Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Wednesday, 2 April 2014

Soulmate Forever PROLOG

The game just begun.....

Permulaan kehidupan yang amat sukar untuk dilalui. Seorang diri tanpa sesiapa dikenali. Rasa nak terjun tangga je gini. Huh. Keluhan dilepaskan. Mata melilau mencari teg-nama berwarna kuning hitam seperti yang diarahkan abang-abang faci dalam kertas putih. Dalam banyak-banyak aktiviti, teg-nama disuruh cari. Aduu…Melihatkan beberapa rakan disekeliling sudah mendapat partner, hati mula keluh kesah. Mana lahai budak ni?

Sambil-sambil itu dia berjalan perlahan menoleh kiri kanan kut-kut terserempak la. Ada pasangan bertepuk tampar happy, ada yang berbual macam lama tak jumpa. Kebanyakan aku lihat pasangan yang diaturkan kakak abang fasilator ialah lelaki dan perempuan. Sekerat aja partner sama gender. Pasangan aku perempuan rasanya. Mengikut nama yang tertera di kertas kecil yang dah renyuk tu segarit nama macam perempuan. Q - Amani…

Tiba-tiba seorang perempuan secara tak sengaja berlanggar denganku yang kebetulan berada di jalan situ akibat hendak mengelak dari terkena pelajar lelaki  yang hu ha hu ha tak ingat dunia.

“Ops! Sorry sorry…” pinta gadis itu sambil menunduk mengutip teg-nama yang terjatuh sekali dengan kad matrik. Aku terpempan.

“Err Qaisara?” Erk? Gadis itu angkat muka.

Again?”

“Awak Qaisara Amani? Teg-nama kuning?” Dia mengangguk. Aku menghulur tangan padanya. Dia menyambut lalu berdiri tegak. Teragak-agak merenung aku.

“Macam mana awak tahu nama saya?” Aku sengih. Coretan kertas kecil diunjuk padanya. Q - Amani…kad matrik yang dipegangnya jelas menunjuk nama sebenar. Qaisara Amani sebenarnya.

Err your name S.Maira?” soal Qaisara pula. Aku angguk. Nama aku di matrik aku unjuk padanya.


Nur Saffiya Humairah… Gadis itu tergelak menepuk dahi. Lahai… partner aku depan mata rupanya. Punyalah susah nak cari. Emm perlanggaran perkenalan!

Friends?”

Qaisara menyambut huluran jabat tanganku dengan rela hati. Senyuman menghiasi bibir kami berdua. “Friends!”

No comments:

Post a Comment