Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Sunday 28 September 2014

Soulmate Forever Bab 20

“ASSALAMUALAIKUM, uncle.” Sapa Farhan. Wajahnya sangat serius membuatkan hatiku serba gelisah. Kerutan di dahi bertambah dan jantung berdegup kencang tatkala mata tajamnya menyinggah anak mataku. Serta merta kepala kutunduk menekur lantai.

“Waalaikumusalam. Haa Amirul. Uncle baru nak keluar hantar Mai balik Uitm.” Abah menegur mesra meskipun di hati agak kehairanan sedikit. Rajin bebenar lahai bakal menantu datang.

“Oh, nak hantar Mai ke? Maaflah Mirul ganggu.” Farhan sedar kesilapan dirinya, berkunjung mengejut tanpa diundang. Kan dah menyusahkan tuan rumah!

Abah senyum seraya tepuk bahu Farhan. “Alah… takde apanya. Nasib uncle belum keluar lagi. Ni kenapa datang? Nak ganti uncle hantar Maira ke?” usik abah berjaya memanaskan wajahku. Uiks abah ni! Sempat pulak!

Farhan senyum nipis. “Mirul ada hal penting nak beritahu pada uncle dan aunty. Ada benda sikit nak bincang. Berkenaan Maira. Hidup dan mati.” Katanya seraya mengerling aku. Pedas menikam + gelora api yang membakar! Seakan menghantar sesuatu isyarat. Tampak matanya seperti marah bebenar padaku!

Oh Tuhan! Dada mula tak sekata kelajuan. Tapak tangan mulai basah.

Abah dan mama saling berpandangan. Semacam pulak anak teruna Umar ini. “Aaa… pasal apa tu ya, Mirul?” soal abah cuba bertenang. Perkataan hidup dan mati bagai mencabut akar umbi yang bertapak di hati tuanya.

“Uncle, aunty… Mirul rasa Mirul nak percepatkan majlis pernikahan kami.”

Doooom! Kebabom!!

Rasa macam baru lepas di bom tentera Israel. Meremang bulu roma! Spontan mataku terbuka luas. Mulut ternganga sebesar gajah. Eh?? Biar betul budak ni?! Mengapa pelik sangat perilaku dia hari ini? Sihat ke tidak?

Abah dan mama tercengang. Jantung tua bagai tercabut apabila mendengar bait-bait kata yang keluar dari anak muda itu. “Mirul, kenapa ni? Ada apa-apa yang tak kena ke?” Mama yang tadinya berdiri di depan pintu terus ke sebelah abah. Mereka tertanya-tanya. Saling memandang aku dan Farhan berganti-ganti. Aku? Lagilah tertanya-tanya! Masing-masing pandang pelik terhadap pemuda itu.

“Mirul rasa adalah lebih elok kita berbincang di dalam. Lagipun tak manis jikalau jiran dengar. Mirul ada banyak benda nak cakap. Ini berkait rapat soal Humairah.” Farhan tampak serius benar mengelolakan kata-katanya menyebabkan dadaku dihimpit perasaan ingin tahu. Adakah kerana….? Allahu… katakanlah tidak! Darah gemuruh menjelma.

“Haa marilah. Kita masuk!” Arah abah tegas. Dia yakin ada perkara serius yang perlu di settle. Pantang dia kalau hal itu berkaitan anak beranak.

Kami beriringan masuk. Aku ambil tempat di sebelah Yana dan achik. Dia pula asyik sigung lengan aku namun aku buat tak peduli. Dalam hati rasa nak gugur jantung. Peluh terasa di setiap celah. Farhan dah tahu ke? Tapi mengapa dia nak percepatkan majlis? Apa pun tak ready lagi! Tidak malukah dia? Aki sudah sampaikan apa-apa ke pada dia? Hati mula tak keruan. Serasa rahsia yang kusimpan kemas bakal ditebak pemuda di hadapanku ini. Tengok perilaku peliknya menambahkan lagi ketepatan firasat hati. Pasti… Aki dah hint sesuatu pada dia!

‘Farhan apa maksud kau?’ getus hati kecil.

Abah dan mama sudah ambil tempat masing-masing. Farhan duduk di kerusi set sofa satu. Mata semua menala ke arahnya. Seperti menunggu dia memulakan bicara.

“Sebetulnya saya mohon maaf andai kedatangan saya mengejut. Kelakuan saya memeranjatkan aunty dan uncle sekeluarga. Tetapi selepas difikirkan semula, demi keselamatan Humairah… saya kalau boleh nak percepatkan majlis perkahwinan kami.” Tutur Farhan.

Seisi rumah terkejut. Terkedu. Yana dan achik terlopong dengar. Uiks… biar betul! Kak Mai nak kahwin??? Awal gila! Mereka memandang aku dan Farhan bersilih ganti macam nak terjojol biji mata.

“Ni… Mirul. Aunty masih nak tahu. Kenapa segera? Bukankah kami sama mamapapa kamu dah rancang untuk satukan kamu selepas Mai tamat belajar. Mengapa tergesa-gesa sangat ni? Ada apa-apa yang aunty tak tahu ke? Hah Mai! Ada apa-apa yang mama tak tahu?” Terjegil mata mama bikin aku teguk liur kesat. Mama dah start nak marah. Pasti mama sangka kami ada buat hubungan terlarang.

“Mai… Mai…” tergagap-gagap aku berbicara namun cepat dicantas Farhan.

“Begini, aunty. Saya buat bukan tidak bersebab dan terburu-buru. Saya ada alasan yang kukuh. Saya nak selamatkan Maira dari ugutan orang. Lagipun saya sayangkan dia.”

“Ugutan???!” terjerit semua orang.

Aku menekur kepala. Dia dah tahu! Malah kenyataan ‘saya sayangkan dia’ bagai jarum mencucuk di hati. Kurasa dia seakan berpura-pura kerana apabila terpandang akan anak matanya, seakan ia terluka. Bibir kuketap menahan getaran.

“Ugutan apa pulak ni?!” Abah mula melenting. Tahap kesabaran dah tak terkawal.

Suasana kian hangat. Kipas dah sampai ke tahap maksima. Aircond kalau boleh nak turun sampai 1 darjah celcius! Akan tetapi… manusia bernama Farhan tetap steady. Tenang saja dia menjawab segala persoalan begitu menarik perhatian dikalangan ahli keluarga.

“Macam ni, uncle. Dua hari lepas saya dapat satu kiriman SMS dari seseorang. Dia menyatakan bahawasanya Humairah merupakan milik dia. Lebih lima kali saya terima SMS tersebut dalam masa 4 jam. Mesej yang sama dan berulang. Selepas itu, saya dapat satu lagi MMS bergambar dari nombor yang sama iaitu gambar Humairah.” selar Farhan.

Mataku bergenang. Pecah tembelang…! Kepala tertunduk malu menghadap karpet. Gambar memalukan yang pernah Aki ugutku akhirnya tersebar kepada Farhan.

Mama dan abah terdiam membeku. Hati tua mereka bagai diregut kejam. “Gambar Mai? Gambar apa ni?! Sape orang yang hantar tu? Mai, kenapa mama abah tak tahu langsung hal ni?!” Marah mama. Aku membisu. Langsung tak angkat kepala. Malu aku berganda-ganda. Hanya Allah yang tahu.

Farhan seluk poket seluar lantas menunjukkan gambar tersebut bersama sekeping kertas namun kertas itu masih dilipat kemas tanpa mengetahui isi dalamnya. Gambar tersebut disua pada mama dan abah.

“MasyaAllah!”

“Astaghfirullahalazim!”

Mama dan abah istighfar panjang. Mata mereka mencerlung pada anak mataku yang menunduk hiba. Bila-bila masa sahaja takungan bakal pecah.

“Saffiya Humairah! Apa yang kau dah buat ni??! Sedar tak dosa pahala?! Subhanalllah! Mama tak pernah ajar Mai jadi anak derhaka! Anak kurang ajar! Conteng arang pada keluarga! Dah tak ingat ALLAH ke??!” Tengking mama buat pertama kalinya di hadapan adik beradik dan Farhan membuatkan air mataku gugus satu per satu. Mama… Mai tak salah. Mai diperangkap. Allahu! Gambar yang dipegang mama dilempar ke atas meja membuatkan adik-adik melihat dengan rasa terkejut gila.

“Kakak!” Tergamam Yana. Subhanallah! Kakak aku kah ini? Gambar kakaknya sedang lena sambil pipi dicium seorang lelaki yang tak dikenali. Allahuakbar! Kenapa Kak Mai? Kenapa buat macam ni?!

Abah menggeleng kepala sambil mengeluh lemah. Dadanya mencengkam kesakitan. Anak akukah itu? Allahurabbi…

“Mai… Mai…” tak terluah langsung ayat dari bibir kerana menahan titisan air mata yang mengalir ke pipi. Mai tak buat! Mai tak salah!

“Bukan salah Maira, aunty. Kalau mengikut tekaan Mirul, Maira dianiaya sebenarnya.” Celah Farhan meredakan ketegangan yang berlaku. Aku panggung kepala. Farhan…. dia percayakan aku? Tetapi… mengapa?

“Dianiaya? Heh! Kamu tak payah nak sebelahkan dia, Amirul! Sekarang kau beritahu mama. Siapa lelaki ni?! Apa hubungan kau dengan dia, Mai?! Bagitahu mama sekarang!!” Rasa nak meletup dada Puan Husna ketika menjerkah sebegitu rupa. Waktu itu nafsu amarah menguasai diri. Dia tak sangka anak yang dikandung 9 bulan 10 hari itu sanggup melakukan perangai tak senonoh di belakang mereka sebagai orang tua. Sedih rasa hati! Bagai dicucuk sembilu mengenang nasib anak sendiri.

“Aunty, Mirul percaya Maira takkan buat perbuatan terkutuk itu. Mirul kenal dia, aunty. Cuma Mirul terkilan kerana Maira tak beritahu Mirul mahupun aunty sekeluarga awal-awal. Dari siasatan yang Mirul buat berkaitan budak lelaki ini ialah namanya Baihakki. Sama kolej dengan Maira. Kami pernah berjumpa secara berdepan beberapa minggu lalu di mall sewaktu aunty dan mama Mirul shopping. Mirul yakin budak lelaki tulah yang di dalam gambar. Instinct Mirul kuat mengatakan Baihakki berbahaya. Dia sanggup buat apa saja untuk dapatkan Maira. Gambar ini mungkin ada isi tersirat yang kita tak tahu. Sebab itu saya datang hari ini, saya nak minta Maira buat laporan polis sekali dengan saya. Hanya Maira saja yang tahu cerita sebenar.”

“Aunty tak percaya! Kenapa Mirul nak sebelahkan dia lagi? Mirul tak nampak ke apa yang dia dah buat?” bangkang mama sebolehnya.

Farhan menggeleng perlahan. “Saya sebelahkan dia sebab dia tunang saya, aunty. Saya sayangkan dia. Kalau kebenaran berpihak pada dia, dia selamat dan kita semua juga selamat. Tindakan akan dikenakan terhadap Baihakki. Tetapi kalau dia dipihak yang benar-benar salah, saya tak boleh kata apa cuma saya mahu perkahwinan ini disegerakan secepat mungkin sebelum orang lain dapat tahu hal sebenar. Seburuk mana pun kisah silam Maira, kalau nama dia yang yang tertulis di Luh Mahfuz sebagai penyambung tulang rusuk kiri saya, saya terima seadanya.”

Bicaranya membuatkan ramai terperanjat dan termangu. Luluh hatiku mendengar bait kata-katanya. Mulianya hati kau, Han. Sanggup kau sebelahkan aku semata nak tutup keaiban aku… Mampukah kau terima selepas kau lihat segalanya? Aku tak sekuat kau. Hati melirih sayu.

“Saya tak minta banyak. Cuma pohon tuan empunya badan cerita segala yang berlaku pada hari kejadian dari awal sampai akhir dan beri kerjasama dengan kita semua.” Pinta Farhan melirik mata kepadaku.

Kini semua mata meluru padaku seperti peluru berpandu. Terketar-ketar tapak tangan mengesat mutiara jernih di seluruh wajah.

“Cerita sekarang Mai! Mama, abah, adik-adik semua nak dengar! Jangan nak membohong!!” tinggi nada suara mama. Mama macam dah tak percayakan aku lagi. Abah pula hanya diam.

“Cepat Mai!!” jerkah mama lagi sebelum ditegur abah agar bertenang. Aku ketap bibir menahan esak berulang.

“Cerita Mai. Kami nak dengar.” Ujar abah sebagai ketua keluarga.

Agak lama aku berdiam, cuba untuk mententeramkan dada yang sakit akibat asyik menangis. Apabila sudah reda, baru aku memulakan cerita.

“Masa tu… Mai pinjam kereta Wana.” Nada suaraku seperti budak kecil. Mengimbas kembali apa yang telah terjadi. “Mai teringin nak makan aiskrim. Waktu nak sampai kat kedai, tayar kereta meletop. Mai keluar tengok. Fon tertinggal kat rumah Wana. Mai tak tahu nak buat apa. Masa tu juga Aki datang. Dia kata nak tolong hantarkan kereta ke workshop tapi Mai tolak. Mai memang tak suka dia. Dia playboy kat kolej. Suka kacau Mai. Lepas Mai kata tak mahu, dia terus tarik tangan Mai. Mulut Mai ditutup dengan kain kecik. Lepas tu Mai terus tak sedar.” Luahku teresak-esak.

“Macam mana budak tu boleh ada dekat situ?! Mai ada buat apa-apa yang sakitkan hati dia sampai dia berdendam?” soal mama garang.

Aku pantas menggeleng. “Mai tak suka dia, mama. Dia selalu ganggu Mai. Mai benci dia! Percayalah cakap Mai…” pintaku sebak.

“Habis tu kenapa tak cerita dekat mama?! Kenapa simpan?! Sampai mengandung baru nak bagitahu? Hah!”

“Husna... biarlah budak tu habiskan cerita dulu. Kawal kemarahan awak.” selar abah sedari tadi melihat kelakuan kurang bijak sang isteri.

Mama merenung abah dengan pandangan maha tajam. Airmata bergelinang. “Abang ingat saya boleh duduk diam bila dapat tahu anak kita ni rupa-rupanya palit arang ke muka kita? Abang ingat saya suka nak marah-marah anak tanpa sebab? Abang tak fikir perasaan saya sebagai seorang ibu! Saya yang kandungkan dia! Saya rasa jerih perih waktu bersalinkan dia! Tetapi apa yang saya dapat?! Anak ada hubungan sulit dengan jantan lain! Yang malunya saya!” Mama menghambur tangisan tak berhenti memilukan hati setiap orang terutama aku.

Tersentap! Jantungku bagai ditikam berkali-kali. Mama… Mai tak pernah…. Mai tak buat… pilunya hati tatkala dituduh melakukan hubungan songsang. Air mata kembali merembes. Siapa yang mahu percaya kata-kata aku lagi selepas ini? Allahu… bantulah aku hadapi dugaan beratmu ini.

Abah hela nafas. “Bukan abang tak sayang anak. Tapi berilah dia peluang tamatkan cerita. Abang kenal anak abang. Maira takkan buat sesuatu yang menjatuhkan air muka ibu ayah dia. Setiap anak takkan sanggup buat macam tu pada ahli keluarga. Beri dia peluang, Husna. Jangan tuduh melulu tanpa usul periksa. Sambung, Mai.” pujuk abah sebagai orang tengah.

Aku tarik nafas lalu hembus perlahan. Kata-kata abah sedikit sebanyak memberi sokongan kepada aku yang mula down. Tak mengapalah. Aku sedar mereka tak akan mempercayai kata-kata orang jahat lagi. Biarlah mereka fikir yang bukan-bukan. Akan tetapi apa yang pasti aku akan bongkar kebenaran tersirat. Sabarlah Mai… “Mai tersedar bila ada orang pegang pipi. Mai celik je mata, Mai nampak Aki. Aki cuba buat sesuatu yang tak senonoh pada Mai. Mai tolak dia. Mai tampar dia sambil menangis. Aki pegang kuat tangan Mai. Dia ugut nak sebarkan gambar Mai kalau Mai jerit. Masa tu dia cuba nak tanggalkan baju Mai. Dia nak rogol Mai! Tiba-tiba bunyi petir kuat. Dia terhenti buat benda tu kat Mai. Mai tolak dia lepastu terus keluar dari kereta. Waktu tu juga ada teksi lalu kat kawasan tu. Mai tahan teksi terus balik rumah Wana. Aki cuba kejar tapi tak sempat.” Akhirnya aku membocorkan apa yang selama ini tertanam di lubuk hati. Mama, Mai masih suci! Mai masih dara! Percayalah mama! Mai tak buat perbuatan terkutuk tu! pintaku di hati yang luka parah.

Yana menggosok bahuku setelah kebenaran dibongkar. Achik menenangkan aku disebelah kiri. Aku kesat air mata lagi. Puas sudah apa yang terbuku di kalbu. Sekarang semuanya terserah pada Farhan untuk menilai. Aku redha sekiranya dia tak terima aku lagi. Redha jikalau semua orang tidak mahu menerima aku. Aku ada Allah… Aku ada Wana… hanya dia yang memahami…

Mama memegang dada lalu memejam mata rapat. Syukur Alhamdulillah padamu ya Allah… kerana anakku masih terbela dengan izinMU. Mama membuka mata. Dia berdiri lalu memeluk aku seerat mungkin. Aku sembam muka ke dada mama. Tangisan bertandang lagi.

“Maafkan mama, sayang. Mama dah salah anggap.” Mama akui kesalahan sendiri. Silapnya kerana tuduh melulu. Natijahnya hati anak luka teruk.

“Mai tak salah, ma.” Aku mengulangi ayat yang sama. Semua senyap. Farhan hanya memandang dari kejauhan. Alhamdulillah…

 ***

SEJURUS Puan Hanani dan Tengku Umar pulang beserta anak teruna mereka, Husna naik ke kamar beradu sang dara. Anaknya diam sahaja selepas pulang dari balai polis berdekatan untuk laporan polis yang dibuat berhubung kejadian yang menimpa Humairah. Pintu bilik diketuk namun tiada sahutan. Perlahan-lahan tombol pintu dipulas. Bilik gelap! Mama mencari susuk tubuh anaknya. Melihatkan pintu sliding terbuka begitu melegakan hati. Disangka anak hilang! Langkah diatur menuju ke situ. Gelagat Humairah diintai.

Alangkah terkejutnya dia pabila melihat Humairah menangis sambil memeluk lutut. Esakan kecil jelas kedengaran.

“Mai, kenapa ni?” soal mama sambil menyelit rambutku ke belakang telinga. Kerusi disebelah anaknya diduduki. Hati Maira harus diambil. Dia bimbang anaknya terus hanyut melayan perasaan sedih yang menyelubungi diri.

“Tak… takde pape.” Aku cuba berlagak selamba sambil senyum. Walau kutahu senyum itu pahit tak bergula.

Mama mengerti.

“Mai, Amirul buat semua ni sebab dia nak selamatkan Mai. Dia sayangkan Mai. Dia tak mahu anak mama ni jatuh ke tangan lelaki yang cuba rosakkan Mai.” pujuk mama seperti ketahui apa yang tersirat di hati.

Aku pantas menggeleng. “Tak, ma. Dia tak sayangkan Mai.”

“Maksud Mai?”

Lama aku membisu. “Dia buat sebab terpaksa, ma. Mai tahu dia tak redha kalau jadikan Mai sebagai seorang isteri. Dia tak rela, ma. Dia terpaksa!” tukasku lemah.

Mama menggosok bahuku memberi sedikit kekuatan. Mental anaknya lemah tak bermaya. Tak seceria Humairah yang dulu akibat peristiwa yang hampir-hampir meragut kesucian diri sebagai seorang wanita. Patutlah anaknya diam membeku selepas pulang dari rumah kawannya iaitu Wana. Satu sifat Humairah yang buat dia kesal. Susah mahu bercerita masalah sendiri. Makin besar, makin menyepi. Makin berahsia dengan family. Sungguh! Dia runsing!

“Tak elok Mai cakap macamtu, sayang. Dia berniat baik nak tolong. Lagipun bila mama fikirkan semula, lebih bagus kalau kamu berdua disatukan. Tak manis keluar selalu. Tengok apa dah jadi sekarang? Budak Baihakki tu berani ambil kesempatan pada anak mama. Hati mama tak tenang sekarang, Mai. Lagilah kalau Mai belajar dekat UiTM tu nanti. Lagi jauh dari mama dan abah, lagi jauh dari Amirul.” luah mama bernada kesal.

“Takkan dia sanggup terima Mai jadi isteri dia, ma. Perempuan yang dah disentuh lelaki lain! Bagi free pun orang tak sudi.” talarku lagi. Betul! Mana ada lelaki sanggup ambik wanita yang sudah tidak ‘steril’ lagi.

“Mai… ingat Allah. Allah dah aturkan segalanya. Jodoh Mai mungkin dengan sang Adam bernama Amirul. Tak baik menidakkan aturan TUHAN. Aki masih belum cuba…”

Telinga pantas kutekup guna kedua-dua tangan. “Tak mahu dengar! Mai tak nak dengar!!!!” jeritku sambil mengalirkan berdozen-dozen air mata. Aku rasa tak terkira dah berapa gelen yang keluar dari tubir mata ini.

Mama hela nafas. Humairah makin menjadi-jadi! Dia tak tahu nak buat apa dan bagaimana. Air mata anak pantas diseka dan aku hanya membiarkan. Selesa di perlakukan sebegitu. Apa yang pasti Humairah akan tinggal untuk beberapa hari lagi sebelum naik kuliah. Ahaa! Baru teringat pasal kehadiran opah! Mata anaknya yang masih menunduk dicari.

“Mama ada beritahu opah pasal hal ini,” teragak-agak mama memberitahuku membuatkan kepala laju memusing. Terbeliak biji mata yang semakin membengkak itu. Opah…

“Opah nak datang esok. Kalau boleh secepat mungkin. Opah nak tengok Mai sendiri. Mungkin Mai lebih selesa,” Mama cuba memancingku untuk bercakap. Dia tahu aku pantang kalau berkaitan opah. Sikit-sikit opah!

Perlahan-lahan senyum kuukir. Mama membalas senyumku. Betul tekaan dia. Mai akan mudah memberi respon jikalau bercakapa tentang opah. Melihatkan anak ingin bersendirian, mama bangun ingin berlalu dari situ. Baru beberapa langkah dijejakinya, suara Humairah kedengaran.

“Mama… Mai sayang mama.” Ujarku bergetar.

Mama tersentuh. Aku bangkit lalu mendakap tubuh mama. Mama mencium ubun-ubunku tanda kasih tak terperi.

“Walau apapun terjadi, mama tetap sayang Mai. Mai tetap anak mama sampai bila-bila.”





SETELAH mendapat mandat persetujuan opah dan kebenaran mama, abah mengizinkan aku ke butik hari itu bersama Farhan. Tetapi dengan syarat Farhan harus menjaga aku dengan baik! Dan aku pula harus update setiap setengah jam berada di lokasi! Hendak berbincang mengenai majlis pernikahan yang bakal berlangsung lagi dua bulan. Sejurus mencapai kata sepakat dan pendapat semua orang, tak terkecuali adik-adik sebagai saksi, kami berdua bakal melangsungkan akad nikah dua bulan dari sekarang. Farhan masih ada cuti lagi sebulan setengah untuk pergi kursus perkahwinan. Aku pula perlu mencari masa yang sesuai tetapi dalam bulan yang sama. Belajar dan kelas kuliah mengehadkan masa untuk aku keluar dari pintu gerbang UiTM.

Dalam tempoh sepuluh minit perjalanan, masing-masing menyepi. Aku lebih senang bersendiri. Farhan pula tenang memandu Myvi. Tiada apa yang hendak diperkatakan antara kami. Kepala mula menyengat apabila teringat peristiwa hitam tersebut. Sengaja aku tak beritahu pada mereka. Karang makin bertambah risau!

Jiwa mula bergelora tatkala Farhan singgah di Petronas untuk isi minyak. Peluh merenik di dahi dan tapak tangan. Dada berdebar menggila secara tiba-tiba. Bayang-bayang Aki sentiasa di mana-mana membuatkan aku ketakutan. Deretan kereta kukerling. Kot-kot ternampak figura Aki! Farhan yang baru mematikan enjin ku pandang mengharap.

“Aku nak isi minyak jap,” ujar Farhan seraya ingin berlalu keluar.

Sebelum dia membuka pintu kereta, aku terlebih dahulu merentap lengan kemeja birunya membuatkan langkah pemuda itu terbantut. Dia memandang aku meminta penjelasan. Raut Humairah berubah pucat mennjentik tangkai hati lelakinya.

“Jangan tinggalkan aku.” pintaku seperti anak-anak kecil.

“Aku pergi kejap je. Tak lama pun.” Farhan cuba memujuk lembut. Aku menggeleng keras. Tak mahu! Jangan tinggalkan aku sorang-sorang kat sini! Rasa nak meraung satu Petronas! Please, Han…

“Mai, tak ada apa-apa yang nak ditakutkan. Orang ramai kat sini,” Memang banyak kenderaan di stesen minyak waktu ini namun itu tidak mampu mententeramkan hati yang gundah gulana. Bayang-bayang Aki jelas kelihatan di segenap ruang. Susah untuk aku singkirkan! Badi!

“Okey kalau kau takut, tidur. Turunkan seat. Aku kunci pintu. InsyaAllah takde pape,” Suruh Farhan. Aku nak tak nak berbuat demikian. Sejurus mataku tutup rapat, Farhan keluar lantas mengunci kenderaan. Dia berlari ke dalam premis mencari minuman dan sedikit gula-gula untuk Maira sekaliharung membayar duit minyak. Dia khuatir tinggalkan Humairah sendirian. Keretanya dipandang dari jauh sambil menunggu giliran di kaunter.

Aku senyap membisu dalam kereta. Langsung tak buka mata! Kerana takut terlihat kelibat Aki meskipun aku tahu itu hanyalah khayalan dan halusinasi, akan tetapi aku tak mampu hindarkan. Entah mengapa mata susah sangat nak pejam. Berkali-kali aku cuba! Kepala makin berdenyut. Kugagah jua mengikut cakap Farhan agar tidur! Bunyi kereta lain lalu sebelah Myvi seringkali menyentak aku. Dada makin laju berdegup kencang. Peluh membasahi segalanya. Ya Allah, tenangkanlah aku. Tak berhenti bibir melafaz kalimah suci.

Tit tit! Bunyi unlock kereta.

Mata segera kubuka. Farhan sudah berada di sisi kereta, membuka pintu bahagian pemandu dan menyerahkan bungkusan plastik kepadaku. Perasaan lega hanya Allah saja yang tahu! Segera kucapai pemberiannya.

“Minumlah.” Katanya lalu menutup pintu kereta kembali membuatkan aku terpinga-pinga. Eh! Dia nak ke mana? Aku memerhati lagaknya yang sedang mengisi minyak kereta. Tak lepas mata memandang. Takut hilang dari mata. Plastik berisi air mineral dan gula-gula Hacks serta choki-choki kegemaran kuintai. Tak semena-mena bibir mengukir senyum. Tahu-tahu je!

Baru nak capai choki-choki, tiba-tiba seorang lelaki berkopiah dan berjanggut panjang ketuk pintu kereta mengejutkan aku hinggakan tercampak plastik entah ke mana-mana. Muka kutekup laju! "Ya Allah! Ya Allah!"

Farhan yang melihat segera menghampiri. Dia cuba menenangkan aku dan mengeluarkan sejumlah wang lalu diserahkan kepada lelaki berjanggut itu tadi. Farhan bingkas masuk dalam kereta dan kunci pintu. Dia pandang aku yang sedang memegang dada. Isi-isi plastik terburai habis. Maira dah macam semput pun iya jugak!

“Kau okey, Mai?” cemas Farhan bila aku asyik tekap tangan ke dada. Aduhai… jangan la berlaku apa-apa.

Aku angguk perlahan sebagai membalas pertanyaan. Ya Allah! Macam mana aku nak harungi semua ini? Tengok orang lain pun dah terperanjat beruk. Bagaimana nak hadapi situasi di UiTM nanti? Tambah-tambah mengadap muka budak sewel tu. Bantulah aku ya Allah.

Farhan renung belas. Kalaulah mereka boleh melangsungkan perkahwinan secepat mungkin, Humairah tak akan ditinggal seorang diri. Sentiasa ditemaninya. Humairah sekarang seperti pesakit mental. Bayangan Baihakki berlegar di fikiran gadis itu membuatkan dia sering ketakutan dan sukar hadapi dunia luar. Walaupun polis menyatakan siasatan akan dijalankan terhadap Baihakki dan akan memantau pergerakan pemuda tersebut, hati masih kebimbangan. Soal keselamatan Humairah menjadi fokus utama. Apa-apa kemungkinan bakal berlaku. Hanya doa yang mampu dia lakukan setakat ini. Hal lain Farhan serah pada Allah. Allah Maha Pelindung.

“Kalau tak okey, kita balik.” pinta Farhan. Aku cepat geleng menidakkan. Senyum kuutus buatnya tanda aku okey. Kasihan dia. Terlampau risau dengan keadaan aku sampai berjaga-jaga. Dari apa yang aku sedari, aku dah terlalu banyak susahkan orang.

“Habis cepat, balik cepat.” Balasku perlahan. Tunduk mengambil choki-choki dan sweets yang bersepah akibat sergahan lelaki tua tadi. Kan dah berterabur semua benda! Isk isk isk! Penakut bebenau kau ni Mai. Lelaki tadi tu cuma minta sedekah je. Tulah! Asyik fikir Aki je. Biarlah budak tak guna tu! Jangan ingat dia lagi! Padam nama dia dari ingatan! Marah akal.  


***

4 comments:

  1. Yeayyy.. New entry.. Nasib baik Aki tak buat apa2 kat Mai..

    ReplyDelete
  2. Ahhhhh..leganyaaa dh ada n3 baru.....dn sekali lg lega sbb mai slmt dr dirogol.....tp entah ape pulak yg brlaku kt uitm nt....aduhaiii maiiiii......

    ReplyDelete
  3. Sedihnya...kesian mai..

    ReplyDelete
  4. MAI 😭😭😭😭 kesian dia trauma terok nsib ad parhan

    ReplyDelete