu dia tidur. Tapi masalahnya dia dah ganggu aku nak belajar! Hesh!

Tangan kembali menconteng atas kertas kajang. Sekali lagi larian mata pena terhenti tatkala tersedar sesuatu. Iman pantas mendongak. Eh?! Mana pergi semua orang?! Iman menebar pandangan sekeliling. Manaaaaaa????! Korangggg, where are you?! Nak meraung rasa. Mana depa pergi ni? keluh kesah Iman sendirian. Tulah. Leka lagi.

Jam tangan dikerling. Lahhhhhh! Patutlah! Sekarang waktu rehat. Terlupa pulak Iman pesanan Syasya sewaktu perhimpunan pagi tadi. Katanya loceng sekolah rosak! Hmm… memang patutlah tak sedar sebab takde apa-apa bunyi. Iman… Iman… workaholic sungguh! Bakal pensyarah yang busy ni. Hehehe!

Iman mengemas peralatan yang bersepah atas meja. Semak! Langkah pantas diatur menuju pintu kelas. Kepala tiba-tiba terlayang pada Danish. Spontan kaki terhenti. Hanya selangkah sahaja dia akan keluar dari kelas. Kepala diteleng ke belakang. Danish yang sedang tidur itu dipandang.

‘Kenapa hari ni dia lain eh?’ tanya hati. Pagi tadi kira okey la. Boleh bercakap walaupun sarkastik. Tahan aje telinga wei! Tetapi selepas jam 9 pagi dia terus down. Lembik semacam. Macam agar-agar basi! Muka layu gila. Ada masalah ke? Iman bukan kenal ‘temannya’ itu sehari dua. Sudah beberapa minggu kot. Dia mulai faham fiil Danish. Tapi hari ini Iman tak dapat kenalpasti apa yang merubah diri Danish menjadi begitu.

‘Argh! Tak payah fikir la, Man. Baik kau pergi makan. Nanti sakit ayah ibu susah.’ Hati berkata lagi.

Iman terus keluar. Malas nak fikir panjang. Namun sebaik bergerak keluar dari pintu kelas, mata tertancap seorang pemuda. Him! Si dia yang telah meregut hati perempuannya. Siapa lagi kalau bukan Suffiyan! Suffiyan Hazri… Nama seindah tuan. Kaku bak aisberg Iman disitu. Memerhati gaya langkah penolong ketua pengawas membuatkan hatinya bagai dilanda garuda. Bercelaru!

Dan... apa yang luar biasa hari itu apabila Suffiyan datang dan berdiri di hadapan Iman. Ouh! Aku nak pengsan. Iman, please jangan gedik! Wake-up!

“Maaf awak. Tumpang tanya.” Erk! Bunyi pinggan pecah. Pranggg! Dia ingat aku kaunter pertanyaan? Iman, mulut tu jaga! Beruntung tau kau dapat dengar suara dia secara live!

“Err yaa… ta…tanya apa ea?” tergagap terus Iman. Jantung bagai dipalu.

“Awak rakan sekelas Danish kan?”

Erk! Pranggg! Kali ini cawan pula yang pecah. Metaphora terlebih!

“Danish? Err… ya. Kenapa ea?”

Suffiyan senyum. Alahai… kacaknya weiiiii! Kalah artis Korea! Mamat hot depan dia ni sungguh la buat jiwanya kacau. Ibuuuuuu… Iman cair! Huhu.

“Dia ada tak?” Prangggggggggg! Kali ini pinggan dan cawan sekaligus berderai. Leher Iman sepertinya dijerut. Dah apa kena pulak dia tanya aku macam-macam pasal Danish?? Ada skandal ke?? Ke Danish ada buat hal? Tapi tadi Danish…. Err… Iman tak menjawab sebaliknya menunjuk dimana lelaki itu berada.

“Terima kasih,” balas Suffiyan lantas menguntum senyum buat gadis di hadapannya. Dia terus berlalu masuk dalam kelas yang didiami Danish.

Iman yang baru nak pergi beli makanan terasa lain. Hati tak sedap. Kenapa eh dia cari Danish? Tanpa membuang masa dia berpatah balik. Derap kaki diperlahan agar tak diketahui sang pengawas dan Danish. Mata mengintai dari celahan cermin yang pecah disebabkan bebudak kelas. Tsk! Tsk! Tsk! Tak bertamadun punya budak! Sempat Iman mengutuk.

Saat itu Iman terlihat bagaimana Suffiyan, si kacak berdiri di sebelah Danish, membongkokkan badan lalu…………… Allahurabbi! Pantas Iman menekup mulut. Mata dipejam rapat. Ya Allah! Apa yang aku nampak ni??? Suffiyan Hazri dan Danish ber………. Allah! Tak sanggup nak cakap! Cepat sahaja Iman lari. Jantung laju berdegup. Astaghfirullahalazim! Tak sangka, Danish sanggup lakukan perbuatan terkutuk tu! Dan dia… si kacak! Pun sama!


Iman, kau dah tersalah suka orang! Dia orang sebenarnya gay! Tukas hati Iman lagi.



p/s: assalamualaikum... hai semua! lama tak muncul kt sini kan? hehe. maaf ya. miss cuti lama. cuti bersama family... sambil2 tu ada sentuh sikit lappy tp tak kerap coz lama xbersama family hehe. jangan mareeee :) ni ada entry psl danish kesayangan miss. hope sukakanya... and then... miss nk tanya something leh x? sape rajin sini sila angkat tangan dan telinga! kihkih. korg igt tak SUFFIYAN HAZRI tu sebenarnya KETUA PENGAWAS ATAU PEN.KETUA PENGAWAS? Miss lupa la! :( And lagi satu Iman, Danish ni sebenarnya tingkatan berapa ek? Miss confuse! Da byk sgt file dlm lappy ni. Klu korg rajin boleh tlg carikan tak? Nnt miss boleh edit balik. Tqqqqqqq :)))

11 comments:

  1. bkn suffiyan ketua pengawas ke??

    ReplyDelete

  2. "Tak penat ke senyum-senyum... sengih-sengih seorang diri ni?" perli Suffiyan. Buku laporan pengawas bertugas disemak sebelum menurunkan tandatangan. Suffiyan selaku Penolong Ketua Pengawas telah diberikan tugas untuk memantau pergerakan setiap pengawas ketika ketiadaan ketua pengawas. Bukan itu saja, dia juga perlu menyemak setiap rekod disiplin pelajar sekolah ini dan jikalau perlu, markah demerit mereka akan dipotong bagi setiap kesalahan yang dilakukan dan dimasukkan sekali ke dalam komputer. Namun kadang kala Suffiyan berada dalam dilema apabila terpaksa memilih sama ada rakan mahupun tugas. Walau bagaimanapun dia mesti patuh dengan arahan dan menjalankan tugas dengan adil dan tegas. Dia tidak boleh campuraduk hal peribadi dan kerja.

    ReplyDelete
  3. "Kalau kamu nak kembali 'isteri' kesayangan kamu ni balik, kamu kena berubah sikap. Kali ini papa takkan tertipu dengan setiap perbuatan kamu. Mata-mata papa sentiasa memerhatikan kamu. Papa nak kamu berubah sikap. Kamu kena ingat, kamu sudah dewasa. Kamu sudah 17 tahun. Bukan budak usia 7 tahun! Ada akal fikiran yang waras! Jadi, gunakanlah dengan sebaik mungkin. Ingat! Kalau nak, ubah sikap. Jikalau kamu tak ubah juga dan masih lagi tetap dengan perangai nakal dan jahat kamu itu, papa ada satu rancangan yang paling bagus untuk Nish..." Tan Sri Othman menayang gugusan kunci itu kepada Danish yang sudah tercengang dengan mata terbeliak. Senyuman sinisnya dipamerkan untuk membakar jiwa anaknya. Dia tahu Danish pantang dicabar. Dengan ini dia senang hati mengambil peluang yang ditunggu-tunggu

    ReplyDelete
  4. miss.. bile nak update en3 baru. da rindu dgn danish neh :(

    ReplyDelete
  5. X sambungan bab 10 ??lama tnggu nie

    ReplyDelete
  6. X sambungan bab 10 ??lama tnggu nie

    ReplyDelete
  7. Miss, nak sambungan bab 10 pleaseeeeee T.T huaaaaa

    ReplyDelete
  8. Dah sebulan...bila nak sambung bab 10 ^_^

    ReplyDelete
  9. Dah 5 bln tunggu sambungannya ....sambunglah miss rindu nakal danish

    ReplyDelete
  10. Dah 5 bln tunggu sambungannya ....sambunglah miss rindu nakal danish

    ReplyDelete