Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Sunday 12 October 2014

Soulmate Forever Bab 23

PANJAT SYUKUR dihati semua orang tatkala melihat perubahan positif. Doktor Raihan mengesahkan Humairah telah sedar walaupun belum sepenuhnya kerana masih ada ubat bius di dalam badan. Perubahan yang tak dijangka! Doktor sendiri terkejut. Kadang kala sahaja kes sebegini terjadi. Berkat keberkatan Tuhan Yang Maha Esa menyembuhkan segalanya.

Waktu melawat. Semua wish aku yang terbaring lemah. Dalam posisi separuh duduk (Fowler’s), aku dapat melihat seluruh ahli keluarga dan rakan-rakan. Senyuman yang sangat-sangat lemah aku pamerkan pada mereka.

“Alhamdulillah. Aku berdoa siang dan malam supaya kau sembuh, Mai. Syukur sangat-sangat!” kata D sebak. Kawan aku dah bangkit!

Aku hanya senyum. Terima kasih, D! Bukan sahaja D, malah semua rakan yang mengenali dan menziarahiku memberi ucapan sebegitu membuatkan hati sebak dan terharu namun apakan daya, aku tidak mampu untuk membalas kerana kesakitan masih terasa di kerongkong. Suara tak terkeluar.

“Lepas ni mama tak risau dah. Anak mama dah kembali sihat.” Mama mengucup pipi kiriku.

“Mama pun sama. Mama rindukan Maira. Kami semua rindukan sayang.” Mama Nani mengucup pipi kananku pula. Kini aku diapit kedua-dua ‘mama’!

“Te…. Terr.. terim…. Kaa… kassihhh….” Tersekat-sekat suara menutur. Nafas kutarik berulang kali bila nak bersuara namun ditegah Papa Umar.

“Jangan dipaksa dia bercakap. Dia masih lemah lagi.”

Farhan berpeluk tubuh di depan meja kardiak bersama Izuan dan geng-geng aspura lain. Mereka dah berpakat. Sekiranya Mai sedar atau ada apa-apa berita tak kira baik mahupun buruk, mesej akan disampaikan dan mereka akan berkumpul. Sahabat sejati takkan terpisah!

“Agaknya Mai sedar sebab orang tu balik kut,” Iman mula menggiat nakal.

Masing-masing senyum nakal. Geng-geng aspura dah faham. Faham sangat! Mama-mama, papa, abah dan adik-adik lain semua tersenyum-senyum.

Memerah pipi aku dibuatnya. Nak saja cubit bibir mungil minah Kedah tu! Time aku macam nilah dia nak usik! Isk! Geram!

“Takk… takkk… de…. Im… annn…” terbatuk-batuk aku dibuatnya membuatkan mama bingkas menyuakan air. Mama Nani mengusap dadaku perlahan. Indahnya ada dua mama!

“Mai… sorryyyyyy…” pohon Iman bersalah bila Humairah seakan tak terdaya. Ya Allah, janganlah jadi apa-apa.

Ayork! Iman! Kau buat. Haaaa!” Sakat Putera pula. Siap dengan jari telunjuk bergoyang tu/ Khairul dan Hakim geleng kepala. Habislah…. Ekeke!

Iman dah gigit bibir. Rasa bersalah sangat.

Aku geleng kepala sambil cuba kuntum senyum. Memberi makna takde apa-apa. Aku okey aje.

“Sudah la tu. Biarkan dia berehat. Esok-esok jenguk lagi. Banyak masa untuk dibualkan.” Aizat memahami kondisi. Pesakit memerlukan rehat secukupnya. Takkan nak ganggu pulak kan. Lagipun kasihan Mai nak menjawab segala persoalan padahal baru sedar beberapa jam tadi.

Selepas bersalam dan berpeluk cium, mereka meninggalkan aku. Tak sampai lima minit, Farhan masuk semula. Mama Nani dan mama berdakap erat untuk pulang.

“Angah nak jaga Mai ke malam ni?” Soalan mama lah yang paling ditunggu-tunggu! Hehe. Farhan mengiakan.

“Boleh ke aunty?” tanya Farhan pada Aunty Husna. Minta izin dulu.

“Boleh aje tapi jangan lebih-lebih ya! Tunggu nikah nanti.” tegas mama dalam nada lembut. Mama Nani ketawa kecil. Farhan tunduk malu. Kadang-kadang tak dapat dikawal. Eheks! Boleh ke gitu?

Selepas dua wanita berpamitan, Farhan ambil tempat di kerusi bersebelahan katil. Mata menyorot gadis itu. Lama. Bagai melepas rindu. Begitu jua aku. Menatap wajah lelaki yang mendapat tempat di hati. Aku hanya tersenyum pahit. Tanpa sedar, air mata berlinang. Farhan kesat perlahan.

“Sakit lagi?”

Aku geleng.

“Nak air?” Pun sama. Geleng juga.

“Habis tu kenapa menangis?” lembut Farhan menyoal.

Aku yang pada mula tahan air mata terus lebat dan kedengaran esakan kecil membuatkan Farhan bingkas berdiri.

“Mai… okey tak ni? Aku panggil doktor?” Kalut Farhan.

Aku geleng kepala lagi. Tak. Bukan tu.

Farhan mula tak sedap hati. Dah kenapa sayang aku ni nangis bagai nak rak? “Sakit sangat?”

“Takkk…”

“Jaa…jangan…ti…gal….aa…aku…” sepatah-sepatah Farhan cuba dengar ekoran suara Maira yang tersangkut-sangkut itu. Volume juga paling rendah tahap satu hinggakan Farhan terpaksa mendekatkan telinga ke bibir Maira. Lama sikit baru dapat tangkap. Oh!

“Jangan tinggalkan kau?” Farhan mengulang balik ayat. Aku angguk kepala. Lega bila dia faham bahasa yang cuba aku gunakan. Phew!

Farhan senyum menawan. “Aku takkan tinggalkan kau lagi, sayang.” Sayang? Ngee



MIMPI NGERI! Sebaik tersedar, cepat-cepat aku cari dia. Tiada! Mana pulak perginya?? Farhan! Hendak panggil suara tiada. Rasa nak lari saja dari wad. Badan menggigil. Peluh merenik di dahi dan tapak tangan. Mata menala ke arah pintu. Bila-bila masa saja boleh terbuka. Dan yang paling ditakuti ialah si pembuka pintu tersebut. Harapnya janganlah dia! Tolong jangan dia!Tolong,…..

Krekkk… Pintu dibuka. Aku rasa nak menjerit. Jantung laju berdegup. Tidakkkk!

“Mai?” suara yang sangat-sangat aku kenali. Farhan!

Berguguran airmata kuseka dengan tangan bercucuk IV Drip. Farhan yang sepertinya baru pulang dari hospimart terus menerpa.

“Kenapa ni?” Risau dia. Asal datang aje nangis. Sakit sangat ke? Tinggalkan sekejap je pun. Alahai.. alamatnya memang tak boleh kena tinggal terus la.

“Pe…pergi…. Ma… na?” soalku setelah reda.

“Dari hospimart beli air.” Farhan unjuk beg plastik berisi air kotak. Oh. Ingat ke mana.

“Ja…jangan… tinggal… aku… sorang…” pintaku. Aku perlukan teman. Aku tak mahu bersendirian. Bayang-bayang Aki kelihatan di mana-mana membuatkan diri diselubungi ketakutan. Mahu mengadu payah benar hendak menutur.

Farhan tak jadi hendak letak barang. Mata menikam anak mataku yang sembap. Fikirannya menangkap sesuatu. Kesan peluh di wajah kekasih hati membuatkan Farhan kelu lidah. Bermimpikah? “Kau… masih takut… dengan Aki?” duga Farhan.

Ya! Nak saja aku jerit.

“Jangan risau, Mai. Selagi aku ada dekat sini, Aki takkan berani datang sini.” Itu janji Farhan namun aku masih tak mampu nak percaya. Firasat hati kuat mengatakan dia akan datang ke sini. Aki licik! Dia pasti tahu di mana aku berada.

“Aku takut,” jujurku tanpa rasa malu lagi.

“Aku ada dekat sini. Apa-apa terjadi, aku akan protect kau. Dia kena langkah mayat aku dulu untuk dapatkan kau. Tak payah risau sangat pasal tu. Yang penting sekarang kau kena sihat. Cepat keluar dari wad, boleh duduk kat rumah. InsyaAllah dia takkan kacau.” Nasihat Farhan.

Aku hanya mengangguk lemah. Aku cuba……

“Lagi satu, lepas kau dah sembuh…. Aku ingat nak langsung majlis nikah kita.” Aku cepat kalih pandang si dia yang sedang mencucuk straw ke minuman berkotak. Apakah???

“Aku dah tak sanggup nak lama-lama lagi. Penat dah. Aku kat sana. Kau kat sini. Selagi kita tak ada sebarang ikatan, Aki akan ganggu kau mungkin sampai bila-bila. Aku tak mahu! Aku tak mahu tengok kau sakit lagi… aku tak nak tengok kau lemah macam ni… aku nak Mai yang dulu.” Apa yang terbuku di hati begitu jelas di pendengaran aku bikin hati tersentak dan dada berdebar.

“Kau sudi tak jadi penyambung tulang rusuk kiri aku?”

Pertanyaan maut! Aiseh dia ni pun. Tak nampak ke aku dalam keadaan yang macam mana? Ingat romantik? Nasib ada feel sikit.

“Tak sudi.” Kataku laju.

Tampak perubahan ketara pada airmuka pemuda itu membuatkan hati tercuit suka. Sesekali kenakan dia apa salahnya kan? Asyik-asyik dia je yang kenakan kita. Tak aci!

“Mai…” rengek Farhan manja membuatkan aku tergelak sedikit. Alahai… anak sapolah ni oit. Manja mengalahkan kanak-kanak.





SELEPAS solat, langkah diatur kembali ke bilik tersebut. Namun baru nak pulas tombol pintu, mata tertancap sesuatu.

“Nazatul?”

“Amirul,” seru Nazatul.

Farhan tak jadi hendak masuk ke dalam wad sebaliknya merenung tajam gadis yang sedang menapak ke arahnya.

“Buat apa dekat sini?” Nazatul cuba menceriakan suasana.

“Kau tu buat apa dekat sini?” tegang aje nada suara.

“Naza baru dapat tahu dari someone yang Humairah masuk hospital sini. Tu yang Naza nak ziarah.”

“Buat apa kau nak jumpa dia? Nak ungkit balik kisah lama? Nak mengadu, nak menyesal? Reka cerita lagi? Gitu?” Sinis Farhan.

Terkedu Nazatul. Setepek kena muka!

“Tak. Bukan macam tu. Naza sebenarnya…”

Farhan cepat memotong. “Aku malas nak dengar kau bebel. Aku tak nak kau jumpa dia. Lagi! Tak kisah dari mana kau dapat news tapi aku tak izinkan kau jumpa dia! And please jangan nak tunjuk kau tu suci sangat takde dosa, insan teraniaya segala. Aku dah muak dengan lakonan kau!” cemuh Farhan lagi.

Titisan air mata yang mengalir di pipi mulus itu langsung tak menyejukkan hati Farhan. Kosong! Takde makna dah. Kalau Mai tu lainlah cerita. Ini perempuan yang takde kena mengena dengan hidup dia lagi. Buang masa!

“Sampai hati Mirul buat Naza macam ni…”

“Aku dah tak peduli la sampai ke tak sampai! Masa kau buat aku dulu,kau tak terfikir pulak! Jangan ingat aku tak tahu yang kau sebenarnya ada affair dengan budak MRSM tu. Konon kata walid tentang la bangkang la padahal nak tutup malu sendiri! Sampaikan tunang aku pun kau hebah cerita rekaan kau tu. Apa niat kau sebenarnya hah?!” geram Farhan.

“Naza takde niat apa pun. Cuma…”

“Cuma apa?! Nak pisahkan kami? Kau dendam sebab tak dapat aku? Macam tu?” Nazatul terdiam. Pecah tembelang…. Dia lupa bekas kekasihnya itu bijak menilai. Perisik terhebat!

“Satu je aku nak cakap. Tak guna kau tutup dari atas sampai bawah tapi mulut kau macam longkang. Hati busuk. Dengki dengan kebahagiaan orang lain. Tolonglah jangan ganggu kami lagi. Kalau aku dapat tahu kau cuba ganggu Mai lagi, siap kau. Sampai lubang cacing aku cari.” amaran keras diberi Farhan tanda dia tak main-main. Perempuan licik!


Belum sempat Nazatul nak membalas, Farhan terlebih dahulu masuk ke bilik yang menempatkan Humairah. Nazatul tersandar di dinding. Apa nak buat. Nasibnya begini. Ditolak sana… di buang sini… menangis laa tak berlagu!

“Apa yang bising-bising kat luar tu?” Ada show ke? Riuh semacam je. Wah! Wah! Ada konsert tak ajak? Isk! Kau kan sakit, Mai. Sedar diri tu sikit.

“Takde pape.” Balas Farhan pendek. Dia melabuh punggung ke sofa. Penat! Nafas dihela. Macam-macam kerenah. Ada lagi rupanya perempuan tu. Ingat dah lari ke India.

“Farhan,”

“Hmm?”

“Bila aku boleh balik?”

Mata Farhan celik. Soalan yang sama setiap hari. “Tunggu la lagi seminggu dua. Ikut keputusan doktor. Buat apa nak balik awal? Rehat lama-lama. Bila dah ada kat rumah lagi busy nanti.”

Eh eh dia ni! Suka hati aku la nak balik. “Apesal pulak makin sibuk?”

“Sebab kau kena prepare untuk majlis nikah kita pulak.” Selamba aje dia berkata.

Erk?! Tercekik! Gila awal! Cepat tu.

“Tak mahu la awal.” Bangkangku. 

“Habis tu nak bila? Aku dah peruntukan dalam tempoh tiga bulan dari sekarang. Sebulan lepas kau sembuh. Nak kursus semua tu. Tak payah wedding of the year. Buat biasa je. Nikah kat rumah.”

Kuciwa! Meraung hati. Sampainya hati dia buat semua sendiri tanpa mendengar luahan hati dan kehendak dari belah perempuan. Adil ke begini? Mana keputusan aku? Pilihan aku? Isk! Tembak kang kepala hilang terus!

Farhan celik mata semula bila melihat tunangnya tidak menjawab sebarang kata-katanya tadi. Aik, merajuk ke? Hehe. Tengok muka macam cencorot kelaparan membuatkan dia senyum nakal.

“Aku memain je la. Kau pilih la nak yang macam mana.” Yeay! Sayang dia…. hikhik!

“Tapi tiga bulan dari sekarang. No tawar menawar lagi.”

Cis!



p/s: assalamualaikum... here new entry... pssttt... sebenarnyakan... miss dah lupa cara nak menulis. masa tulis entry ni takde feel dah. hati beku. ekekee! harap boleh terima ea. tak boleh terima tutup blog, tutup mata then tido :)

15 comments:

  1. Slalu dok usha miss kt twitter, tunggu miss announce bab bru... keh3.. miss.. nk request entry panjang2 boleh? ...

    ReplyDelete
  2. Finally misss �� ade pown n3 baru..setiap ary eyqa ushar blog miss nie, naseb la tangan nie x jemu nk tkn blog nie :D

    ReplyDelete
  3. Misss bestt everr ^^
    Yeahhh !
    F A R H A N M A I K A H W I N <3

    ReplyDelete
  4. yahooo....
    x sabar tunggu mai n farhan nikah
    :-)

    ReplyDelete
  5. Wahhhh. Miss...
    Best sangat...
    boleh senyum sorang2 dibuat nye..
    dah lme tak bca kisah mai ngan farhan..
    Dah jauh ketinggalan...

    ReplyDelete
  6. Happy giler...... MIss dh update entry......
    bahagia nyer...

    ReplyDelete
  7. Wahhhhh....bahagianyaaa...bila ada n3 baru dn frhn n mai nk kawin...tpppp risaulah nazatul tuuu...ntah ape agenda dia nt...blm lg aki...eiii...tak mo ada sape2 yg nk pisahkan dorang tu....cptlah ending miss...

    .....

    ReplyDelete
  8. aiyooo.. x bleh tahan...asyik nk menyengih je bila baca... ;D

    ReplyDelete
  9. best2..... klu ada mai farhan selalu hiburkan hati... miss nak bab 23

    ReplyDelete
  10. sis...thanks dgn entry baru...x sbar tggu next entry..
    salam dari indonesia

    ReplyDelete
  11. Mmg best gila suka tngok farhan n mai bhgia mcm nie...seeloknya biar aki n nazatul tu kahwin sepadan sngat dua²x bleh bla..ha.. Ha

    ReplyDelete
  12. more pls omggg.

    ReplyDelete
  13. yey yey yeyyy yey kawinnnnn

    ReplyDelete
  14. aki dgn naza tu bole benam dorg dlm tanah kubur

    ReplyDelete