BAB53
DORM
Cekal dituju. Tanpa mengetuk pintu, dia terus melangkah masuk. Beri salam pun
tidak. Wajah seorang pemuda dicari. Tiada! Dia pusing sekeliling. Pun tak ada
juga. Kemana la ketua pengawasnya pergi ni?
“Bro,
assalamualaikum.” Sindir Aizat padanya. Sedari tadi dia perhatikan pelajar itu
masuk tanpa memberi salam. Tak nampak ke ada manusia lain dalam dorm ni? Aizat
punyalah relax dekat atas katil tu dia boleh tak nampak? Isk isk isk!
Pelajar
itu tersengih malu seraya menggaru kepala.
“Sorry,
Zat. Han mana?”
“Han
pi jumpa warden jap dengan Izuan. Ada apa kau cari dia?” soal Aizat apabila
melihat rakannya itu menggaru-garu kepala. Seperti banyak kutu di kepalanya.
Tak pernah syampu rambut ke kawan? Gelisah semacam je hamba menengoknya.
“Oh.
Aku ada hal sikit nak bincang dengan dia.” Tuturnya perlahan. Aizat angguk.
“Kau tunggu la kejap. Farhan tak lama lagi naiklah tu.”
Tidak
sampai lima saat Aizat berkata, terjengul muka yang dicari bersama rakan
karibnya seperti kebiasaan.
“Aik,
Zul? Kau buat apa dekat sini?” tegur Izuan mesra. Rizulfikri, rakan sebaya
mereka tetapi memilih untuk duduk di kelas muzik kerana minatnya begitu
mendalam pada alatan muzik itu. Daripada Zul dia merisik mengenai Luqman Harez
yang menjadi pesaing hebat Farhan selain Eriq. Bukan ke Luqman Harez tu sekelas
dengannya? Selepas apa yang terjadi di kem perkhemahan, dia mula menyelidik
tentang pelajar ala-ala Chinese itu. Farhan tidak tahu menahu langsung! Itu
rahsia antara Izuan dan Rizulfikri.
“Aku
ada hal sikit. Tu yang nak jumpa Farhan.” Kata Zul sambil mata menarah pada
wajah Farhan yang sedang menjongket kening sebelah.
“Hal
apa?”
“WARGHHHHH!!!”
Iman cepat-cepat menutup mulutnya dari terlopong besar akibat menguap.
Sungguhlah dia mengantuk. Apa taknya. Study dalam dorm, lagu tak buka, sunyi
sepi macam orang tengah berkabung.
“Iman, berapa kali aku pesan. Kalau rasa nak menguap tutup mulut cepat-cepat nanti
iblis berlumba-lumba masuk.” Acapkali diulang nasihat itu namun bagai mencurah
air ke daun keladi. Langsung tidak mahu didengar Iman.
Aisyah
hanya mampu menggeleng kepala.
“Aku
dah tutup apa tadi?” balas Iman.
Suasana
sepi kembali. Iman menarik nafas. Lawan mengantuk, Iman! Periksa nak dekat.
Ganbatte! Matanya dibesarkan semula lalu merenung kosa kata yang ada pada buku
berwarna kuning cair itu. Lama kelamaan matanya mengecil dan terus mengecil.
Sorry buku, aku give up habis… Iman terlena diatas katil.
“Astaghfirullahalazim…”
Semua
mata menala ke arah Wana. Gadis itu mencengkak pinggang. Riak marah tertonjol
pada mukanya.
“Orang
tengah sedap study dia boleh buka kilang tahi mata?” D tertahan-tahan tawa dari meletus. Apa
taknya, Iman tidur sampai berdengkur kuat. Penat sangat ler tu. Entah apa yang
dia buat pun D tak tahu. Sama aje macam Humairah dekat dalam kelas.
“Eh
Mai mana?” baru dia teringat akan salah seorang sahabatnya itu. Dari tadi tak
kelihatan.
“Dia
pergi tandas kejap.” Jawab Wana tanpa menoleh.
“Aik,
takkan lama sangat dia pergi? Cirit apa?” D pelik.
“Dia
pergi melunaskan hajat yang lama terpendam la tu.” Seloroh Aisyah. Meledak tawa
dalam dorm Angsana itu.
Bunyi
orang berlari membuatkan Wana dan Aisyah menoleh ke tingkap. Kelihatan Jaja
sedang menuju ke pintu dorm mereka. Termengah-mengah gadis itu di muka pintu
dengan peluh menitis di dahi. Patutlah rasa bergegar semacam. Rupanya budak montel ini. Hehehe...
“Dah
kenapa kau, Ja? Bulan-bulan puasa pun main lari-sembunyi ke?” soal Wana
bersahaja. Penghuni dorm Angsana tergelak sekali lagi mendengar usikan Wana.
Jaja
tidak menjawab sebaliknya dia meluruskan jari telunjuk ke satu tempat. “Mai… Mai….” Susah untuk dia menyebut kerana nafasnya masih tidak teratur.
“Kenapa
dengan Mai?” laju mulutnya bertanya. Wana tak sedap hati. Seakan terjadi
sesuatu yang buruk kepada sahabat baiknya itu.
Jaja
menelan liur kesat. Dia tarik nafas
panjang. “Mai pengsan dekat tandas.”
“Apa?!!”
Aisyah, D dan Wana bingkas berdiri.
Maira didapati sedar di bilik rawatan...
PERLAHAN-lahan mata dibuka. Terkelip-kelip mata memandang ke atas. Putih! Eh, aku dekat mana ni? Bau pun semacam aje. Hidungku cuba mengenal pasti bau itu. Datangnya dari belah kiri. Dengan perlahan aku menoleh.
Stoking??????
DPantas aku menutup hidung dengan dua jari. Puhhhh!!! Patutlah bau semacam! Stoking sape pulak kat sebelah aku ni? Dah berapa hari tak basuh ni? Aku bangkit sedikit. Iman?? Terlihat Iman sedang lena terlentok di kerusi dengan mulut ternganga. Kedua belah kakinya diletak di hujung katil. Penat sangatlah konon...
“Iman!!!!”
Terkejut Iman dibuatnya sampai kerusi terbalik ke belakang akibat terperanjat. “Adoi!”
Aku pulak yang terlopong. “Iman!” cemas aku seketika. “Kau okey tak?” karang ada pulak yang jadi peneman aku dekat sebelah katil nanti.
“Adoi! Sakitnya…” Iman bangun sambil menggosok kepala dan buntutnya yang sengal akibat kejutan tak disangka itu. “Kau ni teruklah, Mai.” Rungutnya tak puas hati.
“Sorry.” Pohonku sayu. “Sakit sangat ke?” rasa bersalah melilit tangkai hati. Kesian pulak aku tengok dia ni. Terkejip-kejip mata menekan belakang kepala. Benjol ke?
“Orang gila je kata tak sakit.” Perli Iman. Aku memohon maaf sekali lagi.
“Kau kenapa kejut aku macam tu?” soal Iman pura-pura marah. Aku terus menunjukkan ‘benda’ yang menghantui hidup aku selama aku terbaring di katil ini. Iman menurut pandang. Kemudian dia tersengih-sengih. Stoking itu dijauhkan daripadaku.
“Sorry, Mai.”
“Dah berapa lama kau tak cuci?”
Iman garu kepala. “Err… dua minggu cenggitu.” Aku terbeliak biji mata. Dua minggu??? Aku setiap hari bertukar. Tak kisah cuci banyak kali pun asalkan bersih dan tak berbau. Hish budak Iman ni! Tak lemas ke pakai stoking yang berbau macam tu?
“Hehehe…” dia sengih aje.
Pintu bilik terkuak dari luar. Figura Cikgu Namisah dipandang. “Humairah, dah bangun?”
“Sudah, cikgu.” Serentak kami menjawab.
“Hah Iman, awak boleh siap-siap. Lepas mandi terus pergi dewan makan. Saya tunggu di sana. Sharp 7 p.m.! Humairah biar saya yang jaga.” Suruh Cikgu Namisah. Iman mengangguk. “Aku pergi dulu. Bye…” Iman terus mengorak langkah pergi. Telefon bimbit yang tadinya mati kini dihidupkan semula. Dia menghantar mesej pada semua kawan Humairah dengan mengatakan Humairah sudah sedar.
Cikgu Namisah menutup pintu. Dia mengambil tempat duduk di kerusi yang baru ditinggalkan Iman. Wajahku ditatap. “Macam mana keadaan awak sekarang? Feeling better?”
Aku angguk perlahan. “Alhamdulillah, cikgu.”
“Macam mana awak boleh pengsan?” terus sahaja guru wanita itu menyoal.
Aku garu pipi. “Entahlah, cikgu. Saya sendiri pun tak tahu.” aku cuba selindungkan kenyataan.
“Cuba awak ceritakan kepada saya hal sebenar, Humairah.” Guru itu seperti menghidu sesuatu.
Aku telan liur. Err… kena ke? Nampak muka Cikgu Namisah yang serius bermakna memang betullah kena terangkan.“Err… sebenarnya masa saya pergi toilet aspuri tu, pencuci muka saya terjatuh. Lepas tu saya tunduklah nak ambil. Dan masa tu jugalah saya rasa ada orang ketuk kepala saya melalui bayang-bayang yang saya nampak sekali imbas. Dan saya terus tak sedarkan diri.” Akhirnya aku meluahkan apa yang terbuku dihati.
Cikgu Namisah mengeluh. “Saya rasa ini motif dendam. Sampai tahap mahu mangsa tidak sedarkan diri. Awak ada memusuhi sesiapa ke dalam sekolah ini? Atau awak pernah dengkikan sesiapa sampai dia balas dendam sebegini?” bertubi-tubi soalan diajukan kepadaku membuatkan aku bertambah debar.
“Err tak tahu, cikgu. Lagipun saya pelajar baru tahun ini. Tapi saya tak pernah kenakan sesiapa. Saya berkawan baik dengan semua orang. Saya cuma rapat dengan Wana, Iman, D dan Aisyah sahaja. Beberapa pelajar aspuri yang lain pun saya berkawan seperti biasa. Saya tak rasa saya ada musuh.” Tapi orang yang dengkikan saya adalah. Ammylea dan Diva Babe! Sambungku dalam hati. Tak mungkin aku akan memburukkan mereka tanpa bukti yang sahih lagi benar.
“Itu yang saya musykil. Tapi sekarang berbeza. Bahaya, Humairah. Dulu kes tudung awak hilang. Selepas itu peristiwa dekat kem. Dan sekarang kes pengsan. Saya tak sedap hati. Terasa macam ada orang nak kenakan awak. Kita buat laporan polis, ya?”
Cepat-cepat aku menggeleng. “Tak perlu, cikgu. Lagipun kita tak tahu siapa yang menjadi dalang. Saya rasa tak payahlah kita panjangkan kes ini. Biarlah hanya saya dan cikgu saja yang tahu. Please, cikgu.” Pintaku. Aku tidak mahu kisah ini dipanjang-panjangkan. Takut akan merunsingkan hati mama, abah dan opah serta adik beradikku.
Cikgu Namisah menggeleng lemah. “Tak boleh, Humairah. Ini dikira sebagai ugutan. Sekarang dia pukul kepala awak sampai pengsan. Mana tahu esok lusa dia gunakan alatan tajam seperti pisau dan sebagainya. Hendak dibunuhnya awak pulak nanti. Bagaimana?” Tertelan air liur aku mendengar butir bicara guru Bahasa Melayu itu. Ya jugak. Ada benar kata guru di hadapannya ini. Mana tahu satu hari nanti dia akan bunuh aku pulak? Nauzubillahminzalik. Aku mengucap panjang.
“Kita tunggu dalam masa terdekat ini, cikgu. Kalau orang tu masih nak kenakan saya, baru kita adukan pada polis. Boleh, cikgu?” rayuku bersungguh-sungguh.
Cikgu Namisah hanya merenung membuatkan aku tak sedap hati. Keluhan berat dilepaskan lalu dia mengangguk. Aku tersenyum hambar.
TELEFON dimatikan. Nafas ditarik lalu dilepaskan. “How is she?”
“Dah
sedar.” Jawab Hakim.
Bebudak
aspura tak keruan apabila diberitahu pujaan hati Khairul, Iman bahawa Humairah
pengsan dalam tandas aspuri. Tak senang mereka hendak melakukan kerja. Sekarang
gadis itu direhatkan di katil.
“Macam
mana dia boleh pengsan? Takkan sebab puasa kot?” Putera menggaru kepala.
“Stress
sangat kot. Kan ke SPM dah nak dekat sekarang ni.” Hakim menyedapkan hati.
“Mungkin
dia tak sihat ke agaknya. Sape tahu? Antibodi lemah. Dalam kelas aku perhatikan dia banyak tidur. Mungkin demam agaknya.”Putera mengulas sendiri.
“Aku
berdoa dia tak apa-apa. Aku tak mau tengok dia masuk wad lagi. Cukuplah tengok
dia tak sedarkan diri masa kes dekat kem dulu.” Ingatan Khairul terimbau akan
peristiwa pahit yang sukar ditelan. Dia teramat pasti gadis itu tak mungkin
melupakan kejadian tersebut. Dan yang pasti juga partner Humairah iaitu Farhan turut merasai.
“Yang
aku risau sekarang ni perlu ke kita bagitahu benda ni dekat Farhan?”
Mereka
merenung Syafiq yang sedari tadi mendiamkan diri. Soalan itu merunsingkan
minda.
“Aku
rasa lebih baik…”
“Bagitahu
apa?” satu suara menyampuk dari luar dorm. Terperanjat jejaka berempat itu
dibuatnya. Susuk tubuh Izuan yang sedang bersandar di pintu papan direnung atas
bawah.
“Bila masa kau ada dekat sini?” tanya Hakim ternganga.
“Dah sebulan aku dekat sini. Korang je yang tak sedar.” sindir Izuan. Hakim sengih malu.
“Aku
dengar korang sebut nama Han tadi. Wanna share with me?” Izuan menyoal seraya
memeluk tubuh. Serius wajahnya tika itu. Hinggakan adik junior yang lalu lalang
di dorm itu menundukkan muka. Seriau!
Empat
jejaka itu menelan liur buat kesekian kalinya.
BUTANG
send ditekan. Kemudian telefonnya dimatikan dan diletak disebelah. Muka diraup perlahan. Hanya keluhan nafas yang panjang bererti begitu berat masalah yang bakal dia hadapi.
“Bro,”
tegur Izuan sambil menyendeng di almari pakaiannya. Farhan jongket kening.
“Macam
mana?”
“Macam
mana apa?” Farhan menyoal balik dengan nada malas.
“She’s
fine?”
“Who’s
she?” Farhan berpura-pura tidak menahu.
Izuan
melepaskan keluhan. Main-main pulak! “Mai. Is she okay now?” Sengaja ditekan
nama itu bagi menyedarkan hati batu Farhan.
Farhan
angkat bahu. Entah. Manalah aku tahu. Perlu ke tanya? Dia menghantar bahasa isyarat. Izuan geram. “Bro, kan aku dah bagitahu
kau pasal dia? Takkan kau tak mesej dia, tanya pasal diri dia dah okey belum?” Ouh God!
Kenapalah aku ada sepupu yang ego macam ini? Dah suka tapi pura-pura.
Farhan
buat memek muka padahal dia nak tergelak melihat sepupunya itu seperti tidak
puas hati dengan jawapan yang diberikan. Apa salahnya main tarik tali kan? Biar bersimpul dan terbelit. Ingat dia tak tahu apa yang Izuan buat dibelakang dia. Heh!
“Tak
kuasa aku nak busybody tanya dia macam-macam! Baik aku study. SPM semakin
hampir.” Cepat Farhan mengubah topik. Buku Physics dicari bersama sehelai kertas kosong A4.
Rahang
Izuan jatuh. Busybody? Tidakkah anda tahu wahai kawan bahawa itu bukan busybody
tapi lebih kepada ambil berat TUNANG sendiri???? Mahu saja dia jerit ditelinga
Farhan yang selamba buat tak tahu. Kalau Mai tunang dia, dah lama dia jaga
baik-baik. Isk, kesitu pulak kau Iwan!
“Malas
aku nak layan kau!” bengang Izuan. Farhan tersenyum nipis. Ayat give up Izuan
sudah dia agak. “Thanks, dude. Kau sangat memahami aku.” Usik Farhan. Izuan buat muka jengkel. Isk!
“Farhan!”
terdengar laungan Aizat di pintu dorm. Empat pasang mata menoleh. “Cikgu Samad
nak jumpa.”
Farhan
menepuk bahu Izuan sebelum meninggalkan dorm bersama Aizat. Kesempatan ini
diambil Izuan untuk menyelidik telefon bimbit Farhan yang terletak elok di atas
cadar hijau muda itu. Lahhh, ada password ke? Pandai kau eh, Han! Macam tahu-tahu
je. Izuan mencuba nasib.
FarhanUmar. Rejected…
Izuan
cuba lagi. Tengkufarhan. Rejected…
Kepala
yang gatal digaru. Ish! Dah tu apa passwordnya? Semua salah! Takkan TimahJanda pulak! Izuan mengeluh lagi. Kalau tiga-tiga password salah, telefon ini akan termati dengan sendiri dan dari situ Farhan dapat tahu bahawa handsetnya diceroboh! Tiba-tiba saja satu nama terlintas difikiran. Kali ini Izuan cuba lagi. Harap-harap benar. Bismillah... Tangannya menyentuh skrin.
FarhanMaira. Accepted!
Terbeliak
biji mata Izuan. Dia menggosok mata berkali-kali. Bait-bait ayat itu dibaca
sekali lagi. Sungguh dia tak sangka. Ternganga dibuatnya.
Password FarhanMaira is accepted…Congratulations!
Izuan
tersenyum nakal. Yes! Akhirnya… pandai kau simpan rahsia eh, Farhan… emm
FarhanMaira… so sweet! Dia tersenyum lagi. Folder message dibuka. Senyumannya bertambah melebar apabila melihatkan mesej yang baru dihantar Farhan tadi.
Malam menjelma...
KERETA
Suzuki Swift kepunyaan Ammylea diberhentikan apabila tiba didestinasi yang
dituju. Lampu kereta dimalapkan. “Betul ke rumah ni, Rini?” soal Ammylea
ragu-ragu. Rumah papan itu kelihatan usang seperti tiada orang yang tinggal
disitu. Takut pula Ammy hendak keluar. Sudahlah tiada lampu jalan. Penuh dengan
hutan pula. Menggigil tubuhnya.
“Yup.
Inilah rumah Pak Halim yang I ceritakan tu.” Jawab Rini yakin.
“You
pergilah panggil Pak Halim tu dulu. Lepas tu baru I keluar.” Ujar Ammy
melindungi ketakutan yang melanda.
Rini
kerut dahi. “Isk, takkanlah I nak kena pergi sorang-sorang. You all ikutlah
sekali.” Rini tak puas hati. Mana mungkin dia keluar seorang diri ditempat
asing begini. Dia juga takut sebenarnya.
“Ad,
you temankan Rini. Merlissa dengan I tunggu dekat sini.” Suruh Ammy. Dapat dilihat
muka Adryana pucat mengalahkan nampak hantu. Merlissa melepaskan nafas lega. Untungnya dia dipilih sebagai peneman Ammy. Tak usahlah dia nak keluar mengikut Rini. Sudahlah nyamuk banyak!
“Tak
maulah. I nak duduk dalam kereta dengan you.” Rayu Adryana.
“Isk,
you janganlah takut sangat. Cuba jadi berani sikit! Kita nak jalankan misi tau
tak? Dengar ajelah cakap I! Kalau you takut, I tinggalkan you dekat sini. You baliklah
jalan kaki! Nak?” gertak Ammy keras.
Adryana
menggeleng laju. Gila nak dia balik sorang jalan kaki! “Okeyyyyy…” pintu kereta
dibuka dengan separuh tak rela. Kemudian dia membuntuti Rini. Salam diberikan
beberapa kali sebelum pintu rumah dibuka. Satu lembaga keluar membuatkan Ammy
dan Merlissa menggigil ketakutan. Mata ditutup dengan tangan.
Langkah
Rini dan Adryana menghala ke kereta. Cermin tingkap bahagian pemandu diketuk
Adryana. “Dia ada. Jomlah.” Ajak Adryana teruja. Terus hilang perasaan takutnya itu.
Ammy
angguk. Dia dan Merlissa keluar dari kereta lalu masuk ke dalam rumah usang tersebut. Takut-takut
dia memanjat tangga yang tampak keuzuran itu. Apabila masuk saja dalam rumah
itu, dia dihidangkan dengan tengkorak manusia, lilin, limau nipis, telur, pisau
dan kain alas berwarna hitam.
p/s : okey ... here new entry for episode 53. wahhh speaking pulak mehhh... hehehe saje2... mesti korg akan ckp yg Mai asyik pengsan je kan? hehehe... tahu dah :p
Satu
saja perkataan paling tepat. Menyeramkan!
Kelihatan
seorang lelaki tua beruban berpakaian serba hitam siap tengkolok di kepala dan kain
berwarna kuning terikat kemas di pinggang ala-ala tali pinggang. Huh! Dah macam
nak ajak bersilat pula.
“Apa
hajat anak datang ke mari?” suara garau lelaki bergelar Pak Halim itu menambah
debaran di dada anak gadis kota ini.
Rini
menyenggol lengan Ammy yang terketar-ketar supaya menjawab pertanyaan lelaki sebaya datuknya itu. Ammy menelan liur sebelum bersuara.
“Err… saya ada hajat, Pak Halim.” Dia kemudian membetulkan duduk. “Saya nak ubat
pengasih dan ubat pemisah. Saya ada suka seorang lelaki ni. Nama dia Farhan. Tapi
dia tak pernah pandang saya. Jadi saya nak minta jasa baik Pak Halim berikan
saya minyak pengasih supaya lelaki tu tergila-gilakan saya.” Jelas Ammy
mendapat kekuatan entah datang dari mana.
Pak
Halim tiba-tiba ketawa menyeramkan suasana yang ada. Ammy spontan memeluk
Adryana disebelah. Rini memeluk Merlissa sambil menutup mata. Seperti ternampak bayangan hantu saja.
“Kalau
itu anak jangan risau. Pakcik boleh tunaikan permintaan anak. Tetapi, pengerasnya mestilah lebih. Jikalau mahukan yang
terbaik, wangnya pun mesti terbaik.”
Ammy
angguk laju. Dia faham sesangat apa yang dihajati lelaki itu. Laju saja tangan menyeluk wang saku dalam pursenya lalu
dihulurkan pada Pak Halim. Not-not 100 itu dibelek sebelum tersenyum maut.
“Kalau
begitu, kita akan mulai dari sekarang.” Pisau diambil sebelum dilalukan pada api. Bau kemenyan semerbak dalam rumah usang itu. Anak gadis kota tekun melihat. Satu per satu perlakuan Pak Halim diamati Ammy. Dalam hati dia bersorak hebat. Farhan hampir pasti dalam genggamannya.
p/s : okey ... here new entry for episode 53. wahhh speaking pulak mehhh... hehehe saje2... mesti korg akan ckp yg Mai asyik pengsan je kan? hehehe... tahu dah :p
p/s : teaser kpvst ke 11 yg miss baru upkan beberapa hari lepas itu, miss taktau nk letak bab mana... tak siap edit lg... pnjg plak citernya... tggu jela eh mana yg miss masukkan nnt. hehehe.. dlm seminggu ni inshaaAllah... thanks for reading ^_^
p/s : miss tak retiiiiii dgn bomoh2 nih . serius! ni pun petik drpd tv. hehehe
p/s : miss tak retiiiiii dgn bomoh2 nih . serius! ni pun petik drpd tv. hehehe
best...
ReplyDeletebest . tapi kalo xletak en3 yg farhan kene bomoh uwh xbole ew ? seriau ar dgn ammy ni . mmg nekad gile kan smpai berbomoh bagai . mitakmitak farhan taw cepatcepat jdi mse die teaser 11 uwh die belakon je .
ReplyDeletetak sabar nak bace bab yang seterusnya.. miss update la cepat2. tak sabar nak bace ni..
ReplyDeleteBestnya cerita ini..pm bah kalau ada jual novel nie..okey..
ReplyDeleteNi kalau mak bapak Diva beb tau diorang jumpa bomoh ni.. cane eh riaksi diorang..
ReplyDelete