Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Saturday, 5 April 2014

Soulmate Forever Bab 3

PERPUSTAKAAN di tuju sementelah ada beberapa rujukan yang aku perlukan untuk research Madam Zarina. Walaupun Madam mahu lagi dua minggu, tapi aku rasa baik buat sekarang. Tengah tak ada kerja. Lagipun petang-petang sebegini tak ramai penghuni sangat. Hari minggu ramai lepak kat luar. Sara ada mengajak aku outing sekali bersama dia dan rakan sebiliknya. Aku hanya menggeleng. Malas! Tak ada benda nak dibeli. Window shopping? Kalau ada mood. Agak lama juga kaki tak jejak hypermarket. Kalau sekolah okey la nak outing segala sebab ada bodyguard. Universiti tak ada.

Bodyguard?

Hati mulai sebak. Argh! Lupakan Mai. Dah dua tahun kau duduk sini. Fokus belajar! Ada jodoh kau, adalah. Sekarang belajar. Lupakan dunia luar sekejap. Contohi Kak Ayumi, Mai. Lagi setahun je nak habis. Bisik hati kecil.

Seperti yang dijangka, perpustakaan lengang. Boleh dikira dengan jari berapa ramai je yang rajin atau lebih tepat kaki library. Termasuklah aku! Hihihi. Buku rujukan pantas dicapai dan aku duduk di kerusi kosong. Laptop aku keluarkan lalu letak di atas meja. Mujur ada internet free. Sambil buat kerja, sambil tengok e-mel. Sesekali jam tangan dikerling. Belum sampai waktu Asar lagi.

“Hai, awak.”

Acapkali ayat itu dilontar setiap kali aku datang ke perpustakaan. Tak kurang juga siulan nakal dari senior. Junior pun ada kekadang. Aku buat muka toya dan terus menyiapkan kerja. Tak kuasa mak nak melayan! Aku ke sini bukan untuk dijadikan gadis test market! Aku ke sini nak belajar.

Dehaman seseorang mengganggu konsentrasi tugasan. Aku melajukan lagi pen di tangan. Buat-buat tak perasan ada orang di tepi meja. Kertas kajang makin sarat dengan formula.

“Hai awak, boleh saya duduk sini?” Pemuda berdeham tadi cuba mengayat. Berani gila seorang ini walau dah tahu aku buat tak pandang. Ah! Buat tak tahu je. Anggap dia alien.

“Awak,” tegurnya lagi bila mana aku langsung tak menyahut atau membuat sebarang gerakan di tubuh.

Terhenti lagi menelaah. Aku pejam mata, tarik nafas dan hembus lalu mendongak ke atas. Sedaya upaya tahan sabar. Seorang lelaki sedang merenungku bersama senyuman yang mampu mencair hati keras wanita tapi tak pernah sesekali pun mencairkan aku. Muka yang sama… Eh, awak tak bosan-bosan ke nak jadikan saya bahan sasaran? Mata tertancap sesuatu yang berada dalam dakapan lelaki itu. Kerutan dahi bertambah. Buku agama?

Sorry, saya rasa meja lain banyak kosong. I need some privacy to do my work. So the answer is NO!” Sarkastik aku menjawab lalu menunduk memandang kertas yang penuh dakwat biru merah hitam tu.

Pemuda itu tersentak. Berubah wajahnya macam kena simbah dengan minyak cap kapak! Terasa kut dengan balasan pedas menyengat aku. Padanlah muka! Sibuk nak kacau orang pehal? Meja depan aku kosong. Belakang aku kosong. Kiri pun kosong! So whats your motif? Dengan buku agama? Huh, ingat aku tergugat la! Niat dah lain, masih nak selak buku agama? Karut, brother. Dulu datang pakai songkok. Sekarang buku agama. Lagilah gila! Semata-mata nak try. Hailah… ada lagi manusia kasanova spesies ini. Aku ingat jadi pendiam tak kena. Tetapi jangkaan aku silap. Aku pun nak ushar? Gila!

“Err… tak apa la. Maaf mengganggu awak.” Ucapnya seraya berlalu pergi dengan menggaru kepala. Dia menoleh lagi ke belakang, mengharap gadis itu mendengar lirih suaranya tapi haram! Langsung tak dipandang malah menunduk je. Dia mendengus kasar. Sebuah meja tidak jauh dari tempat gadis tadi dirapati dan duduk di kerusi kosong. Ada empat orang rakan lelaki turut sama berada di meja berkenaan. Kawan seangkatan.

“Asal? Failed lagi?” perli Zarif berbisik.

“Muka masam, cemberut mengalahkan susu basi. Gagal la tu,” Reza sembunyi senyum dan tahan ketawa. Adui la sahabat… tak kena cara. Tapi tak boleh juga. Bukan sekali dua dia mengurat bahkan sudah banyak kali sahabatnya itu cuba cucuk jarum tapi belum sempat nak sentuh kain, jarum patah terlebih awal. Badi kot! Hailoh mamat kasanova. Tak lut dah sekarang.

Pemuda tadi meramas rambut. Buku agama yang dia ambil dari rak bacaan di lempar atas meja. Protes! Buat malu je aku tersua-sua muka tadi tapi kesan hampeh. Haih, panas jiwa raga. Aircond tiba-tiba tak rasa. Bahang wei! Bahang! Rasa nak tanggal baju je…

“Kau ni nak mengurat tak tengok kiri kanan. Main belasah je. Entah-entah perempuan tu dah ada pakwe ke tunang ke. Sebab tu tak layan.” Kimi menyampuk sambil menggeleng kepala. Matanya memandang ke arah bait-bait ayat dan nombor dalam buku sebelum mengira di kertas A4. Sesekali kalkulator ditekan.

“Dah dia duduk seorang. Makna solo la tu.” bidas pemuda tadi sambil merenung seorang lagi lelaki yang menyampuk sebarang perbualan mereka. Hanya tekun mendengar dan menulis. Sebolehnya dia tidak mahu mengakui akan kesilapan sendiri. Haah ek? Aku tak check pun pasal budak tu. Tiba-tiba je nak ngorat. Dah tu asyik tak dapat je. Geram! Dan kenapa aku seakan tak kenal erti putus asa? Selalu tak macam ini kalau nak mengushar gadis-gadis cantik. Ah kenapa dengan aku ni?! Desis hatinya. Aki baru tersedar dia membuat suatu kesilapan. Dia telah melanggar prinsip kasanovanya.  Memalukan sungguh lahai kalau Abang Ameer tahu. Mati aku kena nyakat…!

“Tak semua yang duduk seorang tu solo, bhai. Lain kali sebelum buat apa-apa fikir dulu, Ammar Baihakki bin Abdul Razak. Apa rasa muka? Malu tak kena bash selamba? Perempuan pulak tu!” Kimi menyindir. Nak tergelak tengok kawan sekutu tak ubah macam orang putus cinta. Punyalah ramai ‘bunga’ dalam universiti ini, si ‘mawar berduri’ tu juga yang dia nak cuba. Aduhai… memang tak la! Bukan sekali tapi berkali-kali. Kalau dia la dah lama tanam muka dalam tanah! Malu beb. Orang tak sudi makin disua-sua muka yang tak berapa nak dikategorikan sebagai hencem-man. Macam manalah ramaii awek minat dia? Dah la malas belajar. Study last minute. Tapi boya (buaya)! Hmm materialistik!

Pemuda yang digelar Baihakki itu memeluk tubuh. Pandangan serius dilontar tepat pada Kimi. “Okay fine! Kalau kau tahu sangat pasal budak tu, tell me!” Baihakki mencabar.

Dia berang apabila Kimi mempersoal cara dia menjual minyak urat. ‘Eleh, macam la kau bagus sangat! Awek seorang pun tak ada.’ Kutuk Baihakki.

Her name is Nur Saffiya Humairah. 20 years old. Tinggal Johor Bahru. Bapa bekas polis. Emak suri rumah sepenuh masa. Anak sulung. Adik ada dua lagi. Semua perempuan. Masih bersekolah.” Tenang Kimi mengungkap tanpa gagap membuatkan semua terlopong. Lagi tergamam bila Kimi tak angkat langsung wajah dari menatap kertas kajang yang dah berkajang-kajang dengan formula kira-kira.

Dude, kau tahu pasal budak tu? Serious??” Zarif segera bertanya. Wah! Dalam diam Kimi buat projek. Dah maju betul!

“Bila masa kau selidik, bhai?” Reza ternganga.

Kimi senyum bangga. Kembang kempis hidung dapat buat mereka terlopong. Ini Hakimi la! Semua rekod ada di tangan aku tau!

“Ah! Entah-entah kau sengaja kelentong. Main taram je nama budak tu. Kenal pun tak!” Cemuh Baihakki.

Kimi jongket sebelah kening. Berani cabar aku nampak? “Come on, bro. Aku sekelas dengan dia eh! Akaun. Dengan jawatan bendahara kelas, aku tahu semua pasal bebudak kelas tau.” Ujarnya lagi membuka rahsia. Dan ada sikit aku selidik sendiri… kata-kata itu bergema dalam jiwa Hakimi.

Baihakki buat muka kelam. Dia pandang rak buku di sebelah kiri. Rupa-rupanya Kimi sekelas dengan budak pendiam tu. Kenapalah aku boleh lupa yang Kimi ni budak akaun? Alahai… buat penat je fikir rancangan sendiri. Siap buat-buat alim bagai. Huh. Kalau gitu, baguslah. Senang nak buat plan baru. Ada sumber rujukan. Apa-apa hal boleh tanya Kimi. Tapi…

“Dia memang pendiam ke? Jenis tak layan lelaki? Dalam kelas pun macam tu?”

Kimi angguk. “Yup! Memang susah nak dengar suara dia. Bila Prof panggil je, baru dapat dengar. Kau nak dengar dia kepoh-kepoh memang tak la. Dia hanya dengan dunia dia. Buku dan laptop. Kekadang dia akan bersuara kalau ada part-part tugasan yang dia kena terangkan. Dan masa tu semua orang akan diam tekun dengar. Sebab nak dengar suara dia! Selebihnya dia memang akan bertindak diam diri. Ramai juga cakap dia sombong tak nak sambut perkenalan. Antaranya bebudak class aku tapi bukan aku. Ada juga yang gelarkan princess silent. Tapi itulah dia. Memang susah nak diajak berbual biasa.” Panjang lebar Kimi menerangkan perkara sebenar. Mula-mula dia pun pelik. Apekehal la minah ni alone je memanjang? Kadang saja buat pen terjatuh dekat sebelah kerusi. Dia just tunduk, ambil dan buat kerja. Macam. Biasa. Noktah!

“Cuma ada seorang saja yang boleh buat dia bercakap.” Semua menunggu penuh khusyuk kata-kata sambungan Kimi.

“Siapa?”

Mata Kimi terangkat. Senyum. “Sara.”

“Sara? Who’s that?” Zarif mendongak siling memikir. Yang mana eh? Ramai perempuan nama Sara. Bukan seorang je....

“Budak mana?” Reza menyelit.

“Kaunseling and psychology.”

“Yang suka pakai sneakers baju kurung tu?” Reza nganga. Dia kelam-kelam sikit nak ingat perempuan tapi kalau tak silap dia pernah dengar budak nama Qaisara yang suka pakai sneakers dengan baju kurung. Walaupun agak pelik tapi dia tak boleh nak kata apa.  Citarasa manusia berbeza.

Kimi angguk. Correct!

“Berdaulat sangat ke budak tu sampai budak pendiam tu boleh bercakap dengan dia?” tanya Aki separuh musykil.

“Perempuan biasa lah. Kerek sikit. Macam kau tak faham, Aki. Alah, kalau setakat nak cari glamor buat cara hipokrit buat apa? Depan diam, belakang kalah speaker rosak buat apa.” Sinis bicara Zarif.

“Zarif, manusia ada dua perwatakan. Bising dan bisu. Bagi aku, tak salah kalau dia nak jadi pendiam pun. Bukan bajet glamor ke apa. Daripada kepochi tak tentu hala, better shut up, rite? Lagilah orang label macam-macam kalau banyak cakap. Nabi pun pesan kalau tak ada benda nak cakap better diam. Think positive laa. Mungkin dia tak ada geng nak berbual kecuali that's name Sara whatever. Atau memang cara dia sejak azali tak banyak cakap, who knows? Jangan judge yang bukan-bukan kalau kita tak tahu cerita sebenar.” Tukas Reza seperti membela gadis itu yang kini hangat menjadi perbualan di bibir mereka. Mujur la meja mereka antara yang kedua belakang. Petugas perpustakaan tak la dengar mereka memekak. Orang pun tak ramai.

“Yeah… aku setuju dengan Reza. Aku tak rasa dia nak bajet glamor. Orangnya low profile je kut.” Selar Kimi pula.

Zarif tertunduk malu. Tersedar bibirnya laju melaser tak tentu hala.

“Tapi aku setuju dengan Zarif. Mungkin dia memang hipokrit. Tak tunjuk belang sebenar. Sekali… playgirl.” Aki masih tak puas hati. Apahal kawan-kawannya bela budak tu pulak?

“Mungkin ya mungkin tak. Jangan mudah fikir buruk, bro. Tak baik untuk kesihatan.” bantah Reza tenang. Sempat selit fakta entah merapu mana entah!

“Yang menjadi masalah sekarang ni apesal korang nak bela sangat budak tu? Skandal ke apa?” tuduh Aki meluru merenung tajam kedua-dua sahabatnya. Bengkek hati. Zarif tak nak support. Minah kerek tu pulak yang disokong. Tak faham aku!

“Kami tak bela dia. Kami tak bela sesiapa. Aku bercakap berdasarkan pengalaman dan situasi persekitaran. Jangan cepat melatah la, Ki. Kau tetap kawan aku kot.” Aisey… nak sentap pula Aki ni. Geli je! Desis Reza dalam hati.

“Huh! Ingat aku percaya?” sinis Aki. Gurau je sebenarnya pun…

“Suka hati kau la, Aki. Kita orang cuma bagi pendapat je. Lain manusia, lain cara. Rambut sama hitam, hati lain-lain. Kalau kau nak try juga, terpulang. Kami just doakan mana yang terbaik je. Kalau dia bidadari kau yang kau cari selama ini, kami doa kau dan dia selamat bahagia dunia akhirat.” putus Kimi menyambung kerja yang terbengkalai. Malas dia nak melayan kerenah Baihakki mengalahkan kanak-kanak empat tahun minta susu ibu. Mengada-ada! Sememangnya kalau pasal perempuan, jejaka bernama Ammar Baihakki ini tak akan mengalah. Dia je nak menang! Yelah, dah ada banyak pengalaman keluar perempuan sana sini. Lebih mengenali. Tetapi kalau pasal pelajaran, liat semacam. Suka mengelat! Awal-awal give up.

Aki mengembung pipi. Dia berang dan tak puas hati. Kata-kata sahabat dan perilaku gadis itu sebentar tadi bermain di minda. Betul ke dia memang pendiam? Penyakit keturunan ke apa?  Bohong la kalau tak nak bercakap. Tak apa… ini Aki la. Tak dapat cara baik, aku guna cara yang lagi baik. Tunggu je la…Hari ini hari dia. Hari esok belum tahu. Tanpa sedar dia tersenyum sinis.




p/s : here new entry... igt nak cuti tp tak jd plak... rse gatal nak up entry... muehehe! hope enjoy ya :) tp serius miss ckp miss rindukan gaya penulisan masa KPVST dulu... sekarang rasa mcm dah hilang gaya tu... tak tau kenapa... faktor umur mungkin... ah, miss sudah tua! kikiki 

4 comments:

  1. saya benci baihakki. noktah. (-_-")

    mana ada miss tua, takda . gaya penulisan pun still macam dulu what.

    ReplyDelete
  2. miss maintain muda kot .. mne tuanye ehehe ... baihakki vs farhan ... mne satu pilihan mai agaknye eh yg jd soulmate forever? setuju dgn mastura mahayadin .. tak suka baihakki ! wekkkk :p

    -fazira-

    ReplyDelete
  3. Deaar Miss.... Bile mai nk jumpe farhan ni... ahh tak sabar da n lagi satu x nak baihakki jadi hero novel ni..
    thats all... kay next!!!! haha demand

    ReplyDelete
  4. Akhie skali..mai ngan farhan or aki..harap ngan farhan

    ReplyDelete