Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Thursday 18 September 2014

Soulmate Forever Bab 19



WANA ajak cuti berdua. Yahoooo! Inilah yang aku tunggu. Selepas minta izin mama dan abah semalam, Wana terus datang mengambil aku dan terus dibawa ke Melaka. Kami berborak, saling bertukar cerita dan bergosip. Langsung tak sentuh part aku dan Farhan. Wana seakan faham apa yang berlaku antara kami. Sudah 2 hari dia menyepi diri. Aku selalu stalk Facebook dia. Tiada sebarang post. Angin monsoon dia datang, semua orang kena tempias. Sungguh aku terasa hati apabila dia memperlakukan aku seperti malam itu. Petang-petang baik, malam terus buat perangai sinikal dia. Hmph!

“Wana, aku nak pi kedai depan tu sat. Beli aiskrim. Pinjam kereta.” Pintaku muka simpati + comel. Tangan ditadah.

“Beli apa je?”

“Aiskrim lorh cik kak,” juihku.

“Tadi dah makan mee hailam. Nak makan aiskrim lagi?” Geleng kepala kakak garang tu. Aku sengih comel.

“Baby nak!” Perut kugosok. Serius kempunan weh! Dari hari tu teringin nak makan cornetto. Yummy!

Terlongo Wana dibuatnya. Isk isk… perut gajah! “Ambiklah kat sana.” Suruh Wana. Aku pantas berlari mencapai gugusan kunci kereta Kancil comel molek Wana.

“Kau nak aiskrim apa?” soalku sambil melambung kunci ke udara. Pinjam tuan punya kereta, mestilah pelawa tuannya sekali.

“Strawberi.” Set! Aku bergegas keluar rumah lalu menghidup enjin kereta. Lima minit kemudian baru kereta bergerak menyusur ke jalan raya. Sedang sedap-sedap dengar lagu sambil ketuk stereng, bunyi letupan kuat menyebabkan kereta terhuyung hayang di tengah jalan. Aku yang kalut terus beri signal sebelah kiri dan matikan enjin. Peluh merenik di dahi. tangan menggeletar. Ya Allah, kenapa ni??? Sejurus keluar dari kereta, aku pantas ke depan kereta.

“ALLAH! Pancit la pulak!” gerutuku garu kepala. Adehhh… macam mana ni? Telefon Wana! Aku seluk poket seluar slack.

“ALLAH! Tak bawa fon!” Dahi aku tepuk berkali-kali. Macam mana boleh tertinggal gajet pulak ni?? Aduhai.. susahlah kalau gini. Aku mana reti nak tukar tayar apakebenda. Kening yang terasa gatal kugaru. Kalau boleh semua tempat nak garu! Grrr!

‘Apa nak buat ni?’ keluhku lemah seraya mencangkung di sisi kereta. Mata meliar ke kiri dan kanan. Hasrat hati mahu meminta pertolongan namun bibir lemah untuk meluah kata-kata.

Tiba-tiba sebuah kereta berhenti di belakang kereta Kancil Wana membuatkan tubuhku terketar-ketar ketakutan. Spontan berdiri tegak! Seperti dapat membayangkan adegan filem perompak dan mangsa. Aku berlari ingin menarik pintu kereta namun perbuatan terhenti dikala terpandang gerangan yang keluar dari kereta tersebut.

“Assalamualaikum.” Sapa Aki.

Aku mengeluh lega. Hola! Ingatkan sape tadi. Tapi, apa dia buat dekat sini? “Waalaikumusalam.”

“Kereta rosak ke?” soal Aki sambil menyelit kaca mata hitam di baju tee Polo. Terserlah kehensemannya.

“Hmm,” jawabku perlahan.

Aki bergerak melihat kenderaan pacuan empat roda milik Wana. “Tayar pancit ni. Ada tayar spare?” soal Aki prihatin.

Aku menggeleng. Takde dan tak tahu! Waktu ini terasa menyesal sebab tak belajar mendalam tentang kereta. Heh! Sebab selalunya Farhan yang ambik dan hantar aku pulang. Hikhik.

Aki gosok dagu. Mata melilau pandang sekeliling sebelum memandang seraut wajahku yang bersandar pintu pemandu.

“Apa kata awak naik dengan saya aje. Ni nak ke mana ni?”

“Kedai.”

“Owh. Beli apa?” Sibuk je!

“Ada la!” talarku. Semua benda nak tahu. Mai, dia berniat nak tolong kau je pun.

“Apa kata awak naik dengan saya saja? Biar saya hantar awak. Kenderaan awak ni nanti saya tolong telefon mekanik hantar ke workshop. Boleh?” Aki membuka tawaran.

Hadui…! Masalah! Takkan aku nak tumpang dia? Berdua pulak tu. Tak ke kerja gila? Tapi Mai, sampai bila kau nak terperap dekat sini? Dah la handphone tak bawa. Mujur purse ada. Karang kena cekup sama polis dikatanya kau minah Indon terlepas! Naya je.

Its okay. Aku boleh uruskan sendiri. Thank you atas pertolongan.” Kataku tegas. Perempuan takkan mudah percaya lelaki sembarangan. Lagipun aku masih curious kenapa dia ada di sini. Takkan ekori aku kut? Hati mula berkata-kata.

“Saya bukan berniat jahat. I just want to help.” Tukas Aki pula. Ek eh dia ni. Aku kira cukup baik nak membantu. Sikit pun tak terima. Cissss! Hina sungguh rasa.

I said no means no! Again.. thank you kerana prihatin. Aku boleh balik sendiri.” Ujarku seraya berlalu dari situ kerna ingin ke pondok telefon berdekatan. Baru dua langkah melepasinya, lenganku direntap kasar dari belakang lantas mulutku ditekup dengan kain bersama cecair mengkhayalkan. Mata terus terpejam!




KERETA di parking di kawasan yang tiada orang lalu lalang. Memang sepi jalan itu! Aki merendahkan suhu penghawa dingin kereta ke angka 1. Badan dipusing mengadap gadis yang baru di’culik’ sebentar tadi.

“Mai sayang…. Aku sebenarnya tak sampai hati buat kau macam ni. Tapi aku terpaksa buat. Aku cakap baik-baik kau tak terima. Kau tolak aku. Then, terpaksalah aku buat cara jahat. Aku sayang kau.” Aki menyentuh pipi mulus itu. Sejuk! Mai kelihatan sangat cantik ketika tidur. Iphone dikeluarkan lantas ke application camera. Aki mendekatkan wajahnya ke pipi Mai sambil memejam mata. Beberapa kali butang snap ditekan. Bermacam gaya dia lakukan tika Mai sedang enak dibuai mimpi akibat cecair yang ditekup ke hidung gadis itu sebentar tadi.

“Mai, kau cantik sangat.” Terdetik perkataan itu di hati lelakinya. Sungguh, dia tak pernah merasa begini tika bersama wanita lain. Ex-ex dia pun bukan cantik sangat. Harap make-up lebih! Tetapi… yang di hadapannya ini natural beauty. Tanpa secalit solekan… wajahnya hidup.

Seperti tersedar dari lamunan, Aki meraup muka lalu memandang kanan. Ya Allah! Apa aku dah buat? Betul ke apa yang aku lakukan ini? Aki, takkan kau nak rogol perempuan yang kau sayang? Dia wanita lemah, Aki! Lemah! Sama seperti umi… Aki memejam mata.

‘Tak boleh, Aki! Kau kena teruskan niat. Apa guna kau culik dia lepas tu buang masa? Bodoh! Jangan jadi lelaki dayus la, bro!’ Syaitan menghasut.

‘Jangan, Aki. Apa perasaan kau bila orang buat gitu pada anak perempuan kau satu hari nanti?’ Hati berkata.

‘Jangan jadi bodoh! Teruskannn… bila lagi kau nak dapat peluang berdua dengan Humairah? Alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan!’

Dan Aki mula terpengaruh dan terpedaya dengan sogokan syaitan. Dia memilih beberapa gambar yang bagus untuk dijadikan bahan ugutan kepada seseorang. Dia meletakkan caption di setiap gambar; Lena dalam dakapan… Nombor asing itu dicari lalu ditaip. Kau ingat boleh dapat minah ni? Sorry… she’s already be mine. Aki senyum sinis.




“HAN,” Syafiq mencuit bahu Farhan yang sedang asyik melihat telefon bimbit.

“Hah?” Terpinga-pinga, Farhan sorok handphone.

“Alaaa.. tak payah sorok. Aku dah nampak dah,” sakat Syafiq. Farhan mencerun mata. Syafiq gelak besar.

“Weh, nak ikut tak pergi ambik Hakim?” Syafiq menanya selepas tawa berhenti.

“Hakim dah sampai ke?”

“Haah. Kat DP.” Dataran Pahlawan…. Bandaraya Melaka…

“Jom!” mereka berdua bersiap untuk ke sana.






“LEPASKAN aku!!!” jeritku kuat sambil kaki cuba menendang Aki yang cekap meragut pergelangan tangan. Tangisan tak berhenti sedari sedar dari ‘tidur’.

“Mai.. dengar dulu apa yang aku nak cakap.” Aki cuba memujuk. Hatinya sebak melihat amukan dan hamburan tangis Humairah. Rasa bersalah melilit tangkai hati.

“Nak dengar apa lagi?! Kau memang jantan tak guna!”

Panggggg!

Satu tamparan maha hebat melekap di pipi kiri Aki bikin nafas pemuda itu turun naik mendadak. Mata memanah Humairah yang masih berlinangan air mata. Terus dicengkam lebih kuat lengan gadis itu menyebabkan Humairah menjerit kesakitan. Tubuh Humairah didekati lebih rapat membuatkan aku menggigil ketakutan.

“Kau.. kau nak buat apa ni???” terketar-ketar bibir menyebut.

Aki senyum sinis. Sungguh, muka dia sangat jahat ketika ini! “Buat apa? Biasanya apa yang orang akan buat kalau berdua dalam kereta macam ni?” Berani kau tampar aku! Ini balasan yang kau bakal dapat, Mai. Tunggulah!

Aku sudah menangis deras. Ya Allah… bantulah aku! Mama…. Abah…. Allah!





2 hari berlalu….

WANA risau apabila Humairah menyendiri. Dia pelik bila gadis itu murung. Biasanya Humairah akan ceria dan bising mulut. Dia takkan duduk di rumahnya lebih dari dua atau tiga hari. Rindu rumah sendiri lebih feeling katanya! Tetapi sekarang berbeza. Apa yang lebih menakutkan sekarang ialah mata Humairah. Tajam bak pisau!

Suatu hari, sewaktu Wana pulang dari Seven Eleven, kelibat Humairah dicari merata. Dalam bilik takde. Bilik air pun takde. Jantung dah laju dah masa tu. Humairah hilang ke? Tak mungkin sebab pakaian dan barangannya masih tersedia di kamar. Wana tergerak hati untuk turun ke dapur.

Tiba-tiba…

“Mai!!” terjerit Wana apabila melihat Humairah sedang duduk di atas cabinet sambil memegang pisau.

“Kau buat apa ni??” marah Wana namun tak aku hiraukan. Mata masih merenung pisau tersebut. Hujungnya tajam berkilat seakan memanggil.

“Mai! Aku tanya ni! Letak pisau tu!” Takut-takut Wana mampir. Humairah seperti dirasuk sesuatu.

Kepalaku dongak memandang Wana di depan. Tak jauh jaraknya. Air mata yang bergenang merembes kembali membuatkan Wana tercengang.

“Mai…”

“Bunuh aku, Wana.” Bergetar suaraku.

Astaghfirullahalazim… mengucap panjang Wana dibuatnya. “Mai… kenapa ni? Letak pisau tu dulu.” Pujuk teman itu lembut. Di kepala terlintas hendak mendail talian kecemasan. Mai dah gila! Mai, jangan buat aku macam ni…

Teresak-esak aku menangis sambil memusing-musing pisau tajam. “Bunuh aku, Wana. Aku tak nak hidup lagi…” ngongoiku bagai orang gila.

Wana cepat rampas pisau di tanganku lalu memelukku erat. Pisau tersebut dicampak dalam sinki.

“Mai, kenapa ni?” Wana mengusap rambut Humairah. Waktu itu, dia secara spontan menjadi kaunselor. Mai pesakit psikiatrik. Dia nak tahu sangat kenapa Mai buat begini. Apakah sebabnya? Farhankah? Takkan sampai nak bunuh diri? Syirik tu!

Aku tidak menjawab sebaliknya terus-terusan menangis. “Wana… tolong aku…”

“Ya aku tolong. Now cerita. Kenapa jadi macam ni?”






FARHAN sandar di kepala katil. Bahu serasa sengal akibat main tumbuk-tumbuk manja sewaktu ketemu sama Hakim dan saudaranya di DP. Dataran Pahlawan…

Mengingatkan dia bosan takde apa nak buat, telefon pantas digapai lalu membuka aplikasi Facebook. Selepas masukkan data, dia membaca news feed terbaharu. Mata melingas ke arah chatting online. Dia tak buka… sudah dua hari Humairah tak online membuatkan Farhan tertanya-tanya namun dia faham. Takkan la nak sentiasa on, kan? Banyak lagi kerja lain yang nak dilakukan oleh perempuan.

Mata kantuk. Farhan tutup mulut dari menguap besar. Bergondol-gondol syaitan masuk! Baru saja nak lelap mata, bunyi telefon.

+She’s mine!

Erk?! Anak sapelah pulak yang hantar mesej tetiba ni? Termangu-mangu Farhan seketika. Ah! Mungkin salah hantar kot. Manatau kot-kot pasangan bercinta ke, kan? Ah! Malas nak layan. Sekejap sahaja, Farhan enak dibuai mimpi.





“AKU tak nak balik!” rayuku sambil memegang kejap lengan Wana.

“Mai.. dengar sini. Kau kena balik bagitahu family. Jangan biarkan benda ni. Nama kau rosak. Maruah kau…” terhenti ayat Wana tatkala wajahku berubah. Sudah seharian Mai menangis hingga bengkak mata.

“Aku tak nak!!!” jeritku seraya menekup telinga guna tangan.

Wana cepat menenangkan aku yang dah serupa orang gila. Dia kebuntuan! Serius tak tahu nak buat apa! Dasar jantan tak guna! Kalau aku jumpa kau tepi jalan, aku ludah muka kau setan! Tetapi ada sesuatu yang merunsing fikiran Wana.

Farhan!

Patutkah dia beritahu pemuda itu setelah apa yang terjadi pada tunangnya? Mampukah Farhan terima bahawa Humairah sudah…? Tak sanggup nak sambung ayat tersebut! Memang dasar jantan durjana! Mati kau aku kerjakan nanti! Tunggulah nasib kau. tinggi ke rendah tanah yang kau pijak! Aku tak kira kau siapa. Yang penting aku akan pastikan kau dapat balasan setimpal dengan apa yang kau dah buat pada anak dara orang!





LAGI BEBERAPA HARI untuk pulang ke kolej semula. Aku kemas beg. Segala persiapan, tesis yang diberi puan dengan jayanya aku habiskan. Sejak pulang ke rumah ini, sepatah haram aku tak bercakap. Apa yang mama dan abah bebelkan, aku hanya diam dan tekur kepala. Angguk geleng sahaja balasan aku yang berikan. Entah mereka perasan atau tidak, aku tak pasti. Tapi apa yang pasti, aku nak bersendirian. Peristiwa itu meragut ketenangan dan keperibadian aku sebagai seorang wanita. Kenangan pahit! Dan sehingga sekarang, aku masih belum beritahu mama dan abah. Aku khuatir mama dan abah akan sakit jantung setelah menerima perkhabaran itu. Jadi aku ambil langkah berdiam diri.

“Dah siap, Mai?” abah bertanya.

Aku angguk kepala. Beg pakaian kuserah pada abah. Beg laptop dan yang lain aku bawa sendiri. Hanya abah yang hantar. Mama dan adik-adik tinggal di rumah. Aku menyalami mama sebaik turun ke ruang tamu.

“Ma, ampunkan dosa Mai.” sekali lagi suara bergetar dan tanpa bicara, air mata bergugusan mengalir di tangan mama.

“Mama dah ampunkan dosa anak mama. Mama sayang semua anak mama.” Mama kucup dahiku lantas mendakapku erat bikin hati makin pilu. Mama…. Mai dah palitkan arang di wajah mama… ampunkan Mai….

Kemudian giliran adik-adik pula. Yana mencium tanganku dan memeluk tubuhku sambil mengesat tubir mata. Begitu jua achik. Aku mengucup kedua-dua dahi mereka. “Kakak sayang korang. Korang adik kakak.” Lagilah berjurai airmata kami bertiga. Mama hanya memerhati. Setitik mutiara jernih tumpah. Abah menggeleng sahaja.

“Sudahlah tu. Karang lambat bergerak.”

Kami tersenyum dan tergelak. Aku senyum pahit. Mampukah aku melihat senyuman dan tawa mereka di kemudian hari?


Selepas masukkan beg dalam bonet, aku bergerak ke tempat duduk sebelah pemandu. Baru nak buka pintu kereta, sebuah kereta menghadang kereta abah membuatkan kami segera menoleh. Darahku turun laju. Jantung berdebar. 


Penulis:-
#maaf ya kalau kurang best dari yang sebelum. miss nak cepat2 habiskan sebelum pergi klinikal di hospital. :)

19 comments:

  1. Alaaa..akak writer nk lagi?! Kenapa aki jahat sgt..kesian mai..nk mai ngan farhan..x nk ngan aki...

    ReplyDelete
  2. knpe? ape? tidak!!!!oh nk lagi!!

    ReplyDelete
  3. Ala.....Miss jangan la buat mcam ni
    Tak best la kalau mcm ni
    Huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  4. What hppen miss??!!! Kejammnyaaaa...miss smbg cpattt plizz..
    ~shud~

    ReplyDelete
  5. sedih..... kesian mai ngan farhan... klu linda jd wana bukan ludah semata... mau belasah biar dia terus dihujani rasa bersalah seumur hidup.....

    ReplyDelete
  6. Aki tpu jerk kn!!!! Bnci aki!!!!!! Nk kak mai&abg han please!!!! Bnyk btl dugaan mereka.. :-(

    ReplyDelete
  7. Aki tpu jerk kn!!!! Bnci aki!!!!!! Nk kak mai&abg han please!!!! Bnyk btl dugaan mereka.. :-(

    ReplyDelete
  8. Kereta sape tu ? Aki or farhan ?

    ReplyDelete
  9. Jgn cam ni takut la hrp ni semua mimpi

    ReplyDelete
  10. Nk farhan n mai..benci aki so much..farhan n mai forever please.

    ReplyDelete
  11. I really hope that mai is just being dreaming in the sleep like the ways that farhan dream :'(
    F A R H A N M A I <3
    Anywayy miss fighting !!! ^.^

    ReplyDelete
  12. Oh.god...jgnlah trjd ape2 pd maiiiiii....miss....jgn seksa akk....cpt sambunggggg.....

    ReplyDelete
  13. mengapa miss~ mengapa~!! MENGAPA!!??? T_T

    ReplyDelete
  14. Miss cs bila nk msk n3 br. Smua dh dh pakat sakit hati ng aki tu. Sy pn xsbr nk tahu apa yg akan terjadi.....

    ReplyDelete
  15. Miss !! Please don't tell me that aki ***** mai?!?! Omaigoddd !!! Cepat la smbung misssssssss ����

    ReplyDelete
  16. miss.....sambung....pleaseeeeeee.....

    ReplyDelete
  17. Please bagitau yg aki tu x buat pape pun kat mai akak....

    ReplyDelete
  18. sedih mat , aki jahat giler

    ReplyDelete