PANJAT SYUKUR dihati semua orang tatkala melihat
perubahan positif. Doktor Raihan mengesahkan Humairah telah sedar walaupun
belum sepenuhnya kerana masih ada ubat bius di dalam badan. Perubahan yang tak
dijangka! Doktor sendiri terkejut. Kadang kala sahaja kes sebegini terjadi.
Berkat keberkatan Tuhan Yang Maha Esa menyembuhkan segalanya.
Waktu melawat. Semua wish aku yang terbaring lemah. Dalam posisi separuh duduk
(Fowler’s), aku dapat melihat seluruh ahli keluarga dan rakan-rakan. Senyuman
yang sangat-sangat lemah aku pamerkan pada mereka.
“Alhamdulillah. Aku berdoa siang dan malam supaya
kau sembuh, Mai. Syukur sangat-sangat!” kata D sebak. Kawan aku dah bangkit!
Aku hanya senyum. Terima kasih, D! Bukan sahaja
D, malah semua rakan yang mengenali dan menziarahiku memberi ucapan sebegitu
membuatkan hati sebak dan terharu namun apakan daya, aku tidak mampu untuk
membalas kerana kesakitan masih terasa di kerongkong. Suara tak terkeluar.
“Lepas ni mama tak risau dah. Anak mama dah
kembali sihat.” Mama mengucup pipi kiriku.
“Mama pun sama. Mama rindukan Maira. Kami semua
rindukan sayang.” Mama Nani mengucup pipi kananku pula. Kini aku diapit
kedua-dua ‘mama’!
“Te…. Terr.. terim…. Kaa… kassihhh….”
Tersekat-sekat suara menutur. Nafas kutarik berulang kali bila nak bersuara
namun ditegah Papa Umar.
“Jangan dipaksa dia bercakap. Dia masih lemah
lagi.”
Farhan berpeluk tubuh di depan meja kardiak
bersama Izuan dan geng-geng aspura lain. Mereka dah berpakat. Sekiranya Mai
sedar atau ada apa-apa berita tak kira baik mahupun buruk, mesej akan
disampaikan dan mereka akan berkumpul. Sahabat sejati takkan terpisah!
“Agaknya Mai sedar sebab orang tu balik kut,”
Iman mula menggiat nakal.
Masing-masing senyum nakal. Geng-geng aspura dah
faham. Faham sangat! Mama-mama, papa, abah dan adik-adik lain semua
tersenyum-senyum.
Memerah pipi aku dibuatnya. Nak saja cubit bibir
mungil minah Kedah tu! Time aku macam
nilah dia nak usik! Isk! Geram!
“Takk… takkk… de…. Im… annn…” terbatuk-batuk aku
dibuatnya membuatkan mama bingkas menyuakan air. Mama Nani mengusap dadaku
perlahan. Indahnya ada dua mama!
“Mai… sorryyyyyy…”
pohon Iman bersalah bila Humairah seakan tak terdaya. Ya Allah, janganlah jadi
apa-apa.
“Ayork!
Iman! Kau buat. Haaaa!” Sakat Putera pula. Siap dengan jari telunjuk bergoyang
tu/ Khairul dan Hakim geleng kepala. Habislah…. Ekeke!
Iman dah gigit bibir. Rasa bersalah sangat.
Aku geleng kepala sambil cuba kuntum senyum.
Memberi makna takde apa-apa. Aku okey aje.
“Sudah la tu. Biarkan dia berehat. Esok-esok
jenguk lagi. Banyak masa untuk dibualkan.” Aizat memahami kondisi. Pesakit
memerlukan rehat secukupnya. Takkan nak ganggu pulak kan. Lagipun kasihan Mai
nak menjawab segala persoalan padahal baru sedar beberapa jam tadi.
Selepas bersalam dan berpeluk cium, mereka
meninggalkan aku. Tak sampai lima minit, Farhan masuk semula. Mama Nani dan
mama berdakap erat untuk pulang.
“Angah nak jaga Mai ke malam ni?” Soalan mama lah
yang paling ditunggu-tunggu! Hehe. Farhan mengiakan.
“Boleh ke aunty?” tanya Farhan pada Aunty Husna.
Minta izin dulu.
“Boleh aje tapi jangan lebih-lebih ya! Tunggu
nikah nanti.” tegas mama dalam nada lembut. Mama Nani ketawa kecil. Farhan
tunduk malu. Kadang-kadang tak dapat dikawal. Eheks! Boleh ke gitu?
Selepas dua wanita berpamitan, Farhan ambil
tempat di kerusi bersebelahan katil. Mata menyorot gadis itu. Lama. Bagai
melepas rindu. Begitu jua aku. Menatap wajah lelaki yang mendapat tempat di
hati. Aku hanya tersenyum pahit. Tanpa sedar, air mata berlinang. Farhan kesat
perlahan.
“Sakit lagi?”
Aku geleng.
“Nak air?” Pun sama. Geleng juga.
“Habis tu kenapa menangis?” lembut Farhan
menyoal.
Aku yang pada mula tahan air mata terus lebat dan
kedengaran esakan kecil membuatkan Farhan bingkas berdiri.
“Mai… okey tak ni? Aku panggil doktor?” Kalut
Farhan.
Aku geleng kepala lagi. Tak. Bukan tu.
Farhan mula tak sedap hati. Dah kenapa sayang aku
ni nangis bagai nak rak? “Sakit sangat?”
“Takkk…”
“Jaa…jangan…ti…gal….aa…aku…” sepatah-sepatah
Farhan cuba dengar ekoran suara Maira yang tersangkut-sangkut itu. Volume juga paling rendah tahap satu
hinggakan Farhan terpaksa mendekatkan telinga ke bibir Maira. Lama sikit baru
dapat tangkap. Oh!
“Jangan tinggalkan kau?” Farhan mengulang balik
ayat. Aku angguk kepala. Lega bila dia faham bahasa yang cuba aku gunakan.
Phew!
Farhan senyum menawan. “Aku takkan tinggalkan kau
lagi, sayang.” Sayang? Ngee…
MIMPI NGERI! Sebaik tersedar, cepat-cepat aku
cari dia. Tiada! Mana pulak perginya?? Farhan! Hendak panggil suara tiada. Rasa
nak lari saja dari wad. Badan menggigil. Peluh merenik di dahi dan tapak
tangan. Mata menala ke arah pintu. Bila-bila masa saja boleh terbuka. Dan yang
paling ditakuti ialah si pembuka pintu tersebut. Harapnya janganlah dia! Tolong
jangan dia!Tolong,…..
Krekkk… Pintu dibuka. Aku rasa nak menjerit. Jantung
laju berdegup. Tidakkkk!
“Mai?” suara yang sangat-sangat aku kenali.
Farhan!
Berguguran airmata kuseka dengan tangan bercucuk
IV Drip. Farhan yang sepertinya baru pulang dari hospimart terus menerpa.
“Kenapa ni?” Risau dia. Asal datang aje nangis.
Sakit sangat ke? Tinggalkan sekejap je pun. Alahai.. alamatnya memang tak boleh
kena tinggal terus la.
“Pe…pergi…. Ma… na?” soalku setelah reda.
“Dari hospimart beli air.” Farhan unjuk beg
plastik berisi air kotak. Oh. Ingat ke mana.
“Ja…jangan… tinggal… aku… sorang…” pintaku. Aku
perlukan teman. Aku tak mahu bersendirian. Bayang-bayang Aki kelihatan di
mana-mana membuatkan diri diselubungi ketakutan. Mahu mengadu payah benar
hendak menutur.
Farhan tak jadi hendak letak barang. Mata menikam
anak mataku yang sembap. Fikirannya menangkap sesuatu. Kesan peluh di wajah kekasih
hati membuatkan Farhan kelu lidah. Bermimpikah? “Kau… masih takut… dengan Aki?”
duga Farhan.
Ya! Nak saja aku jerit.
“Jangan risau, Mai. Selagi aku ada dekat sini,
Aki takkan berani datang sini.” Itu janji Farhan namun aku masih tak mampu nak
percaya. Firasat hati kuat mengatakan dia akan datang ke sini. Aki licik! Dia
pasti tahu di mana aku berada.
“Aku takut,” jujurku tanpa rasa malu lagi.
“Aku ada dekat sini. Apa-apa terjadi, aku akan protect kau. Dia kena langkah mayat aku
dulu untuk dapatkan kau. Tak payah risau sangat pasal tu. Yang penting sekarang
kau kena sihat. Cepat keluar dari wad, boleh duduk kat rumah. InsyaAllah dia
takkan kacau.” Nasihat Farhan.
Aku hanya mengangguk lemah. Aku cuba……
“Lagi satu, lepas kau dah sembuh…. Aku ingat nak
langsung majlis nikah kita.” Aku cepat kalih pandang si dia yang sedang
mencucuk straw ke minuman berkotak. Apakah???
“Aku dah tak sanggup nak lama-lama lagi. Penat
dah. Aku kat sana. Kau kat sini. Selagi kita tak ada sebarang ikatan, Aki akan
ganggu kau mungkin sampai bila-bila. Aku tak mahu! Aku tak mahu tengok kau
sakit lagi… aku tak nak tengok kau lemah macam ni… aku nak Mai yang dulu.” Apa
yang terbuku di hati begitu jelas di pendengaran aku bikin hati tersentak dan
dada berdebar.
“Kau sudi tak jadi penyambung tulang rusuk kiri
aku?”
Pertanyaan maut! Aiseh dia ni pun. Tak nampak ke
aku dalam keadaan yang macam mana? Ingat romantik? Nasib ada feel sikit.
“Tak sudi.” Kataku laju.
Tampak perubahan ketara pada airmuka pemuda itu
membuatkan hati tercuit suka. Sesekali kenakan dia apa salahnya kan?
Asyik-asyik dia je yang kenakan kita. Tak aci!
“Mai…” rengek Farhan manja membuatkan aku
tergelak sedikit. Alahai… anak sapolah ni oit. Manja mengalahkan kanak-kanak.
SELEPAS solat, langkah diatur kembali ke bilik
tersebut. Namun baru nak pulas tombol pintu, mata tertancap sesuatu.
“Nazatul?”
“Amirul,” seru Nazatul.
Farhan tak jadi hendak masuk ke dalam wad
sebaliknya merenung tajam gadis yang sedang menapak ke arahnya.
“Buat apa dekat sini?” Nazatul cuba menceriakan
suasana.
“Kau tu buat apa dekat sini?” tegang aje nada
suara.
“Naza baru dapat tahu dari someone yang Humairah
masuk hospital sini. Tu yang Naza nak ziarah.”
“Buat apa kau nak jumpa dia? Nak ungkit balik
kisah lama? Nak mengadu, nak menyesal? Reka cerita lagi? Gitu?” Sinis Farhan.
Terkedu Nazatul. Setepek kena muka!
“Tak. Bukan macam tu. Naza sebenarnya…”
Farhan cepat memotong. “Aku malas nak dengar kau
bebel. Aku tak nak kau jumpa dia. Lagi! Tak kisah dari mana kau dapat news tapi
aku tak izinkan kau jumpa dia! And please
jangan nak tunjuk kau tu suci sangat takde dosa, insan teraniaya segala. Aku
dah muak dengan lakonan kau!” cemuh Farhan lagi.
Titisan air mata yang mengalir di pipi mulus itu
langsung tak menyejukkan hati Farhan. Kosong! Takde makna dah. Kalau Mai tu lainlah
cerita. Ini perempuan yang takde kena mengena dengan hidup dia lagi. Buang
masa!
“Sampai hati Mirul buat Naza macam ni…”
“Aku dah tak peduli la sampai ke tak sampai! Masa
kau buat aku dulu,kau tak terfikir pulak! Jangan ingat aku tak tahu yang kau
sebenarnya ada affair dengan budak
MRSM tu. Konon kata walid tentang la bangkang la padahal nak tutup malu
sendiri! Sampaikan tunang aku pun kau hebah cerita rekaan kau tu. Apa niat kau
sebenarnya hah?!” geram Farhan.
“Naza takde niat apa pun. Cuma…”
“Cuma apa?! Nak pisahkan kami? Kau dendam sebab
tak dapat aku? Macam tu?” Nazatul terdiam. Pecah tembelang…. Dia lupa bekas
kekasihnya itu bijak menilai. Perisik terhebat!
“Satu je aku nak cakap. Tak guna kau tutup dari
atas sampai bawah tapi mulut kau macam longkang. Hati busuk. Dengki dengan
kebahagiaan orang lain. Tolonglah jangan ganggu kami lagi. Kalau aku dapat tahu
kau cuba ganggu Mai lagi, siap kau. Sampai lubang cacing aku cari.” amaran keras diberi Farhan tanda dia tak
main-main. Perempuan licik!
Belum sempat Nazatul nak membalas, Farhan
terlebih dahulu masuk ke bilik yang menempatkan Humairah. Nazatul tersandar di
dinding. Apa nak buat. Nasibnya begini. Ditolak sana… di buang sini… menangis
laa tak berlagu!
“Apa yang bising-bising kat luar tu?” Ada show ke? Riuh semacam je. Wah! Wah! Ada konsert tak ajak? Isk! Kau kan sakit, Mai. Sedar diri tu sikit.
“Takde pape.” Balas Farhan pendek. Dia melabuh
punggung ke sofa. Penat! Nafas dihela. Macam-macam kerenah. Ada lagi rupanya perempuan tu. Ingat dah lari ke India.
“Farhan,”
“Hmm?”
“Bila aku boleh balik?”
Mata Farhan celik. Soalan yang sama setiap hari. “Tunggu la lagi seminggu dua. Ikut
keputusan doktor. Buat apa nak balik awal? Rehat lama-lama. Bila dah ada kat rumah lagi busy nanti.”
Eh eh dia ni! Suka hati aku la nak balik. “Apesal
pulak makin sibuk?”
“Sebab kau kena prepare untuk majlis nikah kita
pulak.” Selamba aje dia berkata.
Erk?! Tercekik! Gila awal! Cepat tu.
“Tak mahu la awal.” Bangkangku.
“Habis tu nak bila? Aku dah peruntukan dalam
tempoh tiga bulan dari sekarang. Sebulan lepas kau sembuh. Nak kursus semua tu.
Tak payah wedding of the year. Buat biasa
je. Nikah kat rumah.”
Kuciwa! Meraung hati. Sampainya hati dia buat semua
sendiri tanpa mendengar luahan hati dan kehendak dari belah perempuan. Adil ke
begini? Mana keputusan aku? Pilihan aku? Isk! Tembak kang kepala hilang terus!
Farhan celik mata semula bila melihat tunangnya
tidak menjawab sebarang kata-katanya tadi. Aik, merajuk ke? Hehe. Tengok muka
macam cencorot kelaparan membuatkan dia senyum nakal.
“Aku memain je la. Kau pilih la nak yang macam mana.”
Yeay! Sayang dia…. hikhik!
“Tapi tiga bulan dari sekarang. No tawar menawar lagi.”
Cis!
p/s: assalamualaikum... here new entry... pssttt... sebenarnyakan... miss dah lupa cara nak menulis. masa tulis entry ni takde feel dah. hati beku. ekekee! harap boleh terima ea. tak boleh terima tutup blog, tutup mata then tido :)
Slalu dok usha miss kt twitter, tunggu miss announce bab bru... keh3.. miss.. nk request entry panjang2 boleh? ...
ReplyDeleteFinally misss �� ade pown n3 baru..setiap ary eyqa ushar blog miss nie, naseb la tangan nie x jemu nk tkn blog nie :D
ReplyDeleteMisss bestt everr ^^
ReplyDeleteYeahhh !
F A R H A N M A I K A H W I N <3
yahooo....
ReplyDeletex sabar tunggu mai n farhan nikah
:-)
Wahhhh. Miss...
ReplyDeleteBest sangat...
boleh senyum sorang2 dibuat nye..
dah lme tak bca kisah mai ngan farhan..
Dah jauh ketinggalan...
Happy giler...... MIss dh update entry......
ReplyDeletebahagia nyer...
Wahhhhh....bahagianyaaa...bila ada n3 baru dn frhn n mai nk kawin...tpppp risaulah nazatul tuuu...ntah ape agenda dia nt...blm lg aki...eiii...tak mo ada sape2 yg nk pisahkan dorang tu....cptlah ending miss...
ReplyDelete.....
aiyooo.. x bleh tahan...asyik nk menyengih je bila baca... ;D
ReplyDeletebest 3x.
ReplyDeletebest2..... klu ada mai farhan selalu hiburkan hati... miss nak bab 23
ReplyDeletesis...thanks dgn entry baru...x sbar tggu next entry..
ReplyDeletesalam dari indonesia
Mmg best gila suka tngok farhan n mai bhgia mcm nie...seeloknya biar aki n nazatul tu kahwin sepadan sngat dua²x bleh bla..ha.. Ha
ReplyDeletemore pls omggg.
ReplyDeleteyey yey yeyyy yey kawinnnnn
ReplyDeleteaki dgn naza tu bole benam dorg dlm tanah kubur
ReplyDelete