BAB54
HARI
yang paling aku elakkan akhirnya tiba. Lagi setengah jam kelasku akan bergabung
dengan kelas ‘orang atas’. Uhuk uhuk! Terasa diri begitu kecil sekali apabla
memikirkan tanggapan bebudak kelas itu. Sudahlah aku jenis tak ramah dengan
budak atasan yang digelar nerd dan perfect dari segala hal. Mesti senyap punya
kelas dia orang nanti. Aku gerenti habis. Budak yang ditarget straight A’s oleh
guru-guru sekolah. Budak bawahan macam kami? Ditarget straight B’s? Haha.
“Okay,
students. Make sure you all siapkan essay yang teacher berikan. Sebelum exam
teacher harap sangat kamu perbaiki kelemahan kamu. Betulkan semula grammar and
vocab. Past tense, present tense make sure gunakan betul-betul. Baca semula
tajuk yang diberikan. Look, sama ada soalan itu bertanyakan tentang perkara
lepas, yang sedang berlaku dan akan datang. Hope you guys get straight A’s for
the exam.” Ujar Teacher Rohana bersama kata-kata semangat.
Tengok.
Baru cakap tadi…
“Aye
aye, teacher!” kami serentak menjawab kemudian meledak tawa. Teacher Rohana
menggelengkan kepala sambil tersenyum. Buku dimasukkan dalam beg kemudian
berlalu pergi meninggalkan kelas selepas memberi salam.
“Weh,
gerak jom! Kelas AB. Nanti ustazah marah kalau lambat.” Kata Putera. Seisi
kelas terkocoh-kocoh mengemas segala peralatan. Aku pula berbeza. Lambat-lambat
aku kemas buku. Sungguh tiada mood! Tiba-tiba kedengaran pintu kelas diketuk
sebanyak 3kali. Semua bagai terpaku. Freeze!
“Yes
Mr. Headprefect? What can I do for you?” Tanya Khairul selamba.
Farhan
tersenyum nipis. “Ustazah suruh pergi surau. Tak payah bawa apa-apa.” Kata
Farhan sambil memegang batang hidung mancung. Sambil itu matanya melirik pada seseorang.
“Class,
ustazah suruh pergi surau. Tak payah bawa apa-apa.” Jerit Khairul mengulangi
kata ketua pengawasnya. Dia pura-pura tak perasan akan lirikan mata manusia di
hadapannya itu.
Lerrr…
buat penat je aku bawa buku rujukan setebal buku teks akaun. Sungutku. Mai, tak
baik merungut. Pahala kau dapat sebab bawa buku tau. Lagi-lagi dalam bulan
puasa. Memopad, sebatang pensil dan sebatang pen aku masuk ke dalam poket.
Langkah lenggang mak limah terpaksa dilajukan apabila tertangkap dengan panahan
mata seseorang. Dari dulu lagi aku asyik tak dapat peluang nak cucuk mata dia.
Tapi mengingatkan pesanan ringkas SMS olehnya buat hati berbunga-bunga. Eheh!
Sewaktu
berjalan menuruni tangga, ada pula budak perdagangan naik tangga. Terpaksalah
kami berhimpitan. Kesesakan lalu lintas berlaku. Pada waktu itu, budak lelaki
yang tak kukenali sengaja melanggar tubuhnya, mengambil kesempatan terhadap
wanita. Sengaja bergesel! Isk, aku lempang juga dia ni kang! Dahlah ketiak
busuk, ada hati nak bergesel dengan orang wangi. Boleh pulak dia sengih-sengih
bila aku jeling tajam. Hello bro, lu apehal? Nak cari gaduh sama wa?
Tiba-tiba
mereka menundukkan kepala dan kesesakan kembali teratur. Erk? Apesal dia orang
ni? Tiba-tiba, “Farhan…” tegur budak lelaki yang gatal merenyam dengan aku tadi. Dia menunduk sedikit.
Errrr….
Tolong jangan beritahu yang mamat tu ada dekat belakang aku.
“Hmm.”
Tegang saja nada suaranya. Jawapannya……. memang dia dekat belakang aku!
Betul-betul belakang aku wei! Entah bagaimana aku boleh terpelecok dekat
tangga. Satu pautan hinggap dilengan beralaskan baju kurung membuatkan tubuh
aku kembali seimbang semula. Fuhh! Mujur je tak tersembam. Aku urut dada.
“Be
careful.” Bisiknya. Pegangan dilepaskan. Aku tertelan air liur dengan kesat.
Tersekat dekat kerongkong! Ouh jantung, please jangan gugur. Aku teramat
perlukan kau untuk terus hidup! Oksigen please…
Dalam
pada itu, Helena menjeruk rasa. Dia yang berada di depan sekali tidak
dipandang. Si perampas tu jugak yang dia pandang. Eeii, geram! Buat penat dia
berlakon ayu depan ketua pengawas tadi.
PINTU
TANDAS ditutup. Port rasmi Diva Babe kalau nak melakukan sesuatu kerja atau
bermesyuarat. Ammy mengeluarkan botol kecil sama saiz dengan minyak cap kapak dari
poket seluarnya. Penutup botol dibuka. Lantas dia mencalit sedikit
dipergelangan tangan dan leher mengikut kata Pak Halim semalam.
“Calit
dekat pergelangan tangan dan leher kamu. Kemudian kamu pergi berjumpa dengan
lelaki yang kamu minat dan kamu calit ditangannya. Ingat, jangan sampai dia
nampak ketika kamu melakukan calitan! Sesudah itu dia akan bau. Bau itu pada
mulanya busuk akan tetapi lama kelamaan bau itu bertukar menjadi wangi seperti
bunga mawar. Pasti dia akan terigau-igaukan kamu tak sampai tiga hari. Paling
cepat sehari. Jangan sampai langgar pantang.”
Dah
macam orang baru lepas beranak pulak tak berpantang bagai…
Dia
kemudian keluar dari tandas selepas menutup semula botol tersebut. Langkahnya
bersahaja. Apabila tiba di tangga, dia secara tak sengaja terserempak dengan
seorang pelajar lelaki yang kebetulan naik di laluan yang sama. Panahan tajam
mata lelaki itu membuatkan Ammy gerun tiba-tiba. Entah bagaimana kakinya
terpelecok ditangga tersebut akibat tenungan tajam itu. Terhuyung-hayang
badannya disitu. Spontan dia memaut lengan pemuda tidak jauh darinya untuk
menyelamatkan diri daripada tergolek akan tetapi dia dilepaskan begitu mudah
apabila Eriq dengan sengaja menarik semula lengannya dari disentuh gadis
bongkak itu. Ammy terjatuh seperti nangka busuk.
“Auch!”
mengaduh Ammy kesakitan. Buku lalinya terasa sakit dan berdenyut-denyut. Tak
guna punya jantan! Suka-suka kau je lepaskan aku? Auww… mama, sakit! Ammy rasa
nak meraung aje di situ.
“Hey,
berani you lepaskan I! You biarkan I jatuh?! Buta ke apa?! Tak nampak I jalan
tadi? Kenapa you suka cari pasal dengan I? Tak guna you, Eriq!” jerit Ammy menutup
malu atas apa yang terjadi apabila melihat Tengku Hadzriq hanya memandang
dengan kening ternaik sebelah. Lelaki itu sungguh selamba dan sengaja! Bikin
panas aje hati.
“You
yang langgar I, you nak salahkan I pulak? Bagusnya… lagi satu, you ingat I ni tiang
ke nak paut-paut bagai huh? Siapa yang cari pasal dengan siapa? Siapa yang buta
matanya sekarang ni?” tembak Tengku Hadzriq dua das.
Ammy
bengang. Dia memaut pemegang tangga agar dapat berdiri tegak. Rasa denyutan
tidak dipedulikan. Dia perlu berlagak tiada apa-apa didepan lelaki yang
berwajah tak bersalah itu. Wajah Tengku Hadzriq yang berpeluk tubuh selamba
dono itu ditenung tajam. “Go to hell! I benci you! Mulai hari ini you dengan I
dah tak ada apa-apa hubungan! Perjanjian kita officially terbatal! Get lost!” tempik
Ammy lagi kemudian dengan perlahan menuruni tangga meninggalkan lelaki itu yang
masih tersenyum.
“Go
to hell?” Eriq ketawa kecil. “Ammy… Ammy… you belum tengok lagi permainan I
macam mana. Janji nak bergabung tapi you rancang tanpa pengetahuan I. You
mungkir janji, Ammy. You belum kenal I siapa. Wait and see my games, baby… Nanti
you akan tahu siapa yang patut go to hell sebenarnya.” Tengku Hadzriq tersenyum
sinis. Hidungnya dicuit sebelum kembali melangkah menuju ke destinasi yang
dituju.
“AMIN
ya rabbal alamin. Semoga ilmu yang dipelajari hari ini diberkati Allah dan
diterapkan dalam jiwa masing-masing. Jangan lupa perbanyakkan baca doa-doa
penenang hati ketika menjawab exam. Semoga idea mencurah-curah sewaktu
menjawab. InsyaAllah.” Pesan ustazah lagi. Kami mengangguk mengerti.
Selepas
membaca surah al-asr, semua boleh balik ke kelas masing-masing. Aku, dan Aisyah
diminta tunggu sebentar oleh ustazah. Ada hal katanya nak bincang. Wana, D dan
Iman sibuk nak ikut macam kanak-kanak kecil! Pergi balik kelas la dey! Sejadah
yang tadinya digunakan untuk pelajaran solat sunat hajat kulipat kemas dan simpan
dalam almari khas. Buku al-ma’thurat dan beberapa kertas mengandungi ayat
hafazan dikumpulkan Aisyah dan diletak dalam bakul yang disediakan. Tanggapanku salah pada bebudak kelas atasan. Mereka melayan kami dengan baik tadi. Isk dosa kering kau dapat, Mai! Bila
semuanya sudah perfect, kami berlima berjalan ke arah ustazah. Pergerakan kami
diperhatikan dua hamba Allah yang sedang rancak berbual mengenai agama.
“Ustazah,
kami dah siapkan semuanya. Kami minta diri dulu.” Ucap Aisyah lembut. Ustazah
angguk. “Syukran. Terima kasih anak-anak ustazah.” Acapkali diucap begitu
sekiranya kami menyelesaikan apa-apa pertolongan yang dipinta disurau. Ustazah
pandai mengambil hati anak muridnya.
“Sama-sama.”
Seorang demi seorang menyalami ustazah sehingga giliran aku. Agak lama juga
ustazah memegang tanganku membuatkan yang lain memandang satu sama lain.
Wajahku ditenung ustazah seperti mahu menyatakan sesuatu.
“Humairah,
awak pandai mengaji Al-Quran?”
Aku
anggukkan kepala walaupun tidak tahu apa motifnya. Aku boleh mengaji Al-Quran
tetapi aku harus pelajari dengan lebih mendalam lagi. Banyak tajwid dan harkat
yang aku perlu ketahui lebih lanjut. Sekarang aku dalam proses memahami makna
ayat-ayat suci tersebut.
“Kalau
begitu, mahukah awak kalau saya masukkan nama awak di dalam pertandingan hafazan?
Saya petik beberapa surah dan ayat dalam Al-Quran sempena aktiviti bulan puasa
ini.”
Tergamam.
Tertelan air liur. Dup dap dup dap. Macam tulah jantung aku saat ini. Ungkapan
ustazah sedikit sebanyak membuatkan aku jadi takut pula. Aku mula tak yakin
pada diri. “Err… tak apalah, ustazah.” Aku menolak sopan. Dalam pada itu, mata
seseorang melekat pada raut wajahku yang duduk berjarak sedikit daripada kiri
ustazah.
Ustazah
tersenyum manis. “Kenapa? Awak takut? Atau segan?” beliau bertanya lembut
umpama ibu.
Aku
tak tahu nak jawab apa. Automatik kepala digaru. Apa nak jawab ni? Memang aku
takut dan segan. Aku tidak sepandai dan selancar Aisyah yang serba serbi tahu
mengenai Al-Quran. Aku juga baru berjinak-jinak belajar dengannya jika waktu
lapang. Kenapa tak dipilih saja Aisyah? Kenapa mesti aku?
Ustazah
yang faham akan lagakku itu hanya tersenyum nipis. “Tidak mengapa. Awak fikir
dahulu. Nanti awak beritahu saya jawapannya tapi kalau boleh secepat mungkin
sebab saya nak adakan pada bulan puasa ini juga.” Terangnya lebih lanjut.
Aku
angguk lemah. Biarlah aku fikir dahulu. “Baiklah, awak semua boleh balik.
Aisyah, nanti ambil fail kuning di atas meja saya selepas itu kamu serahkan
pada rakan kelas ya?” Aisyah angguk lalu tersenyum. “Baik, ustazah.” Dan aku
perasan mata Izuan melekat pada airmuka Aisyah yang tenang dan mudah tersenyum
itu.
Kami
terus berlalu keluar dari surau dan terus menyarung kasut. Ketika itu aku
ternampak tubuh Ammy dikejauhan sedang berjalan menuju ke surau bahagian
lelaki. Hanya tembok separas bahu yang memisahkan perempuan dan lelaki. Kerutan
di dahi bertambah tapi bila mengingatkan adanya ustazah di dalam, maka aku
tidaklah hairan sangat. Husnuzon, Mai. Bulan puasa.
“Apa
minah tu buat dekat sini?” soal D. Aku pantas merenungnya. D pun nampak juga
ke?
“Minah
mana?” Iman bertanya.
“Tu.
Tengku Ammylea Ruhaila. Dia masuk bahagian lelaki. Dia buat apa dekat sini?
Kalau nak sembahyang, dhuha dah lama habis. Lagi 45 minit loceng nak bunyi. Dan
kenapa mesti lalu dekat bahagian lelaki?” D mengulas sendiri.
“Dia
nak jumpa ustazah agaknya. Kan ustazah ada kat dalam. Jangan fikir yang
bukan-bukan.” Nasihat Aisyah. D tersengih. Tahu akan khilafnya… tapi dia tetap
musykil. Kenapa mesti lalu bahagian lelaki????
“Ala
jangan risaulah, Mai. Tunang kau tu takkan dapat diusik Ammy hari ni sebab ada
ustazah dengan Izuan dekat dalam. Kiranya kau masih lagi selamat.” Seloroh Wana
seraya melarikan diri apabila melihat aku bertukar The Hulk.
“Hoi!
Manadela. Jaga kau Wana!” sudahnya kami berlari hingga ke kelas tanpa
memikirkan kehausan bulan puasa. Aisyah, D dan Iman hanya menggelengkan kepala.
PINTU
bilik pengawas ditutup lalu dikunci dan dimangga. Kunci dipegang tangan kiri.
Baru saja memusingkan tubuh, bahunya dilanggar seseorang menyebabkan kunci
ditangannya terjatuh ke lantai.
“Err
sorry, Farhan. Ammy tak sengaja. Sorry sangat-sangat.” Wajah bersalah jelas
kelihatan. Sepuluh jari disatukan sebagai tanda memohon maaf.
Farhan
tidak menjawab sebaliknya tunduk mencapai gugusan kunci yang terjatuh akibat
perlanggaran tak sengaja antara mereka tadi. Mungkin salahnya juga kerana tidak
memerhatikan keadaan sekeliling sebelum memusingkan tubuh.
Kesempatan
itu diambil Ammy dengan mencalitkan sedikit minyak pengasih tersebut ke tengkuk
Farhan cepat-cepat. Kalau tadi dia terpaksa membatalkan rancangannya atas sebab
Ustazah Haslinda dan Izuan di sisi jejaka itu. Spoil! Selepas satu masa
pelajaran tamat, dia ke tandas melepaskan geram. Waktu itu matanya ternampak
kelibat Farhan menuju ke bilik pengawas bersama fail hitam ditangan. Ammy
bersiap siaga dengan minyak pengasih dijarinya apabila Farhan mula keluar dari
bilik khas tersebut.
Farhan
tersentak. Meremang bulu romanya. Segera dia berdiri. Wajah Ammy dipandang
tajam. “Kau buat apa ni?” tengking Farhan kasar. Jarinya pantas pegang tengkuk.
Terasa ada cecair disitu sebelum Farhan mengesat ke seluar. Air apa pulak ni?
Terhinjut
badan Ammy menahan amukan Farhan. Terkulat-kulat dia menahan diri dari ditenung
tajam mata pedas ketua pengawasnya itu. “Err I… I cuma… nak buang habuk dekat tengkuk
you aje.” Bohong Ammy. Dalam hati dia rasa nak larikan diri. Alamak, Farhan
terperasan dengan cecair tu. Macam mana ni?
“Jangan
nak menipu! Kau buat apa dekat tengkuk aku tadi? Suka-suka kau je nak sentuh!
Kau calit apa tadi? Ni air apa pulak ni?” tegang suaranya. Jarinya menyentuh
lagi tengkuk untuk menghilangkan cecair.
“Be…
betul. I tak tipu. Tadi I pergi toilet tu yang tangan basah. Kalau you tak percaya, tu habuknya.” Tergagap-gagap dia menjawab. Jari telunjuk
Ammy dihala ke bawah. Kebetulan saja ada habuk bergumpal dilantai. Mampus aku…
mampus Ammy!
“Han!
Han!” terdengar jeritan Aizat di depan tangga membuatkan empat pasang mata
kalih pandang. “Cikgu Samad ontheway. Cepatlah!” laung Aizat lagi. Cikgu Samad
terkenal dengan punctual. Dia tak akan bertolak ansur sekiranya tiada sebab
musabab yang munasabah kalau terlewat masuk akan kelas yang dia sedang
mengajar.
Farhan
menjeling tajam Ammy yang kecut dan mendengus kasar sebelum mengibas tengkuknya
lagi. Kemudian dia terus berjalan meninggalkan Ammy yang terkulat-kulat dengan
muka bersalahnya.
Apabila
tubuh Aizat dan Farhan hilang dipandangan mata, wajah Ammy bertukar menjadi
ahli sihir yang jahat. Dia berpeluk tubuh. Kecil matanya merenung laluan Farhan
sebentar tadi. “Huh! Kau sombong dengan aku, Farhan. Takpe. Tunggulah. Mesti
kau tergila-gilakan aku lepas ni. Aku akan buat kau melutut dekat aku!”
tekadnya. Dan dia yakin minyak itu sudah mula menyerap masuk ke dalam tubuh
pemuda itu.
TOMBOL
bilik tidur dipulas perlahan. Dengan langkah tak bermaya, Eriq merebahkan badan
ke katil empuknya. Mata dipejam rapat. Sedari tadi dia cuba menahan matanya
dari tertidur tetapi matanya seperti dihempap dengan batu. Dan bayangan gadis
itu terlayar diruangan mata. Sudah puas diusir akan tetapi wajah itu tetap
muncul.
Eriq
tidak mahu melayan perasaan. Dia bingkas bangun. Butang baju sekolah dileraikan
satu per satu sebelum dicampak masuk dalam bakul yang tersedia di sebelah pintu
bilik airnya. Saat itu dia terbau sesuatu yang harum. Eriq memusingkan kepala
memandang sekeliling. Fikirnya mummy ada dipintu bilik kerana dia sangkakan itu
minyak wangi mummy. Tapi bila diamati, bau itu bukanlah bau kebiasaan mummy.
Bau
harum umpama bunga mawar yang mekar begitu mengasyikkan dirinya. Eriq seperti
ternampak kelibat Ammy dipintu bilik air. Ammy sedang tersenyum manis padanya. Tanpa
sedar, Eriq tersenyum lalu merapati ‘bayangan’ Ammy.
Dorm Angsana
“MACAM
mana, Mai? Dah fikir tentang lamaran ustazah tadi?”
“Lamaran?”
aku buat muka. Sejak bila pula aku dilamar ni?
Aisyah
ketawa kecil melihat muka sahabatnya. Tahulah dia Mai tersalah sangka. “Pasal
pertandingan hafazan tu. Macam mana?” soalnya lagi.
Aku
mengherotkan mulut. “Ouh pasal tu ke? Aku ingat apalah tadi sampai kena
lamar-lamar ni.” Pipi aku garu perlahan. “Entahlah, Syah. Aku tak yakin la.”
Keluhku perlahan.
Aisyah
memegang lembut tanganku. “Kenapa pula tak yakin? Aku tengok kau boleh baca
Al-Quran. Biasa aje.”
“Tapi
tak selancar kau. Aku pun baru belajar pasal tajwid.” Balasku. Ruginya dulu aku
main-main masa belajar tajwid dengan Tok Qud dulu.
Aisyah
menggeleng. “Mai, tajwid boleh belajar lagi. Asalkan kau tahu yang asas, harkat
dan makna kau dah boleh sebenarnya. Keyakinan sebenarnya terselit dicelah hati
kita tanpa kita sedari. Tetapi bagaimana cara kita nak timbulkan balik keyakinan
tu di permukaan hati kita, itu yang kita kena usaha. Dengan usaha dan cekal,
insyaAllah kau berjaya dan secara tak langsung keyakinan backup kau.”
Aku
hanya mampu merenung ke wajah Aisyah yang masih lagi bercakap. Selalu aku jadi
pending disebabkan bait-bait ayat yang Aisyah tuturkan. Penuh muslihat dan
maksud tersirat. Kadang-kadang aku pening kepala fikir pasal Aisyah. Patutlah Bahasa
Melayu dia A+.
“Hmm
entahlah, Syah. Bagilah aku fikir dulu eh.”
Aisyah
faham akan situasi aku. Bukan mudah untuk memaksa diri. “Tak apa. Kau fikirlah
sedalamnya. Baik buruk, aku terima. Dan aku yakin ustazah pun akan terima.” Kami
berbalas senyuman.
PERJUMPAAN
tertutup antara Rizulfikri dan Farhan menimbul tanda tanya dalam jiwa Izuan
yang menyorok dibalik bangunan. Dari tadi dia mengekori sepupunya sebab
kelakuan Farhan tersangatlah pelik dan makin menjadi-jadi. Seperti merahsiakan
sesuatu darinya. Apakah Farhan sudah tahu akan penyiasatannya bersama Zul?
Tampak
Rizulfikri dan Farhan sudah berdiri sambil bersalaman sebelum berlalu ke
bangunan dorm masing-masing. Izuan cepat-cepat menyusup ke celah daun yang agak
besar di taman itu agar tidak dapat dilihat Farhan. Dalam pada waktu itu,
kakinya secara tak sengaja telah tersepak pasu bunga yang sudah rosak. Darah memancut
keluar dari celah ibu jari kaki membuatkan Izuan tak tertahan sakit lalu
menjerit.
“Auww!
Fuh! Fuh!” terduduk dia disitu. Terdengar derapan kaki dari arah bertentangan
membuatkan Izuan pantas mengangkat kepala. Figura Farhan yang sedang berdiri
sambil berpeluk tubuh itu dipandang.
“Itulah
akibatnya kalau mencuri-curi dengar perbualan orang lain.” Sindir Farhan. Izuan
menjuihkan bibir. “Mana ada!” sanggahnya.
Farhan
mencangkung. Jemari kaki sepupunya dibelek. “Dah terintai-intai dari tadi ingat
aku tak nampak? Kau tak pandai berlakon la, Wan. Muka suci murni macam minyak
kelapa sawit ni susah nak menipu.”
Izuan
bengang. Minyak kelapa sawit dia kata aku?! “Banyak handsome muka kau panggil
aku minyak kelapa sawit?” geram Izuan. Farhan tersenyum. Dia memapah sepupunya
bangun.
“Cuci
kaki dulu lepas tu baru letak ubat kuning tu.” Suruh Farhan. Izuan angguk malas.
“Ya, faham Mama Farhana.” Farhan menjegilkan mata. Sejak bila dia jadi
perempuan???
PERHIMPUNAN
pagi ini sudah diakhiri dengan surah al-asr. Pelajar diminta pulang. Pada waktu
itu D dan Iman ternampak tubuh Farhan yang sedang bercakap dengan anak buahnya.
Dan pada masa yang sama dia terperasan Farhan tersenyum. Spontan mereka berdua
tersenyum. Akan tetapi mata Farhan seperti tidak memandang ke arah mereka akan
tetapi orang lain. Dan orang itu adalah Ammylea! Terbuntang biji mata D dan
Iman. Mata digosok berkali-kali.
Mahu
saja dikhabarkan pada Mai yang leka berbual dengan Wana akan tetapi ditahan
oleh Aisyah. Isyarat mata dihantar. Kenapa pelik-pelik orang pagi ni?
“Class,
ada announcement. Masa AM(Add Math), kita kena pergi kelas AB. Bawa buku skrap
tebal tu sekali. Cikgu Syikin nak tengok kerja yang dia bagi minggu lepas.” Ujar
Syafiq selaku pembantu peribadi Cikgu Syikin. Anak murid kesayangan tuuuuu…
“Oh
my God!” tiba-tiba Helena menjerit kuat hingga menarik perhatian semua orang.
“Pehal
kau perempuan? Meroyan ke apa?” bentak Iman apabila Helena menjerit seperti
itu. Terkejut dia tau! Aisyah menyiku perut Iman dengan isyarat mata. Iman
mencebik. Entah kenapa dia rasa geram sangat dengan Aisyah hari ini. Asyik pakai
isyarat je. Sudahnya dia malas nak bertekak. Baik buat kerja AM yang masih belum
siap sebelum kena tazkirah dengan Cikgu Syikin.
“Haa
girls, I tak bawa buku skrap. Macam mana ni?” gelisah Helena sendirian. Terbayang
wajah bengis Cikgu Syikin apabila salah satu bukunya tiada seperti yang
diminta. Dengan rotan panjang ditangan, baby pun boleh koma tau tak!
Aku
menyusun buku didalam laci meja sebelum berdiri sambil letak purse di kocek
baju kurung. “Wana, aku pi toilet sat.” tanpa melengah, aku terus berlalu.
Wana
hanya memandang. Hari ini kenapa kelakuan Mai berlainan seperti biasa. Tampak lemah
tak bermaya. Ada masalahkah? Hati Wana tertanya-tanya.
SELEPAS
menelek apa yang patut dicermin, aku keluar dari toilet. Saat itu aku ternampak
kelibat perempuan ‘wanted’ yang sedang menaiki anak tangga. Dan pada waktu itu
juga, derap kaki yang amat aku kenali kedengaran. Aku menoleh arah kiri, figura
pengawas sedang berjalan menuju ke arah sini. Atau lebih tepat dia sedang
meronda!
Aku
cepat-cepat masuk dalam toilet. Pintu pantas ditutup dan dikunci. Lubang kecil
yang dijahanamkan oleh anak beruk mana entah kuintai sambil membongkok. Eh Mai,
kenapa tiba-tiba kau jadi macam ni? Ada angan-angan nak jadi Detective Conan ke? Diamlah! Desis hati.
“Auchh!”
terdengar suara gedik perempuan ‘wanted’ itu mengaduh kesakitan. Dan pada masa
yang sama kudengar derapan kaki semakin hampir. Tak tertanggung rasa hati
apabila melihat Farhan memapah tubuh Ammy agar berdiri dengan betul.
“Are
you okay?” Farhan bertanya menimbulkan perasaan cemburu dan kebencian melampau.
Aku hanya mampu memejam mata dan menahan rasa hati.
“Thanks
tolong I.” Ammy tersenyum menggoda walhal dalam hatinya sedikit pelik dengan
perangai Farhan itu. Sejak assembly tadi matanya tak lekang memandang Farhan. Begitu
juga Farhan. Siap senyum tu yang tak menahan! Ammy terasa diawang-awangan. Degupan
jantungnya mengalahkan kuda lumba lari.
Farhan
tersenyum kacak pada Ammy setelah gadis itu berdiri dengan sempurna. Tangannya
disisip ke dalam poket semula.
“Dah
okey tak ni? Feeling better?” lembut suaranya menegur Ammy.
Ammy
terpaku. Auch! Farhan cakap lembut-lembut dengan I? Ouh nak lari sambil melibas
rambut boleh?
“Emm…
okay but still ada rasa sakit lagi dekat tumit.” Rengeknya manja. Firasat Ammy
mengatakan ubat itu sedang berjalan di dalam tubuh jejaka hot di depannya itu.
Dia tersenyum dalam hati.
“Lain
kali jalan tu elok-elok. Kalau jatuh ke apa-apa berlaku ke, I juga yang susah.”
Farhan membalas dengan mengenyitkan mata kanannya.
Jantung
Ammy bagai nak bergoncang keluar dan terus meletup. Ouh so sweet la dia! Cute
pula Farhan buat macam itu. Terasa nak suruh dia buat lagi.
“Kalau ada apa-apa I panggil you. You kena
datang tau.” Ammy menggedik. Badannya dipusing-pusing kiri kanan. Sungguhlah gedik
nak mampus. Aku menumbuk tapak tangan seperti tumbuk lada nak buat sambal
belacan! Lumat-lumat kau nanti dapat dekat aku! Yang si Farhan tu gatal sangat
hari ini kenapa? Rasa cemburu tak dapat kutahan lagi. Depan family aku buat
baik, belakang macam hantu!
Farhan
angguk perlahan. "Of course, dear." jawab Farhan bernada romantik.
Ammy cair lagi. Kalau tadi dia masih dalam keadaan pepejal kini dia telah
menjadi wap! Berdesup meninggalkan cecair.
Jam
tangan Casio dikerling. “Ouh sorry. I got to go. Ada meeting dengan budak-budak
pengawas. See you later okay.” Farhan mengorak langkah meninggalkan Ammy hingga
hilang dipandangan mata gadis itu. Dia sempat memuntahkan senyuman buat gadis
manja itu. Makin menjadi-jadi bengang aku dalam toilet ini. Eiii gerammmm!
Ammy
tersenyum sinis seraya memeluk tubuh. Betul kata Rini. Bomoh bernama Pak Halim
itu sangat handal. Tak sampai tiga hari, Farhan sudah mula menunjukkan sikap
prihatin terhadap dirinya. Satu pencapaian yang terbaik, Ammylea. Dia tersenyum
lagi.
Di
satu sudut, Tengku Hadzriq mengepal penumbuknya. Kalau tadi serasa mahu
ditumbuk muka Farhan sampai pecah. Berani dia kacau Ammy aku! Isk! Si Ammy pun
satu. Pergi melayan kenapa? Mengada-ada. Bengang betullah! Tunggu kau, Farhan!
p/s : assalamualaikum here new entry ... hope enjoy klu typo error minta mahap ler bebanyak ya :)
Benci ammy
ReplyDeletezaifa_comel : jgn marah-marah , benci-benci ammy . kesian ammy tau hehehe
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteXmo la farhan ngn ammy...uwaaaaaaa
ReplyDeletekalau dah jodoh mereka , kita tak boleh menidakkan hehehe
DeleteNtah ntah si farhan dh tau rancangan ammy nk kene kn dia. Zul dh gtau farhan kan... Tul x miss cs. Tu farhan berlakon jer kan...myk pengasih ammy kn dh kene kat eric... Tul kan....
ReplyDeletewah nampaknya kita ada seorang penganalisa disini ekeke
Deleteala.. knp farhan jd cm tu.. kesian mai... cepatlah pulihkan farhan... x nk tgk mai sedih2... sayu plak hati kite... :(
ReplyDeletealaa jgn sayu2 . happy2 kan diri anda ya sis ^^
Deletesaya rasa minyak terkena hadzriq la.
ReplyDeleteyeke? farhan pun kena jugak kan ehehe ^^
Deleteyes . eric yang kene calit . rase ny kan yang ammy gune tok calit kat farhan tu air biase la . bukan ny minyak pengasih uwh . may be zul tukar . mintakmintak la betol . huhu . yess .
ReplyDeletewah sorang lagi penganalisa ekeke bercita-cita nak jd detective conan eh? haha thanks 4 reading ^^
DeleteNext entry please ??:(
ReplyDeleteaishiteru : tggu next week plak ye ^^ thanks 4 reading
Deletehuwaaa,,,bile ?? tak sbar nie,,hihi cite nie abes kt blog jgk kew ??
ReplyDeleteemm taktau lg sis ehehe. insyaAllah habis diblog. takde jual kat memane kedai buku pun ehehe ^^
Deletehehe,,tk sabar nk tnggu bab 55 neh ,, hope cepat lah ,, hihihi
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletebile nk update bab 55??tak sbar ni,huhuhu
ReplyDeletekalau aku hempuk minah sotong ni naya je au
ReplyDelete