Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Sunday, 24 November 2013

Teaser Prince Charming + Budak Nakal + Suami?? 1

Assalamualaikum. Hye korang ^^ hari ini hari yang paling rajin buat miss sebab miss nak upkan entry pasal PCBNS. Hehe ade tak yg tertunggu2 enovel lagi satu selain KPVST ni? Emm faham faham! Takpe :) Ini ade sikit teaser untuk pcbns. Hope enjoy ya :)


Suasana dalam kereta sejak tadi sunyi tanpa suara manusia. Sudahlah radio tak dipasang! Penghawa dingin terletak diparas kesejukan melampau. Lelaki disebelahnya dikerling geram. Sudahlah dia panas hati kerana dipaksa tanpa relahati mengikut lelaki itu keluar. Sungguhlah dia tercengang di kamar setengah jam lepas apabila diberitahu Nadia ada orang nak jumpa.

“Kak, ada abang nak jumpa.”

Kening bertaut. Namun jari tak lepas di keyboard. “Abang mana pulak ni?” matanya tetap merenung skrin putih itu.

Nadia selamba baring diatas katil kakaknya sebelum memeluk Garfield milik Iman. “Ala… abang encem tu. Yang pakai sama baju dengan akak hari tu.” Ujar Nadia dengan suara keanak-anakannya.

Jemari Iman terlepas di keyboard. Rahangnya jatuh. Sepantas kilat dia berpusing. Adiknya yang sedang memulas telinga Garfield ditenung dengan mata terbuntang besar.

“Siapa?!” secara tak sengaja nada suara Iman mencapai oktaf tertinggi membuatkan Nadia terperanjat.

Terkulat-kulat Nadia cuba mengingati pemuda yang dia salam cium tangan tadi. Apa nama dia eh? Lupalah.  Kepala digaru. “Ala… abang yang…”

Belum sempat adiknya menyambung ayat, pintu bilik dikuak dari luar. “Iman, Danish nak jumpa. Dia ajak keluar. Temankan dia pergi kedai buku.” Jelas ibu dimuka pintu.

Sekali lagi rahang Iman jatuh. Teman-pergi-kedai-buku? What?!

“Oit! Oit!” Danish melayangkan tangan didepan wajah gadis itu. Iman tersedar. Pantas dia menutup mulut dari ternganga luas. Astaghfirullahalazim…

“Dah sampai mana dah travel? Bukan main menganga lagi? Tak takut setan masuk beranak pinak dalam mulut tu?” kutuk Danish.

Iman mendengus geram. “Suka hati sayalah!” ujarnya menutup malu. Isk! Isk! Apa kena kau ni Iman? Suka malukan diri sendiri tau. Depan dia pulak tu… urgh!

Tampak dari kerlingannya, Danish tersenyum. Sinis! Benci tau! Nak je aku pelangkung mamat ni. Tapi mengingatkan dia mungkin bakal diugut untuk pulang seorang diri membuatkan Iman membatalkan niat.

Lampu trafik sudah berapa kali ditempuh. Highway sudah berapa kali dia temui. Tapi destinasi masih belum dijumpai lagi.

“Awak nak pergi kedai buku mana ni?” Iman gelisah ditempat duduk. Kematu rasa punggungnya duduk lama-lama dalam kereta ini. Kerusi ini tentu panas. Jangan sampai terbakar sudahlah.

“Popular.” Jawab Danish selamba.

“Kalau Popular, dekat Jusco tu pun ada. Kedai buku dekat Giant pun ada.”

“Ya, aku tau tu.”

“Dah tu? Kenapa kita masih berada dalam kereta lagi? Dua tempat tu dah terlepas tau tak?!” bengang Iman. Paras kemarahannya kian memuncak. Rasa nak jotos kepala lelaki itu saja sekarang ini.

“Saja nak jalan-jalan dulu. Nak tengok bandar waktu malam. Lepas tu baru pergi kedai buku.” Penuh bersahaja lelaki itu bercakap. Gaya tak ada apa-apa.

Iman menepuk dahi. Apalah dosa dia sampai dia terlibat sama dalam kepala gila-gila suaminya itu. Sekali lagi ya. SUAMI!

“Tak payah nak tepuk-tepuk dahi bagai. Aku nak cari kedai makan. Perut lapar tau tak? Dengar kau membebel macam mak nenek buat aku rasa macam nak makan orang je sekarang ni. So better kau diam sebelum aku diamkan mulut kau.” Sindir Danish sekaligus berjaya menutup mulut Iman dari berkata sepatah pun.

Danish pandang depan semula. Kemenangan berpihak padanya. Tahu pun takut… hatinya tersenyum sendiri.

3 comments: