HARI PERPISAHAN. Barang-barang sudah aku kemas.
Berat hati hendak pulang ke kampus. Tidur ku langsung tak lena. Pernah aku membuat
keputusan untuk berhenti belajar namun dibantah keras oleh opah. Bukan sahaja opah malah mama dan abah juga membangkang.
“Jangan
kerana budak Baihakki tu Fiya nak berhenti belajar. Teruskan belajar. Ingat! Ini
ujian untuk Fiya. Apa-apa yang berlaku sudah ditentukan Allah dan Allah tahu
Fiya kuat harungi dugaan yang diberi.”
Nasihat opah tersemat di otak. Selepas membuat
solat hajat hati lebih tenang. Aku tidak takut, aku tidak gentar. Hanya kepada
Allah aku serahkan segalanya. Itulah doa yang aku titipkan saban waktu.
“Kalau Mai rasa semacam, cepat-cepat telefon mama
ya?” pesan mama berkali-kali. Aku angguk faham.
“Sudah-sudah la tu, Na. Mai ingat setiap kata
awak.” perli abah. Dari haritu lagi asyik dok ulang ayat yang sama. Pening
kepala!
Mama mencebik. “Abang ni! Saya risau anak kita
dekat sana! Abang boleh relax pulak!” bentak mama.
Aku yang melihat pertelingkahan itu tertawa
kecil. Mama dan abah gaduh-gaduh manja. Kejap lagi baiklah tu! Normal kan.
“Awak tak usah risau. Kan ke Amirul ada kat sana
juga nanti. Dia yang jadi mata kita.”
Tergamam! Bulat bebola mata pandang abah. Farhan
ada kat sana?? Maksudnya??
“Memang la, bang. Tapi kita kena pantau juga
keadaan anak kita. Takkan nak harap orang lain aje semata.” Marah mama. Nasib
suami. Tak berapa nak marah sangat. Marah-marah sayang gitu. Hehe.
Abah jeling manja. Aummm!
“Farhan ada kat sana?” terpacul ayat itu dari
bibir mungilku membuatkan mama dan abah kelu lidah, saling berpandangan sesama
sendiri sebelum mengangguk kepala.
“Tapi mengapa?” Hairan aku.
“Demi keselamatan Mai. Amirul akan pantau Mai
dekat sana. Lagipun dia cuti lama. Jadi apa-apa hal, Mai cari dia. Telefon dia. Dia duduk dekat-dekat
kawasan UiTM juga. Dia sewa rumah dekat situ.” Jelas abah lagi nyata mampu buat
mulut anaknya ini ternganga lapang sebesar beruang boleh masuk gamaknya.
“Takkan
sampai macam tu sekali?” Farhan ni dah tukar profesion jadi bodyguard pulak?
“Kena, sayang. Baihakki pulak ada dekat kampus.
Peluang dia dekat dengan Mai cerah. Sebab tu Amirul ada sekali dekat situ.
Lagipun kalau Mai nak pergi kursus kahwin waktu cuti, senang sikit. Amirul ada
dekat.” Sampuk mama.
Terkebil-kebil biji mata. Kelip! Kelip! Lambat
sikit pickup. Oh itu ke reasonnya?
Adehhh… aku ingatkan apalah.
“Lupakan hal tu sekejap. Yang penting Mai
belajar. Fokus. Pasal Baihakki tu abah dan Amirul akan uruskan. Apa yang pasti,
Mai mesti berteman ke mana-mana. Jangan jalan sorang diri. Faham?” tegas abah
bersuara.
Kepala ku angguk tanda mengerti. Baik, abah! Mai
akan cuba. Tekadku. Rasa bersemangat tiba-tiba nak ke kampus. Sebab ada peneman+bodyguard=Farhan. Ngee…
***
TIGA hari telah berlalu. Kuliah Puan Seri tamat
dengan jayanya. Seperti biasa aku akan kemas barang sebelum keluar dewan
kuliah. Sara peneman kemana saja aku pergi. Dalam masa tiga hari berlalu, aku
tidak nampak kelibat manusia ‘gila’ itu. Syukur padamu Ya Allah! Aku pohon aku
tak diketemukan dengannya sampai bila-bila. Perasaan gementar menghantui hidup
semenjak aku kembali ke kampus. Namun bila aku fikir adanya Farhan di sini, perasaan
bertukar lega dan tenteram sedikit.
“Mai,” tegur Sara sewaktu mengambil tempat di
meja makan. Kafe agak penuh dengan student.
Kebiasaan yang dilihat. Sebelum balik hostel, kami akan membeli makan atau
rehat sebentar di kafe kolej.
“Hmm?”
“Kenapa sejak dua menjak ni kau nampak lain?”
Aku teguk liur. Jantung bagai dipalu. “Lain yang
macam mana?” dugaku buat selamba.
Sara angkat bahu. Tangan diletak ke pipi. “Kau
macam terlalu berhati-hati. Dulu bila ada masa terluang selalu ke library. Tak sah kalau tak pergi. Kali
ni aku tengok kau macam lain sikit. Macam takutkan sesuatu. Nak keluar pun
macam susah je. Entahlah. Firasat aku je kut.” Tukas Sara lagi.
Terdiam terus aku. Kelu lidah. Sara… memang aku
terlalu berhati-hati. Buaya itu ada di mana-mana! Kalaulah kau tahu apa yang
terjadi Sara….
Tapp! Petikan jari Sara mengejutkan aku. Badan
terhijut sedikit. Kuss semangat!
“Kau dah kenapa terperanjatkan aku?!” bentakku
geram.
Sara sengih menampakkan gigi putih susu.
“Alaa jangan marah-marah nanti tak comel,”
usiknya. Aku buat dono.
“Baru aku teringat! Mai, haritukan ada orang cari
kau tau.” Hati yang baru reda kembali berirama.
“Cari aku?” Aki ke?....
“Yup! Budaknya handsome. Cer teka!” Haish! Main-main pulak minachi ini. Aku tembak
dengan straw kang.
“Takde masa nak teka-teki ni. Bagitahu cepat
sapa.” Tegasku.
“Ala tekalah dulu…” rengeknya minta pelempang
sedas.
“Malas,” talarku.
Sara juih bibir. Cis! Angin semedang je budak ni
haih. Period ke hapa. “Budah hot tu la. That’s crocodile.”
Uhuk! Uhuk! Tersedak teruk! Aku pantas capai
tisu. Dada kutepuk kuat. Sara kalut. Dia gosok belakangku. Leher dan tengkuk
aku diurutnya. Dah kelam kabut! Semua tempat nak diurut!
“Aku okay! Okay!” tekanku seraya angkat tangan.
Sara buat muka simpati. Minta ampun!
“Sorry
Mai… aku tttttak sengaja.” Pohonnya bersalah. Aku jeling tajam.
“Jangan sekali-kali sebut nama dia lagi depan
aku!” ugutku keras. Sara memahami. Mute!
Tanpa bercakap sepatah pun lagi, kami terus habiskan minuman dan berlalu dari
kafe untuk pulang ke asrama.
Waktu melewati bilik pentadbiran, satu susuk
tubuh kelihatan nun di hujung sana bikin kakiku terhenti berfungsi. Gulp! Tubuh
menggeletar. Darah berderau. Allahu!
“Kenapa Mai?” tanya Sara pelik. Asal budak ni
berhenti?
Aku tak menjawab sebaliknya memandang ke depan.
Sara yang tak faham turut sama pandang depan. Oh, Baihakki rupanya. “Aki!”
Tiba-tiba Sara jerit panggil nama budak tu membuatkan Aki yang sedang berbual
berpaling. Matanya tertancap padaku! Allahu!
Mati!
Aku rasa nak pengsan. Allahuakbar! “Kenapa kau
panggil dia, Sara?!” hamburku kasar. Sara pandang pelik. Aik, salah ke?
“Mai,” sahut Aki dari jauh. Dia segera
menghabiskan perbualan sama budak mana entah lalu menapak ke sini.
Aku bingkas pusing badan dan lari. Sara
terpinga-pinga. Dia teriak namaku namun tidak aku hiraukan. Aku berlari dan
terus berlari. Farhan! Tolong aku. Aku terjumpa dia…! Mama!
“Mai tunggu!” panggil Aki. Dia cuba berlari
selaju mungkin mengejar langkah Humairah yang jauh ke depan.
Dada berdebar kencang. Rasa nak tercabut dah
jantung aku dibuatnya. Aku tak peduli apa pun. Apa yang pasti aku perlukan
Farhan! Larikan diri dari buaya! Pintu pagar yang berada tak jauh jaraknya cuba
aku jejaki. Aki masih mengejar di belakang.
“Mai, nanti!”
Lari Mai! Selamatkan diri kau! Jangan masuk dalam
perangkap dia lagi!
“Mai tunggu! Bahaya tu!” kata-katanya langsung
tak kuhiraukan. Aku sudah tak percayakan dia lagi!
Pada waktu yang sama, aku ternampak figura
seseorang seperti Farhan sedang duduk di warung sambil menikmati secawan kopi
barangkali. Kereta Myvi silver metalik
tersadai di tepi jalan menguatkan lagi fakta bahawa itu adalah Farhan, tunang
aku!
“Farhan!” jeritku sekuat hati namun tak didengari
tuan empunya badan akibat bunyi hon kereta dan lori bersilih ganti.
Aku toleh belakang sambil cuba stabilkan
pernafasan. Aki juga berhenti dari berlari. Dia cuba mendekatiku. Setapak aku
melangkah ke belakang. Mata merenungnya tajam bak pisau.
“Dengar dulu apa yang Aki nak cakap.” Aki cuba
memujuk.
“Kau nak apa lagi? Tak puas kau nak rosakkan
hidup aku?! Kau nak rogol aku?! Kau ugut aku?!” tempikku kasar.
“Aki nak mintak maaf.” Luahnya. Bernada kesal.
Aku gelak sinis. “Minta maaf? Lepas apa yang kau
dah buat kat aku, mudah kau minta maaf?! Kau gila! Psiko!” jerkahku.
Aki hela nafas. “Aki cuba cari Mai. Aki nak minta
maaf. Please… kita berdamai.” Dia
mahu mendekat tapi aku makin menjauh ke menghampiri jalan raya.
“Berdamai? Kau ingat aku bodoh! Aku tahu taktik
kau. Daripada aku berdamai dengan kau, baik aku mati!” tengkingku lagi.
Aki terlopong. Ya Allah! Ampunkan aku kerana
telah menganiaya wanita ini. “Mai mengucap Mai. Aki janji Aki takkan ganggu Mai
lagi. Sini, Mai. Kereta tu!” Aki menegah. Dia takut jika Humairah dilanggar
kereta. Sudahlah kawasan sini memang banyak kereta lalu lalang. Pulak tu bawa
laju-laju!
“Janji pembohong macam kau dah tak ada harga,
Aki!”
“Aki minta maaf, Mai. Please… bahaya kat situ.”
Aku langsung tak mempedulikan omongannya lantas
berpusing untuk pergi kepada Farhan. Tak semena-mena tubuhku dipaut dari
belakang menyebabkan langkahku dikawal rapi. Kurang ajar!
“Mai ikut Aki ea?”
“Gila! Lepaskan aku!” jeritku meronta kuat cuba
melepaskan rangkulan kemasnya.
Aki senyum sinis. Heh! Ingat kau boleh terlepas
kali ni? Tak mungkin! Tadi tu saja je berlakon. Buat gimik sikit! Heh! Masuk perangkap.
“Nak pergi mana, sayang? Jom ikut Aki jom. Kita
bina hidup bahagia.” Dia cuba tarik aku masuk semula ke dalam UiTM namun aku
pantas menggigit lengannya membuatkan dia mengaduh kesakitan. Peluang yang ada
tak kusia-siakan. Aku pantas berlari ke seberang. Namun dalam masa yang sama
sebuah lori membawa tong gas datang dalam kadar yang laju.
Pinnnnnnnnnnnnn!!!!!
Aku toleh kanan. Langkah serta merta terhenti di
tengah jalan. Allahu!
“Mai!!!” Aki teriak kuat cuba menghalang. Lori
itu makin mendekat. Aku memejam mata. Mama…. Abah… ampunkan Mai.
Doooommmmmmm!
***
GADIS yang lena dibuai mimpi panjang itu
dipandang dengan rasa hati yang sayu. Kalau dia punya kekuatan, sudah lama dia
mengubati luka-luka pada tubuh gadis itu. Ingin saja dia menggantikan dirinya
di tempat Humairah. Dia rela! Asalkan Humairah tidak apa-apa. Sebaik mendapat tahu
Humairah adalah gadis yang dihurung orang ramai tempoh hari, nyawanya bagai
dicabut keluar dari tubuh! Dia ada sama di tempat kejadian tapi dia langsung
tak perasan Humairah. Adakah Humairah hendak pergi ke arahnya sebelum dilanggar
lori tersebut? Patutlah hatinya serba tak kena hari itu. Allah. Aku minta maaf,
Mai. Aku tak jaga kau betul-betul. Aku mungkir janji.
Muka diraup perlahan. Sudah seminggu Mai tak
sedarkan diri. Sudah seminggu juga dia berkampung di situ atas keizinan
kedua-dua buah family. Ahli keluarga,
saudara mara dan sahabat handai datang ziarah. Tak terkecuali Izuan. Sanggup
dia ambil cuti dan skip belajar dari
New Zealand ke Malaysia semata-mata kerana Humairah.
“Kau boleh tengok dia puas-puas, Han. Mereka dah capai kata sepakat.
Kedua-dua family dah izinkan. Kau boleh jaga dia.” ujar Izuan ketika berada
dalam wad kelas pertama yang menempatkan gadis itu.
Farhan
menoleh. Mata kuyunya merenung Izuan. Izuan mengangguk mengiakan. Farhan
senyum. Hambar. Firhad mampir antara pemuda berdua itu lalu memeluk kejap bahu
adik keduanya.
“Be
strong, bro. Angah kena kuat hadapi semua ini. Allah sedang menguji angah.
Along harap sangat angah tabah dan sabar menunggu. Cuma bila dia sedar, jangan
bagi dia pressure. Teman dia. Mungkin bila dia sedar, wajah angah yang dia cari
dulu.” Mendalam nasihat Firhad kepada adik lelakinya. Dia tidak mahu pisang
berbuah dua kali. Mungkin masalahnya dan apa yang dialami Farhan berbeza namun
sebagai abang, dia mahu kehidupan adik-adiknya sentiasa dalam keadaan bahagia.
Itulah yang sentiasa didoakan saban waktu.
Farhan menghela nafas. Jaket ditanggalkan lalu
disidai di kerusi setelah mereka semua pulang. Dia merenung kembali gadis itu.
Wajahnya tidak sempurna seperti dahulu lagi. Kesan calar dan geseran di
jalanraya membuatkan muka Humairah hilang seri. Namun pada Farhan ia tetap
cantik. Humairah tetap sempurna dalam hatinya.
Jari gadis itu digenggam. Seakan tidak mahu
dilepaskan lagi. Cukup sekali dia pernah melepaskan gadis itu sewaktu mereka
bergaduh besar hingga dia merajuk bawa hati ke Australia. Kali ini tidak
mungkin berulang lagi. Jari Humairah akan terus berada dalam genggamannya.
Semakin kuat dugaan untuk mereka berdua disaat hendak mencapai kebahagiaan.
“Mai… bangun Mai. Aku datang ni…” Farhan
memulakan bicara setelah lama menyepi dan berterus-terusan merenung wajah itu.
“Bangunlah, Mai. Aku rindukan suara kau…” lirih
bicara Farhan. Dia menunduk menyembunyikan keresahan dan menahan air mata dari
menuruni ke pipi. Melihatkan sahutannya tidak dijawab menambahkan kesayuan dan
hiba di hati Farhan. Tanpa diduga, setitis air mata lelakinya gugur mengena
tapak tangan Humairah. Namun gadis itu masih juga tidak sedarkan diri. Diam tak
berkutik. IV Drip berjalan seperti biasa. Jantung Humairah juga bernada seperti
biasa. Seumpama orang hidup tetapi sedang tidur nyenyak. Pesanan Doktor Raihan
sewaktu Farhan melangkah setapak ke bilik ini terngiang-ngiang di balik cuping
telinga.
“Pesakit dengar setiap patah kata yang kamu semua
ucapkan. Cuma dia tidak boleh membalasnya. Dia dengar tangisan kamu, ketawa
kalian, tapi dia tak mampu untuk menyahut dan bersama kalian. Nasihat saya,
sama-samalah berdoa kepada Tuhan semoga diberikan keajaiban untuk dia sembuh
dan sedar. Kebiasaan pesakit yang koma untuk kembali sedar adalah sangat tipis.
Memerlukan lebih kurang tiga, enam atau bertahun-tahun. Tapi jangan sesekali
berputus asa. Kalau boleh saya mohon bacakan yassin dan bisikkan zikir
ditelinga pesakit.”
“Aku janji aku takkan tinggalkan kau lagi. Aku sentiasa
ada untuk kau. Aku sayang kau, Mai… Bangunlah…”
Terhenti-henti percakapannya akibat tidak dapat
membendung air mata. Farhan menarik nafas lalu dihembuskan. Dia perlu tenang.
Dia kena kuat. Dia tidak boleh mengalah awal. Dia tak boleh putus asa. Masih
ada masa. Cuma dia tidak tahu bila masa itu akan sampai. Farhan tekad. Dia akan
terus menunggu. Humairah akan sedar!
“Aku tahu kau akan bangun satu hari nanti.”
Humairah diam.
“Aku akan tunggu hari tu tiba.” Senyap juga.
“Aku cintakan kau sepenuh hati aku, Mai.”
Terhenti lagi suaranya. Dia menunduk menahan hiba.
Farhan tewas sekali lagi.
***
p/s: hai.. assalamualaikum.. here new entry... hope sukakannya. dah nak habis dah pun sebenarnya cerita ni... byk betul dugaan dorg kan? huhu. penulis mmg suka byk2 konflik. ekeke!
p/s: pada yg komen psl Baihakki tu memang penulis saja buat gitu. gimik lebih sikit. Mai tak apa-apa pun sebenarnya. Aki cuba nak rogol tapi Mai sempat lari. Tu ja. Mai masih suci sepenuhnya :) pd yg tnye kenapa Farhan kata tak mau berpisah buat kali ketiga means first, waktu kecik. second,putus tunang secara tak rasmi. third is here. :) harap menjawab persoalan.
p/s: kalau rasa2 nak menangis, sila tadah 20 baldi. karang berjurai, banjir pulak bilik korang. Hehe. (#penulis dah berjurai airmata dulu) Hutang dah selamat ditunaikan. Hope enjoy ya :) assalamualaikum.
Sdhnye..dh brbaldi dh nie
ReplyDeleteSedih la sempat juga lah menitis nye.... xsabar next n3. Kesian kat mai n han
ReplyDeletesedihnya...
ReplyDeletex saba nak tunnggu next n3..
Memang sedih...dh brjurai dh airmata akk ni...smpai kena ejek dgn anak2 akk....hrp ending amat membahagiakannn....nk tnye cikit bolee....di novelkan frhn dn mai ni....?
ReplyDeleteWt lar pnjg2 lgy.. Tpy nk cite psl dyeowg hppy2 gduh2+mrjuk2+ade ank.. Klau ade nvl.. Best nye!!!!
ReplyDeleteUwaa sedehnya miss..mnges sya dlm dwan kliahh..kjamnya aki! *debushh3!*
ReplyDelete~shud~
alahai... sedihnye...aki tu nk kne terajang agaknye..
ReplyDeletepasni hrap ade n3 sweet2 mai+farhan... ;D
-Nayna-
Sedihnyeeeee..alaaa dh nk habis dh ke.. Jgnlah. Huwaaa
ReplyDeleteBest sgt2...Cpat smbung ye..mmg sweet sgt2 mai + farhan.. Xsabar nk thu kisah strusnya... Fighting !!!!!
ReplyDeletesiannya kat Maira :') sabar yaa wahai Farhan . first time berpisah masa kecik ea , miss taknak flashback ke mase dorang kecik dulu ? hoho .
ReplyDeleteCepat-ii la miss sambong n3 nyerr ><
ReplyDeleteSedih sngt ... Buat la novel miss
ReplyDeleteNk.lagi miss .. pleaseeeee..
ReplyDeleteoh my!!!!!sedih nya.... thanx sgt2 sis...xsbr nk tggu next entry...
ReplyDeletesalam dari indonesia ^_^
Akak bila nk upload next entry? I can't wait for it, anyways bab ni sedih but I love it. ✌
ReplyDelete😞😞😞
ReplyDelete