TIGA
bulan berlalu…
Bilik itu riuh dengan gelak ketawa keluarga. Abah
kalau dah berjumpa dengan Uncle Umar memang tak boleh duduk diam. Asyik gelak
memanjang heh! Jumpa gu dia dah lupa dah cara nak serius sepanjang masa.
Hailah. Hailah.
“Kakak, hari ni birthday achik tau.” Ucap achik di telinga Humairah. Saat itu semua
orang sedang berbual sesama mereka. Achik mengambil kesempatan ini untuk
bermesra sama kakaknya.
“Achik nak hadiah dari kakak.” Terhenti-henti
percakapan achik menahan sendu. Suasana ceria mula bertukar suram. Semua menala
pada achik dan Humairah. Yana menggosok tubuh achik di sisi agar bertenang.
Achik kesat air mata yang menitis di pipi
kakaknya. “Kalau kakak dah bangun, achik tuntut hadiah tau!” gurau achik seraya
mengelap titisan di wajah.
Semua senyum pahit.
Yana bingkas memeluk achik. Achik melepaskan
tangisan di bahu Yana. Dia rindukan Kak Mai… Rindu sangat…
“Sudah. Jangan sedih-sedih. Nanti Kak Mai lagi
sedih. Apa kata kita potong kek ni dan bagi sikit kat nurse kat kaunter tu.” cadang Fareez cuba mengubah suasana duka.
Dia sendiri tak dapat bendung air mata. Senyap-senyap tubir mata dikesat
perlahan.
Semua angguk setuju. Mama dan Mama Nani memotong
kek manakala Fareez tukang tangkap gambar. Abah dan Uncle Umar mengagihkan kek
tersebut pada jururawat yang bertugas malam itu. Aina mencubit sedikit kek di
tangan lalu di bawa ke katil yang menempatkan kakak kesayangannya.
“Kakak, kek ni sedap tau.” Petah Aina bercakap.
Gaya Humairah sedar aje!
Yana senyum memerhati. Dia sentiasa ada di
samping Humairah jika berada di katil itu.
“Nanti bila kakak bangun, Aina suruh mama buat
kek coklat untuk kakak tau. Kek banyak-banyak!” Riuh Aina bercerita sampai
mendepa tangan nak tunjuk betapa banyak kek.
Semua tergelak.
“Sayangnya Farhan takde.” Tiba-tiba Mama Nani meluah
kata. Semua kembali membisu.
“Takpe, Nani. Biarlah dia sambung belajar.
Lagipun belajar harus difokuskan. Tunggulah sampai Mai sedar nanti. Kami ada di
sini menjaga Mai.” Mama membalas. Bahu Mama Nani ditepuk lembut.
Mama Nani pandang Humairah yang lena beradu bagai
puteri. “Sayang… bangun cepat ya. Mama rindu suara sayang… Mama rindu keletah
sayang… Mama rindukan anak mama…” lirih bicara Mama Nani.
Masing-masing menahan air mata. Aduhai hati…
tabahlah. Aku doakan supaya kakakku cepat sembuh dan bangkit melawan
penyakitnya. Allahu!
2
minggu kemudian…
SEJURUS ternampak doktor keluar dari bilik yang
menempatkan gadis itu , langkah kaki diatur laju kemas menghala ke situ. Beg
sandang yang dibawa di bahu dibetulkan. Baru nak pulas tombol pintu, satu suara
menegur.
“Eh Amirul! Bila balik?” terkejut Puan Husna.
Figura anak muda itu dipandang tak berkelip.
Farhan berpaling lalu menyalami wanita itu. Dia
memberi senyuman ikhlas dan menawan. “Baru aje. Dari flight terus ke sini.” Ujarnya tenang.
“MasyaAllah. Kenapa tak berehat dulu?” tegah mama
lagi.
“Mirul okay, aunty.
Lagipun nak tengok sendiri perkembangan Maira.” Farhan menyatakan tujuan
sebenar kepulangannya ke Malaysia. Ini baru Aunty Husna. Belum mamanya sendiri.
Naya walaweh!
Mama menggeleng kepala. Aduhai anak muda! “Aunty
ada di sini. Kalau Maira ada tunjuk tanda-tanda positif aunty khabar pada
semua.” Haish. Tak nyempat sungguh.
Farhan sengih kelat. Kepala digaru. Sedar
kesilapan sendiri. Tampak sangat gelojoh! Apalah kau ni Han. Tak reti menyabar
betoi. Kutuk hati.
“Ni dah makan?” tanya mama lagi. Kenalah tu.
Isteri kepada polis pencen. Dah terpengaruh gaya abah soal siasat.
Farhan angguk. Dia sudah makan dalam flight. Ini pun masih kenyang. Niatnya
cuma satu. Nak melawat buah hati. Seharian dia tak tidur kerana memikirkan
keadaan Humairah. Sedarkah dia? Sihatkah dia?
“Hmm mari masuk,” ajak mama. Kasihan anak muda
ini dipersoal banyak olehnya. Farhan keluh lega. Selamat!
Sejurus masuk ke bilik itu, Farhan melihat
Humairah masih dalam keadaan sama yang dia tinggalkan. Masih terbaring tak bermaya.
Masih terpejam lena. Nafas dihela perlahan. Aunty Husna mengambil tempat di
sisi Humairah manakala Farhan di sisi sebelah kiri.
“Beginilah keadaannya, Amirul. Tak berubah macam
tiga bulan lalu,” ujar mama. Tangan anaknya diusap penuh kasih. Lembut aje.
“Sabarlah, aunty. Kita ikhtiar. Keputusan semua
terserah pada Allah. Apa yang penting kita dah cuba sedaya mampu.” Farhan cuba
menenangkan Aunty Husna yang tampak mula mengalah dengan situasi itu.
“Aunty bukan apa, Amirul. Sejak Mai masuk ke
hospital, aunty berkampung dekat sini. Semua kerja di rumah terbengkalai. Suami
ke mana. Anak-anak lain ke mana. Aunty tak tahu apa jadi dengan rumah. Apa yang
mereka makan. Aunty nak pulang, risau keadaan Mai di sini. Takde siapa jaga. Kalau
ada apa-apa berita, susah berpatah balik dari rumah ke sini.” Aunty Husna
meluah lemah.
Farhan tekun mendengar. Tampak wajah bakal
mertuanya lemah tak bermaya. Lingkaran gelap di bawah mata. Tampak juga
badannya kian susut.
“Kalau aunty tak keberatan, Amirul boleh jaga
Maira. Lagipun Amirul sekarang tengah cuti.” Tiba-tiba Farhan mencadang idea.
Aunty Husna terkebil-kebil biji mata. “Eh! Tak
usah la. Kesian mama kamu nanti. Kamu balik Malaysia nak berehat. Takpe. Aunty
masih mampu jaga Mai.” tegah mama.
“Takpe, aunty. Mirul tengok aunty dah susut
sekarang. Tak bermaya. Jaga-jaga jugak, tapi kesihatan penting aunty. Kalau dah
dua-dua sakit terlantar dekat hospital lagi susah.” Gurau Farhan membuahkan
tawa Aunty Husna.
“Betul juga kata kamu. Nantilah aunty bincang
sama uncle. Ni aunty nak pergi tandas sekejap. Kamu tolong tengokkan Mai boleh?”
Farhan angguk laju. Boleh saja aunty! Amboi, Han.
Gatai na. Sesekali takpa. Ekeke!
Aunty Husna berlalu dari bilik itu. Farhan duduk
di kerusi. Mata menatap lama wajah nan tercinta. Rindu yang membuak di dada
akhirnya terlepas jua hari ini. Dia langsung tak boleh fokus pada pelajaran seawal
seminggu sesi kuliah berlangsung hinggakan dia dipanggil Madam Mary bertanyakan
hal sebenar. Waktu cuti ini pun dia minta pelepasan untuk pulang kerana hal
kecemasan. Mujur Madam Mary memahami.
“Mai… aku datang ni.” Diam tak berkutik.
“Kau tak nak sambut kedatangan aku ke?” Pun sama.
Farhan menilik jemari Humairah. Kuku bersih dan
terjaga. Cincin yang pernah tersarung di jari manis gadis itu telah
ditanggalkan. Mungkin pada Aunty Husna. Sekiranya Humairah sedar, cincin nikah
bakal disarung ke jari tersebut menandakan Humairah adalah kepunyaannya yang
mutlak! Tiada sesiapa dapat mengambil Humairah dari tangannya! Dan Mai akan
dibawa ke Australia, di bawah pengawasannya. Itu tekad Farhan.
“Mai… nanti bila kita dah kahwin… kau ikut aku
pergi Aussie ea? Sambung belajar dekat sana pun takpe. Tak mahu sambung belajar
pun aku okey je. Asal kau kat sisi aku.” Farhan berbual seperti biasa. Tiada
lagi deraian airmata seperti tiga bulan lepas. Farhan cuba menanamkan sifat
bertenang dan matang dalam menempuh dugaan hidup.
Sedang Farhan membelek jemari itu, terasa jari
Humairah menguit membuatkan Farhan pantas merenung tangan tersebut dan mata
gadis itu. Diam je! Tapi kenapa tadi aku rasa jari ni bergerak? Jantung Farhan
sudah semacam. Dia tilik lagi jari Mai. takde apa-apa pun. Ah! Itu perasaan je
kut. Abaikan…
“Kau nak tahu tak Mai? Masa dekat Aussie kan,
kawan-kawan aku semua teringin hendak jumpa kau. Diorang teringin nak jumpa
sape buah hati aku. Ramai jugak la yang frust
bila dapat tahu aku dah bertunang,” Farhan gelak sendiri. Lawak perasan
namanya! Adehh… kalau Mai bangun ni confirm
muntah dulu. Bajet hot sangat!
Sekali lagi Farhan tersentak pabila jemari Humairah
yang berada dalam genggamannya menguit. Serius tak tipu! Farhan dapat rasakan!
Mesin yang menunjukkan data pernafasan dan jantung Humairah mula berbunyi dan
grafnya tidak sekata membuatkan Farhan bingkas bangun. Peluh merenik.
“Mai?” cemas Farhan. Dada Mai tiba-tiba laju
berombak. Allah! Apa dah jadi??? Mai! Jangan takutkan akuuu!
Ohhh..maiii...seriuss jgn jd ape2 pd maiiii....
ReplyDeleteSian farhan
ReplyDeleteknp farhan ni
ReplyDeletetkle nk ckp farhan ni mcm mne tp ya allah baik nya dia smpai tergmam yer
ReplyDelete