Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Sunday, 6 April 2014

Soulmate Forever Bab 4

SELEPAS menyidai kain basah di ampaian, aku naik semula ke bilik. Mengemas cadar, susun bantal dan buku yang terabur sebelum keluar sebentar lagi bersama Sara. Sudah berkali-kali dia mengajak aku ke pekan. Selagi boleh tolak, aku akan tolak. Tapi jangan tak tahu. Sara ini selagi boleh diajak, dia akan ajak bersungguh. Muka seposen, lima sen, satu sen pun jadi modal!

Almari dihampiri. Satu per satu baju diacu ke badan dan digantung semula. Semuanya baju ke kelas. Apa yang aku nak pakai? Hawaii? Eee… mahu tersampuk mama. Pengsan lima kali gamaknya. Opah kompem koma terus. Aku tergelak sendiri.

Satu baju yang terlipat kemas di tingkat sebelah gantungan baju kurung aku pandang. Baju tu…… baju pemberian dia. Peristiwa itu terlayar di ruangan mata.

“Kenapalah perempuan terlalu obses dengan novel? Bukan boleh makan pun. Menghabis duit je.” bebel Farhan. Aku menjeling tajam.

“Suka hati perempuan la. Yang lelaki tu, asal la suka sangat dengan bola? Bukan boleh buat makan pun!” sindir aku pula. Sibuk pulak dia! Debik kang.

“Boleh apa… bebola ikan? Bola juga.” Farhan rasa nak tergelak melihat betapa keruhnya muka Humairah. Alahai… comel je buat macam tu. Muncung tu kalau boleh lagi dua inci ke depan.

Makin lama makin berasap Farhan di sisi tunangnya itu. Aduhai… dah lebih sejam dalam kedai buku. Dia ni nak beli buku ke nak baca seluruh novel dalam MPH ni? Badan dirapat ke belakang tubuh gadis yang khusyuk ‘menelaah’ sinopsis novel apa entah. Matanya mengintai tajuk novel tersebut. Kisah cinta? Humairah? Cinta?

“Oi!” teguran Farhan di cuping telinga membuatkan badanku tersentak sedikit. Segera aku kalih belakang. Ops! Secara tak sengaja aku terlanggar dagunya. Aisey… apehal la pulak dia dekat belakang aku ni? Dah tu rapat sangat! Segera aku menjauh.

“Aduh!” Dagunya digosok perlahan hingga menampakkan rona merah. Matanya mencerun padaku. “Kau pehal langgar dagu aku?” Ini yang nak marah ni! Herrrr…!

Aku mencekak pinggang. Hamboi! “Yang kau tu pehal berdiri belakang aku?” Eee! Dia yang dekat dengan kita, dia marah kita pula. Aku gusti kau nanti kang jangan tanya kenapa.

“Cepatlah! Aku nak beli barang aku pula!” tegas Farhan. Eee! Serabut kepala la minah ni. Tu yang susah kalau pergi dengan wanita. Elok je aku pergi seorang tadi tapi mama pulak yang paksa ajak.

Aku mencemik. Mulut terkumat-kamit membaca jampi serapah sambil mencapai beberapa novel untuk dibayar. Sejurus kemudian kami berdua bergerak ke butik baju pula. Aku mengeluh kebosanan bila mana melihat pemuda itu asyik membelek t-shirt. “Kau nak beli ke tak ni??” berang betullah aku dibuatnya! Dia seolah-olah nak balas dendam perihal tadi. Dah dua puluh minit. Panas punggung aku!

Farhan memandang aku sekilas sebelum bergerak ke bahagian kemeja berkolar. Eee! Tengok tu! Buat pekak je. Menyesal pula aku ikut Mama Nani tadi. Kalaulah aku tahu yang Mama Nani rancang balik awal, tak adalah aku tercongok macam lembu dicucuk hidung membuntuti anak teruna kesayangan dia.

“Farhan…” bergetar suaraku tanda amaran. Lava-lava bakal meletus keluar dah ni!

Dia menoleh sekilas. Keningnya dijongket. “Apa?” Runsing Farhan. Hisy! Aku nak cari baju pun masalah la perempuan ni. Kang aku cium dekat sini meletup pulak Jusco.

“Aku. Nak. Balik.” Tuturku bersama perasaan geram.

“Wait. A. Minute.” Sepatah-sepatah dia mengajuk nada suaraku.

Aku ketap bibir. Jangan sampai aku bako semua rangkaian butik ini! Berasap-asap dah kepala mengalahkan serombong asap kilang. Heee! Lamanya. Mengalahkan perempuan pilih kain langsir raya. Aku anti betul lelaki yang suka pilih baju lambat. Sebab tu aku malas nak ikut mama dan Yana ke shopping complex. Dari satu kedai ke satu kedai, dari satu rak ke satu rak. Dah tu belinya tidak. Mahu tak angin satu badan aku dibuatnya! Dan Farhan bakal menjadi sasaran untuk kuhambur segala kemarahan.

“Mai, come here.” Lambat-lambat aku bergerak. Malas. Asal? Takde duit? Nak pinjam aku la tu. Heh. Dia kaya kut. Kad kredit melambak. Takkan nak pinjam duit pulak!

“Which one?” Dia tayang dua warna baju berlainan tetapi punya corak yang sama.

Ternaik kening sebelah aku. Farhan berdecit. “Mana sesuai?” Allah! Suruh pilih pun muka ketat mengalahkan banduan penjara.

Aku berpeluk tubuh. Mata menilik dua pasang baju yang tergantung. Emm, hijau not bad. Ungu pun okey. Eh kejap! Apesal suruh aku pilih pula???

“Asal aku yang kena pilih?” bingungku.

“Aku confuse nak pilih dua warna ni. Yang lain aku tak berkenan.” Jelas Farhan lagi. Anak mata merenungku.

Confuse? Pilih baju pun keliru ke? Selama ini siapa pilihkan dia baju? Mesti Mama Nani. Anak manja. Asalehe betullah mamat ni. Haa… lama tak guna ayat tu.

Dia tinggi. Hijau dah selalu sangat nampak. Purple pun selalu dekat sekolah (kemeja rasmi ketua pengawas). Tak ada warna lain ke selain ini? Hitam not bad kut. Hisy! Ni mesti buta warna ni. Sempat aku mengutuk.

“Masa berjalan, Mai….” Aku mencebik. Tahu la! Mata merenung baju itu. Purple la. Aku memang suka kalau lelaki pakai kemeja purple hitam. Nampak smart. Tak jambu! Hijau dah selalu.

“This one. Better.” tunjukku pada kemeja kolar ungu. Farhan terus menyangkut semula kemeja hijau tadi. Dia pandang aku semula. “Saiz kau apa?”

Jatuh rahang. W-h-a-t??? Saiz??? Apekehal pulak nak tanya saiz aku ni? Dia yang nak beli baju tanya aku mende? “Dah kenapa pulak kau tanya? Nak beli untuk aku?” selamba aku bertanya. Eee! Mamat ni nak belikan baju? Mimpi je la…

“Jangan suruh aku ulang banyak kali.”

Uih… keluar dah suara tegas dia tu. Marah la kut. “M.” balasku. Mengigau ke apa tetiba tanya saiz badan aku padahal tu baju lelaki. Kut baju girl lain la cerita. Dan dia terus meminta promoter butik berkenaan. Entah apa yang dia cakap dengan budak baju putih tu pun aku tak tahu. Mesej Wana kulihat sebaik ia berbunyi.
Seketika kemudian dia membuat bayaran di kaunter. Satu beg plastik disua pada aku.

“Eh, ni baju kau apesal aku pulak nak kena bawak? Aku bukan orang gaji kau ek!” dengusku kasar. Dia ingat aku PA sistem? Tumbuk muka hilang gigi! Ahh! Lemas + rimas aku ke sini. Boleh dapat migraine + sakit jiwa. Otak mendap!

Farhan mengeluh lemah. Kenapalah aku dapat tunang yang blur nak mati ni? Dari mula kenal sampai sekarang. Slow! “Ini-baju-kau-Humairah.”

Aku ternganga.

Nada dering My Baby You jelas kedengaran membantut khayalan panjang. Aku segera beristighfar dan menekan butang hijau.

“Mai, dah siap ke?” soal Sara di talian.

“Belum. Jap lagi siap la.” Jawabku.

“Oh… kalau dah tepon ek? Aku tunggu dekat kafe dulu. Bye.” Tup. Talian dimatikan. Aku mengeluh lagi. Lamanya aku mengelamun. Subhanallah. Kenapa harus diingat benda yang dah lepas? Maju ke depan Mai. Ubah hidup kau.

Tanpa menunggu lama terus saja aku menyauk sehelai baju dan seluar slack hitam.
***

PEKAN Segamat kami tuju selepas Sara cucuk duit di ATM. Dua lagi rakan sekelas Sara turut sama mengikuti langkah kami berdua. Sara terus ke bahagian underwear. Aku berjalan-jalan di sekitar situ. Muka tiada perasaan aku tonjolkan saat meninjau satu per satu barangan. Murah memang murah tapi hati tak menyuruh membeli.  Bagi aku, barangan di bilik masih sempurna untuk dipakai. Stok sabun basuh baju, badan dan rambut masih penuh lepas aku beli refill. Pencuci muka dan ubat gigi ada spare. Selebihnya aku hanya mahu berjalan-jalan sahaja. Melepaskan tekanan belajar. Agak lama juga tak keluar tengok dunia luar. Sesekali nak juga hidup udara tak berapa nak segar ini.

“Sara,” Wani mencuit bahu Sara yang leka memilih. “Hmm?”

“Kawan kau tu memang sombong ek?”

“Haah, Sara. Diam je dari tadi. Sepatah haram pun tak bercakap. Dok membeku sensorang apa kes?” Seorang lagi bersuara. Fatiha namanya.

“Dia memang pendiam, bukan sombong. Tak baik tau cakap dia macam tu.” tukas Sara. Tak senang dengar kata-kata berbaur sinis rakan sekelasnya.

“Aku bukan apa, Sara. Dah ramai mengata budak tu sombong. Setidak-tidaknya tegurlah. Say ‘hi’ bukan dikira jenayah pun.” talar Wani. Baju tidur kain satin merah hati dipegang sebelum letak semula di penyangkutnya.

“Ramai mengata, itu dosa masing-masing. So, kau nak kata dia sombong la sebab tak ‘hi-hi’ kat kau? Kau tak tahu dia macam mana orangnya so better keep quiet. Aku tak nak kalau dia dengar, dia akan masam muka. Faham?” ugut Sara tegang.

Wani dan Fatiha serentak berpeluk tubuh. Tiba-tiba Si Sara ni sebelahkan budak sombong tu. Kena buatan ke apa? Sungguh la aku tak suka tengok kau rapat dengan dia, Sara. Bisik hati jahat Wani.

Dalam kejauhan itu… aku masih berjalan mengintai apa yang perlu sementelah kebosanan melanda. Hailah nasib. Patut aku tak ikut Sara tadi. Duduk bilik tidur lagi bagus. Tak pun layan Power Rangers Kak Ayumi. Hehe

“Sayang… I tak nak yang ni. I nak yang tu!” Kedengaran rengekan ala-ala gedik dari arah belakang namun aku buat tak layan. Mata memerhati buku-buku nota yang tersusun rapi. Jemari gatal menyentuh buku tersebut. Emm… better aku cari something untuk menulis. Comel-comel gak buku ni, bisik hati.

Honey, please… kita beli yang lain la. Mahal tu,” Pujuk sang jejaka.

“Tamau! Tamau… nak yang tu jugak!”

“Okey… okey… pergilah.” Nak tak nak terpaksa si kekasih menurut. Aduhai… teruk benar kekasih baru ini. Mati hidup semula aku tak akan keluar dengan dia lagi. Serabut ah! Semua nak mewah! Makan dekat hotel. Shopping complex kurang-kurang satu beg tangan berjenama, kasut tumit tinggi halusssss, baju, seluar dan berbagai-bagai! Amboi, belum apa-apa dah letak syarat. La ni nak teddy bear sebesar gedabak tu? Sape nak bawak? Mati hidup balik aku tak nak bawa. Memalukan kasanova peluk teddy! Pengsan! Langkah kaki diatur ke arah berlainan. Sempat dia menipu kekasih hati menyatakan dia hendak mencari kertas A4 untuk tesis. Walhal dia nak larikan diri! Ambik jalan pintas. 

“Mengada-ada! Useless punya perempuan! Kopak duit aku!” omel Aki geram. Gerak kaki terhenti tatkala telefon berdering lagu rock. Ni lagi satu hal. Memekak! Cepat-cepat dia sembunyi dibalik rak fail-fail yang meninggi agar tidak dilihat perempuan gedik itu. Butang hijau ditekan rakus. Biar rosak tepon takpe. Dia kaya, banyak duit, boleh beli lain.

“Nak apa?!” kasar dia menyapa.

“Woi. Relax la. Apesal serabut sangat ni?” tegur Reza. Aku bagi salam tak jawab. Main sergah je macam nak minta hutang.

Aki menarik nafas. “Iya pak Reza. Maunya apa ya?” Berdekah-dekah tawa Reza. Aki bengang. Budak ni kan... ada yang nak rasa sup sepatu sukan bacin aku tu tau!

“Bro, belikan aku test pad. Dah habis la…” pinta Reza di talian sana lepas tawa reda. Aki merengus. Rambut diramas perlahan.

“Berapa juta nak?” Reza ketawa lagi. Tahu sangat ayat sarkastik teman sejiwa itu. Mesti ada yang tak kena dengan blind date Aki.

“Tak payah la kut sampai juta. Beli 200 helai punya dah. Nak tiga tau. Spare,” Pesan Reza sebelum memutus talian.

Aki mengeluh kasar. Time-time macam ni la sibuk nak beli itu-ini. Melayan kerenah perempuan gedik tu lagi. Haih, rosak… rosak. Akan tetapi dia lebih rela membeli untuk Reza berbanding menghabiskan duit untuk perempuan tak bermoral! Aki melangkah perlahan ke bahagian rak test pad dan kertas A4 yang bersusun. Agak jauh dari lokasi awek, Luna. 

Terdapat seorang perempuan sedang berdiri, menghalangnya dari mengambil kertas kajang yang menimbun. Perempuan bertudung ungu masih leka membelek buku nota gambar kartun. Tak perasan akan kehadirannya.

Aki berdeham. “Cik, saya nak ambil test pad.” Ujarnya mendatar.

Gadis itu tersedar lalu kalih ke kiri. Ops! “Sorry,” Jawabnya halus seraya menapak ke belakang dua langkah memberi laluan pelanggan lain.

Aki terkelip-kelip mata sebelum mulut terlopong. Gulp!

Aku tergamam! Rasa nak sembunyi dalam tanah. Mamat playboy ni??? Aduh… apa la dia buat dekat sini????

Aki merenung tak berkelip. Air liur ditelan lagi. Aiseymen… cantik! Bidadari akukah ini? Kebetulan ke suratan?

“Awak nak ambil test pad kan tadi?” soalku tegas mencetus suasana bisu. 

Aki tergaru-garu kepala sebelum menarik tiga bungkus plastik lutsinar tertulis Creative di halamannya. Matanya memanah pada gadis tadi. Langkah kaki tidak berganjak.

“Err… awak buat apa dekat sini?” tanya Aki cuba buat formal. Gila ah! Berdegup kencang jantung gua siot…Peluang, Aki!

“Memasak.”

Spontan Aki tergelak. Aku mengetap bibir bawah. Jelingan maut pantas kuberi.

“Emm patutlah. Ada kuali. Senduk. Nak buat nasi goreng eh?” usik Aki.

Aku menceber. Eleh main sindir-sindir pulak! Tak sepatutnya aku tanya dia tadi. Kan dah meleret-leret perbualan. Cis! Buku nota gambar kartun aku belek sebelum mencapai satu yang berkenan di hati. Aki masih memandang tak berganjak seinci. Mata bio-niknya seakan mengscan diri aku satu per satu dari atas ke bawah. Bikin seram pun ada. Jangan sampai aku cucuk mata kau dengan garfu nanti!

‘Apalah yang dia tunggu tu? Blah la cepat. Semak la.’ Gerutu hatiku.

“Awak datang sini dengan siapa? Naik apa?”

None of your business, gumamku. Kaki bergerak ke bahagian pen pula. Pertanyaannya tidak dijawab malahan aku bertindak melarikan diri. Aki masih membuntuti di belakang. Ah! Rimas la. Apesal mengekor? Tak ada kerja lain ke? Serta merta hari ini aku rasa tak tenteram. Dekat universiti jumpa dia, dekat sini pun boleh? Ah, aku rasa macam nak kurung diri dalam reban ayam je. Ni yang malas nak outing segala ni!

Terserempak. Borak. Faham tak maksud bosan??? Nak aku guna bahasa bisu ke???

“Awak datang dengan kawan erk?” Masih tak jemu dia bertanya. Dia seolah-olah bermimpi dapat bertemu bidadari hati. Setelah sekian lama mengurat, akhirnya gadis itu bersuara juga. Walaupun tanya soalan yang bukan melibatkan hati dan perasaan malahan agak kasar dan tegas je suara tapi entah kenapa dia rasa tenang, bahagia sekali. Sekilas melihat Humairah atas bawah. Cantik. Warna ungu amat sesuai dengan tubuh berkulit putih. 

Mata Aki tertancap pada kemeja gadis itu. Keningnya ternaik.

“Awak memang suka pakai baju lelaki eh?” Giat Aki menyakat lagi. Bukan aku tak kenal pattern macam ini lelaki yang biasa pakai walau dibuat gaya apapun tudung itu. Bahagian tepinya tampak jelas potongan membanding pakaian lelaki dan perempuan. Hmm branded! Kata bapa bekas polis? Nampak besar pula baju tu di tubuh gadis depannya itu tetapi masih comel. Rasa ni saiz M takpun L untuk saiz lelaki. Baju siapa eh? Bapa dia ke? Haha! Tambah lagi dia memakai sarung anak tangan hitam. Cute woo! Macam anak patung.

Sreettt! Tersirap darah aku dibuatnya. Pantas aku kalih pandang dan mencerlung mata. Dada berombak. Jantung laju berdegup. Wajah Aki yang tersengih nakal itu ditenung seperti nak tembus. Hati jadi sakit tiba-tiba. Kalaulah ada bazooka dah lama berlubang badan!

“Suka hati aku la nak pakai apa pun! Yang kau sibuk apesal? Aku ganggu hidup kau ke?!” tempikku tanpa ditahan lagi. Hati bernanah. Jelik dengan kelakuan selamba Aki. Patutlah aku tak suka kasanova. Mulut lepas! Benci! Bengkek hati!

Perlahan-lahan senyuman padam. Aki terkedu. Uiks… tanya macam tu pun nak marah? Dia tak reti beza gurau dan ayat penyata ke? 

Humairah  terus beredar tanpa mengucap selamat tinggal mahupun lambaian tangan. Pergi bersama perasaan marah yang berbuku! Ini yang orang kata sarang tebuan jangan dijolok.

Kepala yang gatal digaru. Aduh, Baihaki! Apa yang kau buat ni?  Dah la dia susah nak bercakap. Kau buat dia angin satu badan pulak. Mulut tu laser sesangat kenapa? Aduss! Rambutnya diramas kasar. Mata dipejam rapat. Habislah aku dekat U nanti… makin susah plan bak hang

“Sayang,” sang kekasih hati merangkul lengannya. Tercelik mata Aki. Alamak! Minah blonde... tertangkap?

“You ni kenapa, sayang? Puas I cari you tadi.” Mata gadis berambut blonde itu dipandang penuh jengkel. Hatinya panas. Menggesel macam kucing miang! Grr…! Meluat la!

None of your business, Julia! Officially, we break! Jangan muncul depan I lagi!” Tanpa menunggu lama dia terus mengejar langkah Humairah yang sudah hilang bayang. Apa nak jadi pada Julia dia dah tak ambik peduli. Getik!

Julia terlopong. Break??? Teddy sebesar pemeluk terkulai di lantai. Huwaaaa…!!!



p/s : here new entry... :) oh ya bg yang tak tahu... SOULMATE FOREVER ialah SAMBUNGAN untuk mini novel KETUA PENGAWAS VS TUNANG ya :) hope enjoy...

1 comment: