Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Wednesday 19 November 2014

Prince Charming + Budak Nakal + Suami ? Bab 8

"Danish!" Tonjang terkejut.

Danish berjalan lalu mencekak leher Tonjang. Tubuh Tonjang ditolak sehingga ke papan kenyataan di belakang.

"Kau buat apa?! Nak rogol?! Hah?!" tempik Danish kasar. Dia tak peduli tentang siapa manusia di hadapannya. Perbuatan yang sangat memalukan dan menjatuhkan maruah lelaki. Lagi-lagi itu adalah sahabatnya.

Tonjang terkulat-kulat menahan sakit bila lehernya dicengkam kuat oleh Danish.

"Tak... tak... aku tak buat apa-apa pun." bohongnya. Makin kuat cengkaman Danish. Dia seakan tidak boleh bernafas. Tercungap-cungap.

"Kali ni aku memang betul-betul tak boleh terima dan tak boleh maafkan kau. Kau dah lebih! Kau memang nak kena Tonjang!!" jerit Danish sekuat hati.

Tonjang menelan liur. Apakah maksudnya?

***

IMAN termenung seorang diri di kamar. Sudah dua hari dia tidak hadir ke sekolah kerana masih lagi trauma dengan peristiwa yang lalu. Sungguh dia takut untuk memunculkan diri ke sekolah itu semula. Takut nak jumpa dengan lelaki jahanam tu! Selama dua hari ini dia hanya menyorok di dalam bilik. Semua panggilan tidak berjawab. Membisu adalah lagi baik.

"Iman, mari makan ubat sayang..." kemunculan Puan Salwa mengejutkan Iman. Dia berpaling menghadap ibunya yang sedang membawa dulang berisi makanan. Bila masa ibu masuk? Desis hatinya.

Puan Salwa duduk disebelah anaknya. Tangan kanan ditekap ke dahi.

"Dah kurang sikit demam ni. Kalau dah baik, esok boleh pergi sekolah." ujar Puan Salwa sambil tersenyum.

Iman diam. Pergi sekolah?? Ibu, Iman tak nak pergi! Iman takut!

"Iman....masih takut lagi?" soal Puan Salwa teragak-agak namun dia memaksa diri bertanya. Anaknya tidak seperti dulu setelah peristiwa itu berlaku. Dia menyembunyikan diri dalam bilik. Tidak mahu bercakap, makan, sedangkan Puan Salwa sentiasa menyediakan makanan kegemarannya, cuba untuk mengambil hati Iman kembali.

"Iman... jangan diam begini. Ibu susah hati tengok Iman macam ni." keluh Puan Salwa. Nafas panjang dihela. "Iman, jangan diingat perkara yang lepas. Ibu tahu Iman trauma. Tapi kalau Iman terus begini dengan tak makan, tak mahu berbual, tak mahu membuka minda, ibu susah hati tau. Ayah lagilah susah hati. Iman jangan risau. Ayah dah settlekan semuanya berkenaan Iman. Iman dah boleh sekolah seperti biasa." Nada Puan Salwa kembali ceria. Namun balasannya amat sedih. Anaknya tidak menjawab walau sepatah pun.

"Iman, ibu nak tanya. Iman seronok tak belajar kat sekolah baru?" Puan Salwa menyikat rambut anaknya dengan lemah lembut. Rambut Iman yang panjang dan lurus memudahkan Puan Salwa menyisir rambutnya. Dia gemar melakukan sedemikian dengan anak-anaknya. Baginya waktu itu adalah waktu untuk dia mencurah kasih sayang terhadap zuriat sendiri. Puan Salwa tiba-tiba teringat bagaimana anak kecilnya, Nadia menjerit memanggil namanya sebelum diketahui perkara sebenar.

"Ibu! Ibu! Dahi kakak panas!"

Puan Salwa bangkit dari meja makan. Nasi di pinggan dibiarkan saja. Anak lagi penting dari makan. Encik Muhammad turut bangun. Mereka bersama-sama menuju ke kamar yang menempatkan anak sulung itu.

"Iman, bangun sayang..." Puan Salwa cuba mengejutkan Iman.

Iman hanya diam di sebalik selimut tebal itu. Tampak badan anaknya menggigil membuatkan Puan Salwa menarik selimut anaknya itu. Alangkah terkejutnya dia bila terlihat anaknya sedang menggigil. Merekot di dalam selimut yang tebal. Berpeluh-peluh dahi dan badannya. Puan Salwa meletakkan tangan di dahi Iman.

"Allah... panasnya sayang! Abang, Iman demam ni." kalut sang ibu. Dia menyuruh Iman bangun perlahan-lahan. Iman hanya menurut. Badannya cukup lemah. Terbatuk-batuk Iman. Encik Muhammad lantas mencempung anaknya ke bilik air. Puan Salwa mengesat air mata. Sungguh hatinya tiba-tiba terusik dengan keadaan Iman.

Iman dibawa ke katil semula selepas mandi.

"Wa, kalau panas sangat badan tu, kita bawa dia pergi klinik. Nanti melarat pula." kata Encik Muhammad sambil mengelus rambut Iman. Runsing kepalanya memikirkan Iman. Puan Salwa mengangguk saja. Dia cukup setuju dengan keputusan suaminya.

"Ibu! Ibu!" jeritan Nadia di muka pintu menghentikan lamunan Puan Salwa. Iman merenung adiknya sekilas sebelum merenung luar jendela.

"Ada kawan kakak datang."

Iman mengerutkan dahi namun dia masih lagi diam. Puan Salwa berhenti menyikat rambut. Dia kemudian bangun menuju ke pintu.

"Suruh dia masuk." ajak Puan Salwa sambil menggosok pula kepala Nadia. Nadia terus berlari menuruni tangga untuk menjemput sahabat kakaknya naik. Lagipun dia tak mahu ketinggalan pisang goreng.

"Iman, jangan lupa makan tau." pesan ibu.

Iman mengangguk lemah dan ditinggal keseorangan di kamar. Dia termenung sendirian. Sememangnya gadis ini berada dalam keadaan trauma. Hatinya cukup perit mengingatkan kejadian itu. Peristiwa hitam! Sungguh dia tidak menyangka Tonjang sanggup buat dia macam tu. Inilah pengalaman paling buruk pernah berlaku padanya saat ini. Baru saja dia masuk ke sekolah baharu, dia diuji dugaan berat sebegini. Iman menjadi takut untuk ke sekolah semula. Bayangan hitam menghantui. Mujurlah ketika peristiwa itu Danish sempat masuk kelas dan menyaksikan segalanya. Jikalau tidak, pasti mahkota sucinya diragut kejam oleh lelaki jahanam tu.

Air mata Iman mengalir lagi.

Tok! Tok!

Ketukan di pintu membantutkan khayalan Iman. Figura Syasya berdiri di muka pintu dengan wajah tersenyum. Iman membenarkan dia masuk. Sebelum itu sempat dia mengesat air mata yang mengalir. Syasya menutup pintu bilik. Dia mendekati Iman yang kusam wajah.

"Kau apa khabar hari ini? Kawan-kawan semua tanya kau. Tanya khabar kau."

Iman tersenyum cuma. Untungnya nasib kerana disayangi dan diingati oleh teman sekolah biarpun dia pelajar baru. Ikatan yang terjalin selama dua minggu bersekolah membuatkan hubungan mereka semakin akrab dari hari ke hari.

"Yeke? Aku demam aje. Tak payah risau la." ujar Iman sengau.

Syasya menekapkan tangan ke dahi. "Uiks... panasnya makcik! Aku agak kalau letak telur, dah masak kut." selorohnya.

Iman ketawa mengekek-kekek. Hai.. dengan makcik becok ni, hilang terus demam aku.

"Apalah kau ni... Suka-suka aje nak masak telur kat dahi aku. Ada kuali gunalah!" Barulah suara cerianya kembali bergema di dalam bilik ini.

"Alah... kita gunakan mana yang dekat ajelah..." balas Syasya selamba. Mereka berdua sama-sama ketawa. Bila kawan mampir, segala masalah bagaikan hilang. Gelak ketawa melenyapkan segala duka.


"Sepanjang aku kat sekolah, ada apa-apa berlaku tak? Ada orang bagi surat cinta untuk aku tak?" Iman membuat lawak. Pergilah sedih... pergilah air mata.... hilangkanlah segala duka sengketa. Aku mahu gembira dan ceria seperti dulu. Lenyapkanlah segala yang buruk dan kenangan pahit dalam fikiran ini. Pinta hati.

Syasya mencebik.

"Eii... perasannya budak ni! Tak ada maknanya bagi surat cinta kat kau! Diorang bagi kat aku aje..."

Kini giliran Iman pula meluat. Nak juga!

"Eleh.. cakap aku konon. Kau pun sama aje. Perasantan ya amat! Baik aku pergi perah santan lagi bagus."

Tertawa lagi mereka berdua. Tanpa disedari, Puan Salwa dan Encik Muhammad mendengar semuanya. Syukur di dalam hati apabila anaknya mula berbicara. Malah senda gurau juga didengar mereka. Syukur padamu ya Allah... Sesungguhnya rancangan Encik Muhammad mengajak Syasya datang ke rumah membawa impak yang positif kepada anak mereka. Mereka sudah bersepakat menyuruh Syasya memainkan peranan. Alhamdulillah.. hasilnya berjaya. Anaknya sudah kembali seperti dulu.

"Awak masuk la. Abang nak berasap kat luar." bisik Encik Muhammad.

"Iyalah.. abang tu jangan nak berasap sangat. Ingat, abang tu dah tua." perli Puan Salwa.

Wajah Encik Muhammad bertukar masam. Tua dia kata? Tengok badanlah! Masih slim lagi tau! Muscle pun ada! Perut tak buncit pun. Masih lagi handsome seperti muda-muda dulu.

"Pandai kata abang tua. Awak tu lebih kurang aje. Tengok, abang ada muscle tau! Awak ada?" balas Encik Muhammad tidak mengalah. Otot lengan di tunjukkan kepada sang isteri.

Puan Salwa mencebik. Getik suaminya. Encik Muhammad berlalu pergi. Puan Salwa mengetuk pintu sebelum masuk ke dalam bilik tidur anaknya bersama dulang di tangan. Pandangan dua gadis itu dibalas dengan senyuman.

"Maaflah ibu mengganggu. Nak letak kat bawah, tapi Iman belum sembuh lagi. Jadi ibu letak di sini boleh ya? Boleh Syasya?"

"Eh takpe makcik. Tak payah susah-susah. Saya dah minum sebelum datang tadi." geleng Syasya.

Puan Salwa tersenyum manis melihat Syasya.

"Tak apa. Bukan susah pun. Makcik buat air sirap aje. Ni ada biskut Chipsmore. Biskut beli aje. Makanlah. Makcik keluar dulu. Iman, ajak kawan makan." pesan Puan Salwa sebelum keluar.

Iman mengangguk lagi.

"Untung kau ada ibu macam tu." ujar Syasya selepas ibu sahabat baiknya keluar.

Iman pelik. "Apa yang untung?" soalnya tak faham.

Syasya mengeluh perlahan. "Tak apalah. Eh, kita sambung cerita tadilah..." ujarnya.

"Lepas kes kau hampir-hampir kena dengan si Tonjang tu, tiba-tiba je ada kereta polis masuk kawasan perkarangan sekolah. Aku yang baru keluar dari perpustakaan terkejutlah. Apa kes pulak ni? Ada rompakan ke? Lepas tu aku nampak Tonjang di bawa gari seorang polis dan di bawa masuk dalam kereta peronda polis. Lagilah aku terperanjat. Masa tu semua budak dah balik. Cuma beberapa orang aje yang tinggal. Apalagi... berkerumunlah diorang. Nak tahu apa cerita. Dan time tu juga aku ternampak Danish sempat menumbuk Tonjang sebelum ditenangkan oleh pengetua dan beberapa guru."

Iman terkejut. Danish tumbuk Tonjang? Kawan baik dia sendiri?

"Lepas tu? Apa jadi?"

Syasya menarik nafas. "Lepas tu kereta peronda polis tu pun pergi. Danish, pengetua, guru disiplin dan beberapa orang lagi ikut pergi ke balai. Tonjang disoal siasat dan Danish sebagai saksi kejadian. Sekarang Tonjang direman. Dan aku tak tahu apa cerita sekarang. The end!" Syasya mendepakan tangan tanda sudah habis dia bercerita. Gelas air sirap diambil lalu diteguk perlahan. Hmmm.... sejuk sikit. Dari tadi asyik menjerit minta dibasahi air. Sedap juga air yang ibu Iman buat.

Iman termenung. Kata-kata Syasya kembali terngiang di telinga dan gambaran saat-saat dia hampir dirogol Tonjang. Iman berharap Tonjang dapat hukuman yang setimpal dengan apa yang dia lakukan.

"Aku rasakan Tonjang bakal dibuang sekolah. Eh tak... confirm dibuang sekolah. Then masuk sekolah juvana." sela Syasya setelah satu gelas air dihabiskan. Dia mencapai jag air lalu dituang ke dalam gelasnya.

"Aku harap dia dapat balasan yang setimpal dengan apa yang dia dah buat pada aku." pohon Iman. Syasya memegang jemari Iman. Mata kuyu sahabat itu dipandang lama. Kasihan kau Iman. Dia mahu memberitahu suatu perkara namun takut tidak dapat diterima Iman. Dia khuatir Iman tidak sanggup untuk menghadapinya.

"Sya, kenapa ni?" petikan jari Iman membuat Syasya kembali di dunia nyata.

"Berangan je tau! Penat aku bebel seorang diri." cebik Iman.

Syasya tersenyum tawar. "Tak ada apa-apalah."

"Jom makan. Aku lapar pulak. Bual dengan kau bangkitkan selera aku." Iman mula mengambil pinggan berisi nasi goreng. Favouritenya! Ibu sangat memahami. Dan satu kepelikan berlaku. Sejak hari itu, Iman langsung tak mahu jamah apa yang dimasak Puan Salwa. Tetapi hari ini berbeza. Kedatangan Syasya membuka nafsu makannya.

Syasya juga berbuat demikian. "Aku tahu yang aku pembangkit selera orang ramai. See the cute face la." Syasya mula riak, mengusik.

Iman menjuih bibir. Perasan lebih pulak! "Syasya, please jangan riak. Nanti aku termuntah. Lepas tu kalau aku tak pergi sekolah lagi, kau jangan tanya kenapa." bentak Iman.

Syasya ketawa mengekek-kekek. Sentap pulak teman dia sorang ni! Suasana senyap sepi kembali. Masing-masing berselera menghadap makanan made from Makcik Salwa the vogue! Ha ha ha!

"Sya...." panggilan meleret Iman membantutkan selera Syasya yang kemuncak. Dia angkat kening. Menunggu soalan dari Iman.

"Dia dah dibuang dari geng Danish?" soal Iman ragu-ragu. Hatinya berbelah bahagi. Iya ke? Hatinya tiba-tiba rasa tak sedap.

"Hundred percent yes! Dia dah dibuang dari geng Danish tu! Memang semua orang kecoh kau tau? Selama dua hari lepas memang panas la pasal geng diorang tu. Tapi kau jangan risau sebab semua orang tak tahu pasal 'budak perempuan' yang hampir-hampir kena tu. Yang tahu hanyalah pengetua, cikgu disiplin, aku, Danish dan keluarga Tonjang. Thats all! Kan masa tu kau dah dibawa ke bilik rawatan. Ada doktor tolong rawat kau dan masa tu family kau pun ada. Lepas tu family kau pun bawa kau balik." bersungguh-sungguh Syasya menyatakan. Sambil itu suapan nasi goreng diteruskan. Sambil bercakap, sambil mencekik! Rugi membiarkan nasi goreng yang delicious ini begitu saja. Sesekali dia meneguk air sirap.

Iman terdiam. Kerana peristiwa itu, Danish memutuskan persahabatan yang terjalin selama 3 tahun bersama Tonjang gara-gara peristiwa itu. Adakah kerana kedatangannya ke sekolah itu yang membuatkan Tonjang bertindak sedemikian? Tapi bukankah mereka bersahabat baik? Kenapa Danish mahu membuang Tonjang dari kumpulannya? Semuanya sudah ditentukan Allah, fikirnya.

'Buat apa kau nak fikir soal tu, Iman? Kau seharusnya gembira sebab dia dah tak ada. He's gone! Kau tak perlu tengok muka orang yang hampir-hampir rogol kau.' bisik hatinya.

'Betul tu, Iman. Sekarang kau dah bebas. Dia dah tak ada.' kata hatinya yang satu lagi.

"Iman!" petikan jari Syasya membantutkan lamunannya. Terpinga-pinga dia melihat Syasya.

"Berangan aje tau!" usiknya.

Iman tersengih malu. Kantoi! Nasi goreng dikuis sudu. Mata memandang pinggan tapi fikiran melayang entah ke mana. Memikir hari esok. Apakah yang bakal berlaku? Akan terbongkarkah rahsia dan waktu itu nama Nurul Iman Syuhada meletopssssatu sekolah. Masuk newspaper dan kaca televisyen?

"Iman..." tegur Syasa bila melihat Iman seakan berkhayal. Sudu ditangan kanan dipusing perlahan mengikut putaran jam.

"Hey, Iman!" tegur lagi. Tak jalan!

"Iman oii!" Syasya petik jari. Pun tak jalan juga. Apa kena minah ni? Teruk sangat khayalnya. Ini memang tak boleh jadi!

"Imannnnn!!!!"

Iman tersentak. Bingit telinganya mendengar jeritan nyaring sang teman. Aduh... boleh cair taik telinga aku!

"Penat aku cakap sorang-sorang, kau tak habis-habis dengan termenung?! Eiii..." rajuknya sambil berpeluk tubuh.

Iman tergelak.

"Alololo sorry sayang... tak sengaja..." pujuknya namun tidak berjaya kerana Syasya memusingkan badan. Haii... macam budak kecil! Adik aku pun tak macam tu!

"Darling merajuk ya? Meh sini ayang pujuk meh... kita beli aiskrim nak?" Pipi Syasya dicubit geram. Eii.. macam doh donut! Lembut-lembut, gebu-gebu! Geram!

Syasya berang. Eii.. habis merah pipi! Lantas tubuh Iman dipukul dengan bantal. Iman membalas serangan itu dengan mencubit-cubit pipi donutnya! Terjerit-jerit suara mereka berdua sehingga kedengaran sampai bawah.

Puan Salwa yang sedang menggoreng pisang menggeleng sambil tersenyum. Nadia yang sedang makan biskut Chipsmore tercengang.

"Ibu, bunyi apa tu?" soal Nadia lurus.

"Itu bunyi kambing nak makan chicken chop. Dah tak payah tau, Nadia. Makan biskut tu." ujar Puan Salwa sebelum berlalu ke dapur meninggalkan Nadia yang terkebil-kebil.

'Kambing makan chicken chop?'

***



p/s: assalamualaikum. lama dah tak up entry. ekeke... ini miss up entry pcbns setelah sekian lama terperam. kalau ada typo harap diampun. sorry lama menunggu utk e-novel ini. hope enjoy. yg baik dijadikan pengajaran, yg buruk jgn diikut ya. =)

8 comments:

  1. Lama gak nak tunggu sambungn viter Ni.. Apa2 pon keep it up Miss

    ReplyDelete
  2. Wua... best2
    -Fina-

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. miss.. smbg la lgii... nk bace!! pleaseeee...

    ReplyDelete
  5. Miss! Sambung!! Novel terbaik! *thumbs up*

    ReplyDelete
  6. misss.....sambung laaa cepat...best cita ni ...

    ReplyDelete
  7. Akak bile nq smbung

    ReplyDelete