Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Wednesday, 2 April 2014

Soulmate Forever Bab 1


KELAS Profesor Marhan berakhir lancar. Beberapa kali aku menahan kuapan semasa pensyarah sebaya abah itu mengajar di depan. Mata sudah berair. Entah kenapa lemah seluruh urat sendiri hari ini. Mood belajar pun malas. Hanya nampak bayangan bantal bucuk dan tilam melambai-lambai mahu mengulit tubuh ini. Aku masukkan buku dalam beg lambat-lambat sambil menutup mulut menguap kemudian berjalan keluar dari dewan kuliah. Sara sudah menunggu di tepi pintu sedari tadi sambil memeluk fail. Ops! Baru perasan aku manusia terakhir keluar. Sadis sungguh!

“Lambatnya!” omel Sara geram. Penat agaknya menunggu aku jalan terkedek-kedek.

Sorry.” Sara tidak menjawab sebaliknya memegang wajahku dan dibelek kiri kanan. “Apesal pucat sangat muka kau ni? Kau tak sihat ke?”

Tu diaaaa… doktor peribadi dah mai. Aku menolak tangannya yang merayap setiap inci wajahku.  Sampai lubang hidung pun nak tengok apa kes?

“Tak la. Aku okey je. Dah tiga hari tidur lambat siapkan kerja. Tadi dalam kelas tahan ngantuk. Letihlah hari ini.”

Tak semena-mena bahuku dipukul fail.

“Sakitlah, nenek!” Aku mengaduh kesakitan. Orang tengah lemah macam ni kau sempat ambik kesempatan eh, Sara! Nak kena ni! Aku bersilat depan kau karang.

Sara menjeling tajam. “Siapa suruh kau tidur lambat? Ni mesti tak sarapan pagi, kan? Eee! Kau ni suka sangat ke dapat penyakit? Nak kena gastrik ke?” bebelnya lagi.

Aku buat muka toya. “Kau ni macam emak aku la, Sara. Cotcetcotcet je. Lebih baik berhenti belajar psikologi then jadi suri rumah sepenuh masa.” Sindirku sambil menjuih bibir.

Sara mencubit pipi aku. “Aku cakap untuk kebaikan kau juga tau! Dah berapa lama kita kenal? Berapa ramai kawan kau ada? Sejak kau masuk sini, kau selalu mengadu dekat aku sakit perut. Bila tanya langsung tak sarapan! Mana la aku tak marah, tak bebel. Kau kalau sakit bukan nak kasitau kat orang.” Gumam Sara. Tak puas hati agaknya dengan cara aku. Well, dah tu gaya aku nak diubah macam mana lagi.

Aku senyum sungging. Tiba-tiba ingatan teringat Wana, Qiela dan rakan yang lain. Mereka terlalu menjaga dan ambil berat tentang aku sama seperti apa yang Sara lakukan. Aku sakit, aku sihat, tak pernah sekali aku dilupakan. Oh rindunya kawan-kawan sekolah dulu! Apa yang Sara cuba lakukan merupakan flashback zaman sekolah dulu.

“Hah. Aku cakap berangan! Tulah kerja kau.”

Petikan jari menyedarkan aku dari lamunan panjang. Serta merta aku sengih.


“Jom pergi makan? Aku laparlah,” Rengekku manja.  Lengan Sara aku rangkul erat seperti pasangan kekasih. Sebenarnya nak elak dari dengar makcik kepochi ini merungut. Bernanah telinga woo! Macam motorboat je bunyi. Mengalahkan orang berdebat dalam dewan parlimen!

“Haaa jom! Aku dari tadi lagi tak makan tau sebab tunggu kau.” Kami berdua berjalan menuju ke kafe universiti. Sememangnya aku hanya ada Sara. Tiada sahabat lain selain gadis Negeri Sembilan itu. Aku tak pandai bergaul. Dan aku tak akan mudah bergaul dengan sesiapa termasuk lelaki setelah apa yang terjadi pada hidupku dua tahun yang lalu. Biar orang nak kata aku sombong ke apa. Asalkan aku tahu, aku kenal siapa diri aku. Itu sudah mencukupi.

“Tulah. Asyik bebel kat aku je. Kau pun sama tak makan pagi, kan? Nak aku bebel ke?” perliku selamba. Sara tergelak. Pipi aku dicubit lagi.

Hisy! Kenapa pipi aku yang jadi mangsa???

2 comments:

  1. Saya dapat rasakan yang ni adalah kesinambungan daripada cerita kpvst. Ye dak? *muka suspicious*

    ReplyDelete