Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Saturday 11 October 2014

Soulmate Forever Bab 22



TIGA bulan berlalu…

Bilik itu riuh dengan gelak ketawa keluarga. Abah kalau dah berjumpa dengan Uncle Umar memang tak boleh duduk diam. Asyik gelak memanjang heh! Jumpa gu dia dah lupa dah cara nak serius sepanjang masa. Hailah. Hailah.

“Kakak, hari ni birthday achik tau.” Ucap achik di telinga Humairah. Saat itu semua orang sedang berbual sesama mereka. Achik mengambil kesempatan ini untuk bermesra sama kakaknya.

“Achik nak hadiah dari kakak.” Terhenti-henti percakapan achik menahan sendu. Suasana ceria mula bertukar suram. Semua menala pada achik dan Humairah. Yana menggosok tubuh achik di sisi agar bertenang.

Achik kesat air mata yang menitis di pipi kakaknya. “Kalau kakak dah bangun, achik tuntut hadiah tau!” gurau achik seraya mengelap titisan di wajah.

Semua senyum pahit.

Yana bingkas memeluk achik. Achik melepaskan tangisan di bahu Yana. Dia rindukan Kak Mai… Rindu sangat…

“Sudah. Jangan sedih-sedih. Nanti Kak Mai lagi sedih. Apa kata kita potong kek ni dan bagi sikit kat nurse kat kaunter tu.” cadang Fareez cuba mengubah suasana duka. Dia sendiri tak dapat bendung air mata. Senyap-senyap tubir mata dikesat perlahan.

Semua angguk setuju. Mama dan Mama Nani memotong kek manakala Fareez tukang tangkap gambar. Abah dan Uncle Umar mengagihkan kek tersebut pada jururawat yang bertugas malam itu. Aina mencubit sedikit kek di tangan lalu di bawa ke katil yang menempatkan kakak kesayangannya.

“Kakak, kek ni sedap tau.” Petah Aina bercakap. Gaya Humairah sedar aje!

Yana senyum memerhati. Dia sentiasa ada di samping Humairah jika berada di katil itu.

“Nanti bila kakak bangun, Aina suruh mama buat kek coklat untuk kakak tau. Kek banyak-banyak!” Riuh Aina bercerita sampai mendepa tangan nak tunjuk betapa banyak kek.

Semua tergelak.

“Sayangnya Farhan takde.” Tiba-tiba Mama Nani meluah kata. Semua kembali membisu.

“Takpe, Nani. Biarlah dia sambung belajar. Lagipun belajar harus difokuskan. Tunggulah sampai Mai sedar nanti. Kami ada di sini menjaga Mai.” Mama membalas. Bahu Mama Nani ditepuk lembut.

Mama Nani pandang Humairah yang lena beradu bagai puteri. “Sayang… bangun cepat ya. Mama rindu suara sayang… Mama rindu keletah sayang… Mama rindukan anak mama…” lirih bicara Mama Nani.

Masing-masing menahan air mata. Aduhai hati… tabahlah. Aku doakan supaya kakakku cepat sembuh dan bangkit melawan penyakitnya. Allahu!



2 minggu kemudian…

SEJURUS ternampak doktor keluar dari bilik yang menempatkan gadis itu , langkah kaki diatur laju kemas menghala ke situ. Beg sandang yang dibawa di bahu dibetulkan. Baru nak pulas tombol pintu, satu suara menegur.

“Eh Amirul! Bila balik?” terkejut Puan Husna. Figura anak muda itu dipandang tak berkelip.

Farhan berpaling lalu menyalami wanita itu. Dia memberi senyuman ikhlas dan menawan. “Baru aje. Dari flight terus ke sini.” Ujarnya tenang.

“MasyaAllah. Kenapa tak berehat dulu?” tegah mama lagi.

“Mirul okay, aunty. Lagipun nak tengok sendiri perkembangan Maira.” Farhan menyatakan tujuan sebenar kepulangannya ke Malaysia. Ini baru Aunty Husna. Belum mamanya sendiri. Naya walaweh!

Mama menggeleng kepala. Aduhai anak muda! “Aunty ada di sini. Kalau Maira ada tunjuk tanda-tanda positif aunty khabar pada semua.” Haish. Tak nyempat sungguh.

Farhan sengih kelat. Kepala digaru. Sedar kesilapan sendiri. Tampak sangat gelojoh! Apalah kau ni Han. Tak reti menyabar betoi. Kutuk hati.

“Ni dah makan?” tanya mama lagi. Kenalah tu. Isteri kepada polis pencen. Dah terpengaruh gaya abah soal siasat.

Farhan angguk. Dia sudah makan dalam flight. Ini pun masih kenyang. Niatnya cuma satu. Nak melawat buah hati. Seharian dia tak tidur kerana memikirkan keadaan Humairah. Sedarkah dia? Sihatkah dia?

“Hmm mari masuk,” ajak mama. Kasihan anak muda ini dipersoal banyak olehnya. Farhan keluh lega. Selamat!

Sejurus masuk ke bilik itu, Farhan melihat Humairah masih dalam keadaan sama yang dia tinggalkan. Masih terbaring tak bermaya. Masih terpejam lena. Nafas dihela perlahan. Aunty Husna mengambil tempat di sisi Humairah manakala Farhan di sisi sebelah kiri.

“Beginilah keadaannya, Amirul. Tak berubah macam tiga bulan lalu,” ujar mama. Tangan anaknya diusap penuh kasih. Lembut aje.

“Sabarlah, aunty. Kita ikhtiar. Keputusan semua terserah pada Allah. Apa yang penting kita dah cuba sedaya mampu.” Farhan cuba menenangkan Aunty Husna yang tampak mula mengalah dengan situasi itu.

“Aunty bukan apa, Amirul. Sejak Mai masuk ke hospital, aunty berkampung dekat sini. Semua kerja di rumah terbengkalai. Suami ke mana. Anak-anak lain ke mana. Aunty tak tahu apa jadi dengan rumah. Apa yang mereka makan. Aunty nak pulang, risau keadaan Mai di sini. Takde siapa jaga. Kalau ada apa-apa berita, susah berpatah balik dari rumah ke sini.” Aunty Husna meluah lemah.

Farhan tekun mendengar. Tampak wajah bakal mertuanya lemah tak bermaya. Lingkaran gelap di bawah mata. Tampak juga badannya kian susut.

“Kalau aunty tak keberatan, Amirul boleh jaga Maira. Lagipun Amirul sekarang tengah cuti.” Tiba-tiba Farhan mencadang idea.

Aunty Husna terkebil-kebil biji mata. “Eh! Tak usah la. Kesian mama kamu nanti. Kamu balik Malaysia nak berehat. Takpe. Aunty masih mampu jaga Mai.” tegah mama.

“Takpe, aunty. Mirul tengok aunty dah susut sekarang. Tak bermaya. Jaga-jaga jugak, tapi kesihatan penting aunty. Kalau dah dua-dua sakit terlantar dekat hospital lagi susah.” Gurau Farhan membuahkan tawa Aunty Husna.

“Betul juga kata kamu. Nantilah aunty bincang sama uncle. Ni aunty nak pergi tandas sekejap. Kamu tolong tengokkan Mai boleh?”

Farhan angguk laju. Boleh saja aunty! Amboi, Han. Gatai na. Sesekali takpa. Ekeke!

Aunty Husna berlalu dari bilik itu. Farhan duduk di kerusi. Mata menatap lama wajah nan tercinta. Rindu yang membuak di dada akhirnya terlepas jua hari ini. Dia langsung tak boleh fokus pada pelajaran seawal seminggu sesi kuliah berlangsung hinggakan dia dipanggil Madam Mary bertanyakan hal sebenar. Waktu cuti ini pun dia minta pelepasan untuk pulang kerana hal kecemasan. Mujur Madam Mary memahami.

“Mai… aku datang ni.” Diam tak berkutik.

“Kau tak nak sambut kedatangan aku ke?” Pun sama.

Farhan menilik jemari Humairah. Kuku bersih dan terjaga. Cincin yang pernah tersarung di jari manis gadis itu telah ditanggalkan. Mungkin pada Aunty Husna. Sekiranya Humairah sedar, cincin nikah bakal disarung ke jari tersebut menandakan Humairah adalah kepunyaannya yang mutlak! Tiada sesiapa dapat mengambil Humairah dari tangannya! Dan Mai akan dibawa ke Australia, di bawah pengawasannya. Itu tekad Farhan.

“Mai… nanti bila kita dah kahwin… kau ikut aku pergi Aussie ea? Sambung belajar dekat sana pun takpe. Tak mahu sambung belajar pun aku okey je. Asal kau kat sisi aku.” Farhan berbual seperti biasa. Tiada lagi deraian airmata seperti tiga bulan lepas. Farhan cuba menanamkan sifat bertenang dan matang dalam menempuh dugaan hidup.

Sedang Farhan membelek jemari itu, terasa jari Humairah menguit membuatkan Farhan pantas merenung tangan tersebut dan mata gadis itu. Diam je! Tapi kenapa tadi aku rasa jari ni bergerak? Jantung Farhan sudah semacam. Dia tilik lagi jari Mai. takde apa-apa pun. Ah! Itu perasaan je kut. Abaikan…

“Kau nak tahu tak Mai? Masa dekat Aussie kan, kawan-kawan aku semua teringin hendak jumpa kau. Diorang teringin nak jumpa sape buah hati aku. Ramai jugak la yang frust bila dapat tahu aku dah bertunang,” Farhan gelak sendiri. Lawak perasan namanya! Adehh… kalau Mai bangun ni confirm muntah dulu. Bajet hot sangat!

Sekali lagi Farhan tersentak pabila jemari Humairah yang berada dalam genggamannya menguit. Serius tak tipu! Farhan dapat rasakan! Mesin yang menunjukkan data pernafasan dan jantung Humairah mula berbunyi dan grafnya tidak sekata membuatkan Farhan bingkas bangun. Peluh merenik.

“Mai?” cemas Farhan. Dada Mai tiba-tiba laju berombak. Allah! Apa dah jadi??? Mai! Jangan takutkan akuuu!

“Doktorrrrrrr!!!!”

4 comments:

  1. Ohhh..maiii...seriuss jgn jd ape2 pd maiiii....

    ReplyDelete
  2. tkle nk ckp farhan ni mcm mne tp ya allah baik nya dia smpai tergmam yer

    ReplyDelete