PERPUSTAKAAN di tuju
sementelah ada beberapa rujukan yang aku perlukan untuk research Madam Zarina. Walaupun Madam mahu lagi dua minggu, tapi
aku rasa baik buat sekarang. Tengah tak ada kerja. Lagipun petang-petang sebegini
tak ramai penghuni sangat. Hari minggu ramai lepak kat luar. Sara ada mengajak
aku outing sekali bersama dia dan
rakan sebiliknya. Aku hanya menggeleng. Malas! Tak ada benda nak dibeli. Window shopping? Kalau ada mood. Agak lama juga kaki tak jejak hypermarket. Kalau sekolah okey la nak outing segala sebab ada bodyguard. Universiti tak ada.
Bodyguard?
Hati mulai sebak. Argh! Lupakan Mai. Dah dua tahun kau
duduk sini. Fokus belajar! Ada jodoh kau, adalah. Sekarang belajar. Lupakan dunia
luar sekejap. Contohi Kak Ayumi, Mai. Lagi setahun je nak habis. Bisik hati
kecil.
Seperti yang dijangka,
perpustakaan lengang. Boleh dikira dengan jari berapa ramai je yang rajin atau
lebih tepat kaki library. Termasuklah
aku! Hihihi. Buku rujukan pantas
dicapai dan aku duduk di kerusi kosong. Laptop aku keluarkan lalu letak di atas
meja. Mujur ada internet free. Sambil buat kerja, sambil tengok e-mel.
Sesekali jam tangan dikerling. Belum sampai waktu Asar lagi.
“Hai, awak.”
Acapkali ayat itu dilontar
setiap kali aku datang ke perpustakaan. Tak kurang juga siulan nakal dari senior.
Junior pun ada kekadang. Aku buat muka toya dan terus menyiapkan kerja. Tak
kuasa mak nak melayan! Aku ke sini bukan untuk dijadikan gadis test market! Aku ke sini nak belajar.
Dehaman seseorang
mengganggu konsentrasi tugasan. Aku melajukan lagi pen di tangan. Buat-buat tak
perasan ada orang di tepi meja. Kertas kajang makin sarat dengan formula.
“Hai awak, boleh saya
duduk sini?” Pemuda berdeham tadi cuba mengayat. Berani gila seorang ini walau
dah tahu aku buat tak pandang. Ah! Buat tak tahu je. Anggap dia alien.
“Awak,” tegurnya lagi bila
mana aku langsung tak menyahut atau membuat sebarang gerakan di tubuh.
Terhenti lagi menelaah. Aku
pejam mata, tarik nafas dan hembus lalu mendongak ke atas. Sedaya upaya tahan
sabar. Seorang lelaki sedang merenungku bersama senyuman yang mampu mencair
hati keras wanita tapi tak pernah sesekali pun mencairkan aku. Muka yang sama… Eh,
awak tak bosan-bosan ke nak jadikan saya bahan sasaran? Mata tertancap sesuatu
yang berada dalam dakapan lelaki itu. Kerutan dahi bertambah. Buku agama?
“Sorry, saya rasa meja lain banyak kosong. I need some privacy to do my work. So the answer is NO!”
Sarkastik aku menjawab lalu menunduk memandang kertas yang penuh dakwat biru
merah hitam tu.
Pemuda itu tersentak. Berubah
wajahnya macam kena simbah dengan minyak cap kapak! Terasa kut dengan balasan
pedas menyengat aku. Padanlah muka! Sibuk nak kacau orang pehal? Meja depan aku
kosong. Belakang aku kosong. Kiri pun kosong! So whats your motif? Dengan buku agama? Huh, ingat aku tergugat la!
Niat dah lain, masih nak selak buku agama? Karut, brother. Dulu datang pakai songkok. Sekarang buku agama. Lagilah
gila! Semata-mata nak try. Hailah…
ada lagi manusia kasanova spesies ini. Aku ingat jadi pendiam tak kena. Tetapi
jangkaan aku silap. Aku pun nak ushar?
Gila!
“Err… tak apa la. Maaf mengganggu
awak.” Ucapnya seraya berlalu pergi dengan menggaru kepala. Dia menoleh lagi ke
belakang, mengharap gadis itu mendengar lirih suaranya tapi haram! Langsung tak
dipandang malah menunduk je. Dia mendengus kasar. Sebuah meja tidak jauh dari
tempat gadis tadi dirapati dan duduk di kerusi kosong. Ada empat orang rakan
lelaki turut sama berada di meja berkenaan. Kawan seangkatan.
“Asal? Failed lagi?” perli Zarif berbisik.
“Muka masam, cemberut mengalahkan
susu basi. Gagal la tu,” Reza sembunyi senyum dan tahan ketawa. Adui la sahabat…
tak kena cara. Tapi tak boleh juga. Bukan sekali dua dia mengurat bahkan sudah
banyak kali sahabatnya itu cuba cucuk jarum tapi belum sempat nak sentuh kain,
jarum patah terlebih awal. Badi kot! Hailoh
mamat kasanova. Tak lut dah sekarang.
Pemuda tadi meramas
rambut. Buku agama yang dia ambil dari rak bacaan di lempar atas meja. Protes!
Buat malu je aku tersua-sua muka tadi tapi kesan hampeh. Haih, panas jiwa raga.
Aircond tiba-tiba tak rasa. Bahang
wei! Bahang! Rasa nak tanggal baju je…
“Kau ni nak mengurat tak
tengok kiri kanan. Main belasah je. Entah-entah perempuan tu dah ada pakwe ke
tunang ke. Sebab tu tak layan.” Kimi menyampuk sambil menggeleng kepala.
Matanya memandang ke arah bait-bait ayat dan nombor dalam buku sebelum mengira
di kertas A4. Sesekali kalkulator ditekan.
“Dah dia duduk seorang. Makna
solo la tu.” bidas pemuda tadi sambil merenung seorang lagi lelaki yang
menyampuk sebarang perbualan mereka. Hanya tekun mendengar dan menulis.
Sebolehnya dia tidak mahu mengakui akan kesilapan sendiri. Haah ek? Aku tak check pun pasal budak tu. Tiba-tiba je
nak ngorat. Dah tu asyik tak dapat
je. Geram! Dan kenapa aku seakan tak kenal erti putus asa? Selalu tak macam ini
kalau nak mengushar gadis-gadis
cantik. Ah kenapa dengan aku ni?! Desis hatinya. Aki baru tersedar dia membuat
suatu kesilapan. Dia telah melanggar prinsip kasanovanya. Memalukan sungguh lahai kalau Abang Ameer tahu. Mati aku kena nyakat…!
Pemuda yang digelar Baihakki
itu memeluk tubuh. Pandangan serius dilontar tepat pada Kimi. “Okay fine! Kalau kau tahu sangat pasal
budak tu, tell me!” Baihakki
mencabar.
Dia berang apabila Kimi
mempersoal cara dia menjual minyak urat. ‘Eleh, macam la kau bagus sangat! Awek
seorang pun tak ada.’ Kutuk Baihakki.
“Her name is Nur Saffiya Humairah. 20 years old. Tinggal Johor Bahru. Bapa bekas polis. Emak suri
rumah sepenuh masa. Anak sulung. Adik ada dua lagi. Semua perempuan. Masih
bersekolah.” Tenang Kimi mengungkap tanpa gagap membuatkan semua terlopong.
Lagi tergamam bila Kimi tak angkat langsung wajah dari menatap kertas kajang
yang dah berkajang-kajang dengan formula
kira-kira.
“Dude, kau tahu pasal budak tu? Serious??”
Zarif segera bertanya. Wah! Dalam diam Kimi buat projek. Dah maju betul!
“Bila masa kau selidik,
bhai?” Reza ternganga.
Kimi senyum bangga.
Kembang kempis hidung dapat buat mereka terlopong. Ini Hakimi la! Semua rekod
ada di tangan aku tau!
“Ah! Entah-entah kau
sengaja kelentong. Main taram je nama budak tu. Kenal pun tak!”
Cemuh Baihakki.
Kimi jongket sebelah
kening. Berani cabar aku nampak? “Come on,
bro. Aku sekelas dengan dia eh! Akaun. Dengan jawatan bendahara kelas, aku
tahu semua pasal bebudak kelas tau.” Ujarnya lagi membuka rahsia. Dan ada sikit
aku selidik sendiri… kata-kata itu bergema dalam jiwa Hakimi.
Baihakki buat muka kelam.
Dia pandang rak buku di sebelah kiri. Rupa-rupanya Kimi sekelas dengan budak
pendiam tu. Kenapalah aku boleh lupa yang Kimi ni budak akaun? Alahai… buat
penat je fikir rancangan sendiri. Siap buat-buat alim bagai. Huh. Kalau gitu,
baguslah. Senang nak buat plan baru. Ada
sumber rujukan. Apa-apa hal boleh tanya Kimi. Tapi…
“Dia memang pendiam ke? Jenis
tak layan lelaki? Dalam kelas pun macam tu?”
Kimi angguk. “Yup! Memang susah nak dengar suara dia.
Bila Prof panggil je, baru dapat dengar. Kau nak dengar dia kepoh-kepoh memang
tak la. Dia hanya dengan dunia dia. Buku dan laptop. Kekadang dia akan bersuara
kalau ada part-part tugasan yang dia
kena terangkan. Dan masa tu semua orang akan diam tekun dengar. Sebab nak
dengar suara dia! Selebihnya dia memang akan bertindak diam diri. Ramai juga
cakap dia sombong tak nak sambut perkenalan. Antaranya bebudak class aku tapi bukan aku. Ada juga yang
gelarkan princess silent. Tapi itulah
dia. Memang susah nak diajak berbual biasa.” Panjang lebar Kimi menerangkan
perkara sebenar. Mula-mula dia pun pelik. Apekehal la minah ni alone je memanjang? Kadang saja buat pen
terjatuh dekat sebelah kerusi. Dia just
tunduk, ambil dan buat kerja. Macam. Biasa. Noktah!
“Cuma ada seorang saja
yang boleh buat dia bercakap.” Semua menunggu penuh khusyuk kata-kata sambungan
Kimi.
“Siapa?”
Mata Kimi terangkat.
Senyum. “Sara.”
“Sara? Who’s that?” Zarif mendongak siling
memikir. Yang mana eh? Ramai perempuan nama Sara. Bukan seorang je....
“Budak mana?” Reza
menyelit.
“Kaunseling and psychology.”
“Yang suka pakai sneakers baju kurung tu?” Reza nganga.
Dia kelam-kelam sikit nak ingat perempuan tapi kalau tak silap dia pernah
dengar budak nama Qaisara yang suka pakai sneakers
dengan baju kurung. Walaupun agak pelik tapi dia tak boleh nak kata apa. Citarasa manusia berbeza.
Kimi angguk. Correct!
“Berdaulat sangat ke budak
tu sampai budak pendiam tu boleh bercakap dengan dia?” tanya Aki separuh
musykil.
“Perempuan biasa lah.
Kerek sikit. Macam kau tak faham, Aki. Alah, kalau setakat nak cari glamor buat
cara hipokrit buat apa? Depan diam, belakang kalah speaker rosak buat apa.” Sinis bicara Zarif.
“Zarif, manusia ada dua
perwatakan. Bising dan bisu. Bagi aku, tak salah kalau dia nak jadi pendiam
pun. Bukan bajet glamor ke apa. Daripada kepochi tak tentu hala, better shut up, rite? Lagilah orang
label macam-macam kalau banyak cakap. Nabi pun pesan kalau tak ada benda nak
cakap better diam. Think positive laa. Mungkin dia tak ada
geng nak berbual kecuali that's name Sara whatever. Atau memang cara dia sejak azali tak banyak
cakap, who knows? Jangan judge yang bukan-bukan kalau kita tak
tahu cerita sebenar.” Tukas Reza seperti membela gadis itu yang kini hangat
menjadi perbualan di bibir mereka. Mujur la meja mereka antara yang kedua
belakang. Petugas perpustakaan tak la dengar mereka memekak. Orang pun tak
ramai.
“Yeah… aku setuju dengan
Reza. Aku tak rasa dia nak bajet glamor. Orangnya low profile je kut.” Selar Kimi pula.
Zarif tertunduk malu.
Tersedar bibirnya laju melaser tak
tentu hala.
“Tapi aku setuju dengan
Zarif. Mungkin dia memang hipokrit. Tak tunjuk belang sebenar. Sekali… playgirl.” Aki masih tak puas hati. Apahal
kawan-kawannya bela budak tu pulak?
“Mungkin ya mungkin tak.
Jangan mudah fikir buruk, bro. Tak baik untuk kesihatan.” bantah Reza tenang.
Sempat selit fakta entah merapu mana entah!
“Yang menjadi masalah
sekarang ni apesal korang nak bela sangat budak tu? Skandal ke apa?” tuduh Aki
meluru merenung tajam kedua-dua sahabatnya. Bengkek hati. Zarif tak nak support. Minah kerek tu pulak yang
disokong. Tak faham aku!
“Kami tak bela dia. Kami
tak bela sesiapa. Aku bercakap berdasarkan pengalaman dan situasi persekitaran.
Jangan cepat melatah la, Ki. Kau tetap kawan aku kot.” Aisey… nak sentap pula
Aki ni. Geli je! Desis Reza dalam hati.
“Huh! Ingat aku percaya?”
sinis Aki. Gurau je sebenarnya pun…
“Suka hati kau la, Aki.
Kita orang cuma bagi pendapat je. Lain manusia, lain cara. Rambut sama hitam,
hati lain-lain. Kalau kau nak try
juga, terpulang. Kami just doakan
mana yang terbaik je. Kalau dia bidadari kau yang kau cari selama ini, kami doa
kau dan dia selamat bahagia dunia akhirat.” putus Kimi menyambung kerja yang
terbengkalai. Malas dia nak melayan kerenah Baihakki mengalahkan kanak-kanak
empat tahun minta susu ibu. Mengada-ada! Sememangnya kalau pasal perempuan,
jejaka bernama Ammar Baihakki ini tak akan mengalah. Dia je nak menang! Yelah,
dah ada banyak pengalaman keluar perempuan sana sini. Lebih mengenali. Tetapi
kalau pasal pelajaran, liat semacam. Suka mengelat! Awal-awal give up.
Aki mengembung pipi. Dia
berang dan tak puas hati. Kata-kata sahabat dan perilaku gadis itu sebentar
tadi bermain di minda. Betul ke dia memang pendiam? Penyakit keturunan ke apa? Bohong la kalau tak nak bercakap. Tak apa… ini Aki la. Tak dapat cara baik, aku guna cara yang lagi baik. Tunggu
je la…Hari ini hari dia. Hari esok belum tahu. Tanpa sedar dia tersenyum sinis.
p/s : here new entry... igt nak cuti tp tak jd plak... rse gatal nak up entry... muehehe! hope enjoy ya :) tp serius miss ckp miss rindukan gaya penulisan masa KPVST dulu... sekarang rasa mcm dah hilang gaya tu... tak tau kenapa... faktor umur mungkin... ah, miss sudah tua! kikiki
saya benci baihakki. noktah. (-_-")
ReplyDeletemana ada miss tua, takda . gaya penulisan pun still macam dulu what.
miss maintain muda kot .. mne tuanye ehehe ... baihakki vs farhan ... mne satu pilihan mai agaknye eh yg jd soulmate forever? setuju dgn mastura mahayadin .. tak suka baihakki ! wekkkk :p
ReplyDelete-fazira-
Deaar Miss.... Bile mai nk jumpe farhan ni... ahh tak sabar da n lagi satu x nak baihakki jadi hero novel ni..
ReplyDeletethats all... kay next!!!! haha demand
Akhie skali..mai ngan farhan or aki..harap ngan farhan
ReplyDelete