Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Sunday 19 October 2014

Soulmate Forever Bab 24

BERKAT kesabaran dan latihan yang selalu di amalkan serta tips oleh ahli fisioterapi… akhirnya aku berjaya berdiri tanpa bantuan sesiapa setakat yang terbarulah. Tetapi mereka tak tinggalkan aku sorang. Cuma jika hendak ke tandas, pasti ada peneman menunggu. Kot-kot aku terjatuh dalam bilik air dah satu hal nak balut kaki apa semua. Masuk hospital lagi. Leceh!

Lagi berita gembira ialah hari ini aku boleh balik! Hooray! Bosan duduk wad. Lagi pulak cucuk jarum segala. Eee seram mek! Tapi kupertahan saja. Kalau kat rumah setong kot airmata. Cengeng sebenarnya Nur Saffiya Humairah ni. Satu kelemahan tiada sesiapa ketahui kecuali family.

Manusia paling sibuk dalam wad tentunya abah dan mama. Mereka ke hulu ke hilir menyiapkan segala dokumen, ubat, bayaran bil hospital (berebut dengan Uncle Umar sape nak bayar dulu) serta barangan peribadiku. Dalam sibuk melihat mama berkemas, terdetik seperkara di hati. Tidak hadirkah dia hari ini? Selalunya selepas subuh dia dah tercongok depan pintu membawa kuih-muih untuk aku. Tetapi hari ini langsung tak nampak batang hidung. Dari pagi hingga petang. Mesej atau telefon jauh sekali. Dia ada hal ke?

‘Mai, hang rindu dia ka?’

‘Rindu la. Selalu dia ada kat wad jadi peneman. Mana-mana sudut dalam bilik ini dia pernah duduk hinggakan ternampak suusk tubuh dia berdiri.’ Jujur hati.

Mama terperasan anak dara dia asyik termenung. Tudung ditangan tak terusik. Jam sudah menginjak ke angka 4 petang. Sikit lagi mereka akan pulang ke mahligai sendiri.

“Mai,” tegur mama.

Aku tersentak. Cepat-cepat pandang mama yang tenung semacam. “Kenapa, ma?”

“Tudung tu kenapa tak sarung? Dah nak balik ni.”

Aku garu kepala yang tak gatal. “Oh ya ke?” Sengih malu. Alahai… terkantoi pulak.

Mama geleng kepala. “Tak mau balik ke? Nanti mama cakap sama abah cancel semua kalau asyik termenung je.” sindir mama. Bukan dia tak tahu anaknya tercari-cari seseorang. Hati tuanya tak pernah salah menilai.

Hiks! Malu! Pantas aku menyarung tudung ke kepala. Aduhai mama… janganlah renung gitu lagi. Kecut perut dibuatnya. Mama ni kalau bab menilai nombor 1. Hebat!

Sesudah selesai semuanya, abah menolak aku menggunakan kerusi roda sampai di hadapan balai ketibaan. Bukan Proton Perdana yang kelihatan tetapi Perodua Myvi yang tersangat aku kenali tersadai di situ. Jantung berdebar laju.

Aku pandang mama di sisi kiri. “Ma, sejak bila abah tukar kereta baru?” bisikku.

Mama senyum-senyum. “Sayang, tak kenal ke kereta sape tu?”

Aku tenung semula kenderaan tersebut dan mama bersilih ganti. Takkanlah? Buat apa dia dekat sini?

Mama geleng lagi bila tengok aku macam bingung-bengong sikit. Bahuku disentuh perlahan. “Itukan kereta Farhan. Nanti Mai duduk dengan dia ya. Uncle Umar dan Mama Nani nak tumpang kereta abah.” Ujar mama.

Tercengang! Erk? Apakah??? Terkelip-kelip mata. Mama tertawa kecil melihat reaksiku.

Tak sampai lima minit, abah kembali. Tanpa banyak kata, dia menolak kerusi roda sampai ke kereta silver metalik tersebut. Aku masih diam tak berkutik. Macam kena pukau je heh!

Barulah pemuda itu keluar dari perut kereta membantu abah menyusun beg pakaian milikku. Kemudian, sesaat dia memandang aku yang sedang duduk di atas wheelchair. Serta merta aku tertunduk malu. Panahan dia tajam woo! Tak berubah dari dulu. Bikin hati terketaq-ketaq.

“Mai duduk dengan Amirul ya? Abah dan mama ada urusan lain sekejap. Mirul akan hantar Mai balik. Adik-adik semua ada dekat rumah. Mirul, pastikan hantar anak uncle sampai ke rumah, faham?” tegas abah.

Farhan angguk. “Baik, uncle.” Balasnya yakin. Saya boleh dipercayai, uncle. Hehe!

Abah dan mama menolong aku berdiri. Setapak demi setapak melangkah sampai aku betul-betul selesa di tempat duduk. Susahnya jadi pesakit. Nak bergerak punyalah payah. Kalau boleh, aku tak mau lagi nyusahkan orang lain. Penat berhutang budi. Takut payah benar nak balas.

Mama dan abah sudah bergerak ke kereta. Farhan mula mengambil tempat di bahagian pemandu. Dia kemudian memandang aku yang terpinga-pinga.

“Okey tak?” soalnya.

Angguk kepala.

“Sejuk? Ke nak lagi sejuk?” Geleng.

Farhan senyum dalam hati. Haish… main bahasa isyarat pulak sayang aku ni. Malu ke? Takkan tak biasa kot duduk berdua dalam kereta. Emm… mungkin feel dia lain sikit sebab nak kahwin? Hehehe! Gatal hang na Han. Dapat tahu ke pak mertua mati hang kena cincang 18! Cancel terus dah elok-elok nak jadi menantu.

“Terkejut ke aku ada kat sini?” duga dia nakal. Aku gigit bibir lalu kalih kiri. Malu nak membalas!

Terdengar dia tawa kecil bikin hati makin merah jambu. Hehehe.

Sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah, tiba-tiba telefon milik Farhan berbunyi. Sebolehnya dia malas nak menyahut kerana situasi yang sedang dilalui. Kang ternampak pak polisi memang habis la dia nak bayar saman. Earphone pulak tak bawak. Aduhai. Telefon canggih itu berdering lagi membuatkan kami sama-sama tengok Sony Ericsson Xperia.

“Tolong jawabkan.” Pinta Farhan.

Dengan berat hati aku mencapai telefon tersebut. Skrin kutilik. Aizat? “Aizat call.” Ujarku.

Dia menoleh sekilas sebelum berkata, “jawab la.”

“Hello?”

Aizat tercengang di talian sana. Aik? Sejak bila Han jadi pompuan? Telefon ditekap ke telinga semula. “Err.. hello? Can I speak to Tengku Amirul Farhan please?”

Aku serah telefon pada Farhan. Farhan angkat kening. Kenapa? Aku jungkit bahu. Entah! Farhan buat muka. Haih. Payah betul. Dia suruh aku dekatkan diri supaya mudah melekatkan telefon ke telinganya. Aku pulak buat muka! Haish dia ni. Mengada!

“Hello assalamualaikum,” sapa dia.

“Waalaikumsalam. Han!” jerit Aizat. Farhan tutup mata. Woo! Sakit woo!

“Dah kenapa jerit-jerit? Sakit dowh telinga aku.” gumam Farhan. Aizat sengih malu. Ups!

“Weh tadi siapa jawab call? Asal ada perempuan pulak? Kau kat mana ni?” bertubi-tubi soalan dari bekas penolong ketua pengawas membuatkan Farhan senyum nipis. Mesti sangka yang bukan-bukan.

“Takkan tak kenal.”

“Serius weh. Sape tadi?” gesa Aizat.

Farhan toleh kiri. Wajah kami amat dekat. Terasa hembusan nafasnya di pipi membuatkan aku tunduk pandang baju kurung di badan. Segannya hanya Allah saja yang tahu. Hati kembali pink!

She.”

What? “Who? Adik kau?” Asal suara matang sangat? Ke sebab aku dah lama tak dengar suara Aina?

Nope.”

“Dah tu?” Haih. Kaki korek rahsia rupanya si Aizat ni. Ingat sama cool macam Farhan. Kutukku di hati.

“Tunang aku laaa…” Adeh lambat pickup betullah budak ni. Ada yang kena memorywash sat gi kang. Kasi buang segala kotoran dan kuman yang melekat. Boleh pulak lupa. Sadis je!

Berderau darah pabila terdengar si dia menyebut ‘tunang’. Terasa perkataan itu mandat besar untuk aku. Rasa diri dihargai. Hee…

Aizat tepuk dahi sambil ketawa kecil. Alamak eh! Macam mana la boleh lupa. “Han sorry Han. Aku tak ingat. Sorry…” Farhan geleng kepala. Tudiaaaa… tua dah kawan aku.

“Haa kau tepon ni nak apa? Aku tengah drive ni.” Farhan kembali ke topik asal. Risau jugak dia jikalau terlihat figura badan beruniform. Mata melingas walaupun fokus pada pemanduan. Lagi-lagi lalu bawah flyover. Kebiasaan polis trafik akan bersembunyi dibalik tiang atau dinding memerhati kenderaan lalu lalang dan akan roger pada petugas di bahagian operasi untuk menahan mana-mana kenderaan yang bersalah dalam pemanduan.

“Ni aku nak jemput kau. Ajak Mai sekali alang-alang dah keluar wad. Rumah aku ada buat majlis khatam Al-Quran untuk adik aku yang PMR.” Terang Aizat hal sebenar.

“Bila?”

“Esok malam.”

“Aku mungkin boleh pergi tapi Mai aku tak tahu la coz dia discharge hari ini. Family dia tentu tak kasi punya dia keluar mana-mana. Baru baik, kan.” Aku kalih wajah memandangnya apabila terdengar dia menyebut nama sedap aku. Eh? Mengumpat ke? Mai, kau ni suka sangat buruk sangka. Tentu ada hal yang dirancang budak berdua ni. Ada dengar tadi perkataan ‘keluar’. Keluar ke mana? Haih. Aku baru keluar hospital. Nak berdiri pun payah perlu skuad bantuan. Inikan pula nak fly? Hesh hesh.

Oh… aiseh lupa lagi tentang Humairah. Dey kichi Aizat, kau makan semut ke hapa ni wei?! “Dah tu tak pe la. Kau datang la. Aku dah ajak yang lain. Dorang agree je. Khairul ngan Syafiq lepak rumah Izuan. Yang lain sampai malam ni.”

“Okey. Papehal aku call malam ni, bro.” Aku menekan butang off setelah Farhan menjawab salam Aizat. Telefonnya aku letak kembali di tempat mula-mula aku ambik. Kami membisu seketika sebelum dia bersuara.

“Zat ajak pergi rumah dia malam esok. Adik dia khatam Al-Quran. Nak pergi?” Ulang Farhan sambil memandu. Sesekali mata mengerling cermin sisi dan cermin pandang belakang.

Oh… itu rupanya perbualan mereka tadi. Panjang bebenau cerita. “Tak tau lagi laa. Aku nak berdiri pun payah. Jalan guna kerusi roda. Susah laa. Tak kut.” Tolakku. Aku tak sempurna macam dulu lagi. Nikmat ditarik sebentar oleh Tuhan. DIA mahu menyedarkan aku bahwa jangan sesekali lupa tentang nikmat yang telah diberikan. Bersyukur. Dan sekarang baru aku mengerti bagaimana orang susah berjalan.

Sure?” Walau dihati berasa lega dengan penolakan itu, dia tetap mahukan jawapan. Tak adil la kalau Farhan tentukan semuanya. Belum sah jadi suami lagi kot!

Aku angguk iya. “Lagipun malam. Takmoh la. Cakap dengan Aizat sorry tau.” Pintaku bersama senyum tawar. Farhan angguk faham.

“Nanti balik rest betul-betul. Amalkan apa yang doktor pesan, selalu exercise ikut ajaran fisio. Kalau ada appointment pergi. Jangan missed. Nak cepat sembuh, kan?” nasihat Farhan.

“Aku dah tak sempurna macam dulu.” Lirih suaraku menarik perhatian Farhan. Mataku bergenang sayu merenung pokok menghijau di sepanjang lebuhraya. Hati sebak mengenang nasib yang telah terjadi.

“Jangan cakap macam tu, Mai.” Farhan bernada lembut memujuk.

“Aku dah tak boleh berjalan. Semua kena guna bantuan orang. Kadang aku rasa baik tak payah hidup kat dunia lagi dari susahkan orang.”

“Mai!” keras nada suara Farhan membuat badan terhinjut sedikit. Perlahan-lahan air mata berguguran di pipi. Esakan kecil kedengaran.

Farhan hela nafas. Segera dia istighfar di hati. Makin jauh imaginasi sang tunang membimbangkan diri. Jari diletak pada pelipis. Cuba bertenang. Nafas ditarik panjang. “Aku bukan sengaja tinggi suara tapi bawa bersabar Mai. Ada lagi orang yang lebih susah dan menderita dari kau. Sampai tak boleh bangun, tak boleh makan tapi diorang kuat semangat teruskan kehidupan. TUHAN baru uji kau. Dan kau kena ingat kalau Allah uji itu tanda DIA sayangkan kau. DIA tahu kau mampu lalui dugaan.”

Aku diam mendengar. Sesekali airmata yang mengalir dikesat hujung tudung. Terasa hati tiba-tiba dijerkah begitu.

“Semua orang nak kau sihat. Mama, papa, aunty, uncle, malah adik-adik kau. Termasuk aku, Mai. Aku nak kau macam dulu. Mai yang aku kenal seorang yang kental, berani. Kawan-kawan pun nak kau sembuh. Boleh hangout sama-sama macam dulu. Kau tak nak ke? Aku rindu semua tu, Mai. Please …. jangan patah semangat. Demi mama abah kau, Mai. Kau pernah kata tak nak susahkan diorang, kan? Jadi kau kena tambah keyakinan pada diri. Please Mai. I’m begging you… jangan fikir yang negatif… jangan fikir yang bukan-bukan. Kau akan sihat! Tanamkan keyakinan. Ingat Allah,” Pesanan bernas dari seorang yang sangat-sangat mengenali diri aku. Tidak mahu aku diapa-apa dan terapa-apa. Dia betul-betul sayangkan aku.

Aku cuba, Han. Aku mencuba! Tapi aku tak yakin aku mampu lalui semua ini. Aku tak sekuat kau. Hati merintih pedih.



 HENING malam. Sejurus mama membantu aku baring di atas katil, mama tidur di sebelah. Yana dan achik tidur di bawah beralaskan toto. Abah pula lebih suka tidur di ruang tamu. Tidak mahu ganggu kami; geng perempuan. Bilik yang aku huni kini ialah bilik di aras bawah. Susah naik tangga memandangkan kaki aku belum sepenuhnya kukuh untuk berjalan biasa. Lagi pula dekat saja dengan dapur.

Mata menengadah syiling. Memerhati cicak dok merangkak entah ke mana-mana. Tak boleh lelap! Itu puncanya sekarang. Setahuku, tadi takde pulak ambik minuman berkafein. Aku minum susu je buatan adik terchenta; Achik. Dari petang tak tidur. Pelik! Itu yang aku rasa saat ini. Memikirkan segalanya bikin kepala pusing. Kuliah sudah lama tidak aku kunjungi. Mama kata abah dan Uncle Umar sudah berjumpa dekan memberitahu hal berkenaan aku hinggakan pihak atasan sudah mengetahui bersama bukti ditangan. Pihak atasan memutuskan untuk memanjangkan sesi pembelajaran aku hinggakan aku betul-betul sembuh. Alhamdulillah syukur.

Selain fikir pasal pelajaran, kepala berselirat dengan suatu perkara. Sudah bersediakah aku untuk menjadi raja sehari? Dengan kaki begini… dengan tak terdaya… mampu ke? Petang tadi waktu makan, mama abah dan semua orang pakat berbincang mengenai apa yang patut dilakukan. Aku hanya dengar aje tanpa masuk campur. Mereka kata nak buat dua tempat. Satu dikampung, satu di sini tapi dekat dewan. Aduhai. Itu lagi satu masalah. Dewan??? Dengar khabar lagi, Mama Nani dah mula buat tempahan.

Masak! Tak tahu nak buat apa. Samada lari atau terima. Hati memang separuh rela sebab itu memang impian aku awal-awal lagi. Cuma waktunya kurasa tak bersesuaian dengan keadaan. Satu lagi masalah menghuni kepala ialah pelajaran! Bagaimana dengan aku yang belajar dekat sini tapi suami belajar luar negara? Bila nak berjumpa? Bila cuti? Ahhhh! Kusutnya!!!

Helaan nafas panjang. Termenung sendirian. Bisakah aku menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri di usia muda? Ada anak lagi? Urgh! Pening… pening!

Tit.. tit…

Bunyi mesej kedengaran. Perlahan tangan menggapai telefon di meja kecil. Satu mesej kuterima.

Bila pandang syiling,
Aku nampak dia.
Bila pandang bantal,
Aku nampak dia.
Selamat malam nyamuk! :p
+Farhan

Haha! Aku cepat-cepat tekup mulut menahan tawa. Bimbang mama dan adik-adik tersedar. Apa la budak ni merepek. Baru nak feeling-feeling, tuptup reka cerita pasal nyamuk! Entah apa-apa entah. Kepala masuk air la ni. Alahai… memalam ni romantik pulak si dia. Cair saya macam aiskrim magnum!

-Nape xtido lg? Ngigau ea?

+Knpe tak tido lg?

Eh! Kita tanya dia, dia soal kita balik. –Dah org tu kacau. Cmne nak tido. Icon marah aku berikan. Sent

+Tersalah sent td. Igt nak hntr kt Aussie. Trhntr kt org lain pulak

Aku menjuih bibir. Eleh! Poyo! –Mmg smpi klu Msia ke Aussie kan. Smpi sgtttt :3

Farhan gelak halus di katil. Dia membetulkan bantal sebelum baring menengadah syiling. Fareez yang terbongkang tak dihiraukan. Jari menyambung taip mesej.

+Sampai. Ke hati. Kesian dekat sana tak tnye khabar lgsg. Merajuk nnti.

Aku ketap bibir. Kecik beso je mata nengoknya. Oh ada awek lain? Tapi menggatal nak kahwin dengan aku! Dasar buaya! Heee geram pulak aku! Ligat jemari tekan handphone macam nak tercabut punat. Sakit hati punya pasal.

-K nak tido. Bye

Farhan senyum gelihati. Mesti marah! Kikikiki. Alahai sayang… abang main-main je la. Manade awek lain. Awek sorang pun tak terjaga. Cinta abang pada yang satu. Eceh ayat. Tak menahan!

+Marah ke?

Benci nak balas tapi tangan degil jugak. Heh! –Asal plak nak marah? Cuba kalau aku tulis aku ada pakwe lain. Sakit hati tak? Sengaja nak kasi hot memalam buta cenggini. Makin susah nak tidur tampak gaya. Farhan, jangan sampai saya kunyah awak 44 kali!

+Org memain je la. Don’t take serious. Dah pegi tido. Sleep tight cute baby J


Aku senyum sendirian. Cute baby? Muka aku macam baby ke bila tidur? Ahhh! So sweet. Ini yang mengada ni. Mesti dia selalu perhatikan cara aku tidur. Hikhik! Indah sungguh malam ini. Argh Mai dah mula jiwang karat! Habislah….

3 comments:

  1. comelnya farhann......
    sweet sangat..
    :-)

    ReplyDelete
  2. Best...sweettt...loving couple....love u...hanmai....

    ReplyDelete
  3. baik farhan paahm 😁😁

    ReplyDelete