Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Saturday, 16 November 2013

Entri Suka-Suka 3

SEBAIK sahaja keluar dari mall, aku tercengang. Kaki bagai terpaku dari bergerak walau selangkah mara kedepan.

“Alamak! Hujanlah pulak.” Desisku. Hujan selebat-lebatnya hingga air naik sampai ke paras longkang. Penuh diluar mall dengan orang ramai yang berteduh di bawah bumbung besar itu. Semuanya pakat hendak ke kereta atau menunggu saudara ambil. Aku terpinga-pinga sendirian.

“Macam mana nak balik ni?” keluhku sendiri.

Tulah, tadi Aisyah ajak tumpang tak mau. Nak balik naik teksi. Konon tak nak menyusahkan. Rupa-rupanya kawan itu sudah tahu apa yang berlaku di luar mall. Guruh berdentum membuatkan badanku terhinjut terkejut. Hujan semakin turun dengan lebat. Seakan tiada tanda hendak berhenti. Inilah susahnya kalau tak ada kereta. Entah bilalah nak merasa naik kereta sendiri. Duit macam-macam nak digunakan. Kerja pun baru dua bulan. Itupun sementara dan aku masih belum memberi kata putus untuk bekerja di Puncak Putra walaupun banyak kali ditanya oleh Papa Umar. Sebolehnya aku ingin mengelakkan diri dari bekerja di mana-mana cawangan syarikat Papa Umar.

Aku bagai nak gila perah idea. Nak pergi bus stop macam mana kalau dah hujan turun macam sekarang? Setakat renyai-renyai aku tidak kisah lagi. Ini lebat! Jalan raya juga menjadi sesak. Seakan hendak banjir saja. Hatiku dilanda gelisah. Tangan sedari tadi asyik genggam dan terbuka bersilih ganti. Terjenguk-jenguk kepala mencari kelibat teksi namun dengan jalan raya yang sesak seperti ini mana mungkin teksi nak berhenti.

Telefon bimbit aku keluarkan dari kocek baju kurung. Berfikir sejenak. Telefon itu kupandang lama. Tenung macam nak tembus! Akhirnya kata putus dibuat. Bersama keluhan aku mendail satu nombor yang sentiasa kemas diingatan.

Tut… tut…

“Hello?” satu suara menjawab.

“Err.. hello assalamualaikum.” Balasku tergagap-gagap.

“Waalaikumussalam. Hmm nak apa?” soal orang disana dengan suara dingin.

Aku memejam mata. Cuba mengumpul kekuatan. Nafas ditarik perlahan. “Err kau busy tak sekarang?”

“Kenapa?”

Air liur bagai tersekat dicelah kerongkong. Sejuk satu badanku tika ini. “Err… tak. Aku … aku nak minta tolong….”

“Tolong apa?” cepat si dia memintas.

Aku rasa tak berdaya nak bercakap. Jantung bagai nak melantun keluar seperti paluan kompang. “Aku… nak minta tolong. Ambil aku dekat mall. Hujan lebat.” Jawabku persis anak kecil yang jujur.

Agak lama dia tidak menjawab membuatkan hatiku dilanda keresahan melampau. Padaku mungkin dia sedang sibuk dengan kerjanya. Dan dia malas hendak keluar apatah lagi waktu seperti sekarang. Jalan raya penuh dengan kenderaan. Waktu balik kerja katakan. Mungkin dia penat.

“Err tak apalah kalau kau tak boleh tolong. Aku…”

“Tunggu kat situ. Kejap lagi aku sampai.” Tup! Talian dimatikan.

Aku tercengang sambil merenung telefon kesayangan dengan hati yang berteka teki. Entahkan dia main-main atau betul-betul hendak membantu aku tidak pasti. Tak apa. Aku tunggu dulu dalam masa 15 minit. Kalau dia tak muncul, aku akan cari teksi. Tak kiralah hujan ke rebut ke yang penting aku nak balik! Tekadku.

Lima belas minit kemudian…

Aku berpeluk tubuh sambil mata meliar memandang sekeliling. Orang ramai masih berteduh di kaki lima mall. Ada yang hisap rokok, ada yang sedang makan aiskrim McD. Ada yang rancak berbual. Ada yang sedang bergayut di telefon. Aku menggeleng kepala. Boleh dia berbual dalam telefon sedangkan guruh dan petir berlawanan di dada langit saat ini? Tak takut kena panah petir ke? Keluhan aku lepaskan. Sudah kuagak. Dia sengaja hendak mempermainkan perasaan aku. Kaki terasa lenguh akibat berdiri lama. Beg tangan aku kemaskan dibahu. Mahu tak mahu terpaksa aku gagahi diri mencari teksi di waktu hujan lebat ini.

Baru saja melangkah setapak ke depan, satu kereta berhenti di depan mata. Aku mengecilkan mata. Macam pernah tengok kereta ni. Tapi dekat mana eh? Lama aku merenung kereta itu sehinggakan pintu kereta pemandu dibuka. Terbuntang biji mata aku saat itu.

Seorang lelaki berkemeja hitam lengan panjang serta berseluar hitam berjalan keluar dari kereta dengan memegang sekaki payung dan berjalan menuju ke arah………aku! Dia berhenti melangkah. Matanya merenung mataku sedalamnya sehinggakan aku tewas dan tersungkur. Tidak sedar ramai memandang kami.

“Jom,” lenganku beralaskan baju kurung yang sedikit basah akibat percikkan hujan tadi dipautnya lalu kami berjalan dibawah sekaki payung menuju ke kereta Farhan. Terasa hangat tubuh saat kami berdekatan. Bau minyak wangi Farhan menusuk ke dalam lubang hidung hinggakan aku tak boleh bernafas dengan teratur.

Farhan membuka pintu untuk aku. Aku cepat-cepat membolos masuk dan terus memakai seatbelt. Farhan juga membolos masuk dibahagian pemandu. Payung diletakkan di seat belakang. Saat itu mukanya berada dekat dengan muka aku membuatkan wajahku sedikit berbahang. Masih lagi dalam keadaan speechless. Sangkanya dia hanya main-mainkan aku seperti minggu lalu.

Signal kiri diberikan dan kereta meluncur laju membelah lebuhraya. Kami berdua diam di dalam kereta seperti orang bisu. Hanya juruhebah saja yang berceloteh entah apa-apa. Lagu entah apa-apa turut dimainkan. Sejuk badan hingga ke tulang sumsum apabila aircond diletakkan pada suhu yang tinggi. Aku memeluk tubuh bagi menghangatkan tubuh. Mamat ni tak sejuk ke? Kulit tebal sangat ke?

Pandangan diarah ke luar tingkap. Saat itu aku terasa lain. Aku membetulkan duduk dan memandang ke arah jalan yang dilalui. “Eh, ni bukan jalan ke rumah sewa.” Kataku memecahkan suasana.

Farhan mengerling sekilas sebelum menumpukan pemanduan. “Siapa kata aku nak hantar kau ke rumah sewa?” balasnya agak sarkastik.

Aku mula ketakutan. Dia nak bawa aku ke mana ni? “Kau nak bawa aku pergi mana ni, Farhan?” marahku tak dapat dikawal lagi. Saat itu aku rasa dunia seakan gelap. Terbayang akan apa yang berlaku di dalam kaca televisyen apabila berdua-duaan bersama lelaki bukan muhrim biarpun dia tunang sendiri! Aku menjauhkan jarak darinya lalu menghimpit ke pintu. Bila-bila masa saja aku keluar kalau dia cuba nak apa-apakan aku!

Farhan tersenyum nipis. Dia dapat mengagak apa yang difikirkan Humairah. “Aku nak bawa kau ke rumah mama. Mama ada buat makan-makan. Kalau aku nak buat macam yang kau fikir, dah lama aku buat. Tepi jalan pun boleh.” Sinis bicaranya.

Aku menelan liur. Gigi diketap. Marahku seperti lava gunung berapi! Tunggu nak meletus je!

“Aku tahu halal haram. Lagipun aku memang nak ke rumah mama sebab aku dah janji dengan mama. Mama pun asyik tanya bila kau nak datang rumah. Bingit telinga aku tau tak.”

“Jawab aje la aku kerja.” Pantas aku menjawab acuh tak acuh. Padahal terbit rasa bersalah kerana tidak bertanya khabar pada wanita itu.

“Kau nak ajar aku menipu mama ke?” perli Farhan pada gadis yang kemerahan pipi itu. Aku terkedu. Buah kepala hempap kepala! Penyek…

“Isk! Kau ni tak reti pasang aircond slow-slow ke? Kulit beruang kutub eh tahan sejuk?” ujarku mengubah topik. Tampak lelaki itu tersenyum sinis seakan menyindir aku.

“Cakap ajelah nak ubah tajuk.” Katanya seraya memperlahankan suhu sejuk kereta.

Aku tidak membalas. Sebaliknya berpeluk tubuh. Namun saat itu kesejukan masih terasa. Beberapa kali aku menggeselkan tapak tangan biar bahang walaupun seketika. Hujan masih belum reda namun tidak selebat tadi. Aku mula tak selesa.

Farhan yang perasan akan hal itu terus mencapai kot di kerusi belakang lalu disuakan pada gadis disebelahnya. Aku tersentak.

“Pakai kot aku ni. Nanti demam susah pulak.” Ujarnya lagi.

Aku tergamam sebelum mengambil kot itu lalu disarung ke tubuh. Kot yang agak besar untuk aku sehinggakan jemariku tidak kelihatan. Comel je…Baju kot itu juga berbau harum. Bau minyak wangi yang biasa dipakai Farhan sejak dari sekolah menengah lagi. Bau kegemaran aku! Hihi…


Dan entah bila aku terlena aku tidak pasti. Yang pastinya aku terlena dalam ‘pelukan’ kot Farhan…





p/s : assalamualaikum .. haa ni entri suka-suka untuk mereka yang merindui farhan dan humairah... sekali lagi miss jelaskan, entri suka-suka hanyalah sekadar coretan suka-suka yang miss taip.. kalau miss nak taip depa kahwin ka, depa masih sekolah ka, depa putus tunang ka, depa sambung balik tunang ka, sukahatilah kan? haha :p (kepala tgh tak betul sebab stress!) dan kalau miss rasa nak masukkan entri suka-suka sebagai salah satu dalam bab kpvst, miss akan minta cadangan u all's okay? 

so, this entry hanya suka-suka sahaja dari miss memandangkan otak miss sekarang macam nak gila + hujan lebat ni. fuhhhh sure best tido. sekian... :)

4 comments:

  1. masukkan je la yg ni dalam nvel tuu.. huuuu... syiok2~

    ReplyDelete
  2. yup yip yop .. masuk je lahh .. macam sweet je macam sweet je .. hahahaa

    ReplyDelete
  3. MISS BILA NAK SAMBUNG RINDU LAH DENGAN MEREKA BERDUA.

    ReplyDelete
  4. Hmm..betul ITU..bila nak sambung

    ReplyDelete