Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Friday 14 November 2014

Soulmate Forever Bab 27

BAB27

BUSANA labuh berwarna biru turquoise digabung dengan selendang berwarna senada tersarung kemas di tubuh. Mak andam mengepit kain layah berwarna krim transparent di atas kepala. Tiada mahkota mahupun tiara tetapi diganti dengan cekak emas yang dikait bersama kain layah menampakkan lagi keanggunan dan keayuan mempelai. Muka entah berapa kali touch-up, pengantin sendiri tak terkira. Jantung bertalu-talu tika melihat jam dinding. Tapak tangan basah dengan peluh. Hari keramaian! Hari yang ditunggu-tunggu semua orang. Hari penutup untuk majlis kami. Tertelan air liur dibuatnya saat pihak lelaki memberitahu agar get ready. Itu tandanya… Farhan sudah siap!

Mama! Mai nak balikkk! Jeritku dalam hati.

“Cantiknya anak mama ni,” puji mama.

Aku tunduk malu. Pipi memerah. Kenalah dengan namaku. Humairah = pipi yang kemerahan.

“Yana tak sangka kakak Yana boleh berubah jadi macam ni. I’m speechless!” Yana kesat airmata. Serius kakak kesayangan dia ayu giler hari ini! Tak tipu. Berubah 360 darjah. Lain benar dengan cara dan gelagat. Tampak berseri. Pengantin baru katakan.

“Manade. Akak biasa je la.” Rendah aku menutur cuba menutup perasaan segan yang menebal. Yana dan achik senyum nakal di dalam cermin. Aku menjeling.

“Mana taknya Abang Amirul terpikat. Jelingan Kak Mai… pergh! Masyukk oo. Menusuk jantung!” giat achik nyakat.

Membulat mata aku. Ada yang nak kena gulai gayanya! Yana menggutis lengan adik kecik sorang tu membuatkan achik mengaduh kesakitan. “Adeh… adeh! Kak Yana, sakitlah!”

“Amboi, kemain eh! Ingat sikit. Awak tu kecik lagi.” Achik memuncung. Ala, salah ke orang cakap?Emosi betul kakak aku ni! omel achik.

Aku dan mama geleng kepala. Adoiyai adik-adik.

“Kak Mai, janji ea. Kalau kakak dah duduk dengan Abang Amirul, kakak tak lupakan achik kat sini.” Mataku tertunak pada achik yang tiba-tiba syahdu. Matanya bergenang. Mungkin dia rasakan bila aku sudah berkahwin aku bakal meninggalkannya. Aku akan pergi jauh darinya. Kakak sulung yang akan berhijrah mengikut suami. Achik…

Tangan achik aku genggam erat. Tak akan terlepas lagi. Sampai aku mati. InsyaAllah. Tangan pertalian darah. “Dik… kakak tak pernah lupakan adik-adik kakak. Mana kakak pergi kakak ingat korang. Sebab korang adik kakak. Darah daging kakak. Kakak takde abang, takde kakak lain. Kakak cuma ada korang tempat gaduh, tempat gelak, tempat mengadu, bermanja. Kakak sayangkan korang. Kakak takde adik lain selain korang.” Ucapku dari hati tulus. Aku dah tak kira pasal rupa aku yang dah comot kerana rembesan air mata. Yang aku kesahkan sekarang adalah adik-adik. Walaupun aku sudah berkahwin, mereka tetap tanggungjawab aku.

Achik tanpa bertahan lagi terus mendakap tubuhku. Tangisan semakin jelas kedengaran. Terhinggut-hinggut dia menangis di bahuku. Aku mengusap belakang badannya. Meminta agar dia bertenang. Mata mengerling Yana. Matanya memerah. Mama kuintai. Juga menangis. Mak andam? Lagi dahsyat. Siap berhingus lagi!

“Haih. Syahdu pulak akak tengok korang ni. Meh sini makeup balik. Aduii… habislah barang makeup aku.” keluh mak andam bernada mengusik. Hidung berair dikesat guna tisu.

Kami sekalian tertawa.

 ************


SEMUA dah sedia. Mulut terkumat-kamit membaca basmalah dan apa saja ayat suci Al-Quran yang terlintas di kepala. Makin meningkat kadar denyutan jantung tatkala pintu bilik persalinan dibuka Yana. Seram sejuk! Cameraman tak melepaskan peluang menangkap gambar aku. Bukan seorang malah tiga orang! Gila ah! Aku bukannya artis. Haih. Ni mesti kerja Farhan. Bila aku mendekat, baru terperasan.

“Khai???” Tersentak aku.

Khairul senyum sambil buat simbol kedamaian. Peace, Mai! Dia salah seorang cameraman??? Aduhai… masak aku!

“Sejak bila kau ikat kontrak jadi photographer tak bertauliah?” sindirku sedas cuba menutup malu kian menebal.

Khairul gelak. “Sejak semalam. Ini atas permintaan suami terchenta. Hey aku ada ambik diploma photographer okay. Bertauliah lagi.” Balasnya bangga. Kembang kempis hidung.

Aku senyum menggeleng. Kan dah agak! Mesti kerja ‘dia’.

“Pengantin perempuan berdiri di sebelah pengantin lelaki nanti sebelum berarak ke dewan besar. Ibu ayah pengantin berdiri sebelah pengantin untuk tangkap gambar sebelum bersanding.” Ujar ketua jurugambar yang diupah Farhan ketika aku berbual sama teman-teman. Mereka sama sekali tak sangka itu adalah aku. Berulangkali tenung dengan mata panda mereka. Geli hati dibuatnya.

Mataku terus tertancap pada wajah nan itu sebaik dia melangkah keluar dari bilik persalinannya. Hanya berjarak 10 kaki. Bilik persalinan kami selang sebilik saja. Dan dia…. sungguh segak. Lain sama sekali tika akad nikah haritu. Berpakaian adat istiadat perkahwinan Melayu. Senyuman ‘agung’ yang terserlah menampakkan lagi kekacakan. Jantung makin berdegup kencang tatkala perlahan kaki menapak kearahnya diikuti mama, Yana, achik, rakan-rakan dan saudara mara yang lain atas arahan ketua jurugambar. Wakil pihak perempuan. Berdiri separas bahu dengannya membuatkan aku khayal sebentar apabila minyak wangi yang dia pakai melalui rongga hidung. Haruman menggoda. Aku paling suka bau Farhan. Wangi dan kelelakian!

Sweetnya korang,” ujar Iman teruja. Rakan-rakan dan saudara mara tak melepas peluang mengambil gambar kami berdua. Tak berhenti flash dan bunyi kamera. Menggeletar badan menahan gemuruh. Aku senyum sikit bagi hilang debaran menggila.

“Lagi sweet kalau berpegangan tangan.” Mama Nani meriuhkan suasana. Tangan kananku disilang atas tangan Farhan kemudian dirapatkan. Menderu darah naik ke muka! Malu!

Gamat seketika di hadapan bilik persalinan. Aku makin menekur segan. Hati merah jambu! Farhan senyum malu-malu. Telinganya merah. Wajahnya juga kepanasan. Hai… adat la kena usik waktu kahwin. Lepas ni tak dak dah.

“Eceh! Wei kau tengok. Firstime kot tengok ketua pengawas kita ni malu oww!” sakat Putera. Semua ketawa terbahak-bahak.

Farhan dah tak tahu nak buat apa. Hanya senyum dan senyum. Sesekali dia mengerling sang isteri di sebelah. Tunduk aje. Pipi yang diidamkan kemerahan menahan segan yang bertandang. Cantiknya bidadari abang, bisik hati kecil. Serius terpegun melihat si dia menyarungkan sepersalinan pengantin berwarna turquoise yang menjadi idamannya. Sangat cantik! Tak terungkap dek mulut.

“Tahniah, Han. Akhirnya korang sampai ke jinjang pelamin. Macam-macam korang harungi. Aku sebagai kawan merangkap sepupu doakan kau dan Mai bahagia hingga syurga. Jaga Mai elok-elok tau.” Izuan memeluk tubuh Farhan. Lama. Mungkin dia mulai terasa kehilangan seorang sahabat akrab, seorang sepupu paling rapat.

Aku pandang gelagat mereka. Sahabat dan suami. Mereka saling melengkapi. Betapa bertuah aku memiliki mereka. Sangat memahami dan penyayang. Terlalu ambil berat perihal aku tidak kira susah mahupun senang. Moga ikatan yang bertaut tak terputus.

“Ni yang sedih ni. Huuuu…” Hakim pura-pura kesat mata. Semua tergelak sakan.

“Okay pengantin. Get ready.” Kata ketua jurugambar lagi. Masing-masing sudah bersiap sedia. Mama menghulur sejambak bunga mawar putih kepadaku tanda penyeri seraya tersenyum mesra. Sebelah tanganku dalam genggaman suami. Sebelah lagi memegang kuntuman bunga. Bagai princess. Pengapit aku adalah Wana. Manakala pengapit lelaki ialah Izuan. Menunggu untuk habiskan semua ini tersangatlah lama. Haiya… gemuruh dada tak usah habaq la. Rasa nak tercabut keluar jantung aku ni. Berpeluh badan jangan dicakap. Agak sebaldi penuh! Phew. Peluh di dahi mulai meleleh. Wana yang perasan terus mengelap menggunakan tisu.

Thanks,” ujarku sambil senyum padanya. Wana membalas. “No biggie. Lepas ni kita bergambar banyak-banyak ea?” Kami ketawa halus.

“Okay. Pengantin dah boleh turun.” Ketua jurugambar bercakap pada walkie-talkie lalu menyuruh kami turun.

Farhan memulakan basmalah lalu menarik tanganku untuk berjalan. Langkah seiring dan sejalan. Seiring kompang yang ditempah untuk majlis kami bersama lagu kompang dipalu. Sedari di atas hingga turuni tangga, keliling tetamu memerhati. Jemputan beribu Farhan cukup menggamat suasana. Kamera tak berhenti menangkap gambar kami. Aku cuba untuk mententeramkan perasaan debar gila macam nak gugur jantung dan mencuba untuk pijak di bumi nyata saat kaki mencecah lantai. Aku dah kahwin? Aku? Kahwin? Uwaaa!

Dalam pada itu, mataku tertancap seseorang. Dia senyum kepadaku. Senyuman bahagia. Eh? Itu bukankah Eriq?

“Abang,” bisikku. Farhan menoleh.

“Abang jemput Eriq?” soalku perlahan. Sambil itu mata memandang depan dan senyum pada tetamu yang hadir. Cover, Mai! Kang tersungkur malu kau dapat. Huhu.

“Dia pun kawan abang juga. Kawan kita.” Aku angguk mengerti. Ya. Kawan. Senyum kuukir hingga ke pintu masuk dewan. Saat kaki menjejak karpet merah, mata terbeliak besar. Bagai nak terjojol keluar. Hilang keayuan!

Oh my God!!! Itu akukah??? Skrin besar terpapar gambar aku sewaktu kecik, meningkat remaja di alam persekolahan (waktu gaduh-gaduh dan berperang dengan suami sendiri) dan gambar sewaktu aku menjadi tunangnya di dalam dewan tersebut bersama rentak lagu For The Rest Of My Life nyanyian Maher Zain menambah rasa gamam di jiwa. Aku ternganga memandang Farhan sambil berjalan. Dah tak hirau tetamu dok tengok, gambar aku yang mereka tangkap bagaimana rupa. Terlupa diriku sebagai raja sehari.

Farhan yang terasa diri diperhatikan segera kalih.

“Abang?”

Its surprise,” bisiknya nakal. Senyum tampan menghiasi bibir.

     Terkedu. Dari mana dia dapat….? Gambar aku waktu kecik…? Misteri sungguh lelaki nama Farhan. Jikalau tak silap aku, gambar-gambar waktu aku kecik dulu tersimpan kemas di dalam kotak khas. Bagaimana dia..,? Argh! Kusut kepala fikir!

Farhan memimpin aku naik ke atas pelamin yang direka indah bersama tema putih biru. Majlis menepung tawar meraikan pengantin disusuli bacaan doa oleh abah tanda memberkati dan merestui persandingan kami dengan di aminkan ribuan tetamu. Dalam hati tak tergambar rasa syukur. Aku sudah selamat. Selamat menjadi isteri kepada Tengku Amirul Farhan Tengku Umar. Tiada lagi keraguan timbul. Ya Allah, jika aku rusuk kirinya yang hilang… panjangkanlah jodoh kami hingga ke jannahMu. Air mata bahagia menitis.



******************



OKAY say cheeseeee!”

Kami beramai-ramai menghabiskan kodak film Hakim. Bermacam gaya dan ragam kami semua. Wana dan Syafiq tak habis-habis bergaduh. Asalehe betul budak berdua tu.

“Wei kepala kau dah la macam tembikai. Tunduk la sikit! Tak nampak muka vogue aku!” kutuk Wana.

“Eleh nak salahkan orang. Dah tahu diri pendek ada hati nak duduk belakang. Perasan vogue konon. Uwek!” jelir Syafiq tak mengalah.

Wana cekak pinggang. Ditonyoh-tonyoh bahu Syafiq menggunakan dua jari. Mengaduh kesakitan jejaka berbaju Melayu biru terang itu.

“Wei apa ni? Sakitlah perempuan!” marah Syafiq.

“Memang aku perempuan! Kenapa? Tak puas hati? Berani kau cakap aku pendek?!” geram Wana terketap-ketap bibir. Syafiq buat muka. Betul what. Dah la pendek. Ganas pulak tu. Malang sape dapat dia buat bakal bini. Akulah tu. Uwaaa!

Aku disebelah Farhan terketap-ketap mulut tahan gelak dari meletus. Tak cun la pengantin ketawa kuat-kuat. Hilang ayu kot! Namun gegaran badan dapat dirasai Farhan disebabkan tubuh kami rapat dan saling bersentuhan bahu. Farhan menarik tanganku lalu digenggam erat. Matanya merenungku. Menggoda dan menikam kalbu. Aku tertunduk malu. Hati pink!

First of all, aku nak ucapkan tahniah pada korang. Aku tak sangka dan tak jangka korang akan sampai ke jinjang pelamin. Dan Farhan… aku nak buat pengakuan. Aku pernah TERsuka isteri kau ni.”

Terbuntang biji mata aku mendengar ucapan YB Hakim. Erk?? Tercekik tulang ikan! Farhan muka relax aje.

“Tapi tu dulu tau. Masa Mai mula-mula masuk sekolah. Sekarang takde dah. Swear!” Jari diangkat tanda sumpah. Aku dah tak tahu nak letak muka dekat mana. Darah menyerbu. Gilalah Hakim ni!

Semua pandang semacam. Krik krik. Panahan membunuh.

“Han?” tegur Aizat bila Farhan tak membalas. Berangkah lelaki itu? Yang si Hakim pun satu. Apalah masalah ungkit kisah percintaan tak kesampaian dia pada suami pengantin? Kalau akulah dapat tahu memang debik muka jawabnya!

Hakim dah takut-takut bila Farhan tak balas. Diam dan terusan merenung dirinya. Suasana mula bahang. Aku dah tak keruan. Sudah! Jangan ada gaduh-gaduh pulak. Aku tak nak kawan berpecah. Tangan Farhan kutautkan kembali. Memberi isyarat yang aku tiada apa-apa perasaan pada Hakim.

“Kalau nak rasa muka tu kena pecah bengkak bertahun-tahun, buatlah.” Kedengaran lawak namun ada selitan tegas di situ.

Semua gelak terbahak-bahak. Tahu Farhan hanya bergurau. Hakim sengih peace. Aku mengeluh lega.

“Tak tak! Selamanya Mai milik kau. Aku dah ada Anisa. Ops!” Terlepas! Hakim tutup mulut. Semua terkedu. Mata Hakim dicari.

What?!”

Who’s?”

“Anisa???”

“Kawan sekelas kita??”

Semua tak sangka. Hakim sengih perlahan-lahan sebelum buat simbol kedamaian. Semua pakat mengusik. “Woooo! Dengan Nisa rupanya kau! Patutlah rapat semacam aje!” sakat Khairul.

“Patutlah dia selalu upload picture Anisa.” Seloroh Aizat selamba. Hilang keresahan hati tadi. Drama queen semata hoh!

Semua ketawa terbahak-bahak. Aiseh. Kini giliran Hakim pula yang segan. Memerah muka. Aku tumpang senyum. “Pandai kau ya, Kim? Diam-diam dengan Nisa. Bila pulak nak bau nasi minyak pihak kau ni?” gurauku mengundang tawa rakan-rakan.

“Nakalnya sayang abang ni,” Farhan mencuit hidungku. Manja. Aku mengelak mengada. Eheh!

“Amboi! Manjanya korang. Haish! Ni yang buatkan nafsu kahwin aku melonjak ni. Haih! Mummy, Ash nak kahwin jugak!” jerit Ashraff menyindir kami berdua.

“Bhahahaha!”

Riang ria di majlis perkahwinan. Farhan mengerling nakal. Aku senyum menunduk. Gengaman tangan tak dilepaskan. Pautan di pinggang makin dieratkan. Bahagia. Itu yang aku rasa kini.






DI AKHIR majlis, seorang wanita datang menemuiku. Aku terpaku. Sara?

“Selamat pengantin baru, Mai!” ucap Sara seraya memelukku erat. Aku membalasnya teragak-agak. Masih tertanya-tanya. Bagaimana dia boleh ada di sini? Setahu aku, aku tak menjemputnya. Kerana aku tak mahu sesiapa pun dari budak UiTM tahu aku sudah berkahwin.

“Terkejut macam mana aku tahu kau kahwin?” tebaknya. Mengena sekali!

“Aku dapat tahu dari suami kau. Dia jemput aku dengan kad kahwin ni.” Sara menayangkan kad perkahwinan kami kepadaku untuk membuktikan dia datang atas undangan. Oh abang jemput rupanya!

“Maaf Sara. Aku bukan tak nak jemput tapi aku tak mahu budak U tahu aku kahwin. Aku takut Sara. Maaf ea.” Pintaku bersalah. Jujur aku akui aku terlalu pentingkan diri sampai terlupa Sara. Khilafnya aku ya Allah.

Sara senyum menggeleng. “Takde hallah. Aku faham. Suami kau dah ceritakan semuanya pada aku. Aku pun nak minta maaf sebab kerana aku, kau accident.”

Terlongo aku. “Eh! Bukanlah. Bukan sebab kau.”

“Ya. Sebab aku. Kalau aku tak jerit panggil Aki masa tu, mungkin kau akan selamat dari accident. Maafkan aku, Mai.” rayu Sara seikhlasnya.

Aku menggenggam tangannya. Sara… sahabat baik di universiti. Aku jua mengharap aku sama-sama dapat grad dengan dia tetapi Allah telah merancang segalanya. Ada hikmah di sebalik semua ini. Selepas bertukar cerita, bergelak ketawa, Sara meminta diri untuk pulang. Sekali lagi kami berpelukan erat. Sayu hati hendak melepaskan dia pergi.

“Yang lepas biarkan lepas. Abang kan ada,” tegur Farhan di sisi, entah bila dia muncul aku sendiri tak pasti.

Kutoleh padanya. “Thanks, abang.” Ujarku bersama renungan air mata. Abang dah celikkan mata Mai. Mai mudah melupakan sesuatu perkara.

Farhan memaut bahuku. Aku meletok kepala padanya. “Walau apapun terjadi, kawan itu tetap kawan. Susah senang dia kawan kita. Tarik dia ke pangkal jalan semula sekiranya dia tersasar dari landasan. Sama juga dengan kita. Ingat pesan abang,” tutur Farhan sebagai seorang suami.

Jujur, aku sayang dia sangat-sangat!


4 comments:

  1. Akhirnya Ada juga entry Baru.. Huhu.. Tapi citer Ni dh nk hbis.. ��

    ReplyDelete
  2. Ni yang syg miss lebih nih.....miss...cept2 post smbungn dia...

    ReplyDelete
  3. Ahhhh.....akhirnyaaaaaa...

    ReplyDelete