KELAS Profesor Marhan
berakhir lancar. Beberapa kali aku menahan kuapan semasa pensyarah sebaya abah
itu mengajar di depan. Mata sudah berair. Entah kenapa lemah seluruh urat
sendiri hari ini. Mood belajar pun
malas. Hanya nampak bayangan bantal bucuk
dan tilam melambai-lambai mahu mengulit tubuh ini. Aku masukkan buku dalam beg
lambat-lambat sambil menutup mulut menguap kemudian berjalan keluar dari dewan
kuliah. Sara sudah menunggu di tepi pintu sedari tadi sambil memeluk fail. Ops! Baru perasan aku manusia terakhir
keluar. Sadis sungguh!
“Lambatnya!” omel Sara
geram. Penat agaknya menunggu aku jalan terkedek-kedek.
“Sorry.” Sara tidak menjawab sebaliknya memegang wajahku dan dibelek
kiri kanan. “Apesal pucat sangat muka kau ni? Kau tak sihat ke?”
Tu diaaaa… doktor peribadi
dah mai. Aku menolak tangannya yang merayap setiap inci wajahku. Sampai lubang hidung pun nak tengok apa kes?
“Tak la. Aku okey je. Dah
tiga hari tidur lambat siapkan kerja. Tadi dalam kelas tahan ngantuk. Letihlah
hari ini.”
Tak semena-mena bahuku
dipukul fail.
“Sakitlah, nenek!” Aku
mengaduh kesakitan. Orang tengah lemah macam ni kau sempat ambik kesempatan eh,
Sara! Nak kena ni! Aku bersilat depan kau karang.
Sara menjeling tajam.
“Siapa suruh kau tidur lambat? Ni mesti tak sarapan pagi, kan? Eee! Kau ni suka
sangat ke dapat penyakit? Nak kena gastrik ke?” bebelnya lagi.
Aku buat muka toya. “Kau
ni macam emak aku la, Sara. Cotcetcotcet
je. Lebih baik berhenti belajar psikologi then
jadi suri rumah sepenuh masa.” Sindirku sambil menjuih bibir.
Sara mencubit pipi aku.
“Aku cakap untuk kebaikan kau juga tau! Dah berapa lama kita kenal? Berapa
ramai kawan kau ada? Sejak kau masuk sini, kau selalu mengadu dekat aku sakit
perut. Bila tanya langsung tak sarapan! Mana la aku tak marah, tak bebel. Kau
kalau sakit bukan nak kasitau kat orang.” Gumam Sara. Tak puas hati agaknya
dengan cara aku. Well, dah tu gaya
aku nak diubah macam mana lagi.
Aku senyum sungging.
Tiba-tiba ingatan teringat Wana, Qiela dan rakan yang lain. Mereka terlalu
menjaga dan ambil berat tentang aku sama seperti apa yang Sara lakukan. Aku
sakit, aku sihat, tak pernah sekali aku dilupakan. Oh rindunya kawan-kawan
sekolah dulu! Apa yang Sara cuba lakukan merupakan flashback zaman sekolah dulu.
“Hah. Aku cakap berangan!
Tulah kerja kau.”
Petikan jari menyedarkan
aku dari lamunan panjang. Serta merta aku sengih.
“Jom pergi makan? Aku
laparlah,” Rengekku manja. Lengan Sara
aku rangkul erat seperti pasangan kekasih. Sebenarnya nak elak dari dengar
makcik kepochi ini merungut. Bernanah telinga woo! Macam motorboat je bunyi. Mengalahkan orang berdebat dalam dewan
parlimen!
“Haaa jom! Aku dari tadi
lagi tak makan tau sebab tunggu kau.” Kami berdua berjalan menuju ke kafe
universiti. Sememangnya aku hanya ada Sara. Tiada sahabat lain selain gadis
Negeri Sembilan itu. Aku tak pandai bergaul. Dan aku tak akan mudah bergaul
dengan sesiapa termasuk lelaki setelah apa yang terjadi pada hidupku dua tahun yang
lalu. Biar orang nak kata aku sombong ke apa. Asalkan aku tahu, aku kenal siapa
diri aku. Itu sudah mencukupi.
“Tulah. Asyik bebel kat
aku je. Kau pun sama tak makan pagi, kan? Nak aku bebel ke?” perliku selamba.
Sara tergelak. Pipi aku dicubit lagi.
Hisy! Kenapa pipi aku yang
jadi mangsa???
Saya dapat rasakan yang ni adalah kesinambungan daripada cerita kpvst. Ye dak? *muka suspicious*
ReplyDeleteIni smbungan kpvst yaa
ReplyDelete