SEBAIK sahaja keluar dari
mall, aku tercengang. Kaki bagai terpaku dari bergerak walau selangkah mara
kedepan.
“Alamak! Hujanlah pulak.” Desisku.
Hujan selebat-lebatnya hingga air naik sampai ke paras longkang. Penuh diluar mall
dengan orang ramai yang berteduh di bawah bumbung besar itu. Semuanya pakat
hendak ke kereta atau menunggu saudara ambil. Aku terpinga-pinga sendirian.
“Macam mana nak balik ni?”
keluhku sendiri.
Tulah, tadi Aisyah ajak
tumpang tak mau. Nak balik naik teksi. Konon tak nak menyusahkan. Rupa-rupanya
kawan itu sudah tahu apa yang berlaku di luar mall. Guruh berdentum membuatkan
badanku terhinjut terkejut. Hujan semakin turun dengan lebat. Seakan tiada
tanda hendak berhenti. Inilah susahnya kalau tak ada kereta. Entah bilalah nak merasa naik kereta sendiri. Duit macam-macam nak digunakan. Kerja pun baru dua bulan. Itupun sementara dan aku masih belum memberi kata putus untuk bekerja di Puncak Putra walaupun banyak kali ditanya oleh Papa Umar. Sebolehnya aku ingin mengelakkan diri dari bekerja di mana-mana cawangan syarikat Papa Umar.
Aku bagai nak gila perah
idea. Nak pergi bus stop macam mana kalau dah hujan turun macam sekarang? Setakat
renyai-renyai aku tidak kisah lagi. Ini lebat! Jalan raya juga menjadi sesak. Seakan
hendak banjir saja. Hatiku dilanda gelisah. Tangan sedari tadi asyik genggam
dan terbuka bersilih ganti. Terjenguk-jenguk kepala mencari kelibat teksi namun
dengan jalan raya yang sesak seperti ini mana mungkin teksi nak berhenti.
Telefon bimbit aku
keluarkan dari kocek baju kurung. Berfikir sejenak. Telefon itu kupandang lama. Tenung macam
nak tembus! Akhirnya kata putus dibuat. Bersama keluhan aku mendail satu nombor
yang sentiasa kemas diingatan.
Tut… tut…
“Hello?” satu suara
menjawab.
“Err.. hello
assalamualaikum.” Balasku tergagap-gagap.
“Waalaikumussalam. Hmm nak
apa?” soal orang disana dengan suara dingin.
Aku memejam mata. Cuba mengumpul
kekuatan. Nafas ditarik perlahan. “Err kau busy tak sekarang?”
“Kenapa?”
Air liur bagai tersekat
dicelah kerongkong. Sejuk satu badanku tika ini. “Err… tak. Aku … aku nak minta
tolong….”
“Tolong apa?” cepat si dia
memintas.
Aku rasa tak berdaya nak
bercakap. Jantung bagai nak melantun keluar seperti paluan kompang. “Aku… nak
minta tolong. Ambil aku dekat mall. Hujan lebat.” Jawabku persis anak kecil
yang jujur.
Agak lama dia tidak
menjawab membuatkan hatiku dilanda keresahan melampau. Padaku mungkin dia
sedang sibuk dengan kerjanya. Dan dia malas hendak keluar apatah lagi waktu
seperti sekarang. Jalan raya penuh dengan kenderaan. Waktu balik kerja katakan.
Mungkin dia penat.
“Err tak apalah kalau kau
tak boleh tolong. Aku…”
“Tunggu kat situ. Kejap lagi
aku sampai.” Tup! Talian dimatikan.
Aku tercengang sambil
merenung telefon kesayangan dengan hati yang berteka teki. Entahkan dia
main-main atau betul-betul hendak membantu aku tidak pasti. Tak apa. Aku tunggu
dulu dalam masa 15 minit. Kalau dia tak muncul, aku akan cari teksi. Tak kiralah
hujan ke rebut ke yang penting aku nak balik! Tekadku.
Lima belas minit kemudian…
Aku berpeluk tubuh sambil
mata meliar memandang sekeliling. Orang ramai masih berteduh di kaki lima mall.
Ada yang hisap rokok, ada yang sedang makan aiskrim McD. Ada yang rancak
berbual. Ada yang sedang bergayut di telefon. Aku menggeleng kepala. Boleh dia
berbual dalam telefon sedangkan guruh dan petir berlawanan di dada langit saat
ini? Tak takut kena panah petir ke? Keluhan aku lepaskan. Sudah kuagak. Dia sengaja
hendak mempermainkan perasaan aku. Kaki terasa lenguh akibat berdiri lama. Beg tangan
aku kemaskan dibahu. Mahu tak mahu terpaksa aku gagahi diri mencari teksi di
waktu hujan lebat ini.
Baru saja melangkah setapak
ke depan, satu kereta berhenti di depan mata. Aku mengecilkan mata. Macam pernah
tengok kereta ni. Tapi dekat mana eh? Lama aku merenung kereta itu sehinggakan
pintu kereta pemandu dibuka. Terbuntang biji mata aku saat itu.
Seorang lelaki berkemeja
hitam lengan panjang serta berseluar hitam berjalan keluar dari kereta dengan
memegang sekaki payung dan berjalan menuju ke arah………aku! Dia berhenti
melangkah. Matanya merenung mataku sedalamnya sehinggakan aku tewas dan
tersungkur. Tidak sedar ramai memandang kami.
“Jom,” lenganku beralaskan
baju kurung yang sedikit basah akibat percikkan hujan tadi dipautnya lalu kami
berjalan dibawah sekaki payung menuju ke kereta Farhan. Terasa hangat tubuh
saat kami berdekatan. Bau minyak wangi Farhan menusuk ke dalam lubang hidung
hinggakan aku tak boleh bernafas dengan teratur.
Farhan membuka pintu untuk
aku. Aku cepat-cepat membolos masuk dan terus memakai seatbelt. Farhan juga
membolos masuk dibahagian pemandu. Payung diletakkan di seat belakang. Saat itu
mukanya berada dekat dengan muka aku membuatkan wajahku sedikit berbahang. Masih
lagi dalam keadaan speechless. Sangkanya dia hanya main-mainkan aku seperti
minggu lalu.
Signal kiri diberikan dan
kereta meluncur laju membelah lebuhraya. Kami berdua diam di dalam kereta
seperti orang bisu. Hanya juruhebah saja yang berceloteh entah apa-apa. Lagu entah
apa-apa turut dimainkan. Sejuk badan hingga ke tulang sumsum apabila aircond
diletakkan pada suhu yang tinggi. Aku memeluk tubuh bagi menghangatkan tubuh. Mamat
ni tak sejuk ke? Kulit tebal sangat ke?
Pandangan diarah ke luar
tingkap. Saat itu aku terasa lain. Aku membetulkan duduk dan memandang ke arah
jalan yang dilalui. “Eh, ni bukan jalan ke rumah sewa.” Kataku memecahkan
suasana.
Farhan mengerling sekilas
sebelum menumpukan pemanduan. “Siapa kata aku nak hantar kau ke rumah sewa?”
balasnya agak sarkastik.
Aku mula ketakutan. Dia nak
bawa aku ke mana ni? “Kau nak bawa aku pergi mana ni, Farhan?” marahku tak
dapat dikawal lagi. Saat itu aku rasa dunia seakan gelap. Terbayang akan apa
yang berlaku di dalam kaca televisyen apabila berdua-duaan bersama lelaki bukan
muhrim biarpun dia tunang sendiri! Aku menjauhkan jarak darinya lalu menghimpit
ke pintu. Bila-bila masa saja aku keluar kalau dia cuba nak apa-apakan aku!
Farhan tersenyum nipis. Dia
dapat mengagak apa yang difikirkan Humairah. “Aku nak bawa kau ke rumah mama. Mama
ada buat makan-makan. Kalau aku nak buat macam yang kau fikir, dah lama aku
buat. Tepi jalan pun boleh.” Sinis bicaranya.
Aku menelan liur. Gigi diketap.
Marahku seperti lava gunung berapi! Tunggu nak meletus je!
“Aku tahu halal haram. Lagipun
aku memang nak ke rumah mama sebab aku dah janji dengan mama. Mama pun asyik tanya
bila kau nak datang rumah. Bingit telinga aku tau tak.”
“Jawab aje la aku kerja.” Pantas
aku menjawab acuh tak acuh. Padahal terbit rasa bersalah kerana tidak bertanya
khabar pada wanita itu.
“Kau nak ajar aku menipu
mama ke?” perli Farhan pada gadis yang kemerahan pipi itu. Aku terkedu. Buah kepala
hempap kepala! Penyek…
“Isk! Kau ni tak reti
pasang aircond slow-slow ke? Kulit beruang kutub eh tahan sejuk?” ujarku
mengubah topik. Tampak lelaki itu tersenyum sinis seakan menyindir aku.
“Cakap ajelah nak ubah
tajuk.” Katanya seraya memperlahankan suhu sejuk kereta.
Aku tidak membalas. Sebaliknya
berpeluk tubuh. Namun saat itu kesejukan masih terasa. Beberapa kali aku
menggeselkan tapak tangan biar bahang walaupun seketika. Hujan masih belum reda
namun tidak selebat tadi. Aku mula tak selesa.
Farhan yang perasan akan
hal itu terus mencapai kot di kerusi belakang lalu disuakan pada gadis disebelahnya.
Aku tersentak.
“Pakai kot aku ni. Nanti demam
susah pulak.” Ujarnya lagi.
Aku tergamam sebelum
mengambil kot itu lalu disarung ke tubuh. Kot yang agak besar untuk aku
sehinggakan jemariku tidak kelihatan. Comel je…Baju kot itu juga berbau harum. Bau
minyak wangi yang biasa dipakai Farhan sejak dari sekolah menengah lagi. Bau kegemaran
aku! Hihi…
Dan entah bila aku terlena
aku tidak pasti. Yang pastinya aku terlena dalam ‘pelukan’ kot Farhan…
p/s : assalamualaikum .. haa ni entri suka-suka untuk mereka yang merindui farhan dan humairah... sekali lagi miss jelaskan, entri suka-suka hanyalah sekadar coretan suka-suka yang miss taip.. kalau miss nak taip depa kahwin ka, depa masih sekolah ka, depa putus tunang ka, depa sambung balik tunang ka, sukahatilah kan? haha :p (kepala tgh tak betul sebab stress!) dan kalau miss rasa nak masukkan entri suka-suka sebagai salah satu dalam bab kpvst, miss akan minta cadangan u all's okay?
so, this entry hanya suka-suka sahaja dari miss memandangkan otak miss sekarang macam nak gila + hujan lebat ni. fuhhhh sure best tido. sekian... :)
masukkan je la yg ni dalam nvel tuu.. huuuu... syiok2~
ReplyDeleteyup yip yop .. masuk je lahh .. macam sweet je macam sweet je .. hahahaa
ReplyDeleteMISS BILA NAK SAMBUNG RINDU LAH DENGAN MEREKA BERDUA.
ReplyDeleteHmm..betul ITU..bila nak sambung
ReplyDelete