SELEPAS selesai solat
isyak dan mengaji Al-Quran, aku duduk di katil. Laptop dipasang sambil-sambil
menyisir rambut yang panjang mencecah dada. Hendak dipotong, mama kata jangan.
Tunggu panjang sikit baru potong. Sayang. Aku dah lemas berambut panjang! Nak
sanggul lagilah… pakai scarf
terbonjol di belakang… panas pulak tu. Hailah… apa nak buat. Kenalah ikut cakap
mem! Kalau tak nanti kena pancung tak
pun masuk batu belah batu bertangkup.
“Mai, nak milo dak?” Kak Ayumi atau nama sebenar Rahayu
Azmi. Pendek dan mudah nama Ayumi katanya. Budak animasi. Tua dua tahun dariku.
Tapi sikap dia tak macam orang dewasa. Masih lagi makan choki-choki, tonton
Doraemon dan Sin Chan, main guli, ceper, batu seremban dan yang paling aku tak
sangka dia masih lagi tengok kartun Power Rangers! Tak menahan betul. Anak
siapalah tu!
“Takpe la, kak. Nanti Mai buat sendiri.” Tolakku lembut. Kak Ayumi mengangguk
lalu keluar dari bilik menuju ke pantri yang berada tidak jauh dari bilik
beradu kami berdua.
Lepas saja aku ikat
rambut, laptop dibawa ke riba sambil aku bersandar ke dinding. Gambar aku
sekeluarga menjadi wallpaper dipandang
seketika. Rindunya dengan korang! Google
aku tekan kemudian menaip Facebook. Satu per satu notifications dibuka dan dibaca dari kenalan rapat. Banyak cerita
dari rakan-rakan seasrama. Sempat aku mengusik pada wall Putera berkenaan gadis impian yang kini sudah dijumpai
katanya. Gatal betul mamat tu! Daripada sekolah tak habis-habis! Dah masuk universiti, taraf naik sikit jadi kasanova. Putera! Putera! Kotak inbox tiada apa-apa balasan setakat ini. Dua tahun.... Aku mengeluh perlahan.
Jari nakal mengetip nama
lelaki itu di papan kekunci sementelah seminggu lebih aku tidak memegang laptop dek sibuk dengan assignment berkumpulan. Tak sampai lima saat, terpampang jelas wajah Aina
bersamanya sebagai profile picture. Emm dah tukar gambar nampak. Last year kalau tak silap gambar Aina seorang je. DP baru ni. Cover photo pula diletak gambar mereka
sekeluarga sewaktu hari raya. Semuanya ungu. Cantik!
Aku
tersenyum sendiri sebelum mengecilkan mata. Baru perasan sesuatu!
Mana hilangnya gambar aku,
Yana dan achik??? Bukankah kami sekali di dalam gambar ini waktu raya??? Aku
yakin dan amat pasti gambar kami tiga beradik turut sama dalam sesi bergambar
itu! Baju raya mereka tersangatlah aku kenali.
Air liur ditelan kesat. Dada
berombak perlahan. Mata kupejam menahan seksa jiwa. Hati merintih buat kesekian
kali. Dia dah buang gambar aku means
dia dah buang aku dari hidup dia. Dua tahun, Mai. Entah muka kau pun dia tak ingat! Perit rasa hati ya Allah! Mutiara kaca perlahan-lahan mengalir di pipi sebaik
kubuka mata. Figura Kak Ayumi di hadapan buat aku terperanjat. Lantas aku
betulkan duduk dan mengelap sisa air mata secepatnya.
“Kenapa ni?” soal Kak
Ayumi cemas. Aku menggeleng kepala.
“Kalau ada apa-apa masalah
yang nak dliuah, kongsi dengan akak. InsyaAllah akak akan bantu mana yang
terdaya,” sambung Kak Ayumi.
“Tak ada apalah, Kak Yumi.
Mata masuk habuk je,” dalihku. Jari telunjuk pura-pura menggosok mata.
Tampak Kak Ayumi tersenyum
sinis. Mungkin dapat agak aku menipu. “Dear,
mata masuk habuk dah lapuklah. Dah berkurun orang guna taktik tu.” Aku
tersenyum sedikit. Nah! Kan sudah dibilang. Kak Ayumi tahu je! Mungkin roommate sebelum aku pun buat perangai
yang sama kot.
“Pasal gambar ni?” jari
lentik Kak Ayumi menunjuk kepada gambar Farhan sekeluarga yang sedang terpapar
di skrin.
Aku diam. Alemak! Kak Ayumi dah mula nak jadi ahli
nujum.
“Kak Yumi tahu Mai punya
rahsia. Kak Yumi pun ada rahsia. Kak Yumi faham kalau Mai tak nak beritahu. It’s a privacy, rite? Tapi kalau Mai dah
tak tahan sangat, jangan disimpan lama-lama dalam hati. Boleh meletup tau?”
gurau Kak Ayumi.
Tergelak kecil aku di
situ. Dalam sendu, tawa menjelma…
“He was my past. Dah dua tahun.” Ujarku tanpa ditanya.
Spontan meluncur keluar dari bibir. Gadis di depannya itu orang pertama yang
tahu. Kak Ayumi angguk kepala.
“Its okay, dik. Lumrah kehidupan. Kak Yumi pun pernah alami apa yang
Mai alami sekarang. Dia tinggalkan Kak Yumi sebab nak study. Its okay. Kak Yumi
terima. Bukan jodoh kami. Kak Yumi berdoa dia ditemukan kebahagiaan dan Kak
Yumi pun diberi kebahagiaan. Tiada dendam dalam hati lagi.” Tenang Kak Ayumi
bercerita mengenai kehidupan lampaunya.
Tapi Kak Yumi lain… Mai
yang tinggalkan dia kak… bukan salah dia… dan sekarang dia dah pun lupakan Mai... kata-kata itu bergema dalam hati
sahaja.
“Dah la. Tak payah diingat
lagi. Meh minum milo dengan biskut
Hup Seng ni.” tangan aku ditarik mengikutinya ke meja studi. Kenapalah aku tak
perasan Kak Ayumi masuk tadi eh? Kalau tak, takdelah nampak aku nangis. Tak
pasal-pasal kakak angkatnya itu tahu tentang lelaki itu. Keluhan terlepas dari
bibir.
“Minum milo cergas badan
tau.” Kak Ayumi siap buat gaya dalam iklan tv.
Aku tergelak besar. “Kak
Yumi, orang minum milo ngantuk ada la.” Balasku. Milo buatan Kak Ayumi diicip
sedikit. Panas! Tapi sedap macam yang selalu Yana buat kat rumah.
“Erk? Tapi Kak Yumi tak
ngantuk pun. Minum nescafe baru ngantuk.” Ujarnya bersama seribu kerutan di
dahi. Masih mencerna kenapa aku pelik berbandingnya. Atau dia yang pelik
sebenarnya?
“Nak tau sebab apa?” Kak
Ayumi angguk laju.
“Sebab Kak Yumi alien!”
Berderai tawa sekaligus
membuat Kak Ayumi mencekak pinggang.
p/s : assalamualaikum here new entry :) permulaan yg agak slow and agak boring la, kan? sorry eh... hehehe hope enjoy *tutup mata lima jari*
No comments:
Post a Comment