Teaser bab 54
Scene 1
Scene 1
Sewaktu
berjalan menuruni tangga, ada pula budak perdagangan naik tangga. Terpaksalah
kami berhimpitan. Kesesakan lalu lintas berlaku. Pada waktu itu, budak lelaki
yang tak kukenali sengaja melanggar tubuhnya, mengambil kesempatan terhadap
wanita. Sengaja bergesel! Isk, aku lempang juga dia ni kang! Dahlah ketiak
busuk, ada hati nak bergesel dengan orang wangi. Boleh pulak dia sengih-sengih
bila aku jeling tajam. Hello brother, lu apehal? Nak cari gaduh sama wa?
Tiba-tiba
mereka menundukkan kepala dan kesesakan kembali teratur. Erk? Apesal dia orang
ni? Tiba-tiba, “Farhan…” tegur budak lelaki yang gatal merenyam dengan aku tadi.
Errrr….
Tolong jangan beritahu yang mamat tu ada dekat belakang aku.
“Hmm.”
Jawapannya……. memang dia dekat belakang aku! Betul-betul belakang aku wei!
Entah kenapa aku boleh terpelecok pulak dekat tangga ni. Satu pautan pada
lengan beralaskan baju kurung membuatkan tubuh aku kembali seimbang semula.
Fuhh! Mujur je tak tersembam.
“Careful.”
Bisiknya. Pegangan dilepaskan. Ouh jantung, please jangan gugur. Aku teramat
perlukan kau untuk terus hidup! Oksigen please…
Scene 2
“Calit
dekat pergelangan tangan dan leher kamu. Kemudian kamu pergi berjumpa dengan
lelaki yang kamu minat dan kamu calit ditangannya. Ingat, jangan sampai dia
nampak ketika kamu melakukan calitan. Sesudah itu dia akan bau sesuatu. Bau itu
pada mulanya busuk akan tetapi lama kelamaan bau itu bertukar menjadi wangi
seperti bunga mawar. Pasti dia akan terigau-igaukan kamu tak sampai tiga hari.”
Dia
kemudian keluar dari tandas selepas menutup semula botol tersebut. Langkahnya
bersahaja. Apabila tiba di tangga, dia secara tak sengaja terlanggar seorang
lelaki yang kebetulan naik di laluan yang sama. Ammy spontan memegang
lengan pemuda itu untuk menyelamatkan dirinya daripada tergolek akan
tetapi dia dilepaskan begitu mudah. Ammy terjatuh seperti nangka busuk.
“Auch!”
mengaduh Ammy kesakitan. Buku lalinya terasa sakit dan berdenyut-denyut. Tak
guna punya jantan! Suka-suka kau je lepaskan aku?
“Hey,
berani you lepaskan I! Tak guna you, Eriq! Jalan guna mata, bukan guna hidung!”
jerit Ammy menutup malu apabila melihat Tengku Hadzriq hanya memandang dengan
kening ternaik sebelah. Lelaki itu sungguh selamba dan sengaja! Bikin panas aje
hati ini.
“You
yang langgar I, you nak salahkan I pulak? Bagusnya… lagi satu, you ingat I ni tiang
ke nak paut-paut bagai huh?” sindir Tengku Hadzriq dua das.
Ammy
bengang. Dia memaut pemegang tangga agar dapat berdiri tegak. Wajah Tengku
Hadzriq yang berpeluk tubuh selamba dono itu ditenung tajam. “I benci you! Go
to hell!” jerkah Ammy lagi kemudian dengan perlahan menuruni tangga
meninggalkan lelaki itu yang masih tersenyum.
“Go
to hell? Emm Ammy… Ammy… you belum tengok lagi permainan I macam mana. Janji
nak bergabung tapi you rancang tanpa pengetahuan I. Wait and see my games,
baby… Siapa yang patut go to hell sebenarnya.” Tengku Hadzriq tersenyum sinis.
Hidungnya dicuit sebelum kembali melangkah menuju ke destinasi yang dituju. Ammy
akan dikenakan oleh Eriq and the gang kerana melanggar perjanjian. Jangan
main-main dengan lelaki bernama Tengku Hadzriq. Kerana sebuah janji, dia akan
kotakan walau tergadai nyawa!
p/s : teaser lagi . lepas ni miss up dlm 3 teaser sahaja then miss stop . nk habiskan cepat lepas tu nak pi honeymoon ;)
kejabkejab . tengku hadzriq yang kene calit kan . bukan ny farhan . kankan . and farhan saje belakon mcm die yg kene calit sbb hadzriq da bgi taw die . kankan .
ReplyDelete