“ASSALAMUALAIKUM, uncle.” Sapa Farhan. Wajahnya sangat
serius membuatkan hatiku serba gelisah. Kerutan di dahi bertambah dan jantung
berdegup kencang tatkala mata tajamnya menyinggah anak mataku. Serta merta
kepala kutunduk menekur lantai.
“Waalaikumusalam. Haa Amirul. Uncle baru nak
keluar hantar Mai balik Uitm.” Abah menegur mesra meskipun di hati agak kehairanan
sedikit. Rajin bebenar lahai bakal menantu datang.
“Oh, nak hantar Mai ke? Maaflah Mirul ganggu.”
Farhan sedar kesilapan dirinya, berkunjung mengejut tanpa diundang. Kan dah
menyusahkan tuan rumah!
Abah senyum seraya tepuk bahu Farhan. “Alah…
takde apanya. Nasib uncle belum keluar lagi. Ni kenapa datang? Nak ganti uncle
hantar Maira ke?” usik abah berjaya memanaskan wajahku. Uiks abah ni! Sempat
pulak!
Farhan senyum nipis. “Mirul ada hal penting nak
beritahu pada uncle dan aunty. Ada benda sikit nak bincang. Berkenaan Maira.
Hidup dan mati.” Katanya seraya mengerling aku. Pedas menikam + gelora api yang
membakar! Seakan menghantar sesuatu isyarat. Tampak matanya seperti marah
bebenar padaku!
Oh Tuhan! Dada mula tak sekata kelajuan. Tapak
tangan mulai basah.
Abah dan mama saling berpandangan. Semacam pulak
anak teruna Umar ini. “Aaa… pasal apa tu ya, Mirul?” soal abah cuba bertenang.
Perkataan hidup dan mati bagai mencabut akar umbi yang bertapak di hati tuanya.
“Uncle, aunty… Mirul rasa Mirul nak percepatkan
majlis pernikahan kami.”
Doooom! Kebabom!!
Rasa macam baru lepas di bom tentera Israel.
Meremang bulu roma! Spontan mataku terbuka luas. Mulut ternganga sebesar gajah.
Eh?? Biar betul budak ni?! Mengapa pelik sangat perilaku dia hari ini? Sihat ke
tidak?
Abah dan mama tercengang. Jantung tua bagai
tercabut apabila mendengar bait-bait kata yang keluar dari anak muda itu.
“Mirul, kenapa ni? Ada apa-apa yang tak kena ke?” Mama yang tadinya berdiri di
depan pintu terus ke sebelah abah. Mereka tertanya-tanya. Saling memandang aku
dan Farhan berganti-ganti. Aku? Lagilah tertanya-tanya! Masing-masing pandang
pelik terhadap pemuda itu.
“Mirul rasa adalah lebih elok kita berbincang di
dalam. Lagipun tak manis jikalau jiran dengar. Mirul ada banyak benda nak
cakap. Ini berkait rapat soal Humairah.” Farhan tampak serius benar
mengelolakan kata-katanya menyebabkan dadaku dihimpit perasaan ingin tahu.
Adakah kerana….? Allahu… katakanlah tidak! Darah gemuruh menjelma.
“Haa marilah. Kita masuk!” Arah abah tegas. Dia
yakin ada perkara serius yang perlu di settle.
Pantang dia kalau hal itu berkaitan anak beranak.
Kami beriringan masuk. Aku ambil tempat di
sebelah Yana dan achik. Dia pula asyik sigung lengan aku namun aku buat tak peduli.
Dalam hati rasa nak gugur jantung. Peluh terasa di setiap celah. Farhan dah
tahu ke? Tapi mengapa dia nak percepatkan majlis? Apa pun tak ready lagi! Tidak malukah dia? Aki sudah
sampaikan apa-apa ke pada dia? Hati mula tak keruan. Serasa rahsia yang
kusimpan kemas bakal ditebak pemuda di hadapanku ini. Tengok perilaku peliknya
menambahkan lagi ketepatan firasat hati. Pasti… Aki dah hint sesuatu pada dia!
‘Farhan apa maksud kau?’ getus hati kecil.
Abah dan mama sudah ambil tempat masing-masing.
Farhan duduk di kerusi set sofa satu. Mata semua menala ke arahnya. Seperti
menunggu dia memulakan bicara.
“Sebetulnya saya mohon maaf andai kedatangan saya
mengejut. Kelakuan saya memeranjatkan aunty dan uncle sekeluarga. Tetapi
selepas difikirkan semula, demi keselamatan Humairah… saya kalau boleh nak
percepatkan majlis perkahwinan kami.” Tutur Farhan.
Seisi rumah terkejut. Terkedu. Yana dan achik
terlopong dengar. Uiks… biar betul! Kak Mai nak kahwin??? Awal gila! Mereka
memandang aku dan Farhan bersilih ganti macam nak terjojol biji mata.
“Ni… Mirul. Aunty masih nak tahu. Kenapa segera?
Bukankah kami sama mamapapa kamu dah rancang untuk satukan kamu selepas Mai
tamat belajar. Mengapa tergesa-gesa sangat ni? Ada apa-apa yang aunty tak tahu
ke? Hah Mai! Ada apa-apa yang mama tak tahu?” Terjegil mata mama bikin aku
teguk liur kesat. Mama dah start nak
marah. Pasti mama sangka kami ada buat hubungan terlarang.
“Mai… Mai…” tergagap-gagap aku berbicara namun
cepat dicantas Farhan.
“Begini, aunty. Saya buat bukan tidak bersebab
dan terburu-buru. Saya ada alasan yang kukuh. Saya nak selamatkan Maira dari
ugutan orang. Lagipun saya sayangkan dia.”
“Ugutan???!” terjerit semua orang.
Aku menekur kepala. Dia dah tahu! Malah kenyataan
‘saya sayangkan dia’ bagai jarum mencucuk di hati. Kurasa dia seakan
berpura-pura kerana apabila terpandang akan anak matanya, seakan ia terluka. Bibir
kuketap menahan getaran.
“Ugutan apa pulak ni?!” Abah mula melenting.
Tahap kesabaran dah tak terkawal.
Suasana kian hangat. Kipas dah sampai ke tahap
maksima. Aircond kalau boleh nak
turun sampai 1 darjah celcius! Akan tetapi… manusia bernama Farhan tetap steady. Tenang saja dia menjawab segala
persoalan begitu menarik perhatian dikalangan ahli keluarga.
“Macam ni, uncle. Dua hari lepas saya dapat satu
kiriman SMS dari seseorang. Dia menyatakan bahawasanya Humairah merupakan milik
dia. Lebih lima kali saya terima SMS tersebut dalam masa 4 jam. Mesej yang sama
dan berulang. Selepas itu, saya dapat satu lagi MMS bergambar dari nombor yang
sama iaitu gambar Humairah.” selar Farhan.
Mataku bergenang. Pecah tembelang…! Kepala
tertunduk malu menghadap karpet. Gambar memalukan yang pernah Aki ugutku
akhirnya tersebar kepada Farhan.
Mama dan abah terdiam membeku. Hati tua mereka
bagai diregut kejam. “Gambar Mai? Gambar apa ni?! Sape orang yang hantar tu?
Mai, kenapa mama abah tak tahu langsung hal ni?!” Marah mama. Aku membisu.
Langsung tak angkat kepala. Malu aku berganda-ganda. Hanya Allah yang tahu.
Farhan seluk poket seluar lantas menunjukkan
gambar tersebut bersama sekeping kertas namun kertas itu masih dilipat kemas
tanpa mengetahui isi dalamnya. Gambar tersebut disua pada mama dan abah.
“MasyaAllah!”
“Astaghfirullahalazim!”
Mama dan abah istighfar panjang. Mata mereka
mencerlung pada anak mataku yang menunduk hiba. Bila-bila masa sahaja takungan
bakal pecah.
“Saffiya Humairah! Apa yang kau dah buat ni??!
Sedar tak dosa pahala?! Subhanalllah! Mama tak pernah ajar Mai jadi anak
derhaka! Anak kurang ajar! Conteng arang pada keluarga! Dah tak ingat ALLAH ke??!”
Tengking mama buat pertama kalinya di hadapan adik beradik dan Farhan
membuatkan air mataku gugus satu per satu. Mama… Mai tak salah. Mai
diperangkap. Allahu! Gambar yang dipegang mama dilempar ke atas meja membuatkan
adik-adik melihat dengan rasa terkejut gila.
“Kakak!” Tergamam Yana. Subhanallah! Kakak aku
kah ini? Gambar kakaknya sedang lena sambil pipi dicium seorang lelaki yang tak
dikenali. Allahuakbar! Kenapa Kak Mai? Kenapa buat macam ni?!
Abah menggeleng kepala sambil mengeluh lemah.
Dadanya mencengkam kesakitan. Anak akukah itu? Allahurabbi…
“Mai… Mai…” tak terluah langsung ayat dari bibir
kerana menahan titisan air mata yang mengalir ke pipi. Mai tak buat! Mai tak
salah!
“Bukan salah Maira, aunty. Kalau mengikut tekaan
Mirul, Maira dianiaya sebenarnya.” Celah Farhan meredakan ketegangan yang
berlaku. Aku panggung kepala. Farhan…. dia percayakan aku? Tetapi… mengapa?
“Dianiaya? Heh! Kamu tak payah nak sebelahkan
dia, Amirul! Sekarang kau beritahu mama. Siapa lelaki ni?! Apa hubungan kau
dengan dia, Mai?! Bagitahu mama sekarang!!” Rasa nak meletup dada Puan Husna
ketika menjerkah sebegitu rupa. Waktu itu nafsu amarah menguasai diri. Dia tak
sangka anak yang dikandung 9 bulan 10 hari itu sanggup melakukan perangai tak
senonoh di belakang mereka sebagai orang tua. Sedih rasa hati! Bagai dicucuk
sembilu mengenang nasib anak sendiri.
“Aunty, Mirul percaya Maira takkan buat perbuatan
terkutuk itu. Mirul kenal dia, aunty. Cuma Mirul terkilan kerana Maira tak
beritahu Mirul mahupun aunty sekeluarga awal-awal. Dari siasatan yang Mirul
buat berkaitan budak lelaki ini ialah namanya Baihakki. Sama kolej dengan
Maira. Kami pernah berjumpa secara berdepan beberapa minggu lalu di mall sewaktu aunty dan mama Mirul shopping. Mirul yakin budak lelaki tulah
yang di dalam gambar. Instinct Mirul
kuat mengatakan Baihakki berbahaya. Dia sanggup buat apa saja untuk dapatkan
Maira. Gambar ini mungkin ada isi tersirat yang kita tak tahu. Sebab itu saya
datang hari ini, saya nak minta Maira buat laporan polis sekali dengan saya.
Hanya Maira saja yang tahu cerita sebenar.”
“Aunty tak percaya! Kenapa Mirul nak sebelahkan
dia lagi? Mirul tak nampak ke apa yang dia dah buat?” bangkang mama sebolehnya.
Farhan menggeleng perlahan. “Saya sebelahkan dia
sebab dia tunang saya, aunty. Saya sayangkan dia. Kalau kebenaran berpihak pada
dia, dia selamat dan kita semua juga selamat. Tindakan akan dikenakan terhadap
Baihakki. Tetapi kalau dia dipihak yang benar-benar salah, saya tak boleh kata
apa cuma saya mahu perkahwinan ini disegerakan secepat mungkin sebelum orang
lain dapat tahu hal sebenar. Seburuk mana pun kisah silam Maira, kalau nama dia
yang yang tertulis di Luh Mahfuz sebagai penyambung tulang rusuk kiri saya,
saya terima seadanya.”
Bicaranya membuatkan ramai terperanjat dan
termangu. Luluh hatiku mendengar bait kata-katanya. Mulianya hati kau, Han.
Sanggup kau sebelahkan aku semata nak tutup keaiban aku… Mampukah kau terima
selepas kau lihat segalanya? Aku tak sekuat kau. Hati melirih sayu.
“Saya tak minta banyak. Cuma pohon tuan empunya
badan cerita segala yang berlaku pada hari kejadian dari awal sampai akhir dan
beri kerjasama dengan kita semua.” Pinta Farhan melirik mata kepadaku.
Kini semua mata meluru
padaku seperti peluru berpandu. Terketar-ketar tapak tangan mengesat mutiara
jernih di seluruh wajah.
“Cerita sekarang Mai! Mama, abah, adik-adik semua
nak dengar! Jangan nak membohong!!” tinggi nada suara mama. Mama macam dah tak
percayakan aku lagi. Abah pula hanya diam.
“Cepat Mai!!” jerkah mama lagi sebelum ditegur
abah agar bertenang. Aku ketap bibir menahan esak berulang.
“Cerita Mai. Kami nak dengar.” Ujar abah sebagai
ketua keluarga.
Agak lama aku berdiam, cuba untuk mententeramkan
dada yang sakit akibat asyik menangis. Apabila sudah reda, baru aku memulakan
cerita.
“Masa tu… Mai pinjam kereta Wana.” Nada suaraku
seperti budak kecil. Mengimbas kembali apa yang telah terjadi. “Mai teringin
nak makan aiskrim. Waktu nak sampai kat kedai, tayar kereta meletop. Mai keluar
tengok. Fon tertinggal kat rumah Wana. Mai tak tahu nak buat apa. Masa tu juga
Aki datang. Dia kata nak tolong hantarkan kereta ke workshop tapi Mai tolak. Mai memang tak suka dia. Dia playboy kat kolej. Suka kacau Mai. Lepas
Mai kata tak mahu, dia terus tarik tangan Mai. Mulut Mai ditutup dengan kain
kecik. Lepas tu Mai terus tak sedar.” Luahku teresak-esak.
“Macam mana budak tu boleh ada dekat situ?! Mai
ada buat apa-apa yang sakitkan hati dia sampai dia berdendam?” soal mama
garang.
Aku pantas menggeleng. “Mai tak suka dia, mama.
Dia selalu ganggu Mai. Mai benci dia! Percayalah cakap Mai…” pintaku sebak.
“Habis tu kenapa tak cerita dekat mama?! Kenapa
simpan?! Sampai mengandung baru nak bagitahu? Hah!”
“Husna... biarlah budak tu habiskan cerita dulu.
Kawal kemarahan awak.” selar abah sedari tadi melihat kelakuan kurang bijak sang
isteri.
Mama merenung abah dengan pandangan maha tajam.
Airmata bergelinang. “Abang ingat saya boleh duduk diam bila dapat tahu anak
kita ni rupa-rupanya palit arang ke muka kita? Abang ingat saya suka nak
marah-marah anak tanpa sebab? Abang tak fikir perasaan saya sebagai seorang
ibu! Saya yang kandungkan dia! Saya rasa jerih perih waktu bersalinkan dia!
Tetapi apa yang saya dapat?! Anak ada hubungan sulit dengan jantan lain! Yang
malunya saya!” Mama menghambur tangisan tak berhenti memilukan hati setiap
orang terutama aku.
Tersentap! Jantungku bagai ditikam berkali-kali.
Mama… Mai tak pernah…. Mai tak buat… pilunya hati tatkala dituduh melakukan
hubungan songsang. Air mata kembali merembes. Siapa yang mahu percaya kata-kata
aku lagi selepas ini? Allahu… bantulah aku hadapi dugaan beratmu ini.
Abah hela nafas. “Bukan abang tak sayang anak.
Tapi berilah dia peluang tamatkan cerita. Abang kenal anak abang. Maira takkan
buat sesuatu yang menjatuhkan air muka ibu ayah dia. Setiap anak takkan sanggup
buat macam tu pada ahli keluarga. Beri dia peluang, Husna. Jangan tuduh melulu
tanpa usul periksa. Sambung, Mai.” pujuk abah sebagai orang tengah.
Aku tarik nafas lalu hembus perlahan. Kata-kata
abah sedikit sebanyak memberi sokongan kepada aku yang mula down. Tak mengapalah. Aku sedar mereka
tak akan mempercayai kata-kata orang jahat lagi. Biarlah mereka fikir yang
bukan-bukan. Akan tetapi apa yang pasti aku akan bongkar kebenaran tersirat.
Sabarlah Mai… “Mai tersedar bila ada orang pegang pipi. Mai celik je mata, Mai
nampak Aki. Aki cuba buat sesuatu yang tak senonoh pada Mai. Mai tolak dia. Mai
tampar dia sambil menangis. Aki pegang kuat tangan Mai. Dia ugut nak sebarkan
gambar Mai kalau Mai jerit. Masa tu dia cuba nak tanggalkan baju Mai. Dia nak
rogol Mai! Tiba-tiba bunyi petir kuat. Dia terhenti buat benda tu kat Mai. Mai
tolak dia lepastu terus keluar dari kereta. Waktu tu juga ada teksi lalu kat
kawasan tu. Mai tahan teksi terus balik rumah Wana. Aki cuba kejar tapi tak
sempat.” Akhirnya aku membocorkan apa yang selama ini tertanam di lubuk hati.
Mama, Mai masih suci! Mai masih dara! Percayalah mama! Mai tak buat perbuatan terkutuk
tu! pintaku di hati yang luka parah.
Yana menggosok bahuku setelah kebenaran dibongkar.
Achik menenangkan aku disebelah kiri. Aku kesat air mata lagi. Puas sudah apa
yang terbuku di kalbu. Sekarang semuanya terserah pada Farhan untuk menilai.
Aku redha sekiranya dia tak terima aku lagi. Redha jikalau semua orang tidak
mahu menerima aku. Aku ada Allah… Aku ada Wana… hanya dia yang memahami…
Mama memegang dada lalu memejam mata rapat.
Syukur Alhamdulillah padamu ya Allah… kerana anakku masih terbela dengan izinMU.
Mama membuka mata. Dia berdiri lalu memeluk aku seerat mungkin. Aku sembam muka
ke dada mama. Tangisan bertandang lagi.
“Maafkan mama, sayang. Mama dah salah anggap.” Mama
akui kesalahan sendiri. Silapnya kerana tuduh melulu. Natijahnya hati anak luka
teruk.
“Mai tak salah, ma.” Aku mengulangi ayat yang
sama. Semua senyap. Farhan hanya memandang dari kejauhan. Alhamdulillah…
***
SEJURUS Puan Hanani dan Tengku Umar pulang
beserta anak teruna mereka, Husna naik ke kamar beradu sang dara. Anaknya diam
sahaja selepas pulang dari balai polis berdekatan untuk laporan polis yang
dibuat berhubung kejadian yang menimpa Humairah. Pintu bilik diketuk namun
tiada sahutan. Perlahan-lahan tombol pintu dipulas. Bilik gelap! Mama mencari
susuk tubuh anaknya. Melihatkan pintu sliding
terbuka begitu melegakan hati. Disangka anak hilang! Langkah diatur menuju ke
situ. Gelagat Humairah diintai.
Alangkah terkejutnya dia pabila melihat Humairah
menangis sambil memeluk lutut. Esakan kecil jelas kedengaran.
“Mai, kenapa ni?” soal mama sambil menyelit
rambutku ke belakang telinga. Kerusi disebelah anaknya diduduki. Hati Maira
harus diambil. Dia bimbang anaknya terus hanyut melayan perasaan sedih yang
menyelubungi diri.
“Tak… takde pape.” Aku cuba berlagak selamba sambil
senyum. Walau kutahu senyum itu pahit tak bergula.
Mama mengerti.
“Mai, Amirul buat semua ni sebab dia nak
selamatkan Mai. Dia sayangkan Mai. Dia tak mahu anak mama ni jatuh ke tangan
lelaki yang cuba rosakkan Mai.” pujuk mama seperti ketahui apa yang tersirat di
hati.
Aku pantas menggeleng. “Tak, ma. Dia tak
sayangkan Mai.”
“Maksud Mai?”
Lama aku membisu. “Dia buat sebab terpaksa, ma.
Mai tahu dia tak redha kalau jadikan Mai sebagai seorang isteri. Dia tak rela,
ma. Dia terpaksa!” tukasku lemah.
Mama menggosok bahuku memberi sedikit kekuatan.
Mental anaknya lemah tak bermaya. Tak seceria Humairah yang dulu akibat
peristiwa yang hampir-hampir meragut kesucian diri sebagai seorang wanita.
Patutlah anaknya diam membeku selepas pulang dari rumah kawannya iaitu Wana.
Satu sifat Humairah yang buat dia kesal. Susah mahu bercerita masalah sendiri.
Makin besar, makin menyepi. Makin berahsia dengan family. Sungguh! Dia runsing!
“Tak elok Mai cakap macamtu, sayang. Dia berniat
baik nak tolong. Lagipun bila mama fikirkan semula, lebih bagus kalau kamu
berdua disatukan. Tak manis keluar selalu. Tengok apa dah jadi sekarang? Budak
Baihakki tu berani ambil kesempatan pada anak mama. Hati mama tak tenang
sekarang, Mai. Lagilah kalau Mai belajar dekat UiTM tu nanti. Lagi jauh dari
mama dan abah, lagi jauh dari Amirul.” luah mama bernada kesal.
“Takkan dia sanggup terima Mai jadi isteri dia,
ma. Perempuan yang dah disentuh lelaki lain! Bagi free pun orang tak sudi.” talarku lagi. Betul! Mana ada lelaki
sanggup ambik wanita yang sudah tidak ‘steril’ lagi.
“Mai… ingat Allah. Allah dah aturkan segalanya.
Jodoh Mai mungkin dengan sang Adam bernama Amirul. Tak baik menidakkan aturan
TUHAN. Aki masih belum cuba…”
Telinga pantas kutekup guna kedua-dua tangan.
“Tak mahu dengar! Mai tak nak dengar!!!!” jeritku sambil mengalirkan
berdozen-dozen air mata. Aku rasa tak terkira dah berapa gelen yang keluar dari
tubir mata ini.
Mama hela nafas. Humairah makin menjadi-jadi! Dia
tak tahu nak buat apa dan bagaimana. Air mata anak pantas diseka dan aku hanya membiarkan.
Selesa di perlakukan sebegitu. Apa yang pasti Humairah akan tinggal untuk
beberapa hari lagi sebelum naik kuliah. Ahaa! Baru teringat pasal kehadiran
opah! Mata anaknya yang masih menunduk dicari.
“Mama ada beritahu opah pasal hal ini,”
teragak-agak mama memberitahuku membuatkan kepala laju memusing. Terbeliak biji
mata yang semakin membengkak itu. Opah…
“Opah nak datang esok. Kalau boleh secepat
mungkin. Opah nak tengok Mai sendiri. Mungkin Mai lebih selesa,” Mama cuba
memancingku untuk bercakap. Dia tahu aku pantang kalau berkaitan opah.
Sikit-sikit opah!
Perlahan-lahan senyum kuukir. Mama membalas
senyumku. Betul tekaan dia. Mai akan mudah memberi respon jikalau bercakapa
tentang opah. Melihatkan anak ingin bersendirian, mama bangun ingin berlalu
dari situ. Baru beberapa langkah dijejakinya, suara Humairah kedengaran.
“Mama… Mai sayang mama.” Ujarku bergetar.
Mama tersentuh. Aku bangkit lalu mendakap tubuh
mama. Mama mencium ubun-ubunku tanda kasih tak terperi.
“Walau apapun terjadi, mama tetap sayang Mai. Mai
tetap anak mama sampai bila-bila.”
SETELAH mendapat mandat persetujuan opah dan
kebenaran mama, abah mengizinkan aku ke butik hari itu bersama Farhan. Tetapi
dengan syarat Farhan harus menjaga aku dengan baik! Dan aku pula harus update
setiap setengah jam berada di lokasi! Hendak berbincang mengenai majlis
pernikahan yang bakal berlangsung lagi dua bulan. Sejurus mencapai kata sepakat
dan pendapat semua orang, tak terkecuali adik-adik sebagai saksi, kami berdua
bakal melangsungkan akad nikah dua bulan dari sekarang. Farhan masih ada cuti
lagi sebulan setengah untuk pergi kursus perkahwinan. Aku pula perlu mencari
masa yang sesuai tetapi dalam bulan yang sama. Belajar dan kelas kuliah
mengehadkan masa untuk aku keluar dari pintu gerbang UiTM.
Dalam tempoh sepuluh minit perjalanan,
masing-masing menyepi. Aku lebih senang bersendiri. Farhan pula tenang memandu
Myvi. Tiada apa yang hendak diperkatakan antara kami. Kepala mula menyengat
apabila teringat peristiwa hitam tersebut. Sengaja aku tak beritahu pada
mereka. Karang makin bertambah risau!
Jiwa mula bergelora tatkala Farhan singgah di
Petronas untuk isi minyak. Peluh merenik di dahi dan tapak tangan. Dada
berdebar menggila secara tiba-tiba. Bayang-bayang Aki sentiasa di mana-mana
membuatkan aku ketakutan. Deretan kereta kukerling. Kot-kot ternampak figura Aki! Farhan
yang baru mematikan enjin ku pandang mengharap.
“Aku nak isi minyak jap,” ujar Farhan seraya
ingin berlalu keluar.
Sebelum dia membuka pintu kereta, aku terlebih dahulu
merentap lengan kemeja birunya membuatkan langkah pemuda itu terbantut. Dia
memandang aku meminta penjelasan. Raut Humairah berubah pucat mennjentik
tangkai hati lelakinya.
“Jangan tinggalkan aku.” pintaku seperti
anak-anak kecil.
“Aku pergi kejap je. Tak lama pun.” Farhan cuba
memujuk lembut. Aku menggeleng keras. Tak mahu! Jangan tinggalkan aku sorang-sorang
kat sini! Rasa nak meraung satu Petronas! Please,
Han…
“Mai, tak ada apa-apa yang nak ditakutkan. Orang
ramai kat sini,” Memang banyak kenderaan di stesen minyak waktu ini namun itu
tidak mampu mententeramkan hati yang gundah gulana. Bayang-bayang Aki jelas
kelihatan di segenap ruang. Susah untuk aku singkirkan! Badi!
“Okey kalau kau takut, tidur. Turunkan seat. Aku kunci pintu. InsyaAllah takde
pape,” Suruh Farhan. Aku nak tak nak berbuat demikian. Sejurus mataku tutup
rapat, Farhan keluar lantas mengunci kenderaan. Dia berlari ke dalam premis
mencari minuman dan sedikit gula-gula untuk Maira sekaliharung membayar duit
minyak. Dia khuatir tinggalkan Humairah sendirian. Keretanya dipandang dari jauh
sambil menunggu giliran di kaunter.
Aku senyap membisu dalam kereta. Langsung tak
buka mata! Kerana takut terlihat kelibat Aki meskipun aku tahu itu hanyalah
khayalan dan halusinasi, akan tetapi aku tak mampu hindarkan. Entah mengapa
mata susah sangat nak pejam. Berkali-kali aku cuba! Kepala makin berdenyut.
Kugagah jua mengikut cakap Farhan agar tidur! Bunyi kereta lain lalu sebelah
Myvi seringkali menyentak aku. Dada makin laju berdegup kencang. Peluh
membasahi segalanya. Ya Allah, tenangkanlah aku. Tak berhenti bibir melafaz
kalimah suci.
Tit tit! Bunyi unlock kereta.
Mata segera kubuka. Farhan sudah berada di sisi
kereta, membuka pintu bahagian pemandu dan menyerahkan bungkusan plastik
kepadaku. Perasaan lega hanya Allah saja yang tahu! Segera kucapai pemberiannya.
“Minumlah.” Katanya lalu menutup pintu kereta
kembali membuatkan aku terpinga-pinga. Eh! Dia nak ke mana? Aku memerhati
lagaknya yang sedang mengisi minyak kereta. Tak lepas mata memandang. Takut
hilang dari mata. Plastik berisi air mineral dan gula-gula Hacks serta
choki-choki kegemaran kuintai. Tak semena-mena bibir mengukir senyum. Tahu-tahu
je!
Baru nak capai choki-choki, tiba-tiba seorang
lelaki berkopiah dan berjanggut panjang ketuk pintu kereta mengejutkan aku
hinggakan tercampak plastik entah ke mana-mana. Muka kutekup laju! "Ya Allah! Ya
Allah!"
Farhan yang melihat segera menghampiri. Dia cuba
menenangkan aku dan mengeluarkan sejumlah wang lalu diserahkan kepada lelaki
berjanggut itu tadi. Farhan bingkas masuk dalam kereta dan kunci pintu. Dia
pandang aku yang sedang memegang dada. Isi-isi plastik terburai habis. Maira
dah macam semput pun iya jugak!
“Kau okey, Mai?” cemas Farhan bila aku asyik
tekap tangan ke dada. Aduhai… jangan la berlaku apa-apa.
Aku angguk perlahan sebagai membalas pertanyaan.
Ya Allah! Macam mana aku nak harungi semua ini? Tengok orang lain pun dah
terperanjat beruk. Bagaimana nak hadapi situasi di UiTM nanti? Tambah-tambah
mengadap muka budak sewel tu. Bantulah aku ya Allah.
Farhan renung belas. Kalaulah mereka boleh
melangsungkan perkahwinan secepat mungkin, Humairah tak akan ditinggal seorang
diri. Sentiasa ditemaninya. Humairah sekarang seperti pesakit mental. Bayangan
Baihakki berlegar di fikiran gadis itu membuatkan dia sering ketakutan dan
sukar hadapi dunia luar. Walaupun polis menyatakan siasatan akan dijalankan
terhadap Baihakki dan akan memantau pergerakan pemuda tersebut, hati masih
kebimbangan. Soal keselamatan Humairah menjadi fokus utama. Apa-apa kemungkinan
bakal berlaku. Hanya doa yang mampu dia lakukan setakat ini. Hal lain Farhan
serah pada Allah. Allah Maha Pelindung.
“Kalau tak okey, kita balik.” pinta Farhan.
Aku cepat geleng menidakkan. Senyum kuutus buatnya tanda aku okey. Kasihan dia.
Terlampau risau dengan keadaan aku sampai berjaga-jaga. Dari apa yang aku
sedari, aku dah terlalu banyak susahkan orang.
“Habis cepat, balik cepat.” Balasku perlahan.
Tunduk mengambil choki-choki dan sweets yang bersepah akibat sergahan lelaki tua tadi. Kan
dah berterabur semua benda! Isk isk isk! Penakut bebenau kau ni Mai. Lelaki
tadi tu cuma minta sedekah je. Tulah! Asyik fikir Aki je. Biarlah budak tak
guna tu! Jangan ingat dia lagi! Padam nama dia dari ingatan! Marah akal.
***
Yeayyy.. New entry.. Nasib baik Aki tak buat apa2 kat Mai..
ReplyDeleteAhhhhh..leganyaaa dh ada n3 baru.....dn sekali lg lega sbb mai slmt dr dirogol.....tp entah ape pulak yg brlaku kt uitm nt....aduhaiii maiiiii......
ReplyDeleteSedihnya...kesian mai..
ReplyDeleteMAI 😭😭😭😭 kesian dia trauma terok nsib ad parhan
ReplyDelete