Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Monday, 18 November 2013

Ketua Pengawas VS Tunang Bab 54

BAB54

HARI yang paling aku elakkan akhirnya tiba. Lagi setengah jam kelasku akan bergabung dengan kelas ‘orang atas’. Uhuk uhuk! Terasa diri begitu kecil sekali apabla memikirkan tanggapan bebudak kelas itu. Sudahlah aku jenis tak ramah dengan budak atasan yang digelar nerd dan perfect dari segala hal. Mesti senyap punya kelas dia orang nanti. Aku gerenti habis. Budak yang ditarget straight A’s oleh guru-guru sekolah. Budak bawahan macam kami? Ditarget straight B’s? Haha.

“Okay, students. Make sure you all siapkan essay yang teacher berikan. Sebelum exam teacher harap sangat kamu perbaiki kelemahan kamu. Betulkan semula grammar and vocab. Past tense, present tense make sure gunakan betul-betul. Baca semula tajuk yang diberikan. Look, sama ada soalan itu bertanyakan tentang perkara lepas, yang sedang berlaku dan akan datang. Hope you guys get straight A’s for the exam.” Ujar Teacher Rohana bersama kata-kata semangat.

Tengok. Baru cakap tadi…

“Aye aye, teacher!” kami serentak menjawab kemudian meledak tawa. Teacher Rohana menggelengkan kepala sambil tersenyum. Buku dimasukkan dalam beg kemudian berlalu pergi meninggalkan kelas selepas memberi salam.

“Weh, gerak jom! Kelas AB. Nanti ustazah marah kalau lambat.” Kata Putera. Seisi kelas terkocoh-kocoh mengemas segala peralatan. Aku pula berbeza. Lambat-lambat aku kemas buku. Sungguh tiada mood! Tiba-tiba kedengaran pintu kelas diketuk sebanyak 3kali. Semua bagai terpaku. Freeze!

“Yes Mr. Headprefect? What can I do for you?” Tanya Khairul selamba.

Farhan tersenyum nipis. “Ustazah suruh pergi surau. Tak payah bawa apa-apa.” Kata Farhan sambil memegang batang hidung mancung. Sambil itu matanya melirik pada seseorang.

“Class, ustazah suruh pergi surau. Tak payah bawa apa-apa.” Jerit Khairul mengulangi kata ketua pengawasnya. Dia pura-pura tak perasan akan lirikan mata manusia di hadapannya itu.

Lerrr… buat penat je aku bawa buku rujukan setebal buku teks akaun. Sungutku. Mai, tak baik merungut. Pahala kau dapat sebab bawa buku tau. Lagi-lagi dalam bulan puasa. Memopad, sebatang pensil dan sebatang pen aku masuk ke dalam poket. Langkah lenggang mak limah terpaksa dilajukan apabila tertangkap dengan panahan mata seseorang. Dari dulu lagi aku asyik tak dapat peluang nak cucuk mata dia. Tapi mengingatkan pesanan ringkas SMS olehnya buat hati berbunga-bunga. Eheh!

Sewaktu berjalan menuruni tangga, ada pula budak perdagangan naik tangga. Terpaksalah kami berhimpitan. Kesesakan lalu lintas berlaku. Pada waktu itu, budak lelaki yang tak kukenali sengaja melanggar tubuhnya, mengambil kesempatan terhadap wanita. Sengaja bergesel! Isk, aku lempang juga dia ni kang! Dahlah ketiak busuk, ada hati nak bergesel dengan orang wangi. Boleh pulak dia sengih-sengih bila aku jeling tajam. Hello bro, lu apehal? Nak cari gaduh sama wa?

Tiba-tiba mereka menundukkan kepala dan kesesakan kembali teratur. Erk? Apesal dia orang ni? Tiba-tiba, “Farhan…” tegur budak lelaki yang gatal merenyam dengan  aku tadi. Dia menunduk sedikit.

Errrr…. Tolong jangan beritahu yang mamat tu ada dekat belakang aku.

“Hmm.” Tegang saja nada suaranya. Jawapannya……. memang dia dekat belakang aku! Betul-betul belakang aku wei! Entah bagaimana aku boleh terpelecok dekat tangga. Satu pautan hinggap dilengan beralaskan baju kurung membuatkan tubuh aku kembali seimbang semula. Fuhh! Mujur je tak tersembam. Aku urut dada.

“Be careful.” Bisiknya. Pegangan dilepaskan. Aku tertelan air liur dengan kesat. Tersekat dekat kerongkong! Ouh jantung, please jangan gugur. Aku teramat perlukan kau untuk terus hidup! Oksigen please…

Dalam pada itu, Helena menjeruk rasa. Dia yang berada di depan sekali tidak dipandang. Si perampas tu jugak yang dia pandang. Eeii, geram! Buat penat dia berlakon ayu depan ketua pengawas tadi.


PINTU TANDAS ditutup. Port rasmi Diva Babe kalau nak melakukan sesuatu kerja atau bermesyuarat. Ammy mengeluarkan botol kecil sama saiz dengan minyak cap kapak dari poket seluarnya. Penutup botol dibuka. Lantas dia mencalit sedikit dipergelangan tangan dan leher mengikut kata Pak Halim semalam.

“Calit dekat pergelangan tangan dan leher kamu. Kemudian kamu pergi berjumpa dengan lelaki yang kamu minat dan kamu calit ditangannya. Ingat, jangan sampai dia nampak ketika kamu melakukan calitan! Sesudah itu dia akan bau. Bau itu pada mulanya busuk akan tetapi lama kelamaan bau itu bertukar menjadi wangi seperti bunga mawar. Pasti dia akan terigau-igaukan kamu tak sampai tiga hari. Paling cepat sehari. Jangan sampai langgar pantang.”

Dah macam orang baru lepas beranak pulak tak berpantang bagai…

Dia kemudian keluar dari tandas selepas menutup semula botol tersebut. Langkahnya bersahaja. Apabila tiba di tangga, dia secara tak sengaja terserempak dengan seorang pelajar lelaki yang kebetulan naik di laluan yang sama. Panahan tajam mata lelaki itu membuatkan Ammy gerun tiba-tiba. Entah bagaimana kakinya terpelecok ditangga tersebut akibat tenungan tajam itu. Terhuyung-hayang badannya disitu. Spontan dia memaut lengan pemuda tidak jauh darinya untuk menyelamatkan diri daripada tergolek akan tetapi dia dilepaskan begitu mudah apabila Eriq dengan sengaja menarik semula lengannya dari disentuh gadis bongkak itu. Ammy terjatuh seperti nangka busuk.

“Auch!” mengaduh Ammy kesakitan. Buku lalinya terasa sakit dan berdenyut-denyut. Tak guna punya jantan! Suka-suka kau je lepaskan aku? Auww… mama, sakit! Ammy rasa nak meraung aje di situ.

“Hey, berani you lepaskan I! You biarkan I jatuh?! Buta ke apa?! Tak nampak I jalan tadi? Kenapa you suka cari pasal dengan I? Tak guna you, Eriq!” jerit Ammy menutup malu atas apa yang terjadi apabila melihat Tengku Hadzriq hanya memandang dengan kening ternaik sebelah. Lelaki itu sungguh selamba dan sengaja! Bikin panas aje hati.

“You yang langgar I, you nak salahkan I pulak? Bagusnya… lagi satu, you ingat I ni tiang ke nak paut-paut bagai huh? Siapa yang cari pasal dengan siapa? Siapa yang buta matanya sekarang ni?” tembak Tengku Hadzriq dua das.

Ammy bengang. Dia memaut pemegang tangga agar dapat berdiri tegak. Rasa denyutan tidak dipedulikan. Dia perlu berlagak tiada apa-apa didepan lelaki yang berwajah tak bersalah itu. Wajah Tengku Hadzriq yang berpeluk tubuh selamba dono itu ditenung tajam. “Go to hell! I benci you! Mulai hari ini you dengan I dah tak ada apa-apa hubungan! Perjanjian kita officially terbatal! Get lost!” tempik Ammy lagi kemudian dengan perlahan menuruni tangga meninggalkan lelaki itu yang masih tersenyum.

“Go to hell?” Eriq ketawa kecil. “Ammy… Ammy… you belum tengok lagi permainan I macam mana. Janji nak bergabung tapi you rancang tanpa pengetahuan I. You mungkir janji, Ammy. You belum kenal I siapa. Wait and see my games, baby… Nanti you akan tahu siapa yang patut go to hell sebenarnya.” Tengku Hadzriq tersenyum sinis. Hidungnya dicuit sebelum kembali melangkah menuju ke destinasi yang dituju.



AMIN ya rabbal alamin. Semoga ilmu yang dipelajari hari ini diberkati Allah dan diterapkan dalam jiwa masing-masing. Jangan lupa perbanyakkan baca doa-doa penenang hati ketika menjawab exam. Semoga idea mencurah-curah sewaktu menjawab. InsyaAllah.” Pesan ustazah lagi. Kami mengangguk mengerti.

Selepas membaca surah al-asr, semua boleh balik ke kelas masing-masing. Aku, dan Aisyah diminta tunggu sebentar oleh ustazah. Ada hal katanya nak bincang. Wana, D dan Iman sibuk nak ikut macam kanak-kanak kecil! Pergi balik kelas la dey! Sejadah yang tadinya digunakan untuk pelajaran solat sunat hajat kulipat kemas dan simpan dalam almari khas. Buku al-ma’thurat dan beberapa kertas mengandungi ayat hafazan dikumpulkan Aisyah dan diletak dalam bakul yang disediakan. Tanggapanku salah pada bebudak kelas atasan. Mereka melayan kami dengan baik tadi. Isk dosa kering kau dapat, Mai! Bila semuanya sudah perfect, kami berlima berjalan ke arah ustazah. Pergerakan kami diperhatikan dua hamba Allah yang sedang rancak berbual mengenai agama.

“Ustazah, kami dah siapkan semuanya. Kami minta diri dulu.” Ucap Aisyah lembut. Ustazah angguk. “Syukran. Terima kasih anak-anak ustazah.” Acapkali diucap begitu sekiranya kami menyelesaikan apa-apa pertolongan yang dipinta disurau. Ustazah pandai mengambil hati anak muridnya.

“Sama-sama.” Seorang demi seorang menyalami ustazah sehingga giliran aku. Agak lama juga ustazah memegang tanganku membuatkan yang lain memandang satu sama lain. Wajahku ditenung ustazah seperti mahu menyatakan sesuatu.

“Humairah, awak pandai mengaji Al-Quran?”

Aku anggukkan kepala walaupun tidak tahu apa motifnya. Aku boleh mengaji Al-Quran tetapi aku harus pelajari dengan lebih mendalam lagi. Banyak tajwid dan harkat yang aku perlu ketahui lebih lanjut. Sekarang aku dalam proses memahami makna ayat-ayat suci tersebut.

“Kalau begitu, mahukah awak kalau saya masukkan nama awak di dalam pertandingan hafazan? Saya petik beberapa surah dan ayat dalam Al-Quran sempena aktiviti bulan puasa ini.”

Tergamam. Tertelan air liur. Dup dap dup dap. Macam tulah jantung aku saat ini. Ungkapan ustazah sedikit sebanyak membuatkan aku jadi takut pula. Aku mula tak yakin pada diri. “Err… tak apalah, ustazah.” Aku menolak sopan. Dalam pada itu, mata seseorang melekat pada raut wajahku yang duduk berjarak sedikit daripada kiri ustazah.

Ustazah tersenyum manis. “Kenapa? Awak takut? Atau segan?” beliau bertanya lembut umpama ibu.

Aku tak tahu nak jawab apa. Automatik kepala digaru. Apa nak jawab ni? Memang aku takut dan segan. Aku tidak sepandai dan selancar Aisyah yang serba serbi tahu mengenai Al-Quran. Aku juga baru berjinak-jinak belajar dengannya jika waktu lapang. Kenapa tak dipilih saja Aisyah? Kenapa mesti aku?

Ustazah yang faham akan lagakku itu hanya tersenyum nipis. “Tidak mengapa. Awak fikir dahulu. Nanti awak beritahu saya jawapannya tapi kalau boleh secepat mungkin sebab saya nak adakan pada bulan puasa ini juga.” Terangnya lebih lanjut.

Aku angguk lemah. Biarlah aku fikir dahulu. “Baiklah, awak semua boleh balik. Aisyah, nanti ambil fail kuning di atas meja saya selepas itu kamu serahkan pada rakan kelas ya?” Aisyah angguk lalu tersenyum. “Baik, ustazah.” Dan aku perasan mata Izuan melekat pada airmuka Aisyah yang tenang dan mudah tersenyum itu.

Kami terus berlalu keluar dari surau dan terus menyarung kasut. Ketika itu aku ternampak tubuh Ammy dikejauhan sedang berjalan menuju ke surau bahagian lelaki. Hanya tembok separas bahu yang memisahkan perempuan dan lelaki. Kerutan di dahi bertambah tapi bila mengingatkan adanya ustazah di dalam, maka aku tidaklah hairan sangat. Husnuzon, Mai. Bulan puasa.

“Apa minah tu buat dekat sini?” soal D. Aku pantas merenungnya. D pun nampak juga ke?

“Minah mana?” Iman bertanya.

“Tu. Tengku Ammylea Ruhaila. Dia masuk bahagian lelaki. Dia buat apa dekat sini? Kalau nak sembahyang, dhuha dah lama habis. Lagi 45 minit loceng nak bunyi. Dan kenapa mesti lalu dekat bahagian lelaki?” D mengulas sendiri.

“Dia nak jumpa ustazah agaknya. Kan ustazah ada kat dalam. Jangan fikir yang bukan-bukan.” Nasihat Aisyah. D tersengih. Tahu akan khilafnya… tapi dia tetap musykil. Kenapa mesti lalu bahagian lelaki????

“Ala jangan risaulah, Mai. Tunang kau tu takkan dapat diusik Ammy hari ni sebab ada ustazah dengan Izuan dekat dalam. Kiranya kau masih lagi selamat.” Seloroh Wana seraya melarikan diri apabila melihat aku bertukar The Hulk.

“Hoi! Manadela. Jaga kau Wana!” sudahnya kami berlari hingga ke kelas tanpa memikirkan kehausan bulan puasa. Aisyah, D dan Iman hanya menggelengkan kepala.




PINTU bilik pengawas ditutup lalu dikunci dan dimangga. Kunci dipegang tangan kiri. Baru saja memusingkan tubuh, bahunya dilanggar seseorang menyebabkan kunci ditangannya terjatuh ke lantai.

“Err sorry, Farhan. Ammy tak sengaja. Sorry sangat-sangat.” Wajah bersalah jelas kelihatan. Sepuluh jari disatukan sebagai tanda memohon maaf.

Farhan tidak menjawab sebaliknya tunduk mencapai gugusan kunci yang terjatuh akibat perlanggaran tak sengaja antara mereka tadi. Mungkin salahnya juga kerana tidak memerhatikan keadaan sekeliling sebelum memusingkan tubuh.

Kesempatan itu diambil Ammy dengan mencalitkan sedikit minyak pengasih tersebut ke tengkuk Farhan cepat-cepat. Kalau tadi dia terpaksa membatalkan rancangannya atas sebab Ustazah Haslinda dan Izuan di sisi jejaka itu. Spoil! Selepas satu masa pelajaran tamat, dia ke tandas melepaskan geram. Waktu itu matanya ternampak kelibat Farhan menuju ke bilik pengawas bersama fail hitam ditangan. Ammy bersiap siaga dengan minyak pengasih dijarinya apabila Farhan mula keluar dari bilik khas tersebut.

Farhan tersentak. Meremang bulu romanya. Segera dia berdiri. Wajah Ammy dipandang tajam. “Kau buat apa ni?” tengking Farhan kasar. Jarinya pantas pegang tengkuk. Terasa ada cecair disitu sebelum Farhan mengesat ke seluar. Air apa pulak ni?

Terhinjut badan Ammy menahan amukan Farhan. Terkulat-kulat dia menahan diri dari ditenung tajam mata pedas ketua pengawasnya itu. “Err I… I cuma… nak buang habuk dekat tengkuk you aje.” Bohong Ammy. Dalam hati dia rasa nak larikan diri. Alamak, Farhan terperasan dengan cecair tu. Macam mana ni?

“Jangan nak menipu! Kau buat apa dekat tengkuk aku tadi? Suka-suka kau je nak sentuh! Kau calit apa tadi? Ni air apa pulak ni?” tegang suaranya. Jarinya menyentuh lagi tengkuk untuk menghilangkan cecair.

“Be… betul. I tak tipu. Tadi I pergi toilet tu yang tangan basah. Kalau you tak percaya, tu habuknya.” Tergagap-gagap dia menjawab. Jari telunjuk Ammy dihala ke bawah. Kebetulan saja ada habuk bergumpal dilantai. Mampus aku… mampus Ammy!

“Han! Han!” terdengar jeritan Aizat di depan tangga membuatkan empat pasang mata kalih pandang. “Cikgu Samad ontheway. Cepatlah!” laung Aizat lagi. Cikgu Samad terkenal dengan punctual. Dia tak akan bertolak ansur sekiranya tiada sebab musabab yang munasabah kalau terlewat masuk akan kelas yang dia sedang mengajar.

Farhan menjeling tajam Ammy yang kecut dan mendengus kasar sebelum mengibas tengkuknya lagi. Kemudian dia terus berjalan meninggalkan Ammy yang terkulat-kulat dengan muka bersalahnya.

Apabila tubuh Aizat dan Farhan hilang dipandangan mata, wajah Ammy bertukar menjadi ahli sihir yang jahat. Dia berpeluk tubuh. Kecil matanya merenung laluan Farhan sebentar tadi. “Huh! Kau sombong dengan aku, Farhan. Takpe. Tunggulah. Mesti kau tergila-gilakan aku lepas ni. Aku akan buat kau melutut dekat aku!” tekadnya. Dan dia yakin minyak itu sudah mula menyerap masuk ke dalam tubuh pemuda itu.




TOMBOL bilik tidur dipulas perlahan. Dengan langkah tak bermaya, Eriq merebahkan badan ke katil empuknya. Mata dipejam rapat. Sedari tadi dia cuba menahan matanya dari tertidur tetapi matanya seperti dihempap dengan batu. Dan bayangan gadis itu terlayar diruangan mata. Sudah puas diusir akan tetapi wajah itu tetap muncul.

Eriq tidak mahu melayan perasaan. Dia bingkas bangun. Butang baju sekolah dileraikan satu per satu sebelum dicampak masuk dalam bakul yang tersedia di sebelah pintu bilik airnya. Saat itu dia terbau sesuatu yang harum. Eriq memusingkan kepala memandang sekeliling. Fikirnya mummy ada dipintu bilik kerana dia sangkakan itu minyak wangi mummy. Tapi bila diamati, bau itu bukanlah bau kebiasaan mummy.

Bau harum umpama bunga mawar yang mekar begitu mengasyikkan dirinya. Eriq seperti ternampak kelibat Ammy dipintu bilik air. Ammy sedang tersenyum manis padanya. Tanpa sedar, Eriq tersenyum lalu merapati ‘bayangan’ Ammy.


Dorm Angsana

MACAM mana, Mai? Dah fikir tentang lamaran ustazah tadi?”

“Lamaran?” aku buat muka. Sejak bila pula aku dilamar ni?

Aisyah ketawa kecil melihat muka sahabatnya. Tahulah dia Mai tersalah sangka. “Pasal pertandingan hafazan tu. Macam mana?” soalnya lagi.

Aku mengherotkan mulut. “Ouh pasal tu ke? Aku ingat apalah tadi sampai kena lamar-lamar ni.” Pipi aku garu perlahan. “Entahlah, Syah. Aku tak yakin la.” Keluhku perlahan.

Aisyah memegang lembut tanganku. “Kenapa pula tak yakin? Aku tengok kau boleh baca Al-Quran. Biasa aje.”

“Tapi tak selancar kau. Aku pun baru belajar pasal tajwid.” Balasku. Ruginya dulu aku main-main masa belajar tajwid dengan Tok Qud dulu.

Aisyah menggeleng. “Mai, tajwid boleh belajar lagi. Asalkan kau tahu yang asas, harkat dan makna kau dah boleh sebenarnya. Keyakinan sebenarnya terselit dicelah hati kita tanpa kita sedari. Tetapi bagaimana cara kita nak timbulkan balik keyakinan tu di permukaan hati kita, itu yang kita kena usaha. Dengan usaha dan cekal, insyaAllah kau berjaya dan secara tak langsung keyakinan backup kau.”

Aku hanya mampu merenung ke wajah Aisyah yang masih lagi bercakap. Selalu aku jadi pending disebabkan bait-bait ayat yang Aisyah tuturkan. Penuh muslihat dan maksud tersirat. Kadang-kadang aku pening kepala fikir pasal Aisyah. Patutlah Bahasa Melayu dia A+.

“Hmm entahlah, Syah. Bagilah aku fikir dulu eh.”

Aisyah faham akan situasi aku. Bukan mudah untuk memaksa diri. “Tak apa. Kau fikirlah sedalamnya. Baik buruk, aku terima. Dan aku yakin ustazah pun akan terima.” Kami berbalas senyuman.



PERJUMPAAN tertutup antara Rizulfikri dan Farhan menimbul tanda tanya dalam jiwa Izuan yang menyorok dibalik bangunan. Dari tadi dia mengekori sepupunya sebab kelakuan Farhan tersangatlah pelik dan makin menjadi-jadi. Seperti merahsiakan sesuatu darinya. Apakah Farhan sudah tahu akan penyiasatannya bersama Zul?

Tampak Rizulfikri dan Farhan sudah berdiri sambil bersalaman sebelum berlalu ke bangunan dorm masing-masing. Izuan cepat-cepat menyusup ke celah daun yang agak besar di taman itu agar tidak dapat dilihat Farhan. Dalam pada waktu itu, kakinya secara tak sengaja telah tersepak pasu bunga yang sudah rosak. Darah memancut keluar dari celah ibu jari kaki membuatkan Izuan tak tertahan sakit lalu menjerit.

“Auww! Fuh! Fuh!” terduduk dia disitu. Terdengar derapan kaki dari arah bertentangan membuatkan Izuan pantas mengangkat kepala. Figura Farhan yang sedang berdiri sambil berpeluk tubuh itu dipandang.

“Itulah akibatnya kalau mencuri-curi dengar perbualan orang lain.” Sindir Farhan. Izuan menjuihkan bibir. “Mana ada!” sanggahnya.

Farhan mencangkung. Jemari kaki sepupunya dibelek. “Dah terintai-intai dari tadi ingat aku tak nampak? Kau tak pandai berlakon la, Wan. Muka suci murni macam minyak kelapa sawit ni susah nak menipu.”

Izuan bengang. Minyak kelapa sawit dia kata aku?! “Banyak handsome muka kau panggil aku minyak kelapa sawit?” geram Izuan. Farhan tersenyum. Dia memapah sepupunya bangun.

“Cuci kaki dulu lepas tu baru letak ubat kuning tu.” Suruh Farhan. Izuan angguk malas. “Ya, faham Mama Farhana.” Farhan menjegilkan mata. Sejak bila dia jadi perempuan???





PERHIMPUNAN pagi ini sudah diakhiri dengan surah al-asr. Pelajar diminta pulang. Pada waktu itu D dan Iman ternampak tubuh Farhan yang sedang bercakap dengan anak buahnya. Dan pada masa yang sama dia terperasan Farhan tersenyum. Spontan mereka berdua tersenyum. Akan tetapi mata Farhan seperti tidak memandang ke arah mereka akan tetapi orang lain. Dan orang itu adalah Ammylea! Terbuntang biji mata D dan Iman. Mata digosok berkali-kali.

Mahu saja dikhabarkan pada Mai yang leka berbual dengan Wana akan tetapi ditahan oleh Aisyah. Isyarat mata dihantar. Kenapa pelik-pelik orang pagi ni?

“Class, ada announcement. Masa AM(Add Math), kita kena pergi kelas AB. Bawa buku skrap tebal tu sekali. Cikgu Syikin nak tengok kerja yang dia bagi minggu lepas.” Ujar Syafiq selaku pembantu peribadi Cikgu Syikin. Anak murid kesayangan tuuuuu…

“Oh my God!” tiba-tiba Helena menjerit kuat hingga menarik perhatian semua orang.

“Pehal kau perempuan? Meroyan ke apa?” bentak Iman apabila Helena menjerit seperti itu. Terkejut dia tau! Aisyah menyiku perut Iman dengan isyarat mata. Iman mencebik. Entah kenapa dia rasa geram sangat dengan Aisyah hari ini. Asyik pakai isyarat je. Sudahnya dia malas nak bertekak. Baik buat kerja AM yang masih belum siap sebelum kena tazkirah dengan Cikgu Syikin.

“Haa girls, I tak bawa buku skrap. Macam mana ni?” gelisah Helena sendirian. Terbayang wajah bengis Cikgu Syikin apabila salah satu bukunya tiada seperti yang diminta. Dengan rotan panjang ditangan, baby pun boleh koma tau tak!

Aku menyusun buku didalam laci meja sebelum berdiri sambil letak purse di kocek baju kurung. “Wana, aku pi toilet sat.” tanpa melengah, aku terus berlalu.

Wana hanya memandang. Hari ini kenapa kelakuan Mai berlainan seperti biasa. Tampak lemah tak bermaya. Ada masalahkah? Hati Wana tertanya-tanya.



SELEPAS menelek apa yang patut dicermin, aku keluar dari toilet. Saat itu aku ternampak kelibat perempuan ‘wanted’ yang sedang menaiki anak tangga. Dan pada waktu itu juga, derap kaki yang amat aku kenali kedengaran. Aku menoleh arah kiri, figura pengawas sedang berjalan menuju ke arah sini. Atau lebih tepat dia sedang meronda!

Aku cepat-cepat masuk dalam toilet. Pintu pantas ditutup dan dikunci. Lubang kecil yang dijahanamkan oleh anak beruk mana entah kuintai sambil membongkok. Eh Mai, kenapa tiba-tiba kau jadi macam ni? Ada angan-angan nak jadi Detective Conan ke? Diamlah! Desis hati.

“Auchh!” terdengar suara gedik perempuan ‘wanted’ itu mengaduh kesakitan. Dan pada masa yang sama kudengar derapan kaki semakin hampir. Tak tertanggung rasa hati apabila melihat Farhan memapah tubuh Ammy agar berdiri dengan betul.

“Are you okay?” Farhan bertanya menimbulkan perasaan cemburu dan kebencian melampau. Aku hanya mampu memejam mata dan menahan rasa hati.

“Thanks tolong I.” Ammy tersenyum menggoda walhal dalam hatinya sedikit pelik dengan perangai Farhan itu. Sejak assembly tadi matanya tak lekang memandang Farhan. Begitu juga Farhan. Siap senyum tu yang tak menahan! Ammy terasa diawang-awangan. Degupan jantungnya mengalahkan kuda lumba lari.

Farhan tersenyum kacak pada Ammy setelah gadis itu berdiri dengan sempurna. Tangannya disisip ke dalam poket semula.

“Dah okey tak ni? Feeling better?” lembut suaranya menegur Ammy.

Ammy terpaku. Auch! Farhan cakap lembut-lembut dengan I? Ouh nak lari sambil melibas rambut boleh?

“Emm… okay but still ada rasa sakit lagi dekat tumit.” Rengeknya manja. Firasat Ammy mengatakan ubat itu sedang berjalan di dalam tubuh jejaka hot di depannya itu. Dia tersenyum dalam hati.

“Lain kali jalan tu elok-elok. Kalau jatuh ke apa-apa berlaku ke, I juga yang susah.” Farhan membalas dengan mengenyitkan mata kanannya.

Jantung Ammy bagai nak bergoncang keluar dan terus meletup. Ouh so sweet la dia! Cute pula Farhan buat macam itu. Terasa nak suruh dia buat lagi.

 “Kalau ada apa-apa I panggil you. You kena datang tau.” Ammy menggedik. Badannya dipusing-pusing kiri kanan. Sungguhlah gedik nak mampus. Aku menumbuk tapak tangan seperti tumbuk lada nak buat sambal belacan! Lumat-lumat kau nanti dapat dekat aku! Yang si Farhan tu gatal sangat hari ini kenapa? Rasa cemburu tak dapat kutahan lagi. Depan family aku buat baik, belakang macam hantu!

Farhan angguk perlahan. "Of course, dear." jawab Farhan bernada romantik. Ammy cair lagi. Kalau tadi dia masih dalam keadaan pepejal kini dia telah menjadi wap! Berdesup meninggalkan cecair.

Jam tangan Casio dikerling. “Ouh sorry. I got to go. Ada meeting dengan budak-budak pengawas. See you later okay.” Farhan mengorak langkah meninggalkan Ammy hingga hilang dipandangan mata gadis itu. Dia sempat memuntahkan senyuman buat gadis manja itu. Makin menjadi-jadi bengang aku dalam toilet ini. Eiii gerammmm!

Ammy tersenyum sinis seraya memeluk tubuh. Betul kata Rini. Bomoh bernama Pak Halim itu sangat handal. Tak sampai tiga hari, Farhan sudah mula menunjukkan sikap prihatin terhadap dirinya. Satu pencapaian yang terbaik, Ammylea. Dia tersenyum lagi.


Di satu sudut, Tengku Hadzriq mengepal penumbuknya. Kalau tadi serasa mahu ditumbuk muka Farhan sampai pecah. Berani dia kacau Ammy aku! Isk! Si Ammy pun satu. Pergi melayan kenapa? Mengada-ada. Bengang betullah! Tunggu kau, Farhan!


p/s : assalamualaikum here new entry ... hope enjoy klu typo error minta mahap ler bebanyak ya :)

21 comments:

  1. Replies
    1. zaifa_comel : jgn marah-marah , benci-benci ammy . kesian ammy tau hehehe

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Xmo la farhan ngn ammy...uwaaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah jodoh mereka , kita tak boleh menidakkan hehehe

      Delete
  3. Ntah ntah si farhan dh tau rancangan ammy nk kene kn dia. Zul dh gtau farhan kan... Tul x miss cs. Tu farhan berlakon jer kan...myk pengasih ammy kn dh kene kat eric... Tul kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah nampaknya kita ada seorang penganalisa disini ekeke

      Delete
  4. ala.. knp farhan jd cm tu.. kesian mai... cepatlah pulihkan farhan... x nk tgk mai sedih2... sayu plak hati kite... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa jgn sayu2 . happy2 kan diri anda ya sis ^^

      Delete
  5. saya rasa minyak terkena hadzriq la.

    ReplyDelete
  6. yes . eric yang kene calit . rase ny kan yang ammy gune tok calit kat farhan tu air biase la . bukan ny minyak pengasih uwh . may be zul tukar . mintakmintak la betol . huhu . yess .

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah sorang lagi penganalisa ekeke bercita-cita nak jd detective conan eh? haha thanks 4 reading ^^

      Delete
  7. Replies
    1. aishiteru : tggu next week plak ye ^^ thanks 4 reading

      Delete
  8. huwaaa,,,bile ?? tak sbar nie,,hihi cite nie abes kt blog jgk kew ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. emm taktau lg sis ehehe. insyaAllah habis diblog. takde jual kat memane kedai buku pun ehehe ^^

      Delete
  9. hehe,,tk sabar nk tnggu bab 55 neh ,, hope cepat lah ,, hihihi

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. bile nk update bab 55??tak sbar ni,huhuhu

    ReplyDelete
  12. kalau aku hempuk minah sotong ni naya je au

    ReplyDelete