Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Sunday, 10 November 2013

Ketua Pengawas VS Tunang Bab 53

BAB53

DORM Cekal dituju. Tanpa mengetuk pintu, dia terus melangkah masuk. Beri salam pun tidak. Wajah seorang pemuda dicari. Tiada! Dia pusing sekeliling. Pun tak ada juga. Kemana la ketua pengawasnya pergi ni?

“Bro, assalamualaikum.” Sindir Aizat padanya. Sedari tadi dia perhatikan pelajar itu masuk tanpa memberi salam. Tak nampak ke ada manusia lain dalam dorm ni? Aizat punyalah relax dekat atas katil tu dia boleh tak nampak? Isk isk isk!

Pelajar itu tersengih malu seraya menggaru kepala.

“Sorry, Zat. Han mana?”

“Han pi jumpa warden jap dengan Izuan. Ada apa kau cari dia?” soal Aizat apabila melihat rakannya itu menggaru-garu kepala. Seperti banyak kutu di kepalanya. Tak pernah syampu rambut ke kawan? Gelisah semacam je hamba menengoknya.

“Oh. Aku ada hal sikit nak bincang dengan dia.” Tuturnya perlahan. Aizat angguk. “Kau tunggu la kejap. Farhan tak lama lagi naiklah tu.”

Tidak sampai lima saat Aizat berkata, terjengul muka yang dicari bersama rakan karibnya seperti kebiasaan.

“Aik, Zul? Kau buat apa dekat sini?” tegur Izuan mesra. Rizulfikri, rakan sebaya mereka tetapi memilih untuk duduk di kelas muzik kerana minatnya begitu mendalam pada alatan muzik itu. Daripada Zul dia merisik mengenai Luqman Harez yang menjadi pesaing hebat Farhan selain Eriq. Bukan ke Luqman Harez tu sekelas dengannya? Selepas apa yang terjadi di kem perkhemahan, dia mula menyelidik tentang pelajar ala-ala Chinese itu. Farhan tidak tahu menahu langsung! Itu rahsia antara Izuan dan Rizulfikri.

“Aku ada hal sikit. Tu yang nak jumpa Farhan.” Kata Zul sambil mata menarah pada wajah Farhan yang sedang menjongket kening sebelah.

“Hal apa?”





WARGHHHHH!!!” Iman cepat-cepat menutup mulutnya dari terlopong besar akibat menguap. Sungguhlah dia mengantuk. Apa taknya. Study dalam dorm, lagu tak buka, sunyi sepi macam orang tengah berkabung.

“Iman, berapa kali aku pesan. Kalau rasa nak menguap tutup mulut cepat-cepat nanti iblis berlumba-lumba masuk.” Acapkali diulang nasihat itu namun bagai mencurah air ke daun keladi. Langsung tidak mahu didengar Iman.

Aisyah hanya mampu menggeleng kepala.

“Aku dah tutup apa tadi?” balas Iman.

Suasana sepi kembali. Iman menarik nafas. Lawan mengantuk, Iman! Periksa nak dekat. Ganbatte! Matanya dibesarkan semula lalu merenung kosa kata yang ada pada buku berwarna kuning cair itu. Lama kelamaan matanya mengecil dan terus mengecil. Sorry buku, aku give up habis… Iman terlena diatas katil.

“Astaghfirullahalazim…”

Semua mata menala ke arah Wana. Gadis itu mencengkak pinggang. Riak marah tertonjol pada mukanya.

“Orang tengah sedap study dia boleh buka kilang tahi mata?”  D tertahan-tahan tawa dari meletus. Apa taknya, Iman tidur sampai berdengkur kuat. Penat sangat ler tu. Entah apa yang dia buat pun D tak tahu. Sama aje macam Humairah dekat dalam kelas.

“Eh Mai mana?” baru dia teringat akan salah seorang sahabatnya itu. Dari tadi tak kelihatan.

“Dia pergi tandas kejap.” Jawab Wana tanpa menoleh.

“Aik, takkan lama sangat dia pergi? Cirit apa?” D pelik.

“Dia pergi melunaskan hajat yang lama terpendam la tu.” Seloroh Aisyah. Meledak tawa dalam dorm Angsana itu.

Bunyi orang berlari membuatkan Wana dan Aisyah menoleh ke tingkap. Kelihatan Jaja sedang menuju ke pintu dorm mereka. Termengah-mengah gadis itu di muka pintu dengan peluh menitis di dahi. Patutlah rasa bergegar semacam. Rupanya budak montel ini. Hehehe...

“Dah kenapa kau, Ja? Bulan-bulan puasa pun main lari-sembunyi ke?” soal Wana bersahaja. Penghuni dorm Angsana tergelak sekali lagi mendengar usikan Wana.

Jaja tidak menjawab sebaliknya dia meluruskan jari telunjuk ke satu tempat. “Mai… Mai….” Susah untuk dia menyebut kerana nafasnya masih tidak teratur.

“Kenapa dengan Mai?” laju mulutnya bertanya. Wana tak sedap hati. Seakan terjadi sesuatu yang buruk kepada sahabat baiknya itu.

Jaja menelan liur kesat.  Dia tarik nafas panjang. “Mai pengsan dekat tandas.”

“Apa?!!” Aisyah, D dan Wana bingkas berdiri.



Maira didapati sedar di bilik rawatan...

PERLAHAN-lahan mata dibuka. Terkelip-kelip mata memandang ke atas. Putih! Eh, aku dekat mana ni? Bau pun semacam aje. Hidungku cuba mengenal pasti bau itu. Datangnya dari belah kiri. Dengan perlahan aku menoleh.

Stoking??????

DPantas aku menutup hidung dengan dua jari. Puhhhh!!! Patutlah bau semacam! Stoking sape pulak kat sebelah aku ni? Dah berapa hari tak basuh ni? Aku bangkit sedikit. Iman?? Terlihat Iman sedang lena terlentok di kerusi dengan mulut ternganga. Kedua belah kakinya diletak di hujung katil. Penat sangatlah konon...

“Iman!!!!”

Terkejut Iman dibuatnya sampai kerusi terbalik ke belakang akibat terperanjat. “Adoi!”

Aku pulak yang terlopong. “Iman!” cemas aku seketika. “Kau okey tak?” karang ada pulak yang jadi peneman aku dekat sebelah katil nanti.

“Adoi! Sakitnya…” Iman bangun sambil menggosok kepala dan buntutnya yang sengal akibat kejutan tak disangka itu. “Kau ni teruklah, Mai.” Rungutnya tak puas hati.

“Sorry.” Pohonku sayu. “Sakit sangat ke?” rasa bersalah melilit tangkai hati. Kesian pulak aku tengok dia ni. Terkejip-kejip mata menekan belakang kepala. Benjol ke?

“Orang gila je kata tak sakit.” Perli Iman. Aku memohon maaf sekali lagi.

“Kau kenapa kejut aku macam tu?” soal Iman pura-pura marah. Aku terus menunjukkan ‘benda’ yang menghantui hidup aku selama aku terbaring di katil ini. Iman menurut pandang. Kemudian dia tersengih-sengih. Stoking itu dijauhkan daripadaku.

“Sorry, Mai.”

“Dah berapa lama kau tak cuci?”

Iman garu kepala. “Err… dua minggu cenggitu.” Aku terbeliak biji mata. Dua minggu??? Aku setiap hari bertukar. Tak kisah cuci banyak kali pun asalkan bersih dan tak berbau. Hish budak Iman ni! Tak lemas ke pakai stoking yang berbau macam tu?

“Hehehe…” dia sengih aje.

Pintu bilik terkuak dari luar. Figura Cikgu Namisah dipandang. “Humairah, dah bangun?”

“Sudah, cikgu.” Serentak kami menjawab.

“Hah Iman, awak boleh siap-siap. Lepas mandi terus pergi dewan makan. Saya tunggu di sana. Sharp 7 p.m.! Humairah biar saya yang jaga.” Suruh Cikgu Namisah. Iman mengangguk. “Aku pergi dulu. Bye…” Iman terus mengorak langkah pergi. Telefon bimbit yang tadinya mati kini dihidupkan semula. Dia menghantar mesej pada semua kawan Humairah dengan mengatakan Humairah sudah sedar.

Cikgu Namisah menutup pintu. Dia mengambil tempat duduk di kerusi yang baru ditinggalkan Iman. Wajahku ditatap. “Macam mana keadaan awak sekarang? Feeling better?”

Aku angguk perlahan. “Alhamdulillah, cikgu.”

“Macam mana awak boleh pengsan?” terus sahaja guru wanita itu menyoal.

Aku garu pipi. “Entahlah, cikgu. Saya sendiri pun tak tahu.” aku cuba selindungkan kenyataan.

“Cuba awak ceritakan kepada saya hal sebenar, Humairah.” Guru itu seperti menghidu sesuatu.

Aku telan liur. Err… kena ke? Nampak muka Cikgu Namisah yang serius bermakna memang betullah kena terangkan.“Err… sebenarnya masa saya pergi toilet aspuri tu, pencuci muka saya terjatuh. Lepas tu saya tunduklah nak ambil. Dan masa tu jugalah saya rasa ada orang ketuk kepala saya melalui bayang-bayang yang saya nampak sekali imbas. Dan saya terus tak sedarkan diri.” Akhirnya aku meluahkan apa yang terbuku dihati.

Cikgu Namisah mengeluh. “Saya rasa ini motif dendam. Sampai tahap mahu mangsa tidak sedarkan diri. Awak ada memusuhi sesiapa ke dalam sekolah ini? Atau awak pernah dengkikan sesiapa sampai dia balas dendam sebegini?” bertubi-tubi soalan diajukan kepadaku membuatkan aku bertambah debar.

“Err tak tahu, cikgu. Lagipun saya pelajar baru tahun ini. Tapi saya tak pernah kenakan sesiapa. Saya berkawan baik dengan semua orang. Saya cuma rapat dengan Wana, Iman, D dan Aisyah sahaja. Beberapa pelajar aspuri yang lain pun saya berkawan seperti biasa. Saya tak rasa saya ada musuh.” Tapi orang yang dengkikan saya adalah. Ammylea dan Diva Babe! Sambungku dalam hati. Tak mungkin aku akan memburukkan mereka tanpa bukti yang sahih lagi benar.

“Itu yang saya musykil. Tapi sekarang berbeza. Bahaya, Humairah. Dulu kes tudung awak hilang. Selepas itu peristiwa dekat kem. Dan sekarang kes pengsan. Saya tak sedap hati. Terasa macam ada orang nak kenakan awak. Kita buat laporan polis, ya?”

Cepat-cepat aku menggeleng. “Tak perlu, cikgu. Lagipun kita tak tahu siapa yang menjadi dalang. Saya rasa tak payahlah kita panjangkan kes ini. Biarlah hanya saya dan cikgu saja yang tahu. Please, cikgu.” Pintaku. Aku tidak mahu kisah ini dipanjang-panjangkan. Takut akan merunsingkan hati mama, abah dan opah serta adik beradikku.

Cikgu Namisah menggeleng lemah. “Tak boleh, Humairah. Ini dikira sebagai ugutan. Sekarang dia pukul kepala awak sampai pengsan. Mana tahu esok lusa dia gunakan alatan tajam seperti pisau dan sebagainya. Hendak dibunuhnya awak pulak nanti. Bagaimana?” Tertelan air liur aku mendengar butir bicara guru Bahasa Melayu itu. Ya jugak. Ada benar kata guru di hadapannya ini. Mana tahu satu hari nanti dia akan bunuh aku pulak? Nauzubillahminzalik. Aku mengucap panjang.

“Kita tunggu dalam masa terdekat ini, cikgu. Kalau orang tu masih nak kenakan saya, baru kita adukan pada polis. Boleh, cikgu?” rayuku bersungguh-sungguh. 



Cikgu Namisah hanya merenung membuatkan aku tak sedap hati. Keluhan berat dilepaskan lalu dia mengangguk. Aku tersenyum hambar.




TELEFON dimatikan. Nafas ditarik lalu dilepaskan. “How is she?”

“Dah sedar.” Jawab Hakim.

Bebudak aspura tak keruan apabila diberitahu pujaan hati Khairul, Iman bahawa Humairah pengsan dalam tandas aspuri. Tak senang mereka hendak melakukan kerja. Sekarang gadis itu direhatkan di katil.

“Macam mana dia boleh pengsan? Takkan sebab puasa kot?” Putera menggaru kepala.

“Stress sangat kot. Kan ke SPM dah nak dekat sekarang ni.” Hakim menyedapkan hati.

“Mungkin dia tak sihat ke agaknya. Sape tahu? Antibodi lemah. Dalam kelas aku perhatikan dia banyak tidur. Mungkin demam agaknya.”Putera mengulas sendiri.

“Aku berdoa dia tak apa-apa. Aku tak mau tengok dia masuk wad lagi. Cukuplah tengok dia tak sedarkan diri masa kes dekat kem dulu.” Ingatan Khairul terimbau akan peristiwa pahit yang sukar ditelan. Dia teramat pasti gadis itu tak mungkin melupakan kejadian tersebut. Dan yang pasti juga partner Humairah iaitu Farhan turut merasai.

“Yang aku risau sekarang ni perlu ke kita bagitahu benda ni dekat Farhan?”

Mereka merenung Syafiq yang sedari tadi mendiamkan diri. Soalan itu merunsingkan minda.

“Aku rasa lebih baik…”

“Bagitahu apa?” satu suara menyampuk dari luar dorm. Terperanjat jejaka berempat itu dibuatnya. Susuk tubuh Izuan yang sedang bersandar di pintu papan direnung atas bawah.

“Bila masa kau ada dekat sini?” tanya Hakim ternganga.

“Dah sebulan aku dekat sini. Korang je yang tak sedar.” sindir Izuan. Hakim sengih malu.

“Aku dengar korang sebut nama Han tadi. Wanna share with me?” Izuan menyoal seraya memeluk tubuh. Serius wajahnya tika itu. Hinggakan adik junior yang lalu lalang di dorm itu menundukkan muka. Seriau!

Empat jejaka itu menelan liur buat kesekian kalinya.





BUTANG send ditekan. Kemudian telefonnya dimatikan dan diletak disebelah. Muka diraup perlahan. Hanya keluhan nafas yang panjang bererti begitu berat masalah yang bakal dia hadapi.

“Bro,” tegur Izuan sambil menyendeng di almari pakaiannya. Farhan jongket kening.

“Macam mana?”

“Macam mana apa?” Farhan menyoal balik dengan nada malas.

“She’s fine?”

“Who’s she?” Farhan berpura-pura tidak menahu.

Izuan melepaskan keluhan. Main-main pulak! “Mai. Is she okay now?” Sengaja ditekan nama itu bagi menyedarkan hati batu Farhan.

Farhan angkat bahu. Entah. Manalah aku tahu. Perlu ke tanya? Dia menghantar bahasa isyarat. Izuan geram. “Bro, kan aku dah bagitahu kau pasal dia? Takkan kau tak mesej dia, tanya pasal diri dia dah okey belum?” Ouh God! Kenapalah aku ada sepupu yang ego macam ini? Dah suka tapi pura-pura. 

Farhan buat memek muka padahal dia nak tergelak melihat sepupunya itu seperti tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan. Apa salahnya main tarik tali kan? Biar bersimpul dan terbelit. Ingat dia tak tahu apa yang Izuan buat dibelakang dia. Heh!

“Tak kuasa aku nak busybody tanya dia macam-macam! Baik aku study. SPM semakin hampir.” Cepat Farhan mengubah topik. Buku Physics dicari bersama sehelai kertas kosong A4.

Rahang Izuan jatuh. Busybody? Tidakkah anda tahu wahai kawan bahawa itu bukan busybody tapi lebih kepada ambil berat TUNANG sendiri???? Mahu saja dia jerit ditelinga Farhan yang selamba buat tak tahu. Kalau Mai tunang dia, dah lama dia jaga baik-baik. Isk, kesitu pulak kau Iwan!

“Malas aku nak layan kau!” bengang Izuan. Farhan tersenyum nipis. Ayat give up Izuan sudah dia agak. “Thanks, dude. Kau sangat memahami aku.” Usik Farhan. Izuan buat muka jengkel. Isk!

“Farhan!” terdengar laungan Aizat di pintu dorm. Empat pasang mata menoleh. “Cikgu Samad nak jumpa.”

Farhan menepuk bahu Izuan sebelum meninggalkan dorm bersama Aizat. Kesempatan ini diambil Izuan untuk menyelidik telefon bimbit Farhan yang terletak elok di atas cadar hijau muda itu. Lahhh, ada password ke? Pandai kau eh, Han! Macam tahu-tahu je. Izuan mencuba nasib.

FarhanUmar. Rejected…

Izuan cuba lagi. Tengkufarhan. Rejected…

Kepala yang gatal digaru. Ish! Dah tu apa passwordnya? Semua salah! Takkan TimahJanda pulak! Izuan mengeluh lagi. Kalau tiga-tiga password salah, telefon ini akan termati dengan sendiri dan dari situ Farhan dapat tahu bahawa handsetnya diceroboh! Tiba-tiba saja satu nama terlintas difikiran. Kali ini Izuan cuba lagi. Harap-harap benar. Bismillah... Tangannya menyentuh skrin.

FarhanMaira. Accepted!

Terbeliak biji mata Izuan. Dia menggosok mata berkali-kali. Bait-bait ayat itu dibaca sekali lagi. Sungguh dia tak sangka. Ternganga dibuatnya.

Password FarhanMaira is accepted…Congratulations!

Izuan tersenyum nakal. Yes! Akhirnya… pandai kau simpan rahsia eh, Farhan… emm FarhanMaira… so sweet! Dia tersenyum lagi. Folder message dibuka. Senyumannya bertambah melebar apabila melihatkan mesej yang baru dihantar Farhan tadi. 



Malam menjelma...

KERETA Suzuki Swift kepunyaan Ammylea diberhentikan apabila tiba didestinasi yang dituju. Lampu kereta dimalapkan. “Betul ke rumah ni, Rini?” soal Ammylea ragu-ragu. Rumah papan itu kelihatan usang seperti tiada orang yang tinggal disitu. Takut pula Ammy hendak keluar. Sudahlah tiada lampu jalan. Penuh dengan hutan pula. Menggigil tubuhnya.

“Yup. Inilah rumah Pak Halim yang I ceritakan tu.” Jawab Rini yakin.

“You pergilah panggil Pak Halim tu dulu. Lepas tu baru I keluar.” Ujar Ammy melindungi ketakutan yang melanda.

Rini kerut dahi. “Isk, takkanlah I nak kena pergi sorang-sorang. You all ikutlah sekali.” Rini tak puas hati. Mana mungkin dia keluar seorang diri ditempat asing begini. Dia juga takut sebenarnya.

“Ad, you temankan Rini. Merlissa dengan I tunggu dekat sini.” Suruh Ammy. Dapat dilihat muka Adryana pucat mengalahkan nampak hantu. Merlissa melepaskan nafas lega. Untungnya dia dipilih sebagai peneman Ammy. Tak usahlah dia nak keluar mengikut Rini. Sudahlah nyamuk banyak!

“Tak maulah. I nak duduk dalam kereta dengan you.” Rayu Adryana.

“Isk, you janganlah takut sangat. Cuba jadi berani sikit! Kita nak jalankan misi tau tak? Dengar ajelah cakap I! Kalau you takut, I tinggalkan you dekat sini. You baliklah jalan kaki! Nak?” gertak Ammy keras.

Adryana menggeleng laju. Gila nak dia balik sorang jalan kaki! “Okeyyyyy…” pintu kereta dibuka dengan separuh tak rela. Kemudian dia membuntuti Rini. Salam diberikan beberapa kali sebelum pintu rumah dibuka. Satu lembaga keluar membuatkan Ammy dan Merlissa menggigil ketakutan. Mata ditutup dengan tangan.

Langkah Rini dan Adryana menghala ke kereta. Cermin tingkap bahagian pemandu diketuk Adryana. “Dia ada. Jomlah.” Ajak Adryana teruja. Terus hilang perasaan takutnya itu.


Ammy angguk. Dia dan Merlissa keluar dari kereta lalu masuk ke dalam rumah usang tersebut. Takut-takut dia memanjat tangga yang tampak keuzuran itu. Apabila masuk saja dalam rumah itu, dia dihidangkan dengan tengkorak manusia, lilin, limau nipis, telur, pisau dan kain alas berwarna hitam.

Satu saja perkataan paling tepat. Menyeramkan!

Kelihatan seorang lelaki tua beruban berpakaian serba hitam siap tengkolok di kepala dan kain berwarna kuning terikat kemas di pinggang ala-ala tali pinggang. Huh! Dah macam nak ajak bersilat pula.

“Apa hajat anak datang ke mari?” suara garau lelaki bergelar Pak Halim itu menambah debaran di dada anak gadis kota ini.

Rini menyenggol lengan Ammy yang terketar-ketar supaya menjawab pertanyaan lelaki sebaya datuknya itu. Ammy menelan liur sebelum bersuara. 

“Err… saya ada hajat, Pak Halim.” Dia kemudian membetulkan duduk. “Saya nak ubat pengasih dan ubat pemisah. Saya ada suka seorang lelaki ni. Nama dia Farhan. Tapi dia tak pernah pandang saya. Jadi saya nak minta jasa baik Pak Halim berikan saya minyak pengasih supaya lelaki tu tergila-gilakan saya.” Jelas Ammy mendapat kekuatan entah datang dari mana.

Pak Halim tiba-tiba ketawa menyeramkan suasana yang ada. Ammy spontan memeluk Adryana disebelah. Rini memeluk Merlissa sambil menutup mata. Seperti ternampak bayangan hantu saja.

“Kalau itu anak jangan risau. Pakcik boleh tunaikan permintaan anak. Tetapi, pengerasnya mestilah lebih. Jikalau mahukan yang terbaik, wangnya pun mesti terbaik.”

Ammy angguk laju. Dia faham sesangat apa yang dihajati lelaki itu. Laju saja tangan menyeluk wang saku dalam pursenya lalu dihulurkan pada Pak Halim. Not-not 100 itu dibelek sebelum tersenyum maut.

“Kalau begitu, kita akan mulai dari sekarang.” Pisau diambil sebelum dilalukan pada api. Bau kemenyan semerbak dalam rumah usang itu. Anak gadis kota tekun melihat. Satu per satu perlakuan Pak Halim diamati Ammy. Dalam hati dia bersorak hebat. Farhan hampir pasti dalam genggamannya.




p/s : okey ... here new entry for episode 53. wahhh speaking pulak mehhh... hehehe saje2...  mesti korg akan ckp yg Mai asyik pengsan je kan? hehehe... tahu dah :p

p/s : teaser kpvst ke 11 yg miss baru upkan beberapa hari lepas itu, miss taktau nk letak bab mana... tak siap edit lg... pnjg plak citernya... tggu jela eh mana yg miss masukkan nnt. hehehe.. dlm seminggu ni inshaaAllah... thanks for reading ^_^


p/s : miss tak retiiiiii dgn bomoh2 nih . serius! ni pun petik drpd tv. hehehe

5 comments:

  1. best . tapi kalo xletak en3 yg farhan kene bomoh uwh xbole ew ? seriau ar dgn ammy ni . mmg nekad gile kan smpai berbomoh bagai . mitakmitak farhan taw cepatcepat jdi mse die teaser 11 uwh die belakon je .

    ReplyDelete
  2. tak sabar nak bace bab yang seterusnya.. miss update la cepat2. tak sabar nak bace ni..

    ReplyDelete
  3. Bestnya cerita ini..pm bah kalau ada jual novel nie..okey..

    ReplyDelete
  4. Ni kalau mak bapak Diva beb tau diorang jumpa bomoh ni.. cane eh riaksi diorang..

    ReplyDelete