Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Friday 29 August 2014

Soulmate Forever Bab 17

BAB17

PAGI nan indah. Aku bangun dengan cerianya sambil mengeliat badan. Mata kukatup rapat menikmati udara pagi. Heaven sungguh! Sudahlah tak solat, bangun lambat. Mama pun dah tak buka kelas memasak lagi. Yana dan achik tak kacau tidur aku lagi. Abah pun tidak ambil kisah asal anak sulungnya tak buat benda yang bukan-bukan. Wahhhh! Indahnya dunia..

“Mama!” jeritku terperanjat sebaik melihat figura mama berdiri di depan mata. Bila masanya mama masuk?!?! Kenapa aku tak perasan langsung?!!?

“Amboi! Bila masa mama masuk? Dah lama mama masuk! Sliding door pun mama yang tarik luas bagi udara segar masuk. Tingkap mama yang bukakan. Kamu sedap-sedap tidur ya sampai lambat bangkit awal. Lepas tu boleh kata tak perasan mama di sini. Mata penuh selaput tahi mata!” Mama cekak pinggang. Pandangan mencerun tajam melihat anaknya yang tergaru-garu kepala.

“Hari nikan Mai cuti. Apa salahnya tidur…” rengekku.

“Mai dah selalu sangat bangun lewat sekarang. Macam manalah dekat kolej. Agaknya selalu lambat tak?” soal mama garang.

Aku pantas geleng laju. “Manade. Mai adalah salah seorang pelajar yang punctual. Datang awal ke kelas, bersihkan kelas dan study. Tak pernah lambat walau sesaat.” Aku sengih comel bila mama bulatkan mata.

Puan Husna menggeleng kepala. Apa nak jadi lahai anak dia yang sorang ni. Umur dah dua puluh tapi perangai mengalahkan kanak-kanak dua tahun! Susahnya jaga anak dara. Nak aje dia cepat-cepat nikahkan Maira dan Farhan. Seorang saja dah mampu membotakkan kepala sang ayah. Rambut dia pun banyak gugur.

“Sekarang mandi lepas tu siap. Turun sarapan.”

“Siap pergi mana, mama?” tanyaku blur. Nak ke mana pagi-pagi buta. Err taklah buta sangat. Mai, cer tengok jam dah pukul berapa sekarang. 8.30 pagi tau!

“Siap aje. Jangan banyak tanya.” suruh mama seraya berlalu keluar dari kamar. Aku mengeluh malas. Alahai… apa pulaklah yang mama nak buat. Janganlah suruh aku teman pergi pasar. Saya malas bershopping ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Urgh! Alangkah indahnya aku menjadi anak raja. Boleh bangun lambat, makan yang sedap-sedap, ada dayang, ada driver, ada….

“Cepat mandi, Nur Saffiya Humairah!” teriakan mama memutus segala angan-angan. Macam lipas kudung aku lari masuk toilet. Aura mama pepagi ini amat menyeramkan.


BUNYI orang berbual di tingkat bawah sedikit sebanyak mencurigakan aku yang sedang menuruni tangga. Langkah kian perlahan dan perlahan untuk mengintai tetamu yang datang. Dari suaranya seakan-akan aku pernah kenali.

“Eloklah tu. Dah cuti sekarang ni. Boleh bawak budak kecik tu jalan-jalan lepas rindu. Ya tak, Amirul?”

Erk? Farhan! Apa dia buat dekat rumah aku waktu begini? Dia hantar barang aku yang tertinggal tu ke? Aiseymen.. tapi takkan la sampai datang rumah! Pos laju je tak boleh? Hati berteka-teki.

“Mananya Mai, Husna? Lama dah Amirul menunggu ni.” Abah mula menanya mama.

“Entah la, bang. Tadi Na suruh dia mandi lepas tu turun sarapan. Nanti Na tengokkan.” Aku mula mencicit panjat tangga semula. Namun belum sempat nak cecah anak tangga kelima, mama dah tangkap awal-awal. Erk!

“Hah! Nak ke mana?” Mama menyergah. Aku sengih kerang busuk. Melepas! Tak sempat nak elak. Oh, punah harapan!

“Err… nak makan.” Aduh! Apasal pulak cakap nak makan? Cakap la nak ambik telefon. Aduh, Mai. Failed!

Mama mencerun tajam anak mataku bikin hati terketar-ketar. Alahai… mama macam syak je aku nak lari dari mereka. Ampun mama!

“Cepat turun. Amirul dah tunggu lama tu.”

“Buat apa dia datang sini?” Eee menyebok la!

“Ada hal katanya. Nak minta tolong Mai.” Aku buat muka. Minta tolong sampai datang rumah apahal? Mesej atau telefon tak boleh ke? Rajin sangat.

“Alaaa orang malas la, ma.” Desisku perlahan agar tak didengari tetamu. Kang kecik hati pulak! Merajuk bawa diri balik Aussie semula. Chait!

Mama cekak pinggang. Ada saja jawapan. “Heh. Jangan banyak cekadak. Cepat turun. Lambat nanti.” Aku akur. Dalam hati membengkak geram. Suka memaksa! Tak suka! Tak suka!

Sampai di ruang tamu, kulihat si dia sedang berbual mesra dengan abah. Entah apa yang rancak sangat sampai dia ketawa dan sengih. Abah pun terasa muda join sekaki gelak. Aku buat muka takde perasaan lantas duduk di sofa dengan kaki bersila. Mama menggeleng kepala. Baikkkkk sangat perangai anak sulung dia ni lahai…! Tak tau nak cakap apa dah. Tahu sangat Humairah memberontak.

“Mai nak makan dulu? Ke nak makan kat luar dengan Amirul?” Abah menyoal setelah melihat figura aku didepan mata.

“Kalau uncle tak keberatan, Mirul nak bawa Mai sarapan kat luar. Terus survey barang sekali sebab masa pun dah suntuk.” Farhan meminta izin dengan sopan. Aku pandang dia bagai nak telan. Ada yang bakal jadi santapan lauk pagi ni! Ewah ewah! Sesuka hati dia je nak buat keputusan untuk aku. Jotos(seligi) kepala kang!

“Elok juga tu. Majlis tu nak siapkan cepat, kan. Aunty petang karang datang dengan uncle. Tolong apa yang boleh ditolong untuk malam esok.” Semua gelak kecuali aku yang tak ada sense of humor.

“Eh tak payah la, aunty. Semua tu kami boleh buat sendiri. Guna catering je. Cuma mama minta tolong beli coklat dan jajan sikit untuk budak-budak yang datang nanti. Mama memang suka-suka nak memberi.” Terang Farhan lebih jelas. Sedikit sebanyak aku mengerti tujuan asal dia ke mari. Oh… Mama Nani suruh dia beli barang. Then, kena ajak aku sekali. Oh my Goddd! Malasnyaaaa…

Mama senyum seraya angguk kepala. “Yelah.”

Farhan bangun lalu salam abah. Aku salam lambat-lambat tangan mama dan kemudian abah. Muka tak rela dipamerkan sebelum bahuku ditepuk mama. Abah sempat berbisik di telingaku, “Sampai sana jaga diri baik-baik.” Pesan abah. Aku angguk memahami. Mai memang selalu jaga diri tapi lelaki yang abah percayakan tu bukan boleh diharap sangat! Mahu kena ketuk ketampi kalau aku burukkan Farhan depan abah. Hikhik!

Enjin kereta dihidupkan. Aku melambai tangan gaya nak balik kampus pada mama dan abah sejurus kereta sudah diundur keluar dari halaman rumah. Jalan raya yang mula bersesak dengan deretan kereta kami tempuhi. Farhan steady driving.

“Nak makan kat mana?” soal Farhan setelah beberapa minit membisu.

“Makan di mulut!” balasku sinis.

Farhan menjeling. “Mamak? Sayam Corner?”

“Suka hati la. Bukan aku yang keluar duit pun.” Aku memeluk tubuh lantas memandang panorama luar. Sakit hati masih berbekas. Ingat aku ni patung mainan ke boleh heret ke sana ke mari tanpa minta persetujuan? Adil ke kalau aku je yang kena dengar arahan dia tetapi dia boleh skip mana-mana arahan aku? Sudahlah tak beritahu nak datang. Alih-alih terus minta izin ajak keluar atas alasan nak beli barang untuk majlis. Boleh terima pakai ke?

Farhan hela nafas. Ya dia tau. Salahnya. Dari awal dia sudah nampak air muka Humairah yang jauh berubah sebaik sahaja dia minta izin membawa anak dara Uncle Syakir keluar hari ini. Tetapi dia tiada sesiapa yang diperlukan untuk meminta bantuan melainkan gadis itu. Mama Nani juga menyarankan dia pergi sama Humairah sebab Mama Nani terlalu sibuk dengan urusan di rumah. Papa pula sibuk dengan anak yatim dan tahfiz. Tiada siapa yang dapat menghulur bantuan melainkan Farhan sendiri memaksa Mai untuk ikut sekali. Kalau dia pening, Mai pun kena pening sama! Fair and square.

“Aku tahu salah aku sebab tak beritahu kau awal-awal. Masa makin suntuk. Aku terkejar-kejar ke sana ke mari. Fareez hari ini ada tuisyen so dia tak dapat teman. Aina tak tahu apa-apa. Along dan Kak Indah ada di Perak. Malam ni baru sampai. Sebab tu aku ajak kau. Setidak-tidaknya aku ada someone yang boleh sumbangkan suggestion.”

“Itu bukan mengajak tapi memaksa!” Tegang suaraku.

“Apa-apa je la. Ajak ke paksa ke yang penting aku ada someone yang boleh tolong cari barang untuk diberikan pada adik-adik kecik yang datang nanti.” Jawab Farhan acuh tak acuh. Dah macam nak pujuk isteri pulak. Mai ni pepagi manja bebenor nak merajuk bagai. Isyh, geram je tengok bibir tu. Rasa nak cubit-cubit!

“Dengan syarat.”

Farhan menoleh mengadapku. Selepas lampu isyarat bertukar merah. Keningnya ternaik. Amboi! Bersyarat bagai.

“Tiada bantahan atau sekatan semasa aku pilih barang. Meaning, aku tak mau kau komen apa yang aku pilih. Hari ini kau kena ikut cakap aku. Faham?” arahku. Heh! Hari ini aku berkuasa. Jangan harap aku nak tunduk setiap suruhan dia. Dah la paksa-paksa orang. Tak kira! Hari ini aku raja!

Oh… itu yang dia nak. Hmm small matter. Kita tengok. Okaylets play! “Okay.” Farhan memberi persetujuan.

Yeehaa! Aku bersorak riang. Dalam kepala dah terbayang keseronokan hari ini.



SETIBA menjejak kaki ke Jusco, perkara pertama yang aku nak ialah topup! Sebaik saja bersarapan di mamak stall, kami terus menuju ke sini.

“Buat apa?” Farhan tak senang.

“Hello! Ini duit aku. So suka hati la, kan. Ingat janji kau dalam kereta tadi? Ikut semua arahan aku tanpa ada bantahan.” Wah! Laju aje kau Mai nak kenakan dia. Biar dia rasa! Haha.

Farhan buat memek muka. Bla… bla… bla… Pasal janji, kemain mengingatkan! Cuba sebut pasal exam. Tergagap-gagap nak jawab. Akhirnya, dia mengikut saja kata-kata aku. Malas nak bertengkar.

Lepas masuk kedai Hotlink, kami masuk premis yang menjual gula-gula. Setiap barang aku teliti dengan kemas. And…. Mesti cari yang sedap-sedap sebab aku yang nak makan! Haha! Jahat betullah aku ni… isyh isyh.

“Choclairs okay? Ke nak Dynamite?” Aku unjuk dua plastik gula-gula sebagai contoh padanya. Farhan sendeng bahu ke sebelah kiri sambil berpeluk tubuh. Dia menilik barang di tangan kananku dan wajahku bersilih ganti.

“Kalau beli choc sweet, item lain kena tukar. Tak boleh coklat juga.” Farhan memberi pandangan. Haah, betul juga. Semua coklat pun tak sedap juga. Aku letak plastik sweet tadi dan beralih pada item yang lain. Dari yang manis kepada yang masam. Setiap satu yang aku tunjuk, ada saja komennya. Hati mula tabah lagi. Sabar… sabar. Tapi bila dah asyik mengomen je sape yang tak tahan kot. Bengang juga la dibuatnya. Rasa masa banyak terbazir!

“Kau ni apahal?” sebalku tak tertanggung.

Farhan kerut dahi. Dah kenapa minah ni? Tersampuk ke apa? Beberapa pengunjung lain turut sama menyaksikan adegan tak diduga itu. Aduhai… malunya!

“Semua yang aku pilih tak berkenan! Kalau macam tu bila nak habis?!” marahku.

Terjongket kening Farhan. Aik, tu pun nak mengamuk? Small matter je kut. Minah ni takde perasaan segan ke? Dah la orang tengok. Farhan garu kening. Kang ada juga yang kena kiss ni kang. Jangan cuba cucuk tahap kesabaran dia.

“Betullah. Tadi kau minta opinion aku. Lepas tu bila aku tak setuju, kau bengang pulak. Kau tu yang apahal.” Bidas Farhan semula.

Aku ketap gigi. Eee! Mamat ni memang suka naikkan darah perisa vanila aku la. Tendang nanti kang sampai ke bulan kau terbang!

“Tadi kau dah janji kan tak bantah.”

“Yup. Tapi kau yang mulakan dulu. Kau tanya pendapat aku. Then, bila aku tak setuju kau mengamuk tetiba kenapa. Itu pandangan aku. Majlis yang nak dibuat tu kat rumah aku. So pendapat aku harus diambil kira.” Dah bergaduh berdua pulak. Cashier di kaunter sedari tadi memerhati gelagat kami dengan mata terkelip-kelip. Entah apalah yang mereka fikirkan. Pasal gula pun nak bergaduh. Entah pape entah!

Terdiam aku sekejap. Haah laa. Kenapa aku nak marah pula? Dia ada hak nak beri sumbangan sebab majlis dia. Bukan majlis aku. Aduhhhh! Kenapalah aku boleh syok sendiri ni??? Maiiii… sedarlah diri. Mamai ke apa wei?! Selalu sangat perasan. Beringat sikit. Bukan perut kau tapi perut adik-adik kecil yang bertandang di rumah Farhan nanti. Perasan tak habis-habis!

Aku garu kepala yang gatal. Aisey… malu rasa nak bertentang mata. Dah terlanjur kata tadi. Sedap-sedap aje aku mengutuk dia kaw-kaw. Kang kalau dia ambil jalan singkat tinggalkan aku sendirian kat mall ni memang mati la aku. Nak balik macam mana? Duit tak cukup!

“Err… ermm kau pilihlah nak yang mana. Aku suggest aje,” ujarku perlahan. Cover!

Farhan mengukir senyuman seraya menggeleng kepala. Macam-macam ragam tunangnya itu. Kejap marah, kejap malu. Tulah. Suka tuduh melulu. “Its fine. Kau ambil aje mana yang kau suka. Aku ikut je. Asalkan budak-budak suka.”

Pulak? Terkedip-kedip mata aku menentang anak matanya. Namun sekejap saja kami berpandangan kerana seperti biasa, aku tak betah merenung terlalu lama. Nanti mengigau! Parah dibuatnya oii.

“Aku ambil Dynamite.” Usulku lalu bergerak ke rak lain.


USAI membeli, kami berpisah arah. Farhan ke ruang solat manakala aku merayau di premis Acer. Meninjau kot-kot ada laptop tengah promosi harga. Cadang nak belikan untuk Yana. Kadangkala kasihan dengan adik sendiri. Sanggup pergi cybercafé semata-mata nak surf internet. Dalam rumah takde komputer. Abah tak manjakan anak-anak dengan alatan sebegitu. Aku beli laptop pun guna duit sendiri biarpun waktu tu masih lagi study. Bukan abah dan mama tak mampu, namun abah mengatakan benda tu bukan kepentingan. Hanya sesekali digunakan. Aku pun masih lagi budak sekolah! Tapi degil nak pakai. So, duit sendiri la jawabnya. Huhu.

Yes miss… you wanna buy these?” Seorang pemuda Cina bertanya padaku.

“Takde promotion ke untuk Acer Aspire?” soalku berminat pada Aspire. Sebab aku punya pun Aspire 4250. Alhamdulillah sehingga sekarang masih berfungsi dengan baik. Tengoklah tuannya sape. Hehe.

“Oh. For Acer Aspire tiada promotion. Last promotion minggu lepas. Sekarang ni dah jadi harga biasa semula.” Jelas Chinese itu lagi. Aku angguk kepala. Alaaa… baru nak beli. Harganya kutilik. Gulp! Mak aih! RM1700. Aku beli dulu pun RM1200 time promotion. Maaflah Yana… akak tak mampu nak belikan. Mahal sangat. Tunggulah sebulan dua lagi.

Its okay. I’ll buy it for this beautiful girl.” Tiba-tiba, seorang lelaki bersuara matang menyampuk perbualan kami.

Aku mendongak kepala dan menoleh ke belakang. “Hahhhhh?!”

“Hi!” Aki buat simbol peace. Giginya kelihatan.

Krekkkk…! (Bunyi leher dipatahkan) Mati aku! Matiiiii! Farhannnn… Macam mana lah boleh bertembung dengan pakcik sorang ni dekat sini pulak? Kecik sangat ke JB ni?! Mampus aku kalau Farhan ternampak! Memang ada yang kena sembelih hidup-hidup.

“Kenapa muka awak pucat je?” soal Aki pelik. Hairan benar melihat pujaan hatinya. Macam orang dilanda gelisah sahaja. Tak senang duduk dibuatnya. Aki toleh belakang apabila Humairah asyik duk tengok belakang saja. Ada hantu ke belakang aku? Isyh! Aki berbisik sendiri.

“Awak sorang je ke?” Ramah Aki bertanya. Sweet tengok pujaan hati hari ini. Mengenakan blouse labuh warna coklat dan seluar jeans hitam.  Betullah comel!

“Err… sorang. Err.. tak… ermm… errr berdua…” tersasul-sasul aku nak membalas pertanyaan membuatkan Aki kerut dahi.

“Sorang ke berdua?”

“Err… buat apa kat sini?” dalihku. Tak sanggup nak tipu. Sebenarnya sedang cari helah untuk melarikan diri. Farhannn… kau kat mana? Datanglah cepatttt!

Aki seluk tangan dalam poket khakis. “Ikut cousin. Cari barang sikit. Rumah cousin kat area sini je.”

Aku angguk mengerti. Oh, dia duduk rumah sepupu kat Johor. Memang patutlah terserempak kat sini. Aku ingat dia mengekor sejak dari kampus lagi. Kan dah dapat dosa. Kau ni suka menuduh tanpa usul periksa la Mai. Apa nak jadi ni. Dia ni bukanlah jahat sangat. Ada sisi kebaikan yang tidak dilihat orang ramai.

“Awak nak cari laptop ke?” soal Aki mesra.

“Eh tak la. Saja tengok-tengok.” Ujarku seraya senyum tanpa sengaja.

Aki terpaku. MasyaAllah… cantik bila pujaan hati menguntum senyuman. Hati lelaki mana tak cair. Jantungnya dupdap berdebar tak menentu.

“Mana sepupu?” tanyaku apabila kami berdiam lama. Terasa lain di hati tatkala direnung sebegitu rupa. Merinding bulu roma kut. Ini yang buat aku fikir negatif balik ni. Hai.. hati mula was-was. Tak boleh leka!

Aki meraup rambut. Muka ditunduk ke lantai. Isyh! Kantoi je. “Cousin…”

Tak semena-mena telefon berdering. My Baby You melalak minta diangkat. Skrin kulihat.

Farhan calling…

Oh my! Penyelamat muncul jua. Masa yang tepat. Aku betulkan suara sebelum menekan butang hijau.

“Hello sayang,”

Aki jelas terkedu! Macam kena tembak dari depan oleh askar Zionis tanpa sempat berbuat apa-apa. Kakinya terasa lembik nak bertahan.

Bukan sahaja orang di sini yang rasa nak rebah, bahkan orang di sana juga turut rasa nak pengsan. Berulangkali Farhan tengok skrin handphone kut-kut dia tersalah telefon orang. Namun suara itu tetap suara Humairah, tunangnya. Mengigau ke apa? Sedar tak ni apa yang dia cakap?

“Mai, are you okay?”

Mai ketawa manja. “Okay la sayang.”

Aki nak meraung! Muka tak payah cakap la. Dah kelabu asap rupa! Rasa macam tunggul je depan Humairah.

Manakala muka Farhan berubah kemerahan. Uiks! Benarkah apa yang dia dengar ni? Bukan mimpi kan? Pipi dicubit. Auw! Sakit. Maknanya realiti lah!

“Kat mana?” Ehem! Farhan dah tak terkeluar suara dah. Gabra tetiba dengar Maira cakap camtu tadi. Hati tak tentu arah.

Aku senyum lagi. “Alaa orang kat kedai komputer ni. Naik la atas.” Ala-ala gedik juga la kiranya. Bulu roma memang dah lama meremang. Terpaksa buat sebenarnya untuk mengelakkan diri dari terus disoal buaya darat. Cukup dua tiga butir soalan! No more and more.

“Kejap, orang naik.” Tanpa sengaja, Farhan menggelarkan dirinya ‘orang’. Terpengaruh dengan suara lunak merdu tunang.

“Okay sayang,” balasku manja.

Farhan cepat-cepat tekan button merah. Dada dipegang. Fuhh! Gilalah! Laju kut jantung berdegup. Bagai nak gugur. Tak pernah dia merasai perasaan sebegini. Muka toksah cerita la. Merah padam macam kena panggang! Namun firasat kuat mengatakan Maira berada dalam kesusahan dan memerlukan pertolongannya. Teori yang Farhan guna dari dulu hingga sekarang ialah apabila Humairah buat perangai pelik-pelik, pasti ada benda yang sedang dilakukan atau dimahukan. Farhan hela nafas. Jangan mudah perasan, Han.

Eskalator dituju untuk ke tingkat atas namun degupan jantung masih laju. Petanda apakah itu?


I have to go back home.” Kataku ingin berlalu dari situ namun diitahan Aki bikin tahap kebengangan aku melonjak tinggi.

“Nantilah dulu. Apa kata kita keluar minum? Saya belanja.” Aki buat tawar-menawar. Dia tak akan lepaskan Humairah pergi! Itu tekadnya.

Aku mendengus kasar. Tengok tu! Bagi betis nak peha. Melebih-lebih. “Aku tak nak.” Suara mendatarku sudah dirasakan cukup untuk memberitahunya aku tak hingin dan tak sudi.

“Alaaa… bukan ada suami pun yang larang. Single, rite? Relax la. Jom minum dekat kafe bawah. I tanggung semuanya.” Aki senyum miang. Bahasa pun dah tukar I-You. Geli mak!

Aku buat muka. Heh! Kalau macam ni la perangai dia, memang tak la aku nak puji awal-awal. Betul kata Yana, sarang buaya jangan didekati. Sekali dia ngap kita, dia akan lari dan tak bertanggungjawab. Aku benci manusia macam itu!

“Kau jangan cuba nak cari nahas dengan aku. Tepi!” tegang suaraku menahan amarah. Aki buat selamba. Belang mula bertunas. Aku takkan biarkan kau terlepas untuk kali ini, Mai. Kau akan aku takluki!

“I cuma ajak minum je. Bukan buat benda tak senonoh.” Pujuk Aki. Tetapi aku tak peduli. Patutnya aku tak bagi muka kat dia. tengok apa dah jadi sekarang. Makin kurang ajar.

Aku merempuh saja bahunya dan terus berjalan laju. Aki mengejar dari belakang. Pada waktu itu juga, terlihat kelibat Farhan sedang menuju ke arah yang sama. Aku mengeluh lega. Cepat aku berlari ke arahnya dan terus memeluk lengannya.

Farhan tergamam. Gulp!

Aki panas hati. Sekali lagi dia menyaksikan adegan tersebut. Dengan pemuda yang sama dia lihat minggu lalu. Langkahnya dihentikan serta merta. Berjarak jauh dari pasangan tersebut.

“Sayang… ada orang kejar tadi.” Aduku.

Farhan kerut dahi. “Sape?”

“Entah. Orang GILA agaknya!” kutukku sekuat hati. Bagi Aki dengar. Mental! Tak siuman! Suka-suka hati dia je nak paksa aku. Kalau Farhan paksa aku, aku tak kisah. Sebab aku mengenali Farhan luar dan dalam. Tetapi kalau Aki paksa, minta maaf. Takkan dilayan! Buaya tetap buaya!

“Orang gila?” Farhan pandang sekeliling. Aki yang tersedar hal itu terus bergerak ke arah lain menyembunyikan diri. Geram bersarang di hati. Sakit hatinya melihat Humairah rapat dengan lelaki lain. Pedih jiwa. Terseksa batin. Sia-sia saja dia mengekori gadis itu hari ini. Semua rancangan tak berhasil!

“Ermm… Han… aku lapar.” Aku tepuk perut. Nak alih perhatian. Bosan dengan mamat bernama Baihakki. Nama je sedap tapi orang hampeh. Loya tekak aku!

“Nak makan kat mana?” Yeay! Aku paling suka kalau Farhan jawab soalan aku dengan soalan seperti ini. Ini membawa maksud, mood Farhan sedang elok. Harus ambil kesempatan. Haha!

“Nak Johnny,” rengekku manja. Entah mengapa aku boleh menggedik-gedik dengan dia entah. Sawan gedik ke apa. Datang dari Ammy kot. Dulu aku kutuk dia, sekarang aku dapat badi dia. Isk! Isk!

Farhan geleng kepala. Dah macam Aina pulak merengek. Ikutkan je la. Dah sayang…

“Yalah. Jom.” Kami berjalan menuju ke kedai makan. Sengaja aku tidak melepaskan pegangan lengan Farhan malah makin dieratkan meskipun aku dapat rasakan Farhan kekok, mujurlah dia memakai kemeja lengan panjang kerana aku tahu Aki masih mengintip kami berdua. Aku memang anti mamat tu. Orang tak nak, lagi tersua-sua. Sekarang kau dah nampak aku ada pakwe. Malah lebih kacak dari kau yang perasan diri handsome sangat dan digilai ramai student perempuan kolej. Ingat aku hairan? Tunang aku 10 kali ganda kacak! Tak luak sikit pun kalau aku reject kau. getus hatiku lagi.

Aki yang menyorok benar-benar rasa tak selesa. Bahang! Api cemburu lebih menonjol waktu itu. Dia kena fikirkan cara lain untuk dapatkan Nur Saffiya Humairah walau apa terjadi. Tercabar? Of course! Setelah disiasat mengenai pemuda yang selalu dikelek Mai, dia dapat tahu lelaki itu berdarah diraja. Dan disebabkan itulah namanya Tengku. Orang awam takkan suka-suka nak letak nama Tengku kecuali viral Puteri atau Putera. Tapi Aki peduli apa. Janji, dia dapat apa yang dia nak. Walau guna cara jahat sekalipun!


KERETA sudah memasuki kawasan perumahan Humairah. Gadis itu masih diam membisu. Tak bercakap sepatah sejak kejadian tadi. Masing-masing kunci mulut.

Farhan turunkan brek tangan sejurus tiba di depan pintu pagar rumah Uncle Syakir. Aku longgarkan tali pinggang.

“Err… thanks hantar aku balik.” Kataku sedikit gugup.

Farhan angguk. “Welcome. Thanks juga sebab luang masa teman aku cari gift.”

Aku senyum ikhlas. “No hal la. Yang penting aku dapat upah. Thanks belanja makan.”

Farhan tak menjawab malah terus tenung dan merenung ke dalam anak mataku bikin aku terpanar dan gugup. Jantung mulai memainkan peranan.

Welcome sayang.”

Sejurus ayat itu diucapkan, pintu pagar rumah terbuka sendiri. Kelihatan achik di muka pintu sedang menunggu kepulangan kakak. Cepat-cepat aku keluar dari kereta dan ambil barang. Tanpa sebarang kata, aku masuk dalam rumah meninggalkan si dia yang masih setia di dalam kereta.


“Mai… kalut sungguh kau ni.” Farhan gelak halus sebelum beri signal ke kanan. Dalam hati berbunga-bunga rindu. Hai… tak tidur malamlah jawabnya.


p/s: assalamualaikum here new entry... hope sukakannya :) tak suka, boleh komen di bawa ya. komen anda miss hargai :) InsyaAllah akan habis tak lama lagi... hehe

13 comments:

  1. love love love it!!!! hahahaha +++klakr...

    ReplyDelete
  2. Tergerak hati nak buka blog ni. N alhamdulillah. Ada new entry .. sweet sangat.. xsabar nak baca smbungn nya lagi.

    ReplyDelete
  3. Sweet...��������

    ReplyDelete
  4. bestttttt
    comel sangat mai n farhan ni

    ReplyDelete
  5. best3
    Farhan dgn Mai ni cute je, Aki tu penyibuk je...

    ReplyDelete
  6. Miss nak lagi...best sgt. Mai ngan farhan mmg sweet sgt...

    ReplyDelete
  7. So Sweet!!!! x sabar arr nk next entry......




    -fina-

    ReplyDelete
  8. Suka tp ckit sgt. Xsabar tgu n3 sterusnya.

    ReplyDelete
  9. wow wow wow best nk lg..cpt2 up n3 yer

    ReplyDelete
  10. Oh...maiiii...napelah xckp jek kt aki tu kluar dgn tunang.....haishh....jgnlah han dn mai brpisah ye miss.....

    ReplyDelete