Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Sunday 28 September 2014

Soulmate Forever Bab 21

HARI PERPISAHAN. Barang-barang sudah aku kemas. Berat hati hendak pulang ke kampus. Tidur ku langsung tak lena. Pernah aku membuat keputusan untuk berhenti belajar namun dibantah keras oleh opah. Bukan sahaja opah malah mama dan abah juga membangkang.

“Jangan kerana budak Baihakki tu Fiya nak berhenti belajar. Teruskan belajar. Ingat! Ini ujian untuk Fiya. Apa-apa yang berlaku sudah ditentukan Allah dan Allah tahu Fiya kuat harungi dugaan yang diberi.”

Nasihat opah tersemat di otak. Selepas membuat solat hajat hati lebih tenang. Aku tidak takut, aku tidak gentar. Hanya kepada Allah aku serahkan segalanya. Itulah doa yang aku titipkan saban waktu.

“Kalau Mai rasa semacam, cepat-cepat telefon mama ya?” pesan mama berkali-kali. Aku angguk faham.

“Sudah-sudah la tu, Na. Mai ingat setiap kata awak.” perli abah. Dari haritu lagi asyik dok ulang ayat yang sama. Pening kepala!

Mama mencebik. “Abang ni! Saya risau anak kita dekat sana! Abang boleh relax pulak!” bentak mama.

Aku yang melihat pertelingkahan itu tertawa kecil. Mama dan abah gaduh-gaduh manja. Kejap lagi baiklah tu! Normal kan.

“Awak tak usah risau. Kan ke Amirul ada kat sana juga nanti. Dia yang jadi mata kita.”

Tergamam! Bulat bebola mata pandang abah. Farhan ada kat sana?? Maksudnya??

“Memang la, bang. Tapi kita kena pantau juga keadaan anak kita. Takkan nak harap orang lain aje semata.” Marah mama. Nasib suami. Tak berapa nak marah sangat. Marah-marah sayang gitu. Hehe.

Abah jeling manja. Aummm!

“Farhan ada kat sana?” terpacul ayat itu dari bibir mungilku membuatkan mama dan abah kelu lidah, saling berpandangan sesama sendiri sebelum mengangguk kepala.

“Tapi mengapa?” Hairan aku.

“Demi keselamatan Mai. Amirul akan pantau Mai dekat sana. Lagipun dia cuti lama. Jadi apa-apa hal, Mai cari dia. Telefon dia. Dia duduk dekat-dekat kawasan UiTM juga. Dia sewa rumah dekat situ.” Jelas abah lagi nyata mampu buat mulut anaknya ini ternganga lapang sebesar beruang boleh masuk gamaknya.

 “Takkan sampai macam tu sekali?” Farhan ni dah tukar profesion jadi bodyguard pulak?

“Kena, sayang. Baihakki pulak ada dekat kampus. Peluang dia dekat dengan Mai cerah. Sebab tu Amirul ada sekali dekat situ. Lagipun kalau Mai nak pergi kursus kahwin waktu cuti, senang sikit. Amirul ada dekat.” Sampuk mama.

Terkebil-kebil biji mata. Kelip! Kelip! Lambat sikit pickup. Oh itu ke reasonnya? Adehhh… aku ingatkan apalah.

“Lupakan hal tu sekejap. Yang penting Mai belajar. Fokus. Pasal Baihakki tu abah dan Amirul akan uruskan. Apa yang pasti, Mai mesti berteman ke mana-mana. Jangan jalan sorang diri. Faham?” tegas abah bersuara.

Kepala ku angguk tanda mengerti. Baik, abah! Mai akan cuba. Tekadku. Rasa bersemangat tiba-tiba nak ke kampus. Sebab ada peneman+bodyguard=Farhan. Ngee…

***


TIGA hari telah berlalu. Kuliah Puan Seri tamat dengan jayanya. Seperti biasa aku akan kemas barang sebelum keluar dewan kuliah. Sara peneman kemana saja aku pergi. Dalam masa tiga hari berlalu, aku tidak nampak kelibat manusia ‘gila’ itu. Syukur padamu Ya Allah! Aku pohon aku tak diketemukan dengannya sampai bila-bila. Perasaan gementar menghantui hidup semenjak aku kembali ke kampus. Namun bila aku fikir adanya Farhan di sini, perasaan bertukar lega dan tenteram sedikit.

“Mai,” tegur Sara sewaktu mengambil tempat di meja makan. Kafe agak penuh dengan student. Kebiasaan yang dilihat. Sebelum balik hostel, kami akan membeli makan atau rehat sebentar di kafe kolej.

“Hmm?”

“Kenapa sejak dua menjak ni kau nampak lain?”

Aku teguk liur. Jantung bagai dipalu. “Lain yang macam mana?” dugaku buat selamba.

Sara angkat bahu. Tangan diletak ke pipi. “Kau macam terlalu berhati-hati. Dulu bila ada masa terluang selalu ke library. Tak sah kalau tak pergi. Kali ni aku tengok kau macam lain sikit. Macam takutkan sesuatu. Nak keluar pun macam susah je. Entahlah. Firasat aku je kut.” Tukas Sara lagi.

Terdiam terus aku. Kelu lidah. Sara… memang aku terlalu berhati-hati. Buaya itu ada di mana-mana! Kalaulah kau tahu apa yang terjadi Sara….

Tapp! Petikan jari Sara mengejutkan aku. Badan terhijut sedikit. Kuss semangat!

“Kau dah kenapa terperanjatkan aku?!” bentakku geram.

Sara sengih menampakkan gigi putih susu.

“Alaa jangan marah-marah nanti tak comel,” usiknya. Aku buat dono.

“Baru aku teringat! Mai, haritukan ada orang cari kau tau.” Hati yang baru reda kembali berirama.

“Cari aku?” Aki ke?....

“Yup! Budaknya handsome. Cer teka!” Haish! Main-main pulak minachi ini. Aku tembak dengan straw kang.

“Takde masa nak teka-teki ni. Bagitahu cepat sapa.” Tegasku.

“Ala tekalah dulu…” rengeknya minta pelempang sedas.

“Malas,” talarku.

Sara juih bibir. Cis! Angin semedang je budak ni haih. Period ke hapa. “Budah hot tu la. That’s crocodile.”

Uhuk! Uhuk! Tersedak teruk! Aku pantas capai tisu. Dada kutepuk kuat. Sara kalut. Dia gosok belakangku. Leher dan tengkuk aku diurutnya. Dah kelam kabut! Semua tempat nak diurut!

“Aku okay! Okay!” tekanku seraya angkat tangan. Sara buat muka simpati. Minta ampun!

Sorry Mai… aku tttttak sengaja.” Pohonnya bersalah. Aku jeling tajam.

“Jangan sekali-kali sebut nama dia lagi depan aku!” ugutku keras. Sara memahami. Mute! Tanpa bercakap sepatah pun lagi, kami terus habiskan minuman dan berlalu dari kafe untuk pulang ke asrama.

Waktu melewati bilik pentadbiran, satu susuk tubuh kelihatan nun di hujung sana bikin kakiku terhenti berfungsi. Gulp! Tubuh menggeletar. Darah berderau. Allahu!

“Kenapa Mai?” tanya Sara pelik. Asal budak ni berhenti?

Aku tak menjawab sebaliknya memandang ke depan. Sara yang tak faham turut sama pandang depan. Oh, Baihakki rupanya. “Aki!” Tiba-tiba Sara jerit panggil nama budak tu membuatkan Aki yang sedang berbual berpaling. Matanya tertancap padaku! Allahu!

Mati!

Aku rasa nak pengsan. Allahuakbar! “Kenapa kau panggil dia, Sara?!” hamburku kasar. Sara pandang pelik. Aik, salah ke?

“Mai,” sahut Aki dari jauh. Dia segera menghabiskan perbualan sama budak mana entah lalu menapak ke sini.

Aku bingkas pusing badan dan lari. Sara terpinga-pinga. Dia teriak namaku namun tidak aku hiraukan. Aku berlari dan terus berlari. Farhan! Tolong aku. Aku terjumpa dia…! Mama!

“Mai tunggu!” panggil Aki. Dia cuba berlari selaju mungkin mengejar langkah Humairah yang jauh ke depan.

Dada berdebar kencang. Rasa nak tercabut dah jantung aku dibuatnya. Aku tak peduli apa pun. Apa yang pasti aku perlukan Farhan! Larikan diri dari buaya! Pintu pagar yang berada tak jauh jaraknya cuba aku jejaki. Aki masih mengejar di belakang.

“Mai, nanti!”

Lari Mai! Selamatkan diri kau! Jangan masuk dalam perangkap dia lagi!

“Mai tunggu! Bahaya tu!” kata-katanya langsung tak kuhiraukan. Aku sudah tak percayakan dia lagi!

Pada waktu yang sama, aku ternampak figura seseorang seperti Farhan sedang duduk di warung sambil menikmati secawan kopi barangkali. Kereta Myvi silver metalik tersadai di tepi jalan menguatkan lagi fakta bahawa itu adalah Farhan, tunang aku!

“Farhan!” jeritku sekuat hati namun tak didengari tuan empunya badan akibat bunyi hon kereta dan lori bersilih ganti.

Aku toleh belakang sambil cuba stabilkan pernafasan. Aki juga berhenti dari berlari. Dia cuba mendekatiku. Setapak aku melangkah ke belakang. Mata merenungnya tajam bak pisau.

“Dengar dulu apa yang Aki nak cakap.” Aki cuba memujuk.

“Kau nak apa lagi? Tak puas kau nak rosakkan hidup aku?! Kau nak rogol aku?! Kau ugut aku?!” tempikku kasar.

“Aki nak mintak maaf.” Luahnya. Bernada kesal.

Aku gelak sinis. “Minta maaf? Lepas apa yang kau dah buat kat aku, mudah kau minta maaf?! Kau gila! Psiko!” jerkahku.

Aki hela nafas. “Aki cuba cari Mai. Aki nak minta maaf. Please… kita berdamai.” Dia mahu mendekat tapi aku makin menjauh ke menghampiri jalan raya.

“Berdamai? Kau ingat aku bodoh! Aku tahu taktik kau. Daripada aku berdamai dengan kau, baik aku mati!” tengkingku lagi.

Aki terlopong. Ya Allah! Ampunkan aku kerana telah menganiaya wanita ini. “Mai mengucap Mai. Aki janji Aki takkan ganggu Mai lagi. Sini, Mai. Kereta tu!” Aki menegah. Dia takut jika Humairah dilanggar kereta. Sudahlah kawasan sini memang banyak kereta lalu lalang. Pulak tu bawa laju-laju!

“Janji pembohong macam kau dah tak ada harga, Aki!”

“Aki minta maaf, Mai. Please… bahaya kat situ.”

Aku langsung tak mempedulikan omongannya lantas berpusing untuk pergi kepada Farhan. Tak semena-mena tubuhku dipaut dari belakang menyebabkan langkahku dikawal rapi. Kurang ajar!

“Mai ikut Aki ea?”

“Gila! Lepaskan aku!” jeritku meronta kuat cuba melepaskan rangkulan kemasnya.

Aki senyum sinis. Heh! Ingat kau boleh terlepas kali ni? Tak mungkin! Tadi tu saja je berlakon. Buat gimik sikit! Heh! Masuk perangkap.

“Nak pergi mana, sayang? Jom ikut Aki jom. Kita bina hidup bahagia.” Dia cuba tarik aku masuk semula ke dalam UiTM namun aku pantas menggigit lengannya membuatkan dia mengaduh kesakitan. Peluang yang ada tak kusia-siakan. Aku pantas berlari ke seberang. Namun dalam masa yang sama sebuah lori membawa tong gas datang dalam kadar yang laju.

Pinnnnnnnnnnnnn!!!!!

Aku toleh kanan. Langkah serta merta terhenti di tengah jalan. Allahu!

“Mai!!!” Aki teriak kuat cuba menghalang. Lori itu makin mendekat. Aku memejam mata. Mama…. Abah… ampunkan Mai.

Doooommmmmmm!
***


GADIS yang lena dibuai mimpi panjang itu dipandang dengan rasa hati yang sayu. Kalau dia punya kekuatan, sudah lama dia mengubati luka-luka pada tubuh gadis itu. Ingin saja dia menggantikan dirinya di tempat Humairah. Dia rela! Asalkan Humairah tidak apa-apa. Sebaik mendapat tahu Humairah adalah gadis yang dihurung orang ramai tempoh hari, nyawanya bagai dicabut keluar dari tubuh! Dia ada sama di tempat kejadian tapi dia langsung tak perasan Humairah. Adakah Humairah hendak pergi ke arahnya sebelum dilanggar lori tersebut? Patutlah hatinya serba tak kena hari itu. Allah. Aku minta maaf, Mai. Aku tak jaga kau betul-betul. Aku mungkir janji.

Muka diraup perlahan. Sudah seminggu Mai tak sedarkan diri. Sudah seminggu juga dia berkampung di situ atas keizinan kedua-dua buah family. Ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai datang ziarah. Tak terkecuali Izuan. Sanggup dia ambil cuti dan skip belajar dari New Zealand ke Malaysia semata-mata kerana Humairah.

“Kau boleh tengok dia puas-puas, Han. Mereka dah capai kata sepakat. Kedua-dua family dah izinkan. Kau boleh jaga dia.” ujar Izuan ketika berada dalam wad kelas pertama yang menempatkan gadis itu.

Farhan menoleh. Mata kuyunya merenung Izuan. Izuan mengangguk mengiakan. Farhan senyum. Hambar. Firhad mampir antara pemuda berdua itu lalu memeluk kejap bahu adik keduanya.

“Be strong, bro. Angah kena kuat hadapi semua ini. Allah sedang menguji angah. Along harap sangat angah tabah dan sabar menunggu. Cuma bila dia sedar, jangan bagi dia pressure. Teman dia. Mungkin bila dia sedar, wajah angah yang dia cari dulu.” Mendalam nasihat Firhad kepada adik lelakinya. Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali. Mungkin masalahnya dan apa yang dialami Farhan berbeza namun sebagai abang, dia mahu kehidupan adik-adiknya sentiasa dalam keadaan bahagia. Itulah yang sentiasa didoakan saban waktu.

Farhan menghela nafas. Jaket ditanggalkan lalu disidai di kerusi setelah mereka semua pulang. Dia merenung kembali gadis itu. Wajahnya tidak sempurna seperti dahulu lagi. Kesan calar dan geseran di jalanraya membuatkan muka Humairah hilang seri. Namun pada Farhan ia tetap cantik. Humairah tetap sempurna dalam hatinya.

Jari gadis itu digenggam. Seakan tidak mahu dilepaskan lagi. Cukup sekali dia pernah melepaskan gadis itu sewaktu mereka bergaduh besar hingga dia merajuk bawa hati ke Australia. Kali ini tidak mungkin berulang lagi. Jari Humairah akan terus berada dalam genggamannya. Semakin kuat dugaan untuk mereka berdua disaat hendak mencapai kebahagiaan.

“Mai… bangun Mai. Aku datang ni…” Farhan memulakan bicara setelah lama menyepi dan berterus-terusan merenung wajah itu.

“Bangunlah, Mai. Aku rindukan suara kau…” lirih bicara Farhan. Dia menunduk menyembunyikan keresahan dan menahan air mata dari menuruni ke pipi. Melihatkan sahutannya tidak dijawab menambahkan kesayuan dan hiba di hati Farhan. Tanpa diduga, setitis air mata lelakinya gugur mengena tapak tangan Humairah. Namun gadis itu masih juga tidak sedarkan diri. Diam tak berkutik. IV Drip berjalan seperti biasa. Jantung Humairah juga bernada seperti biasa. Seumpama orang hidup tetapi sedang tidur nyenyak. Pesanan Doktor Raihan sewaktu Farhan melangkah setapak ke bilik ini terngiang-ngiang di balik cuping telinga.

“Pesakit dengar setiap patah kata yang kamu semua ucapkan. Cuma dia tidak boleh membalasnya. Dia dengar tangisan kamu, ketawa kalian, tapi dia tak mampu untuk menyahut dan bersama kalian. Nasihat saya, sama-samalah berdoa kepada Tuhan semoga diberikan keajaiban untuk dia sembuh dan sedar. Kebiasaan pesakit yang koma untuk kembali sedar adalah sangat tipis. Memerlukan lebih kurang tiga, enam atau bertahun-tahun. Tapi jangan sesekali berputus asa. Kalau boleh saya mohon bacakan yassin dan bisikkan zikir ditelinga pesakit.”

“Aku janji aku takkan tinggalkan kau lagi. Aku sentiasa ada untuk kau. Aku sayang kau, Mai… Bangunlah…”

Terhenti-henti percakapannya akibat tidak dapat membendung air mata. Farhan menarik nafas lalu dihembuskan. Dia perlu tenang. Dia kena kuat. Dia tidak boleh mengalah awal. Dia tak boleh putus asa. Masih ada masa. Cuma dia tidak tahu bila masa itu akan sampai. Farhan tekad. Dia akan terus menunggu. Humairah akan sedar!

“Aku tahu kau akan bangun satu hari nanti.” Humairah diam.

“Aku akan tunggu hari tu tiba.” Senyap juga.

“Aku cintakan kau sepenuh hati aku, Mai.” Terhenti lagi suaranya. Dia menunduk menahan hiba.


Farhan tewas sekali lagi.

***


p/s: hai.. assalamualaikum.. here new entry... hope sukakannya. dah nak habis dah pun sebenarnya cerita ni... byk betul dugaan dorg kan? huhu. penulis mmg suka byk2 konflik. ekeke!


p/s: pada yg komen psl Baihakki tu memang penulis saja buat gitu. gimik lebih sikit. Mai tak apa-apa pun sebenarnya. Aki cuba nak rogol tapi Mai sempat lari. Tu ja. Mai masih suci sepenuhnya :) pd yg tnye kenapa Farhan kata tak mau berpisah buat kali ketiga means first, waktu kecik. second,putus tunang secara tak rasmi. third is here. :) harap menjawab persoalan.


p/s: kalau rasa2 nak menangis, sila tadah 20 baldi. karang berjurai, banjir pulak bilik korang. Hehe. (#penulis dah berjurai airmata dulu) Hutang dah selamat ditunaikan. Hope enjoy ya :) assalamualaikum.


16 comments:

  1. Sedih la sempat juga lah menitis nye.... xsabar next n3. Kesian kat mai n han

    ReplyDelete
  2. sedihnya...
    x saba nak tunnggu next n3..

    ReplyDelete
  3. Memang sedih...dh brjurai dh airmata akk ni...smpai kena ejek dgn anak2 akk....hrp ending amat membahagiakannn....nk tnye cikit bolee....di novelkan frhn dn mai ni....?

    ReplyDelete
  4. Wt lar pnjg2 lgy.. Tpy nk cite psl dyeowg hppy2 gduh2+mrjuk2+ade ank.. Klau ade nvl.. Best nye!!!!

    ReplyDelete
  5. Uwaa sedehnya miss..mnges sya dlm dwan kliahh..kjamnya aki! *debushh3!*
    ~shud~

    ReplyDelete
  6. alahai... sedihnye...aki tu nk kne terajang agaknye..
    pasni hrap ade n3 sweet2 mai+farhan... ;D

    -Nayna-

    ReplyDelete
  7. Sedihnyeeeee..alaaa dh nk habis dh ke.. Jgnlah. Huwaaa

    ReplyDelete
  8. Best sgt2...Cpat smbung ye..mmg sweet sgt2 mai + farhan.. Xsabar nk thu kisah strusnya... Fighting !!!!!

    ReplyDelete
  9. siannya kat Maira :') sabar yaa wahai Farhan . first time berpisah masa kecik ea , miss taknak flashback ke mase dorang kecik dulu ? hoho .

    ReplyDelete
  10. Cepat-ii la miss sambong n3 nyerr ><

    ReplyDelete
  11. Sedih sngt ... Buat la novel miss

    ReplyDelete
  12. Nk.lagi miss .. pleaseeeee..

    ReplyDelete
  13. oh my!!!!!sedih nya.... thanx sgt2 sis...xsbr nk tggu next entry...
    salam dari indonesia ^_^

    ReplyDelete
  14. Akak bila nk upload next entry? I can't wait for it, anyways bab ni sedih but I love it. ✌

    ReplyDelete