"Dam! Sini ler!" ajak Tonjang a.k.a
Nizam yang sedang mencangkung dengan asap berkepul-kepul di mulutnya.
Adam yang terdengar suaranya di laungkan
segera menoleh. Tergamam dirinya bila melihat sekumpulan pelajar lelaki sedang
merokok di hujung bangunan belakang makmal di mana mereka betul-betul bersandar
di belakang tandas pelajar lelaki. Kebetulan saja dia melalui jalan di bangunan
belakang makmal ini.
"Alah, Dam. Tak payah nak malu sangat.
Aku tahu kau pun nak merasa jugakkan? Meh
ler sini. Show gila doh!"
provok seorang lagi daripada sekumpulan pelajar itu yang dikenali dengan nama
Lalok atau nama sebenarnya Ilham Huzaimi.
"Woi! Merokok apa?!" jerit Adam.
Lalu dengan penuh tegas sebagai seorang pengawas, dia berjalan menuju ke arah
mereka dengan muka bengisnya. Buku laporan disiplin turut berada
bersamanya.
"Ho hoi! Kau tengok tu weyh! Adam the pondan guy datang la!" terbahak-bahak mereka
semua gelak pabila terdengar ejekan daripada Razif.
Adam tiba di hadapan mereka dengan muka
garangnya. Garang la sangat kan?
"Siapa benarkan korang merokok di
sini?" soalnya kasar.
"Uuuu!!" serentak mereka berkata
demikian.
"Abang Adam ni garang sangatlah. Chill la bro! Baru rokok. Belum dadah
lagi." ujar Alif selaku pendebat 'terhebat'. Sememangnya jikalau ada di
antara pelajar-pelajar yang tidak puas hati dengan kumpulan ini, maka mereka
perlu menyatakan sebab yang kukuh. Dan jika reason mereka tidak diterima, maka mereka
akan berdepan dengan si pendebat yang terbaikkkkk ini. Inilah Alif Haikal.
Mereka semua tersenyum sinis. Puntung rokok
di tangan di sedut lagi. Lalu asapnya berkepul-kepul keluar dari mulut
masing-masing. Dengan 'kerjasama' mereka semua, asap itu dihembuskan terus
menerus ke muka Adam.
Adam mengetap bibir. Pen yang berada di
tangan di genggam erat sehingga merah telapak tangannya yang putih itu.
Seketika kemudian, dia terbatuk-batuk kerana tidak dapat menahan dirinya dari
bau asap rokok yang kuat. Mukanya yang putih itu mula kemerahan akibat terlalu
banyak batuk. Entah jenama apalah yang diorang hisap ni.
"Aku akan tulis nama korang dalam borang
disiplin dengan alasan korang merokok di dalam kawasan sekolah dan akan
dihantar ke balai polis kerana telah melakukan kegiatan jenayah." kata
Adam seraya terbatuk-batuk kecil setelah asap rokok itu terbang ke tempat lain.
Ketawa mereka bergema lagi. Dah tahu dah.
Kalau dengan Adam ni, mesti nama diorang akan ditulis. Dah banyak kali nama
mereka dipanggil namun hukuman yang diterima hanyalah rotan dan paling tidak
pun kena gantung sekolah seminggu dua. Cikgu-cikgu di sekolah juga sudah masak
dengan perangai mereka yang tak makan saman atau lebih tepat fed up! Bagi mereka, biarlah
mereka mahu berbuat ikut suka hati asalkan tidak menganggu dirinya dan
pelajar-pelajar yang mahu belajar. Pernah sekali sekolah digemparkan dengan
berita sebuah kereta guru disimbah dengan cat berwarna merah. Semua guru dan
pelajar menuduh remaja-remaja ini yang melakukan perkara ini namun tuduhan
mereka tidak berasas kerana tidak mempunyai bukti yang cukup. Hasil siasatan
polis mengesahkan bahawa ini adalah suatu ugutan namun mereka tidak dapat
menangkap dalang yang melakukan onar ini kerana tiada bukti. Sepanjang seminggu
di sekolah, guru-guru mengawasi pergerakan mereka dengan ketat. Takut peristiwa
yang sama berulang kembali.
Sekumpulan ini ketawa terbahak-bahak bila
mengenangkan kejadian itu. Nasib baik rahsia mereka tidak terbongkar. Sungguh
pandai mengaturkannya. Ini semua idea datangnya dari salah seorang ahli mereka
yang merupakan ketua kumpulan mereka. Danish!
"Kami dah muak dengar benda yang sama
keluar dari mulut kau la. Tak boleh ke kau cakap benda yang kitorang semua tak
pernah dengar? Macam gambar 'blue' ke? Awek-awek cun ke? Video-video
panas ke?" Lalok semakin mendekati Adam yang nampak menggigil ketakutan.
'Huh! Tadi berani sangat?! Sekarang mari
tengok. Siapa paling berani!' Lalok tersenyum sinis.
"Korang... korang memang otak
kuning!" tergagap-gagap Adam berkata. Terburai lagi tawa mereka. Nampak
sangat Adam mengalami ketakutan. Itu baru digertak begitu. Belum lagi yang
lain.
"Kalau kitorang otak kuning, kau otak
apa? Biru? Hijau? Pink?"
bersuara Aniq setelah berjaya menghabiskan sekotak rokok Marlboro berwarna
hijau hitam. Terpampang jelas di atasnya gambar bayi mati akibat rokok.
Adam menjeling. Dia mencatit sedikit di dalam
buku laporannya. Selang dua minit, dia menghulurkan sehelai kertas putih
bersaiz A4 tersebut kepada Tonjang. Adam tersenyum sinis memandang ke arah
lelaki berlima itu yang sedang memandangnya dengan pandangan tajam kecuali seorang
budak lelaki ini. Baginya, itu sudah menjadi kebiasaan. Tulis nama, kemudian
dihantar kepada cikgu disiplin dan seterusnya ke pengetua sekolah. Dia tidak
hairan langsung. Masuk keluar bilik pengetua menjadi rutin hariannya. Itulah
Danish! Ketua untuk kumpulan itu.
"Zapp.... Zapp!" bunyi kertas
terkoyak membuatkan semua mata tertumpu kepada Danish. Kertas yang baru saja
dikoyakkan di campak ke muka Adam yang terlopong.
Danish berjalan dengan penuh bergaya bagaikan
bos di syarikat sendiri. Dia mengelilingi Adam sambil matanya memandang atas
bawah.
Adam menundukkan wajah. Takut melihat Danish
ketika marah. Bukan dia tidak tahu, pelajar ini pernah menumbuk mukanya hanya
kerana dia melaporkan kegiatan Danish yang ponteng sekolah. Sejak daripada itu,
dia tidak pernah mengangkat muka bila berselisih dengan Danish. Pernah juga
terlintas di fikirannya untuk melaporkan perbuatan Danish itu kepada
keluarganya dan polis tapi bila difikirkan balik, dia tidak mahu meneruskannya
kerana serta merta dia teringatkan Uncle Othman.
Uncle Othman adalah seorang lelaki yang
berhati mulia. Dia sentiasa memberikan pertolongan kepada keluarga Adam yang
kesempitan wang. Dengan ihsan Uncle Othman juga, dia diterima masuk ke sekolah
ini. Dan kini dia bergelar pengawas. Justeru, dia tidak mahu mengaitkan Uncle
Othman dalam hal ini meskipun anaknya seorang yang gila!
"Kenapa kau suka sangat kacau
kitorang?" ujar Danish sambil memandang tepat anak mata Adam yang
malu-malu untuk memandang dirinya.
Adam mengangkat mukanya setelah segala tenaga
dikumpulkan dan ditanam dalam diri.
"Sebab kau selalu buat jahat. Buat benda
yang terlarang. Apa yang cikgu suruh buat, tak mahu buat. Tapi apa yang cikgu
larang, itu yang korang buat." ucapnya menyatakan kebenaran. Namun di
dalam hatinya siapa yang tahu. Takut beb!
Danish tersengih. Kacak sungguh. Memang tepat
apa yang diperkatakan oleh pengawas dihadapannya itu. Kalau membuat essay, confirm A+.
"Ermm.. betul kata kau. Memang
kitorang selalu buat apa yang cikgu larang. Tapi boleh tak kalau beri kitorang
satu lagi peluang untuk tebuskan kesalahan?" rayu Danish sambil melutut di
kaki Adam.
Rakan-rakannya seakan tergamam dengan
perlakuan Danish. Mana mungkin ketua gangster sanggup melutut di kaki budak
lembik macam Adam ni. Dah la lembik. Kuat mengadu pulak tu! Hish! Ikut gene
siapalah agaknya.
Adam terpegun dengan kesungguhan Danish yang
sanggup merayu dan melutut di kakinya. Mukanya yang sedih terpampang jelas
bahawa lelaki ini boleh berubah jika diberi peluang sekali lagi. Adam mengeluh
lega. Syukur... selepas ini dia tidak lagi menulis nama mereka berenam ini dan
dia boleh berbangga di hadapan semua orang kerana dia telah berjaya mengubah
pendirian Danish.
"Okey. Aku bagi kau satu lagi peluang.
Aku yakin kali ni mesti kau insaf." Danish bangun dengan wajah yang sedih.
Namun di sebalik wajah sedih itu terselindung satu rancangan untuk mengenakan
sahabat 'baiknya' itu.
Danish mampir ke arah Adam lalu melingkarkan
tangannya di bahu sang jejaka lembik itu. Sempat dia mengisyaratkan matanya
dengan kawan-kawannya. Mereka tersenyum sesama sendiri. Baik Danish!
"Oleh sebab kau dah bagi aku peluang, so aku nak kau terima satu hadiah sagu
hati dari kami. Bolehkan?" lembut suara Danish menyapa di telinga Adam.
Wajahnya sudah kemerah-merahan. Siapa tidak malu dan tersipu-sipu tatkala
terdengar suara merdu dan manja dari sang jejaka kacak di sekolah ini. Ditambah
lagi dengan kekayaan keluarganya dan berstatuskan anak golongan berada serta
merupakan anak kepada pengetua Sekolah Menengah Perdana Setia. Kalaulah dia
dilahirkan perempuan, mesti dia akan terpikat dengan kehenseman Danish yang
digelar prince charming oleh kaum Hawa.
"Hadiah apa?" Adam kebingungan.
Aik? Hadiah apa pulak yang dia nak bagi? Adam sudah mula menghidu sesuatu yang
tidak baik. Dapat dia rasai apa yang ada disebalik senyuman menawan Danish.
Alif, Tonjang, Lalok, Aniq dan Razif berjalan
mendekati Danish dan Adam.
Adam mula cuak. Terasa mereka mahu berbuat
jahat pada dirinya. Oh Tuhan, nampaknya dia ditipu hidup-hidup dengan lakonan
Danish.
Danish menghulurkan tangan kepada Razif.
Razif mengeluarkan sekotak rokok yang masih belum di usik isi dalamnya. Tanda
harganya juga belum ditanggalkan lagi. Fresh
dari kilang!
Adam melihat Danish yang mengeluarkan
sebatang rokok lalu dihidu pada hidungnya. Harum sekali!
"Selesaikan pondan ni." sejurus dia
berkata demikian, Danish terus berlalu meninggalkan mereka sambil menggalas
begnya di bahu. Dentin berwarna purple ditarik keluar dari bekasnya. Inilah
penyelamat ketika dia diperiksa oleh guru disiplin. Kalau tidak pun, dia akan
menggosok gigi di tandas dan menyembur minyak wangi. Segala peralatan ada dalam
beg. Tip top!
Danish tersenyum sendiri. Dapat dia dengar
jeritan suara Adam memanggil dirinya meminta pertolongan. Namun dia buat tidak
tahu saja. Langkah kakinya dihayun sampai ke kelas. Pasti Adam menangis
sekarang ni. Ha ha ha...!
'Ini balasan untuk orang yang suka ganggu
hidup aku.' bisik hati jahatnya.
p/s : assalamualaikum... here entry pcbns... miss ubah dr entry lama... ada beberapa penambahbaikan... hehe dulu main taram je tulis tak pandang apa-apa aspek... so yg ni dah edit... version baru... hope enjoy :)
Haaa. Tulaaa. Ni mesty sbb x de farhan. Kalau x, dh hilang gelaran prince charming danish nii. Hahaha. Btw, permulaan cerita yg baik. Dh mula manangkap hati aye... hihi. Kipidap miss
ReplyDelete