Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Saturday 13 September 2014

Soulmate Forever Bab 18

HARI yang mendamaikan. Tiada gangguan sejak matahari terbit. Abah dan mama ‘dating’ berdua. Achik dan Yana ke rumah kakak saudara yang berdekatan di sini. Kakak saudara ajak mereka jalan-jalan. Aku? Of course tak ikut! Haha. Lebih suka duduk rumah goyang kaki mengadap laptop daripada merayap. Selepas majlis tahlil di rumah Uncle Umar dua hari lepas, memang aku tak bergerak ke mana-mana dah. RnR di rumah sendiri syiokk! Kaki penat melangkah, duit ‘penat’ nak ‘terbang’.

Sedang asyik menyiapkan power point tugasan pensyarah, handphone berdering. Aku melompat atas katil lalu menggapai telefon.

Yo hola holi holu cikibum cikibum!” Tergelak aku sendirian mengenang cara aku menyambut sapaan Wana. Mental betul!

“Hoi! Kau dah kenapa? Senget?!” marah dia.

Aku sedaya upaya tahan gelak. Alorh kakak Wana udah marah. “Alah sorry la kakak. Waalaikumussalam warahmatullah.” Jawabku betul-betul. Wana geleng kepala. Mereng sudah kawan aku sorang. Makan hapa la agaknya ek sampai meroyan tak tentu hala. Isk isk..!

“Kau busy ke sekarang?”

Busy la gak. Melayan internet sambil buat tesis. Kenapa? Nak ajak aku gi Melaka ke?” soalku selamba sambil memintal rambut.

“Nak ajak gi Melaka macam mana… aku dekat Ipoh.”

“Weh! Cuti sakan! Tak ajak aku pun!” Ini yang rasa nak makan orang ni. Grrr! Sampai hati mereka tinggalkan aku sendirian. Cis! Takmoh kawan.

Wana tepuk dahi. Mai ni misunderstanding ni. “Mairaku sayang… aku pergi melawat nenek angkat yang sedang gering. Bukan bercuti, sayang…” jelas Wana.

Aku gigit jari. “Oh?” Ingatkan bercuti dengan kawan-kawan tak ajak aku. Haruslah aku mengamuk. Mai, cepat benar salah sangka! Cepat minta maaf!

“Oh??!” Geram Wana dengar nada ‘oh’ itu. Hish! Kalau Mai depan mata, harus ditonyoh-tonyoh dengan berus periuk!

Aku gelak lagi. “Chill la. Gurau meh. Wana… aku bosan la.” Aduku. Baru sekarang rasa bosan menerpa.

Family kau mana?”

“Keluar. Tinggal aku sorang je kat rumah.”

“Jaga-jaga. Ada han….”

“Wana!!!!!” jeritku sekuat hati sebelum sempat dia menghabis ayat. Wana ketawa terbahak-bahak. Kurang asam gelugor punya member!

“Wana sat. Ada incoming call.” Ujarku apabila terdengar bip bip sound. Telefon kulihat. Aik? Nombor Farhan. Apa dia nak?

“Wana, mamat tu call aku.”

“Mamat mana pulak?” Tergaru-garu kepala Wana. Haih… ada-ada je Mai ni laa. Mamat la, Samat la, Semat la. Semak laaa!

“Mamat bajet cool tu la.” Kataku sebal apabila Wana seakan mahu bermain tarik tali dengannya.

“Ohhhhhh. Haish. Tak baik tau kata dia mamat. Nama dia Farhan. Tengku Amirul Farhan. Ada darah diraja. Silap sikit, kepala kau  kena pancung tau.” Terkekeh dia menggelakkan aku yang dah berasap beropol-ropol dalam bilik ni. Hangin betullah aku dengan perempuan sorang ni!

“Berani la pancung! Aku tembak dulu kepala dia.” ugutku keras. Wana ketawa tak berhenti. Haduiii… senak perut gelak banyak ni. Dah lama dia tak dengar celoteh Mai macam dekat sekolah dulu. Serius rindu momen mereka bersama!

“Dah dah.. pi jawab dia call tu. Nanti apa-apa hal call aku. Okeh? Bye baby… muah muah!” Aku senyum gelihati. Gediknya lahai kawan aku ni. Memang kepala kami mereng-mereng belaka. Ahaks!

Butang hijau kutekan seraya melekap telefon ke telinga.

“Assalamualaikum,” suara macho kedengaran. Aku tarik nafas lalu hembus perlahan. Relax. Apalah Mai ni. Jawab tepon pun nak takut. Ejek hati.

 Bluekkk! Akal membalas.

“Waalaikumussalam.” Sapaku perlahan.

“Kenapa lambat angkat phone?” Ek eleh. Sukatilah nak angkat cepat ke tak. Kang aku tak angkat baru padan muka.

“Toilet.” Jawabku pendek.

Free tak sekarang?” Erk?

“Apesal?” soalku pelik.

“Minta tolong?” Alamak! Tolong apa pulak kalini? Aku ni dah serik. Asyik kena menolong je. Heh Mai. Dapat pahala tau!

“Tolong mende?”

“Teman aku pergi somewhere. Tank perut dibiayai sepenuhnya.” Wah! Bunyi macam best je. Aku pun dah juling mata hadap assignment. Perut pun lapar jugak. Tapikan… somewhere tu kat mana? Jangan dia bawak aku kat jalan gelap sudah!

“Kau nak bawa aku ke mana?” tanyaku garang. Mamat ni bukan boleh dipercayai. Ah, mulalah nak syak wasangka dengan dia.

Farhan keluh lemah. Ini mesti dah salah faham. Kening digaru perlahan. Alahai sayang… kenapa pending sangat ni? Karang abang bawa ke Songkla, Thailand nanti baru tau. “Aku nak bawa kau ke butik. Mama suruh ambik baju kat situ.” terangnya lagi lemah.

Ohhh.. ambik baju. Bagitau la awal-awal. Ni sebut somewhere. Memang la aku tanya! Dol keropok betullah dia ni, bebelku di hati. “Pukul berapa nak ambik?” Ewah! Kemain eksyen macam mem besar. Dengan dia, memang kena eksyen selalu. Hiks!

“Aku dah ada dekat depan rumah kau ni.”

“Hahhhhhhh?????!” Tercekik tulang ikan.




PERJALANAN yang kurasa agak jauh. Kebiasaan yang kulalui. Jika duduk berdua dengannya pasti aku membisu. Nak dengar aku membebel? Hanya tika bersama Wana atau sahabat yang lain yang mana rapat sahaja. Dengan dia? Boleh bebel. Bila dia menaikkan darah manis aku!

“Aku dah bagitahu family kau.”

“Huh?” Err sorry. Can you repeat it again? Hehe.

Farhan hela nafas. Minah nikan! Suka berangan. “I’ve told to your parents early yang aku bawa kau ke butik hari ini, Cik Maira.” Penuh sopan dan sinis dia mengucap. Serentak itu dia menjeling tajam memberi amaran supaya jangan berangan lagi!

Oh! Ingat apa tadi dia cakap. Eh kejap! Family? “Bila masa kau tepon mama abah?” terbuntang biji mata.

“Sebelum aku ke rumah kau. And diorang pesan suruh stay dekat rumah aku sampai mama abah kau tiba kat Johor Bharu. Then, they will pick up you.” Keterangan Farhan meregut pernafasan aku.

Gulp! Oh mannn! Kena tinggal kat rumah dia sementara tunggu mama abah balik? Haaaaa…. Tak mau!!!

Whether you like it or no, its an order!” Tengok! Belum apa-apa hal dah digertak. Nampak sangat tidak adil. Cis! Aku memeluk tubuh lalu memandang kiri. Merajuk 2 minit! Eleh Mai… kau merajuk la lama-lama mana pun, ingat ‘orang tu’ nak pujuk? Harammmm.

Pada saat itu, sebuah lagu diputarkan dari corong radio menggamit perhatianku. Ini lagu ost sinetron Mutiara Hati tv9! Getusku.

Ku tak bisa berhenti.
Untuk mencari mu.
Walau kini yang ada.
Kamu tak mau.
Ku tak bisa berhenti.
Untuk mencintai mu.
Jangan tanyakan mengapa.
Kar’na ku tak tahu.

Seribu wanita menggoda.
Hanya kamu yang jadi ratu.
Hati ku.
Seribu kali kau hancurkan.
Masih ada banyak waktu ku.
Tuk memaksa mu.

Lagu Raja Jatuh Cinta yang didendangkan Numata begitu santai dan enjoy. Sampaikan orang sebelah aku pun layan dan mengalun perlahan lirik ini berjaya menarik minatku untuk terus memandangnya. Kenapa bila aku tengok dia, rasa membuak di dada untuk terus merenung dan merenungnya? Adakah dia terlampau kacak? Ya kot. Gentleman? Kadang-kadang! Sehingga sekarang aku tak tahu nak ungkap sama ada aku bertuah atau rugi mendapat dia sebagai tunang. Serius aku tak dapat tafsir! Hanya ikut flow ke mana dia pergi. Dan.. aku rasa selamat disampingnya. Itu apa yang aku dapat rasakan seperti sekarang.

“Hensem sangat ke aku hari ni sampai pandang tak berkelip?” Soalan Farhan menyentak lamunan panjang. Segera kukalih wajah. Asalehe! Malunyaaaaa…! Tertangkap intai anak teruna orang lama-lama.

“Perasan!”

Farhan senyum dengar omelanku. Bukan dia tak sedar lama benar gadis tu lihat dirinya. Hati ini gabra juga. Jantung dah berdetak lain macam dah. Tapi dikuatkan iman. Kalau dah halal, lama dah dia cubit pipi mulus itu. Gerammmm!

“Apesal tenung-tenung aku?” tanya Farhan lagi apabila aku asyik memandang.

“Kau pun layan lagu sinetron?”

Terluah apa yang terbuku dihati. Farhan gelak terbahak-bahak.

“Kenapa? Lelaki macam aku tak boleh nyanyi lagu rentak ni ke?”

“Tak la. Cuma pelik je,” gumamku sambil menggenggam jari. Sejuknyaaaa aircond! Nombor berapa lahai dia buka. Kulit tebal ke hapa wei.

“Mama selalu buka channel tv9 setiap petang. Bila aku balik tuisyen, aku pun join la sekali. Teman mama. Sambil-sambil tu dengar la jugak lagunya.” Jelas Farhan teringat kenangan waktu sekolah rendah dulu. Lagu ini paling dia minat. Sehingga sanggup cari kod gitar. Satu perkara yang belum diketahui Humairah mengenai dirinya. Tentang lagu!

“Lama lagi ke?” Aku berdeham, cuba meredakan perasaan gelihati. Serius dia tengok sinetron? Hahahaha! Upsss…! Jangan sampai terlepas, Mai. Karang dia merajuk kena tinggallah kau.

“Dua jam.”

“Hah? Dua jam?” terkejut beruk aku. Uish!

Farhan gelak halus. “Lagi dua puluh minit sampai la. Cuba bersabar.”

Aku mengeluh lega. Huh! Dia nikan… suka buat suspen tau! Hey awak, kalau kita dapat sakit jantung siap awak kita tumbuk-tumbuk sampai penyek!

“Nak tumbuk ke nak cubit ke tunggu lepas kahwin ea. Sekarang tak boleh.” Usik Farhan sambil kenyit mata nakal.

Erk?! Dia dengar ke isi hati aku? Cisss!




“MASUK butik ni kejap.” Baru Farhan bersuara setelah agak lama dalam kereta tadi. Butik yang agak famous dan sering kulihat dalam Facebook kini tersegam indah di depan mata. Aku membuntuti langkah kakinya. Dia sebagai lelaki gentleman mempersilakan aku masuk dahulu. Ladies first katanya! Aku dengan muka bangga masuk sambil jeling dia. hidung kutinggikan sedikit. Haha! Saja cari nahas.

Farhan mencerun mata.

“Ya, encik. Boleh saya bantu?” seorang gadis bertudung kuning bersama uniformnya mampir bertanya pada Farhan sebagai menghormati pelanggan.

“Saya nak ambil baju… bla.. bla.. bla..

Entah apa yang Farhan minta dari budak perempuan tu aku pun tak tau. Kejap angguk kejap geleng. Malas nak dengar, langkah kuatur ke rak yang tersusun baju kurung pelbagai warna. Susunan yang kemas mengikut tone warna. Sejuk mata memandang. Kat rumah jangan harap la buat macam ni. Bersepah sana sini aku letak asalkan bergantung. Hehe.

Dari satu baju ke satu baju, tangan aku entah bagaimana refleks lalu mencapai sepasang baju kurung warna maroon. Cantik! Kain satin lembut. Sedap aje bila dipakai. Namun ketenanganku diganggu dehaman seseorang. Siapa lagi kalau bukan dia.

“Berkenan yang tu ke?” Farhan pandang tepat arahku yang tampak teruja benar tengok kainan. “Nope. Saja tengok.” Harga beratus-ratus. Mana mampu. Ini entah berapa kali ansuran pun tak tau. Haha!

Farhan peluk tubuh. Baju ditanganku ditilik satu per satu. “Maroon tak nampak waktu malam. Lagipun tak sesuai dengan budak pendek.” Komennya.

Aku ketap bibir. Nak kutuk aku pendek la tu! Eeee… dia nikan sengaja cari masalah! Meluap-luap api kemarahan.


“Habis kau tu tinggi sangat la?” kutukku balik kaw-kaw. Farhan senyum mengejek. Eeee… tak suka! Tak suka!

 “Encik… ini bajunya.” Muncul perempuan tadi bersama sepasang kurung putih silver ditangan mengganggu perbualan kami. Aku terpegun melihat baju tersebut. Uikss.. macam baju orang nak kahwin! Untuk sape tu agaknya erk? Takkan baju Aina kut? Gila besar! Habis tu… takkan baju Mama Nani pulak? Atau….? Hati mula berteka-teki.

“Nah, test.” Ujar Farhan lalu menyerah baju tersebut kepadaku.

Terlopong mulut dibuatnya.

“Eh? Apani?” Terperanjat aku. Ni apani suka-suka hati je kasi baju kat orang suruh pakai.

“Pakai. Orang nak tengok.” gesanya lagi dengan nada memaksa.

“Eeee orang tak nak la!” tolakku. Farhan jegil mata.

“Pakai.”

“Tamau!”

“Cik… encik… jangan gaduh.” Budak perempuan bertag nama Amina itu menjadi orang tengah. “Cik, atas permintaan encik ini… cik pakai la. Kalau tak muat, saya boleh betulkan semula sebelum tarikh majlis berlangsung. Ada masa untuk cik uruskan yang lain pula.” Kata-kata wanita itu bikin aku bingung dan terus bingung.

Makin bertambah musykil aku. “Permintaan? Permintaan apa ni?”

“Maaflah, kak. Dia ni dalam mood merajuk lagi sebab saya busy sikit sekarang ni. Tak dapat nak luang masa banyak untuk dia.” Farhan kerlingku dengan panahan mata memukau.

Erk? Merajuk? Apa dia merepek ni? Luang masa amenda niiiii??? Sesiapa boleh tolong jelaskan takkkk?!??!

Kakak Amina ketawa kecil. “Oh ya ke? Emm biasalah tu. Majlis dah nak dekat, mempelai memang sentiasa busy. Akak faham.” Dia dan Farhan senyum dan tertawa.

Aku je yang tercengang di situ bagai orang dungu. Terasa tertinggal keretapi. Trennnn…. Trennnn….


                             


                                  MAHLIGAI UNCLE UMAR.

BUNGKUSAN KFC yang dibeli Farhan aku susun atas meja makan. Mama Nani sedang solat di atas sewaktu aku masuk ke kediaman ini. Papa Umar pula ada urusan di pejabat sekaligus membawa Aina dan Fareez sebagai peneman. Farhan berjalan masuk sambil meletakkan bekas minuman di atas meja. Dia kemudian ke dapur dan kembali bersama pinggan. Alahai… rajin benar anak Mama Nani ini. Penuh tatatertib dan kesopanan menyusun. Kena bagi markah 100% ni.

“Kejap lagi kita makan. Tunggu mama habis solat. Kalau nak solat, pergilah kat bilik atas.” Suruh Farhan. Aku tegak di belakang kerusi dengan muka memerah.

“Apesal?” soalnya bila aku diam saja. Bila nampak muka aku yang dah segan macam nak menyorok bawah meja, segera Farhan angguk.

“Nak rehat naik atas.” Fahamlah dia Mai period. Patutlah segan-segan nak cakap. Adehhh… Farhan senyum senget sambil memijak anak tangga menuju biliknya.

Iskkkkk! Aku tutup muka. Confirm muka merah seperti buah tomato. Nafas kutarik dan hembus perlahan. Aduhaii… malu! Haaaa ni yang tak suka. Nak balikkkk! Aku rasa nak menangis bila Farhan senyum. Senyum ada makna! Uwaa!

“Maira,” tegur Mama Nani di tangga membuatkan aku tersentak.

“Aunty… eh silap. Mama,” tersasul aku sekejap.

Mama Nani mendakap tubuhku sejurus aku menyalaminya. “Walaupun baru dua hari lepas Maira datang sini, mama tetap rindu.” Aku senyum malu-malu kucing. Alahai… terharu Mai dengar. Hikhik!

“Maira tentu penat. Pergilah rehat dulu. Takpe. Nanti nak makan, mama panggil.” Ujar Mama Nani lagi.

“Err takpelah, mama. Mai tak penat pun.” Dalihku. Haish idok ler teman nak tidur rumah orang kut. Rumah mertua lagi tuh. Eheh. Bakal mertua.

“Mama tahu Maira penat. Takpe. Pergi rehat dulu. Nanti time nak makan, mama panggil ya sayang.” Mama Nani mengusap kepalaku sambil senyum mesra. Aku angguk lantas bergerak ke bilik yang pernah menjadi milik sementara aku dahulu. Sanggupkah aku nak derhaka cakap mertua? Hehehe.

Pintu bilik kubuka. Masih segar bau. Tak terkacau sedikit pun. Susun atur masih kemas sepertimana aku gunakan buat kali terakhir. Tampak Mama Nani betul-betul menjaganya dengan rapi. Kain cadar tegang. Bilik pun bersih dari sebarang habuk. Bilik air jangan cakaplah. Bersih tanpa sebarang kuman! Hailah.. kalau bilik betul dah lama bersawang walaupun ada manusia menghuni. Akulah tu! Uwaaa!

Aku meletakkan handphone di atas meja solek lantas bergerak ke balkoni. Urmmm… udara luar menyegarkan. Kepala ditoleh ke kiri memandang balkoni ‘orang sebelah’. Sunyi sepi je. Tidur kut! Telahku.

Remote penghawa dingin kutekan ke paras 20. Sewaktu nak letak remote control itu, mata tertancap sekeping nota kecil yang ditindih bawah laptop Apple warna hijau muda.

~ Nak surf internet, gunalah. Password 12345 ~
-- Han --

Uikss… bila dia hantar? Oh agaknya masa aku kat bawah tadi kut dia masuk bilik. Alahai… terima kasih Farhan. Macam tahu-tahu je aku kebosanan! Kerusi kutarik lantas on laptop. Pergh! Apple tu. Dalam mimpi je aku nak pakai Apple. Makan apple iya! Wifi tersedia di dalam bilik begitu menyenangkan. Sebaik saja Windows 7 terbuka, wajah-wajah di skrin itu membuatkan aku tergamam dan terkedu. Nafas terhenti. Air liur kutelan kesat.

Paparan gambar sewaktu bertunang menjadi wallpaper background. Gambar-gambar yang tidak pernah aku tahu kewujudannya! Dalam album kenangan takde pun. Musykil ni! Sape yang ambik? Farhan ke? Tapi waktu tu Fareez yang tangkap gambar. Aku nampak dengan jelas Fareez snap gambar kami berkeluarga. Hati mula dilanda keresahan. Farhankah? Tapi dia takde kamera.

Mai, sekarang dunia canggih. Handphone! Terdetik hati.

Ya Allah… Benarkah dia yang ambil gambar-gambar ini semua? Satu demi satu gambar aku lihat. Gambar yang paling cantik diedit adalah gambar kami berdua duduk bersebelahan walhal gambar sebenar ialah aku duduk seorang. Edit photoshop. Dan bait-bait ayat dibawah gambar itu meregut tangkai hatiku.

Jika dia tulang rusuk kiriku yang hilang, panjangkanlah hubungan kami hingga ke JannahMU

Ada rasa air mata menitik dikala aku membaca petikan ayat tersebut. Farhan……….





WAKTU menginjak 5 petang. Aku menolong Mama Nani di dapur sambil borak panjang. Ada masa kami ketawa dan ada masa bersedih bila teringat kisah-kisah lama. Waktu itu juga aku mengorek rahsia mengenai Farhan. Hehe! Dan Mama Nani pun melayan. Sungguh aku happy time itu. Tetiba rasa tak nak balik. Ekeke.

“Maira boleh tolong kejutkan Farhan tak? Suruh dia solat asar dulu lepas tu kita makan petang.” Pinta Mama Nani.

Aku nak membantah namun tak tega apabila melihat kesungguhan Mama Nani menguli tepung untuk dibuat kulit karipap. Salah satu kuih kegemaran Farhan yang baru aku tahu tadi.

“Baik, mama.”

Satu per satu aku menapak. Dalam hati menggila debar. Tak penah-penah kejutkan lelaki bangun. Uish… seriau rasa!  Setiba saja di depan kamarnya, teragak-agak aku mengetuk pintu sebanyak tiga kali tetapi tidak disahut. Pada mulanya aku nak je turun bawah semula dan katakan pada Mama Nani bahawa Farhan tidur mati tetapi bila teringat kesungguhan Mama Nani membuat kuih kegemaran anaknya menyebabkan aku tak sampai hati.

Tombol pintu kupulas setelah mengumpul sebanyak mungkin tenaga. Bilik yang tenang tanpa gangguan. Aku memerhati sekeliling sebelum mata tertancap susuk tubuh seseorang sedang tidur dalam keadaan meniarap di katil. Terketar-ketar kaki melangkah ke hala itu. Ya Allah, selamatkanlah aku! Jangan pulak aku dijerkah Farhan kerana masuk bilik tanpa kebenaran. Aku terpaksa! Mama kau suruh! Huhu.

“Err.. Far… Farhan… Farhann…” panggilku mendayu-dayu ala-ala perempuan melayu terakhir. Tiada balasan. Nyenyak betul dia tidur dengan baju yang sama.

Aku mengeluh. Macam mana nak buat dia bangun ni? Takkan nak sentuh pulak. Kang dia kata aku mencabul. Farhan ni sukar dijangka. Aku garu kepala yang gatal. Buntu! Apa nak buat ni???

“Farhan, bangun la.” Aku mencuit kakinya beralaskan seluar jeans. Dia tetap tak bergerak. Dengkuran halus jelas kedengaran.

Ini bikin panas hati! Heeeyyy nak je aku curah minyak panas kat dapur. Penat sangat la kan! Entah apalah yang dia buat malam tadi agaknya. Takkan pergi butik tu je dah penat sampai mengantuk begini rupa. Aku tak mengantuk pun! Lagilah aku bangun awal. Haish! Antara rela dan tidak, aku menyentuh bahunya guna dua jari. Gaya macam mencucuk saja. Ah! Peduli apa.

“Farhan, bangun!” Kejutku bersama suara yang agak kuat sikit berbanding tadi.

Kelihatan tubuh itu bergerak-gerak membuatkan aku sedikit lega. Namun rasa lega itu pudar tatkala dia memusingkan tubuh kepada menelentang dan terus tidur. Tidur???!

“Ya Allah…. Sakitnya hatiii…” tertahan-tahan perasaan geram melihat makhluk Allah ni enak-enak sleeping beauty macam kerja buruh. Terhentak-hentak kaki atas lantai.

“Far…” belum sempat aku menyudah ayat, tubuh pemuda itu sekali lagi bergerak sekaligus mencelik mata kuyu. Aku segera berdiri di sisi katil. Kang tergoda susah pulak nak elak!

“Dah pukul berapa?” suara seksinya kedengaran membuatkan aku teguk liur. Alamak aih… betul-betul nak gugat keimanan aku laa.

“5. Bangun cepat. Solat asar. Mama kau tu kat bawah.” Suruhku mendatar. Badan kupusing untuk segera berlalu dari situ. Namun ditahan suaranya.

“Mai, kau sayang aku tak?”

Kebabom!!

Soalan membunuh!

Terkedu! Tergamam! Tersentak! Berderau darah. Bulu roma meremang deras. Air liur tersekat di kerongkong.

“Mai…” meleret panggilan Farhan membuatkan aku menolehnya perlahan dengan teragak-agak. Takut-takut nak tengok!

“Ka…kau cakap apa ni?” bergetar suaraku.

Farhan menghela nafas. “Tadi aku mimpi. Kau tinggalkan aku. Kau bersama budak lelaki yang kita jumpa dekat mall tempoh hari.”

Berdegup laju jantung tatkala Farhan menyebut perihal Aki. Eh! Itukan mimpi aje. “Mimpi kan mainan tidur.” tukasku lembut.

“Jadi, kau takkan tinggalkan aku lagi kan?” rayunya seperti anak kecil membuatkan aku kelu dari berkata selanjutnya. Raut wajahnya seakan meminta aku sentiasa berada disampingnya.

“Err… ak.. aku kena keluar dulu. Bye,” talarku seraya berlalu keluar dari kamar yang menyesak dada. Sengaja mahu mengelakkan diri. Aku turuni tangga bersama perasaan berbalam. Ya Allah… kenapa hati aku rasa tak tenteram sekarang?





CHANNEL tv yang membosankan. Semua cerita tak best! Apalah astro ni. Penat je bayar mahal. Tayang cerita entah apa-apa. Ngomelku tak puas hati. Remote ditekan lagi mencari siaran. Ulang dan ulang!

“Ehem!”

Gulp! Spontan terdiam tatkala dengar orang itu berdeham.

“Tak ada yang best ke?” soal Farhan bernada biasa.

Aku geleng kepala. Dia ambil tempat di hujung sofa yang aku duduki. Remote control dia ambil lalu membuka siaran 811. Bola! Oh bosannn.

“Mai,” serunya tatkala kami membisu lama.

Aku menoleh kiri.

“Kau abaikan je la apa yang aku cakap petang tadi. Anggap je aku mamai.” Katanya bernada sarkastik mengelirukan aku. Tetapi aku ikut saja kemahuannya. Malam ini perangai Farhan agak berbeza berbanding sebelum. Lebih banyak mendiamkan diri. Apabila ditanya, baru mengangguk dan menjawab. Itupun sepatah! Mama Nani dah pandang aku semacam. Kut aku bergaduh dengan anak dia. Pelik bin ajaib!

Uncle Umar dan Mama Nani sedang berbual di meja makan. Entah apa yang diboraknya. Aina awal-awal lagi sudah masuk tidur. Penat katanya. Fareez melayan internet di bilik. Riuh rumah sekejap bila bertembung sama mereka. Kecuali Farhan. Dia lebih suka buat hal sendiri.

Pin! Pin!

Bunyi hon kereta membuatkan semua kalih pandang ke muka pintu. Uncle Umar bergegas bankit lalu membuka pintu rumah. Mama Nani memakai tudung yang disangkutkan di kerusi. Farhan masih relax di sofa. Entah apa entah pe’el mamat ni! Sawan ngigau ke apa?!

“Assalamualaikum!” kedengaran suara abah memberi salam dari luar.

Aku mula berkemas. Beg ku selimpang pada tubuh. mata menala Farhan yang masih ralit merenung televisyen.

“Farhan, aku balik dulu.” Kataku menunggu reaksinya namun hati hampa pabila dia membisu. Mula buat perangai ketua pengawas kerek! Bikin panas hati saja. Aku cakap baik-baik tamau dengar. Buat dono je!

Thanks for a whole day! Assalamualaikum!” kataku sedikit kasar akibat sakit hati dengan balasan yang diberi. Langkah kuatur meninggalkan ruang tamu indah itu. Benci dia!

Sebaik kelibat Humairah berlalu pergi dari pandangan mata, barulah Farhan menoleh. Lama. Mata redup sayu.

‘Mai… aku takut kehilangan kau buat kali ketiga. Maafkan kelakuan aku. Aku dapat rasakan kita mungkin bakal berpisah lagi. Kenapa aku rasa macam ni, Mai?’ rintih Farhan keseorangan.





GAMBAR Humairah sedang mengenakan busana putih itu ditenung lama. Bagai melepas kerinduan. Tanpa Humairah sedar, dia menangkap beberapa picture sewaktu Humairah leka berbicara dan posing depan cermin. Sengaja dia tak duduk dekat dengan gadis itu. Bimbang tunang malu tika bersamanya.

‘Mai, tu baju nikah kita.’ Bisik hati kecil Farhan.

Benar… Farhan dah lama buat tempahan baju pernikahan tanpa diketahui sesiapa kecuali Mama Nani. Duit Farhan. Semua dia uruskan sendiri. Dan tadi masa yang sesuai untuk Humairah mencubanya walaupun dia masih belum beritahu sebab gadis itu harus mencuba busana tersebut. Dia tak bersedia lagi nak khabarkan berita pada gadis itu.  Nak surprise katanya. Tunggu sikit saja masa lagi. Memang pada mula Mai marah-marah tapi lama kelamaan dia terima dengan hati terbuka. Itu yang membuatkan Farhan makin sayang.

‘Sempat ke kau sarung baju itu untuk aku, Mai? Kenapa aku rasa kau akan menjauh dari aku lepas ini?’ hatinya masih berkata-kata dan berteka teki sendirian bikin runsing kepala.

Farhan meraup muka sambil menarik nafas. Mimpi petang tadi berulang di minda menyukarkan Farhan untuk mengikis. Orang tua-tua kata mimpi petang hari adalah gangguan syaitan. Tetapi mengapa jantung Farhan berdebar tak menentu? Mimpi itu kerap berpusing di fikiran hingga ke saat ini! Dia tak boleh tidur! Ya Allah, kenapa lain sangat rasa hati ini sekarang? Aku mohon KAU lindungilah kami dari sebarang ancaman dan aniaya orang lain.


Penulis: 
#firasat lelaki kadang kala betul ke? bincangkan. 
#sorry lambat up entry. busy semedang nihhh :D

11 comments:

  1. uhuh..firasat frhn mnakutkn..hrp2 xtrjadi

    ReplyDelete
  2. jantung teman pon berdebor ni hehehe

    ReplyDelete
  3. Agaknya ni firasat farhan sbelum dorg gaduh besar tu kot... yg farhan merajuk balik aussie then mai....

    ReplyDelete
  4. Aduh....nape jntung akk pun turut brdebar nihhhh....misss jgnlah trjadi ape2 antara mai dn han....xsbr n3 seterusnya....

    ReplyDelete
  5. Miss nu wat suspen la... Harap tu mimpi farhan jer. Xmau mai n farhan gaduh... Mai n farhan comel.....

    ReplyDelete
  6. Miss update lah lagi ... diaorg x papekn ... jgn lah pape jdi ... sian mai n farhan ...

    ReplyDelete
  7. hish , miss nie suka sangat buat jantung berdebor .. haha , tp seriouss entry nii feeling disappointed ngn mai n farhan .. tapi kenapa farhan kata berpisah kali ketiga ? bukan first berpisah lepas exam spm kan ?xD

    ReplyDelete
  8. oh dear.... jgn kata dorg nk berpisah lagi....huhu..bila nak bersatu+lovey dovey nye mai& han ni?...

    ReplyDelete
  9. Jangan lah berpisah aku dh tak sanggup nk keluarkan air mata

    ReplyDelete
  10. uish takut kito gini gak

    ReplyDelete