DANISH meraba punggungnya yang terasa pedih. Masih terasa lagi kehangatan
dan keperitan akibat di rotan oleh tuan pengetua namun dia tidak kisah sangat.
Dia tidak puas hati dengan Adam yang melaporkan kegiatan buruknya kepada Tuan
Othman, juga merupakan ayahnya merangkap pengetua di sekolah yang sedang dia
belajar. Sahabat-sahabatnya juga mendapat 'sagu hati' sama sepertinya. Semuanya
gara-gara Adam! Dia teringat perbualan antara dirinya dengan pengetua sebentar
tadi.
"Apa nak jadi dengan kamu ni Danish? Setiap hari ada aje
masalah yang kamu timbulkan. Papa dah penat nak merotan, nak gantung sekolah
pada kamu dengan kawan-kawan kamu. Papa ingat kamu dah berubah kalau papa tak
beri hukuman. Ini makin menjadi-jadi pula. Kamu tak kesian ke dengan papa, mama
dan diri kamu sendiri?" Tuan Othman mengeluh.
Sungguh penat mahu menasihatkan anaknya yang sorang ini. Sudahlah
tadi dia baru berjumpa dengan seorang pelajar yang mendaftar di sekolah ini.
Tidak sangka pula dapat berjumpa dengan kenalan lama waktu zaman sekolah dulu.
Agak lama juga dia berbual dengan bapa pelajar baru itu perihal sekolah ini dan
bercerita sedikit mengenai kehidupan semasa mereka sementelah sudah lama tidak
ketemu. Selepas saja dia bertukar nombor dan menghantar pemergian sahabat
lamanya itu, Tuan Othman mendapat aduan daripada guru disiplin. Tak lain dan tak
bukan, pasti kelakuan anaknya, Danish.
Baginya adalah lebih senang menjaga lembu dari anak sendiri. Dia cukup
hairan dengan perangai Danish. Hendak dikatakan kurang pandai, setiap ujian
yang diambil keputusannya cukup cemerlang. Dikurniakan segalanya serba serbi
sempurna malah cerdik akal, hingga sekolah mereka mendapat anugerah dan dinaik
taraf menjadi sekolah kluster. Sekolah bertaraf tinggi. Tetapi kenapa dia
sering membawa masalah? Adakah disebabkan pergaulan? Setahunya, kawan-kawan
Danish sama seperti anaknya juga. Mendapat keputusan cemerlang dalam setiap
peperiksaan walaupun tidak sebagus anaknya itu. Dan sama-sama juga melakukan
perbuatan yang dilarang!
Tuan Othman tidak boleh menyekat pergaulan anaknya, Danish dengan
sahabatnya kerana dia tahu sahabat anaknya itu sebenarnya baik. Kadang kala
nakalnya keterlaluan. Mungkin mahu melepaskan tekanan. Nak dikatakan tidak
cukup kasih sayang, segala hajat dan keinginannya diberi tanpa paksaan. Danish
adalah anak bongsu daripada empat orang adik beradik. Seorang yang agak manja. Dia
mempunyai seorang kakak dan dua orang abang. Namun kakak dan abang-abangnya
semua berperangai elok. Tak pernah sekalipun mereka dipanggil berjumpa pengetua
mahupun guru disiplin. Apa masalah Danish sebenarnya?
Danish tidak mempedulikan omongan papa. Jarinya ligat bermain pen
berwarna hitam yang terletak di atas meja. Baginya segala yang papa beritahu
masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Itulah yang selalu dia lakukan setiap
kali dia dipanggil masuk bilik pengetua Tuan Othman.
"Danish ada masalah ke?" tanya Tuan Othman lagi. Beliau
mengambil tempat di sebelah anaknya itu. Mahu diselami hati anak terunanya
sedalam mungkin. Namun kata-katanya hanya dibalas dengen gelengan kepala
Danish.
"Kalau tak ada masalah, kenapa buat Adam macam tu?? Danish
tahu tak yang perbuatan Danish tu memalukan nama baik sekolah dan Danish
mungkin akan disaman oleh keluarga mereka! Danish tak fikir ke?!" marah Tuan
Othman. Ada ke patut, anaknya menyumbat lima batang rokok ke dalam mulut Adam
kemudian disuruh pula menghisapnya. Nasib baik tak mati budak tu! Dah la Adam
ada semput. Kalau dia innalillah macam mana? Dah tentu-tentu akan dipenjara.
Danish mengerling papanya dari ekor mata. Rasa mahu tergelak di
dalam hati pabila teringat akan Adam, si pengawas lembik yang disuruh menghisap
rokok. Itulah. Siapa suruh kacau Tuan Muhammad Rayyan Danish bin Tuan Othman.
Anak pengetua sekolah lagi tu. Memang 'dia' akan mendapat habuannya nanti. Ha ha ha...!
"Danish, balik nanti papa dengan mama akan bincang dengan
kamu. Dah teruk sangat perangai kamu ni! Dah kamu masuk ke kelas. Jangan
melencong ke tempat lain." pesan Tan Sri Othman seraya bangun menuju ke
kerusinya kembali. Sakit kepala memikir masalah anak seorang ini. Bagaimanalah
nasib jikalau ditakdirkan dia menghadap Ilahi terlebih dulu? Tuan Othman hanya
mampu berdoa.
"Macam mana nak duduk ni? Adoii lah pondan ni. Memang nak
kena sembelih dengan aku ni!" kata-kata Razif menyentak lamunannya. Dia
melihat Razif mengepalkan dan menggenggamnya erat. Dia mahu membuat perhitungan
dengan Adam Si Jejaka Lembik. Akan dicincang lumat tubuhnya menjadi daging
hancur! Hutang darah dibayar darah. Hutang rotan?
"Memang mati budak tu nanti aku kerjakan." sampuk
Tonjang. Dia berjalan terjengket-jengket sambil memegang punggungnya. Dah macam
nenek tua sakit belakang pun ada!
"Nish, kau ada plan ke? Aku nak ganyang pondan tu!"
tanya Aniq kepada Danish yang sedari tadi hanya mendiamkan diri. Mungkin ketua
merangkap sahabatnya sedang memikirkan apakah hukuman yang patut diberikan
kepada pengawas itu.
Semua mata tertumpu ke arah Danish tatkala lelaki itu tiba-tiba
saja tergelak. Kuat pulak tu! Mereka sudah berpandangan sesama sendiri.
Senyuman mula menghiasi di setiap bibir lelaki berenam itu. Pasti Danish
ada plan yang baik punya untuk Adam the pondan guy. Tunggu dan lihat! Mereka
berenam terus bergerak meninggalkan bilik pengetua.
***
"Sya, betul ke tempatnya kat sini?" soal Iman semput.
Dirinya tidak larat lagi nak jalan. Tadi, selepas dia dan ayah
berjumpa dengan pengetua, dia kembali ke kereta semula untuk bersalam dengan
ibu dan adik. Setelah beberapa ketika, kereta berjenama Vios itu mula bergerak
meninggalkan dirinya.
Iman mengeluh kepenatan. Kenapalah sekolah ni besar sangat? Agak
kalau jalan dalam sepuluh langkah, boleh tercabut kakinya. Iman adalah pelajar
baru di sekolah ini. Dia baru saja di daftarkan di sekolah ini seminggu yang
lepas oleh ayahandanya, Encik Muhammad. Iman di tempatkan di kelas 5 Mawar, di
mana kelas itu adalah kelas untuk pelajar yang cenderung kepada perakaunan.
Minatnya yang mendalam di dalam bidang ini dan memperoleh keputusan yang
cemerlang dalam PMR. Selepas ayah berpindah, dia turut sama berpindah sekolah.
Walaupun rasa sayang terhadap sekolah lama tapi perjuangan harus diteruskan. Syukur
alhamdulillah pabila dia terserempak dengan sahabat karib sejak dari sekolah rendah
lagi. Tak lain dan tak bukan ialah Syasya. Siti Syasya Syameera binti
Hasifuddin. Itulah namanya! Sedapkan?
"Iya. Memang betullah. Kau janganlah risau. Aku sekolah kat
sini sejak tingkatan satu lagi. Semua jalan aku dah hafal. Relaks okey?"
kata Syasya cuba untuk menenangkan diri Iman.
Iman mengeluh lagi tatkala terlihat bangunan yang mereka lalui.
Agak aku berjalan dari tadi, masih lagi dekat area bangunan bilik pengetua? Huh!
Iman tidak berdaya lagi untuk berjalan. Dia terduduk di atas simen
yang berdebu. Lantaklah apa nak jadi! Dah memang aku sakit kaki dan letih. Kang
tercabut kaki aku siapa nak tanggung?? Syasya?? Ayah?? Ibu?? Nadia?? Iman
bermonolog sendiri. Dapat dilihat Syasya yang membebel seorang sendiri. Tak
perasan ke aku dah duduk?? Menonong aje. Haih. Kawan siapalah ni...
"Nanti aku tunjukkan kat kau tempat yang best gil...." Syasya tidak sempat menghabiskan ayatnya tatkala
terpandang diri sahabat karibnya yang sedang duduk terlunjur di atas lantai.
Segera dia berlari ke arah Iman lalu bercekak pinggang.
"Kau ni dah kenapa pulak duduk atas lantai ni? Kotor tahu
tak?" marah Syasya. Iman mendongakkan kepalanya. Adoii.. sakit tengkuk aku
tengok minah ni. Tinggi sangat!
"Aku penatlah, Sya. Tak larat dah nak jalan lagi. Kau dukung
aku erk?" rengek Iman
menayangkan muka sedih. Beg yang tersangkut di bahu di letakkan di sisinya.
Memang betul-betul penat! Rasa macam masuk marathon aje. Iman ni sudahlah jenis
yang mudah lelah dan semput. Nak-nak kalau di tempat yang asapnya
berkepul-kepul, confirm dia akan mendapat semput. Ini pun dah
rasa macam nak teruk. Cool, Iman. Cool.
Syasya menjegilkan mata. Ada ke dia suruh aku yang kurus kerempeng
ni dukung dia? Tapi boleh juga sebab beza badan antara kami tidaklah jauh mana.
Tapi tak boleh juga. Sepatutnya dia yang dukung aku!
"Sepatutnya kau yang dukung aku tau. Aku penat jalan dari
bilik guru, lepas tu aku gerak pergi bilik mesyuarat sekejap, then aku terserempak aku dekat bilik
pengetua, lepas tu kena tunjukkan kelas kau lagi. Sekarang siapa yang penat?"
Whoa! Dah macam machine gun tu dia bercakap! Laju betul.
"Okey-okey stop.
Dah. Jangan cerita lagi ya, machine
gun. Nanti tak pasal-pasal pengsan pulak kau kat sini. Dah satu kerja aku
nak kena panggil orang suruh angkat kau. Kalau badan macam anak kucing tak apelah jugak. Ni badan macam
badak sumbu. Habis patah riuk tulang aku nanti," usik Iman seraya ketawa
kecil.
Syasya menunjukkan riak tidak puas hati.
'Ada ke dia samakan aku slim ni dengan badak sumbu? Kurang asam
punya kawan!' gerutu hatinya.
"Kau samakan aku dengan badak?! Tak apa. Kau cari kelas 5
Mawar tu sendiri. Aku nak balik kelas." Syasya berdiri lalu melangkah
pergi meninggalkan Iman yang terpinga-pinga di belakang.
"Hoi! Jangan tinggalkan aku, Sya!" jerit Iman. Lantas
tubuhnya berdiri lalu mengejar langkah Syasya yang sudah jauh ke depan.
Namun siapa sangka, malang tidak berbau. Iman terlanggar seseorang
sehingga kakinya terpelecok masuk ke dalam parit kecil di situ.
"Auchh!!"
Berpinar-pinar matanya. Dia mencelikkan mata. Terlihat kakinya
yang sudah masuk ke dalam parit kecil, segera dia menjerit kesakitan.
"Ibu!!! Ayah!!! Sakit!!"
Iman menangis teresak-esak. Airmatanya yang menitis lebat tidak dapat
dibendung lagi. Kesakitan yang dia alami cukup memedihkan. Betisnya yang
kebiruan dan kelihatan darah menitis keluar di belek sambil mengelap airmatanya
menggunakan tangan.
"Sakitnya..." rintih Iman berlagu sedih.
"Hoi perempuan! Kau memang nak mati apa?!" herdik
seseorang dari arah belakang.
Alamak! Aku lupa aku terlanggar orang masa nak kejar Syasya tadi.
Ya Allah, selamatkanlah hambaMU ini. Jauhilah hambaMU ini daripada musibah.
Sempat aku berdoa kepada Tuhan.
"Aku cakap dengan engkaulah perempuan!! Kau pekak apa?!"
tempiknya lagi. Suaranya yang tinggi cukup menakutkan Iman yang menggigil
ketakutan.
Dia memejamkan matanya perlahan-lahan lalu memalingkan kepalanya
menghadap sang jejaka yang mengherdiknya tadi. Terhinjut-hinjut badannya
menahan esakan.
Kelihatan enam orang lelaki sedang berjalan menuju ke arahnya
dengan wajah bengis. Gangster sekolah ke? Iman segera menundukkan muka.
Ketakutan semakin menyelubungi diri. Debaran di hati semakin terasa tatkala
sepasang kaki berhenti betul-betul dihadapannya. Air mata yang sudah bergenang
di tubir mata cepat-cepat di sapu. Iman masih lagi menundukkan wajah yang
dipenuhi dengan tangisan. Syasya, tolong aku. Aku takut....
Hati Danish membara bila gadis dihadapannya itu langsung tidak
memandang wajahnya dan tidak mempedulikan segala percakapannya. Dah la langgar
orang lepas tu dia pulak yang menangis? Apa kes? Dah la dia cukup malu pabila
dia jatuh tergolek pabila dilanggar orang. Sahabat-sahabatnya ketawa melihat
gaya Danish jatuh. Kelakar gila! Tangan Danish di bawa ke hadapan dan mahu
mencengkam dagu wanita itu tetapi kelakuannya terhenti pabila terlihat akan
darah yang menitis di betis si gadis yang tersingkap kain dek terjatuh di dalam
parit kecil itu.
Danish menelan air liur. Pandangannya terus dilarikan dari
memandang betis sang gadis yang putih mulus itu. Nafasnya tidak menentu. Hati
lelakinya berkocak hebat.
Iman yang perasan mata lelaki asyik memandang ke arah betisnya,
segera dia menutup dengan kain yang dipakai. Danish bingkas berdiri lalu
memasukkan tangannya ke dalam kocek seluar. Dia berdeham seketika menghilangkan
kegugupan yang bertandang di dalam hati.
"Sakit ke?" Aduh! Soalan bodoh yang kau bagi apesal
Danish?! Hatinya mengutuk percakapannya.
Iman memandang mereka sekilas sebelum mencebikkan bibir. Dah sah
kaki aku berdarah, boleh tanya sakit ke tak? Apa punya bengong soalan dia ni?
Iman menganggukkan kepala. Tangan masih lagi memicit kakinya yang berasa sengal
dan pedih dengan beralaskan kain biru. Air mata sudah kering di pipi.
"Aku tanya jawablah!" pekik Danish.
Iman mengerdipkan matanya tanda tidak mengerti. Apa masalah dia ni?
Nak terjerit-jerit macam kena sampuk jek!
Aku bagi batu lesung dekat rumah tu kang baru tahu.
"Sakit.." perlahan Iman menjawab.
"Kalau dah sakit, pandai-pandailah bangun sendiri." Iman
mencebik.
Tahulah mangkuk!
Iman menjuih bibir. Malang sungguh dia jumpa orang macam ni...
Mereka berenam bergerak meninggalkan Iman yang tercengang. Sungguh
Iman sakit hati dengan sikap mereka yang tidak mahu membantu. Bukankah menolong
orang yang sakit adalah satu kewajipan? Ini makin dia biarkan. Apa punya
manusia diorang ni? Akhirnya tanpa bantuan sesiapa, Iman bangun sendiri
walaupun kakinya pedih. Dia memegang dinding untuk bertahan dari jatuh. Aww
sakit!
Langkah Danish terhenti serta merta membuatkan rakan-rakannya
hairan. Hati lelakinya terusik pabila terpandangkan gadis itu. Entah ada rasa
aneh menyelinap di tangkai hati tatkala dia merenung wajah gadis itu sebentar
tadi. Dirinya berasa amat bersalah kerana meninggalkan dia yang sedang
mengerang kesakitan namun dia pertahankan maruahnya. Takut dilihat sahabatnya.
Semuanya kerana ego!
Danish berpaling ke belakang melihat gadis itu yang sedang memapah
dari satu dinding ke satu dinding untuk berjalan. Sungguh dia rasa kesakitannya
kalau tidak kerana dia melalui jalan itu tadi, pasti gadis itu tidak apa-apa
dan bisa berjalan seperti biasa. Tapi bila di amati wajahnya, Danish pelik.
'Budak baru ke? Tak pernah nampak pun.' Danish bermonolog sendiri.
"Nish, apehal?" soal Tonjang dengan dahi berkerut.
Daripada tadi lagi dia lihat Danish perhatikan perempuan yang melanggar
sahabatnya itu. Ada apa-apa ke? Mamat ni kenal ke perempuan tu? Takkan tangkap
cintan kot! Aku dah tak tahan nak berdiri lama. Buntut dah sakit dah ni.
"Hah? Err.. tak.. tak ada apa-apa." gagap dia menjawab.
Malu bila kelakuannya diperhatikan rakan-rakan. Danish dan rakan-rakannya mula
bergerak meninggalkan kawasan itu namun langkahnya terhenti tatkala terdengar
sayup-sayup jeritan seseorang. Makin lama suaranya makin kuat menyebabkan
mereka berenam menoleh ke belakang.
"Iman! Apa dah jadi ni?! Kenapa kaki kau berdarah?!"
Syasya mendekati Iman yang sedang berdiri dengan bersandarkan dinding. Dia
datang kembali semata-mata mahu memastikan sahabatnya baik-baik saja. Salahnya
juga meninggalkan Iman seorang diri walhal dia tahu Iman orang baru. Tadi dia
saja menduga. Tetapi tidak disangka akan berlaku kemalangan.
Iman hanya tersenyum mendengar celoteh Syasya. Dia hanya membuat
bahasa badan seperti mengangguk dan menggeleng saja. Riuh betul! Macam kucing
hilang ekor. Erk? Ada ke? Hentam sajalah.
Tiba-tiba dia berasa kurang enak seolah-olah ada orang sedang
memerhatikannya. Lantas Iman menoleh. Memang tepat tekaannya bila terperasan
lelaki yang dia langgar tadi masih lagi tidak berganjak dari tempatnya.
Zapp!
Pandangan kami bertemu. Terasa satu benda sedang mengalir di dalam
badan. Hati wanitanya bergetar tatkala mata jejaka itu masih merenung dirinya.
Iman memalingkan muka memandang ke tempat lain. Tidak sanggup dia membiarkan
wajahnya ditatap dengan penuh keenakan oleh jejaka enam orang itu.
"Weyh
perempuan!" Danish bersuara tegas.
Iman dan Syasya memalingkan muka menghadap muka hensemnya ala-ala
Ashraf Muslim tapi versi budak nakallah. Macam dalam slot televisyen Impak
Maksima yang ditayangkan di TV3. Hensemkan? Hu
hu hu... Iman, sempat lagi kau berangan ya? Soal hati nakal.
"Pastikan aku tak tengok muka kau lagi. Kalau aku nampak muka
kau lagi dan kau
langgar aku lagi, mati kau aku kerjakan!"
Amaran keras yang dinyatakan Danish sungguh membuatkan Iman hampir
tercekik. Nasib baik tak makan ikan, kalau tak memang dah lama gol! Tapi amaran
dia tu sungguh kejam! Kalau dah ditakdirkan yang dia akan berjumpa dengan
jantan tu selalu macam mana? Suratan atau kebetulan? Eh.. macam lagu pulak.
Syasya terkebil-kebil memandang ke arah sahabatnya setelah jejaka sombong,
bongkak, berlagak plus hensem itu berlalu.
Iman pura-pura melihat kaki yang kebiruan itu. Di dalam hati dia
dapat mengagak apa yang bakal di lakukan oleh Syasya.
"Iman, kau jangan cakap yang kau langgar dia...." Syasya
menduga. Hatinya kuat mengatakan bahawa kesan berdarah yang ada pada kaki
sahabatnya itu ada kaitan dengan lelaki berenam tadi. Syasya merenung tajam
mata Iman meminta jawapan.
"Aku terlanggar." gugup Iman menjawab. Dia sempat
mempamerkan muka comelnya yang sememang comel sambil membuat simbol peace.
"Oh my godddddd!!!" jeritan Syasya membuatkan
badan Iman tidak seimbang. Lantas dia menggapai dinding yang berdekatan untuk
mengelakkan dari jatuh. Fuhh! Boleh runtuh bangunan ni kalau minah ni jerit
macam tu!
*****
Danish duduk ditempat duduknya. Punggung yang pedih masih ditahan. Control macho! Untuk makluman semua, tempat si
jejaka paling hangat ini adalah di belakang sekali. Dia duduk keseorangan
setelah jirannya berpindah ke sekolah lain. Sebab pindah? Pelajar lelaki itu
tidak tahan dengan sikap Danish yang suka menyuruh dia membuat sesuatu
pekerjaan. Bukan menyuruh tapi memaksa! Pernah pelajar tersebut menerima
penumbuk sulung dari Danish sebabnya hanyalah kerana dia tidak menyiapkan kerja
sekolah Matematik milik Danish. Apalagi, beranglah jejaka hensem tu! Hai..
memang patut pun dia pindah sekolah. Azab woo!
Siapa tahan?
"Danish, ini kerja sekolah engkau." Wan Jailani mampir
lalu menyerahkan buku latihan subjek prinsip perakaunan kepada Danish.
Danish hanya memandang Wan Jailani dengan pandangan tajam tanpa
mengambil buku itu langsung. Wajah Danish yang serius sungguh menggusarkan hati
lelakinya. Danish menunjukkan isyarat supaya mendekatinya. Wan Jailani
takut-takut untuk mendekati lelaki itu. Takut dia menjadi mangsa amukan dan
tumbukan Danish. Dirinya bukanlah punching
bag. Dia manusia!
"Aku suruh bagi buku ni bila?" soal Danish tegas.
Wan Jailani terkebil-kebil memandangnya sebelum menjawab. Debaran
semakin terasa di lubuk hatinya.
"Se.. se.. semalam.." tergagap-gagap dia menjawab. Wan
Jailani menundukkan mukanya bagi mengelakkan dari direnung tajam oleh Danish.
Lelaki yang paling ditakuti dan digeruni oleh semua orang. Tetapi amat diminati
oleh hampir seluruh pelajar perempuan sekolah ini.
"Habis tu kenapa bagi hari ni?!" tempik Danish kuat.
Kakinya menendang kuat meja kayu berwarna coklat itu. Buku latihannya di
campakkan ke bawah. Seluruh pelajar kelas itu menikuskan diri tanpa menoleh ke
arah mereka berdua. Takut jika mereka pula menjadi sasaran Danish. Lelaki itu
bukan boleh di jangka anginnya.
Terangkat sedikit badan Wan Jailani tanda terkejut. Kalau dia ada
sakit jantung, entah macam manalah dirinya sekarang. Sungguh dia terlupa
untuk memberikan buku latihan itu kepada Danish semalam. Dia tidak menghadirkan
diri semalam kerana kesakitan yang di alami teruk. Dia disahkan demam oleh
doktor yang merawatnya. Jadi dia diberikan cuti satu hari. Dan selepas saja
makan ubat yang diberikan doktor itu, dia terus tidur tanpa mengingatkan apa
pun. Termasuklah kerja sekolah Danish!
"A.. aku.. aku sakit semalam. Jadi aku tak datang. Maaf
hantar lambat." ujar Wan Jailani memohon maaf. Dia mengesat peluh yang
menitik di dahi. Cermin mata tebalnya juga diperbetulkan agar dia boleh melihat
dengan terang. Sungguh seperti nerd!
Danish terdiam. Perasaan kasihan mula timbul di dalam dirinya
kerana memarahi Wan Jailani sebegitu rupa. Dengan penampilan lelaki
dihadapannya itu cukup membuatkan dia tahu bahawa lelaki itu sedang sakit.
Tengok sajalah rupanya. Dengan rambut yang serabai. Hidungnya kemerah-merahan.
Matanya juga kuyu seperti tidak cukup tidur. Tisu tidak lepas dari tangan Wan
Jailani. Danish memerhatikan saja penampilan Wan Jailani sehingga membuatkan
kawan itu lemas. Buku di atas lantai di ambil lalu diletakkan perlahan di atas
meja.
"Kau boleh blah. Anyway thanks." putus
Danish lalu mengambil buku itu tanpa memandang wajah pelajar itu.
Wan Jailani mengeluh lega sebaik saja dia tiba di tempat duduknya.
Peluh di dahi semakin berkurangan. Huh! Bila kena dengan lelaki ni, kecut
perutlah jawabnya!
Tak lama kemudian, guru kelas itu pun masuk bersama seorang
pelajar. Semua berdiri tatkala ternampak guru mereka masuk ke dalam kelas.
Danish bangun lambat-lambat. Itu pun malas sebenarnya! Selepas salam dan doa
dibaca, mereka semua duduk mendengar ucapan guru perempuan tersebut.
"Baiklah, kelas. Hari ini kita akan belajar mengenai graf
dalam subjek matematik. Tetapi sebelum tu, saya nak memperkenalkan kepada semua
dengan seorang pelajar baru ini. Dia akan masuk ke kelas kita bagi menggantikan
pelajar kita dulu. Perkenalkan Nurul Iman Syuhada binti Muhammad." Puan
Zuraidah menggamit tangan pelajar baru itu lalu dipertontonkan kepada semua.
Yang lelaki pula sudah tersenyum-senyum nakal. Siap lambai-lambai
lagi! Ada sebilangan perempuan tidak menyukai justeru memberikan pandangan
tajam kepada Iman. Ada sebilangan pelajar yang lain menerima dengan hati yang
terbuka. Orang secomel dan secantik Iman, siapa yang tak suka kan?
Danish tidak menghiraukan semua itu. Dia mengeluarkan segala
alatan untuk pembelajaran ini. Walaupun dia seringi digelar biadab dan tidak
sopan dengan guru mahupun yang lain, tetapi dia masih mempunyai niat untuk
belajar. Guru-guru menyayangi Danish sebenarnya meskipun dia berkelakuan tidak
betul! Buku graf telah diletakkan atas meja. Jarinya ligat memutarkan pen
berwarna hitam. Pro! Dia
mengangkat muka saat namanya dilaungkan oleh Puan Zuraidah. Mata Danish tak
lepas dari memandang pelajar yang berdiri bersebelahan guru berbadan gempal
itu. Hatinya panas membara pabila guru tersebut menyuruh pelajar baru itu duduk
bersebelahan dengan Danish.
'Mati aku! Mesti kena punya dengan mamat bengong ni! Malang betul
nasib aku kena duduk sebelah dia! Isk!' desis hati Iman. Dia menarik perlahan
kerusi disebelah Danish. Wajah Danish yang sentiasa serius dan masam itu cukup
menakutkan dirinya. Bait-bait ayat lelaki itu masih terpahat kuat dalam
ingatannya.
"Pastikan aku tak tengok muka kau lagi. Kalau aku nampak muka
kau lagi dan kau langgar aku lagi, mati kau aku kerjakan!"
Bulu roma Iman sudah mula menegak tatkala Danish mendekatkan
kerusinya dengan kerusi yang diduduki Iman. Berdebar hati perempuannya pabila
Danish tersenyum nakal sambil mengenyitkan matanya. Puan Zuraidah sudah
mula bercakap di depan mengenai tajuk yang akan diajar.
'Allah.. hensemnya dia buat macam tu. Cute!' hati nakalnya berbisik.
"Kalau macam ni memang best.
Untunglah aku dapat makan besar hari ni." ucapan Danish membuatkan Iman
tidak senang duduk. Ditambah lagi dengan minyak wangi lelaki itu yang harum
cukup mempesonakan dirinya. Terkhayal Iman seketika sebelum menangkap ayat
terakhir lelaki itu.
'Makan besar?? Gulp!'
Iman menelan air liur.
p/s : here edit version... :)
bestttt!!
ReplyDelete