Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Monday, 28 October 2013

Ketua Pengawas VS Tunang Bab 51

BAB51

LAMAN Yahoo ditutup. Tangan diudara manakala badan digeliatkan hingga berdetup detap bunyi tulang. Mulut sedari tadi asyik menguap tak berhenti namun kerana tuntutan kerja dia sanggup tak tidur malam. Tugas utama setiap hari adalah email. Setiap pagi dan malam, Farhan akan melihat email yang masuk ke akaunnya. Tentunya ada kerja untuk setiap post. Lebih-lebih lagi selepas dia memegang jawatan ketua pengawas. Masalah tak pernah berkesudahan. Mula-mula masuk dalam bidang pengawas ini, dia hanya tanam dalam diri ingin mendisiplinkan pelajar dan membantu guru membanteras masalah-masalah vandelisme sebab Farhan amat bencikan vandelisme. Tetapi lama kelamaan exco pengawas menaikkan pangkatnya sebagai setiausaha pengawas diawal tingkatan tiga. Cikgu Badri melihat prestasinya semakin lama semakin meningkat. Setiap anak buah dibawah seliaannya begitu disiplin dan mendengar kata. Jadi tak salahlah pilihan guru lelaki berusia 55 tahun itu menjadikan anak muda itu sebagai headprefect sekolah.

Muka dicuci dahulu sebelum mengambil wudhu’. Saat itu dia terbayang ‘jiran sebelah’ biliknya. Maha suci Allah yang mencantikkan makhlukNYA. Sebetulnya dia tidak dapat melupakan bagaimana rupa gadis itu yang tak bertutup aurat. Sangat cantik. Natural beauty tanpa secalit mekap pun. Hatinya bergetar tak menentu.

“Astaghfirullah! Apa yang kau fikirkan ni, angah? Sedar angah! Sedar. Dia bukan muhrim kau!” segera bibirnya beristighfar kembali ke jalan yang lurus.

 Lampu utama dipadam dan lampu tidur dinyalakan. Kepala direbah ke bantal. Fikirannya terlayang pula pada perempuan yang melanggar dirinya di pasar malam. Nazatul Shyafiqa… satu nama yang sudah dibuang jauh sejak peristiwa itu terjadi. Kenapa kau muncul depan aku selepas apa yang berlaku? Mata dipejam rapat.  Cuba mencari kekuatan.

Allah, kenapa aku perlu ingatkan perempuan itu lagi? Dia dah lenyap dalam hidup aku! Jangan sesekali fikir benda dah lepas, Han. Tumpukan pada masa depan kau. Humairah adalah masa depan kau! Dia tu kenangan silam kau aje. Hatinya berkata. Pada waktu itu juga, telefonnya berdering. Farhan tercelik lantas meraba dibawah bantal.

Private number

Farhan mengecilkan mata. Hilang sudah pasal Nazatul. ‘Sape pulak la yang call orang tengah malam ni?’ omel Farhan. Telefon itu berhenti berdering. Tak sampai lima saat, ia berbunyi semula. Farhan terus tekan butang hijau.

“Hello…”

“Assalamualaikum. Who’s on the line?” sengaja Farhan menggunakan bahasa Inggeris. Manalah tau tuptup orang Australia tetiba call. Entah-entah along. Sekarang makin ramai yang menggunakan private number baik dalam negara mahupun luar negara.

“Err… waalaikumsalam,” suara perempuan kedengaran. Lunak merdu suaranya.

“Boleh saya bercakap dengan Tengku Amirul Farhan?” lahhhh… pandai cakap Melayu rupanya. Buat penat je aku dok speaking tadi. Tapi … eh! Macam mana dia tahu nama aku? Farhan kehairanan. Siapa agaknya? Kawan sekolahkah?

“Siapa ditalian sana?” penuh berhemah Farhan menutur kata.

“Err… betulkan ini nombor telefon Amirul Farhan?” si penyoal menyoal lagi buat kali kedua.

“Again who’s speaking?” tegas suaranya. Farhan rasa dirinya dipermainkan. Siapa makhluk Allah yang menelefon dia ni? Dah tu daripada tadi tak sudah-sudah menanyakan dirinya sama ada dia Farhan atau bukan. Takkan pelajar perempuan kelasnya? Setahu dia, tidak pernah sekalipun dia memberi nombornya pada mereka. Hanya tertentu saja. Sekilas jam loceng dipandang.

Terdengar tawa dari gadis itu. “Tekalah.”

Farhan menitip sabar dalam jiwa. Kalau tidak, macam kelmarin. Habis pintu ditumbuknya! Nak main-main dengan aku pulak. Tahu tak orang nak tidur? Isk ada jugak yang suka jadi burung hantu. Dengusnya.

“Cik, dah jauh malam. Saya nak beristirehat. Dan please jangan kacau saya. Saya tak ada masa nak melayan loyar buruk cik.”

Berdas-das peluru berpandu keluar dari mulutnya membuatkan gadis itu terkedu.

“Eh, nantilah dulu. I … err saya belum habis cakap lagi ni.” Dari pengamatannya Farhan seakan tahu siapakah yang menelefonnya itu. Dahi disentuh dengan jari. Minah ni lagi!

“Tengku Ammylea Ruhaila…” ujarnya senada + dingin. Tiada lagi lembut-lembut seperti diawal perbualan.

Ammy sudah tersentak. Aik? Macam mana Han tau? Ahh, misi penyamaran gagal! “Err… siapa yang you… eh awak sebut tadi tu?” dia masih berdolak-dalih.

Farhan mulai bosan. Dah tersasul pun masih nak menipu lagi. Manusia… manusia… “Tak payah nak berdrama lagi. Mana kau dapat phone number aku?!” keras nada suara Farhan. Fikirannya ligat memikir dari manakah gadis gedik-gedik itu dapat nombornya. Aizat? Tak mungkin. Izuan, lagilah tak sebab dia kenal sepupunya bagaimana. Ashraff? Takkan la? Bebudak aspura? Bukankah mereka anti dengan Diva Babe?

“Err...” Ammy sudah keluh kesah. Apa dia nak jawab? Takkanlah dia nak cakap yang dia curi-curi ambil dalam telefon bimbit Cikgu Badri sewaktu guru itu ke tandas. Dan sayang sekali telefonnya ditinggalkan merata. Peluang itu amat cerah buat gadis bernama Ammylea.

“Err… I curi-curi ambil dari smartphone Cikgu Badri.” Jujur Ammy berkata.

“Kau mencuri?!” nada suara Farhan mencapai oktaf tinggi. Ammy kejung. Hinanya dia dituduh seperti itu! Tepat pulak tu. Kepala yang gatal digaru. “Err.. hehehe…” dia tersengih malu. Jantung macam nak terkeluar daripada badan apabila Mr.Headprefect menjerit. Boleh pekak jadinya.

Dahi diurut. ‘Habislah…’ keluh Farhan sendiri.




SAHUR. Semua sedang menikmati hidangan. Senyap meja makan tanpa suara. Mungkin masih lagi mengantuk. Yang steady Papa Umar, Mama Nani, Farhan, Yana dan aku. Aina, achik dan Fareez tersengguk-sengguk di meja makan. Mujur je tak tersembam. Mahu penyek batang hidung agaknya nanti. Aku pun sebenarnya mengantuk tapi terpaksa gagahkan diri depan orang. Lebih-lebih lagi depan Farhan. Sudahlah dia duduk bertentangan dengan aku! Free-free je kena sindir nanti kalau aku tertidur depan dia. Sudahlah peristiwa semalam masih belum dapat aku lupakan. Sebolehnya aku tak mahu bertemu mata dengan dia. Nak nyorok bawah meja kalau muat! Malu gila kalau diingatkan. Tapi keadaan memaksa kami berjumpa. Tanpa aku sedar, mata seseorang melirik ke arahku sambil menjamu selera.

Selepas selesai cuci pinggan walaupun ditegah berulangkali oleh Mama Nani, aku naik semula ke tingkat atas. Perkiraanku, azan subuh belum berkumandang lagi. Naklah tidur sekejap. Mulut pun terkuap-kuap dari tadi. Sesampai saja di tangga yang teratas, spontan kakiku statik tidak bergerak. Gulp!

Farhan sedang duduk di sofa ruang tamu tingkat tiga itu dalam keadaan bersandar. Matanya terkatup rapat. Dadanya berombak perlahan. Aku terkebil-kebil pandang dia. Tidur dalam keadaan duduk? Kenapa tak masuk bilik terus? Punyalah dekat tak sampai beberapa langkah je pun. Ni mesti dasar pemalas ni. Omelku.

Tapikan, dia nampak cute je tidur macam tu. Macam... macam masa dia jaga aku dekat hospital masa aku pengsan. Isk, kalaulah ada handphone dah lama aku rakam muka dia ni. Innocent gila! Sedar tak sedar, aku berdiri lama di tangga sambil tersenyum mengamati setiap inci wajahnya yang sedang lena itu. Hati serta merta cair.

Tap!

Mata Farhan tercelik. Aku tersentak. Alamak! Dia sedar ke aku perhatikan dia?! Farhan renung aku. Mencicit aku lari masuk dalam bilik lalu dikuncikan. Aku tersandar di pintu. Dada kupegang dengan kedua belah tangan. Jantung berdegup kencang. Nafasku tarik perlahan-lahan sebelum aku menutup muka dengan tapak tangan.

“Mak!! Apesal la aku boleh tenung dia macam tu tadi?! Ish kau ni suka malukan diri sendiri la, Mai!” aku kutuk diri sendiri. Pipi kutepuk bagi meredakan perasaan tersebut. Patutnya aku masuk terus dalam bilik tadi. Pergi tengok dia buat apa?! Kan dah malu! Mama!!

Diruang tamu, Farhan tersenyum-senyum. Dia bukan tidur sebenarnya. Saja duduk dekat ruang tamu itu. Tak elok tidur selepas makan. Nanti gemuk. Sebab itu dia relaxkan badan di sofa sambil menunggu azan subuh. Tapi tak sangka pulak gadis itu akan naik ke atas ke bilik dan yang paling tak menahan apabila Humairah duk intai dia yang disangkakan tidur nyenyak. Rasa nak je dia senyum tadi melihat wajah tunangnya yang comel mengenakan pijama lengan panjang berwarna maroon itu. Dia geleng kepala. Mai.. Mai... teringat kejadian semalam buatkan senyumannya bertambah. 




BAGASI aku bawa turun. Peluh yang meleleh dikesat dengan hujung tudung. Tiba masa untuk pulang ke asrama semula. Badan disandar pada body Estima. Keluhan dilepaskan. Bersedia untuk memerah otak belajar... Pandangan kulontar ke halaman rumah sementara menunggu Mama Nani dan Papa Umar mengunci pintu. Aina daripada tadi tak mahu berganjak dariku. Ke mana saja aku pergi pasti akan ada dia. Katanya nanti kakak dah balik, Aina tak ada kawan. Habis pipi montok dia aku cubit. Geram!

Yana dan achik duk ralit bergambar menggunakan kamera Fareez. Mamat tu pun melayan aje! Tahulah menggatal dengan adik aku!  Pandai ambil peluang. Huh. Yang gambar aku tak nak ambil pulak, hatiku mendongol geram.

Sedap aku berangan sambil memandang halaman rumah yang indah itu, terasa bagasiku ditarik. Aku tersentak. Terlepas lima jari dari tempat pemegang tatkala tangan Farhan menarik bagasi tersebut. Dadaku tiba-tiba berdebar. Farhan buat tak peduli aje. Seperti tiada perasaan! Bagasi aku ditarik lalu diletakkan bersebelahan beg Adidasnya dalam bonet kereta. Kemudian dia menutup bonet dengan cermat. Peluh yang menitis di dahinya dibiarkan jatuh. Kenapa aku rasa dia semakin kacak walaupun dia berpeluh? Ouh tidak Mai. Kau kena pakai speck lepas ini! Aku berdeham.

“Baju abang sama la dengan baju kakak!” Aina tiba-tiba menjerit. Serentak semua memandang ke arah kami.

Aku tunduk pandang baju kurung merah bertanah putih itu. Kemudian aku pandang baju ‘orang’ itu. Err... macam mana boleh sama ni? Tapi tadi masa aku lalu dekat bilik mamat tu, aku ternampak baju warna oren dibirai katilnya sewaktu hendak turun ke bilik Yana. Aku amat pasti baju tu la yang dia pakai tadi masa aku naik semula ke bilik. Ternampak dia sebab dia tak tutup pintu okey! Tak sengaja. Ke aku yang buta warna? Kebingungan melanda diri.
 
    Farhan buat selamba aje. Langsung tak ambil kisah pasal ‘baju’. Tapi siapa tahu hatinya tersenyum. Fareez tersenyum nakal bersama dua adik perempuanku lalu mengambil peluang dengan snap banyak-banyak gambar angah dan tunang. Yana turut tak terkecuali tangkap gambar guna handphonenya. Aku sekeh juga kepala dia ni kang! Papa Umar dan Mama Nani senyum-senyum dari tadi.

“Dari tadi mama perasan. Tapi nak tegur takut Maira kecil hati pulak. Sepadan...” ujar Mama Nani bersama senyuman manisnya. Memerah mukaku menahan malu apabila Papa Umar tergelak kecil.

“Cepatlah nampaknya bau nasi minyak,” usik Papa Umar. Serta merta Farhan tersedak. Terbatuk-batuk dia menahan perit tekak. Papa ni.... getus hatinya.

“Angah tak puasa eh sampai batuk-batuk?” sakat Fareez. Terus saja kepalanya diluku Farhan. Fareez menggosok dengan mulut terkumat kamit.

“Angah!”

Farhan senyum senget seraya menjongket kening. “Kalau kau nak rasa penumbuk angah pula hinggap dekat kepala kau, teruskan dengan niat suci murni kau tu. Jangan ingat angah tak tahu.” Ugutnya keras. Fareez menjuihkan bibir. Itupun nak sentap. Tak sporting betul!

Gementar tubuhku sewaktu hendak menaiki kereta itu apatah lagi mamat itu seperti menunggu giliran aku masuk. Yana dan achik awal-awal lagi sudah mengambil tempat dibelakang. Aina mengambil tempat diribaan Mama Nani. Hanya aku seorang aje makhluk yang tak naik-naik lagi! Sadis sungguh. Perlahan-lahan aku naik Estima tanpa pandang dia yang tenung aku sebiji seperti penyiasat di tepi kereta. Terasa setiap inci tubuh aku ditilik lelaki itu. Cucuk dengan garfu nanti!

Sebelah kaki telah berpijak pada tempat pemijak. Aku melonjak badan untuk naik. Erk? Asal tak boleh naik? Aku cuba lagi mendorongkan badan supaya naik. Tetap tak boleh! Apa kes ni?!

‘Aisey, apehal pulak tak boleh nak naik ni? Jangan buat malu. First time naik Estima ni. Mai, cuba lagi!’ berpeluh-peluh satu badan dibuatnya.

Yana dan achik ketawa melihat aku tak dapat naik. Aku mengisyaratkan dengan mata. Tolonglah! Gelak pulak! Karang aku backhand, dikata dera pulak. Yana berganjak ke depan sikit, cuba untuk tarik tanganku tapi ada satu tangan menolak dari belakang membuatkan aku berjaya naik dan duduk dengan selamat. Erk? Sape tolak aku? Takkan angin kut? Jangan kata dia…… hati sudah tak keruan.

“Apehal yang susah sangat nak naik, kak? Nasib baik ada Abang Amirul.” soal Yana perlahan sewaktu Abang Amirul menyorong kerusi ke belakang lalu duduk dan menutup pintu kereta. Aku membetulkan duduk. Pura-pura tak ada apa-apa yang berlaku. Tangan dikipas ke muka. Apesal tiba-tiba rasa panas sangat ni? Aircond tak buka ke?

“Entah. Manalah akak tahu. Dah tak boleh nak naik.” Balasku selamba walhal dalam hati ini bagai nak meletup. 

Yana pelik. Akan tetapi dia seperti dapar rasakan sesuatu. Dia segera mendekatkan mulut ke telinga aku. “Gementar eh ada orang tu? Sebab tu susah nak naik.” Usik Yana ditelinga. Aku tenung tajam. Nak makan kasut aku la budak ni!

“Manade!” pahanya aku cubit. Yana tergelak kecil. Matanya dikenyitkan nakal. Aku pandang tempat lain. Malas nak layan.

“Bismillah…” terdengar suara Papa Umar menyebut ayat itu. Kereta pun bergerak meninggalkan kawasan perumahan orang-orang kaya...



“MAI! Rindunya dengan kau!” tubuhku didakap kemas oleh Iman.

“Me too! Muaah! Mmmuaahhh!” D juga tak terkecuali.

“Wei! Wei! Apa ni? Panaslah. Syuh syuh...” berderai tawa kami. Aisyah yang sedang memunggah barang menghampiriku.

“Selamat kembali.” Kami berlaga pipi. Satu lagi ajaran yang aku dapat. Berlaga pipi jika bertemu. Nampaklah gaya perempuan sikit. “Macam mana rumah tunang? Nyenyak tidur?” usik Aisyah.

Aku buat muka toya. “Syah, please jangan spoilkan mood aku.” Urgh! Soalan itu ditanya pada aku? Takde soalan lain ke? Tanyalah dah makan ke belum? Sihat ke tak? Ini pergi tanya tidur nyenyak? Apakah?

“Of course nyenyak, Syah. Dapat serumah dengan kekasih hati. Nasib je aku tak panggil kadi mai terus rumah Farhan. Kalau tak, dah sah dah pun.” Sampuk Wana di muka pintu. Senyuman nakal bermain dibibirnya.

“Uuuuuuuuuu....” serentak mereka membunyikan dan tergelak besar melihat air mukaku yang berubah merah.

“Wahhh nyenyak eh??? Sikit pun tak beritahu kami. So feeling-feeling la dekat rumah ehem-ehem tu eh?” sakat D tak mahu ketinggalan. Dia memandangku atas bawah seperti mata keranjang. Aku cucuk dengan lidi satay baru tau!

"Manade la." balasku senada.

“Mesti ada adegan ala-ala Hindustan, kan?” mengekek Iman ketawa apabila wajahku bertukar menjadi hijau pula. Hindustan? Nehi. 

“Bukan setakat Hindustan, Iman oii. Dia siap golek-golek dekat taman bunga lagi. Dah macam Autumn In My Heart.” Berdekah-dekah Wana, Iman dan D gelak. Aisyah tersenyum nipis. Gelihati barangkali.

Aku ketap gigi. Jari dikepal. Wajah Wana yang sedang menjongket kening ditenung tajam. “Wana, kau dah rindu sangat dengan penumbuk aku ke?!” berangku. Suka sangat naikkan darah tinggi aku yang tak berapa nak tinggi ni. Tending sampai ke Marikh juga minah ni karang.

“Haah rindu.” Balas Wana selamba. Dia sengaja mencucuk sarang tebuan... dan sekejap lagi tentu...


“Arghhhh!!!” bergegar asrama dengan jeritan Humairah yang mampu meruntuhkan bangunan. Puasa tak puasa, Humairah tetap monster! Haha.


p/s : here entry 51. sorry up lmbt. kesulitan amat dikesali. hehe hope enjoy :)

3 comments:

  1. best2.. cepat sambung ea.. x sabo lah nk tggu :-)

    ReplyDelete
  2. Alah... cepatlah sambung.. tak sabar nak bace nie. Please. Please pleaseee.. nest sgt. =D

    ReplyDelete
  3. Eee.. Ammy ni nak aku belasah dia ckup², jangan kacau hidup orang yg dah bertunang lah!!! 🔥🔥🔥

    ReplyDelete