Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Sunday 19 October 2014

Soulmate Forever Bab 25

BAB 25

TIBA masa yang ditunggu. Hari penentuan. Hari bermula segalanya. Hari…. Hari hari la. Senang cerita! Haha. Seminggu sebelum majlis berlangsung, aku macam tak cukup tidur. Fikir satu hal. Baru nak lena, Yana datang cuit. Achik datang mengusik. Mama datang sama mak andam nak inai jari. Mama Nani datang sama designer baju nikah aku. Busy!!! Itu je nak cakap sebenarnya. Belum lagi sedara mara. Sahabat handai? Jangan ingat mereka tak menyakat. Pantang nampak muka, ada aje yang digiatnya membuatkan wajahku berbahang malu. Rasa nak letak inai kat hidung setiap sorang! Geram.

Selama sebulan kami bakal pengantin tak bertemu dan tak bermesej. Senyap je. Masing-masing sibuk mengurus hal sendiri. Aku pun tak ready nak cakap dengan dia. Tak tahulah apa berlaku lepas nikah nanti. Jangan ada yang tukar bisu sudah!

Busana hijau muda menjadi pilihan. Bab pakaian semuanya Farhan serah pada aku untuk memilih. Dia tak sentuh langsung bab ni. Katanya dia nak aku puas. Aku? Apalagi… kemain tanduk keluar. Semua warna nak! Tamak haloba katanya. Tapi mata aku ni memang pelik sikit. Tengoklah sebanyak mana warna di depan mata, hijau jugak jadi pilihan.

“Mai… pengantin lelaki datang pukul 10.00 pagi.”

Itulah yang paling aku gerun sesangat! Dia nak datang!! Apa pun tak ready lagi. Dengan muka tak bertepek make-up. Dengan baju tak bersarung. Sampai kena bebel dengan mak andam. Belum masuk mama lagi. Mak sedara lagi. Adeh…

“Apesal lambat sangat ni? cepatlah! Pengantin lelaki nak datang!”

“MasyaAllah tak siap-siap lagi?”

“Kenapa tak pakai baju tu, Mai?!”

Bla…bla…bla… aku pekakkan telinga je. Karang aku jerit terkujat pula semua. Macam mana Mai nak tukar baju kalau semua orang ada dalam bilik Mai????!!! Karang masuk suratkhabar muka depan; Bakal Pengantin Meraung Di Bilik Persalinan. Meletop yaw!

Hanya rakan-rakan memahami. Mereka beri ruang untuk aku persiap diri. Selepas itu baru ramai-ramai keluar. Haih. Macam malas pula nak jadi raja sehari. Baik jadi raja tidur hari-hari. Lagi bagus!

“Muka awak ni dah cukup lawa. So tak payah nak touchup tebal-tebal. Kita oleskan sikit bibir tu biar nampak cerah sikit. Kulit dah putih so kenalah guna warna pink atau merah. Kasi pekat sikit kaler. Menyerlah gitu!” Rasa nak ketawa dengar celoteh mak andam. Sambil bebel, tanganku bergerak ke serata muka aku.

“Untung sape ambik awak jadi isteri. Sudahlah cantik. Manis. Haih kalau akak lelaki, dah lama akak pinang awak laju-laju. Dengar cerita bakal suami awak ni ada darah diraja ya? Wah! Untunglah awak, dik oii. Sudahlah kaya… berharta… hensem pulak tu. Haish…”

Entah mengapa makin panas telinga dengar. Yang kaya tu family dia. Bukan dia. Alahai akak andam, please jangan nak bebel dekat saya. Saya dah tahu dia macam mana. Aiseh.. gosip nombor 1 tau akak ni!

“Haa… taraa! Siap dah! Gerenti meletop, yang. Nganga suami kau tengok, dik oi.” Meriah betul dia bercakap. Macam bertih jagung. Taptaptap! Aku memusing badan melihat cermin meja solek. Eh? Betul ke ini aku??? Kenapa berbeza dari yang dulu??? Mama, Mai tak pakai susuk! Hehe. Sentuhan dari seorang yang berpengalaman mengubah wajahku kepada orang lain. Haih, serasa macam bukan aku je. Mesti kena sakat lebih lepaih ni dengan bebudak bertuah tu.

“Termenung jauh nampak?” usik mak andam. Tersentak! Aku senyum sungging. Hee… perasan pulak dia. “Alah akak pun sama dolu-dolu. Rasa pelik je bila tengok muka jadi lain. Tapi makeup dulu tak macam sekarang. Skill belum mahir lagi.” Terang mak andam lagi. Aku angguk mengerti. Dulu dan kini…

Tok tok! Terjengul muka mama dibalik pintu.

“Sayang, dah siap ke? Mama masuk boleh?”

“Masuklah, ma.” Pelawaku. Alahai. Malu pulak! Mama ada wei! Mak andam membetul sedikit cekak yang menjadi penghias di atas tudung. Cekak itu dikait dengan selendang labuh menampakkan lagi kemanisan dan keayuan gadis Melayu.

“MasyaAllah! Anak mama ke ni?” tercengang mama. Aku tunduk malu. Pipi memerah. Panas…

“Cantik sangat. Mama tak sangka…” mata mama bergenang. “Anak mama… dah nak kahwin hari ni. Rasa cepat je masa berlalu. Rasa macam baru semalam mama lahirkan Mai, mama susukan Mai, mama besarkan Mai dari sekecil tapak tangan hingga dewasa begini.” Jeda. Mama kesat tubir mata. Aku pandang sebak. “Tampak bayang Mai sarung baju sekolah… pergi balik sekolah… Mama rindu semua tu,”

“Ma…” seruku seraya memeluk tubuh wanita kesayangan. Airmata merembes deras. Aku memang tak boleh kalau mama bersuara begini. Hati mudah tersentuh.

Mama usap kepalaku. “Jangan lupa tanggungjawab Mai selepas bergelar isteri. Jangan derhaka cakap suami. Patuh nasihat suami. Syurga Mai sekarang bukan pada mama dan abah lagi tetapi pada Amirul. Jangan tinggikan suara. Kawal kemarahan. Banyakkan bersabar. Lumrah kehidupan, asam garam keluarga kalau bergaduh. Tapi leraikan baik-baik. Setiap perbalahan pasti ada surutnya. Ingat ya, sayang.” Mama menitip pesan buat kali terakhir sebelum aku diijabkabul. Hanya beberapa minit sahaja lagi untuk aku bergelar isteri orang. Tiada lagi waktu enjoy, hangout bersama kawan-kawan. Tempat aku di sisi suami.

“Mama, Kak Mai, dah siap ke? Kita tangkap pic dulu boleh tak sebelum Abang Amirul sampai?” Yana dan achik tiba-tiba menyerbu bilik bikin rosak pergambaran adegan sedih. Cis diorang ni! Suka mengacau orang nak bermanja dengan mama. Alah Mai… ini kali je. Lepas ni takde dah. Hati memujuk sayu.

Mama senyum gembira. Tubuhku dipeluk erat. “Okey!”



SEISI rumah sudah tiada ruang. Padat dengan lautan manusia namun ia masih tetap dipisahkan antara lelaki dan perempuan. Tok kadi telah sedia menanti. Pengantin lelaki sudah duduk di atas tilam emas; segak dengan pakaian baju Melayu serba hijau bersampin emas dan bersongkok hitam mengikut adat. Pengantin perempuan pula duduk di sudut belah kiri berdekatan dengan sempadan pengantin lelaki diapit mama dan Mama Nani. Yana dan achik duduk di belakangku. Wana, Aisyah, D, Iman, Aqiela menjadi pengapit esktra. Masing-masing berderau tunggu kata-kata yang bakal diucap oleh bekas ketua pengawas itu. Rakan-rakan turut tak terkecuali. Masing-masing memegang kamera canggih dan videocamera untuk merakam detik-detik yang julung kali diadakan. Bukan sahaja rakan, malah bekas guru yang mengajar turut sama hadir antaranya Cikgu Namisah dan Cikgu Samad.

“Tengku Amirul Farhan bin Tengku Umar,” ucap tok kadi. Semua sepi mendengar. Aku genggam tangan. Sejuk!

“Saya.” jawab Farhan.

“Aku nikahkah dikau dengan Nur Saffiya Humairah binti Emran Syakir dengan mas kahwinnya RM22.50 tunai.”

“Saya terima nikahnya…….”

Senafas dan selafaz. Lancar. Jelas lagi terang. Tok kadi pandang kiri dan kanan. “Sah?”

“Sah!”

“Alhamdulillah.” Masing-masing memanjat syukur.

Aku senyum dalam tangisan. Bahagia!



CINCIN nikah tersarung kemas di jari manis. Dari lepas nikah hingga sekarang, semua orang tak lepas ingin menangkap gambar. Dari muka rela senyum sampai ketat dan tegang! Haha. Aku tak tau la macam mana rupa wajah aku yang cun melecun dalam kamera diorang . Eheh! Perasantan Mai ni.

“Amboi amboi anak dara ni. Kemain dia ya.” Usik opah membuah tawa kami.

“Kali ni je opah. Lepas ni takdak dah. Mai dah kena cop, kena gari dengan suami dia.” giat Iman nakal. Mata dikenyit padaku. Pantas tangan menggutis lengan Iman.

“Adeh…” Iman mengaduh sakit. Huish. Berbisa lagi wei!

Opah geleng kepala. Hmm macam macam! “Dah. Pergi makan. Fiya, ajak Mirul makan.” Pesan opah sebelum berlalu keluar.

“Haa dengar tak? Fiya, ajak Mirul makan. Tolong suap sekali. Pahala berganda.” D dan Qiela mengajuk ayat opah dengan gaya tersendiri hinggakan riuh kamar dengan suara dan siulan nakal mereka. Haish! Sengaja tau bebudak ni bikin malu. Hati semakin lama semakin pink.

“Korangggggg…….” Rengekku. Makin riuh bilik. Isk!!! Geramnyeeeee!



MAJLIS persandingan kecil-kecilan dilakukan di rumah. Pada awalnya mereka ingin mengadakan dikampung tetapi ada rintangan membuatkan mereka bertukar fikiran lalu mengadakan majlis kecil-kecilan sambut menantu di rumah mama dan abah.

Jam tepat 2 petang. Khemah yang dipasang sejak malam tadi kini penuh dengan tetamu sampai tak cukup ruang untuk duduk. Walhal dah pasang empat khemah! Sedara mara datang dari jauh. Kawan-kawan lagi. Memang tak dijangka.

Waktu itu juga mata meliar mencari susuk tubuh seseorang. Pesan opah supaya makan sama-sama dengan dia. Makan beradab katanya. Mak andam pun suruh sebab masing-masing dah tunggu di khemah. Perlahan-lahan aku turun dengan memapah ke dinding dan susur tangga. Kaki berdenyut kesakitan namun kugagah jua. Takkan nak tunjuk lemah depan lautan manusia. Mereka memandang aku sebagai raja sehari. Takkan raja nak duduk je kan? Berkorban sikit, Mai. Sehari aja.

Baru aja melepasi ruang tamu, kaki tiba-tiba terpelecok. Badan tak seimbang dan hampir jatuh namun sepasang tangan sempat memaut pinggang. Tergamam! Keras badan.

“Okey?” bisik Farhan. Dia memandang kaki isteri yang ditutupi stoking. Kut kut terseliuh ke hapa. Tampak dari belakang tadi macam sakit sangat.

“Err… okey. Okey je.” bohongku.

Farhan tahu aku menipu. Dari bening mata dia seakan mengerti aku menahan kepedihan. Tubuh dirapat ke tubuh sang isteri seraya memaut pinggang Humairah membuatkan aku terkejut lantas kaku di situ. Freeze! Err.. kenapa aku rasa melampau sangat ni. Kot ye pun nak bermesra dalam bilik la inche abang.

“Jom pergi makan.” Ajak Farhan. Perutnya dah berkeroncong tahap gajah dah ni.

Terpinga-pinga aku. “Hah?”

Farhan senyum kacak. Berangan ke, sayang? “Jom. Kita. Makan. Sayang.” Ucap Farhan satu per satu. Ungkapan terakhir mampu membuatkan aku beku setahun. Sayang? Salji turun… ahaks!

“Makan la dulu. Ak… err Mai ada kerja sikit nak buat.” Sedaya upaya aku cuba merungkai pelukannya namun makin kejap pegangan Farhan. Isk dia ni!

“Kerja kita sekarang makan.” Paksa Farhan seraya menarik tubuhku berjalan. Nak tak nak terpaksa juga mengikut. Dah aku disebelah dia! karang ingkar cakap suami berdosa pulak kang. Baru beberapa jam jadi isteri.

“Phewittt!”

“Fulamakkk! Melting seh!”

“Pergh! Bahagianyaaaa!”

Usikan demi usikan hingar binger bagai di pasar malam. Semua sibuk duk nyakat. Farhan muka relax je. Tenang habis. Muka aku? Macam nak nyorok bawah tanah. Tak pun nyorok dalam baju nikah ni. Okey tak?

“Kut ye pun tak sabar, tunggulah malam sikit. Tak pun lepaih ni dalam bilik hang tu na. Bukan sekarang.” Putera mengajuk guna bahasa Kedah. Seisi tetamu gelak. Makin memerah dibuatnya.

“Apa salahnya? Halal, bhai.” Jawapan selamba Farhan makin menambah rencah sup adabi. Heee boleh pulak dia balas gitu. Makin naik tocang la dorang. Haih. Habislah aku dalam seminggu dua ni… tebal muka saya.

“Dah isteri cacat. Kesian suami kena papah. Hmm merugikan je kahwin.” Terdnegar ejekan tak jauh dari tempat kami berdiri.

Hati tersentap. Pedih. Betul-betul menusuk kalbu. Perkataan merobek tangkai hati. Sedaya upaya aku tahan airmata dari meleleh. Farhan yang perasan makin merapatkan dirinya kearahku. Bibirnya menghampiri pipiku.

“Isteri abang tak cacat. Diorang cacat penglihatan. Cacat dari hati. Tak boleh menilai mana baik dan buruk. Apa pun abang tetap sayang Mai. InsyaAllah dunia akhirat. I love you, my wife


Aku mendongak memandangnya. Merenung mata yang menikam. Mata yang mempesonakan. Perlahan-lahan mutiara jernih mengalir. Terharu. Mai pun sayang abang.

12 comments:

  1. miss best sngt...so sweet

    ReplyDelete
  2. married!!wahhhhh…sweettttttttttttt..tp cean mai
    ~shud~

    ReplyDelete
  3. Tersenyum sampai ketelinga dibuatnya....best sgt2...selamat pengantin baru han dn mai....

    ReplyDelete
  4. so sweet la farhan...
    tapi agak jahat org yg kata mai cacat..
    siann mai...

    ReplyDelete
  5. yes.... mai dengan farhan dah kawin... nie lah saat2 ditunggu2.... sayang miss

    ReplyDelete
  6. Ya... Kahwin juga akhirnya....sayang miss sngat ²... Klau bleh smpai ada anak ya miss... And aki n nazatul mcm mne ya????

    ReplyDelete
  7. Miiiiissssssssssss.......
    besssst sangat2..
    dah lama saya tunggu han ngan mai kahwin..
    sambung lg miss..
    Tak sabar new entry lg....

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah......................happy sangat smpai xsedar ayaq mata trkeluaq...
    huhuhuhu...nice sis...
    keep it up...!!!

    ReplyDelete
  9. mohon samung cepat ye...x saba nk thu yang selanjut nye...nice story..

    ReplyDelete
  10. walamak tu manusia ke bbun

    ReplyDelete