Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Wednesday 22 October 2014

Soulmate Forever Bab 26

BELAH perempuan sudah selamat. Tangan ditadah ke langit tanda syukur semuanya sudah berakhir. Kepala tak lagi pening memikir hal mereka sesudah mereka diijabkabul. Syukur sekali lagi kepada ALLAH.

Malam itu kami mengemas apa yang patut. Jam menginjak ke angka 11. Masing-masing keletihan. Termasuklah pengantin! Apa? Ingat jadi raja sehari tak penat? Dengan pakaiannya lagi, bertemu orang ramai lagi, muka tak usah cerita la. Dah tebal macam kulit gajah gamaknya. Pipi pun dah serupa delima ranum. Asyik kena sakat je. Dan yang paling tak dapat dilupakan ialah suami! Ahaks! Bukan pasal tutttt ea. Jangan fikir lain.

Ke mana pergi aku rasa selamat. Selama hidup 20 tahun ini, baru terasa aku selamat dalam erti kata lain rasa dihargai dan disayangi oleh seseorang bergelar lelaki. Farhan langsung tak meninggalkan aku malah support dari belakang tika aku diejek kerana rata-rata mereka ketahui bagaimana keadaan aku yang dahulu dan kini. Walaupun sudah boleh berjalan semula namun pergerakan agak terhad membuatkan langkahku perlahan untuk menapak satu demi satu. Dia… paut pinggangku ketika berdiri. Dia… berbisik ke telingaku untuk mengucap sesuatu yang tak terjangka dek hati. Dia… yang aku sayang. InsyaAllah dulu kini dan selamanya…

Dan malam ini… malam yang amat menggerunkan. Orang kata malam pertama. Gulp! Tertelan air liur dibuatnya. Memikir hal itu aja sudah buat bulu roma meremang. Sebelum kawan-kawan pulang, sempat dia mengenakan aku dan mengusik perihal malam tuttt. Kurang asam tau! Lebih-lebih lagi si Putera ngan Hakim tu. Eee rasa nak hempuk dengan khemah! Siap giat Farhan lagi. Malu tau! Farhan pun memerah muka masa duk bersalaman. Mungkin tak sangka… atau mungkin segan. Memang kalau Humairah yang dulu, dah lama seligi kepala dua ekoq tu.

Tok tok!

Alamak! Sape tu??

“Err… masuk.” Sahutku. Jantung berdebar kencang tatkala melihat wajah yang terjengul dibalik pintu.

“Boleh abang masuk?” pinta Farhan.

Aku angguk kepala. Farhan tutup pintu. Darah berderau. Apa nak buat ni?? Alamak aih… awal la pulak dia masuk. Awal apanya Mai? Dah pukul 11.15 malam! Masa untuk tidur laa. Gulp! Tidur??? Mama… Mai nak tidur dengan mama!!!! Jerit batinku.

Dari kerlingan mata dari meja solek, kelihatan dia melangkah satu per satu ke tempat dimana aku duduk. Spontan tangan sejuk menggigil. Fuhh fuhh! Serasa mau demam.

“Takut ke?” usik Farhan nakal. 

Aku tunduk malu-malu harimau. Lain benar perasaan apabila dia meletakkan tangan di kedua-dua belah bahu. Halal, Mai. Tak usah takut. Waktu inilah syaitan menangis. Cucu Adam dan Hawa bersatu dalam ikatan yang sah.

“Abang tak tidur sini malam ni.” Erk! Spontan kepala kudongak memandangnya dari cermin. Farhan senyum senget.

“Kena balik. Baju apa pun tak bawa.” Jelasnya lagi. Baju abah kan ada? Tamau pinjam? Eceh.. gaya tamau berpisah aje. Hehe!

“Ni kenapa senyap je ni. Selalu mulut tu ade je benda nak bebel.” Duga Farhan. Hairan dia bila aku membisu. Isteri aku dah jadi bisu pulak ke lepas kahwin dengan aku? Aiseh… janganlah…

“Err… errr… tak… tak tau…nnak cakap apa.” Tergagap-gagap aku bersuara membuah tawa kecil sang suami. Farhan membalik tubuhku menghadap dirinya. Aku menurut tanpa bantah. Dia merenung setiap inci wajahku tanpa berkelip. Jemarinya mengusap pipi hinggakan terasa hembusan nafasnya. Jarak kami begitulah dekat. Jari itu kemudian menurun ke bibir. Bibir itu dipandang lama. Bibir merah jambu. Kemudian jemari melurut ke bawah dagu.

Tanpa disangka, pin tudung terbuka saat aku leka dengan belaiannya. Selendang gold menutupi kepala terlerai. Farhan letakkannya di birai katil. Getah rambut yang diikat kemas ditarik perlahan hingga rambut panjang yang kusimpan terurai kini. Satu gerakan yang agak perlahan namun mempesonakan. Aku khayal sendiri! Tidak menolak mahupun membangkang. Terima dengan rela…

“Cantik,” terdetik dihatinya. “Selama ni abang hanya mimpi aje. Hari ni mimpi abang jadi kenyataan.” Luah Farhan setelah menyimpan di lubuk hati paling dalam. Serius, inilah kali kedua dia melihat rambut isterinya dari jarak dekat selepas insiden Mai mengintai dia di balkoni.

Aku terpegun. Segan. Bibir tak terucap sepatah kata. Hanya merelakan sentuhan-sentuhan kasih sayang dari lelaki bergelar suami. Rambut yang jatuh kuselit dibelakang telinga sambil menunduk merenung lantai. Jantung rasa nak tercabut keluar aje.

Farhan makin rapat dan terus rapat membuatkan nafasku hampir terhenti. Jari telunjuk dan ibu jari Farhan menarik daguku. Mata terangkat sendiri merenung anak mata coklat hazelnya. Mata yang kuidam selama menjadi kekasihnya. Hari ini kelihatan jelas dan terang! Sungguh mengasyikkan. Dia merapatkan wajahnya ke wajahku… mata spontan tertutup. Merelakan!



TUDUNG kusarung semula. Farhan membetulkan baju Melayu goldnya. Terlipat-lipat sikit disebabkan adegan sweet sweet suami isteri tadi. Hikhik! Jika diingat kembali memang pipi aku automatik memerah. Segan woo! Barulah aku faham apa itu yang dimaksudkan dengan keindahan perkahwinan. Haa ni untuk yang sudah berumah tangga je. Yang belum berumah tangga jangan meniru aksi ini ya. Tidak baik untuk kesihatan. Ekeke!

Panggilan mama diluar pintu membuatkan kami berdua kalih pandang. Farhan kemudian memandang aku. Mata redup mengasyikkan. “Abang nak kena balik ni,” ujarnya.

Aku angguk perlahan. Memang dari tadi aku langsung tak bercakap. Pakat guna bahasa isyarat angguk geleng je. Redha. Pasrah. Haha!

“Boleh tak sebelum abang balik.. abang nak request something?” pohon Farhan. Aku kerut dahi. Erk? Alahai… janganlah minta bukan-bukan. Aku belum cukup bersedia! Yang tadi tu pun… err…

Request… aaa apa?”

“Boleh tak panggil ‘abang’? Teringin nak dengar.” pinta si dia lembut.

Adeh… masalah! Maaflah inche abang. Lidah isteri awak ni kelu sikit. Tergeliat nak nyebut perkataan keramat tu. Boleh tak jawab cenggitu? Ahaks.

Farhan menunggu sabar. Alahai isteri kuterchenta, sebut pun susah ke yang? Kempunan nak dengar. Sekali pun jadi la. Janganlah punahkan harapan suamimu ini.

“Saffiya Humairah…” meleret panggilan Farhan membuatkan jantungku bagai tercabut keluar. Terkejut! Terus sahaja aku menggelabah tak menentu. Sekejap cuit kain, sekejap cuit tudung. Gelisah.

“Tak sudi ke panggil abang?” Lirih Farhan menyentak tangkai hati. Alamak! Abang dah salah sangka.

“Yelah. Sapelah abang. Orang tak sudi terima kehadiran kita.” Adeh… dia dah merajuk. Mai, dosa kau buat dia macamtu. Tak sampai sehari jadi isteri wei. Pergi minta maaf cepat! Arah akal. Hati menyokong penuh. 

Lama menunggu, Farhan pasrah. Takpelah. Dia tak ready. Tak usah paksa. Dia terima pernikahan ini pun dah cukup baik. Lama-lama adalah percambahan perasaan tu. Farhan pujuk hati sendiri. Bersama separuh perasaan kecewa, dia melangkah mendekati pintu kamar.

Abang… panggilku dihati. Mengingatkan aku isteri yang baru dinikahi, mengingatkan amanat mama dan opah, mengingatkan dosa dan pahala, langkah laju mengekori lantas menarik lengan baju Melayunya. Farhan tersentak.

“Abang…”

Suara lunak merdu. Suara serak basah. Suara menahan tangisan. Farhan berpaling. Betul tekaan dia. Mata Humairah digenangi air. Tanpa kata, isterinya terus memeluk Farhan. Dakap seperti tak mahu dilepaskan lagi. Mka disembam ke dada suami.

“Abang…” seruku bersama guguran airmata. Perasaan sebak bertandang.

Farhan terpegun.



HAISH. HAISH. HAISH. Mana nak sorok muka sesuci murni minyak masak ni. Bagaimanalah aku boleh bertindak drastik begitu? Sudah tu cengeng pulak! Habis basah baju dia. Eeeee malunyaaa! Tutup muka. Mengingatkan peristiwa tadi memang meriding bulu roma. Segan kot.

Alah Mai. apa nak malu. Tu suami tau. -Akal-

Entah Mai ni. Jangan nak sembunyi perasaan bahagia tu. Kau dan dia dah ada ikatan. Halal. Takyah segan-segan gajah lagi dah. –Hati-

Kalau adik aku tahu ni, separuh mati nyakat tak berhenti. Inai di jari kutilik lama. Kini aku sah bergelar isterinya. Status yang diidamkan oleh setiap gadis yang mengenali siapa Farhan tetapi hanya Farhan dapat tentukan siapa bertakhta di hati. Orang itu adalah aku. Alhamdulillah. Moga ikatan kita utuh ya, abang. Aku tersenyum sendirian. Perkataan keramat. Punyalah payah nak ucap. Sudahnya… banjir bilik seketika! Sadis betul.

Telefon bimbit kulihat. Wajah sang suami yang sedang tersenyum ketika berdiri disebelah aku ketika masih bertunang. Gambar yang tak sengaja aku ambik! Haha. Dia pun sporting waktu tu. Apalagi. Tangkap je la. Peluang yang ada harus digunakan. Yeah! Abang, jumpa esok. Hikhikhik! 





KETIKA sarapan pagi tadi, dia datang. Hati gemuruh hebat. Serta merta teringat peristiwa semalam. Makan pun dah macam tikus. Dok kuis-kuis. Apa taknya. Mata dia memanah kat sini kot. Terus tak selera nak makan. Haha.

Dia datang sebab nak bawa aku ke butik pengantin. Minggu depan giliran pihak lelaki. Jadi dia nak tengok persiapan terakhir. Planning dengan designer, susun atur dewan sebab ini majlis resepsi. Mama Nani minta dibuat untuk meraikan pengantin. Pada awalnya aku menolak sebab fikir terlalu lama berdiri. Aku ni dah la sensitif sikit pasal hal nan satu tu. Orang kurang upaya beginilah. Tapi balasan Farhan waktu itu boleh buat aku demam sebulan. “Takpela. Nanti aku dukung kau. Bukan tak biasa.” Chait! Ayat tak menahan. Mama Nani dah tenung semacam. ‘Bukan tak biasa’ macam dia dah selalu kendong aku gamaknya. Keji betul jawapan. Smackdown karang!

“Jemputan macam haritu juga ke?” soalku pabila berdua bersama di dalam kereta menuju ke destinasi. Jam di dashboard menunjukkan waktu 10.30 pagi. Kereta di lebuhraya agak kurang sedikit pada waktu ini.

“Tak. Kali ni lebih ramai.” Balasannya cukup menambahkan kebulatan pada mata aku yang dah sedia bulat! What?? Hadoiyaiii…

“Kenapa?” tanya Farhan saat aku terdiam.

"Ramai?" keluhku. Farhan tak faham.

“Perlu ke?” Pertanyaan aku membuah tawa Farhan. AKu juih bibir. Ketawa pulak! “Apa nak takut. Bukannya hadap Sultan Brunei pun. Family, kawan-kawan, sedara mara dan cikgu-cikgu kita. Tu aje, sayang.” Tenang dia menjawab.

“Lagi ramai, lagi lambat habis. Sakit kaki…” rengekku bagai anak kecil. Farhan senyum senang. Tanganku yang berada di atas riba ditarik lalu digenggam erat.

“Takpelah. Sehari aje. Lepastu takde dah. Momen terindah untuk akan datang. Abang kan ada.” Ayat penyejuk hati. Dan aku mulai selesa dengan keadaan itu.



SEMASA sibuk meneliti apa yang patut untuk majlis resepsi, mata tertancap seseorang. Orang itu juga perasan aku pandang dia. segera dia melambai tangan. Aku? kaku tak bergerak.

“Humairah!” Nazatul jerit gembira. Tubuhku dipeluk. Pipiku dicium mesra. Aku senyum terpaksa. Terkedu! Ayat yang paling tepat.

“Buat apa dekat sini? Beli baju ke?” tanya Nazatul ceria.

“Err… haah. Err.. tak… tak… err…” belum sempat nak beritahu, satu suara memintas.

“Baju pengantin.” Tekan Farhan dari belakang. Bila keluar toilet tadi, dia terdengar suara seseorang yang dikenali. Hati tak sedap. Terus saja intai apa yang isteri dia sedang buat. Betul sangkaannya. Nazatul ada disitu! Bahaya.

Nazatul tergamam. Dia memandang kami bersilih ganti. Lebih menghairankan apabila melihat Farhan selamba memeluk Humairah tanpa segan silu. Humairah pula menunduk.

“Mak..maksud Mirul?”

“Kami dah nikah semalam. Sorry la tak jemput. Tak ingat.” Sinis Farhan.

Menangis Nazatul disitu. Farhan boring. Benda sama. Fedup. Aku pula belas sama wanita itu. Tapi takkan aku tak pertahankan rumahtangga yang baru bina. Ingat, Mai. Jangan sakiti hati Farhan lagi. Dia dah banyak berkorban untuk kau.

“Kak Mel, kita jumpa nanti ya untuk urusan dewan sekali. Saya setuju dengan semua tu. Cuma tambahkan apa yang isteri saya minta tadi.” Farhan berbual sama kakak designer juga merupakan owner butik tersebut. Segala kelengkapan dan keperluan pengantin dilakukan sendiri wanita itu. Mesra pelanggan pulak tu. Servis bagus. Hebat!

“Okey, boleh aje.” Balas Kak Melinda mesra. Anak Puan Hanani memang seperti ibunya. Baik hati. Dapat pula isteri comel serta cantik seperti Puan Humairah. Cuma dia kurang berkenan pada wanita yang baru meraung di kedainya. Apalah budak ni. Pergilah menangis dekat luar. Buat drama pulak.

“Okey kak. Saya balik dulu.” Selepas berpamitan, aku dan Farhan berlalu keluar masa itu juga Nazatul memegang lututku membuatkan langkah terhenti. Farhan bengang.

“Mai… awak dah janji kan. Sampai hati awak buat saya macam ni,” rayu Nazatul.

“Hey! Kau tak payah nak merayu bagai. Aku muak la! Boring! Lakonan kau dah tak lut lagi. Pergilah cari orang lain, Nazatul. Jangan ganggu rumahtangga kami lagi!” tegas Farhan.

Makin meleleh airmata Nazatul. Aku pun nak meleleh juga. Sakit kaki kena tarik macam tadi! Tapi kupertahankan saja. Kasihan dia. Kalau aku kat tempat dia... mesti aku rasa benda yang sama dia lalui... “Naza… bangunlah. Jangan rendahkan martabat kaum Hawa.” Pujukku. Kaki dah semakin sengal. Peluh merenik di setiap lipatan.

Nazatul enggan. Aku pandang Farhan. Sayu. Abang… tolong… kaki… Bahasa isyarat kuhantar padanya. Farhan cepat bertindak balas. Dia terus menarik bahu lantas keluar dari butik tersebut. Aku hanya memandang dari jauh kerana Farhan memaut tubuhku dan menghalang pandangan. Nazatul terlepas begitu saja. Sesal pendapatan tak berguna.

“Itulah dik. Dulu dapat peluang disia-siakan. Sekarang jangan nak buat drama kat sini. Kalau nak beli baju, okey. Kalau tak mahu, sila keluar.” Suruh Kak Melinda garang. 

Nazatul tiba-tiba pitam. Kaget Kak Melinda!




KENNY Roger’s Roasters. Pertama kali jejak kaki di premis ini. Selalu tengok dalam iklan je. Meleleh air liur bak hang. Pestaim yaw! Huhu. Farhan pandang saja gelagat aku memerhati segenap ruang di kedai ini. Tercuit hati melihat telatah Mai yang bertanya itu dan ini. Kalau orang tak kenal dikata budak ni jakun.

“Sebelum ni tak pernah masuk sini ke?”

Aku geleng laju. “Tak!”

“Dengan pakwe pun takde?” Aku buat muka. Cari pasal ler tu. Farhan senyum nakal.

“Gurau je, yang.” Tertunduk malu aku bila dengar dia duk sebut perkataan sinonim sayang dan yang. Alahai… makin bertambah salji dalam hati.

Beberapa minit membisu, aku kebosanan. Makanan tak sampai! Pandang menu tu dah banyak kali dah. Pandang muka suami, malu. Pandang kerusi, meja, garfu, sudu dan bla..bla..bla. Farhan perhati je.

“Bosan ke?” soal dia. Angguk. Muka memang betul-betul boring. Sweetnya isteri aku ni lahai. Jujur.

“Nak main teka teki tak?” Terkebil-kebil biji mata.

“Soalan?”

“Apa perkataan yang merubah kepada nombor?” Hah? Soalan apatu? Pelik je bunyi.

“Soalan zaman bila ni?” Nak ketawa pun ada. Farhan tongkat dagu. Mata menikam mataku.

“Jawab je la.” Lembut dia mengucap.

Aku pun ikut tongkat dagu jugak. Lawan mata sape menang! Hehe. “Tak dapat nak fikir la. Kasi clue la.” Pintaku manja. 

Alahai manjanya dia... 

“Okey mungkin susah. Abang terbalikkan ea. Daripada nombor kepada perkataan. Clue 1…4…3…” sengih Farhan. 

Kebingungan. Apa ea 143? Nombor ekor ke? Nombor kepala? Ha ha ha. Tak lawak, Mai. Tengok dia sengih macam ada agenda aje. Semacam rasa suasana.

“Abang…” panggilku. Farhan senyum. “Iya, yang.”

“Baik cakap! Apa benda tu?!” desakku. Farhan ketawa. “Jawab je la.”

“Tamau! Ni mesti ada pape ni.” talarku. Farhan gelak halus. “Manade pape. Inilah nama teka teki. Kena fikir dan jawab. Salah, satu kiss.” Wah! Siap bersyarat. Apa??? Kiss???

“Hish! Tak nak la!” bantahku.

Give up ke? Halal lagi. Free of charge menggugur dosa.” Giat Farhan nakal. Aku juih bibir. Hmm kalau bab tu nombor 1.

“Kasitau la apa benda tu…” Sudahlah aku ni pang-pang-alang. Blur sikit semenjak jadi isteri orang. Lurus macam pembaris.

Farhan sengih kambing. “Betul nak tau? Tak menyesal? Double kiss tau.”

Aku cekak pinggang. Hamboi! “Bagitau jawapan dulu baru boleh pertimbangkan!” Berani nak lawan kakak sado ye.

“1…4…3… means…. I love you.” Seperti yang dijangka isterinya akan diam dan pipi mulai memerah. Farhan sengih nakal. Yes! Harapan cerah. Haha.

So kena triple kiss. Siap penerangan sekali. Yes!” Senyum tak bersalah. Cis!




SEHARI sebelum majlis berlangsung, aku dan Farhan melihat sebesar mana dewan. Aku banyak duduk memerhati apa yang Farhan dan designer itu bualkan. Tak faham! Sebab diorang banyak speaking London. Saya Cuma faham bahasa Urdu. Ekeke. Selepas siap, Farhan ajak makan sebelum pulang ke hotel.

“Malam ni abang nak keluar jap jumpa member.” Beritahu Farhan sewaktu menyendeng bahu kiri di dinding menunggu aku membuka kunci pintu bilik. Kami duduk berasingan. Aku dan keluarga, Farhan dan keluarganya. Mama bising bila aku pisah-pisah. Katanya lagi suami isteri takboleh pisah-pisah lagi dah. Aku senyum hambar. Takpelah. Nak juga merasa jadi pengantin sekali lagi. Haha! Logik punya alasan sampai mama tak sanggup nak tanya dah. Bukan mama je. Suami aku tu pun bebel! Aku senyum manja je dekat dia.  Kasi turun api kemarahan yang baru meruap. Hihi.

Member?” Bingung.

“Budak-budak aspura.” Tekan Farhan lagi. Oh… bulat mulut aku. Aiseh, pending lagi. Bilalah kau nak cerdik, Mai? Haih.

“Diorang nginap hotel ni juga ke?”

“Yep!”

“Kalau gitu Mai nak jumpa Wana boleh?” Kelip-kelip mata sikit. Mana tau tergoda dan beri keizinan. Hehe.

“Tak boleh!” tegas punya arahan. Waaa tak aci! Dia boleh. Aku tak boleh.

“Alaa… apsal pulak? Abang boleh.” Bentakku. Geram.

Farhan hela nafas. “Abang nak jumpa dorang bincang hal esok. Bukan suka-suka minum kopi, sayang.” Gigit hidung karang!

Aku garu kepala tak gatal. Oh yeke. Ingat nak borak kosong kedai kopi. Maaflah abang. Misunderstanding. “Heee sorry.”

Double.” Waa tak aci! Hutang lagi ke?

“Mana boleh!”

“Boleh. Kuasa kat tangan abang.” Dia senyum jahat. Ah! Benci la cenggini. Sesuka hati guna kuasa veto dia. Mentang suami. Tindas isteri la ni? Cis!

“Abang tak adil!” bantahku keras. Malam ni abang tidur luar. Erk! Memang bukan dia tak tidur sama ke dengan kau, Mai? Ahaks!

“Oh… kata abang tak adil. Okey triple.” Gertak Farhan lagi. Waaaaa! Rasa nak ketuk kepala! Ini tidak adil dan saksama!

“Kita jumpa di court.” Ugutku.


Farhan gelak terbahak-bahak.




p/s: assalamualaikum... taraa! depa dah kahwin. happy x??? muehehe.. miss da makin merepek karang cerita. mesti korg bosan kan? huhuhu. nnt ea klu ada kesempatan miss sambung lg... (idea dtg sikit2. alhamdulillah) :)


p/s: maaf la kalau terlebih 'gula'. sy memang suka kalau ada 'gula' pasir atau gula tebu bebanyak. ekekeke


p/s: maaf ya ada pertukaran bab. sepatutnya 26. hehehe. miss da amnesia sekejap.

18 comments:

  1. nangis happy...huuuu keep it up sis....
    salam dari indonesia.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee salam dari malaysia... terima kasih sudi baca ^^

      Delete
  2. terbaik la miss....tq miss

    ReplyDelete
  3. awwww best besty best!!!! memg best le

    ReplyDelete
  4. best sgt2... nak bab 27 pulak miss sayang

    ReplyDelete
  5. Bestnya sweetnyaaa.....happy giler....tq miss...next n3 sweet2 lg tau....tp...nazatul tu....alahaiiii....

    ReplyDelete
  6. Akak bile nak sambung lg ni...
    dah lm menunggu..tolong lh sambung...

    ReplyDelete
  7. Akak..cpat smbung!!best nyer...sy0k giler ni..~~~~

    ReplyDelete
  8. Akak...
    dimana kah gerangan diri mu...
    tak de new entry lg ke..??

    ReplyDelete
  9. Misssssssssss......dimanakah dirimu missssssssss.....semua dh misss dgj mai dn farhannnn...nihhhhh.....ohhhh...misssssss

    ReplyDelete
  10. Best bila nq smbung miss

    ReplyDelete
  11. nyampah nye nazak tu

    ReplyDelete
  12. farhan ngade eeea

    ReplyDelete