WANA ajak cuti berdua. Yahoooo! Inilah yang aku
tunggu. Selepas minta izin mama dan abah semalam, Wana terus datang mengambil
aku dan terus dibawa ke Melaka. Kami berborak, saling bertukar cerita dan
bergosip. Langsung tak sentuh part
aku dan Farhan. Wana seakan faham apa yang berlaku antara kami. Sudah 2 hari
dia menyepi diri. Aku selalu stalk
Facebook dia. Tiada sebarang post.
Angin monsoon dia datang, semua orang kena tempias. Sungguh aku terasa hati
apabila dia memperlakukan aku seperti malam itu. Petang-petang baik, malam
terus buat perangai sinikal dia. Hmph!
“Wana, aku nak pi kedai depan tu sat. Beli
aiskrim. Pinjam kereta.” Pintaku muka simpati + comel. Tangan ditadah.
“Beli apa je?”
“Aiskrim lorh cik kak,” juihku.
“Tadi dah makan mee hailam. Nak makan aiskrim
lagi?” Geleng kepala kakak garang tu. Aku sengih comel.
“Baby nak!” Perut kugosok. Serius kempunan weh!
Dari hari tu teringin nak makan cornetto. Yummy!
Terlongo Wana dibuatnya. Isk isk… perut gajah! “Ambiklah
kat sana.” Suruh Wana. Aku pantas berlari mencapai gugusan kunci kereta Kancil
comel molek Wana.
“Kau nak aiskrim apa?” soalku sambil melambung
kunci ke udara. Pinjam tuan punya kereta, mestilah pelawa tuannya sekali.
“Strawberi.” Set! Aku bergegas keluar rumah lalu
menghidup enjin kereta. Lima minit kemudian baru kereta bergerak menyusur ke
jalan raya. Sedang sedap-sedap dengar lagu sambil ketuk stereng, bunyi letupan
kuat menyebabkan kereta terhuyung hayang di tengah jalan. Aku yang kalut terus
beri signal sebelah kiri dan matikan enjin. Peluh merenik di dahi. tangan
menggeletar. Ya Allah, kenapa ni??? Sejurus keluar dari kereta, aku pantas ke
depan kereta.
“ALLAH! Pancit la pulak!” gerutuku garu kepala.
Adehhh… macam mana ni? Telefon Wana! Aku seluk poket seluar slack.
“ALLAH! Tak bawa fon!” Dahi aku tepuk
berkali-kali. Macam mana boleh tertinggal gajet pulak ni?? Aduhai.. susahlah
kalau gini. Aku mana reti nak tukar tayar apakebenda. Kening yang terasa gatal
kugaru. Kalau boleh semua tempat nak garu! Grrr!
‘Apa nak buat ni?’ keluhku lemah seraya
mencangkung di sisi kereta. Mata meliar ke kiri dan kanan. Hasrat hati mahu
meminta pertolongan namun bibir lemah untuk meluah kata-kata.
Tiba-tiba sebuah kereta berhenti di belakang
kereta Kancil Wana membuatkan tubuhku terketar-ketar ketakutan. Spontan berdiri
tegak! Seperti dapat membayangkan adegan filem perompak dan mangsa. Aku berlari
ingin menarik pintu kereta namun perbuatan terhenti dikala terpandang gerangan
yang keluar dari kereta tersebut.
“Assalamualaikum.” Sapa Aki.
Aku mengeluh lega. Hola! Ingatkan sape tadi.
Tapi, apa dia buat dekat sini? “Waalaikumusalam.”
“Kereta rosak ke?” soal Aki sambil menyelit kaca
mata hitam di baju tee Polo. Terserlah kehensemannya.
“Hmm,” jawabku perlahan.
Aki bergerak melihat kenderaan pacuan empat roda
milik Wana. “Tayar pancit ni. Ada tayar spare?” soal Aki prihatin.
Aku menggeleng. Takde dan tak tahu! Waktu ini
terasa menyesal sebab tak belajar mendalam tentang kereta. Heh! Sebab selalunya
Farhan yang ambik dan hantar aku pulang. Hikhik.
Aki gosok dagu. Mata melilau pandang sekeliling
sebelum memandang seraut wajahku yang bersandar pintu pemandu.
“Apa kata awak naik dengan saya aje. Ni nak ke
mana ni?”
“Kedai.”
“Owh. Beli apa?” Sibuk je!
“Ada la!” talarku. Semua benda nak tahu. Mai, dia
berniat nak tolong kau je pun.
“Apa kata awak naik dengan saya saja? Biar saya
hantar awak. Kenderaan awak ni nanti saya tolong telefon mekanik hantar ke workshop. Boleh?” Aki membuka tawaran.
Hadui…! Masalah! Takkan aku nak tumpang dia?
Berdua pulak tu. Tak ke kerja gila? Tapi Mai, sampai bila kau nak terperap
dekat sini? Dah la handphone tak
bawa. Mujur purse ada. Karang kena
cekup sama polis dikatanya kau minah Indon terlepas! Naya je.
“Its okay.
Aku boleh uruskan sendiri. Thank you
atas pertolongan.” Kataku tegas. Perempuan takkan mudah percaya lelaki
sembarangan. Lagipun aku masih curious kenapa dia ada di sini. Takkan ekori aku
kut? Hati mula berkata-kata.
“Saya bukan berniat jahat. I just want to help.” Tukas Aki pula. Ek eh dia ni. Aku kira cukup
baik nak membantu. Sikit pun tak terima. Cissss! Hina sungguh rasa.
“I said no
means no! Again.. thank you kerana prihatin. Aku boleh
balik sendiri.” Ujarku seraya berlalu dari situ kerna ingin ke pondok telefon
berdekatan. Baru dua langkah melepasinya, lenganku direntap kasar dari belakang
lantas mulutku ditekup dengan kain bersama cecair mengkhayalkan. Mata terus
terpejam!
KERETA di parking di kawasan yang tiada orang
lalu lalang. Memang sepi jalan itu! Aki merendahkan suhu penghawa dingin kereta
ke angka 1. Badan dipusing mengadap gadis yang baru di’culik’ sebentar tadi.
“Mai sayang…. Aku sebenarnya tak sampai hati buat
kau macam ni. Tapi aku terpaksa buat. Aku cakap baik-baik kau tak terima. Kau
tolak aku. Then, terpaksalah aku buat
cara jahat. Aku sayang kau.” Aki menyentuh pipi mulus itu. Sejuk! Mai kelihatan
sangat cantik ketika tidur. Iphone dikeluarkan lantas ke application camera. Aki mendekatkan wajahnya ke pipi Mai sambil
memejam mata. Beberapa kali butang snap
ditekan. Bermacam gaya dia lakukan tika Mai sedang enak dibuai mimpi akibat
cecair yang ditekup ke hidung gadis itu sebentar tadi.
“Mai, kau cantik sangat.” Terdetik perkataan itu
di hati lelakinya. Sungguh, dia tak pernah merasa begini tika bersama wanita
lain. Ex-ex dia pun bukan cantik sangat. Harap make-up lebih! Tetapi… yang di
hadapannya ini natural beauty. Tanpa
secalit solekan… wajahnya hidup.
Seperti tersedar dari lamunan, Aki meraup muka
lalu memandang kanan. Ya Allah! Apa aku dah buat? Betul ke apa yang aku lakukan
ini? Aki, takkan kau nak rogol perempuan yang kau sayang? Dia wanita lemah,
Aki! Lemah! Sama seperti umi… Aki memejam mata.
‘Tak boleh, Aki! Kau kena teruskan niat. Apa guna
kau culik dia lepas tu buang masa? Bodoh! Jangan jadi lelaki dayus la, bro!’
Syaitan menghasut.
‘Jangan, Aki. Apa perasaan kau bila orang buat
gitu pada anak perempuan kau satu hari nanti?’ Hati berkata.
‘Jangan jadi bodoh! Teruskannn… bila lagi kau nak
dapat peluang berdua dengan Humairah? Alang-alang menyeluk perkasam, biar
sampai ke pangkal lengan!’
Dan Aki mula terpengaruh dan terpedaya dengan
sogokan syaitan. Dia memilih beberapa gambar yang bagus untuk dijadikan bahan
ugutan kepada seseorang. Dia meletakkan caption
di setiap gambar; Lena dalam dakapan…
Nombor asing itu dicari lalu ditaip. Kau ingat boleh dapat minah ni? Sorry… she’s already be mine. Aki senyum
sinis.
“HAN,” Syafiq mencuit bahu Farhan yang sedang
asyik melihat telefon bimbit.
“Hah?” Terpinga-pinga, Farhan sorok handphone.
“Alaaa.. tak payah sorok. Aku dah nampak dah,”
sakat Syafiq. Farhan mencerun mata. Syafiq gelak besar.
“Weh, nak ikut tak pergi ambik Hakim?” Syafiq
menanya selepas tawa berhenti.
“Hakim dah sampai ke?”
“Haah. Kat DP.” Dataran Pahlawan…. Bandaraya
Melaka…
“Jom!” mereka berdua bersiap untuk ke sana.
“LEPASKAN aku!!!” jeritku kuat sambil kaki cuba
menendang Aki yang cekap meragut pergelangan tangan. Tangisan tak berhenti
sedari sedar dari ‘tidur’.
“Mai.. dengar dulu apa yang aku nak cakap.” Aki
cuba memujuk. Hatinya sebak melihat amukan dan hamburan tangis Humairah. Rasa
bersalah melilit tangkai hati.
“Nak dengar apa lagi?! Kau memang jantan tak
guna!”
Panggggg!
Satu tamparan maha hebat melekap di pipi kiri Aki
bikin nafas pemuda itu turun naik mendadak. Mata memanah Humairah yang masih
berlinangan air mata. Terus dicengkam lebih kuat lengan gadis itu menyebabkan
Humairah menjerit kesakitan. Tubuh Humairah didekati lebih rapat membuatkan aku
menggigil ketakutan.
“Kau.. kau nak buat apa ni???” terketar-ketar
bibir menyebut.
Aki senyum sinis. Sungguh, muka dia sangat jahat
ketika ini! “Buat apa? Biasanya apa yang orang akan buat kalau berdua dalam
kereta macam ni?” Berani kau tampar aku! Ini balasan yang kau bakal dapat, Mai.
Tunggulah!
Aku sudah menangis deras. Ya Allah… bantulah aku!
Mama…. Abah…. Allah!
2 hari berlalu….
WANA risau apabila Humairah menyendiri. Dia pelik
bila gadis itu murung. Biasanya Humairah akan ceria dan bising mulut. Dia
takkan duduk di rumahnya lebih dari dua atau tiga hari. Rindu rumah sendiri
lebih feeling katanya! Tetapi
sekarang berbeza. Apa yang lebih menakutkan sekarang ialah mata Humairah. Tajam
bak pisau!
Suatu hari, sewaktu Wana pulang dari Seven
Eleven, kelibat Humairah dicari merata. Dalam bilik takde. Bilik air pun takde.
Jantung dah laju dah masa tu. Humairah hilang ke? Tak mungkin sebab pakaian dan
barangannya masih tersedia di kamar. Wana tergerak hati untuk turun ke dapur.
Tiba-tiba…
“Mai!!” terjerit Wana apabila melihat Humairah
sedang duduk di atas cabinet sambil memegang pisau.
“Kau buat apa ni??” marah Wana namun tak aku
hiraukan. Mata masih merenung pisau tersebut. Hujungnya tajam berkilat seakan
memanggil.
“Mai! Aku tanya ni! Letak pisau tu!” Takut-takut
Wana mampir. Humairah seperti dirasuk sesuatu.
Kepalaku dongak memandang Wana di depan. Tak jauh
jaraknya. Air mata yang bergenang merembes kembali membuatkan Wana tercengang.
“Mai…”
“Bunuh aku, Wana.” Bergetar suaraku.
Astaghfirullahalazim… mengucap panjang Wana
dibuatnya. “Mai… kenapa ni? Letak pisau tu dulu.” Pujuk teman itu lembut. Di kepala
terlintas hendak mendail talian kecemasan. Mai dah gila! Mai, jangan buat aku
macam ni…
Teresak-esak aku menangis sambil memusing-musing
pisau tajam. “Bunuh aku, Wana. Aku tak nak hidup lagi…” ngongoiku bagai orang
gila.
Wana cepat rampas pisau di tanganku lalu
memelukku erat. Pisau tersebut dicampak dalam sinki.
“Mai, kenapa ni?” Wana mengusap rambut Humairah.
Waktu itu, dia secara spontan menjadi kaunselor. Mai pesakit psikiatrik. Dia nak
tahu sangat kenapa Mai buat begini. Apakah sebabnya? Farhankah? Takkan sampai nak bunuh diri? Syirik tu!
Aku tidak menjawab sebaliknya terus-terusan
menangis. “Wana… tolong aku…”
“Ya aku tolong. Now cerita. Kenapa jadi macam ni?”
FARHAN sandar di kepala katil. Bahu serasa sengal
akibat main tumbuk-tumbuk manja sewaktu ketemu sama Hakim dan saudaranya di DP.
Dataran Pahlawan…
Mengingatkan dia bosan takde apa nak buat,
telefon pantas digapai lalu membuka aplikasi Facebook. Selepas masukkan data,
dia membaca news feed terbaharu. Mata melingas ke arah chatting online. Dia tak
buka… sudah dua hari Humairah tak online membuatkan Farhan tertanya-tanya namun
dia faham. Takkan la nak sentiasa on, kan? Banyak lagi kerja lain yang nak dilakukan
oleh perempuan.
Mata kantuk. Farhan tutup mulut dari menguap
besar. Bergondol-gondol syaitan masuk! Baru saja nak lelap mata, bunyi telefon.
+She’s mine!
Erk?! Anak sapelah pulak yang hantar mesej tetiba
ni? Termangu-mangu Farhan seketika. Ah! Mungkin salah hantar kot. Manatau kot-kot
pasangan bercinta ke, kan? Ah! Malas nak layan. Sekejap sahaja, Farhan enak
dibuai mimpi.
“AKU tak nak balik!” rayuku sambil memegang kejap
lengan Wana.
“Mai.. dengar sini. Kau kena balik bagitahu family. Jangan biarkan benda ni. Nama kau
rosak. Maruah kau…” terhenti ayat Wana tatkala wajahku berubah. Sudah seharian
Mai menangis hingga bengkak mata.
“Aku tak nak!!!” jeritku seraya menekup telinga guna
tangan.
Wana cepat menenangkan aku yang dah serupa orang
gila. Dia kebuntuan! Serius tak tahu nak buat apa! Dasar jantan tak guna! Kalau
aku jumpa kau tepi jalan, aku ludah muka kau setan! Tetapi ada sesuatu yang
merunsing fikiran Wana.
Farhan!
Patutkah dia beritahu pemuda itu setelah apa yang
terjadi pada tunangnya? Mampukah Farhan terima bahawa Humairah sudah…? Tak
sanggup nak sambung ayat tersebut! Memang dasar jantan durjana! Mati kau aku
kerjakan nanti! Tunggulah nasib kau. tinggi ke rendah tanah yang kau pijak! Aku
tak kira kau siapa. Yang penting aku akan pastikan kau dapat balasan setimpal
dengan apa yang kau dah buat pada anak dara orang!
LAGI BEBERAPA HARI untuk pulang ke kolej semula. Aku
kemas beg. Segala persiapan, tesis yang diberi puan dengan jayanya aku
habiskan. Sejak pulang ke rumah ini, sepatah haram aku tak bercakap. Apa yang
mama dan abah bebelkan, aku hanya diam dan tekur kepala. Angguk geleng sahaja
balasan aku yang berikan. Entah mereka perasan atau tidak, aku tak pasti. Tapi apa
yang pasti, aku nak bersendirian. Peristiwa itu meragut ketenangan dan
keperibadian aku sebagai seorang wanita. Kenangan pahit! Dan sehingga sekarang,
aku masih belum beritahu mama dan abah. Aku khuatir mama dan abah akan sakit
jantung setelah menerima perkhabaran itu. Jadi aku ambil langkah berdiam diri.
“Dah siap, Mai?” abah bertanya.
Aku angguk kepala. Beg pakaian kuserah pada abah.
Beg laptop dan yang lain aku bawa sendiri. Hanya abah yang hantar. Mama dan
adik-adik tinggal di rumah. Aku menyalami mama sebaik turun ke ruang tamu.
“Ma, ampunkan dosa Mai.” sekali lagi suara
bergetar dan tanpa bicara, air mata bergugusan mengalir di tangan mama.
“Mama dah ampunkan dosa anak mama. Mama sayang
semua anak mama.” Mama kucup dahiku lantas mendakapku erat bikin hati makin
pilu. Mama…. Mai dah palitkan arang di wajah mama… ampunkan Mai….
Kemudian giliran adik-adik pula. Yana mencium
tanganku dan memeluk tubuhku sambil mengesat tubir mata. Begitu jua achik. Aku mengucup
kedua-dua dahi mereka. “Kakak sayang korang. Korang adik kakak.” Lagilah
berjurai airmata kami bertiga. Mama hanya memerhati. Setitik mutiara jernih
tumpah. Abah menggeleng sahaja.
“Sudahlah tu. Karang lambat bergerak.”
Kami tersenyum dan tergelak. Aku senyum pahit. Mampukah
aku melihat senyuman dan tawa mereka di kemudian hari?
Selepas masukkan beg dalam bonet, aku bergerak ke
tempat duduk sebelah pemandu. Baru nak buka pintu kereta, sebuah kereta
menghadang kereta abah membuatkan kami segera menoleh. Darahku turun laju. Jantung
berdebar.
Penulis:-
#maaf ya kalau kurang best dari yang sebelum. miss nak cepat2 habiskan sebelum pergi klinikal di hospital. :)
oh no...aki ni jht giler ke?
ReplyDeleteAlaaa..akak writer nk lagi?! Kenapa aki jahat sgt..kesian mai..nk mai ngan farhan..x nk ngan aki...
ReplyDeleteknpe? ape? tidak!!!!oh nk lagi!!
ReplyDeleteAla.....Miss jangan la buat mcam ni
ReplyDeleteTak best la kalau mcm ni
Huhuhuhuhu
What hppen miss??!!! Kejammnyaaaa...miss smbg cpattt plizz..
ReplyDelete~shud~
sedih..... kesian mai ngan farhan... klu linda jd wana bukan ludah semata... mau belasah biar dia terus dihujani rasa bersalah seumur hidup.....
ReplyDeleteAki tpu jerk kn!!!! Bnci aki!!!!!! Nk kak mai&abg han please!!!! Bnyk btl dugaan mereka.. :-(
ReplyDeleteAki tpu jerk kn!!!! Bnci aki!!!!!! Nk kak mai&abg han please!!!! Bnyk btl dugaan mereka.. :-(
ReplyDeleteKereta sape tu ? Aki or farhan ?
ReplyDeleteJgn cam ni takut la hrp ni semua mimpi
ReplyDeleteNk farhan n mai..benci aki so much..farhan n mai forever please.
ReplyDeleteI really hope that mai is just being dreaming in the sleep like the ways that farhan dream :'(
ReplyDeleteF A R H A N M A I <3
Anywayy miss fighting !!! ^.^
Oh.god...jgnlah trjd ape2 pd maiiiiii....miss....jgn seksa akk....cpt sambunggggg.....
ReplyDeletemengapa miss~ mengapa~!! MENGAPA!!??? T_T
ReplyDeleteMiss cs bila nk msk n3 br. Smua dh dh pakat sakit hati ng aki tu. Sy pn xsbr nk tahu apa yg akan terjadi.....
ReplyDeleteMiss !! Please don't tell me that aki ***** mai?!?! Omaigoddd !!! Cepat la smbung misssssssss ����
ReplyDeletemiss.....sambung....pleaseeeeeee.....
ReplyDeletePlease bagitau yg aki tu x buat pape pun kat mai akak....
ReplyDeletesedih mat , aki jahat giler
ReplyDelete