Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Wednesday, 9 April 2014

Prince Charming + Budak Nakal + Suami? Bab 3


Kereta Mercedes Benz kini sudah memasuki perkarangan rumah banglo dua tingkat. Terdapat sebuah garaj kereta dibina untuk ahli keluarga mereka meletakkan kenderaan. Di sebelah kiri terdapat laman hijau yang ditanam dengan pelbagai pokok bunga segar dan mekar. Antaranya bunga mawar, bunga raya, bunga kertas, dan bunga orkid. Di tengah-tengah pokok bunga mawar terdapat sebuah buaian untuk menenangkan fikiran. Mungkin mahu melepaskan tekanan dan dapat mendamaikan jiwa yang sedang dibelenggu perasaan tidak menentu. Dan di sudut landskap hijau itu terbina satu gazebo. Biar simple asal selesa.

Tuan Othman turun dari kereta lalu mencapai beg bimbitnya yang berada di pintu tempat duduk belakang. Beliau berjalan menuju ke pintu rumah lalu dipulas tombolnya.

"Assalamualaikum..." sapa Tuan Othman. Senyap dan sunyi tanpa balasan membuatkan lelaki itu berfikir bahawa isterinya mungkin sedang bersolat. Tanpa menunggu, Tuan Othman menutup pintu lalu berjalan menuju ke arah tangga untuk masuk ke kamar. Baru sahaja kaki mencecah satu anak tangga, kedengaran suara wanita menyapa.

"Abang dah balik?" soal Puan Kiara. Bersama senyuman dia terus mendapatkan suaminya lalu dicium tangan tanda hormat. Tuan Othman tersenyum bahagia.

"Dah. Ingat Ara tidur. Tu yang abang terus naik ni," ujar Tuan Othman. 

Puan Kiara tersenyum malu. 

"Ara tertidur sekejap lepas masak. Sementara tunggu abang balik, Ara bacalah majalah kat bilik dulu. Tapi tak sangka pula boleh terlelap." Tuan Othman ketawa mendengar celoteh isterinya. 

Puan Kiara mengambil beg di tangan suaminya lalu bertanya, "Abang nak makan dulu atau mandi?" tanya Puan Kiara manja. 

Tuan Othman tersenyum lagi seraya ketawa. Entah kenapa rasa lucu pulak dengar. Melihatkan respon sang suami membuatkan Puan Kiara geram lalu mencubit perutnya membuatkan Tuan Othman terjerit kecil. Pantas tangan si isteri di tarik sebelum perutnya mendapat habuan lagi.

"Orang tanya abang main-main pula. Dah tu siap gelak lagi. Bencilah," bentaknya manja. Puan Kiara pura-pura merajuk. Muncung mulut sedepa.

Tuan Othman tergelak lagi. Dari dulu sampai sekarang, tak hilang lagi perangai manja dia tu. Kiara.. Kiara.. Tuan Othman berkata sendiri sambil menggelengkan kepala.

"Abang nak mandi dulu. Lepas tu kita solat sama-sama dengan makan sekali ya, yang..." kata sang suami memujuk. Ternyata memujuk isterinya sangatlah mudah.

Puan Kiara mengangguk lantas mengikuti suaminya naik ke kamar beradu. Sempat juga bertanya perihal anak lelaki bongsu mereka. Siapa lagi kalau bukan Danish! Setiap hari pasti dia akan bertanya tentang anaknya yang seorang ini. Nak tahu perkembangan sewaktu di sekolah.

"Nantilah abang cerita..."

Balasan hambar suaminya amat difahami. Sudah cekap dan mahir dalam bab yang satu ini. Pasti budak bertuah itu buat hal lagi. Jikalau tidak, masakan air muka suaminya keruh bila perihal anak diketengahkan.

‘Danish, apalagi yang Nish buat sayang?’ Bisik hati wanitanya.

***

"Cepatlah! Lembab ya amat! Orang gaji aku pun tak lembab macam kau, siput!" 

Iman memekakkan telinga. Sedari tadi lagi Danish asyik mengeluarkan kata-kata kesat, keji dan menghina dirinya. Air mata yang mengalir juga tidak mematahkan semangat Danish menyuruhnya melakukan perkara yang bukan dari kerelaan. Memang mamat ni hatinya diperbuat dari besi! Keras dan tak mudah dipatahkan.

"Kenapa saya pulak?? Apa dosa saya sampai awak buat saya macam ni?" Iman bersuara akhirnya setelah sekian lama mendiamkan diri mendengar tohmahan dan hinaan dari lelaki gila ini! Kakinya yang berbalut bandage di sentuh perlahan.

Danish terdiam. Namun bila terdengar hilaian tawa dari lelaki itu membuatkan Iman pantas berpusing ke belakang. 

"Apesal awak gelak?! Gila ke?! Saya tanya apa dosa saya sampai awak sanggup buat saya macam ni?! Kenapa?!" jeritku sekuat hati. Tangan yang sedang memegang kain kecil dikepal erat. Kecil besar aje aku nampak mamat gila ni! Hati Iman mendongkol geram.

Danish bangun dari kerusi malas. Kedua-dua belah tangan diseluk ke poket seluar.

"Suka hati aku la nak gelak ke tak nak. Mulut aku! Kau tanya dosa kau erk? Ermm..." Danish mengusap dagu perlahan seperti taiko memikir masalah berat.

Iman mengecilkan matanya. Pandangan tajam ditujukan khas untuk Danish. Hatinya tersangat geram. Aku tumbuk muka kau jadi belacan nanti kang baru tahu!

"...dosa kau sebab kau langgar aku kat tangga tadi..." Iman masih menahan sabar.

"...sebab kedua, kau ambil tempat duduk sebelah aku..." Iman membuntangkan mata. Apekah?

"...dan sebab yang terakhir, kau ingkar cakap aku..." ujar Danish satu persatu dengan senyuman sinis.

Mulut Iman terlopong besar. Sebab itukah dia disuruh mencuci motosikal? Sungguh dia tak mengerti manusia jenis apa yang dia jumpai ini! Perangai sebiji macam monster! Alien lagi baik dari dia!

Iman sudah tidak dapat bertahan lagi. Semakin lama dia di situ, semakin banyak perkara yang akan Danish suruh dia lakukan. Dengan bekalan tenaga yang kuat (kononnya), Iman membaling kain buruk yang digunakan untuk mencuci motosikal lelaki itu. 

Pukk!!

Tepat mengena muka Danish yang terkejut beruk. Hambek kau! Bau busuk kain buruk tu memang kena dengan kau! Kesempatan ini Iman ambil untuk menghilangkan diri. Terjengket-jengket dia bergerak. Dia cuba melarikan diri namun langkahnya terhenti bila tangannya direntap kuat mamat gila itu. Apalah sangat langkahnya dengan kaki yang sakit tu. Ibaratkan kura-kura dan arnab jek!

"Kau nak pergi mana perempuan?! Habiskan cuci motor aku dulu!" bisik Danish ke telinga Iman. Bau haruman syampu rambut Iman begitu mempesonakan hingga dia terlalai seketika. Terbang segala amarah.

Terkaku Iman. Jantungnya berdetak lebih laju dari yang sebelumnya. Hati tak keruan setelah mendengar suara merdu Danish. Terasa dekat sangat dirinya dengan Danish. Minyak wangi yang dipakai mamat gila ini cukup melalaikan diri Iman namun cepat-cepat dia tersedar. Heh! Apehal aku nak berfeeling bagai ni? Segera dia merentap pergelangan tangannya dari dipegang Danish namun Danish menarik semula. Kejap dan tak mudah dilepaskan walau berkali meronta. 

Danish tersenyum sinis. Walau bagaimana sekalipun Iman cuba untuk menarik, Danish yakin itu tidak berjaya sama sekali. Semakin Iman meronta, semakin kuat cengkaman Danish.

Mata Iman sudah bergenang bersama mutiara kaca. Sakitnya pergelangan tangan tiada siapa yang tahu. Hatinya menyumpah seranah Danish. Apalah nasib dia berjumpa dengan mamat gila seperti dia ini? Kalaulah dia tidak langgar Danish tadi, pasti perkara sebegini tidak berlaku. Namun semuanya sudah tersurat oleh Yang Maha Esa. Bukan dia pinta. Kalau dia tahu memang elak-elak-elak dari ketemu. Mati hidup balik aku tak nak jumpa dia langsung!

"Rentaplah lagi. Makin kau rentap, makin aku tak lepaskan kau. Kalau nak lepas boleh, tapi dengan syarat aku nak kau cuci motor aku dulu. And then aku nak kau siapkan kerja sekolah aku. Esok aku nak! Kalau tak siap, kau nanti aku siapkan! Faham?!" ugut Danish keras. 

Iman menelan air liur. Amaran dari lelaki ini cukup membuatkan dia terseksa. Nak buat kerja sekolah mamat tu?! Mak aihh... habis kerja sekolah aku macam mana? Siapa nak buat? Mamat gila ni? Huh! Mati hidup semula aku tak percaya yang dia akan buat apatah lagi menyentuh. Hatinya mengeluh sedemikian.

Akhirnya setelah ditimbang tara dan diproses serta persetujuan dibuat, Danish melepaskan tangan Iman. Kelihatan kesan merah di sekeliling pergelangan itu. Iman menyambung kembali tugasnya mencuci motorsikal milik lelaki bernama Rayyan Danish itu. Air mata meleleh membasahi pipi namun kali ini Iman membiarkan saja. Tidak disapu langsung malah sengaja dibiar berbekas kering. Iman tahu, air matanya bukanlah menjadi kudis untuk si dia berubah fikiran. Sedangkan tadi pun dia sengaja mengaduh sambil memegang betis yang luka, namun balasan dari Danish cukup menyebalkan hati.


Tanpa Iman sedari, Danish telah merakam segala yang dia lakukan menggunakan telefon pintar. Danish tersenyum lagi.  



 ***

JAM di dinding dapur jelas menunjukkan pukul 5 petang. Kelibat tubuh Iman masih lagi belum ditonjolkan sehingga menyebabkan hati orang tuanya risau. Sudah beberapa kali anaknya yang bongsu bertanyakan tentang kakaknya namun jawapan yang sama tetap diberikan iaitu belum pulang. Kasihan anaknya yang sedang menunggu kepulangan Iman untuk bermain badminton pada petang ini. Puan Salwa keluh kesah seorang diri. Dia menoleh sekilas ke arah suaminya yang leka membaca akhbar.

"Abang, Iman dah balik ke?" Puan Salwa yang sedang menggoreng pisang tanduk bertanya kepada suaminya itu. Pisang goreng yang sudah digoreng ditapis dahulu supaya minyaknya berkurangan. Pisang mentah yang bersalut tepung itu dimasukkan satu per satu ke dalam kuali. Setelah selesai, dia mendekati suami yang sedang minum sambil tangan memegang surat khabar Metro. Kerusi ditarik.

"Belum lagi nampaknya. Sekolah tu kan dekat. Kejap lagi baliklah tu." balas Encik Muhammad tanpa memandang wajah isterinya. Selamba sahaja bagaikan tidak menghiraukan keselamatan seorang anak.

Puan Salwa geram. Tahulah dekat bang oii! Tapi itukan anak kita. Takkan nak biarkan dia seorang diri pula. Kesian Iman. Entah macam mana dirinya di sekolah baru itu. Desis Puan Salwa.

"Saya tahu awak risaukan anak kita, Salwa. Saya pun risaukan dia juga tapi kawan saya dah bagitahu yang mereka ada kelas tambahan hari ini. Mungkin sebab tu la Iman lambat balik." ujar Encik Muhammad lagi. Helaian akhbar diselak laju. Tajuk mengenai dunia perniagaan amat menarik minat Encik Muhammad. Itulah orang lelaki. Haiyoo...

Puan Salwa membulatkan mata. Apakah dia tidak salah dengar? Kenapa suaminya tidak memberitahu dia terlebih awal? Jikalau tidak, tiadalah dia risau seperti kehilangan anak.

"Kenapa abang tak beritahu saya awal-awal??" marah Puan Salwa. Segera tangan suaminya dicubit-cubit membuatkan Encik Muhammad terjerit kesakitan.

"Apa ni, Wa? Main cubit-cubit pulak! Sakit tau!" Encik Muhammad mengusap tangannya yang merah akibat 'cubitan cinta' isterinya itu. Surat khabar yang terkulai layu di atas lantai dicapai.

Puan Salwa ketawa kecil. Hah... padan muka abang! Main-mainkan orang lagi...

Encik Muhammad yang geram ingin membalas balik cubitan isterinya namun hidungnya pantas menangkap bau yang kurang enak. Makin lama makin kuat pula bau itu. Puan Salwa pelik juga terbaukan haruman itu.

'Baunya macam benda hangus jek. Tapi apa erk?' soalnya sendiri.

Hidungnya mencari dari mana datangnya arah itu. Berkerut dahi Puan Salwa. 'Eh! Eh! Rasa macam kenal bau ni...' Diamati bau ini sekali lagi. Memang dia kenal bau ni. Bau macam....

Encik Muhammad dan Puan Salwa menoleh perlahan-lahan ke arah kuali yang terpasang apinya. Membuntang biji mata mereka berdua melihat asap yang berkepul-kepul di situ.

"Allah!! Pisang goreng saya!!"

***

Iman berjalan kaki pulang ke rumahnya dengan kaki terjengket sedikit. Dengan buku yang berat ditambah lagi seksa yang dia terima dari mamat gila itu membuatkan badannya lemah. Kudratnya tidak berdaya lagi untuk berjalan. Jikalau tidak tersermpak dengan Danish tadi, pasti dia sudah sampai lebih awal ke rumah. Memang mamat tu gilalah! Macam mana nak beritahu dengan ibu dan ayah? Takkan nak beritahu perkara sebenar kot yang kakinya berdarah akibat accident yang tak terduga? Dan kes buli oleh mamat gila itu? Kalau bagitahu nanti mesti dirinya yang kena balik. Kang tak pasal-pasal berperang ayah dengan pengetua. Tapi diorang bukankah berkawan baik? Entahlah! Iman melangkah penuh longlai menyeberangi jalan. Alangkah indah jikalau keluarganya mempunyai seorang driver yang bisa menghantar dan mengambilnya pulang. Tak adalah penat sampai macam ni.

'Iman, jangan merungut! Allah beri ganjaran yang besar kepada mereka yang sanggup berkorban. Sama seperti kau.' hatinya mengingatkan kembali.


Iman cepat-cepat beristighfar. Langkahnya segera dihayunkan hingga ke simpang kanan. Sikit aje lagi Iman! Sikit aje lagi. Sabar. Sabar itu separuh daripada iman. Iman bermonolog.



p/s : hai... miss ade ubah sikit part pcbns ini... hope enjoy :)

No comments:

Post a Comment